You are on page 1of 34

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI DALAM PENDIDIKAN PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

SINOPSIS Mata Pelajaran ini mengandungi konsep serta latar belakang dan kepentingan Seni Dalam Pendidikan bagi memperkemas proses pembelajaran di kalangan pelajar-pelajar, membantu guru-guru atau peserta kursus mengetahui dan memahami latar belakang Seni Dalam Pendidikan sebagai strategi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Mata Pelajaran ini menjusus ke arah pengetahuan asas tentang Seni Visual,Seni Muzik dan Pergerakan. Gabungan ketiga-tiga aspek ini akan mengembangkan proses pembelajaran di peringkat kanak-kanak yang menyeronokan.

HASIL PEMBELAJARAN 1. Memahami dan menghuraikan konsep, latar belakang, matlamat dan objektif Seni Dalam Pendidikan. 2. Membuat hubungkait teori konstruktivisme dengan Seni Dalam Pendidikan serta membanding beza pendapat beberapa tokoh-tokoh pendidik . 3. Mengaplikasi pelbagai kaedah dalam aktiviti penerokaan.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

KERANGKA TAJUK

SENI VISUAL

PENGENALAN KEPADA KONSEP ASAS SENI VISUAL

PENGENALAN KEPADA ASAS SENI REKA

PENGENALAN KEPADA BIDANG SENI VISUAL SEKOLAH RENDAH

SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA PENGETAHUAN ASAS SENI MUZIK

PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MUZIK ASAS MELALUI AKTIVITI

PENGENALAN KEPADA KEPENTINGAN MUZIK SEKOLAH RENDAH

PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA KONSEP PERGERAKAN

PENDEDAHAN KEPADA KEMAHIRAN ASAS PERGERAKAN

PENGENALAN KEPADA ASAS PERGERAKAN DI SEKOLAH RENDAH

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

TAJUK 1 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI VISUAL


1. 1.1 SENI VISUAL

Pengenalan Kepada Konsep Asas Seni Visual Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada seni tampak. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetik dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Kurikulum Pendidikan Seni sekolah rendah merangkumi empat bidang iaitu menggambar, membuat rekaan dan mencorak, membentuk dan membuat binaan, dan kraf tradisional. Murid diajar untuk melihat subjek ini daripada perspektif yang lebih luas, sama ada dari aspek keindahan mahupun gunaan. Melalui kefahaman aspek di atas, murid akan dapat memahami mengenai pelbagai khazanah dalam konteks seni warisan bangsa. HASIL PEMBELAJARAN 1. Membuat huraian tentang Asas Seni Reka serta mengenali bidang- bidang kegiatan Seni Visual. 2. Menggunakan kemahiran akses kendiri, kadar kendiri dan terarah kendiri untuk kecemerlangan diri yang berterusan.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2 Pengenalan kepada asas Seni Reka Topik ini akan membincangkan beberapa aspek dalam Asas Seni Reka. 1.2.1 Unsur Seni Unsur seni terdiri daripada enam elemen asas yang penting dalam penggubahan sesuatu karya seni visual: 1.2.1.1 i. Garisan

Cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual. Garisan boleh jadi dalam bentuk tebal, tipis, berbulu putus-putus, bergerigi, beralun, zig-zag dan lain-lain lagi. Garisan merupakan cantuman satu siri titik Merupakan unsur yang terpenting dalam kerja melukis dan menggambar Melalui garisan kita boleh menulis, melakar, membuat jalinan gambar, membuat rupa dan membentuk. Garisan boleh dihasilkan melalui pelbagai teknik seperti; Teknik koyakan,Teknik tampalan , Teknik kolaj, Teknik gosokan, Teknik cetakan Teknik capan

ii.

iii. iv.

v.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 1 : Garisan 1.2.1.2 Rupa Mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan mengelilinginya. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya. Ia hanya sekadar garis luar sesuatu objek dan sifat leper atau mendatar. Rupa terbahagi dua: i. Rupa organik mempunyai garisan luaran yang berbagai, tidak menentu dan bersifat dominan. Sebahagian besar objek di dunia ini mempunyai rupa jenis ini. Rupa geometri yang terikat dengan bentuk yang khusus sepeti bulat, empat segi, kun, kubus, selinder, empat segi bujur, piramid dan beberapa contoh yang lain.Secara lumrahnya, rupa geometri dihasilkan berbantukan alat geometri.

ii.

