Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
20Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Peranan Intelektual Di Zaman Globalisasi

Peranan Intelektual Di Zaman Globalisasi

Ratings: (0)|Views: 4,230|Likes:
Published by Ahmad Sahidah
Intelektual adalah orang yang mempunyai peranan sangat penting dalam memberikan hala tuju kepada pembangunan sesebuah negara. Tidak dapat dielakkan bahawa kewujudan mereka telah mempercepat kemajuan dan kejayaan dan sekali gus menjadi benteng bagi penguatkuasaan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Di sisi lain, mereka juga boleh berleluasa mengkritik dasar-dasar kerajaan atau pandangan orang ramai yang dianggap tidak selari dengan kepentingan masyarakat luas. Mereka juga cuba membantu masyarakat untuk memahami fenomena dan persoalan yang sedang berlaku, termasuk bagaimana orang ramai memberi tanggapan terhadap persoalan globalisasi.
Intelektual adalah orang yang mempunyai peranan sangat penting dalam memberikan hala tuju kepada pembangunan sesebuah negara. Tidak dapat dielakkan bahawa kewujudan mereka telah mempercepat kemajuan dan kejayaan dan sekali gus menjadi benteng bagi penguatkuasaan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Di sisi lain, mereka juga boleh berleluasa mengkritik dasar-dasar kerajaan atau pandangan orang ramai yang dianggap tidak selari dengan kepentingan masyarakat luas. Mereka juga cuba membantu masyarakat untuk memahami fenomena dan persoalan yang sedang berlaku, termasuk bagaimana orang ramai memberi tanggapan terhadap persoalan globalisasi.

More info:

Published by: Ahmad Sahidah on May 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

01/05/2013

pdf

text

original

 
Peranan Intelektual Malaysia di Zaman Globalisasi
 Ahmad Sahidah
Abstrak 
Intelektual adalah orang yang mempunyai peranan sangat penting dalam memberikanhala tuju kepada pembangunan sesebuah negara. Tidak dapat dielakkan bahawakewujudan mereka telah mempercepat kemajuan dan kejayaan dan sekali gus menjadi benteng bagi penguatkuasaan nilai-nilai moral dan kemanusiaan. Di sisi lain, mereka juga boleh berleluasa mengkritik dasar-dasar kerajaan atau pandangan orang ramai yangdianggap tidak selari dengan kepentingan masyarakat luas. Mereka juga cuba membantumasyarakat untuk memahami fenomena dan persoalan yang sedang berlaku, termasuk  bagaimana orang ramai memberi tanggapan terhadap persoalan globalisasi.
 Kata kunci: Intelektual, kritisisme dan globalisasi
PENGENALAN
Memasuki kemerdekaan yang ke-50, sebagai bangsa, negara dan masyarakat, Malaysia boleh dikatakan telah mantap, gagah dan makmur. Mencecah usia emas ini semestinya iatidak lagi dirunsingkan masalah ekonomi. Namun, meskipun kemajuan ekonomi bolehdirasakan oleh sebagian besar rakyat, tetapi tugasnya untuk mensejahterakan warga lebihtegar tetap menjadi tanggungjawapnya.Dibandingkan dengan negara-negara lain yang mempunyai usia yang sama, Malaysiamelangkah lebih cepat dan telah mengisytiharkan sebagai negara Maju pada tahun 2020.Tidak saja pendapatan per-kapita yang di atas rata-rata negara-negara secara umum,namun iklim pelaboran juga merangsang pelabor asing untuk memajukan industri. Selaindunia pelancongan yang menambah pendapatan dan kesejahteraan masyarakat, Malaysia juga menjadi tujuan belajar dari seluruh negara. Imej yang baik ini tentu saja makinmenempatkan negara ini pada kedudukan yang menentukan dalam percaturan dunia.Walau bagaimanapun, kemajuan negara tidak boleh dilepaskan dari globalisasi itusendiri, yang memungkinkan masuknya arus modal dan manusia ke sesebuah negara. Namun, sisi negatif daripada globalisasi yang meminggirkan tradisi tempatan menjadi pemangkin hilangnya identiti. Secara tidak sedar, kepercayaan kepada diri sendiri mulairapuh dengan lebih menyukai barangan asing untuk menaikkan imej. Dengan demikian,adalah susah bagi pengusaha dalam negeri jika barangan yang dihasilkan tidak diminatioleh warganya sendiri.
CABARAN GLOBALISASI
Globalisasi ekonomi yang melanda seluruh dunia turut serta mempercepat hubungandalam berbagai-bagai bidang yang lain. Meskipun pada mulanya, globalisasi dikatakan
1
 
