You are on page 1of 3

Teks Pengacara Program Pelancaran Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Mengumumkan ketibaan Encik Hasbullah Bin Abu Kassim,

Kaunselor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia diiringi oleh Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun / Tn.Hj Daud Bin Md.Saman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun , Puan Teoh Yang Sok, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling , pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit dan pensyarah-pensyarah masuk ke dalam dewan. Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku dan Lagu negeri Pulau Pinang dengan iringan muzik. Para hadirin dipersilakan duduk. Orang ke laut menjala Udang, Petang hari pasang pelita, Yang ditunggu sudah pun datang, Yang dinanti sudah pun tiba. Selamat petang dan salam 1 Malaysia saya ucapkan kepada Yang Berbahagia Encik Hasbullah Bin Abu Kassim, Kaunselor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia, Yang Berusaha Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun / Tn.Hj Daud Bin Md.Saman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun ,Yang dihormati Puan Teoh Yang Sok, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling , pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, barisan pensyarah dan para guru pelatih yang dikasihi sekalian. Kami mewakili pihak penganjur majlis kali ini mengucapkan selamat datang ke program pelancaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling pada petang ini. Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis mempersilakan saudara Mohamad Khalilizul Syahmie bin Nordin @ Nordey daripada 3pismp sn/pj/pi untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada saudara Khalilizul atas bacaan doa sebentar tadi. Bukan rumput sebarang rumpun, Rumput penghias tepi halaman, Bukan jemput sebarang jemput, Jemput memohon kata aluan. Sekarang, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan Teoh Yang Sok, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling untuk memberikan ucapan beliau. Dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Teoh Yang Sok atas ucapan tadi.

Majlis kita akan diteruskan lagi dengan persembahan multimedia yang disediakan oleh guru-guru pelatih 3 PISMP PC/ PJ/MT. Marilah sama-sama kita saksikan. Terima kasih atas persembahan tayangan multimedia sebentar tadi. Para hadirin sekalian, marilah kita mengalihkan perhatian kita kepada persembahan serta gimik Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bimbinganan Kaunse ling yang bertajuk Warga Sihat, Masyarakat Sejahtera oleh guru-guru pelatih 3 PISMP PC/PJ/MT. Dipersilakan. Terima kasih kepada guru-guru pelatih 3 PISMP PC/PJ/MT atas persembahan yang begitu menarik sebentar tadi. Sekarang, majlis mempersilakan Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun / Tn.Hj Daud Bin Md.Saman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun diiringi oleh Puan Teoh Yang Sok, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling naik ke atas pentas untuk merasmikan program pelancaran perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Puan pengarah / tuan timbalan pengarah atas perasmian sebentar tadi. Terbang di awan burung jentayu, Di atas papan batang jerami, Tampillah tuan kami merayu, Bersama ucapan kata perasmi. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun untuk memberikan ucapan perasmian. Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Tumerah Binti Rosmin atas ucapan beliau yang penuh bermakna sebentar tadi. Para hadirin sekalian, sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan. Majlis dengan penuh sukacitanya menjemput Encik Hasbullah Bin Abu Kassim, Kaunselor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberikan ceramah yang bertajuk Mental Sihat Stress Sihat. Dengan penuh takzim majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada Encik Hasbullah Bin Abu Kassim atas ceramah tadi.

Sekarang, majlis dengan segala hormatnya menjemput Puan pengarah / tuan timbalan pengarah menyampaikan cenderamata kepada Encik Hasbullah Bin Abu Kassim Terima kasih diucapkan.

Majlis sekali lagi mempersilakan Puan pengarah menyampaikan sijil program pementoran staf IPG Kampus Tuanku Bainun. Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengarah atas penyampaian sijil sebentar tadi.

Majlis kita pada petang ini akan diteruskan lagi dengan nyanyian lagu Lagu Institut Pendidikan Guru Malaysia dengan iringan muzik. Para hadirin diminta berdiri. Dengan berakhirnya nyanyian sebentar tadi menandakan berakhirlah majlis kita pada petang ini.

Bunga dedap di atas para, Anak dusun pasang pelita; Kalau tersilap tutur bicara, Jemari disusun maaf dipinta. Saya mewakili pihak pengajur ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dalam program perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini. Jika terdapat kesalahan dan kesilapan sama ada dari segi tutur bicara, lenggok bahasa dan tingkah laku sepanjang program berlangsung, sejuta kemaafan kami pinta.

Mengumumkan. Encik Hasbullah Bin Abu Kassim, Kaunselor Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia diiringi oleh Puan Tumerah Binti Rosmin, Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun / Tn.Hj Daud Bin Md.Saman, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tuanku Bainun , Puan Teoh Yang Sok, Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling , pensyarah-pensyarah kanan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit meninggalkan dewan.

You might also like