You are on page 1of 55

SOALAN

A. Pilih satu etnik di Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak dan bincangkan dari aspek bangsa, struktur masyarakat / kelas sosial, kepercayaan , bahasa, adat resam dan jantina. B. Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya. C. Cadangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok melahirkan warganegara bersatu padu. untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya

Soalan A : Pilih satu etnik di Semenanjung Malaysia / Sabah / Sarawak dan bincangkan dari aspek bangsa, struktur masyarakat / kelas sosial, kepercayaan , bahasa, adat resam dan jantina.

Orang Jawa Setelah perbincangan antara ahli kumpulan kami, kami telah sepakat untuk memilih kebudayaan etnik Jawa untuk dibincangkan dan mengulas aspek-aspek dari segi bangsa, struktur masyarakat /kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kaum Melayu yang terdapat di Malaysia Pengenalan Kebudayaan Kebudayaan amat berkait rapat dengan ketamadunan sesuatu bangsa. Kebudayaan merangkumi tradisi, kepercayaan, perilaku dan benda-benda yang dipergunakan antara lain masyarakat-masyarakat tertentu dan apa yang memisahkan cara hidup manusia sejak wujudnya manusia di permukaan bumi ini. Kebudayaan juga adalah cara hidup manusia yang diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi melalui pengetahuan sama ada bahasa mahupun media simbolik lain dan pengalaman. Kebudayaan juga adalah keseluruhan yang kompleks di mana di dalamnya terdapat

ilmu pengetahuan, masyarakat.

kepercayaan, kesenian, moral, hukum, adat

istiadat dan

kemampuan-kemampuan yang lain serta kebiasaan perilaku manusia sebagai anggota

Uniknya makna kebudayaan seuniknya budaya yang terdapat dalam sesuatu kaum. Kaum Melayu khasnya mempunyai berbagai keistimewaan dan keunikan yang tiada tolok bandingnya. Serumpun Melayu mempunyai pelbagai masyarakat, sama ada masyarakat Minang, Jawa, Melayu Kedah Tua dan berbagai lagi. Namun, masyarakat Jawa mempunyai keunikan tersendiri yang tidak dapat dibandingkan dengan etnik serumpun yang lain. Seperti yang diketahui, masyarakat Jawa merupakan sebahagian daripada masyarakat di alam Melayu. Pengkajian ini sesungguhnya sangat menarik kerana berapakah ramai anak bangsa yang mengetahui tentang kebudayaan bangsa Melayu itu sendiri?. Sesungguhnya masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu sama ada dari paras rupa, corak hidup dan kepercayaan. Adalah sukar untuk membezakan antara masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu. BANGSA JAWA

Kepulauan Jawa, Indonesia Sebelum mengorak langkah dengan lebih jauh lagi, sewajarnya kita mengetahui sedikit sebanyak tentang apa itu Jawa. Menurut Ensiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu muka surat 1026, Jawa adalah salah sebuah pulau dalam Kepulauan

Indonesia. Keluasan pulau ini ialah 131 350 km persegi termasuk Pulau Madura dan pulau-pulau kecil lain. Jawa mempunyai penduduk yang paling padat di Asia Tenggara sekitar 120 juta. Terdiri daripada lima propinsi iaitu Jawa Barat, Jawa Tengah, Jawa Timur, Daerah khusus Ibu Kota Jakarta dan Daerah Istimewa Yogyakarta. Kebudayaan Jawa seperti yang diketahui adalah salah satu kebudayaan di Asia yang paling kuno dan identiti akan tradisi, perilaku dan peralatan kuno. Kekayaan ini cukup nyata dari sejarah kebudayaan Jawa yang wujudnya selama lebih dari seribu tahun di daerah-daerah tertentu di pulau Jawa. Walaupun begitu, kebudayaan Jawa itu berasal dari berbagai-bagai tradisi, kepercayaan dan cara hidup orang-orang dan bagi orang Jawa yang tinggal di pulau Jawa, kebudayaan adalah sesuatu yang mereka anuti dan percaya sesuai dengan kondisi dan situasi lokal, sejarah dan pengaruhpengaruh luar. Jadi, walaupun kebanyakan orang Jawa akan mendentifikasikan dirinya sendiri dengan kebudayaan Jawa, aspek-aspek dari cara hidup mereka akan bervariasi berdasarkan dimana mereka tinggal. Begitu juga dengan sejauh mana penggembaraan masyarakat Jawa. Kebudayaan Jawa yang asli dari masyarakat-masyarakat di pulau Jawa sudah berjalan selama puluh-puluhan generasi. Ini bererti kebudayaan ini sudah sangat kaya dalam unsur-unsur kebudayaan universal seperti sistem organisasi sosial, pengetahuan, kesenian, bangsa dan bahasa. Malah setelah berpuluh-puluh generasi kebudayaan Jawa ini tumbuh dari gagasan-gagasan tentang pergaulan antara manusia dan pandangan dunia sehinggalah terciptanya benda-benda yang memantulkan identiti konkrit akan masyarakatnya. Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur. Selain itu, terdapat juga masyarakat Jawa yang datang dari Pulau Madura yang terletak di bahagian utara Jawa Timur. Sejarah mengatakan bahawa, imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura, Palembang

dan Lampung di Sumatera dan Pontianak di Kalimantan Borneo.

Masyarakat Jawa

pada suatu ketika dahulu hanya sekadar singgah sebelum menuju ke Tanah Melayu. Sungguhpun demikian, ramai juga antara masyarakat Jawa yang sempat menetap di kawasan-kawasan tersebut dua hingga lima tahun sebelum datang ke Tanah Melayu. Inilah disebabkan oleh peluang pekerjaan di Tanah Melayu lebih baik berbanding di kawasan lain.Tidak kurang juga imigran yang datang ke Tanah Melayu yang terdiri daripada kalangan mereka yang mengerjakan haji. Jumlah masyarakat Jawa yang mengetahui selok-belok agama sangatlah kurang. Oleh sebab itulah ramai yang datang ke Tanah Melayu untuk membimbing masyarakat Jawa dan kemudiannya bersamasama menjalani kehidupan di Tanah Melayu.

Umumnya di Malaysia, terdiri daripada satu hingga dua juta bilangan masyarakat Jawa yang boleh didapati di beberapa buah negeri sahaja. Negeri Johor dan Selangor adalah dua buah petempatan yang sangat popular bagi masyarakat Jawa. Namun begitu, terdapat juga beberapa buah negeri yang mempunyai komposisi masyarakat Jawa seperti Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Petempatan masyarakat Jawa di Malaysia banyak tertumpu di kawasan Pantai Barat. Walaupun masyarakat Jawa mempunyai banyak persamaan dengan masyarakat Melayu, namun masih terdapat perbezaan yang menunjukkan betapa uniknya masyarakat Jawa yang dipayungi kepulauan Melayu ini sama ada dari segi bahasa mahupun corak kehidupan. Walaupun begitu, masyarakat Jawa telah mengalami proses asimilasi sehingga telah beransur-ansur diserap ke dalam masyarakat Melayu. Dalam erti kata lain, masyarakat Jawa telah dimelayukan. Proses asimilasi ini boleh dilihat apabila banyak perkahwinan ataupun percampuran generasi baru masyarakat Jawa dengan masyarakat Melayu amnya. Sewajarnya kita mengetahui tentang asal usul masyarakat Jawa sebelum mendalami lagi pengetahuan mengenai masyarakat Jawa ini. Orang Jawa seperti yang diketahui memiliki stereotipe sebagai suku bangsa yang sopan dan halus. Tetapi

mereka juga terkenal sebagai suku bangsa yang tertutup dan tidak mahu berterusterang. Sifat ini kononnya berdasarkan watak orang Jawa yang ingin menjaga keharmonian atau keserasian dan menghindari konflik, kerana itulah mereka cenderung untuk diam dan tidak membantah apabila terjadi perbezaan pendapat. Masyarakat Jawa yang terdapat di Malaysia pada hari ini berasal dari Pulau Jawa Indonesia. Kebanyakan masyarakat Jawa ini datang ke Tanah Melayu sekitar tahun 1796 hingga 1940. Selepas dari tahun-tahun tersebut, kedatangan mereka pun berkurangan. Kedatangan imigran Jawa pada mulanya adalah sebagai tenaga buruh di ladang-ladang yang dibuka oleh Kerajaan Inggeris. Pada masa itu, berlakunya kekurangan buruh untuk bekerja di dalam sektor perladangan. Oleh itu, bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang semakin meningkat hasil pembangunan Tanah Melayu oleh kerajaan Inggeris, pengimportan tenaga kerja luar amatlah dialu-alukan. Ini menyebabkan ramai imigran dari negara China, India dan Jawa dibawa masuk ke Tanah Melayu dan menjadi permulaan kedatangan masyarakat Jawa ke Tanah Melayu. Seperti masyarakat Cina dan India, kebanyakan masyarakat Jawa yang datang ke Tanah Melayu sangat mahir dalam kemahiran bercucuk tanam. Mereka menanam pelbagai jenis tanaman termasuklah rempah, lada hitam dan sebagainya. Kemahiran ini sesungguhnya, amatlah diperlukan oleh Kerajaan Inggeris. Penanaman lada hitam dan gambir banyak tertumpu di negeri Johor dan menyebabkan ramai imigran datang ke negeri Johor. Selain datang secara individu, kebanyakan mereka dijemput khas oleh kerajaan Inggeris memandangkan penanaman secara komersial memerlukan banyak tenaga kerja namun tidak mendapat sambutan khususnya daripada masyarakat Melayu. Selain bekerja sebagai buruh, masyarakat Jawa juga bekerja dalam sektor pembinaan jalan. Mereka bertugas untuk membuat jalan bersama imigran India. Di Johor pula, kebanyakan mereka dijadikan sebagai buruh untuk melebarkan sungai. Justeru itu, kebanyakan penempatan di Johor dikenali sebagai Parit seperti Parit Sulung, Parit Jawa, Parit Setan dan lain-lain.

Namun sejajar dengan peredaran masa, kebanyakan petempatan masyarakat Jawa di kawasan-kawasan kampung yang telah dibuka menyebabkan mereka telah beralih kerja dengan melakukan kerja-kerja kampung sahaja. Kerja-kerja yang dilakukan adalah seperti bersawah, berkebun, berladang, nelayan dan sebagainya. Kebanyakan mereka bekerja sendiri kerana lebih selesa dan tidak terkongkong. Ada juga yang menceburi bidang perniagaan runcit atau menjual barangan seperti kain batik atau sebagainya, tetapi jumlahnya adalah kecil. Mereka lebih berminat untuk menyara kehidupan dengan hasil kampung sahaja. Inilah yang dilakukan semasa kedatangan awal mereka. Namun dewasa ini, masyarakat Jawa semakin mementingkan ilmu dan pembelajaran. Sosio ekonomi mereka makin berkembang maju. Telah banyak perbezaan terutamanya apabila masyarakat Jawa telah menjadi sebahagian daripada rakyat Malaysia. Masyarakat Jawa merupakan masyarakat yang paling banyak mengalami proses asimilasi berbanding dengan masyarakat pendatang yang lain. Sehingga hari ini, masyarakat Jawa terus mengalami proses tersebut sehingga generasi muda pada hari ini sukar untuk menerima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala corak kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Pada dasarnya terdapat beberapa perkara yang menyebabkan masyarakat Jawa mengalami proses asimilasi. Antaraya adalah dari segi wajah yang seiras, bahasa yang hampir sama, agama yang sama, persamaan corak hidup, pakaian dan perkahwinan. Ini menyebabkan masyarakat Jawa telah diterima sepenuhnya sebagai bangsa Melayu di bawah satu rumpun.

STRUKTUR MASYARAKAT/KELAS SOSIAL

Masyarakat Jawa (Gambar hiasan) Masyarakat Jawa asli juga terkenal akan struktur masyarakat atau kelas sosialnya.. Pakar antropologi Amerika yang ternama, Clifford Geertz, pada tahun 1960an membahagikan masyarakat Jawa kepada tiga kelompok iaitu kaum Santri, Abangan dan Priyayi. Menurutnya kaum Santri adalah penganut agama Islam yang taat, kaum Abangan pula adalah penganut Islam secara nominal atau penganut Kejawen, sedangkan kaum Priyayi adalah kaum bangsawan. Priyayi atau berdarah biru dalam kebudayaan Jawa merupakan istilah untuk menerangkan suatu kelas sosial yang mengacu kepada golongan bangsawan. Suatu golongan tertinggi dalam masyarakat kerana memiliki keturunan dari keluarga kerajaan. Golongan priyayi tertinggi disebut Priayi Ageng (bangsawan tinggi). Gelaran golongan ini adalah gelaran dari yang tertinggi hingga dengan hanya satu gelaran saja iaitu Raden. Gelaran bagi seorang priyayi juga meningkat seiring dengan usianya. Misalnya ketika seorang anak lelaki lahir diberi nama Bomantara, ia bergelar Raden Mas, jadi nama lengkapnya adalah Raden Mas Bomantara, ketika menginjak akil baligh gelarannya bertambah satu kata menjadi Bandara Raden Mas, ketika menapak dewasa dalam berdasarkan tinggi rendahnya suatu kehormatan. Beberapa

