Professional Documents
Culture Documents
UNIVERSITI MALAYA.
1. UMUR :
2.JANTINA P L
4. AGAMA: I H B K LAIN-LAIN
5. BANGSA: M C I LAIN-LAIN
6. TEMPAT TINGGAL:
KK5
LAIN-LAIN
6. Pada pandangan anda adakah kawasan yang bercerun curam lebih dominan berlakunya kejadian gerakan jisim secara pantas? Ya Tidak
7. Antara faktor yang mendorong fenomena gerakan jisim secara pantas adalah kekurangan litupan tumbuhan dan aktiviti manusia.? Ya Tidak
8. Proses gerakan jisim pantas amat aktif berlaku di kawasan cerun yang curam dan tidak dipenuhi dengan tumbuhan. Ya Tidak
9. Aktiviti menanam tumbuhan litupan bumi merupakan langkah yang paling wajar dilakukan bagi memastikan proses kestabilan cerun berkekalan. Ya Tidak
10. Hujan yang lebat dan tanpa berhenti memudahkan lagi proses gerakan jisim pantas dimana cerun yang curam dan tidak mempunyai tumbuhan litupan bumi akan jatuh kebawah cerun. Ya Tidak
11. Aktiviti tegasan ricih atau pemotongan lereng bukit akan mengurangkan kesan proses gerakan jisim terhadap manusia dam alam semulajadi. Ya Tidak
12. Proses gerakan jisim pantas akan mengubah landskap sesuatu kawasan disamping mengurangkan kestabilan tanah. Ya Tidak
13. Sungkupan plastik dapat membantu mengurangkan proses gerakan jisim pantas dari terus berlaku. Ya Tidak
14. Permukaan cerun yang curam akan menjadi landai sekiranya hujan yang turun adalah sedikit dan proses gerakan jisim pantas aktif berlaku. Ya Tidak
15. Gerakan jisim pantas merupakan pergerakan regolit yang berlaku dari atas cerun-cerun yang curam ke bawah oleh tarikan graviti. Ya Tidak
Penilaian kejadian kegagalan cerun di Blok E, Kolej Kediaman Kelima, Universiti Malaya. Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat bagaimana kegagalan cerun ini akan mempengaruhi kehidupan manusia dan bagaimana kegiatan manusia di sekitar kawasan kejadian mempengaruhi kejadian ini. Kajian soal selidik ini dijalankan berdasarkan perbezaan status dan kaum bagi penghuni di kawasan kajian dan kawasan sekitar.
Menurut jadual 1.1 bilangan majoriti penghuni yang berjaya disoal selidik adalah penghuni dari status pelajar lelaki . Hal ini menunjukkan penghuni lebih dominan untuk mengetahui tentang kejadian kegagalan cerun yang berlaku dan mereka dapat melihat bagaimana kejadian ini berlaku dengan lebih dekat . Responden lelaki juga lebih mudah untuk memberi kerjasama dalam mengisi borang soal selidik ini. Peratusan bagi responden pelajar lelaki adalah sebanyak 42.31 % iaitu bersamaan 11 orang , responden berstatus pelajar perempuan pula adalah sebanyak 38.46 % bersamaan 10 orang dan responden berstatus staff pula adalah sebanyak 19.23 % bersamaan 5 orang. Jumlah keseluruhan responden adalah sebanyak 26 orang.
Bilangan(orang) 11 10 5 26
PERATUSAN RESPONDEN MENGIKUT STATUS YANG BERADA BERHAMPIRAN DENGAN BLOK E KOLEJ KELIMA , UNIVERSITI MALAYA
Berdasarkan Jadual 1.2 menunjukkan peratusan penghuni di kawasan kajian adalah dari kalangan melayu iaitu sebanyak 72% bersamaan 18 orang. Peratusan yang kedua ialah Cina iaitu sebanyak 15.38% bersamaan 4 orang diikuti responden dari kaum India iaitu sebanyak 10.71% bersamaan 3 orang dan lain-lain kaum 3.57% bersamaan 1orang. Berpandukan maklumat soal selidik menunjukkan bahawa responden dari kaum Melayu adalah 8 orang dari pelajar lelaki, 5 orang dari pelajar perempuan dan 5 orang dari kalangan bukan pelajar . Bagi kaum cina dan India pula masing- masing ialah 2 orang pelajar lelaki dan 2 orang pelajar perempuan. Manakala lain-lain kaum adalah dari satus pelajar perempuan iaitu 1orang. Kesemua responden yang terlibat dengan kajian soal selidik ini tinggal di Kolej Kelima dan kolej yang berhampiran dengan kolej ini.
PERATUSAN(%)
20 18 BILANGAN RESPONDEN (ORANG) 16 14 12 10 8 6 4 2 0 MELAYU CINA KAUM INDIA LAIN BUKAN PELAJAR PELAJAR PEREMPUAN PELAJAR LELAKI
BAHAGIAN CERUN.
