You are on page 1of 8

NOTA PADAT HBML2103-MORFOLOGI DAN SINTAKSIS BAHASA MELAYU

1. Definisi Morfologi Nik Safiah Karim (1996): Kamus Dewan Edisi Keempat (2005): Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985): Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsu Yaacob (1993): mengkaji Struktur. Bentuk. Penggolongan kata. kajian pembentukan kata Infleksi (pengimbuhan). Terbitan. Pemajmukan. mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya. Kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata

2. EMPAT bentuk imbuhan Imbuhan awalan ialah imbuhan yang diletakkan pada awal kata. Imbuhan akhiran ialah imbuhan yang diletakkan pada akhir kata. Imbuhan apitan ialah imbuhan yang letaknya pada awal dan akhir kata. Imbuhan sisipan ialah imbuhan yang diletakkan pada tengah-tengah kata.

3. DUA bentuk kata majmuk Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit. Kata majmuk tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain.

4. EMPAT golongan kata bahasa Melayu kata nama, kata kerja, kata adjektif kata tugas.

4 DUA jenis kata ganda bahasa Melayu

(i) Penggandaan penuh (ii) Penggandaan separa

5. Definisi bagi subjek dan predikat Subjek - Konstituen yang sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang menjadi judul atau unsur yang diterangkan Predikat - Kumpulan perkataan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek

6. Dua jenis ayat tunggal 1. Unit yang bebas dan dapat berdiri sendiri. Cth: (i) Kamu. (ii) Sudah? (iii) Ini? 2. Unit yang tidak dapat berdiri sendiri tetapi memerlukan sekurang-kurangnya satu unit yang bebas untuk melaksanakan tugas nahunya. Cth: (i) di mana? (ii) ke Kuala Lumpur (iii) dari Terengganu

7. DUA jenis ayat majmuk keterangan 1. Keterangan musabab - merupakan unsur yang menerangkan sebab-sebab sesuatu kejadian atau perbuatan berlaku 2. Keterangan akibat - menerangkan kesan atau hasil sesuatu perbuatan.

8. Konsep morfem bebas dan morfem terikat. Morfem ialah unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan. Unit yang terkecil dalam bahasa dan berfungsi gramatis. Dibahagikan kepada dua mengikut sifatnya, iaitu morfem bebas dan morfem terikat

9. Maksud kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif. Kata kerja transitif mesti diikuti oleh objek serta unsur-unsur lain.

Kata kerja tak transitif boleh hadir bersendirian atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan,

10. Jenis-jenis kata adjektif bahasa Melayu. (i) kata adjektif sifatan atau keadaan (ii) kata adjektif warna (iii) kata adjektif ukuran (iv) kata adjektif bentuk (v) kata adjektif waktu (vi) kata adjektif jarak (vii) kata adjektif cara (viii) kata adjektif perasaan (ix) kata adjektif pancaindera

11. Definisi imbuhan dan maksud imbuhan pinjaman. Imbuhan bermaksud unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.

12. Definisi ayat. ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

13.Konsep ayat aktif dan ayat pasif. Ayat aktif dibahagikan kepada dua, iaitu aktif transitif, aktif tak transitif. Ayat pasif dibahagikan tiga kumpulan, iaitu pasif dengan imbuhan kata kerja pasif, ayat pasif dengan kata ganti nama pertama dan kedua, dan pasif dengan perkataaan kena yang hadir sebelum kata kerja.

14. Jenis-jenis ayat majmuk bahasa Melayu. 1. ayat majmuk gabungan 2. ayat majmuk pancangan 3. ayat majmuk campuran

4. ayat majmuk pasif

15. Definisi klausa satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan predikat, yang menjadi konstituen kepada ayat.