(18 atau 21 tahun) bertambah lagi menjadi Bandara Raden Mas Aryo. Pada saat dewasa dan telah memiliki jawatan dalam hierarki kebangsawanan, ia akan memiliki gelaran yang berbeza dari gelaran yang telah dimilikinya. Misalnya apabila menduduki jabatan pemimpin ketenteraan maka gelarannya akan berubah menjadi Gusti Pangeran Adipati Haryo. Dan setiap kedudukan yang dipimpininya akan memilki gelaran tambahan atau gelaran yang berubah nama. Kelompok Santri juga bukan Santri. pula adalah orang penggolongan yang memiliki ini pengetahuan dan tepat, kerana

mengamalkan agama. Abangan pula digunakan untuk mereka yang bukan Priyayi dan Namun tidaklah terlalu pengelompokkan Priyayi atau bukan Priyayi adalah berdasarkan garis keturunan

seseorang, sedangkan pengelompokkan Santri dan Abangan dibuat berdasarkan sikap dan perilaku seseorang dalam mengamalkan agamanya (Islam). Dalam realiti, ada Priyayi yang Santri dan ada pula yang Abangan, bahkan ada pula yang bukan muslim. Namun, jika dilihat dalam masyarakat Jawa di Malaysia, kelas sosial tidak dititik beratkan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan kehidupan masyarakatnya dengan masyarakat Tanah Melayu khususnya. Namun dalam kelas sosial, terdapat dua kelas yang sangat dihormati dalam masyarakat Jawa Malaysia. Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Setiap kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan dalam kerukunan masyarakat Jawa. Antara ketua yang penting dalam masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai. Lurah atau lebih dikenali sebagai penghulu dalam masyarakat Jawa mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan, pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama. Secara khususnya, pelantikan Lurah akan dilakukan secara punguran suara. Mereka akan melakukan punguran suara sebaik sahaja selesai menunaikan solat Jumaat. Uniknya amalan ini, pemilihan akan dilakukan secara demokrasi dengan pungutan suara sama ada warga tua mahupun

muda. Malah pemilihan ini juga sewajarnya dipersetujui oleh penduduk kampung secara keseluruhannya. Jawatan Lurah kebiasaannya akan dipegang selagi diterima oleh penduduk kampung. Sekiranya Lurah telah meninggal dunia atau meletakkan jawatan disebabkan oleh keuzuran yang tidak dapat dielakkan, pemilihan seperti kaedah yang sama akan dilakukan. Lurah baru yang dilantik merupakan anak sulung atau anak yang mempunyai kebolehan kepimpinan seperti bapanya. Jika tidak, jawatan Lurah akan diberikan kepada orang lain yang mempunyai kebolehan yang sama. Menurut masyarakat Jawa tradisional, jawatan Lurah dibantu oleh beberapa orang pembantu atau lebih dikenali sebagai perabot Desa. Perabot Desa pula boleh dibahagikan kepada beberapa peranan seperti Jongkok (pembantu Lurah), Jarik Wakil (kerani), Kamitua (bendahari), Kebayan (pesuruh), Kaum (pegawai agama), Djagabeya atau Kepetegan (polis atau jaga) dan Andjir (pegawai air).Setiap pembantu mempunyai tugas yang dikhaskan. Dengan adanya pembantu tersebut, kerja-kerja Lurah akan menjadi lebih mudah. Sungguhpun demikian, jawatan pembantu ini jarang-jarang diadakan dalam masyarakat Jawa di negara ini pada masa kini kerana telah diambil alih oleh Jabatan-Jabatan Kerajaan. Untuk melicinkan lagi perjalanan pentadbiran, rumah Lurah akan dijadikan sebagai Pejabat Utama. Antara tugas Lurah selain dari menjaga keselamatan kampung adalah menjadi ketua apabila terdapat aktiviti gotong-royong dan menjadi orang tengah yang menghubungkait antara masyarakat lain dan sebagainya. Disamping Lurah, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Seperti yang diketahui, Kiai terdiri daripada kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Oleh itu dapat dikatakan bahawa peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam masyarakat Jawa adalah penting. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Selain itu Kiai juga bertanggungjawab untuk memulakan doa dalam majlis kenduri doa selamat atau sebagainya. Kiai juga sering kali menjadi penceramah apabila menyambut Maulud Nabi. Dengan kata lainnya, seorang Kiai perlu lengkap dengan segala hal berhubung dengan agama dalam memberi pertunjuk kepada masyarakat. Terdapat juga di kalangan Kiai yang

mengadakan kelas fardu ain. Kelas fardu ain ini bukan sahaja terbuka kepada golongan kanak-kanak tetapi juga untuk orang dewasa yang berminat untuk mengikuti pembelajaran agama. Dengan ini, segala masalah dan kemuskilan yang berkaitan dengan agama dapat diatasi Peranan yang dimainkan oleh Kiai dalam masyarakat Jawa juga penting dalam hal pengurusan pentadbiran. Sekiranya Lurah tiada, Kiai ditugaskan untuk mentadbir masyarakat Jawa dalam hal-hal yang berbangkit sama ada mengenai keduniaan atau akhirat. Oleh itulah masyarakat Jawa memandang tinggi akan Kiai kerana kebolehannya dalam segala segi sama ada yang berkaitan dengan keduniaan atau keakhiratan. Terdapat juga di kalangan Kiai yang bertanggungjawab dalam mengubat pesakit. Masyarakat Jawa meletakkan peranan Kiai dalam menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran untuk menjampi air yang akan diminum oleh pesakit. Air yang dijampi itu dipercayai mampu menyembuhkan penyakit tersebut. Peranan yang dimainkan oleh Kiai sangatlah besar dan meliputi hal-hal berkenaan dengan kematian. Pesakit yang sedang nazak akan dibacakan dengan surah Yassin. Ini sedikit sebanyak boleh mengurangkan penyakit pesakit dan dengan izin Allah pesakit dapat meninggal dalam keadaan yang aman. Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian. Selain itu, Kiai juga akan mengiringi jenazah sehingga ke kawasan perkuburan. Kiai akan membacakan talkin dengan nada yang lantang. Ini bertujuan untuk mengingatkan si mati dan orang yang masih hidup apabila disoal malaikat kelak. Jadi di sini jelas menunjukkan, betapa Kiai dan Lurah mempunyai status sosial yang tinggi di kalangan masyarakat Jawa Malaysia. Oleh sebab itulah, Kiai dan Lurah dipandang mulia kerana ilmu, kebolehan dan sifat yang ada pada dirinya itu.

KEPERCAYAAN

Kepercayaan Hantu Semar dalam masyarakat Jawa Kepercayaan merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah masyarakat. Orang Jawa asli sebahagian besar secara nominal menganut agama Islam. Tetapi terdapat juga yang menganut agama Kristian, Protestan dan Katholik. Umumnya masyarakat Jawa di Malaysia merupakan masyarakat yang mengganut agama suci Islam. Agama Islam yang dianuti oleh mereka sama dengan agama Islam yang menjadi anutan masyarakat Melayu. Keseragaman ini sememangnya penting untuk melestarikan persefahaman kepercayaan di kalangan kelompok. Malah ia juga penting untuk memastikan Islam terus terpelihara di negara ini. Masyarakat Jawa bermazhabkan Syafie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di mata Allah SWT. Oleh kerana masyarakat Jawa lebih menekankan aspek pembelajaran, beberapa buah pondok telah dibina untuk dijadikan tempat untuk belajar fardu ain bagi menguatkan lagi pegangan. Kebiasaannya, kelas ini akan dikendalikan oleh Kiai atau imam. Namun begitu, terdapat juga masyarakat Jawa yang mengambil inisiatif sendiri untuk mengajar anak-anak di rumah. Anak-anak akan diajar membaca Al-Quran di

samping menyelitkan beberapa ilmu lain yang berkaitan dengan agama. Mereka akan diajar daripada peringkat bawah hingga kepada peringkat tinggi. Selain itu, golongan dewasa juga digalakkan untuk mempelajari ilmu agama untuk meningkatkan lagi pengetahuan mengenai Islam. Masyarakat Jawa juga percaya akan aspek persaudaraan. Jika dikaji , masyarakat Jawa seperti juga masyarakat Melayu lain , amat mementingkan aspek persaudaraan. Malah tali persaudaraan sendiri amat ditekankan oleh agama Islam. Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain. Secara tuntasnya, dapatlah diputuskan bahawa , oleh kerana agama itu sendirilah yang menyatukan masyarakat Jawa dan Melayu. Sesungguhnya, agama memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk keperibadian yang sempurna. Disamping kepercayaan terhadap agama Islam, terdapat juga segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Amalan ini dianggap sebagai satu amalan yang kuno dan masih juga diamalkan oleh segelintir masyarakat Jawa walaupun telah menganut agama Islam. Amalan ini lebih menekankan tentang aspek makhluk-makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mempercayai sesuatu tempat tersebut mempunyai makhluk halus. Oleh itu, adalah penting untuk meneroka sesebuah tempat sebelum diduduki atau didirikan bangunan. Terdapat segelintir warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkan seseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala. Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu member kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai di kalangan mereka yang mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai satu objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor.

Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang di telan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik yang bertentangan dengan agama. Masyarakat Jawa mengamalkan agama Islam sebagai kepercayaan yang kukuh melalui niat di hati dan praktikal dalam perbuatan.

BAHASA

Contoh Huruf dalam Bahasa Jawa Bahasa seperti yang diketahui merupakan alat untuk membentuk minda,

perasaan dan keinginan. Selain penanda bangsa, bahasa juga dapat merefleksikan latar budaya. Bahasa Jawa adalah bahasa pertuturan yang digunakan penduduk suku bangsa Jawa terutama di sesetengah bahagian Banten, Jawa Barat, Jawa Tengah & Jawa Timur di Indonesia. Bahasa Jawa terbahagi menjadi dua yaitu Ngoko dan Kromo. Ngoko sendiri dalam perkembangannya secara tidak langsung terbahagi lagi kepada Ngoko kasar dan Ngoko halus ( campuran ngoko dan kromo ). Malah Krama juga terbagi lagi menjadi Krama, Krama Madya dan Krama Inggil ( Krama Halus ). Krama Madya ini pun agak berbeza antara Krama yang digunakan dikota dengan Krama yang digunakan di desa. Malah Krama Halus juga berbeza antara Krama Halus atau Inggil yang digunakan oleh kalangan Kraton dengan kalangan rakyat biasa.

Penduduk Jawa yang berhijrah ke Malaysia turut membawa bahasa Jawa ke Malaysia. Bahasa dalam masyarakat Jawa merujuk pada bahasa Jawa yang merupakan bahasa ibu bagi masyarakat Jawa yang tinggal di Malaysia, namun terdapat juga elemen asimilasi melalui penggunaan Bahasa Melayu di kalangan sesama masyarakat Jawa atau seharian. Terdapat beberapa tingkat tutur kata berbeza dalam bahasa masyarakat Jawa di Malaysia yang digunakan sesuai dengan pangkat atau kedudukan seseorang supaya menyampaikan rasa hormat kepada mereka sewaktu disapa sehingga rasa harmonis dilestarikan antara semua anggota masyarakat Jawa. Kedua tingkat tutur utama yang dipakai masyarakat Jawa di Malaysia adalah tingkat Krama dan Ngoko. Bahasa Jawa Krama itu dipakai dalam situasi formal atau kalau dua orang asing bertemu yang ingin saling menyampaikan rasa hormat tetapi bahasa Jawa Ngoko itu lebih kasar dan dianggap tidak formal dan cocok dipakai antara teman-teman atau dengan orang yang rapat atau intim. Yang menarik mengenai bahasa Jawa adalah tingkat tutur bahasa Jawa Krama itu masih lagi digunakan dalam percakapan sehari-hari seperti sekarang. Namun masih terdapat kegusaran mengenai kepupusan bahasa yang semakin luntur dipuput waktu. Sama juga halnya dengan tingkat tutur bahasa Jawa Karma Inggil yang dianggap tingkat tutur tertinggi dan paling sopan yang hanya dipakai untuk menyampaikan rasa hormat pada orang-orang yang memiliki posisi atau kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada penuturnya. Pelestarian tingkat ini khususnya adalah warisan orang-orang yang tinggal di sekitar daerah perkampungan Jawa. Terdapat juga loghat dalam bahasa Jawa yang terbahagi kepada dua kategori iaitu loghat sosial dan loghat daerah.Loghat dalam Bahasa Jawa menurut kelas sosial terbahagi kepada lapan iaitu Ngoko, Ngoko Andhap, Madhaya, Madhayantara, Kromo, Kromo Inggil, Bagingan dan Kedhaton. Loghat Bagingan dan Kedhaton digunakan di kalangan keluarga Kraton dan sulit difahami oleh orang Jawa kebanyakan. Perbezaan perkataan menurut loghat sosial dalam Bahasa Jawa boleh difahami melalui contoh berikut:

* Bahasa Malaysia: Maaf, saya nak tanya rumah kak Budi itu, di mana? 1. Ngoko kasar: Eh, aku arep takon, omah Budi kuwi, nng*ndi? 2. Ngoko halus: Aku nyuwun pirsa, dalem mas Budi kuwi, nng endi? 3. Ngoko meninggikan diri sendiri: Aku kersa ndangu, omah mas Budi kuwi, nng ndi? 4. Madya: Nuwun swu, kula ajeng tanglet, griyan mas Budi niku, teng pundi? 5. Madya alus: Nuwun swu, kula ajeng tanglet, dalem mas Budi niku, teng pundi? 6. Krama andhap: Nuwun swu, dalem badh nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi punika, wonten pundi? 7. Krama: Nuwun sewu, kula badh takn, griyanipun mas Budi punika, wonten pundi? 8. Krama inggil: Nuwun sewu, kula badhe nyuwun pirsa, dalemipun mas Budi punika, wonten pundi? Namun masyarakat Jawa di Malaysia menggunakan bahasa Jawa dengan loghat biasa. Malah penggunaan bahasa Jawa Krama serta Ngoko dari masa ke semasa sangat bergantung di bahu generasi muda sekarang. Amat wajarlah sekiranya generasi muda sekarang berusaha untuk menggunakan semua tingkat tutur bahasa Jawa ini dalam interaksi sehari-harinya. Walaupun begitu sudah ironis bahawa orang yang lebih tua menyatakan begini kerana bahasa ibunda itu diajar sejak lahir sehinggalah ke usia remaja. Maka seharusnya menjadi tanggung jawab orang tua mengajar anak-anaknya tingkat tutur bahasa Jawa itu, bukan sekadar mengharapkan kaum muda mengamalkan di sekolah atau di tempat lain. Meninggalkan bahasa Jawa di kalangan komuniti pertanggungjawaban penggunaan kelestarian tak cukup untuk memastikan

penggunaan tingkat tutur bahasa Jawa yang kompleks ini. Menurut pengalaman dan hasil kajian, kami mendapati bahawa masyarakat Jawa di Malaysia sangat teguh mewarisi bahasa Jawa dan mengamalkannya di kalangan ahli keluarga dan masyarakat Jawa setempat. Namun proses asimilasi terjadi melalui pergaulan mereka dengan pelbagai kaum terutamanya dengan masyarakat Melayu sama ada di sekolah, kedai, pasar atau di kawasan setempat. Jika bahasa

Jawa tidak diperhidupkan, mungkin di masa depan hanya segenggam orang yang mengingati semua peraturan dan cara pengucapan tingkat tutur bahasa Jawa Krama ini iaitu bahasa Jawa formal kerana majoriti masyarakat Jawa memakai bahasa Jawa Ngoko dalam pertuturan. Ini kerana wujudnya bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang menjadi bahasa utama dalam pembelajaran di Malaysia. Sekiranya memfokuskan perubahan bahasa Jawa, harus diingat bahawa bahasa Jawa itu sebenarnya terdiri atas sembilan tingkat tutur dan di masa lampau secara luas digunakan oleh masyarakat Jawa. Hanya kerana perubahan modernisasi yang menuntut masyarakat Jawa menuntut ilmu menyebabkan penggunaan dan pemahamannya kian berkurangan. Terdapat juga anak-anak muda di kalangan masyarakat Jawa yang berkahwin campur memahami percakapan Jawa yang diutarakan oleh ibu dan bapanya namun sukar untuk menjawab dalam bahasa Jawa kembali kerana tidak diamalkan dan diajar di sekolah. Oleh kerana itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan penggunaan dan pemahaman bahasa sejak dari kecil untuk mengukuhkan jati diri yang kuat di kalangan anak muda. Namun seharusnya bahasa lain terutamanya Bahasa Melayu tidak dipinggirkan. Sesungguhnya , bahasa memainkan peranan yang sangat penting untuk memartabatkan sesuatu bangsa. Bak kata pepatah, bahasa itu jiwa bangsa, rosak bahasa bina salah bangsa.