KEFAHAMAN
RESPONDEN
MENGENAI
KEJADIAN
KEGAGALAN
Menurut responden kejadian ini sering berlaku di kawasan yang bercerun curam dan berlaku ketika hujan yang berterusan. Di Malaysia kejadian ini telah banyak berlaku seperti kejadian yang terbaru iaitu di Hulu Langat yang melibatkan anak-anak yatim. Pelbagai kaedah telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi membantu masyarakat supaya sentiasa peka terhadap kejadian seperti ini. Hal ini dapat dilihat dengan tindak balas responden terhadap isu ini melalui jawapan keatas kajian soal selidik yang telah dijalankan. Hampir keseluruhan memahami bagaimana kejadian ini berlaku, faktor- faktor yang mendorong kejadian ini berlaku, kesan kejadian kepada manusi dan alam sekitar dan perubahan yang akan berlaku pada masa yang akan datang.
Peratusan responden yang mengetahui faktor faktor yang mendorong kejadian kegagalan cerun ini Hasil analisis menunjukkan hampir keseluruhan kefahaman responden terhadap faktor- faktor yang mendorong kejadian ini adalah tinggi. Hal ini kerana responden telah didedahkan mengenai kejadian- kejadian geologikal seperti ini. Jadual 2.1 dapat menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa kekurangan tumbuhan litupan bumi, tegasan ricih atau pemotongan bukit dan kuantiti hujan adalah faktor yang mendorong kejadian kegagalan cerun berlaku. Dengan ketiadaan tumbuhan-tumbuhan litupan bumi struktur tanah akan menjadi lebih longgar kerana tumbuh-tumbuhan berfungsi untuk mencengkam tanah supaya sentiasa kukuh dan ketiadaa tumbuhan ini akan memudahkan air hujan yang turun mengalir terus melalui cerun tanpa terdapat sebarang halangan. Selain itu, air hujan yang turun secara lebat juga akan meningkatkan keaktifan kejadian kegagalan cerun disamping aktiviti tegasan ricih dilakukan oleh manusia untuk tujuan pembangunan akan memusnahkan tumbuh - tumbuhan yang berfungsi sebagai penghalang hakisan. Tahap kefahaman Setuju Tidak Jumlah Bilangan (orang) 28 0 28 Peratusan (%) 100 0 100
Jadual 2.1 Peratusan responden yang mengetahui faktor-faktor yang mendorong kejadian kegagalan cerun.
Kajian terhadap responden tentang langkah- langkah yang dapat membendung kejadian kegagalan cerun. Jadual 2.1 menunjukkan bahawa kesemua responden bersetuju bahawa kejadian kegagalan cerun ini dapat di elakkan dengan langkah menanam tumbuhan litupan bumi dimana tumbuhan ini akan mencengkam tanah supaya menjadi kukuh dan mengelakkan daripada terhakis oleh aliran air hujan yang turun. Responden juga menyedari bahawa sungkupan plastik juga dapat membantu mengurangkan keaktifan kejadian ini daripada terus bertambah buruk. Kempen- kempen yang telah dilaksanakan oleh kementerian seperti Hargailah Bumi Kita, 1 pokok 1 Hari dan sebagainya telah memberi output yang baik kepada masyarakat. Iklan iklan di media massa dan elektronik telah memberi kesan kepada penonton tentang kejadian seperti ini melalui tayangan gambar atau simbol- simbol yang dapat menunjukkan perkara yang perlu dilakukan. Pihak berkuasa juga telah bekerjasama dengan pihak media-media massa dan elektronik dalam menghebahkan isu kejadian ini melalui penyampaian di akhbar-akbar, jurnal dan juga artikel- artikel elektronik di internet.
Jadual 2.1 Perbandingan kefahaman responden tentang langkah-langkah yang dapat membendung kejadian kegagalan cerun. Tahap kefahaman Setuju Tidak Jumlah Bilangan(orang) 28 0 28 Peratusan (%) 100 0 100
KESIMPULAN ANALISIS.
Secara kesimpulannya, kajian soal selidik ini menunjukkan bahawa kesemua responden mempunyai kefahaman yang mendalam mengenai kejadian kegagalan cerun yang kebanyakkannya berlaku di kawasan berbukit. Hal ini dapat dilihat melalui jawapan atau tindak balas yang telah diberikan oleh responden sewaktu menjawab soalan kajian soal selidik yang telah diberikan kepada mereka. Kebanyakkan responden juga telah didedahkan dengan pengetahuan kejadian geologikal seperti kajian kes yang dikaji melalui pembacaan jurnal, buku, artikel jurnal teks dan artikel elektronik dan secara pemerhatian yang dapat disaksikan melalui media massa dan elektronik contohnya di dalam akhbar. Kebanyakkan responden berpendapat bahawa tindakan manusia dan semulajadi adalah faktor yang mendorog kejadian kegagalan cerun berlaku kerana kejadian ini tidak akan berlaku sekiranya tiada punca yang mendorong kejadian ini berlaku. Hal ini dapat dilihat apabila tindakan manusia menarah atau memotong bukit untuk tujuan pembinaan akan memusnahkan
kawasan hutan yang mana kawasan ini berfungsi sebagai penyokong kepada struktur tanah dan air hujan yang turun iaitu faktor semulajadi akan mengalir melalui cerun bukit yang telah ditarah dan menyebabkan kejadian ini berlaku. Oleh hal yang demikian kefahaman yang dimiliki oleh respondenresponden akan membantu dalam mengurangkan kejadian kegagalan cerun ini.