You are on page 1of 11

1.

Pendahuluan Hukum merupakan suatu perkara yang berkaitan dengan kehidupan dan perbuatan

manusia yang mukallaf. Maksud hukum syarak dari segi bahasa ialah menetapkan sesuatu terhadap sesuatu. Menurut istilah, hukum syarak pula diertikan sebagai titah atau khitab( )Allah yang berkaitan dengan perbuatan manusia yang mukallaf. Ianya sama ada berkaitan dengan ibadah, perkahwinan, mumalat jenayah dan sebagainya. Ianya juga berkaitan dengan kelakuan atau perbuatan manusai yang mukallaf sama ada ianya secara tuntutan ( )atau pilihan ( )atau peletakan jadi (). Pembahagian hukum sebagaimana telah disepakti oleh jumhur ulama terbahagi kepada dua bahagian, iaitu hukum taklifi ( )dan juga hukum wad`i ( ) . Kedua-dua hukum ini dapat dibahagikan kepada dua bahagian iaitu, tuntutan supaya dilakukan dan juga tuntutan supaya meninggalkan. Hukum taklifi merupakan perbuatan yang dituntut oleh Allah ke atas mukallaf supaya melakukan atau meninggalkan sesuatu perbuatan atau memilih sama ada melakukan atau tidak bagi perbuatan tersebut. Manakala hukum wad`i pula merupakan tuntutan yang menjadikan sesuatu itu sebagai syarat atau sebab keatas wujudnya sesuatu hukum. Kedudukan dan fungs hukum taklifi merupakan kedudukan yang utama dalam ajaran Islam. Ini kerana hukum taklifi membahas akan sumber hukum yang utama iaitu Al-Quran dan juga Al-Sunnah dari segi perintah Allah dan rasulnya yang wajib dilakukan dan juga larangan-larangan Allah dan rasulnya yang mesti di tinggalkan serta berbentuk pilihan sama ada untuk melakukan atau tidak melakukan. Kajian dalam kertas kerja ini akan cuba menerangkan dengan terperinci tentang perbincangan dan juga pembahagian hukum syarak mengikut jumhur ulama dan juga mengikut ulama ahlul usul beserta bahagian-bahagian perselisihan yang terjadi dan juga dalil-dalilnya yang menjadi sandaran bagi kedua-duannya. Walaupun perselisihan berlaku dikalangan ulama ini, namun ianya telah memberi peluang secara tidak langsung kepada umat Islam untuk menambahkan dan mencambahkan lagi ilmu pengetahuan.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 1

2.0

Pengenalan Setelah kewafatan Rasulullah s.a.w, umat Islam mula menghadapi masalah dan

menghadapi kemusyikalan terutama dalam perkara yang nelibatkan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama. Jika semasa hayat Rasulullah segala permasalahan diajukan kepada baginda. Akan tetapi setelah kewafatan baginda banyak terdapat permasalahanpermasalahan yang baru muncul, yang memerlukan kata putus atau hukum terhadapnya. Dari hal yang sedemikianlah perbezaan pendapat dikalangan umat Islam bermula dan munculnya puak-puak atau mazhab-mazhab. Sejarah perkembangan mazhab ini selari dengan perkembangan semasa yang mana umat Islam bertambah ramai. Keadaan ini menyebabkan berbagai masalah yang timbul dari semasa ke semasa. Keadaan ini sudah tentu memerlukan ijtihad dari para mujtahid yang sesuai dengan Al-Quran dan sunnah serta mengambil kira peredaran zaman dan juga tempat. Mengikut pendapat para ulama, mazhab-mazhab yang mukhtabar yang boleh diikuti dan dijadikan pegangan dan diamalkan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak ada empat sahaja, iaitu Mazhab Maliki, Mazhab Hanbali, Mazhab Syafii dan juga Mazhab Hanafi, yang mana keempat-empat ini dipanggil sebagai mazhab Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Daripada empat mazhab ini pula dipecahkan lagi kepada dua kumpulan yang utama iaitu mazhab jumhur ulama dan juga mazhab ahlul usul. Mazhab jumhur ulama ini terdiri dari Mazhab syafii, Mazhab Hanbali dan juga Mazhab Maliki. Manakala Mazhab Hanafi pula lebih dikenali sebagai mazhab ahlul usul. Kedua-dua mazhab ini, iaitu mazhab jumhur ulama dan juga mazhab ahlul usul ini telah berbeza pendapat tentang pembahagian hukum taklifi, akan tetapi dalam hukum wad`i kebanyakkan disepakati bersama oleh mereka. Bagi hukum taklifi ini mazhab jumhur ulama telah sepakati bahawa ianya terbahagi kepada lima bahagian, Namun begitu bagi mazhab ahlul usul ianya terbahagi kepada tujuh bahagian. Ini akan dibincang dengan secara terperinci dalam kajian ini.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 2

