• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Salah Faham Terhadap Islam – Muhammad Qutb
SALAH FAHAM 
terhadap ISLAM
karangan Muhammad Qutb
 
www.dakwah.info
 
Salah Faham Terhadap Islam – Muhammad Qutb
KANDUNGAN
- Pengalih Bahasa- Kata Pengantar Edisi Keenam- Sekapur Sirih- Adakah Agama Sudah Lapuk?- Islam Dan Perhambaan- Islam Dan Sistem Feudal- Islam Dan Kapitalisma- Islam Dan Milik Peribadi- Islam Dan Sistem Kelas- Islam Dan Zakat- Islam Dan Wanita- Islam Dan Hukuman-hukumannya- Islam Dan Tamaddun- Islam Dan Kekolotan- Agama Dan Represi Sex- Islam Dan Kebebasan Berfikir- Agama Candu Rakyat- Islam Dan Masyarakat Bukan Islam- Islam Dan Idealisma- Islam Dan Komunisma- Bagaimana Jalannya?
ِﻪِﻠﻳِوْﺄَﺗ 
 
ءﺎَﻐِﺘْﺑاَو 
 
ِﺔَﻨْﺘِﻔْﻟا
 
ءﺎَﻐِﺘْﺑا
 
ُﻪْﻨِﻣ 
 
َﻪَﺑﺎَﺸَﺗ 
 
ﺎَﻣ 
 
َنﻮُﻌِﺒﱠﺘَﻴَﻓ 
 
ٌﻎْﻳَز 
 
ْﻢِﻬِﺑﻮُﻠُﻗ 
 
ﻲﻓ 
 
َﻦﻳِﺬﱠﻟا
 
ﺎﱠﻣَﺄَﻓ 
 
“Dengan nama Allah Tuhan Yang Maha Pemurah dan Penyayang.Orang-orang yang mempunyaikesesatan di hati mereka akanmenurut sesuatu yang mengelirudengan tujuan menimbulkan fitnah dandengan tujuan menyelewengkan pentafsirannya”.
 
Ali-Imran—Ayat 7)
 
Salah Faham Terhadap Islam – Muhammad Qutb
Kata Pengantar Edisi Yang Keenam
SEWAKTU menulis buku ini beberapa tahun yang lampau, saya tidak menduga bahwa ia akanmendapat sambutan dan penghargaan yang sehangat dan setinggi ini. Apabila buku inidiulangi cetak sekali demi sekali, saya bersyukur kepada nikmat Allah dan berterima kasihkepada para pembaca yang telah menunjukkan minat mereka kepada pembicaraan-pembicaraan yang terkandung di dalamnya. Tetapi kini saya mulai merasa bahwa selepascetakan yang keenam ini buku ini tidak perlu lagi diulangi cetak, kerana pada hemat sayamasanya telah tiba kepada kita untuk mengubahkan pembicaraan kita. Kita kini lebih baikmemperkatakan tentang Islam sendiri dan hubungannya dengan seluruh bidang hidup jugamemperkatakan peranan positifnya dalam kehidupan manusia sebagaimana yang telah sayalakukan di dalam buku-buku lain yang lahir selepas buku ini. Kini lebih baik kitamempèrkatakan hal-hal ini dan membicarakan pengeliruan pengeliruan yang disebarkan olehmusuh-musuh Islam dengan maksud supaya kita berada dalam keadaan yang defensif.Walau bagaimanapun, namun selepas saya membaca buku “Islam In Modern History”karangan orientalis Encik Wilfred Cantwill Smith dan dapati bahwa pengarangnya telahmerujukkan kepada buku saya ini sebanyak tiga tempat dengan kata-kata yang begitu marahdan dendam hingga sampai kepada darjah caci maki, maka lantas saya memutuskan bahwabuku ini yang sedemikian hebat menimbulkan kemarahan orientalis berjiwa Crusade yangmeluap-luap itu harus dikekalkan dan diulangi cetaknya beberapa kali lagi.Seluruh kepujian dan kesyukuran saya hadapkan kepada Allah. Dan dan Allah juga sayapohon taufiq.
 — 
 
Muhammad Qutb.
Sekapur Sirih
RAMAI kaum intelek hari ini menghadapi krisis yang hebat terhadap agama. Apakah agamamerupakan salah satu dan kenyataan-kenyataan hidup? Seandainya agama pernah merupakansatu kenyataan hidup di masa yang lampau, adakah ia masih tetap merupakan kenyataanhidup di zaman moden ini, di mana sains telah mengubahkan seluruh bidang hidup dan dimana tiada tempat lagi untuk sesuatu yang lain melainkan sains dan hakikat-hakikat yangdiakui sains saja.Apakah agama merupakan satu keperluan umat manusia? Atau agama hanyamerupakan satu kecenderungan peribadi semata-mata dengan erti siapa suka boleh beragamadan siapa tidak suka boleh jadi atheis saja kerana kedua-dua pendirian itu sama saja?Kaum intelek itu juga menghadapi krisis yang sama apabila mereka berdepan denganagama Islam. Muballigh-muballigh Islam selalu mengatakan kepada orang ramai bahwa agamaIslam adalah satu agama yang unik. Islam bukan semata-mata sistem kepercayaan bukansemata-mata sistem untuk meluhurkan jiwa dan mengasuh manusia dengan perangai-perangaiyang tinggi, malah di samping itu semua, Islam adalah satu sistem ekonomi yang adil, satusistem sosial yang seimbang, satu kumpulan undang-undang civil, undang-undang jinayah danundang-undang antarabangsa. Islam satu pimpinan fikiran dan satu didikan jasmani danseluruhnya di dasarkan di atas kepercayaan, pembimbingan akhlak dan pembersihan jiwa.Apa yang dikatakan itu telah membingungkan kaum intelek, kerana selama ini merekamenyangka Islam sudah mati dan tujuan-tujuannya telah tamat. Justru kerana itulah merekaterperanjat apabila muballigh-mubaljjgh Islam mengatakan kepada mereka bahwa Islambukanlah legasi zaman purba yang kini disimpan di muzium fikiran-fikiran, peraturan dan
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...