Rajah 2: Rupa

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2.1.3

Bentuk Mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk terdiri dari dua jenis; i. Bentuk ilusi (maya) Bentuk ilusi wujud dalam bentuk gambar, catan, cetakan, foto, illustrasi dan lukisan . Bentuk ilusi hanya dapat dilihat di satah gambar dan apabila disentuh ia hanya permukaan datar dalam bentuk dua dimensi.

Rajah 3: Bentuk Ilusi

ii.

Bentuk konkrit Bentuk konkrit bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton,

warna, jalinan dan ruang. Contoh: Bakul, bola, durian, bangunan, manusia dan lain-lain lagi.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.2.1.4

Jalinan Merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: i. Jalinan tampak Jalinan dapat dilihat pada satah gambar yang bersifat dua dimensi. Ia terdir daripada gambar, slaid, billboard, paparan jalan, simbol dan logo. Oleh sebab ia dalam bentuk gambar, kita tidak dapat merasa jalianan secara sentuhan.

Rajah 4: Jalinan Tampak

ii.

Jalinan sentuh Manakala jalinan sentuh dapat dirasa kerana ia bersifat maujud. Sifatnya tiga dimensi. Ia terdiri daripada kulit kayu, cermin, kulit kerang, simen, buah durian dan lain-lain.

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 5: Jalinan Sentuh

1.2.1.5

Ruang

Merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. Ia menggambarkan aspek kekosongan antara objek atau garisan. Ruang berada di luar, di tepi di atas atau sebagainya. Dalam aktiviti menggambar, ruang boleh dihasilkan dengan menggunakan garisan, jalinan dan warna. Pada kebiasaannya, ruang dikaitkan kepada garisan, perspektif, warna dan bentuk.

Rajah 6: Ruang 1.2.1.6 Warna Pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder 8

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 7 : Roda Warna

1.3

Pengenalan Kepada Asas Seni Reka Prinsip-Prinsip Rekaan 1.3.1 Harmoni 9

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Kesan ini wujud di alam sekeliling apabila munculnya susunan atau ulangan unsur-unsur seni mengikut cara atau gaya yang tertentu. Tujuan menghasilkan kesan harmoni adalah untuk menarik perhatian pada sesuatu gubahan, objek atau imej. Gabungan ini akan menimbulkan keadaan yang selesa, aman dan tenang.

Rajah 8: Harmoni

1.3.2 Kontra Keadaan ini berlaku apabila salah satu daripada unsurunsur seni mempunyai ciri-ciri yang bertentangan di antara satu sama lain. Ianya bertujuan untuk menimbulkan kesan yang menarik pada sesebuah karya seni. Kontra berkait rapat dengan penegasan (semakin tinggi kadar kontra semakin jelas penegasan). Kontra boleh dikaitkan dengan rupa, garisan, bentuk dan warna.

Rajah 9 : Kontra 1.3.3 Penegasan Sesuatu yang boleh menarik perhatian dan tumpuan 10

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

kepada pemerhatian tampak. Ianya berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelak kebosanan dan menjadikan gubahan lebih menarik. Penegasan diwujudkan untuk menimbulkan kesan kelainan.

Rajah 10 : Penegasan 1.3.4 Imbangan Keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna, sama padan dan sama gaya penampilan.Terdapat tiga jenis imbangan iaitu imbangan simetri, tidak simetri dan imbangan semua arah. Secara umumnya imbangan adalah agihan ruang dalam sesuatu hasil karya.

Rajah 11 : Imbangan 1.3.5 Pergerakan Wujud apabila terdapatnya keadaan yang bergetar, 11

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

bergoyang, bergegar, berayun, bersinar-sinar dan sebagainya. Pergerakan bertujuan untuk memberi nyawa, rupa dan bentuk visual dalam seni tampak dua dimensi. Pergerakan boleh ditampilkan melalui jalinan, rupa dan ruang.

Rajah 12 : Pergerakan 1.3.6 Kepelbagaian Merupakan keadaan penggabungan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Susunan atau ulangan unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya akan mewujudkan kepelbagaian.

Rajah 13: Kepelbagaian

1.3.7 Kesatuan

12

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Suatu olahan motif atau ulangan unsur-unsur seni secara sistematik, berpandukan grid berdasarkan tema atau dea sesuatu hasil karya. Susun atur yang kemas, teratur, lengkap dan sempurna dapat mewujudkan keseragaman atau kesatuan.

