You are on page 1of 59

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, KAMPUS DARULAMAN, 06000 JITRA, KEDAH.

Pentadbiran Pemulihan Khas - Polisi, perancangan kurikulum dan bantuan khas - Kuasa dan pengaruh dalam pentadbiran - Kolaborasi dalam Pemulihan Khas - Kajian-kajian tentang Pemulihan Khas

Ketika isu mengenai kandungan akademik yang perlu diajar di sekolah dibincangkan, masyarakat masih percaya nilai-nilai profesional seperti jujur, adil dan bertamadun boleh diserapkan melalui pendidikan. Kesejahteraan sosial masyarakat disokong oleh nilainilai seperti ini yang membolehkan ahli masyarakat dari pelbagai latar belakang hidup bersama dalam keadaan aman dan damai. Rose dan Gallup (1999) menambah nilai yang boleh diajar di sekolah ialah jujur, diterima oleh orang lain yang berbeza latar belakang, pemedulian oleh rakan dan keluarga, galakan tingkah laku bermoral, demokrasi dan patriotisme.

Sistem pendidikan di Amerika Syarikat umpamanya, amat mementingkan nilai-nilai prososial dalam kurikulum sekolah seperti mempromosi demokrasi sebagai alat penyatu bagi masyarakat yang pelbagai latar belakang seperti Afrika, Hispanic dan Asia.

Proses sosialisasi menyediakan mereka untuk menjadi warganegara bertanggungjawab, mahu berdikari dan produktif dalam pembangunan ekonomi. Tambahan pula, sekolah adalah refleksi atau menjadi cermin masyarakat: menjana pengetahuan, kemahiran, nilai dan sikap yang dikenal pasti sebagai satu keperluan.

Emile Durkheim (1956)yang menyatakan, "masyarakat akan terus hidup jika wujud kesamarataan di dalamnya: pendidikan yang berterusan dan menekankan kesamaan sejak kanak-kanak seperti mana yang diingini oleh masyarakat."

Tambahan pula sekolah dapat menjadikan proses asimilasi daripada pelbagai etnik, agama dan budaya. Contohnya, penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menyatupadukan semua kaum di Malaysia khususnya minoriti. Sekolah juga menjadi tempat pelajar mengenal dan memahami hari-hari penting dalam negara seperti hari raya, ulang tahun kemerdekaan, maulidur rasul dan sebagainya.

Maksud: Polisi pula bermakna sekumpulan keputusan yang diambil oleh seseorang atau kelompok politik dalam usaha memilih matlamat dan cara-cara bagi mencapai matlamat tersebut (Abdur, 2005). Sehingga boleh dikatakan bahawa polisi merupakan suatu keputusan yang digunakan sebagai asas untuk mencapai suatu matlamat.

TATACARA PIHAK SEKOLAH / GURU / WARGA SEKOLAH Menyimpan rekod maklumat Pemulihan Khas Memastikan persekitaran khusus kelas / bilik darjah berada dalam keadaan selamat Mengedarkan tatacara / polisi keselamatan kepada semua pelajar Menghubungi ibu bapa / penjaga sekiranya berlaku kemalangan atau kecederaan pada pelajar berkenaan Semua aktiviti pelajaran berada dalam perhatian guru-guru Pemulihan Khas

Melaporkan kepada guru sekiranya melihat sebarang bentuk perbuatan membuli, kecederaan atau kemalangan yang menimpa pelajar Pemulihan Khas Guru hendaklah menghubungi ibu bapa / penjaga pelajar berkenaan sekiranya pelajar berkenaan masih belum lagi diambil setelah tamat waktu pembelajaran

Sekiranya ibu bapa / penjaga tidak dapat dihubungi, guru hendaklah menghantar murid berkenaan pulang ke rumah Mewujudkan sikap saling membantu, hubungan yang harmoni dan kekitaan dalam kalangan warga sekolah Memupuk sikap prihatin dan kekeluargaan terhadap semua pelajar Pemulihan Khas

Isu polisi: semua pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan polisi, tidak menjalankan tugas yang diberikan. Isu perancangan kurikulum: bebanan kerja guru tidak dapat merancang proses p&p dengan berkesan. Isu bantuan khas: pelajar yang tidak berkemampuan yang mengalami kecacatan fizikal tidak mendapat hak keistimewaan serta bantuan yang sepatutnya.