ADAT RESAM

Pakaian perkahwinan Masyarakat Jawa Biar mati anak, jangan mati adat. Itulah antara pepatah yang menunjukkan betapa pentingnya adat dalam kewujudan sesuatu bangsa. Bagi masyarakat Jawa, adat kematian adalah suatu perkara yang mesti dihadapi oleh setiap manusia. Masyarakat Jawa mempunyai satu sistem atau cara tertentu untuk menyempurnakan sesuatu kematian. Sebaik sahaja berlakunya sesuatu kematian, ahli keluarga akan memberitahu imam atau Kiai untuk menguruskan kematian. Kemudian mereka akan menyebarkan berita tersebut kepada seluruh kampung termasuklah ahli keluarga yang jauh. Ahli masjid akan mengetuk gentung atau beduk untuk memberitahu tentang kematian. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab masyarakat kampung supaya menziarahi si mati. Seketika sahaja selepas pengebaran berita, rumah si mati akan dikerumi saudara-mara dan sahabat handai. Pada waktu yang sama, penggali kubur akan dipanggil untuk menggali liang lahad. Lazimnya terdapat seorang penggali kubur yang telah ditugaskan manakala yang lain hanya sekadar membantu. Sekiranya di mati

meninggal dunia pada waktu malam, jenazah akan dikebumikan keesokan harinya selepas Zohor. Namun, sekiranya meninggal pada sebelah pagi, jenazah akan dikebumikan di sebelah petang. Ini adalah sejajar dengan tuntutan agama yang mengkehendaki jenazah dikebumikan segera. Cara menyempurnakan mayat bermula dengan mayat diangkat dari tempat meninggal dunia dan diletakkan di atas sebuah pangkin atau katil yang bertilam dan beralas kain cadar yang bersih dan diletakkan di tengah-tengah rumah. Di bahagian atas katil turut dipasangkan langit-langit yang diperbuat daripada kain untuk melindungi mayat daripada sebarang habuk atau najis binatang. Mayat pula akan diselimuti dengan sehelai kain batik lepas iaitu kain yang tidak berjahit. Sebelum itu, kedua-dua belah tangannya akan dirapatkan pada dada dan kedua-dua belah kakinya dirapatkan juga. Bahagian muka mayat tidak ditutup dengan kain tersebut supaya ahli keluarga dapat menatap wajah si mati untuk kali yang terakhir. Terdapat juga segelintir masyarakat jawa yang meletakkan sebilah kacip pinang melintang dari kiri ke kanan si mati adalah dipercayai kacip tersebut dapat menghalang mayat daripada dilangkahi hantu syaitan. Di bahagian hadapan katil pula diletakkan sebuah bekas bara api yang senantiasa berasap dengan membakar serbuk harum kayu setanggi atau kayu gaharu dengan menggunakan sabut kelapa. Kedua-dua jenis kayu ini dibakar selagi mayat berada di atas rumah. Mengikut adat masyarakat Jawa, kayu setanggi dan gaharu yang dibakar selama tiga hari tiga malam walaupun si mati telah dikebumikan dapat mewangikan keadaan rumah serta sekaligus dapat menghalang hantu syaitan yang mungkin mengacau si mati tersebut. Pada masa yang sama beberapa peralatan lain turut disediakan. Antaranya ialah kain kapan, keranda dan sebagainya. Kebanyakkan kelengkapan ini disediakan oleh ahli keluarga dengan dibantu oleh imam dan beberapa orang yang mempunyai kemahiran dalam menguruskan jenazah. Kain kapan digunakan untuk membalut seluruh susuk tubuh si mati melainkan bahagian muka sahaja yang dibalut dengan kain nipis bagi memudahkan ahli keluarga menyingkap untuk melihat wajah si mati.

Kebanyakan balutan kain kapan akan dilakukan dengan kemas,cermat dan hormat. Telah menjadi satu peraturan para pelawat sama ada saudara mara ataupun sahabat handai dikehendaki menghormati si mati dengan tidak membuat perkara yang boleh mengeruhkan lagi keadaan seperti berbual dengan kuat atau berkata-kata tentang perkara yang tidak senonoh apabila mayat masih lagi berada di rumah. Larangan ini turut dituntut oleh agama Islam. Selain itu, sebarang tangisan yang kuat malahan teresak pun amat dilarang oleh agama Islam sedangkan kita lebih digalakkan supaya mendiamkan diri dengan bertafakur kepada Tuhan dan membaca beberapa surah alQuran terutama surah Yassin atau al-Fatihah untuk disedekahkan kepada si mati. Amalan ini membolehkan si mati akan sentiasa tenang ketika berada di alam barzakh. Selepas semua persediaan telah dibuat, mayat perlu dimandikan dengan segera. Mayat lazimnya dimandikan oleh muhrimnya atau sejantina dengannya ditengah rumah atau bilik air. Mandian hendaklah dilakukan dengan cermat oleh tukang mandi. Setelah selesai mandi, mayat akan dilumurkan dengan dua jenis serbuk iaitu kapur barus dan cendana yang diletakkan di celah pelipat paha, ketiak dan sebagainya manakala pada bahagian-bahagian lain pula diletakkan kepingan kapas. Selepas itu barulah mayat diangkat dan diletakkan di ruang tamu untuk dikapankan dengan menggunakan kain yang tidak berjahit. Mayat yang telah dibungkus kemudian diikat menggunakan bebrapa utas tali dari kaki hingga ke leher melainkan di sebelah kepala dibiarkan ikatan sementara. Sebelum mayat dibalut adalah menjadi satu kemestian kaum keluarga si mati yang rapat menaburkan sejemput serbuk cendana sebagai penghormatan untuk kali terakhir kepada si mati. Selepas menabur cendana barulah kepala si mayat dibungkus dan diiikat kemudian dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu. Di sebelah bawah keranda direntangkan sebidang kain putih yang dipakukan. Kemudian keranda akan ditutup dan diletakkan diusungan. Usungan dilakukan secara bergilir-gilir yang terdiri daripada kaum lelaki. Sebelum dihantar ke kawasan perkuburuan, mayat akan disembahyangkan terlebih dahulu sama ada dirumah atau di masjid. Mayat akan diletakkan dihadapan dengan mihrab masjid. Selepas selesai sembahyang jenazah, keranda mayat dipikul

dan diusung semula untuk menuju ke kawasan perkuburan. Sebelum itu, liang lahad telah awal-awal lagi digali oleh penggali kubur. Sesampai di tanah perkuburan, mayat dimasukkan ke dalam liang lahad. Imam akan membuak kain kapan dan disendalkan mayat dengan kepalan tanah untuk membetulkan posisi mayat di liang lahad. Sebelum mayat ditimbus dengan tanah, imam membacakan azan pada telinga si mati barulah tanah ditimbuskan dan dicacakkan dengan dua batang batu nisan ketika itu juga bagi yang telah ada. Imam akan membacakan talkin di atas tikar yang dibentangkan di tepi kubur si mati. Biasanya, talkin dibaca menggunakan bahasa Arab kemudian disusuli dengan bahasa Melayu. Bacaan ini harus dilakukan bagi memperingatkan si mati tentang Tuhan yang maha Esa, agama, nabi, kitab dan saudara mara. Ini sedikit sebanyak dapat membantu si mati dapat menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nankir di alam barzakh. Selesai talkin dibacakan, tahlil dan doa diaminkan oleh sekalian pengiring, kedua-dua air yang ada di dalam baling disiram dari bahagian kepala hingga ke bahagian kaki disusuli dengan taburan bunga rampai. Dengan demikianlah selesai sudah adat istiadat pengebumian mayat bagi masyarakat jawa. Semua orang yang terlibat akhirnya bersalaman dan pulang ke rumah. Selepas itu, kenduri doa selamat untuk arwah akan diadakan iaitu pada hari ketiga, ketujuh, keempat belas, keempat puluh dan keseratus. Kemudian, kenduri turut diadakan pada tiap-tiap tahun berikutnya. Disamping adat kematian, masyarakat Jawa juga amat mementingkan dan mengambil berat akan adat perkahwinan. Melalui adat perkahiwnan kebanyakan jodoh anak-anak ditentukan oleh ibu bapa dan kebiasaannya ibubapa tidak begitu cerewet. Ibu bapa daripada pihak lelaki akan memilih perawan yang mempunyai sifat yang terpuji seperti lemah-lembut, bersopan santun, menghormati orang tua dan rajin bekerja. Ibubapa daripada pihak perempuan pula akan memilih teruna yang mempunyai sikap ringan tulang, pandai dalam soal agama, menghormati orang tua dan tahu tanggungjawab terhadap keluarga.

Apabila ibubapa daripada pihak lelaki bersetuju, mereka akan menghantar wakil yang terdiri daripada mereka yang mengetahui selok-belok dalam adat merisik. Ketika itu wakil akan menanyakan tentang hajat mereka kepada ibubapa gadis. Sebelum itu, pihak lelaki akan memberitahu pihak perempuan. Semasa merisik, sebentuk cincin akan diletakkan sebagai tanda tanya bagi belum berpunya. Cincin akan disimpan oleh cincin tersebut boleh dipulangkan kemudian. Hari pertunangan akan dilangsungkan sebaik sahaja pihak perempuan bersetuju. Pada hari tersebut, ibubapa dan wakil yang biasanya terdiri daripada keluarga terdekat akan datang ke rumah wakil perempuan tersebut. Pada hari itu, ibu pihak lelaki akan menyarungkan cincin pada jari bakal pengantin perempuan sebagai tanda yang menunjukkan mereka telah berpunya. Ada juga cincin disarung oleh kakak, adik atau ibu saudara kepada bakal pengantin lelaki. Kebiasaannya tempoh pertunangan ditentukan melalui perbincangan. Ada yang menggariskan tempoh pertunangan selama setahun dan tidak kurang juga yang melebihi tempoh tersebut. Sebelum itu, perbincangan kali kedua akan dilakukan supaya dipersetujui kedua-dua belah pihak. Hari perlangsungan dilakukan sebaik sahaja tempoh pertunangan tamat. Pada masa itu, kedua-dua pihak akan mengadakan kenduri yang besar. Apa yang menarik dalam masyarakat Jawa, mereka akan membuat pelbagai jenis kuih untuk dijamukan kepada saudara-mara atau sahabat handai yang datang ke majlis tersebut. Antara kuih yang lazim dibuat adalah tumpi, tempeyek dan bahulu. Bagi mereka yang bekerja di bahagian dapur, mereka akan dihidang dengan minuman ringan. Begitu juga mereka yang sedang mendirikan khemah, membelah kayu dan mencuci pinggan mangkuk. Masyarakat Jawa memastikan semua saudara mara atau sahabat yang datang dijamu dengan sempurna. Boleh dikatakan sepanjang hari mereka akan dijamukan dengan makanan ringan. Adalah menjadi satu kesalahan sekiranya tuan rumah tidak memastikan anak gadis mereka masih pihak perempuan sekiranya pihak

perempuan bersetuju menerimanya sebaliknya jika pihak perempuan tidak bersetuju,

menyediakan makanan ringan kepada saudara-mara dan akan menjadi sebutan masyarakat setempat selepas kenduri kelak. Masyarakat Jawa akan melakukan kerja secara gotong-royong atau lebih dikenali sebagai rewang dalam bahasa Jawa. Oleh itu, segala kerja menjadi ringan sebelum ketua dilantik. Antaranya adalah tukang masak yang akan dibantu oleh beberapa orang pembantu, orang yang mendirikan khemah, membasuh pinggan mangkuk atau membelah kayu api. Lazimnya sebelum tengah hari, kerja-kerja memasak selesai. Ini disebabkan masyarakat Jawa melakukan kerja-kerja tersebut sejak awal pagi lagi. Ini adalah penting supaya keadaan kelam kabut tidak akan berlaku apabila tetamu mula bertandang. Pengantin lelaki akan sampai ke rumah pengantin perempuan pada sebelah petang sekitar pukul satu atau dua. Pada masa itu, paluan kompang akan mengiringi kedatangan pengantin lelaki. Persekitaran dihiasi dengan bunga manggar untuk menyerikan lagi majlis. Kedatangan pengantin lelaki disambut pengantin perempuan dan mereka akan berjalan seiringan menuju ke rumah. Kemudian, mereka akan diiringi sehingga ke pelamin. Ada segelintir masyarakat Jawa yang meletakkan pelamin di tengah-tengah halaman rumah supaya dapat dilihat oleh semua orang. Sebaik sahaja kedua-dua pengantin duduk di pelamin, persembahan pencak silat dilakukan bagi memeriahkan lagi upacara persandingan. Pertunjukkan kuda kepang juga turut dimainkan. Setelah itu, kedua-dua pengantin akan dibawa masuk ke ruang tamu untuk dipertontonkan kepada khalayak ramai. Setelah petang, kedua-dua pengantin diiring menuju ke rumah pengantin lelaki pula. Sekiranya rumah pengantin lelaki jauh, bermakna kenduri di rumah lelaki akan dilakukan berselang hari. Apabila upacara persandingan selesai, majlis kenduri pun berakhir. Masyarakat Jawa membersihkan segala peralatan pinggan mangkuk secara bergotong-royong terutamanya kaum perempuan. Kaum lelaki pula akan menguruskan khemah, kerusi meja dan sebagainya. Kemudian makanan yang berlebihan akan diberi kepada

saudara-mara sebelum mereka pulang. Pengagihan ini menjadi kemestian dalam masyarakat Jawa dan ini dikenali sebagai berkat. Jika saudara-mara atau sahabat handai tiada atau sudah pulang, tuan rumah membekalkan berkat tersebut. Lazimnya, berkat ini terdiri daripada nasi minyak, lauk kurma,acar dan sedikit telur dan pulut. Sesungguhnya , melalui warisan adat resam dan budaya ini mampu untuk mengekalkan warisan nenek moyang terdahulu. Malah tanpa diketahui, pengamalan adat resam ini juga mempunyai nilai positif yang tiada tolong bandingnya.