2.1

Mazhab Jumhur Ulama Mazhab Jumhur Ulama atau sesetengahnya ada yang memangilnya dengan

mazhab kalam. Ianya terdiri dari tiga mazhab sebagaimana yang diterangkan sebelum ini. Mazhab-mazhab tersebut terdiri dari mazhab As Syafii, Mazhab Hambali dan juga Mazhab Maliki. Mazhab As Syafii, ianya telah diasaskan oleh ulama terkenal iaitu Al Imam Abu Abdullah, Muhammad bin Idris al Quraisyi al-Hasyimi al Muttalibi bin al-Abbas bin Othman bin Syafii (rahimahullah). Beliau bercantum dengan nasab Rasulullah di sebelah datuknya Ab Manaf. Beliau telah dilahirkan di Palestin pada tahun 150H, iaitu sama tahunnya dengan tahun wafatnya iman Abu Hanifa. Beliau telah menghafal Al quran semenjak dari kecil lagi. Imam As Syafii merupakan seorang tokoh bahasa dan juga sastera Arab yang terbilang. Beliau pernah tinggal bersama-sama dengan Kaum Hudhail yang terkenal dengan kefasihan bahasa arabnya. Beliau pernah berguru dengan mufti Makkah, Muslim bin Khalid al Zinji sehingga mufti tersebut mengizinkan beliau mengeluarkan fatwanya sendiri semasa beliau berumur lima belas tahun. Beliau juga pernah berguru dengan Imam Malik bin Anas dan telah khatam serta mendalami kitabnya yang terkenal iaitu Al Muwatta` dalam masa sembilan malam. Imam Ahmad b Hanbal pernah bertemu dengan beliau di Makkah dan pernah belajar dengannya tentang ilmu feqah dan juga tentang usul feqh. Beliau juga telah mempelajari kitab feqh Iraq dan telah mengadakan perbincangan dengan ulama Iraq yang terkenal pada masa itu iaitu Muhammad b Hassan. Selepas itu beliau telah berpindah ke Mesir. Di sanalah bermula dan lahirnya mazhab Syafii. Beliau wafat pada tahun 200H di Mesir dalam keadaan syahid kerana ilmu. Di antara hasil karya beliau ialah al-Risalah yang merupakan penulisan yang pertamanya dalam bidang ilmu usul feqh dan kitab Al Umm di bidang feqah berdasarkan mazhabnya. Beliau merupakan seorang mujtahid yang mutlak. Beliau merupakan imam dalam bidang feqah, hadis dan usul feqah. Beliau telah berjaya mencantumkan ilmu feqah ulama Hijaz dan juga ulama Iraq.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 3