Semua pihak yang bertanggungjawab dalam menjalankan polisi, tidak menjalankan tugas yang diberikan.

Langkah-Langkah:
1. Guru pemulihan harus mengubah sikap (lebih prihatin). 2. Guru pemulihan harus menyertai kursus untuk mendapat perkembangan tentang polisi terbaru. 3. Pihak pentadbiran harus memberi pengetahuan guru-guru dan semua warga sekolah supaya menjaga polisi keselamatan kanak-kanak pemulihan.

Bebanan kerja guru tidak dapat merancang proses P&P dengan berkesan.

Langkah-Langkah:
1. Guru pemulihan tidak boleh menjadi guru ganti di kelas perdana. 2. Guru harus pandai mengagihkan masa, keutamaan harus diberikan kepada murid pemulihan. 3. Guru pendamping sebagai pembantu untuk meringankan beban guru pemulihan.

Pelajar yang kurang berkemampuan yang tidak mendapat hak serta bantuan yang sepatutnya.

Langkah-Langkah:
1. Guru pemulihan harus membantu keluarga pelajar untuk menuntut hak dan bantuan yang sepatutnya, contohnya merujuk kepada doktor dan pakar terapi. 2. Keluarga harus memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada sekolah dalam membantu pelajar tersebut. 3. Pihak pentadbiran harus mengambil berat tentang kebajikan pelajar pemulihan, seperti menyumbangkan peruntukan yang sepatutnya.

KOLABORASI DALAM PEMULIHAN KHAS

Kolaborasi adalah perkembangan dan pengekalan yang positif, hormatmenghormati dan saling bekerjasama dalam menyelesai masalah dan perkongsian dalam membuat keputusan melalui proses perundingan.

Kolaborasi adalah usahasama di antara beberapa pihak, kumpulan, organisasi atau disiplin untuk melaksanakan sesuatu projek.

a) b) c) d) e)

Guru pemulihan khas menjalankan kolaborasi bersama-sama ; Ibu bapa Guru kelas Badan-badan Sokongan (NGO) Pertubuhan Swasta Jabatan Kesihatan

Dalam menentukan sesuatu proses pengajaran yang berkesan, kolaborasi bersama ibu bapa amat perlu untuk menjayakan pendidikan untuk anak-anak mereka. Ibu bapa harus sentiasa memberikan kerjasama dan membentuk tingkah laku dan akademik anak mereka. Contohnya, memberi latihan kepada anak mereka sewaktu berada dirumah. Ibu bapa merupakan pelapor yang baik dalam membantu pakar-pakar perubatan menaksir kategori murid-murid berkeperluan khas.

Guru kelas memainkan peranan penting dalam menangani masalah murid pemulihan berpandukan bimbingan yang diberikan oleh guru pemulihan. Guru kelas akan mengenalpasti muridnya yang mempunyai masalah dalam pelajaran dan seterusnya mencadangkan nama kepada guru pemulihan. Guru kelas seharusnya sentiasa mengambil tahu tentang perkembangan murid yang mengikuti kelas pemulihan dengan cara sentiasa berkolaborasi dengan guru pemulihan.

Badan-badan NGO yang terlibat antaranya ialah; i) NURY NURY adalah satu pertubuhan yang memberi perkhidmatan kepada keluarga yang mempunyai anak-anak bermasalah dan sebagainya. NURY memainkan peranan dalam memberi kursus pembangunan keluarga dan anak-anak bagi melahirkan anak-anak cemerlang.

ii) Cleft Lip and Palate Association of Malaysia (CLAPAM) CLAPAM menganjurkan program-program terapi pertuturan bagi murid-murid sumbing bibir dan lelangit. Di samping itu, ia juga memberi khidmat sokongan kepada ibu bapa dan guru yang memerlukan perkhidmatan ini.

iii) Persatuan Kebangsaan Austime Malaysia (NASOM) NASOM berperanan mangesan dan menjalankan rawatan, pembelajaran dan penerimaan kanak-kanak austime. NASOM juga memberi bantuan dan nasihat kepada keluarga kanak-kanak austime serta memberi penerangan kepada guru, ibu bapa, para profesional dan orang ramai.

iv) TASPUTRA PERKIM TASPUTRA berperanan memberi asuhanasuhan kepada kanak-kanak berkeperluan khas dan kanak-kanak cacat anggota dan mental. Mereka diberi latihan kekuatan mental dan fizikal.