JANTINA

Lelaki dan Perempuan Jawa Disamping pengetahuan mengenai adat resam kaum Jawa, molek kiranya kita mengetahui tentang keunikan Kaum Jawa dalam perkaitan di antara peranan kaum lelaki dan perempuan dalam masyarakatnya. Lelaki dan perempuan merupakan makhluk Allah yang saling melengkapi antara satu sama lain. Sifat saling melengkapi inilah yang menjadi lumrah dalam kehidupan. Kajian tentang stereotaip jantina menunjukkan bahawa biasanya perempuan dan lelaki mempunyai stereotaip yang sama. Lelaki di dapati bersikap logik, dominan, berdikari dan agresif. Perempuan pula disifatkan sebagai sensitif, emosional, penyayang, menggunakan intuisi, agak berdikari dan mudah berputus asa. Kemungkinan besar sifat personaliti seperti ini tidak semulajadi sepenuhnya kerana

dalam beberapa budaya tedapat kaum wanita agresif dan dominan manakala kaum lelaki bersifat emosional dan sensitif. Oleh itu, budaya memainkan peranan penting dalam menentukan sikap tertentu dan menyembunyikan sikap yang lain. Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil,anak-anak lelaki dan perempuan di

layan secara berbeza sejak dilahirkan. Kanak-kanak dapat mengenalpasti diri sendiri sebagai lelaki atau perempuan dan secara terbuka mencari dan menerima maklumat tentang sifat kelelakian atau kewanitaan. Anak lelaki disuruh jangan menjadi pondan dan anak perempuan pula disuruh bersopan. Anak lelaki juga tidak digalakkan menunjukkan emosi dan anak perempuan dihalang menjadi agresif. Ini terbukti mengenai pendedahan keluarga masyarakat Jawa dalam kehidupan. Anak-anak lelaki akan diajak bertani oleh bapa. Manakal anak-anak perempuan akan diajar menguruskan kerja rumah oleh ibu. Inilah yang menjadi pegangan orang tua zaman dahulu. Pernyataan ini benar!, Dalam masyarakat Jawa, lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesuatu masyarakat. Sama seperti kebanyakan kaum serumpun Melayu yang lain, kaum lelaki dianggap sebagai ketua. Contohnya seperti pelantikan Kiai atau Siak dan Lurah. Jawatan ketua ini akan disandang oleh kaum lelaki. Menurut kepercayaan, kaum lelaki lebih berfikiran matang tanpa mengikut perasaan dibandingkan dengan kaum perempuan. Ini kerana jiwa perempuan yang lebih sensitif akan menjadikan mereka lebih beremosi dalam membuat keputusan. Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka sebagai orang yang sangat penting dalam menjadi ketua keluarga. Tugas-tugas ketua keluarga merangkumi pencari nafkah. Kaum lelaki masyarakat Jawa pada masa dahulu menyara hidup keluarga mereka dengan membuat kerja kampung contohnya seperti petani. Kekuatan sifat fizikal mereka dengan susuk tubuh yang sasa mekar , kuat, gagah, maskulin, keras dan perkasa menjadi penyumbang yang penting dalam menjalankan kerja mencari rezeki.

Malah kaum lelaki turut menjadi pelindung seluruh anggota keluarga. Mereka menjaga keselamatan isteri dan anak-anak mereka. Sifat lelaki Jawa yang tegas dari luar namun lembut dari dalam. Lelaki Jawa seperti juga lelaki Melayu tidak memarahi anak-anak secara terbuka , tetapi disampaikan melalui isteri. Malah pandangan dan jelingan mata mereka juga mampu menyampaikan mesej tertentu kepada anak-anak. Boleh dikatakan juga bahawa bapa adalah pelindung keluarga dalam diam. Berbanding dengan perempuan Jawa , mereka lebih dicirikan sebagai seorang wanita yang penuh dengan nilai-nilai kelembutan. Terdapat istilah Jawa yang menyebut bahawa isteri sebagai Kanca Wingking yang bermaksud isteri adalah tulang belakang suami dalam mengelolakan bahtera rumah tangga.Bertepatan dengan sikap dan sifat mereka yang feminin, halus, lemah-lembut dan manis, adalah bersesuaian tugas mereka untuk membuat kerja-kerja di rumah sementara menunggu pulangnya suami dari mencari rezeki. Antara kerja-kerja rumah yang dibuat oleh kaum perempuan adalah memasak, mengemas rumah, menjaga kebajikan anak-anak dan lain-lain. Malah wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi keluarga yang tercinta. Wanita Jawa juga disifatkan sebagai pembantu kepada suami. Wanita yang lembut menjaga kebajikan suami. Setelah suami pulang dari mencari rezeki, wanita Jawa akan menyambut kepulangan suami dengan wajah yang berseri-seri dengan selitan melur di di atas sanggul. Sambil menunggu lauk dipanaskan, mereka akan memicit dan mengurut badan suami untuk menghilangkan rasa penat selepas seharian bekerja. Selepas itulah makanan akan dihidangkan dan mereka akan melayan suami makan sambil bersembang. Terdapat istilah Jawa yang menyebut Suwarga nunup neraka katut yang bermaksud suami adalah yang menentukan isteri akan masuk syurga atau neraka. Ini bersamaan dengan pernyataan syurga di bawah telapak kaki suami. Tiada guna amalan wanita itu, walau setinggi gunung, tetapi mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak-anak. Terdapat juga pepatah Jawa yang mengatakan Kalau suami

masuk syurga bererti isteri juga akan masuk syurga. Ini bermaksud, isteri merupakan pendorong suami yang terbaik. Sekiranya suami lalai dan leka, adalah menjadi tanggungjawab isteri untuk membimbingnya. Menurut Islam, isteri dijadikan daripada tulang rusuk kiri suami. Betapa penyataan ini tepat jika dibandingkan dengan sifat saling melengkapi antara lelaki dan perempuan. Namun dewasa ini, melalui proses pemodenan dan pembangunan, masyarakat Jawa juga saling berinteraksi dengan masyarakat luar dan mengubah sedikit demi sedikit peranan setiap jantina. Kini, masyarakat Jawa sudah keluar dari kepompong melalui peluang pendidikan . Terdapat anak-anak Jawa yang melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjadi pemimpin. Contohnya seperti Datuk Khir Toyo yang merupakan anak jati Jawa Negari Selangor. Malah perbezaan jantina antara lelaki dan perempuan juga semakin terhakis mengikut peredaran zaman. Namun sifat kewanitaan dan kelakian lelaki Jawa sebenar tidak akan luput. Kesimpulannya, masyarakat Jawa merupakan masyarakat pendatang yang banyak mengalami proses asimilasi dengan masyarakat tempatan. Proses ini adalah disebabkan corak hidup, bahasa dan adat yang mereka amalkan sama dengan masyarakat tempatan yang lain. Oleh itulah ramai di kalangan generasi muda sendiri tidak tahu asal usul masyarakat mereka. Di Malaysia, petempatan masyarakat Jawa bukanlah secara menyeluruh. Malah hanya bertumpu di beberapa buah negeri sahaja. Namun kewujudan mereka mampu mewarnai kepelbagaian budaya masyarakat Malaysia yang pelbagai. Walaupun sedikit demi sedikit kebudayaan mereka diasimilasikan dengan masyarakat Melayu, mereka masih mengekalkan identiti mereka. Bak kata pepatah tidak lapuk dek hujan, tidak lekang di panas.

Soalan B: Huraikan implikasi kepelbagaian sosio-budaya di dalam sebuah bilik darjah terhadap guru, murid dan sekolah secara keseluruhannya.

Mengikut Kamus Dewan (1998) kebudayaan diertikan sebagai cara hidup sesuatu masyarakat, tamadun atau peradaban,. Di dalam konteks sosiologi, kebudayaan ditakrifkan sebagai cara-cara hidup yang dipelajari, diubahsuaikan dan diturunkan dari generasi ke generasi dalam sesebuah masyarakat tertentu . Bagi ahliahli sosiologi, kebudayaan adalah berkait rapat dengan kemajuan masyarakat. Mengikut kajian mereka, budaya masyarakat merupakan semua hasilan yang dikongsi bersama oleh masyarakat manusia, iaitu hasilan kebendaan dan hasilan bukan kebendaan seperti bahasa, adat resam, kesenian, peraturan, sistem kerajaan dan lainlain. Kebudayaan yang pelbagai dalam masyarakat Malaysia adalah hasil daripada perkongsian etnik yang terdiri daripada etnik utama iaitu Melayu, India, Cina dan kaum minoriti seperti orang Asli, bumiputera Sabah dan Sarawak dan lain-lain. Ini menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian dalam sosio budayanya. Antara aspek-aspek kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia adalah dari segi bangsa, struktur masyarakat atau kelas sosial, kepercayaan, bahasa, adat resam dan jantina (gender). Kepelbagaian sosiobudaya terhasil apabila berlakunya interaksi sosial di antara satu pihak dengan pihak yang lain. Mengikut Ensaiklopedia Sosiologi Pendidikan (1992), interaksi sosial ditakrifkan sebagai proses saling bertindak atau tindak balas di antara individu dengan individu atau individu dengan kumpulan individu, termasuklah proses tindak balas individu dengan dirinya. Interaksi sosial mewujudkan perhubungan di antara individu yang mempunyai sosialbudaya iaitu guru, murid, sekolah dan

kurikulum tersirat. Perbezaan inilah yang mampu mewujudkan kepelbagaian dalam sosiobudaya. Guru seperti yang diketahui merupakan agen sosiolisasi atau perhubungan di antara saling kebergantungan murid, sekolah dan kurikulum tersirat. Antara implikasi kepelbagai sosiobudaya ke atas aspek guru adalah guru bertindak sebagai role model kepada anak bangsa. Kanak-kanak kecil yang pelbagai perbezaan diakui menjadikan para guru sebagai idolanya. Contohnya, kebanyakan murid lebih mempercayai pendapat guru berbanding dengan ibu bapa. Guru juga dapat mengamalkan sikap kepimpinan yang demokratik. Kepimpinan demokratik dapat mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan muridnya. Contohya, guru yang mempunyai kepelbagai sosiobudaya di kalangan murid-murid sewajarnya bersikap berdamping dengan murid untuk mendorong murid berinteraksi di antara satu sama lain dan melibatkan diri secara aktif di dalam aktiviti kumpulan. Melalui kepelbagaian sosiobudaya, guru juga dapat mengelolakan banyak aktiviti berbentuk kumpulan. Aktiviti kumpulan member banyak peluang kepada murid yang berbeza untuk berinteraksi antara satu sama lain. Oleh itu, guru sewajarnya merancang banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid menjalankan aktiviti penggayaan, pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan, pertandingan ataupun kerja projek. Guru juga dapat menggunakan percakapan yang sesuai dengan kepelbagaian di kalangan murid. Sebagaimana yang dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid adalah diklisifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Percakapan guru harus menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas. Disebabkan berlakunya kepelbagaian sosiobudaya di kalangan pelajar, guru seharusnya menggunakan pelbagai strategi, pendekatan dan alat bantu mengajar. Alat bantu mengajar, strategi dan pendekatan yang pelbagai juga mampu memenuhi perbezaan di kalangan pelajar. Alat bantu mengajar merupakan suatu media yang boleh mengaitkan perhubungn guru dengan

murid dan interaksi melalui penggunaan alat bantu mengajar.Oleh itu, kepelbagai sosiobudaya dari aspek guru dapat mewujudkan persekiataran yang positif dengan meletakkan guru sebagai role model. Kepelbagaian sosiobudaya turut memberi kesan ke atas murid. Ini kerana penerapan kemahiran intelek, sikap dan nilai persepsi yang diterapkan kepada murid menyebabkan mereka mampu menilai keadaan persekitaran mereka. Murid menjalani proses berinteraksi dan berkomunikasi dengan murid lain, guru, sekolah dan kurikulum. Melalui kepelbagaian sosiobudaya di kalangan masyarakat di dalam bilik darjah mahupun sekolah, murid dapat bertukar-tukar pendapat , pandangan, maklumat dan idea-idea baru. Tidak kira sama ada dengan rakan sebaya mahupun guru. Contohnya melalui perbincangan mengenai perayaan di kalangan rakyat berbilang bangsa. Murid Cina contohnya dapat mengetahui mengenai kewajipan umat Islam untuk berpuasa pada bulan Ramadhan. Malah melalui pendedahan ini, mereka akan lebih menghormati rakan-rakan Melayu mereka yang berpuasa kerana telah di dedahkan dengan pengetahuan ini. Malah, murid dari pelbagai kaum juga dapat berinteraksi dan berhubung dengan rakan dan guru secara berkesan. Perhubungan yang berkesan ini penting untuk mengelakkan berlakunya salah faham akibat ketidaksamaan di antara mereka. Melalui interaksi secara bebas ini, mereka akan saling memahami dan bertindak balas antara satu sama lain. Contohnya seperti murid berkepercayaan Sigh yang memakai serban ke sekolah. Sekiranya murid tidak pernah berinteraksi, ini akan mewujudkan tanda Tanya tentang keperluan memakainya dan mewujudkan salah faham ejek mengejek. Namun sekiranya murid didedahkan mereka akan memahami perkara tersebut. Melalui interaksi , murid juga dapat mempelajari budaya positif sesuatu kaum yang lain secara tidak langsung. Contohnya seperti mempelajari tingkah laku budaya masyarakat pelajar Cina yang sangat rajin menyiapkan kerja sekolah. Ini akan menjadi pemangkin kepada pelajar lain untuk berusaha menyiapkan kerja rumah mereka juga. Disamping itu, kepelbagai sosiobudaya juga mampu untuk memupuk perpaduan di

antara kaum. Kaum yang pelbagai dapat menyebabkan proses sosiolisasi kanak-kanak berjalan mengikut kehendak dan aspirasi masyarakat, khasnya pengekalan kebudayaan kumpulan etnik. Setiap murid berlainan etnik di dalam kelas dapat bekerjasama tidak kira secara individu atau berkumpulan. Contohnya guru mengadakan aktiviti perbincangan mengenai perpaduan kaum secara kaedah koperatif yang mencampurkan murid-murid yang berlainan kaum. Kepelbagaian sosiobudaya di kalangan pelajar juga mampu untuk mewujudkan budaya saing yang sihat. Persaingan yang sihat sesama pelajar dapat mewujudkan pembelajaran yang berkesan. Contohnya seperti murid lelaki dan perempuan saling menjawab soalan yang diberikan oleh guru. Malah, kepelbagaian sosiolbudaya juga mampu untuk meningkatkan kemahiran berbahasa di kalangan pelajar. Ini terbukti apabila murid-murid dari kaum lain contohnya seperti kaum India dan Cina dapat mempraktikkan kemahiran berbahasa Melayu dengan pelajar berbangsa Melayu. Malah pelajar Melayu juga dapat mempelajari bahasa lain jika mereka mempunyai kesungguhan untuk belajar bahasa dari rakan berlainan kaum.Bukankah implikasiimplikasi ini mampu untuk meningkatkan kerjasama di kalangan pelajar? Malah interaksi yang berkesan juga dapat dilestarikan dengan baik di antara murid berlainan sosiobudaya. Sekolah seperti yang diketahui merupakan salah sebuah komuniti dalam masyarakat. Oleh kerana komuniti merupakan sebuah masyarakat kecil, maka sekolah juga boleh di samakan sebagai sebuah masyarakat kecil di mana terdiri daripada sekumpulan manusia iaitu Guru Besar atau Pengetua, guru, kakitangan dan muridmurid. Sekolah ialah salah satu institusi pendidikan yang ditubuhkan untuk memenuhi keperluan anggota-anggota masyarakat supaya membolehkan mereka menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk kemajuan dan perkembangan diri dan ibu masyarakatnya. Antara implikasi kepelbagai sosiobudaya dari aspek sekolah adalah dapat menjadi medan perhubungan antara pihak atasan, guru, para pelajar dan bapa.