Rajah 14 : Kesatuan

1.4

Pengenalan Kepada Bidang Seni Visual Sekolah Rendah Pendidikan Seni Visual sekolah rendah terdiri daripada empat bidang: 1.4.1 Melukis dan Membuat Gambar Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi terhadap aspek melukis serta kegiatan menggunakan pelbagai media dan teknik dengan menekankan aspek ruang,struktur,imbangan dan komposisi. Penguasaan gambar akan menjadi lebih baik dan menarik sekiranya ada kepelbagaian bahan dan teknik yang diaplikasikan. Di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran sekolah rendah, kandungan subjek atau hal benda disesuaikan dengan pengalaman sedia ada pelajar untuk merangsang dan meningkatkan pembelajaran. Dalam aktiviti menggambar, kanak-kanak dapat menggunakan berbagai alat dan bahan untuk menghasilkan gambar mengikut cara ekspresinya yang tersendiri, membantu perkembangan pelajar dari aspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi keperluan fisiologi dan psikologi pelajar. 13

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 15: Kolaj

1.4.2 Membuat Rekaan dan Corak Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-mana hasil daripada kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara terkawal atau bebas. Seringkali corak boleh didapati daripada: i. Alam semulajadi seperti bunga, siput, kayu, serangga dan haiwan Bahan buatan manusia seperti kerusi, meja, rumah dan gunting

ii.

iii. Geometri seperti bulat, segi tiga dan segi empat iv. Rupa barangan kraf tradisional seperti wau, gasing dan keris

14

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

1.4.2.1 Jenis Susunan Corak i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. xiv. xv. xvi. xvii. xviii. 1.4.2.2 Penuh Turun satu suku Turun tiga suku Turun separa Sisik ikan Selang seli Tampak dam dan tampak catur Siku keluang Pucuk rebung Orgee Batu bata Tunggal Berpusat Sendeng Berombak Jidar Berjalut Cerminan Teknik Corak i. Corak terancang - Lukisan - Catan - Cetakan - Capan - Lipatan dan Guntingan - Resis - Kolaj - Kaligrafi

15

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 16: Resis ii. Corak tidak terancang Titisan Renjisan Ikatan dan celupan Tiupan Pualaman Lipatan Tarikan

Rajah 17: Pualaman

16

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 18: Ikat dan Celup

1.4.3 Membentuk dan Membuat binaan Bidang ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut, murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membuat binaan sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan pelajar dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan.

1.4.3.1 Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan di sekolah rendah: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Arca timbul Arca asemblaj Arca bergerak Arca stabil Model Diorama Boneka Topeng Origami

17

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 19: Topeng 1.4.3.2 Tema dan Subjek i. ii. Alam semulajadi Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi

si pelukis iii. Aliran dan tema sejagat iv. Keperluan dan pengalaman harian

1.4.4 Kraf Tradisional Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan atau kerja-kerja berunsurkan seni yang melibatkan kemahiran kerja tangan serta memerlukan daya cipta dan kreatif masyarakat yang diwaris turun-temurun mengikut kaum masing-masing. 1.4.4.1 Jenis - jenis Kraf Tradisional i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. Alat domestik Alat permainan Alat mempertahankan diri Alat Perhiasan Diri Batik Seni tekat Tembikar Anyaman Tenunan 18

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 20 : Batik Tulis

Rajah 21: Anyaman

Rajah 22: Seni Tekat 19

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Rajah 23 : Gasing

Rajah 24 : Tembikar

Rajah 25: Tenunan

TAJUK 2 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI MUZIK


20

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

2. SENI MUZIK SINOPSIS Topik ini memberi peluang kepada guru-guru menambah pengetahuan asas dalam bidang seni muzik yang merangkumi pengenalan asas muzik, kamahiran muzikal dan apresiasi muzik. 1. 2. HASIL PEMBELAJARAN Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan Pengenalan Kepada Pengetahuan Asas Muzik KONSEP MUZIK Muzik ialah bunyian yang disusun secara sistematik dan mempunyai kualiti tersendiri. Susunan muzik yang betul dan teliti akan menentukan kualiti. Konsep muzik ialah:

3.1

I.

IRAMA

IRAMA

21

CORAK IRAMA

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

RENTAK

DETIK

TEMPOH

METER

Rajah 1 : Irama Gabungan berbagai jenis not muzik yang berbeza akan menghasilkan irama

II.

HARMONI

HARMON I

PERGERAKA N KOD

ARPEGGIO TRIAD

Rajah 2 : Harmoni

Harmoni adalah cantuman not-not yang dibunyikan serentak. Not ini bila digabung menjadi Kod sebagai mengiringi lagu.

