Bab 1 : Pernikahan
1. Takrif Nikah :
i)Dari segi bahasa : Ikatan atau simpulan.ii)Dari segi istilah Syarak : Suatu Ikatan atau akad yang menghalalkan pergaulandan membatas hak dan kewajipan serta bertolong-tolong di antara seorang lelakidengan seorang perempuan yang di antara keduanya bukan mahram.
2. Perkahwinan adalah merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. dan digalakkan didalam Islam serta dituntut oleh Hukum Syarak, sebagaimana sabda Rasulullahs.a.w. yang bermaksud :
" Nikah itu adalah sunnahku, maka sesiapa yang benci sunnahku maka sesungguhnya iabukan dari golonganku ". ( Riwayat Ibnu Majah )
3. Dalil yang menunjukkan bahawa perkahwinan itu dituntut olehsyarak adalah seperti berikut :
•
Dalil dari Al-Quran yang bermaksud :
"Maka berkahwinlah dengan sesiapa yangkamu berkenan dari perempuan-perempuan lain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil( di antara isteri-isteri kamu) makaberkahwinlah dengan seorang sahaja". ( Surah An - Nisaa' - Ayat 3 )
•
Dalil dari As-sunnah yang bermaksud:
"Wahai pemuda-pemuda, sesiapa yangmampu di antara kamu (mempunyai belanja serta keinginan) hendak berkahwin,hendaklah ia kahwin, kerana sesungguhnya perkahwinan itu akan memejamkanmatanya (terhadap orang yang tidak halal dilihatnya) dan terkawal kehormatannyadan sesiapa yang tidak mampu berkahwin hendaklah ia berpuasa, bahawa puasa itumenjadi benteng". ( Riwayat Muslim )
•
Dari Ijmak Ulama : Semua ulama sepakat mengatakan bahawa hukum perkahwinanitu adalah dituntut oleh Hukum Syarak.
4. Hukum berkahwin itu ada empat :
1.
Wajib - Orang yang cukup belanja dan tidak dapat menahan nafsunya.
2.
Sunat - Orang yang cukup belanja dan ingin berkahwin.
3.
Makruh - Orang yang cukup belanja tetapi tiada keinginan berkahwin.
4.
Haram - Orang yang yakin tidak dapat melaksanakan tanggungjawab.
5. Rukun-rukun nikah :
•
Lelaki yang bakal menjadi suami.
•
Perempuan yang bakal menjadi isteri.
•
Wali yang adil
•
Dua orang saksi yang adil
•
Ijab dan Qabul (Tawaran dan Penerimaan)
Leave a Comment