You are on page 1of 2

BINA INSAN GURU FASA V NAMA KUMPULAN : LAW CHII CHIN : 5 PISMP PC/PJ/MT

Satu program bina insan guru telah dijalankan pada 5 Februari 2013 di SJK (c) Kwang Hwa Sungai Nibong yang terletak di Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk melawat infrasktrutur-infrastruktur sekolah Kwang Hwa di samping berinteraksi dengan warga sekolah terutamanya guru besar dan guru-guru sekalian mengenai cara meningkat prestasi murid-murid dalam bidang akademik dan kokurikulum supaya menjadi cemerlang. Dalam program ini, banyak sesi telah dijalankan seperti ceramah yang disampaikan oleh guru besar mengenai pengalaman dirinya dalam bidang pendidikan, ceramah matematik klinik, melawat kawasan sekolah dan ceramah mengenai laporan Linus. Namun dalam sesi-sesi ini, sesi ceramah matematik klinik dan sesi melawat kawasan sekolah amat memberi pengetahuan dan pengalaman kepada saya. Program Matematik Klinik merupakan satu program yang amat menarik minat saya. Program ini bertujuan membantu para pelajar mampu mencapai

sekurang-kurangnya satu A dalam kalangan mata pelajaran dengan bermula dari mata pelajaran matematik. Dalam program ini, selain ilmu pengetahuan matematik murid ditingkatkan dan dikukuhkan, hubungan sosial murid juga dibina. Hal ini kerana murid yang lebih mahir akan diberi tanggungjawab untuk mengajar murid yang lemah. Mereka harus belajar mengajar rakan-rakan yang lemah dengan sabar dan betul. Semasa murid itu mengajar rakan, ilmu sendiri juga dikukuhkan. Jadi, program ini telah meningkat kognitif dan sosial emosi murid. Dalam sesi melawat sekitar kawasan sekolah, saya mendapati bahawa sekolah Kwang Hwa mempunyai infrastruktur yang amat mencukupi dan disusun dengan rapi serta dihias dengan cantik. Sekeliling kawasan amat cantik dan kelihatan ceria, keadaan ini telah menwujudkan suasana yang harmoni dan sesuai untuk belajar. Dalam kawasan sekolah ini, saya paling suka susunan dan hiasan pepustakaan. Dinding pepustakaan ini telah dicat dengan warna yang ceriah. Rak buku dan meja juga menggunakan warna yang ceria. Selain itu, pepustakaan ini juga mempunyai satu sudut pembelajaran yang

BINA INSAN GURU FASA V membenarkan murid duduk di atas lantai untuk membaca buku. Saya sendiri berasa sangat selesa semasa membaca buku dalam suasana yang amat ceria dan harmoni. Dalam sesi melawat kawasan sekolah, saya telah belajar cara menyediakan satu suasana pembelajaran yang amat sesuai, ceria dan harmoni supaya murid-murid suka datang ke sekolah untuk belajar. Secara keseluruhannya, dalam kursus BIG ini, saya telah mendapat pengalaman yang baru mengenai pengurusan dan pentadbiran sebuah sekolah yang cemerlang. Sikap pihak sekolah yang sentiasa membantu murid demi meningkat prestasi mereka harus saya pelajari. Sebagai seorang guru, kita harus berani menghadapi cabaran yang ada supaya meningkatkan keupayaan sendiri. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SK(C) Kwang Hwa yang telah amat bekerjasama dengan kami dari mula hingga akhir program BIG ini. Oleh sebab kerjasama yang diberi oleh semua pihak, maka program bina insan guru fasa V dapat dijalankan dengan lancar.

You might also like