Mereka menjadi penghubung dengan keluarga murid dan banyak mengetahui maklumat mengenai budaya dan latar belakang keluarga tersebut. Dengan ini mereka boleh membantu ibu bapa yang mempunyai anak-anak khas dalam mendidik mereka. Mereka juga berhubung dengan jabatan kerajaan dan pihak swasta dalam menguruskan segala urusan yang melibatkan hak murid-murid khas tersebut. Manakala kaunselor kerjaya pula bertanggungjawab dalam membantu hala tuju murid-murid khas selepas sekolah.

1) Pembantu Perubatan Pembantu perubatan akan memberikan latihan-latihan fizikal kepada pelajar dan menyediakan ujian fizikal bergantung kepada masalah yang dialami oleh murid tersebut. Mereka ini juga berperanan membantu merujuk masalah kesihatan yang dialami kepada pakar perubatan atau terapi yang difikirkan perlu kepada murid tersebut.

ii) Juruterapi Mereka ini menjalankan peranan untuk melaksanakan penaksiran dalam kemahiran urus diri dan motor halus. Juruterapi akan memberikan bimbingan secara berterusan dan memberikan cadangan tentang perkhidmatan pendidikan yang bersesuaian dengan murid.

iii) Pakar Klinikal Bahasa Dan Pertuturan berperanan untuk mengkaji pertuturan dan perkembangan bahasa yang berkait dengan pendengaran. Kemudian menyediakan kemudahan terapi yang diperlukan oleh kanak-kanak yang bermasalah seterusnya menjadi jururunding pendidikan kepada guru pemulihan dan ibu bapa secara berterusan apabila diperlukan.

iv) Pakar Audiologi Khidmat pakar audiologi diperlukan apabila seseorang kanak-kanak atau individu mengalami masalah pendengaran. Mereka ini menjalankan peranan untuk membantu kanak-kanak yang bermasalah pendengaran untuk mendapatkan alat bantuan pendengaran mengikut kesesuaian yang mereka perlukan.

v) Juruterapi Pemulihan Fizikal Juruterapi pemulihan fizikal adalah mereka yang bertanggungjawap kepada melaksanakan penaksiran dalam kemahiran urus diri dan motor kasar, dan kemahiran hidup.

Setiap jenis ketidakupayaan dan tahapnya memerlukan pengendalian yang berbeza.

Menjalankan diagnosis tentang ketidakupayaan dan tahapnya.

Membuat keputusan secara berpasukan tentang penempatan pelajar.

Setiap individu memerlukan latihan kemahiran dan kemudahan peralatan yang berbeza.

Pemulihan khas memerlukan bantuan tenaga yang ramai untuk dikendalikan.

Setiap murid pemulihan khas mempunyai masalah sampingan yang berkait rapat dengan masalah kefungsian dan kebolehan untuk belajar. Oleh itu mereka perlu dirujuk kepada beberapa pakar.

Pemulihan khas memerlukan sumber kewangan yang besar. Gabungan tenaga dan peralatan dari pelbagai pihak dapat mengurangkan beban ini.

Masalah tingkah laku dan pembelajaran dalam kelas biasanya dapat diselesaikan dengan lebih efektif jika terdapat usahasama antara pihak-pihak tertentu terutama sekali guru dan ibu bapa.

Orang yang mentadbir dan mengurus sekolah atau sesuatu institusi Dalam bidang pendidikan, pentadbir adalah a) guru besar b) pengetua Melibatkan delegasi tugas yang bersangkutan dengan tanggungjawab kesemua kakitangan yang berada di sekolah Menyediakan program yang menarik untuk program pemulihan khas di sekolah

Isu penempatan kanak-kanak berkeperluan khas ke dalam program pemulihan khas Hal ini terjadi kerana masalah berkaitan peribadi ibu bapa. Murid tersebut yang dimasukkan ke dalam program ini akan membebankan guru pemulihan Guru tidak dapat memberi komited sepenuhnya kepada murid tersebut.

Murid tersebut akan mendapat kesan negatif kerana kesilapan penempatan mereka Contohnya murid yang mengalami masalah down sindrom dan dimasukkan ke dalam Program pemulihan. Sudah pasti mereka tidak dapat mengikuti proses p&p dengan sempurna

You might also like