Perhubungan yang terjalin adalah hasil komunikasi individu yang mempunyai pelbagai sosiobudaya yang bermatlamat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan. Saling kebergantungan ini akan mewujudkan kesefahaman yang jelas dalam pergaulan seharian. Malah sekolah juga mampu menjadi medan untuk menyatukan sistem pendidikan bagi memupuk kesamaan dan kesedaran berpadu di kalangan masyarakat sekolah. Ini kerana para pelajar mempelajari ilmu dan maklumat yang sama dan saling berkongsi segala pengetahuan yang diceduk. Tidak dinafikan, sekolah juga mampu menjadi medan untuk membina jalinan sosial yang kukuh dan jitu. Di sekolah, contohnya seperti sekolah kebangsaan mahupun sekolah wawasan, para pelajar akan terdorong untuk menyapa individu berlainan bangsa, bekerjasama dalam agama mahupun kepercayaan. Ini kebersihan dan kerana, mereka sekolah perlu menjaga persekitaran ataupun

perbincangan di dalam kelas. Malah, melalui kepelbagai sosiobudaya, setiap masyarakat sekolah secara individu dapat memupuk kesefahaman, sikap bertolak ansur dan saling bertoleransi di antara satu sama lain. Ini kerana setiap individu memahami budaya individu lain dan menganggap perbezaan itu sebagai satu kepelbagaian yang positif. Apabila setiap individu di sekolah dapat memahami antara satu sama lain, keamanan sekolah dapat dibentuk. Segala gejala-gejala negatif yang bermaharaja lela dapat dibendung dengan berkesan. Oleh itu, adalah penting untuk pihak sekolah menyediakan persekitaran yang cantik dan sihat kerana di sinilah semua warga masyarakat saling bertemu, berinteraksi dan berkomunikasi. Kepelbagaian sosiobudaya juga mampu memberi implikasi terhadap kurikulum tersirat. Kurikulum tersirat kadangkala disebut sebagai kurikulum terlindung , kurikulum tersembunyi atau kurikulum tersisip , meliputi segala pengalaman yang dipelajari secara tidak formal seperti penerapan nilai-nilai murni melalui peniruan tingkah laku guru dan penyerapan nilai-nilai murni dalam matapelajaran, peraturan sekolah, aktiviti bahasa dan budaya sekolah. Antara implikasi kepelbagaian sosiobudaya ke atas kurikulum adalah penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid seperti semangat kerjasama,tolong-

menolong,bertolak ansur,taat,patuh dan sebagainya. Penerapan nilai ini boleh berlaku semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Contohnya, bagi mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan banyak mengajar murid mengenai kepentingan diri dan keluarga, adab-adab yang terpuji,kebudayaan pelbagai kaum, semangat cintakan negara dan sebagainya mengikut tema-tema yang telah ditetapkan. Tema Hidup Bersama di Sekolah dan Masyarakat menekankan aspek hidup bermasyarakat seperti hormati jiran,tolong menolong antara pelbagai kaum dan kasih mengasihi antara satu sama lain.Secara tidak langsung nilai-nilai murni akan terserap dalam diri murid itu sendiri. Selain itu, penerapan nilai murni melalui tingkah laku dan sikap guru itu sendiri dapat menjadi contoh dan ikutan murid-murid. Murid akan sentiasa memerhati cara guru pakaian dan sifat guru seperti menepati masa masuk ke kelas. Jadi, guru perlu menunjukkan contoh yang terpuji di hadapan murid agar dapat menjadi ikutan dan role model kepada mereka.

Di samping itu, dalam tema Kenali Budaya Malaysia turut memberi peluang murid-murid mengenali budaya masyarakat pelbagai kaum di negara kita. Sedikit sebanyak mereka dapat memahami dan menerima pelbagai adat serta pantang larang sesama mereka. Hal ini dapat mengelakkan berlakunya ketidakpuasan dan pertelingkahan antara satu sama lain. Dalam sistem pendidikan juga menitik beratkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di sekolah menjadikan semua guru dan murid menggunakan satu bahasa yang sama. Hal ini sangat digalakkan agar martabat Bahasa Malaysia di negara kita dapat dipertingkatkan. Pihak sekolah turut bekerjasama merancang pelbagai budaya positif untuk dipupuk dan disemai di kalangan murid-murid. Contohnya, budaya membaca khususnya sering dijalankan bagi meningkatkan amalan membaca dan murid akan memperoleh ilmu pengetahuan yang baru. Budaya memberi salam turut dipraktikkan dalam diri murid bagi menghormati orang yang lebih tua serta sesama kawan mereka sendiri supaya hidup sentiasa dalam keadaan bahagia dan harmoni seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Soalan C: Cadangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian kelompok untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dan seterusnya melahirkan warganegara bersatu padu.

Kepelbagaian sosiobudaya di dalam bilik darjah melibatkan murid-murid yang terdiri daripada pelbagai budaya. Oleh itu, peranan guru sangat penting di dalam mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran boleh digunakan untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ini. Di antaranya ialah melalui pengajaran dan pembelajaran aktiviti secara berkumpulan. Menurut Mohd Yusof Othman (1998), menyatakan satu kaedah yang boleh dilakukan dalam usaha untuk meningkat dan menjana ilmu adalah belajar secara kumpulan. Belajar secara berkumpulan sama ada dalam bentuk yang formal seperti membentuk dalam kumpulan tertentu (study circle) dengan matlamat yang sama, atau kumpulan daripada pelbagai yang tidak formal dan mempunyai ahli-ahli yang terdiri berbeza. Belajar secara berkumpulan latarbelakang yang

sebenarnya lebih berkesan berbanding dengan belajar bersendirian. Hal ini kerana dalam belajar secara berkumpulan, idea atau pemikiran dapat dikongsi bersama. Begitu juga dengan pengalaman yang berbeza yang dialami oleh setiap ahli kumpulan dapat dikongsi bersama. Oleh itu, setiap kumpulan haruslah terdiri daripada murid-murid yang berbagai-bagai budaya. Di samping itu, mereka secara tidak langsung dapat menyelami dan mengenali budaya sesama mereka. Pembahagian kumpulan juga boleh ditentukan oleh guru sendiri supaya murid-murid yang pelbagai kaum dapat dibahagikan secara sama rata di dalam setiap kumpulan.

Kaedah pengajaran

koperatif dan kolaboratif

merupakan suatu

aktiviti

pembelajaran sekumpulan murid di bawah bimbingan guru dan mereka akan bertukartukar idea dan pendapat melalui perbincangan atau menyumbangkan kemahiran

masing-masing dengan tujuan menyelesaikan masalah atau projek yang telah ditugaskan. Guru akan membahagikan kumpulan murid dengan mengambil kira aspek kepelbagaian sosiobudaya dan kebolehan murid. Contohnya, di dalam sebuah kumpulan mesti terdapat murid yang pandai, sederhana dan lemah. Hal ini kerana murid yang pandai dapat membantu murid yang lemah sehingga dapat menguasai sesuatu pelajaran. Kebiasaannya murid akan lebih senang untuk belajar dengan rakan sebaya mereka sendiri kerana terdapat sesetengah murid yang berasa segan atau malu untuk bertanya kepada guru. Guru akan membimbing setiap kumpulan dan muridmurid akan berusaha bersama-sama untuk mencapai setiap objektif yang ditentukan. Kumpulan murid tersebut akan mempunyai semangat bekerjasama dan objektif pelajaran lebih cepat dan berkesan daripada usaha secara sendiri. Selain itu, kemahiran interaksi sosial dapat dipupuk di kalangan murid-murid. Melalui kaedah ini juga, masalah pengurusan bilik darjah seperti dapat dikurangkan dan dikawal ke tahap yang minimum seperti guru dapat mengawal disiplin murid serta mengurangkan ketegangan di antara satu sama lain dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya.

Selain itu, kaedah projek dapat dijalankan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Kaedah projek merupakan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid melalui aktiviti permainan, kerja praktik, kajian dan lawatan secara berkumpulan. Contohnya, dalam mata pelajaran Sains guru memberi satu topik untuk selesaikan secara berkumpulan dan murid dikehendaki menjalankan kajian ke atas masalah tersebut. Melalui kaedah ini, murid-murid dapat menjalankan aktiviti pembelajaran dengan penuh minat dan perhatian dalam satu situasi yang sebenar untuk mendapatkan hasil yang diharapkan. Aktiviti ini dijalankan selepas murid-murid telah menguasai kemahiran-kemahiran tertentu dalam mata pelajaran. Di antara ialah projek kaji selidik, projek hasil tangan dan projek lawatan. Kebaikan kaedah projek ini yang paling utama adalah memberi peluang kepada murid-murid bagi mendapatkan pengetahuan dan pengalaman dengan cara sendiri. Murid juga berpeluang merasa dan

melihat sendiri sesuatu pengalaman. Pembelajaran melalui pengalaman memberi kesan yang mendalam kepada murid kerana mereka akan lebih mudah faham melalui kaedah visual. Semangat kerjasama dan sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kerja projek yang dilakukan secara kumpulan mengikut kebolehan dan pelbagai sosiobudaya. Kaedah dan teknik pemudahcaraan juga boleh digunakan sebagai langkah untuk mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Guru berperanan untuk menggerakkan sesuatu aktiviti pembelajaran agar dapat berjalan dengan lancar. Guru bertindak sebagai fasilitator, motivator, pembimbing dan menggalakkan murid-murid supaya melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi memastikan kelancaran proses ini pembelajaran berlaku tanpa sebarang gangguan. Kaedah pemudahcaraan

digunakan untuk aktiviti kumpulan seperti perbincangan, perbahasan, seminar, forum, sumbangsaran, sesi buzz dan aktiviti yang menggunakan pendekatan pemusatan murid. Contohnya, melalui aktiviti perbincangan murid-murid akan bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi maklumat tentang sesuatu perkara. Di antara topik-topik yang sesuai untuk aktiviti ini ialah topik isu semasa, peristiwa, sejarah, watak cerita, sastera, konsep keluarga, kebersihan, pencemaran, perpaduan rakyat, peranan murid dan sebagainya. Murid-murid dapat dilatih berfikir dengan teliti, berbual dengan gaya yang menarik dan mengemukakan pandangan mereka dengan jelas, tepat dan logik. Selain itu juga, ia dapat memberi peluang kepada murid untuk menggunakan kemahiran lisan mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain di samping memupuk semangat bekerjasama dan mewujudkan interaksi sosial yang positif.

Selain itu, kaedah penyelesaian masalah juga merupakan satu alternatif yang boleh dijalankan oleh guru bagi mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Penyelesaian aktiviti merupakan aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran

tertentu dalam situasi yang sebenar. Melalui kaedah ini, murid-murid dilatih supaya berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan aktiviti-aktiviti yang melibatkan prose berfikir dan membuat keputusan. Kaedah ini memerlukan murid-murid membuat aplikasi menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang sudah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Aktiviti ini perlu disertai oleh pemikiran peringkat tinggi seperti yang disarankan oleh Bloom bermula dari peringkat aplikasi, analisis, sintesis sehingga peringkat penilaian. Murid akan melalui aras yang mudah terlebih dahulu dan kemudian setelah berjaya menguasainya barulah ke aras yang lebih sukar setelah. Aktiviti ini boleh dijalankan secara berkumpulan bagi menyelesaikan masalah yang telah diberikan oleh guru. Interaksi dan hubungan yang wujud sesama ahli kumpulan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Kaedah penyelesaian masalah ini akan menggalakkan dan mencabar murid-murid supaya mencari jawapan untuk soalan bermasalah atau membuat generalisasi daripada proses kajian lebih-lebih lagi aktiviti dibuat secara kumpulan. Pengajaran dan pembelajaran murid-murid akan lebih bermakna sekiranya mereka melibatkan sepenuhnya dalam aktiviti pembelajaran mereka. Kaedah ini membolehkan murid menggunakan dikuasai untuk pengalaman, pengetahuan lepas serta kemahiran yang telah

menjalankan kajian. Kebiasaannya, kaedah ini melibatkan murid-murid bergerak aktif di antara satu sama lain untuk meneroka mencari sesuatu jalan penyelesaian. Secara tidak langsung murid-murid akan bekerjasama dalam satu pasukan yang mempunyai kepelbagaian sosiobudaya.

Seterusnya, kaedah pembelajaran kontekstual juga dapat dilaksanakan dalam merealisasikan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya. Ia tertumpu pada aspek yang pelbagai bagi mana-mana persekitaran sama ada di dalam bilik darjah, dalam makmal, makmal komputer atau lokasi tertentu yang sesuai dengan isi pelajaran. Contohnya, ia boleh dijalankan ketika guru lain menggantikan sesuatu kelas. Kadangkala, guru sering pergi berkursus lama dan semasa ketiadaan guru, guru boleh meninggalkan pelbagai maklumat di dalam CD bagi memudahkan proses pengajaran guru ganti. Murid-murid boleh diberi peluang menggunakan komputer dan berbincang

secara berkumpulan mengenai sesuatu topik dan maklumat yang diberikan. Pembelajaran kontekstual berlaku apabila murid memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu dan memberi makna kepada pemahaman mereka sendiri. Guru harus menyediakan kepelbagaian persekitaran pembelajaran suntuk menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan menyediakan pembelajaran yang konkrit yang melibatkan aktiviti Hands On dan Minds On. Kepelbagaian sosiobudaya murid-murid dapat digunakan sepenuhnya melalui belajar secara kerjasama sama ada aktiviti berkumpulan atau koperatif. Pengajaran dan pembelajaran kontekstual dapat membantu guru mengaitkan bahan subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan memotivasikan murid untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian.

