You are on page 1of 43

PENGENALAN KEPADA

PENDIDIKAN KHAS
(Masalah Pembelajaran)

DISEDIAKAN OLEH:
MOHD FAROUK FADLY B DAMSI
871028-52-6041
PISMP 1G AMBILAN JANUARI 2009
JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID
BERKEPERLUAN KHAS

Kerencatan akal
Masalah Penglihatan
Masalah Pendengaran
Masalah tingkah laku/emosi
Masalah Attention Deficit Hyperactivity
Disorder (ADHD)
JENIS-JENIS MASALAH MURID-MURID
BERKEPERLUAN KHAS

Palsi Serebral
Masalah pembelajaran spesifik
Masalah komunikasi dan bahasa
Masalah Autisme
Masalah pintar cerdas
Kerencatan akal
Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat akal
adalah kanak-kanak yang mempunyai daya pemikiran
yang berkurangan dan bermasalah dalam pembelajaran.
Mereka yang kerencatan akal yang teruk
(severe mental retardation) tidak boleh berjalan,
bercakap atau menjaga diri. Manakala mereka
yang tidak begitu teruk hanya mempunyai
masalah mempelajari cara-cara hidup seperti
menjaga diri.

Kecacatan terbahagi kepada kecacatan-


kecacatan fizikal atau anggota, penglihatan dan
pendengaran. Kecacatan anggota tidak
bermakna anak yang terlibat kerencatan akal.
Punca Masalah Kerencatan Akal
30% daripada kanak-kanak yang terencat akal teruk
disebabkan oleh keabnormalan genetik seperti sindrom
Downs, 25% disebabkan palsi serebrum, 30%
disebabkan oleh meningitis dan masalah perinatal
manakala 15% tidak ada sebab-sebab tertentu.

Kanak-kanak sebegini mempunyai ukuran IQ


(intelligence quotient) kurang daripada 50. Kebanyakan
kanak-kanak yang kurang teruk kerencatan akal (IQ
diantara 50-75) tiada punca yang menyebabkannya.

Kurang daripada 5% disebabkan oleh meningitis, palsi


serebrum atau masalah perinatal.
Ciri-ciri Masalah Kerencatan Akal
Sebilangan daripada kanak-kanak kerencatan
akal akan dikenal pasti kerana mengidap salah
satu daripada punca-punca sepertisindrom
down, masalah perinatal atau meningitis.
Sindrom Downs mempunyai ciri-ciri tertentu dan
akan dikenal pasti.
Sebilangan besar kanak-kanak yang terencat
akal akan dikesan semasa pihak doktor
membuat ujian perkembangan –developmental
assessment. Mereka yang ditemui harus dirujuk
kepada pakar kanak-kanak untuk siasatan yang
mendalam.
Masalah Penglihatan
Masalah penglihatan dari segi pendidikan
bermaksud sekumpulan kanak-kanak
yang memerlukan pendidikan kerana
masalah penglihatan. Kaedah
penyampaian pembelajaran dan bahan
bantu mengajar perlu diadaptasikan
dengan keperluan kanak-kanak ini supaya
dapat mengoptimakan pembelajaran dan
pencapaian mereka.
Kanak-kanak rabun

Penglihatan diplopia iaitu berganda


BAHAGIAN MATA DAN PUNCA MASALAH PENGLIHATAN
Punca Masalah Penglihatan:
baka dan keturunan
komplikasi semasa hamil dan semasa lahir
Rubella -Rubella adalah penyakit virus
berjangkit seakan-akan cacar yg boleh
menyebabkan kecacatan kepada bayi
sekiranya dihidapi oleh seseorang ibu yg
mengandung antara satu hingga tiga bulan.
sifilis
kecederaan
penyakit
Ciri-ciri Masalah Penglihatan :
1.Rupa
Bebola mata yang selalu berputar-putar.
Tidak bertindak balas dengan cahaya.
Mata yang selalu bergerak-gerak.
2.Tingkah laku
Selalu memusing kepala ke sebelah sahaja
Kerap berkelip
Kerap menggosok mata
3. Aduan
Selalu mengadu sakit kepala
Penglihatan yang kabur
Nampak 2 imej pada 1 objek
Masalah Pendengaran

Masalah pendengaran adalah masalah yang


menjejaskan komunikasi dan menyebabkan
masalah bercakap atau memahami apa yang
diperkatakan oleh orang lain.