sebagai satu keniscayaan bagi kehidupan manusia sejak dulu lagi. Biasanya pembahasansebuah konsep ini dimulakan dari definisi dan lagi-lagi ini menambah kebingungankerana satu sama lain menyatakan sisi berbeza dari kata yang sama. Bahkan secaratersurat, MacGillivray, sengaja memetik satu pernyataan dalam majalah
Spectator 
(5Oktober 1962)
 globalization is indeed a staggering concept 
(sesungguhnya globalisasiadalah sebuah konsep yang membingungkan).
1
 Selanjutnya, saya akan cuba mengikhtisarkan beberapa pokok fikiran dalam karyaMacGillivray tentang tanggapan ramai orang terhadap globalisasi. Bill Clinton, bekas keatas presiden Amerika Syarikat, mendefinisikan globalisasi dengan dunia tanpa tembok.Tony Blair, bekas Perdana Menteri Inggeris, mengatakan bahawa ia adalah fenomenayang tak boleh dielakkan dan sangat menarik. Sedangkan George Bush, PresidenAmerika Syarikat, menyatakan sebagai ikatan perdagangan dan kepercayaan. Dalam bahasa yang jauh berbeza, George Monbiot mengungkapkan bahawa ia memungkinkansebuah syarikat untuk mengacungkan senjata pada sesebuah kerajaan.Sebahagian pemerhati yang lain justeru membuat imajinasi visual dan anekdot untuk memudahkan memahami istilah ini. Ia seperti seorang laki-laki berdiri di tembok ratapan(tempat berdoa orang Yahudi yang terletak di Palestin) sambil memegang telepon bimbitsehingga kawannya boleh menunjukkan rasa simpati, atau sebuah tayangan videomemperlihatkan Osama bin Laden memegang senjata Kalashnikov dan pergelangantangannya dililit jam
Timex
. Bukankah sebenarnya peristiwa semacam ini mudahditemukan di dalam kehidupan seharian kita sendiri? Bahkan para pendemo pemboikotan barangan asing menggunakan seluar dan kasut barangan luar, dan tidak jarang adalah barangan yang dibuat oleh negara yang dikritiknya?Pendek kata, ada dua tipa dasar definisi, yaitu tipa ekonomi ketat dan sosial longgar.Menurut Paul Krugman, globalisasi adalah frasa tempat segala macam barangan untuk  perkembangan dunia perdagangan, hubungan antara pasar wang di negara yang berbezadan pelbagai cara lain di mana dunia menjadi tempat yang lebih kecil. Secara lebihkhusus, Joseph Stiglitz, pakar ekonomi dan pemenang hadiah Nobel, lebih memfokuskan pada penghilangan penghalang perdagangan bebas dan penyatuan lebih rapat kepentinganekonomi antaranegara. Telah banyak organisasi ditubuhkan untuk memungkinkan perdagangan bebas sama ada dua hala mahupun tidak. Lagi-lagi, pakatan semacam ini banyak dikritik oleh masyarakat dunia ketiga kerana dianggap melemahkan persaingandalaman negara berkembang kerana tidak boleh bersaing. Namun demikian, kata Maxgillivray, adalah penting untuk mengetahui definisi yang lebihketat tidak hanya berhubungkait dengan ruang lingkup tetapi juga motif. Dengan katalain, kita tidak hanya ingin mengenali
bila
dan
di mana
, tetapi juga
 siapa
dan
mengapa
.Sebab sememangnya ragam definisi mempunyai implikasi pada konsep dan amalan dariglobalisasi itu sendiri. Seperti ditegaskan sebelumnya, untuk tidak terjebak pada definisidiperlukan sarana lain seperti imaginasi
visual 
atau anekdot seperti di atas.Banyak penentang dan juga penyokong globalisasi mengutamakan sebuah definisi yangketat. Misalnya, Forum Internasional untuk Globalisasi, salah sebuah kumpulan utama
2
 
