You are on page 1of 3

SOALAN TUTORIAL CIRI-CIRI EKONOMI SEBAB DEB DIPERKENAL Wujudnya jurang ekonomi antara kaum Pembangunan tidak seimbang

Sebab Malayan union diperkenalkan Dalam menghadapi kemungkinan memberi kemerdekaankepada Tanah Melayu, Britain ingin memastikan bahawa pelaburan ekonomi serta kepentingannya di negeri ini akanterus terkawal. Bagi mencapai tujuan ini keadaan politikdalam negeri mestilah stabil. Kaum imigran mestilahmeneruskan peranan mereka bagi memastikan

kestabilanekonomi. Walau bagaimanapun, sehingga kini mereka ha-nya mempunyai hak politik dan minat politik yang sedikitdi dalam negeriangkat mereka. Bagi mendapatkan ke-setiaan mereka dan untuk mewujudkan satu

masyarakatberbilang kaum yang bersatu, Britain merancang untukmemberi hak kewarganegaraan yang sama kepada semuabangsa. Sekiranya tindakan ini dilakukan, ini bererti me-namatkan hak istimewa yang selama ini dinikmati olehorang Melayu.Britain juga ingin memastikan hak pentadbiran kerajaan hanya akan diberi melalui bimbingan British. Dasar sebelum perang yang mengagihkan kuasa pusat dan pengembalian kuasa kepada negeri-negeri telah melemahkan kawalan pusat. Britain tidak mempunyai pengaruh yang kuat secara langsung ke atas kelima-lima buah unit bebas Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Satu gabungan bagi Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat di bawah kawalan pusat seorang Gabenor British akan memudahkanpentadbiran dan menjadi lebih cekap. Bagi dunia luar, gabungan ini merupakan sebuah barisan bersatu.

Matlamat terpenting ialah untuk memastikan dasar British untuk kemajuan masa hadapan dapat dijalankan. Rancangan yang di cadangkan bagi mencapai matlamat yang diinginkan itu diperkenalkan sebagai Malayan Union

Faktor penentangan Cara - Orang Melayu membantah cara Sir Harold MacMicheal mendapat persetujuan Raja-Raja Melayu Baharu - Orang Melayu menganggap keadaan selepas Perang Dunia Kedua tidak sesuaiuntuk membuat pembaharuan Hakis - Menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu Peribumi - Pemberian kerakyatan yang longgar mengancam status quo orang Melayu sebagai Peribumi Warisan - Bimbang kehilangan warisan yang dibina sejak Kesultanan Melayu Melaka Hak istimewa orang melayu Setiap orang di Tanah Melayu mempunyai hak-hak dan kewajipan yang sama, namun, rakyat yang berketurunan Melayu mempunyai hak yang istimewa berbanding bangsa lain di Tanah Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu ini bukan merupakan peraturan baru, malahan hak-hak ini telah tercatat dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948, dan perjanjian-perjanjian ini telah pun diamalkan di negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu sebelum perang lagi. Jawatan Yang di-Pertuan Agong, tidak merupakan hak istimewa orang Melayu tetapi akan dipegang oleh orang Melayu sampai bila-bila. Hak-hak ini akan dipatut sampai bila-bila kecuali jika perlembagaan diubah atau dicabuli. Tapi jawatan seperti Perdana Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar dan Gabenorgabenor boleh dipegang oleh mana-mana bangsa lain selain daripada Melayu asalkan beliau lahir di Persekutuan Tanah Melayu.

Isi kandungan Hak-hak istimewa orang Melayu Merujuk kepada perjanjian lama, hak-hak orang Melayu adalah seperti berikut: Tanah untuk Orang Melayu o Hak untuk orang Melayu mendapat tanah dengan kebenaran oleh Kerajaan Negeri (kerana pembukaan tanah adalah dibawah kawal-selia Kerajaan Negeri). Kerajaan Negeri boleh membuka tanah khas untuk Melayu tanpa sebarang syarat.

Jawatan dalam Kerajaan o Jawatan-jawatan kanan dalam Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, mestilah diperuntukkan pada nisbah yang tertentu untuk orang Melayu dan orang bukan Melayu.

Peruntukan biasiswa o Peruntukan biasiswa atau bantuan yang lebih banyak untuk kepada penuntut-penuntut Melayu daripada penuntut-penuntut bukan Melayu.

Bantuan Ekonomi o Peraturan hendaklah dibuat untuk membolehkan orang Melayu mendapat lesen-lesen atau kebenaran-kebenaran tertentu bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti perusahaan dan aktiviti-aktiviti ekonomi lain.

Hak-hak istimewa orang Melayu adalah di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agung. Segala perubahan baharu berkenaan dengan hak-hak istimewa orang Melayu adalah berdasarkan persetujuan Raja-raja Melayu. Hak-hak istimewa orang Melayu di negerinegeri Melayu adalah terjamin selain daripada hak-hak istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.

You might also like