Mazhab kedua yang tergolong dalam mazhab jumhur ulama ini ialah Mazhab Maliki. Ia telah diasaskan oleh Imam Malik bin Anas bin Abu Amir al-Asabhi. Beliau merupakan imam Feqah di Madinah selepas zaman tabi`in. Beliau dilahirkan di kota Madinah pada tahun 93 hijrah, iaitu kira-kira 13 tahun setelah kelahiran Imam Abu Hanifah. Dikatakan hayat beliau merangkumi dua kerajaan besar pada masa itu, iaitu kerajaan Ummaiyah dan juga kerajaan Abbasiyah. Beliau merupakan orang yang paling kuat ingatan di zamannya. Imam Malik merupakan seorang yang cergas dalam menuntut ilmu. Beliau banyak membuat hubungan dengan ahli hadis dan juga para ulama, sehingga dianggap beliau sebagai imam bagi ilmu hadis. Beliau adalah seorang yang dipercayai, adil dan juga kuat ingatannya serta cermat dan halus dalam memilih rawi-rawi hadis. Beliau tetap berpegang teguh kepada ajaran Rasulullah. Beliau berpendapat hadis itu adalah penyuluh kepada manusia, seseorang pun tidak harus meninggal dan membelakangkannya. Imam Malik mempelajari ilmunya dari ulama-ulama Madinah. Antara guru

beliau ialah Abdul Rahman b Hurmuz. Beliau menuntut dengannya dalam satu tempoh yang agak lama. Selepas beliau benar-benar mendalami ilmunya barulah barulah beliau sampaikan dan ajarkannya kepada orang ramai. Hukum feqh yang disampaikan olehnya adalah berdasarkan al-Quran dan juga al-Hadis. Beliau menjadikan al-Hadis sebagai pembantu bagi memahami al-Quran. Beliau sangat cermat dalam memberi penerangan dan juga hukum, dan selalunya berfikir panjang sebelum memberikan satu-satu fatwa. Beliau merupakan seorang tokoh dalam bidang feqh dan juga hadis. Imam Shafii pernah berkata, Imam Malik adalah guru saya, saya menuntut ilmu darinya, beliau adalah hujah antara saya dengan Allah SWT, tidak ada seorang pun yang berjasa kepada saya lebih daripada Imam Malik. Jika ia menyebut nama ulama maka Imam Maliklah yang paling bersinar. Antara kitab beliau yang paling utama ialah Al Muwwta`. Kitabkitab lain yang dihasilkan oleh beliau ialah Al-Mukhtasar Al-Kabir, Al-Mukhtasar AlAusat, Ahkamul Quran dan juga Kitab Usul. Beliau telah meninggal dunia di Madinah semasa berumur 86 tahun iaitu pada tahun 179H.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 4

Mazhab ketiga bagi jumhur ulama ialah Mazhab Hanbali, Ianya telah diasaskan oleh Abu Abdullah Ahmad b Muhammad b Hanbal b Hilal As-Syaibani. Beliau telah dilahirkan di Bagdad pada tahun 164H dan dibesarkan disana. Beliau juga dari salsilah yang sama dengan nabi dari sebelah neneknya yang bernama Nazar b Maad b Adnan. Beliau mengembara ke setiap pelusuk tanah arab seperti Kuffah, Basrah, makkah, Madinah, Yaman dan juga Syam untuk menuntut ilmu. Beliau berminat dalam pelbagai ilmu pengetahuan seperti hadis, feqh dan juga ilmu kalam. Dalam bidang hadis, beliau digelar Al Hakam kerana dapat menghafaz lebih dari 700 000 hadis. Beliau tidak suka bercakap banyak dan sangat taat kepada gurunya. Beliau juga berjiwa besar, tidak terpengaruh dengan kemewahan hidup. Pernah dipenjarakan kerana tidak mengakui pendapat golongan Muktazilah yang mengatakan bahawa al-Quran itu adalah makhluk. Beliau belajar ilmu feqh dari Imam Shafii ketika di Baghdad. Akhirnya beliau menjadi seorang mujtahid. Imam As-Shafii berkata semasa keluar dari Baghdad menuju ke Mesir aku keluar dari Baghdad dan tidak meninggalkan orang yang lebih taqwa dan juga alim dalam bidang feqh selain dari Ibnu Hanbal. Beliau juga beranggap bahawa fatwa para sahabat dianggap penting selepas alQuran dan As-Sunnah, selepas itu barulah Kias. Antara karangan beliau yang termasyhur ialah kitabnya Al-Musnad. Beliau juga telah menghasilkan tafsir al-Quran, kitab AnNasikh Wal Mansukh, Taatur Rasul dan juga Al Manasik. Beliau telah meninggal dunia pada usia 77 tahun iaitu pada tahun 241 H di Baghdad.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 5