16. Pola-pola ayat dasar bahasa Melayu. (a) Definisi Pola Ayat Dasar Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

(b) Jenis-jenis Ayat Dasar Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola seperti yang berikut:

Pola Jenis Pola Subjek Predikat 1. FN + FN Encik Shari ejen insuran 2. FN + FK Dia menjerit kesakitan 3. FN + FA Budak itu sangat nakal 4. FN + FS Pejabat saya di Kuala Terengganu

. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa morfologi ialah kajian tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuklah infleksi (pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan. Dengan memberikan EMPAT contoh yang sesuai setiap satu nyatakan bentuk-bentuk imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu bagi pembentukan kata.(4 markah) 2. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan. Huraikan EMPAT cara mengikut pandangan Ideal, UPM bagaimana kita dapat memastikan kata adjektif sifatan atau keadaan. Sedap, lazat, kelat, pahit Molek, buruk, tampan, gagah Nyaring, mersik, garau, lunak Halus, kesat, lembap, licin

Jenis Pancaindera Contoh Berkaitan 1) Sentuh 2) Pandang 3) Rasa 4)Dengar 4 markah) 3. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk, struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun di dalam ayat. (a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa Melayu. (2markah) (b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh disongsangkan, iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan kemudian predikat ataupun predikat dahulu dan kemudian subjek. Dengan berpandukan kenyataan ini, songsangkan ayat-ayat berikut: i. Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu. ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah. iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap menggunakan komputer. iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur. (2markah) (4markah) 4. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif. (a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam ayat tersebut bincangkan DUA perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu. (2markah) (b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif dengan perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja. (2markah) (4markah) 5.Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga dibahagian kepada dua jenis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan Edisi Baru. (2markah) (b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa Melayu. (2markah) (4markah) BAHAGIAN B ARAHAN Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. 1. Proses pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu merupakan proses penyusunan morfem yang berkaitan dengan peraturan sistem morfologi dan dalam kebanyakan bahasa, proses pembentukan perkataan ini melibatkan pengimbuhan. (a) Huraikan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan bahasa Melayu.

(1markah) (b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan TIGA imbuhan asing yang digunakan dalam bahasa Melayu mengikut bahasa asal imbuhan tersebut. (3markah) (c) Dengan memberikan contoh yang sesuai dalam bentuk ayat, huraikan bentuk-bentuk imbuhan yang berikut : i. Awalan ii. Akhiran iii. apitan iv. Sisipan (16markah) (Jumlah: 20) 2. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa kerja pula terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata kerja berikut : i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap. ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap. iii. Kata kerja transitif aktif. iv. Kata kerja transitif pasif. (8markah) (b) Dengan menggunakan strategi atau teknik yang sesuai, cadangkan bagaimana anda boleh mengajarkan tajuk kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan tak transitif berpelengkap kepada murid-murid tahun enam. (12markah) (Jumlah: 20) 3. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk ialah ayat yang terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai ayat berlapis. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan gambarajah yang sesuai untuk anda membincangkan tentang binaan ayat majmuk atau ayat berlapis kepada murid-murid dalam tahun enam. (8markah) (b) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan konsep setiap ayat majmuk pancangan berikut : i. ayat relatif ii. ayat komplemen iii. ayat keterangan iv. ayat keterangan (12markah) (Jumlah: 20) 4.Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Dengan mengemukakan contoh ayat yang sesuai, huraikan jenis-jenis ayat berikut:

(a) ayat penyata (5markah) (b) ayat Tanya (5markah) (c) ayat perintah (5markah) (d) ayat seruan (5markah) (Jumlah: 20) 5. Ayat dikatakan sebagai inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan serta mengandungi intonasi yang sempurna. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna. (8markah) (b) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna. (12markah) (Jumlah: 20) BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. 1. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran, penyusunan semula, dan perluasan. (a) Dengan memberikan contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan proses pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu. (4markah) (b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut: i. Kamu tunggu di sini. (4markah) (c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan bagaimana berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut: i. frasa kerja yang serupa ii. frasa adjektif yang serupa iii. frasa sendi nama yang serupa (12markah) (Jumlah: 20) 2.Golongan kata mengikut Buku Tatabahasa Dewan boleh dibahagikan kepada empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas. (a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan kata adjektif bahasa Melayu. (2markah) (b) Huraikan jenis-jenis kata adjektif yang terdapat di dalam bahasa Melayu

dan anda dikehendaki menulis ayat yang lengkap untuk menjelaskan setiap kata adjektif yang diberikan. (18markah) (Jumlah: 20)

You might also like