Doktor sedang melakukan


pemeriksaan telinga Alat bantu mendengar
Punca Masalah Pendengaran:
jangkitan telinga kronik
fakor keturunan
kecacatan kongenital
sakit kuning yang teruk semasa bayi
penggunaan dadah ototoksik
jangkitan virus atau bakteria
proses penuaan dan tumor.
Ciri-ciri masalah pendengaran:
 Kanak-kanak kurang memberi perhatian dalam kelas
 Kelihatan selalu berkhayal
 Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal

Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang
 Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan
yang diberi
 Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan
kemahiran bertutur
 Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu
dilakukan.
Masalah tingkah laku/emosi
Masalah tingkahlaku dan kurang kemahiran penyesuaian
diri adalah keadaan yang biasa terjadi di kalangan kanak-
kanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka yang
mengalami masalah pembelajaran yang teruk.
Antara masalah tingkahlaku di kalangan
kanak-kanak dan remaja adalah seperti
berikut:
Tingkahlaku ganas
Menentang, tidak mahu menurut kata
Sikap terlalu bergantung
Sikap suka mengelak
Tingkahlaku pasif
Punca-punca masalah tingkah
laku
Kebanyakan daripada perangai/kelakuan adalah
dipelajari. Sebahagiannya adalah akibat dari
ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak dan
kekurangan fungsi luar kawal otak.
Jika sesuatu tingkahlaku itu dianggap bermasalah,
biasanya ia telah dipelajari dari sesuatu situasi
sebelumnya.
Manakala jika berkaitan dengan kecacatan,
kebanyakkan daripada mereka mempunyai masalah
tingkahlaku akibat daripada kesukaran secara umum
dalam kemahiran menyesuaikan diri seperti
berkomunikasi, kemahiran mengurus kehidupan
seharian dan kemahiran mengawal emosi dan sosial.
Ciri-ciri masalah tingkah laku
1. Kebanyakkannya akan mengalami gangguan dalam
aspek berikut:
Interaksi sosial (Lebih suka bersendirian)

2. Komunikasi (lisan dan bukan lisan)


Sukar untuk meluahkan keinginan sendiri

3. Minat dan aktiviti


Suka membuat gerakan berulang-ulang yang aneh

4. Masalah dalam aktiviti motor/fizikal


Menjadi terlalu aktif atau terlalu lembab
Masalah Attention Deficit
Hyperactivity Disorder (ADHD)
Kecelaruan Hiperaktif Kurang Upaya
Tumpuan (ADHD) adalah satu
kecelaruan tingkah laku yang biasa
terjadi di kalangan kanak-kanak.
Ia melibatkan 3 jenis kepayahan :
Kurang tumpuan
Hiperaktif
Menurut kata hati (Impulsiviti)
Ciri-ciri Masalah ADHD
A. Kurang tumpuan
Kanak-kanak sentiasa :
Melakukan banyak kesilapan di dalam
kerja sekolah.
Mempunyai masalah untuk mengatur
aktiviti-aktivitinya
Sering kehilangan barang di rumah dan di
sekolah
Tidak dapat menyelesaikan tugasnya
B. Hyperaktif
Kanak-kanak sering :
Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya
serta mengeliat dan resah di tempat duduknya
Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun
sepatutnya ia duduk di situ
Berlari-lari dan memanjat-manjat dengan
berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa)
Bising waktu bermain
Masalah Autisme
Autisme ialah gangguan pertumbuhan tumbesar
seseorang dalam jangka masa panjang yang
memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak
dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada
kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000
dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan
kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini
selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu
berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.
Bahagian otak autistik
Punca-punca masalah autisme
Punca masalah ini tidak diketahui , namun teori
yang terakhir mengatakan bahawa, faktor
genetik memainkan peranan penting yang
menyebabkan berlakunya keadaan austistik
pada kanak-kanak. Pengaruh virus yang
dihadapi oleh si ibu semasa mengandung
seperti virus rubera, toxo, herpes, keracunan
makanan, pendarahan, pemakanan yang kurang
zat. Ini mempengaruhi perkembagan sel-sel
otak bayi semasa si ibu sedang mengandung.
Ciri-ciri kanak-kanak Autisme
Perlakuan yang bongkak
Ketawa dengan tiba-tiba
Perkataan yang diulang berkali-kali dan
gagap.
Tidak mengenali bahaya.
Tidak merasai kesakitan.
Menangis dan marah tanpa sebab.
Permainan yang luar biasa.
Masalah Pembelajaran Spesifik
(Disleksia)
Disleksia adalah satu masalah pembelajaran iaitu
kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis,
mendengar dan bercakap disebalik pengajaran yang
cukup dan peluang budaya yang sempurna.