LAMPIRAN

BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur Mok Soon Sang (2002)..Pedagogi Untuk Kursus Diploma Perguruan Semester 3. Edisi Ketiga Terbitan Ke-4 Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Subang Jaya. Asal Usul Jawa http://firmanbudi.wordpress.com/2009/03/01/history-of-java/ http://id.wikipedia.org/wiki/Jawa Cari Dictionary Online http://www.cari.com.my Bahasa Jawa http://id.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Jawa Budaya Jawa http://id.wikipedia.org/wiki/Tari_Tayub Masyarakat Jawa di Malaysia http://razalitumirin-zali.blogspot.com/2009/06/masyarakat-jawa-di-malaysia.html

Tarian Barongan
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari Tarian Barongan merupakan sejenis tarian rakyat yang menggambarkan kisah-kisah di zaman Nabi Sulaiman a.s. dengan binatang-binatang yang boleh bercakap. Kononnya, seekor harimau telah terlihat seekor burung merak yang sedang mengembangkan ekornya. Apabila terpandang harimau, merak pun melompat di atas kepala harimau dan keduanya terus menari. Tiba-tiba seorang Juru Iring bernama Garong yang mengiringi Puteri Raja yang sedang menunggang kuda lalu di kawasan itu. Melihatkan kedua haiwan itu menari, Pamong lalu turun dari kudanya dan menari bersama-sama binatang tadi. Tarian ini terus diamalkan dan boleh dilihat di daerah Batu Pahat, Johor dan di negeri Selangor. Di antara alat-alat muzik yang digunakan bagi mengiringi tarian Barongan ialah gong, gendang, dan angklung. Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Ketika kerajaan Riau-Lingga hancur, para abdi kerajaan hijrah ke Johor Malaysia dan mengembangkan berbagai kebudayaan Melayu berkonsepkan Islam di Malaysia. [1][2] Negara Indonesia menganggap Tarian Barongan sebagai menciplak tarian Hindu Reog yang berasal dari Ponorogo kerana keduanya memiliki tarian yang persis sama dan yang utama ialah topeng dadak merak, topeng berkepala harimau yang di atasnya terdapat bulu-bulu merak. Hal ini (ciplakan) dibantah oleh rakyat Ponorogo yang menganggap para penghijrah yang bertapak di Malaysia, yang telah mempratik kesenian budaya mereka sendiri lama sebelum wujudnya Indonesia, sebagai maling. Bentuk dadak merak turut menyerupai kavadi yang dibawa oleh penganut Hindu semasa perayaan Taipusam.

Bentuk kavadi.
[3]

Tarian Barongan juga menarik kerana terdapat tradisi yang mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang. [4] [5] Ini kerana Tarian Kuda Kepang dipercayai merupakan cara

untuk menarik perhatian orang ramai ketika mengembangkan ajaran Islam di Jawa. Dengan itu tradisi mempersembahkan tarian Barongan selepas tarian Kuda Kepang kemungkinannya merupakan bukti kepentingan tarian Barongan dalam penyebaran syiar Islam ketika itu. [6][7] Berikutan dengan kontrovesi tersebut, tarian Barongan tidak lagi diketengahkan oleh pihak kerajaan Malaysia

TARIAN GAMELAN

3.TARIAN GAMELAN Tarian Gamelan mula dipersembahkan di Istana di Empayar Riau dan Lingga pada kurun ke-17. Ia mula dipersembahkan buat pertama kali di khalayak ramai di Pekan Pahang dalam tahun 1811 dalam upacara persandingan Tengku Hussain Menurut Tengku Mariam, pada asalnya tarian ini terdiri daripada 77 jenis Gamelan tetapi pada hari ini hanya tinggal 33 jenis Gamelan sahaja kesan daripada ketiadaan tenaga pengajar jenis tarian itu. Tarian ini dipersembahkan secara eksklusif oleh penari wanita boleh dipentaskan secara dalaman ataupun persembahan terbuka. Unsur Jawa boleh dilihat dari segi seni tari tersebut. Secara estetikanya, tarian ini adalah sangat cantik dan merupakan bentuk tarian yang paling kaya dari segi jenisnya dalam kebanyakan adat tarian Melayu.

Kajian Etnik Jawa di Malaysia


PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum dan etnik. Terdapat tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Di dalam kelompok kaum tersebut terdapat pelbagai pecahan etnik yang sudah semestinya mempunyai pelbagai budaya, bahasa, kepercayaan dan adat resam yang tersendiri. Dalam tugasan ini, saya memilih etnik Jawa kerana ayah dan ibu saya berketurunan Jawa Ponorogo. Tugasan ini membicarakan etnik Jawa meliputi aspek bangsa,struktur masyarakat, bahasa, kepercayaan, adat resam dan jantina. Semua penduduk yang tinggal di kampung saya iaitu Parit Sikon Darat, Parit Raja , Batu Pahat berketurunan Jawa. Sebahagian besar mereka merupakan Jawa Ponorogo manakala selainnya Jawa Megelan. Mereka bekerja sebagai pekebun kelapa sawit , bertukang dan ada juga yang bekerja di kilang industri. Sehingga kini kami masih menggunakan bahasa Jawa sebagai bahasa perhubungan. Selain mempunyai masakan Jawa yang menjadi kebanggaan seperti sambel godok dan pecel leley, kami juga mengamalkan adat resam serta kebudayaan tersendiri. Ianya menjadikan keturunan kami unik dan istimewa. Kerukunan hidup bermasyarakat menjadikan kampung tempat tinggal kami aman, damai dan ceria. Berkat kerjasama dan hidup bermuafakat, kampung kami pernah dicalonkan sebagai penerima anugerah Kampung Terindah Desa Wawasan peringkat negeri. Kami bangga menjadi anak Jawa dan sentiasa berusaha untuk mengekalkan identiti agar tidak hilang ditelan zaman. Tak Kan Jawa Hilang Di Dunia

Pengenalan Bangsa Jawa Orang Jawa dari segi zahirnya, berkulit sawo matang, berbadan sederhana besar serta tegap dan selalu berlemah lembut serta berbudi bahasa. Etnik Jawa merupakan sebahagian daripada kelompok Melayu yang terdapat di Malaysia dan sudah lama bertapak di sini.

Pada masa ini, penempatan orang Jawa tertumpu di bahagian barat Semenanjung Malaysia terutama di barat Johor, Selangor dan Perak. Dipercayai, tempat yang mula- mula diduduki adalah di kawasan Padang, Parit Jawa, Muar. Orang Jawa berhijrah ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi, ladang getah dan juga di lombong - lombong bijih timah. Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk bekerja di ladang tetapi juga dipengaruhi oleh faktor ekonomi, politik dan sosial. Menurut Wikipedia , kebanyakan imigran Jawa yang datang ke Tanah Melayu berasal dari beberapa buah daerah di Pulau Jawa seperti di Jawa Barat, Jawa Tengah dan Jawa Timur seperti dari kawasan Madiun,Ponogoro, Kudrejo, Lebumin, Demek dan Magelan. Sejarah mengatakan bahawa,imigran Jawa berhijrah ke beberapa pulau lain sebelum datang ke Tanah Melayu. Antara pulau yang menjadi kawasan petempatan mereka ialah Singapura dan Palembang. Etnik Jawa era 60-an menggunakan nama yang agak unik seperti Suparji, Wagiman, Supendi, Masjoyo, Mulio, Karto, dan Toliban untuk kaum lelaki dan nama seperti Supinah,Tukijah, Jumiton, dan Tukiyem untuk kaum perempuan. Mereka juga sering menggunakan nama gelaran seperti Man Ganden, Amat Ireng, Leman Gundol, Mbah Lanang dan Nyai Cilik. Namun nama dan gelaran itu kini tidak digunapakai lagi seiring dengan peredaran zaman.

STRUKTUR MASYARAKAT JAWA Menurut Clifford Geertz (The Religion of Jawa;1956) masyarakat Jawa asli di dikelaskan kepada tiga kelas utama iaitu abangan, santri dan priyayi. Namun, dalam masyarakat Jawa di Malaysia, kelas sosial tidak dititikberatkan. Ini kerana kebanyakan masyarakat Jawa di Malaysia telah mengasimilasikan kehidupan dengan masyarakat lain. Dalam menjalani kehidupan seharian, masyarakat Jawa mempunyai beberapa sistem. Kehidupan mereka diketuai oleh seorang ketua. Ketua memainkan peranan yang penting dalam menjalani kehidupan demi menjamin kerukunan masyarakat Jawa. Ketua masyarakat Jawa ialah Lurah dan Kiai. Lurah merupakan penghulu dalam masyarakat Jawa . Ia mempunyai tanggungjawab dan memikul amanah yang besar bagi memastikan keselesaan penduduk kampung. Lazimnya pemilihan Lurah adalah berdasarkan kebolehan,pengalaman, keturunan dan pengetahuan dalam agama..Jawatan Lurah kebiasaannya akan disandang selagi diterima oleh penduduk kampung. Jawatan Lurah akan dibantu oleh beberapa orang pembantu untuk memudahkan urusan pentadbiran. Selain menjaga keselamatan kampung, Lurah menjadi ketua ketika aktiviti gotong-royong dan aktiviti kemasyarakatan yang lain. Selain Lurah, terdapat juga jawatan Kiai atau Siak. Kiai dilantik dalam kalangan kaum lelaki yang berpengetahuan dalam bidang agama dan soal kemasyarakatan. Kiai bertanggungjawab untuk menjadi imam dalam sembahyang berjemaah. Kiai juga bertanggungjawab mengetua majlis kenduri doa selamat dan semua majlis keagamaan. Seorang Kiai perlu lengkap dengan ilmu agama dalam memberi petunjuk kepada masyarakat. Dalam hal kematian, Kiai berperanan sebagai imam untuk sembahyang jenazah. Ini adalah sebagai tanda penghormatan ke atas Kiai yang memainkan peranan yang cukup penting dalam adat kematian.

KEPERCAYAAN MASYARAKAT JAWA

Kaum Jawa di Malaysia menganut agama Islam. Mereka mengamalkan pelbagai kepercayaan yang diwarisi sejak turun temurun. Ada kepercayaan yang masih diamalkan sehingga hari ini dan ada yang telah hilang ditelan zaman. Masyarakat Jawa bermazhabkan Syafie dengan memegang teguh lima rukun Iman dan mempercayai enam rukun Islam. Dua rukun inilah yang menjadi landasan kepercayaan mereka untuk menjadi seorang Islam yang sempurna di sisi Allah SWT. mereka amat mementingkan aspek persaudaraan selari dengan ajaran agama Islam.Oleh itu, masyarakat Jawa adalah saudara kepada masyarakat Islam yang lain.. Terdapat segelintir masyarakat Jawa yang mengamalkan amalan animisme. Ia berkaitan kepercayaan terhadap makhluk halus dan semangat sesuatu tempat. Mereka mempercayai sesuatu tempat menjadi kediaman makhluk halus sehingga ada yang menganggap tempat itu keramat. Terdapat juga sebilangan warga emas masyarakat Jawa yang mempercayai tentang semangat di tempat yang baru. Sekiranya semangat tersebut hilang atau diganggu gugat seperti membersihkan kawasan, dipercayai akan menyebabkanseseorang itu mendapat penyakit. Oleh itu, mereka perlu membuat beberapa semahan atau menjamu dengan bertih supaya semangat tersebut pulih seperti sedia kala. Selain itu, masyarakat Jawa juga mempercayai beberapa objek yang mempunyai kuasa seperti busut, batu-batu besar atau pokok-pokok besar. Kuasa ini dikatakan mampu memberi kesan kepada mereka yang mengusik atau melakukan perkara yang tidak senonoh kepada objek tersebut. Justeru itulah ramai dalam kalangan tersebut mengambil peluang dengan menjadikan busut, batu atau pokok besar sebagai objek yang boleh mendatangkan keuntungan seperti tikam nombor ekor. Di samping itu, bagi orang Jawa Kejawen pula, mereka mempercayai pelbagai jenis roh yang tidak kelihatan yang dapat menimbulkan bahaya seperti kecelakaan atau penyakit. Untuk melindungi semuanya itu, mereka memberi upah yang terdiri dari nasi dan aneka makanan, daundaun bunga serta kemenyan. Orang Jawa Kejawen juga suka melakukan kegiatan keagamaan.contohnya seperti puasa. Mereka berpuasa pada hari-hari tertentu misalnya Isnin dan Khamis atau pada hari lahir. Semuanya itu berasal daripada ajaran tarikat ynag mereka anuti. Sungguhpun demikian, amalan dan kepercayaan animisme ini semakin hilang ditelan zaman kerana Islam menegaskan amalan ini dianggap sebagai perbuatan syirik dan bertentangan dengan agama. Masyarakat Jawa juga mempercayai bahawa hari Jumaat adalah hari yang terbaik atau penghulu segala hari. Jumaat keliwon merupakan hari yang terbaik untuk beramal dan menuntut pelbagai ilmu. Menurut masyarakat Jawa, antara keistimewaan malam Jumaat keliwon adalah sekiranya hujan turun, air hujan tersebut perlu ditadah di halaman rumah dan air itu amat mujarab untuk dibuat air penerang hati. Malam Jumaat Keliwon juga dimanfaatkan oleh orang yang mengamalkan ilmu sesat akan menguji ilmunya buat pertama kali.. Selain itu masyarakat Jawa juga mempercayai bahawasanya jika sekiranya ada orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat Keliwon, kuburnya terpaksa dijaga siang dan malam sehingga genap 40 hari kerana takut digali semula oleh golongan yang tidak bertanggungjawab untuk diambil lidahnya, kain kafan dan sebagainya untuk dijadikan tangkal untuk membuat perkara yang dilarang oleh AllahSWT seperti merompak, sihir dan lain-lain kepercayaan khurafat.