III.

MELODI 22

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

MELOD I

PIC SKEL JEDA

RANGKAIAN LAGU

SOLFA

KONTO R

Rajah 3 : Melodi Melodi mengandungi pic rendah , sederhana dan tinggi. Contohnya: lagu Rasa Sayang

IV.

EKSPRESI

EKSPRESI

DINAMIKS

ISTILAH TANDA ISYARAT

Rajah 4: Ekspresi Ekspresi akan mempengaruhi sesuatu persembahan samada vocal atau instrumental. Ciri muzikal ini ialah dinamik, istilah dan tanda isyarat. V. BENTUK

23

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Bentuk ialah ciptaan muzik mempunyai struktur dua bahagian iaitu bentuk AB. Misalnya: susunan: Bentuk dua bahagian Tiga bahagian Rondo Strofik Bentuk tradisional VI. WARNA TON Ada kualiti dan sifat tersendiri atau berbeza bagi sesuatu muzik Contoh: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. Suara menjerit dan berbisik Suara kanak-kanak dan orang dewasa Ketukan batu dan kayu Bunyi salakan anjing dengan ngauman harimau Bunyi burung hantu dan bunyi katak Bunyi seruling dan drum Suara orang lelaki dan orang perempuan

Warna ton dapat dijelaskan dengan penggunaan perkataan seperti lembut, kasar, garau, nyaring, berat dan ringan. Lelaki mempunyai suara baritone, tenor dan bes. Manakala suara perempuan mempunyai suara soprano dan alto. Dalam koir biasanya ada berbagai ton suara yang menjadikan pendengaran menarik. Dalam orchestra pula,gabungan pelbagai alatan muzik yang berbeza menghasilkan ton warna indah dan menarik pendengaran. VII. Jalinan Jalinan atau tekstur digunakan oleh pemuzik semasa mengadun bunyi agar jadi menarik dan digemari.

2.2

Pengenalan Kepada Kemahiran Muzik Asas melalui aktiviti 24

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Bagi membina kemahiran menyanyi dan bermain alatan muzik secara solo dan ensembel, kita harus menjalankan aktiviti bermain alat muzik dan menyanyi untuk membolehkan pelajar menikmati dan menilai persembahan muzik. 2.2.1 Tiga komponen besar dalam pendidikan muzik

3.2.1.1 Kemahiran muzikal nyanyian i. Membina teknik menyanyi dengan mengikut Postur Pernafasan Sebutan Artikulasi Ekspresi Penghasilan ton Rangkaian ii. Membina kemahiran menyanyi Kemahiran secara individu - Menyanyi berbagai lagu secara individu - Menyanyikan skel: jeda, arpeggio menaik dan menurun - Menyanyi semula keratan lagu yang didengar - Menyanyi serta merta ikut skor muzik Kemahiran Ensembel - Menyanyi dalam ensembel vokal senada - Menyanyi dalam ensembel vokal berharmoni - Mendengar dengan teliti dan selektif

3.2.1.2

Kemahiran muzikal muzik dengan gerakan 25

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

i. ii. iii. iv. v. vi. vii. 3.2.1.3

Bergembira bergerak ikut muzik Melibatkan diri secara aktif Mendengar dengan teliti Melahirkan ekspresi diri dengan gerakan Faham konsep muzik dengan gerakan Mengaitkan dengan budaya dalam pergerakan muzik Memupuk keyakinan diri disiplin dan estetik

Kemahiran muzikal permainan alat muzik i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Bergembira bermain muzik Penglibatan secara akrif Mendengar dengan teliti Bermain alat muzik secara muzikal dan terkawal Memahami dan mengaplikasi konsep muzik dan alat permainan Mengenali alat tradisional Memperbaiki dengan meneroka konsep muzik menerusi alat permainan Memupuk yakin diri, disiplin dan estetika

3.3

Pengenalan kepada kepentingan muzik sekolah rendah

3.3.1 Membina nilai nilai murni di kalangan pelajar Membentuk disiplin Membentuk sifat bekerjasama Sifat bertolak ansur Memberi rangsangan Memberi kegembiraan Merentas kurikulum Emosi Memupuk keyakinan diri