2.2

Mazhab Ahlul Usul Mazhab ini juga dari mazhab Ahlul Sunnah Wal jamaah. Ianya adalah mazhab Hanafi, telah diasaskan oleh Nu`man b Thabit, berketurunan Parsi. Beliau digelar Abu Hanifa kerana beliau adalah bapa kepada anaknya yang bernama Hanifa. Beliau telah dilahirkan pada tahun 80H semasa zaman pemerintahan Kerajaan Umaiyyah. Beliau merupakan ahli ra`yu dan ahli feqah Iraq. Imam As-Shafii pernah berkata tentangnya bahawa manusia adalah berhajat kepada Imam Abu Hanifa di bidang Feqah. Beliau belajar ilmu dari kira-kira 200 orang guru, termaksudlah dari sahabat dan juga tabiin. Beliau belajar ilmu al-Quran dan menghafaznya serta hadis-hadis. Beliau juga mahir dalam ilmu sastera serta ilmu usuluddin. Beliau tidak suka murid-muridnya bertaklid, akan tetapi beliau menggalakkan muridnya menggunakan dalil-dalil dan fikiran terlebih dahulu tentang sesuatu hukum. Beliau wafat dalam bulan Rejab pada tahun 150H semasa berumur 70 tahun.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 6

3.0

Pembahagian Hukum Syarak Mengikut Jumhur Ulama

Jumhur ulama telah bersepakat menetapkan bahawa hukum taklifi yang telah ditetapkan oleh syarak itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu:- wajib, sunat, haram, harus dan makruh haram. 3.1 Wajib

Merupakan tuntutan Allah keatas semua yang mukallaf supaya melakukan sesuatu perbuatan dengan tuntutan yang pasti. Mendapat pahala jika melakukannya dan berdosa jika meninggalkannya. Contohnya menunaikan zakat, firman Allah taala dalam surah alBaqarah ayat 43 : 43:

Maksudnya: Dan dirikanlah kamu akan solat dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu bersama-sama dengan orang yang rukuk.

3.2

Sunat

Ia merupakan khitab Allah atau tuntutan Allah untuk melakukannya sebagai tuntutan yang tidak pasti. Iaitu perkara yang diberi pahala jika melakukannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Contohnya firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 282:


282

: ))

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman!, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayaran) itu.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 7

3.3

Haram

Haram ialah khitab Allah taala atau tuntutan dari Allah taala supaya meninggalkan sesuatu perkara atau perbuatan dengan tuntutan yang pasti. Akan mendapat pahala jika meninggalkannya dan berdosa jika melakukan. Contohnya firman Allah dalam surah al-Ahzab ayat 33: 33:

Maksudnya: dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang arab jahilillah zaman dahulu.

3.4

Harus

Harus ialah titah Allah atau tuntutan syarak yang membolehkan seseorang itu membuat pilihan sama ada melakukan atau meninggalkannya. Tiada pahala atau dosa bagi sesiapa yang meninggalkan atau melakukannya. Contohnya yang berkaitan dengan makan dan minum. Firman Allah dalam surah al`Araf ayat 33:

..... 31: )
Maksudnya: dan makanlah dan minumlah. 3.5 Makruh

.........)

