Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiapindividu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannyawalaupun kembar seiras.Menurut
Khairul Yusri (2007)
, perbezaam individu bermaksudvariasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segisifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek
–
aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan.Bagi
Borich & Tombari (1997)
pula berpendap
at, perbezaan individu sebagai “
thevariations we observe among members of any group
in a particular characteristic, suchas temperament, energy level, friendship patterns
and parent-
child attachment.”
Berdasarkan kepada dua definisi yang telah dihuraikan oleh tokoh-tokoh yang tersebut diatas, perbezaan individu adalah lebih cenderung kepada perbezaan dalam diri individu itusendiri. Perbezaan yang terdapat dalam seseorang individu itu boleh saja merangkumifizikal, emosi, mental, tingkah laku, dan cara dia bersosialisasi dengan orang-orang disekelilingnya.Dalam perbezaan individu yang melibatkan emosi boleh membawa kepada cara ia bertindak balas kepada ransangan yang berbentuk gembira, duka, suka, marah, benci,kasih sayang, takut dan sebagainya.Perbezaan individu yang melibatkan mental lebih ketara apabila kita memerhatiseseorang individu terutama sekali pelajar di dalam pengawasan kita semasa di dalamkelas. Kebolehan seseorang pelajar yang sering diperhati oleh seseorang gurumerangkumi tahap kebolehan individu dari segi daya berimaginasi, keupayaan belajar,kebolehan menggunakan bahasa, dan sebagainya.Dari aspek sosial, adalah jelas dengan pendapat
Borich & Tombari (1997)
bahawaaspek yang melibatkan hubungan kanak-kanak dengan ibu-bapa boleh mempengaruhikehidupan kanak-kanak dalam tatacara pergaulan mereka.
Ciri-ciri perbezaan individu
Leave a Comment