yang mengajukan alternatif dari globalisasi, mendefinisikannya sebagai dorongan dunialuas saat ini menuju sebuah sistem ekonomi yang terglobalkan yang didominasi olehsyarikat dan institusi perbankan antarabangsa yang tidak bertanggung jawab bagi prosesdemokratik atau pemerintahan kebangsaan. Sangat jelas, globalisasi dibatasi hanya pada persoalan ekonomi. Boleh dikatakan sekarang syarikat antarabangsa (
multinational corporation
) telah menggantikan kuasa negara.Manakala sarjana yang lain menolak fokus ekonomi kerana dipandang terlalu sempit.Manfred Steger, pensyarah Universitas Illinois, mengulas setengah dozen definisi yanglebih luas yang diberikan oleh para akademisi. Akhirnya, beliau menyimpulkan bahawaglobalisasi adalah sebuah proses sosial multidimensi yang menciptakan,melipatgandakan, membentangkan, dan menguatkan ketergantungan sosial dan pertukaran di serata dunia manakala pada waktu yang sama turut mengembangkan didalam masyarakat sebuah kesedaran akan hubungan yang rapat antara tempatan dan yang jauh di seberang.
2
 Kata
 global 
itu sendiri sebenarnya telah digunakan oleh kalangan akademisi Amerika pada tahun 1960-an. Meskipun pada kenyataannya, kata ini sebagai kata sifat bolehditemukan di dalam
 Harper’s Magazine
tahun 1892. Majalah ini menggambarkanMonsieur de Vogüe, seorang Perancis yang gemar berkelana. Beliau pergi ke dunia Timur dan Barat untuk mendapat ragam warna dan idea, minatnya adalah seluas semesta danambisinya, sebagaimana diucapkan sendiri, adalah menjadi ‘global’. Tentu saja, MarshallMcLuhan, pakar komunikasi, yang sering dipetik ideanya kerana memperkenalkan istilah
 global Village
, menyatakan bahawa ‘dunia mengalami kontraksi menjadi sebuahkampung yang besar’.Sebenarnya kehendak-global adalah proses mental ingin melintasi dunia yang telahdimulakan oleh Pythagoras pada abad ke-5 sebelum Masihi dan mencapai titi puncaknya dalam perjalanan Columbus dan Vasco da Gama pada abad ke-5 dan ke-16. Namun, sumbangan pada arus global ini turut diramaikan oleh bangsa lain iaitu, Yunani,Mongol, Islam, Cina, Belanda dan Irland.
3
 
BEBERAPA SESAT FIKIR TENTANG GLOBALISASI
Menurut Maxgillivray, dalam buku
 A Brief History of Globalization
seringkali orangramai salah faham tentang globalisasi. Menyatakan globalisasi sebagai kepanjangandaripada kapitalisme Amerika adalah menyesatkan.
4
Sebab ia juga merupakan fenomenanegara lain. Misalnya, bagaimana sebuah kerajaan militer Nigeria yang kejam di bawahallahyarham Sani Abacha menggantung sembilan penggiat Ogoni, termasuk dramawanKen Saro-Wiwa kerana mencetuskan tunjuk perasaan secara luas terhadap SyarikatMinyak Inggeris-Belanda Shell.Selain itu, pembatasan globalisasi pada persoalan ekonomi juga tidak tepat. Ia sebenarnya juga merangkumi kebudayaan global sebagai ketegangan dinamik antara identititempatan dan ambisi global, sama ada di dalam agama, seni, filem, muzik atau sukan.
3

Activity (20)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Ayn Jeffry liked this
Ayn Jeffry liked this
Sumi Anjani liked this
Naidzatul Shima liked this
Ary Perdana liked this
Pendi Jeff Hardy liked this
Hanief Hassan liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->