TAJUK 3 PENDEDAHAN KEPADA PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN ASAS SENI PERGERAKAN


26

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3. SENI PERGERAKAN SINOPSIS Topik ini merangkumi pengetahuan asas dalam pergerakan; bidangbidang pergerakan serta alatan dan keselamatan; pergerakan asas pendidikan pergerakan, pergerakan kreatif dan apresiasi pergerakan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyata dan menghuraikan konsep pergerakan asas. 2. Bekerjasama dan berinteraksi dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan. 3.1 Pengenalan kepada konsep pergerakan

Rajah 1: Kerangka Konsep 3.1 Pendekatan kepada asas pergerakan Pendidikan Pergerakan merupakan salah satu wacana yang menyumbang ke arah perkembangan keseluruhan pelajar 27

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

dalam membentuk sikap dan sahsiah tentang keperluan keperluan sosial, emosi dan estetik murid berdasarkan kepada model holistik perkembangan kanak - kanak bertujuan; i. ii. iii. Membentuk dan memperhaluskan kemahiran lokomotor dan bukan lokomotor kemahiran pergerakan manipulatif dan kestabilan saraf otot. Memantapkan tahap kecerdasan fizikal, pengetahuan dan sikap. Memantapkan keupayaan pengamatan motor melalui pengalaman - pengalaman pergerakan terarah.

3.3.

Pengenalan kepada asas pergerakan sekolah rendah 3.3.1 Pergerakan Asas Proses yang memandu pelajar untuk memperoleh kecekapan pergerakan menerusi teknik-teknik menyelesaikan masalah. Mengimprovisasi dengan menekankan kebebasan ekspresi yang berteraskan kegiatan-kegiatan penemuan,penerokaan dan kreativiti. 3.3.2 Kemahiran Lokomotor Beritma Sekata 3.3.2.1 Berjalan i. ii. iii. iv. v. Postur badan & kepala tegak Kedudukan kaki Pemindahan berat badan Pergelangan kaki, lutut & pinggul bengkok. Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti: i. Berjalan bebas menggunakan ruang 28

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Berjalan dan berhenti bila isyarat diberi. iii. Berjalan dengan kelajuan berbeza. iv. Berjalan mengikut arah yang berlainan. v. Berjalan dengan langkah kecil & besar vi. Berjalan dengan keadaan relak vii. Berjalan dengan membentuk badan Menjadi gemuk dan kurus. viii. Berjalan di atas jari-jari kaki. ii. 3.3.2.2 Berlari 1. 2. 3. 4. Kedudukan kaki Kedudukan badan Kedudukan lutut Hayunan tangan

Aktiviti-aktiviti: i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. ix. x. xi. xii. xiii. Berlari bebas Berlari bebas & berhenti apabila isyarat diberikan Berlari setempat Berlari cepat & lambat Berlari dengan langkah pendek & panjang Berlari ke hadapan & kebelakang Berlari lurus, berbelok-belok & dalan bulatan Berlari dalam arah yang berlainan Berjalan & berhenti, berlari & berhenti Membuat perbandingan dua pengalaman. Bincang mengapa senang berhenti apabila bergerak lambat Memperkenalkan konsep momentem ke hadapan Memaklumkan keperluan untuk memindah pusat graviti dari hadapan ke belakang

3.3.2.3

Skip 29

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Skip ialah gabungan dua pergerakan iaitu berjalan dan hop 1. Pergerakan kaki Melangkah & hop: Satu langkah ke kanan di ikuti dengan hop kaki yang sama dan kaki kiri melangkah di ikuti dengan hop kaki yang sama. Masa melangkah adalah lebih panjang daripada masa hop menyebabkan pergerakan beritma tidak sekata. 2. Hayunan tangan : Tangan dihayun ke hadapan dan ke atas. Tangan bertentangan dengan kaki hadapan dihayun. Hayunan tangan yang bertentangan ini memenuhi dua fungsi iaitu memberi imbangan dan momentum semasa dalam fasa hop. 3. Berat badan dan pusat graviti Berat badan sentiasa di bebola kaki di sepanjang pergerakan. Pusat graviti berubah ke hadapan melepasi jari-jari kaki apabila skip ke hadapan manakala apabila skip ke belakang, pusat graviti berpindah ke belakang melepasi tumit. Aktiviti-aktiviti: Skip bebas Skip ke hadapan Skip ke belakang Skip mengelilingi objek Skip ke dalam dan ke luar gelung rotan vi. Skip berbelok-belok dalam bulat i. ii. iii. iv. v.