Sebenarnya masalah ini bukanlah satu penyakit dan ia


tidak memerlukan ubat untuk mengubatinya, sebaliknya
dengan program pendidikan yang sesuai masalah ini
dapat dikurangkan.
Punca-punca disleksia
Cara kerja otak yang berbeza daripada keadaan
yang normal.
Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas
penghidap disleksia, didapati cara otak mereka
memproses maklumat agak berbeza daripada
biasa.
Faktor keturunan juga dikatakan sebagai salah
satu punca dislesia.
Kajian perubatan di barat mendapati kanak-
kanak penghidap disleksia mempunyai latar
belakang keluarga yang ada turut mempunyai
penghidap sindrom berkenaan.
Ciri-ciri disleksia
Selalu dikesan pada peringkat awal
persekolahan.
Lambat membaca dan mempunyai tulisan
tangan yang buruk.
Ketika membaca, sering mengurang dan
menambah pada sesuatu perkataan.
Sering keliru dengan sesuatu perkataan pada
huruf-huruf tertentu contohnya 'b' dianggap 'p'
dan 'p' dianggap 'q'.
Perhatian mudah terganggu atau gagal untuk
menghabiskan sesuatu kerja hingga habis.
Disleksia boleh dikategorikan
kepada tiga bahagian iaitu :

Kategori disleksia

Disleksia visual Disleksia auditori Disleksia


(penglihatan) (pendengaran) visual-auditori
Palsi Serebral
Serebral palsi adalah gangguan terhadap
pengendalian fungsi motor disebabkan
kerosakan pada otak yang sedang berkembang.

Serebral palsi adalah kecacatan yang memberi


kesan terhadap:
bentuk muka
pergerakan
kemahiran motor
Jenis-jenis Palsi Serebral
1.Spastic
Menyebabkan kesukaran dalam pergerakan dan tingkah
laku, dimana ia menjadi kaku

2.Athetoid
Tidak dapat mengawal pergerakan otot dan biasanya
mereka mempunyai bentuk tubuh yang pelik

3.Ataxic
Ia merupakan gangguan terhadap keseimbangan dan
persepsi
Punca Masalah Palsi Serebral
Kerosakan otak semasa kelahiran
Kerosakan otak semasa mengandung
Oksigen tak sampai ke otak janin
Jangkitan kuman
masalah kesihatan maternal
Perkembangan yang tak normal
Bayi yang dilahirkan tak cukup bulan
Meningitis bacteria
Ciri-ciri Masalah Palsi Serebral
Perkembangan motor kasar dan motor halus
yang lambat
Tindakan yang sepatutnya hilang masih kekal
Berjalan dengan menjinjit atau kaki diseret
Ketidaknormalan bentuk otot
Lekukan pada spinal "jawbone" atau kepala kecil
Masalah pintar cerdas
Kanak-kanak pintar cerdas ialah kanak-kanak yang
mempunyai potensi dan kemampuan tinggi dalam
bidang akademik. Selain itu, hasil kerja mereka juga
unik, kreatif dan mengkagumkan.