ADAT RESAM MASYARAKAT JAWA Adat secara umumnya didefinisikan sebagai suatu aturan, tingkahlaku, kepercayaan dan cara hidup. Ianya dilakukan setiap hari atau mengikut musim sama ada mengikut bulan mahupun tahun. Adat yang dilakukan akhirnya menjadi suatu kebiasaan yang diulangi dan akhirnya dipraktikkan turun- temurun. Perkataan lain yang sinonim dengan adat ialah budaya. Adat dan budaya merupakan suatu konsep yang saling bergantung. Adat bersifat maya iaitu tidak dapat dilihat. Ia timbul daripada suatu pemikiran berkenaan cara hidup dan tidak dizahirkan. Apabila ianya dizahirkan dan dapat dilihat pelaksanaannya, misalnya adat bersanding, adat meminang dan sebagainya, ia sudah menjadi suatu budaya. Ia membawa maksud budaya merupakan suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat. Budaya bersifat tidak tetap dan boleh berubah mengikut peredaran masa dan kesesuaian . Justeru wujud pengkelasan budaya tradisional dan budaya moden. Adat pula ialah suatu ketetapan yang tidak boleh berubah. Oleh hal yang demikian bolehlah dikatakan bahawa adat ialah budaya yang asal.Resam pula ialah lembaga, peraturan, hukum , norma yang dijunjung oleh kelompok masyarakat. Adat resam merupakan suatu peraturan yang sudah diamalkan sejak turun temurun dalam sesebuah masyarakat sehingga menjadi peraturan dan hukum yang mesti dipatuhi. Adat resam merupakan suatu cara hidup yang diwarisi. Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, mengamalkan adat resam mereka yang tersendiri. Adat ini merangkumi semua aspek kehidupan bermula daripada kelahiran, kehidupan sehinggalah kematian. Masyarakat Jawa mengamalkan adat resam yang cukup unik. Bermula dari dalam kandungan , mereka mengamalkan adat yang tersendiri. Untuk memahami secara lebih mendalam adat resam masyarakat Jawa, adalah lebih mudah sekiranya kita membicarakannya satu persatu. Antara adat resam yang masih diamalkan ialah: Lenggang perut Jagongan Bengkongan Puputan / Cukur jambul Among among/ Pijak tanah Sunatan/ Berkhatan Merisik Mantu / Perkahwinan Baraan/ Ziarah raya Rewang/ Gotong- royong Nasi ambeng/ ambang Lenggang Perut Adat lenggang perut juga dikenali sebagai tingkepan atau mitoni. Ia dijalankan khusus untuk seseorang wanita yang hamil buat kali pertama. Upacara ini dijalankan ketika kehamilannya memasuki tujuh bulan . Tujuan upacara ini dijalankan ialah untuk memohon keselamatan ibu dan juga bayi yang bakal dilahirkan. Masyarakat Jawa percaya janin yang berusia tujuh bulan mempunyai roh yang perlu dijaga dan diraikan. Anak pertama dikatakan membawa tuah bukan sahaja kepada keluarga malah kepada adik adiknya yang bakal dilahirkan kemudian. Upacara ini dikendalikan oleh Mak Bidan yang bakal menyambut kelahiran bayi tersebut. Bakal ibu terpaksa melalui beberapa peringkat upacara. Bakal ibu yang sedang hamil akan dimandikan dengan air pelbagai jenis bunga diiringi dengan doa yang dibacakan oleh Mak Bidan. Seterusnya si suami akan memasukkan sebutir telur ayam kampung ke dalam kain isterinya. Telur tersebut dibiarkan jatuh dan pecah. Ia merupakan simbolik tanda bayi akan lahir dengan lancar tanpa sebarang halangan. Ada juga sesetengah

masyarakat jawa yang mengkehendaki si suami membelah buah kelapa muda. Sekiranya belahan buah kelapa betul betul di tengah , mereka akan mendapat anak lelaki. Sebaliknya sekiranya belahan buah kelapa tersebut senget maka mereka dikatakan bakal menerima anak perempuan. Para tetamu upacara lenggang perut biasanya dihidangkan dengan nasi ambeng. Ketika penyediaan dijalankan, peladen atau pelayan dimestikan mengambil dulang yang berisi nasi ambeng secara satu arah. Mereka ditegah berjalan bolak- balik melawan arah. Ia untuk mengelakkan bayi yang bakal dilahirkan keluar secara songsang. Menanam Uri Selepas seseorang bayi dilahirkan, Mak Bidan akan mencuci dan membersihkan uri dengan campuran asam beserta sedikit garam. Kemudian, uri akan ditanam di bawah rumah atau persekitaran rumah. Si ayah, akan ditugaskan menanam uri. Uri bayi perempuan akan ditanam berserta celak, pensil , dan jarum. Mereka berharap agar anak yang akan membesar nanti menjadi seorang yang cantik, pandai dalam pelajaran dan pandai menjahit baju. Uri bayi lelaki pula ditanam berserta pensil, paku dan jarum dengan harapan apabila dewasa nanti mereka akan menjadi seorang yang pandai dan gagah. Pada waktu malam, tempat uri ditanam akan dilengkapi pelita. Selain mengelak daripada dikorek oleh binatang , mereka juga berharap agar si bayi tidak diganggu oleh kuasa jahat. Sedikit tanah dari tempat uri ditanam akan diambil lalu dibungkus di dalam sehelai kain putih. Bungkusan tersebut kemudiannya diletakkan di bawah tempat tidur atau buai si bayi. Masyarakat Jawa beranggapan ianya dapat menemani si bayi kerana setiap bayi dilahirkan bersama kawan atau bathor. Jagongan Jagong dalam bahasa Jawa bermaksud duduk. Adat jagongan mudah dimengertikan sebagai ziarah sambil duduk duduk. Ada juga yang mengenali adat ini dengan nama muyi. Pada hari pertama hingga ke tujuh kelahiran, jiran tetangga dan saudara mara akan datang menziarahi keluarga bayi. Biasanya kaum perempuan akan datang berziarah pada siang hari manakala bagi kaum lelaki, mereka akan datang pada waktu malam. Ketika berziarah mereka akan dihidangkan dengan kuih-kuih tradisional seperti rempeyek dan rengginang. Tujuan mereka berziarah ialah menemani si ibu dan bayinya. Pada pandangan masyarakat Jawa, si ibu yang baru melahirkan lemah semangatnya manakala si bayi mudah disampuk oleh sesuatu kuasa jahat. Bengkungan Bengkung ialah sejenis tali pinggang yang dipakai selepas melahirkan bayi. Bengkung diperbuat daripada kain yang lembut sepanjang 6 hingga 7 meter. Untuk memudahkan cara pemakaiannya, kain bengkung biasanya akan diikatkan pada sesuatu seperti tiang. Si pemakai akan melilitkan bengkung tersebut pada bahagian bawah dada sehingga paha agar rahim mudah sembuh, perut tidak menggelebeh dan ponggong tidak jatuh. Pada masa kini walaupun terdapat bengkung moden yang lebih mudah dan murah namun masih ada lagi sebilangan kaum perempuan yang menggunakan kaedah tradisional demi mengekalkan adat dan budaya. Puputan / Potong Jambul Upacara potong jambul biasanya dijalankan selepas 40 hari bayi dilahirkan atau selepas si ibu habis tempoh berpantang. Jiran tetangga dan saudara mara dijemput untuk majlis doa selamat. Ketika ini mereka akan membaca berzanji beramai-ramai. Selesai bacaan berzanji bayi akan dibawa keluar. Beberapa orang tetamu yang terdiri daripada Pak Imam dan mereka yang dikenali sebagai orang alim akan memotong sedikit jambul sambil membaca sedikit doa agar bayi tersebut membesar penuh keberkatan. Ada juga kalangan bayi yang dicukur sehingga botak licin. Rambut tersebut akan dimasukkan di dalam kelapa lalu ditanam di sekitar rumah.

Pada ketika ini , tuan rumah biasanya akan mengagihkan bunga telur dan bunga rampai kepada para tetamu. Supaya lebih tahan lama telur tersebut biasanya dimasak pindang. Ada juga yang menabur beras berserta sejumlah duit syiling di ruang tamu sebaik sahaja majlis potong jambul tersebut selesai sebagai simbol apabila dewasa nati anak tersebut dimurahkan rezeki dan mudah mendapat makanan(beras) dan kaya (duit) Among- Among Among among diadakan setiap tahun sejak bayi dilahirkan sehinggalah bayi tersebut fasih bercakap. Ketika menyambut setahun kelahiran, biasanya si anak akan dimasakkan seekor ayam ingkong. Ayam yang hendak disembelih mestilah ayam jantan yang tidak terlalu tua iaitu ayam lancor. Si anak anak diberi bahagian paha dan pada ketika ini mereka akan menjalani upacara pijak tanah. Para tetamu yang terdiri daripada jiran tetangga dan saudara mara akan dihidangkan dengan nasi keluban yang dihidangkan di dalam dulang. Keluban ialah sejenis lauk yang terdiri daripada campuran sayuran seperti daun pucuk ubi, tauge atau capar, kacang panjang dan kerabu kelapa. Si anak yang diraikan pula akan dihidangkan dengan bubur abang. Bubur abang diperbuat daripada beras atau pulut yang dimasak sehingga lembut dan diwarnakan dengan warna merah. Bubur abang merupakan tradisi wajib masyarakat Jawa kerana ia melambangkan kesyukuran. Adat ini masih dipraktikan oleh sebahagian penduduk lama di kampung saya. Sunatan / Berkhatan Pada masa kini , ramai masyarakat Jawa yang menghantar anak mereka ke klinik untuk bersunat kerana ianya lebih selamat berbanding cara tradisional. Namun terdapat juga sebilangan kecil yang memilih untuk menjalani upacara sunatan secara tradisional iaitu dengan menggunakan khidmat Tok Mudim. Sebelum upacara sunat dijalankan, kanak-kanak lelaki diminta berendam di dalam kolam atau parit. Kanak- kanak tersebut diminta duduk di atas batang pisang ketika Tok Mudim menjalankan tugas. Sambil menghidu buah limau purut, beberapa orang ahli keluarga termasuk si ayah akan menemani sambil memberikan semangat. Kanak-kanak yang baru bersunat terpaksa menjalani tempoh pantang yang agak panjang . Kadangkala mereka hanya diberi makan nasi berlaukkan bilis masak kicap sahaja sehingga mereka benar benar sembuh. Masyarakat Jawa akan menjemput jiran tetangga, sanak saaudara dan rakan taulan untuk menghadiri majlis meraikan anak mereka. Biasanya majlis keraian diadakan serentak dengan majlis Khatam Al Quran. Baraan/ Ziarah Beramai - ramai Masyarakat Jawa masih mengamalkan semangat kekeluargaan dan kemasyarakatan yang tinggi. Budaya ziarah-menziarahi secara beramai-ramai atau dikenali sebagai baraan masih diamalkan terutamanya ketika menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Ketika majlis baraan mereka akan berselawat bersama sama dan bermaaf- maafan. Ketika baraan, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai juadah. Antara menu popular masyarakat Jawa pada pagi Hari Raya ialah ketupat nasi, rendang ayam, serunding kelapa, sambal goreng tempe, sambal tumis petai, ayam masak pecal dan gado gado . Nasi Ambeng Masyarakat Jawa menyediakan nasi ambeng untuk tetamu yang datang dalam majlis kenduri doa selamat . Nasi berserta lauk diletakkan di dalam sebuah dulang besar dan dimakan oleh seramai empat atau lima orang. Nasi yang tidak habis dimakan akan dibungkus. Nasi yang dibungkus dan dibawa balik sebagai buah tangan ini dikenali sebagai nasi berkat. Antara lauk nasi ambeng yang popular dalam masyarakat Jawa ialah ayam masak ingkong, mi goreng, serunding kelapa dan sambal goreng tempe.

KEBUDAYAAN MASYARAKAT JAWA Etnik Jawa mempunyai kebudayaan yang tersendiri. Antara kebudayaan yang menjadi kebanggaan mereka ialah kuda kepang, wayang kulit, barongan, reoq dan ludrok. Kebanyakan kebudayaan ini berasal Indonesia dan terdapat juga pengaruh Hindu. Kuda kepang berasal dari Indonesia. Ia dipercayai dibawa oleh kumpulan Wali Songo ketika menyebarkan agama Islam. Mereka bermain kuda kepang untuk menarik minat orang ramai mendekati Islam. Masyarakat Jawa mempersembahkan kuda kepang ketika majlis keramaian. Kuda kepang popular di Batu Pahat meliputi kawasan Parit Raja, Seri Medan dan Senggarang. Barongan juga merupakan seni masyarakat Jawa . Ia mengisahkan zaman Nabi Sulaiman AS yang boleh bertutur dengan haiwan. Antara kumpulan barongan yang masih aktif ialah Kumpulan Barongan Seri Wahyuni yang berasal dari Parit Bingan , Parit Raja. Ia dipercayai dibawa oleh hamba abdi yang da[potang dari Riau Lingga. Wayang kulit Jawa merupakan persembahan kebudayaan yang semakin terpinggir. Kini hanya tinggal beberapa buah kumpulan sahaja masih memperjuangkan kesenian ini. Reoq merupakan kesenian pecahan daripada Persembahan Barongan. Antara kumpulan yang masih aktif menampilkan persembahan ini ialah Kumpulan Setia Budi, Parit Nipah, Parit Raja. PERSPEKTIF JANTINA Dalam masyarakat Jawa, sejak dari kecil anak-anak lelaki dan perempuan dilayan secara berbeza. Anak lelaki disuruh bersikap sebagai seorang lelaki yang sejati manakala anak perempuan sentiasa diingatkan agar menjaga sopan-santun. Anak lelaki tidak digalakkan menunjukkan sikap emosi manakala anak perempuan ditegah daripada bersikap agresif. Anak lelaki akan diajak membantu tugas bapa seperti berkebun ataupun bertukang manakala anak perempuan diajar membantu ibu membuat kerja rumah seperti mengemas, memasak dan sebagainya. Dalam masyarakat Jawa, kaum lelaki dianggap sebagai sumber kekuatan dalam sesebuah masyarakat. Jawatan ketua masyarakat seperti pelantikan Pak Lurah mesti disandang oleh orang lelaki. Mengikut kepercayaan ,orang lelaki bersikap lebih matang dan tidak mengikut perasaan berbanding kaum perempuan. Jiwa seorang perempuan yang sensitif akan menyebabkan mereka menjadi emosional dalam membuat sesuatu keputusan. Sifat kaum lelaki yang lebih kuat juga menjadikan mereka orang yang sangat penting dan dilantik sebagai ketua keluarga. Kekuatan sifat fizikal dengan susuk badan yang sasa mekar, gagah, maskulin keras dan perkasa menjadi penyumbang penting dalam menjalankan tugas sebagai pencari rezeki. Mereka menyara keluarga dan menjaga segala kebajikan dan keselamatan keluarganya. Lelaki kaum Jawa kelihatan tegas dari luaran tetapi sebenarnya lembut dari dalam. Mereka tidak akan memarahi anak mereka secara terbuka sebaliknya melalui isterinya. Hanya melalui pandangan atau jelingan mata sudah mampu menyampaikan mesej kepada anak anak. Perempuan kaum Jawa pula bersikap penuh lemah lembut dan kasih sayang terhadap suami dan anak-anak mereka. Oleh itu anak-anak mudah mesra dan manja kepada ibu berbanding ayah. Seorang isteri amat taat akan suami. Mereka bukan sahaja taat malahan memuliakan suami. Isteri merupakan tulang belakang suami untuk menguruskan rumah tangga. Sikap mereka yang lemah lembut dan penuh sopan santun amat sesuai dengan tugas mengurus rumah tangga termasuk mencuci, memasak serta mengemas rumah. Wanita Jawa dikaitkan dengan sifat berkorban yang tinggi. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi memelihara kebajikan dan maruah keluarga mereka. Mereka akan menunggu suami pulang dari bekerja dengan sabar. Setelah suami pulang, mereka akan dilayan dengan penuh kasihsayang. Pepatah Jawa ada menyatakan bahawa Syurga terletak di bawah kaki suami. Tiada gunanya walau setinggi manapun amalan yang dilakukan oleh seseorang isteri jika mereka tidak patuh atau