30

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3.2.4

Galop Pergerakan kaki dan pemindahan berat badan satu kaki bergerak ke hadapan dan berat badan dipindahkan kepadanya. Kaki belakang digerakan ke hadapan di belakang tumit kaki hadapan. Dengan pergerakan pantas kedua-dua kaki diangkat di hadapan dan berat badan diletak pada kaki belakang. Kaki hadapan sentiasa dihadapan. 1. Pusat graviti Ia bergerak ke hadapan apabila galop ke hadapan 2. Menolak dan mendarat a) Menolak dengan bebola kaki belakang dan mendarat dengan kaki hadapan b) Lutut dan pergelangan kaki sentiasa dibengkokkan semasa pergerakan dilakukan Aktiviti-aktiviti: i. ii. iii. iv. v. vi. Galop secara bebas Galop lurus, bebelok-belok dan dalam bulatan Galop melepasi objek-objek seperti kon dan pundi kacang Berkumpul dan galop dalam bulatan, ikut arah pusingan jam dan lawan jam Berpasangan, seorang galop mengejar pasangannya Berpasangan, galop bersama dan ikut rentak yang sama

31

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3.3

KEMAHIRAN BUKAN LOKOMOTOR 3.3.3.1 Membongkok i. Pergerakan ini membawa bahagian-bahagian rapat antara satu sama lain ii. Bahagian badan yang boleh dibengkokkan bergantung kepada struktur sendi terlipat iii. Sendi engsel membenarkan badan dibongkokkan kehadapan dan kebelakang sahaja iv. Sendi bola dan soket pula, membenarkan badan dibongkokkan kehadapan, kebelakangan, ke kiri dan dalam bulatan 3.3.3.2 Meregang i. Membongkok dan meregang bahagian-bahgian badan bermula dengan bahagian kecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki,tangan dan kaki kepada bahagian besar badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang ii. Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian yang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong 3.3.3.3 Mengilas i. ii. iii. Pusingan bahagian badan mengelilingi paksi panjang tanpa menggerakkan dasar menyokong Berlaku dalam arah bulatan sahaja Sendi menentukan bahagian badan yang boleh dikilas

3.3.3.4 Memusing i. ii. Mengilas bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan dan leher. Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagai dasar menyokong

32

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

3.3.3.5 Menolak i. ii. iii. Menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan Menolak menjauhkan objek dari badan atau menjauhkan badan dari objek Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu dan pinggul

3.3.3.6 Menarik i. ii. iii. Menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan Menolak objek seperti pundi saga dan bola menggunakan bahagian badan yang berlainan seperti tangan, siku dan kaki

3.3.3.7 Hayun Satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi bulatan satu titik tengah yang tetap 3.3.3.8 Berbuai-buai i. ii. iii. iv. v. Rujukan Asas Isbell, R. & Raines, S. (2002 ).Creativity and the arts with young children. NY: Thomson Delmer Learning 33 Hayun tangan ke hadapan, ke belakang atau menyilang badan di dada Hayun kaki ke hadapan, belakang, atau ke sisi, menyilang kaki lain Hayun dengan bergayut pada palang Berbuai dengan berdiri tegak dan mengerakkan badan ke sisi, ke kiri, dan ke kanan Dua tangan ke hadapan, bengkokkan siku, berbuai-buai dengan menggerakkan badan ke kiri dan ke kanan

WAJ3107 SENI DALAM PENDIDIKAN

Mayeskey, M. (2003 ). How to foster creativity in all children. NY: Thomson Delmer Learning. Pica, R. ( 2000 ). Experiences in movement with music, activities & theory. NY: Thomsen Delmer Learning.

Rujukan Tambahan Anderson, W.M. & Lawrence, J.E. ( 1991 ). Integrating music into the classroom. Belmont, California: Wadswort Publishing Co. Buschner, C.A. (1994 ). Teaching children movement concept and skill. IL: America Master Teacher Programme. Dauer, V.P. & Pangrazi, R.P. ( 1998 ). Dynamic pysical education for elementary school children. New York: Macmillan Publishing Company. Fogarty, R. (1991). Integrete the curricula. IIIinois: IRI/ Skylight Publshing Ins. Gardner, H. ( 1982 ). Art, mind, and brain : a cognitive approach to Creativity. NY: Basic Books Inc. Lowenfeld, V. And Brittain, W.L. ( 1986 ). Creative and mental growth, NY.Macmillan. Menon, N. ( 2005 ). Permainan, lagu & puisi. Bentong, Pahang: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Salmah, Ayub ( 1998 ). Pergerakan kreatif dan pendidikan. P.J. Flo Enterprise Sdn. Bhd.

34

You might also like