Kanak – kanak pintar cerdas selalunya memiliki


kecerdasan melebihi 130. ini memberikan mereka
kelebihan berbanding kanak-kanak biasa.
Tahap-tahap kanak-kanak pintar
cerdas
mempunyai kebolehan menilai
gemar kepada aktiviti intelektual
suka menanya soalan dan mencari
maklumat atas inisiatif sendiri.
Gemar berfantasi dan berfikir
Gemar menyelesaikan masalahyang rumit
Bersikap ingin tahu terhadap sesuatu
objek, idea, situasi dan peristiwa.
Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas
mempunyai kebolehan menilai
gemar kepada aktiviti intelektual
suka menanya soalan dan mencari
maklumat atas inisiatif sendiri.
Gemar berfantasi dan berfikir
Gemar menyelesaikan masalahyang rumit
Bersikap ingin tahu terhadap sesuatu
objek, idea, situasi dan peristiwa.
Masalah komunikasi dan bahasa
Komunikasi adalah proses yang melibatkan
encoding(penghantaran maklumat yang boleh
difahami) dan decoding (menerima dan
memahami) mesej.
Bahasa adalah komunikasi penyampaian idea
melalui symbol-simbol makna.
Punca masalah bahasa dan
komunikasi
Antara penyebab masalah pertuturan
ialah masalah hilang pendengaran, palsi
serebral dan lain-lain masalh saraf atau
otot, kecederaan kepala yang teruk, strok,
kerancatan akal (contoh Sindrom Downs),
kecacatan fizikal seperti lelangit bercelah,
penyalahgunaan suara, penyakit (virus,
kanser pita suara). Bagaimanapun,
biasanya penyebab masalah tidak
diketahui
Ciri-ciri masalah bahasa dan
komunikasi
1. Masalah Perkembangan Bahasa
Kelambatan yang nyata dalam perkembangan
perbendaharaan kata dan nahu yang perlu untuk
bercakap. Ia seringkali dikesan pada usia lebih kurang
dua tahun.

2. Afasia:
Hilang keupayaan bertutur disebabkan strok atau
kecederaan kepala.

3. Gagap:
Pertuturan yang tidak lancar disebabakan teragak-agak,
dan pengulangan atau pemanjangan pertuturan.
4. Masalah Artikulasi:
Tidak dapat menyebut bunyi pertuturan dengan betul

5. Masalah Suara:
Penggunaan nada, dan kekuatan suara yang tidak
sesuai atau kualiti suara (serak, sengau)

6. Masalah Lain
Masalah makan dan menelan. Kesukaran untuk makan,
minum dan menelan disebabkan masalah orofasial atau
neurologi
Rujukan
Jamila K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan Khas untuk Kanak-kanak Istimewa.
Kuala Lumpur. PTS Profesional.
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Sukatan
Pelajaran Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah &
Menengah
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2005). Buku Maklumat Pendidikan Khas.
Kuala Lumpur.
Fakulti Pendidikan, Sastera dan Sains Sosial. (2006). Universiti Terbuka
Malaysia. Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak Masalah Pembelajaran.
Julia Jantan/ Siti Suhaila Samian.Politeknik Johor Bahru. (2007). Perkembangan
dan Ciri-ciri Kanak-kanak Berkeperluan Khas. Open Univesity Malaysia.
Pendidikan Khas Daerah Larut Matang Dan Selama . http://ppdlms.edu.my/pk.
4 April 2009.
http://www.authorstream.com
http://en.wikipedia.org/wiki/Autism
http://www.spe-ed.net/ld-bp.php
http://chonghwa13.tripod.com/pkhas.htm
http://www.myhealth.gov.my/myhealth/bm/kanak_content

You might also like