Makruh atau karahah pula ialah sesuatu perkara yang dituntut oleh syarak agar ditinggalkan sebagai tuntutan yag tidak pasti. Seseorang yang meninggalkannya akan diberi pahala, tidak berdosa bagi yang melakukannya. Contohnya tentang solat tahiyatul masjid. Sabda Rasulullah:

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 8

Maksudnya: apabila salah seorang daripada kamu memasuki masjid maka janganlah ia duduk sehingga ia sembahayang dua rakaat.

4.0

Pembahagian Hukum Syarak Menurut Mazhab Ahlul Usul

Mengikut Mazhab Ahlul Usul pula hukum syarak itu terbahagi kepada tujuh bahagian. Iaitu, fardhu, wajib, sunat, haram, makruh tahrim, makruh tanzih dan juga harus.

4.1

Fardhu

Ia merupakan perkara yang dituntut oleh syarak dengan tuntutan yang pasti melalui dalil yang qat`i ( ( . Ia merupakan hukum yang mesti dilakukan. Orang yang melakukannya akan diberi pahala dan sesiapa yang meninggalkannya akan diberi dosa, serta menjadi kafir jika mengingkarinya. Contohnya mendirikan solat dan juga mengeluarkan zakat. Ini bersandarkan pada firman Allah dalam surah al_baqarah ayat 43: 43:

) .........)

Maksudnya: dan hendaklah kamu mendirikan dan mengeluarkan zakat.. 4.2 Wajib

Ialah perkara yang dituntut oleh syarak, meminta supaya melakukannya dengan tuntutan yang pasti melalui dalil yang zanni

). Ia merupaka hukum yang mesti

dilaksanakan dan orang yang melaksanakannya akan diberi pahala. Manakala orang yang meninggalkannya akan mendapat dosa. Contohnya membaca al-Fatihah dalam solat. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Jamaah:

) )
Maksudnya: tidak sah sembahyang sesiapa yang tidak membaca al-fatihah.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 9

4.3

Sunat

Sunat pada pandang ulama Ahlul Usul adalah sama dengan pandangan mazhab jumhur ulama. Iaitu perkara yang dituntut oleh syarak supaya melakukan sesuatu dengan cara yang tidak pasti. Perbuatan yang diberi pahala jika melakukannya dan tidak mendatangkan dosa jika ditinggalkan.

4.4

Haram

Pada pandangan Ahlul Usul, haram ialah perkara yang dituntut oleh syarak untuk meninggalkannya dengan tuntutan yang pasti melalui dalil yang qat`i. diberi pahala jika meninggalkannya dan mendapat dosa dan diseksa jika melakukannya serta menjadi kafir jika mengingkarinya. Contoh dalil qat`i , firma Allah dalam surah al-Isra` ayat 31 :

31:

Maksudnya: dan jangan kamu membunuh anak-anak kamu kerana takut pada kepapaan.

4.5

Makruh Tahrim

Makruh tahrim ialah perkara yang dituntut oleh syarak untuk meninggalkannya dengan tuntutan yang pasti melalui dalil zanni . ( ) Hukum ini mestilah ditinggalkan, diberi pahala jika meninggalkannya, diseksa dan mendapat dosa jika melakukannya tetapi tidak menjadi kafir jika mengingkarinya. Ini berlandaskan pada dalil, sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Ahmad dan an-Nisa`i:

( )

Maksudnya: Janganlah salah seorang daripada kamu menjual keatas jualan saudaranya.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 10

4.6

Makruh Tanzih

Ialah tuntutan syarak supaya ditinggalkan dengan tuntutan yang tidak pasti. Iaitu perkara yang tidak menjadi kepastian untuk meninggalkannya, akan tetapi akan diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak akan mendapa apa-apa dosa jika melakukannya. Seperti sabda yang melarang memakin daging kuda dan meminum akan susunya. 4.7 Harus

Iaitu perkara yang tidak mendapat apa-apa jika melakukannya atau meninggalkannya. Takrifnya sama dengan takrif dari pendapat jumhur ulama.

_____________________________________________________________________________ HBIS 2203 Pendidikan Islam Tahun 3 11

You might also like