mengabaikan tanggungjawab terhadap suami dan anak- anak. Apatah lagi kalau mereka ingkar atau derhaka kepada suami. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA Perbezaan dan kepelbagaian sosiobudaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik. Setiap etnik membawa sosiobudaya berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Kepelbagaian sosiobudaya dalam sistem masyarakat majmuk di negara ini telah memberikan kesan secara langsung kepada perkembangan sistem pendidikan. Kepercayaan dan pegangan hidup ini juga turut dibawa oleh murid ke dalam kelas dan ianya banyak mempengaruhi iklim dan budaya dalam bilik darjah. Oleh yang demikian, guru haruslah sedar bahawa muridnya adalah berbeza, Kesedaran tentang kepelbagaian budaya ini amat penting bagi agar guru dapat memberikan pendidikan yang seimbang. Ia juga akan dapat menghakis sikap prejudis guru dalam menangani kepelbagaian sosiobudaya murid.. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA GURU Guru yang dedikasi akan mengajar dengan penuh bijaksana dan bersikap profesional dalam membimbing murid untuk mencapai potensi diri dari segi akedemik dan sosial.. Pemahaman tentang sosiobudaya murid adalah perlu kerana ianya dapat membantu guru menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan latar belakang murid. Guru perlu prihatin dengan latar belakang murid, taraf sosioekonomi, tempat tinggal, budaya, adat resam, kepercayaan dan agama yang dianuti. Dengan itu, guru seharusnya memberikan layanan yang adil kepada setiap muridnya. Pengetahuan tentang sosiobudaya setiap individu dapat membantu guru mengajar tanpa mengelompokkan murid mengikut kaum atau kumpulan tertentu. Guru perlu melayan keperluan dengan mengambil kira faktor persekitaran tempat tinggal murid, status ekonomi keluarga dan gaya pembelajarannya. Pembelajaran koperatif adalah satu strategi yang sesuai digunakan dalam kumpulan murid heterogenous, ini kerana murid akan dapat berkongsi pengetahuan dan pengalaman. Ini dapat membantu mengeratkan hubungan dan mewujudkan kerjasama dalam pelbagai sosiobudaya. Menguruskan murid yang berbagai ragam memerlukan kebijaksanaan guru mewujudkan peraturan dan rutin bilik darjah yang kondusif. Pematuhan peraturan menjadi satu keperluan untuk mewujudkan suasana yang terkawal. Susun atur murid di dalam kelas perlu bersesuaian agar murid dari pelbagai golongan dapat berinteraksi sesama mereka tanpa ada sekatan budaya. Melalui cara ini satu suasana pembelajaran yang interaktif akan terbentuk dan menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan. Guru haruslah menghormati muridnya serta bersikap adil dan tidak berat sebelah terhadap satu etnik sahaja.. Mengajar tanpa membezakan bangsa murid akan dapat membantu guru memahami tingkah laku dan luahan perasaan muridnya. Perbezaan sosiobudaya murid yang wujud perlu ditangani supaya tidak ada murid yang berasa mereka dipinggirkan oleh guru. Keadaan ini menjamin semua murid berpeluang mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dijalankan oleh guru dalam kelas. Kebijaksaan guru mengendalikan murid berbeza budaya akan mewujudkan pergaulan positif dan tidak berkelompok dalam sesuatu komuniti kecil bilik darjahnya. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA MURID Setiap individu membesar dan terbentuk hasil interaksi dalam persekitaran masing-masing. Budaya merupakan pengaruh yang paling berkesan ke atas perkembangan individu. Ini kerana budaya mempengaruhi cara berfikir, bertindak dan mempengaruhi pandangan serta perasaan seseorang. Kerap kali terdapat perbezaan antara murid, faktor ini mendesak guru menggunakan

kemahiran secara optimum dalam pengurusan bilik darjah, adalah penting kepada guru untuk memahami tingkahlaku dan budaya murid . Penggunaan bahasa yang standard harus diamalkan oleh murid. Elakkan penggunaan dialek mengikut kaum, murid harus diingatkan agar sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Murid harus diingatkan agar menghormati rakan lain yang tidak faham penggunaan bahasa mereka. Murid yang terdiri dari pelbagai bangsa harus bersosial dalam kelompok yang berbeza terutamanya ketika melakukan aktiviti. Mereka harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan latar budaya masing-masing. Sikap prejudis terhadap bangsa lain harus dielakkan supaya segala aktiviti yang dirancang oleh guru dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kepercayaan yang diamalkan oleh murid lain tidak harus dipertikaikan sesama mereka. Aktiviti yang dijalankan juga haruslah berupaya menyemai semangat saling mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara etnik dibuat tanpa mengira anutan agama dan hendaklah dikembangkan agar proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalin dalam masyarakat. Kemahiran komunikasi memainkan peranan penting ke arah pembentukan budaya penyayang. Apabila seorang guru menggunakan kemahiran berkomunikasi terhadap muridnya, maka suasana pembelajaran yang lebih dinamik dapat dihasilkan. Dengan cara ini, pembentukan akhlak dan penerapan kemahiran tertentu dapat dilakukan dengan lebih mudah dan berkesan. Murid mudah terpengaruh kepada tindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang professional. Oleh itu guru mesti membentuk program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas. Ini bertujuan untuk mengurangkan sgala tingkahlaku negatif. IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA SEKOLAH Kepelbagaian sosiobudaya telah mewujudkan sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa seperti sekolah jenis Cina dan Tamil. Kementerian Pelajaran telah berusaha untuk mengatasi masalah kepelbagaian sosiobudaya ini melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah. Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) adalah salah satu usaha untuk memupuk perpaduan dalam kalangan murid tanpa mengira kaum. Sekolah wawasan ditubuhkan untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan murid di sekolah. Sekolah ini adalah antara sekolah yang dahulunya terasing antara satu sama lain, kini disatukan dalam satu sistem pendidikan yang seragam. Penekanan semangat perpaduan dan integrasi antara kaum sejak kecil lagi iaitu di bangku sekolah rendah menjadi lebih mudah. Pihak sekolah perlulah menggunakan bahasa rasmi dan bahasa penghantar dalam segala urusan rasmi. Pengurus yang baik akan dapat mewujudkan iklim sekolah mesra. Kerencaman sosiobudaya boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat sekolah. Saling kerjasama antara sekolah dan komuniti, khususnya melalui peranan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) akan dapat memanfaatkan sekolah.

IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA KEPADA KURIKULUM TERSIRAT Kurikulum dirujuk sebagai perancangan bertulis yang sistematik merangkumi objektif, kandungan, strategi pengajaran dan penilaian untuk dilaksanakan dalam satu rangka masa tertentu. Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai sosiobudaya memberikan implikasi kepada kurikulum sekolah. Melalui kurikulum tersirat, kementerian berusaha membentuk bangsa yang bersatu dan saling menerima perbezaan budaya antara kaum. Pihak sekolah berusaha mengaplikasikan penerapan nilai budaya masyarakat dengan melaksanakan aktiviti sampingan khususnya melalui

aktiviti kokurikulum. Kurikulum tersirat boleh diaplikasikan melalui aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti dalam unit kokurikulum. . Aktiviti yang dijalankan mestilah melibatkan interaksi antara kelas sosial murid. Secara langsung proses pembentukan nilai dapat diterapkan kepada murid-murid. Penerapan kepercayaan terhadap nilai-nilai murni juga boleh dilaksanakan melalui pembentukan kurikulum tersirat. Pihak sekolah dan guru seharusnya tidak menekankan hanya kepada kepercayaan agama Islam sahaja. Manamana unsur kepercayaan lain yang tidak bercangah dengan hukum agama Islam boleh diterapkan kepada murid. Perlaksanaan aktiviti bahasa dalam kurikulum tersirat juga perlu dirancang dengan teliti. Murid akan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan dan seterusnya mereka akan mula belajar menerima serta menghormati bahasa ibunda dan dialek kaum lain. Kurikulum tersirat juga memberikan pertimbangan terhadap aspek perbezaan antara jantin untuk memberi kesedaran terhadap batasan pergaulan dalam berlainan jantina.

CADANGAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG MESRA BUDAYA Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran yang dijalankan perlulah berkesan dan dapat menarik perhatian khususnya kelas yang mempunyai murid-murid dari pelbagai latar belakang, kaum dan agama contohnya orang Melayu, Cina, India dan Sikh. Persekitaran yang mesra budaya perlu diwujudkan bagi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif Terdapat pelbagai kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan persekitaran yang mesra budaya terutama yang melibatkan isu bangsa dan bahasa. Guru perlu merangka kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk semua bangsa. Antara kaedah yang dapat membina persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang mesra budaya ialah: 1. Pembelajaran secara kooperatif Melalui kaedah ini, guru menjadi pemantau dan fasilitator kepada murid dalam mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif. Murid tanpa mengira latar belakang, bangsa dan budaya dapat disatukan dalam satu kelas dan dapat menjalani proses pembelajaran dengan sempurna. Hal ini dapat mengurangkan jurang perbezaan antara murid yang berlainan bangsa dan budaya. 2. Menyusun kumpulan murid- murid yang berbilang kaum Murid sewajarnya dikumpulkan dalam kumpulan pelbagai kaum. mereka d digabungkan dalam satu kumpulan tempat duduk atau ketika beraktiviti. Dengan ini, mereka boleh berkomunikasi dan berinteraksi. Ia boleh mewujudkan suasana mesra. Mereka akan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Ini dapat mengelakkan salah faham antara murid dan menambahkan lagi kemahiran berbahasa Melayu dalam kalangan murid yang bukan berbangsa Melayu. Dengan ini, wujudlah satu budaya berbahasa Melayu yang akan menjadi budaya 1 Malaysia 3. Mewujudkan peraturan bersama yang dijadikan budaya Peraturan yang dibuat oleh guru dan dilaksanakan oleh murid secara berterusan lama- kelamaan akan menjadi budaya. Sebagai contoh, guru mewujudkan peraturan bahawa murid mesti memberi salam atau ucap selamat kepada guru apabila guru masuk ke kelas. Peraturan ini kemudiannya

akan dijadikan budaya oleh murid- murid. Mereka akan melakukannya walaupun tanpa disuruh berbuat demikian. 4. Mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya Guru boleh mewujudkan suasana mesra budaya itu melalui amalan pedagogi. Untuk mewujudkan suasana P&P yang mesra budaya, salah satu caranya ialah dengan mengaitkan isi pembelajaran dengan budaya kaum yang berkaitan. Dalam konteks ini, budaya yang dimaksudkan ialah budaya kaum- kaum yang pelbagai. Dengan cara ini, murid- murid akan tahu bahawa budaya mereka itu bukan sekadar warisan tetapi ia juga bersangkut paut dengan ilmu pengetahuan. 5. Menggunakan kaedah belajar sambil bermain Main merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan dapat menarik perhatian murid- murid. Ia juga adalah budaya bagi golongan kanak- kanak. Dalam budaya pelbagai kaum seperti kaum Melayu, Cina, India, Bidayuh, Kadazan dan sebagainya pasti ada permainan tradisi. Dengan menggunakan permainan tradisi dalam P&P, guru bukan sahaja boleh mengajar topik yang perlu diajar tetapi boleh menyerapkan ilmu pengetahuan tentang budaya sesuatu kaum . 6. Mewujudkan ruang fizikal yang positif Ruang fizikal boleh menjadi salah satu daya penarik dalam sesebuah bilik darjah. Contohnya sudut informasi, ruang hasil kerja murid dan sebagainya. Dengan wujudnya ruangan seperti ini, guru boleh memupuk budaya positif seperti budaya cintakan ilmu dan budaya membaca. 7. Merancang dan menyediakan modul dan bahan pengajaran yang sesuai Guru perlu menyediakan alat bantu mengajar (ABM) yang sesuai dengan aktiviti yang ingin dijalankan. ABM perlu mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka semua boleh menerima ABM tersebut sebagai alat untuk tujuan pembelajaran.Hak kesama rataaan perlu diamalkan bagi membolehkan semua kaum dapat menjalani proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. 8. Kaedah persembahan oleh pelajar Pelajar digalakkan untuk melakukan perbincangan dengan rakan mereka yang terdiri dari pelbagai bangsa . Mereka diarahkan untuk membuat persembahan tentang tajuk yang telah diberi oleh guru seperti mengajar tentang pakaian tardisional. 9. Kaedah projek Kaedah pengajaran ini amat berkesan kepada perkembangan nilai murni, perpaduan dan kerjasama antara murid tanpa mengira bangsa. Justeru itu ia menjadi menyumbang utama dalam mewujudkan persekitaran kelas yang mesra budaya.

REFLEKSI Apabila menerima tugasan yang diberi, saya tidak melepaskan peluang untuk mendekati dan mengkaji etnik Jawa kerana terlalu banyak perkara yang ingin saya i rungkai tentang etnik yang amat unik dan istimewa ini.Tugasan saya menjadi lebih mudah kerana selain daripada saya sendiri , semua penduduk kampung saya berketurunan Jawa. Menyelami budaya etnik Jawa membuatkan saya agak terkilan kerana banyak perkara yang telah kami ditinggalkan. Kebanyakan adat, budaya dan kepercayaan dalam masyarakat Jawa hanya tinggal nama sahaja. Sebagai contoh, adat lenggang perut dan cukur jambul. Walaupun adat ini masih diamalkan tetapi pengisiannya amat berbeza. .Adat-adat lama dalam majlis ini kebanyakkannya dipengaruhi oleh agama Hindu. Oleh hal yang demikian , ianya telah digantikan dengan tatacara yang bersesuaian dengan agama Islam seperti majlis doa selamat sahaja. Etnik Jawa banyak mengalami proses asimilasi berbanding etnik lain. Generasi muda seperti saya sukar untuk diterima sebagai orang Jawa yang tulen memandangkan segala kehidupan telah bertukar kepada masyarakat tempatan. Dari segi bahasa ,walaupun saya fasih bercakap dalam bahasa Jawa namun anak- anak saya tidak menguasainya. Hasil daripada tugasan ini, kesimpulan yang saya dapati adalah terdapat banyak adat resam dan kepercayaan masyarakat Jawa yang telah ditinggalkan kerana selain daripada mengalami proses asimilasi, ada di antara adat dan kepercayaan itu tidak bersesuaian dengan agama Islam. Kepelbagaian etnik di sekolah dapat menimbulkan keseronokan dalam kalangan guru dan murid murid. Mereka dapat mengetahui banyak perkara tentang kelompok etnik yang lain. Namun sebagai seorang guru, kita perlu bijak memanafaatkannya demi mencapai wawasan 1 Malaysia

You might also like