You are on page 1of 24

jenis2 kemahiran mikro i. ii. iii. iv. v. vi.

Kemahiran Set Induksi Kemahiran memberi penerangan Kemahiran menggunakan contoh Kemahiran Mengolah Isi pelajaran Kemahiran Variasi Ransangan Kemahiran Penyoalan. Vii vii. Kemahiran Pengukuhan

Kemahiran Penutup

1. Kemahiran Set Induksi i. Kemahiran Set Induksi adalah merupakan kemahiran yang perlu dimiliki oleh setiap guru ketika ingin memulakan pengajaran. Harus diingat set induksi bertujuan untuk menarik kesediaan pelajar untuk mengikuti pembelajaran hari itu.. Sekiranya guru tidak berjaya menarik perhatian dan kesediaan keseluruhan pelajarnya.. bermakna wujud pelajar yang tidak mengikuti pembelajaran hari itu walapun jasadnya berada di dalam kelas namun pemikiran dan mindanya masih lagi di awangan yang perlu diambil tindakan segera. ii. Set induksi adalah sebahagian permulaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang bertujuan untuk membina aliran fikiran pelajar serta menarik minat mereka untuk lebih memberi tumpuan dan fokus kepada pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang sesuai untuk menyampaikan set induksi atau pemulaan pengajaran dan pembelajaran seperti teknik penyoalan, alat bantu mengajar, bercerita, motivasi, dan sebagainya. Masa yang diperuntukkan untuk set induksi adalah singkat, biasanya tidak melebihi 5 minit dalam sesuatu waktu. iii. Prinsip Induksi Set

Bermakna:- memulakan pengajaran dgn memberikan bahan yg bermakna serta dapat menarik minat pelajar. Tarik perhatian pelajar kpd perkara yg berkaitan dhgn persekitaran pengetahuanya. Berkaitan :- dikaitkan dgn isi kandungan yg selari dgn objektif pengajaran. Memastikan permulaan pengajaran yg perlu berkaitan dgn bahamn dan obj p&P Pengetahuan Sedia Ada :- membantu pelajar agar dapat menjadikan pelajaran lebih menarik serta membantu meningkatkan sifat ingin meneroka pelajaran seterusnya. TUJUAN i. Dapat menarik perhatian murid. Naluri kanak-kanak ingin mengetahui apa yang kita cuba tunjulkan. ii. Murid mudah memahami kerana maklumat awal yang berkaitan dengan pelajaran telah diajar. Ini berdasarkan pengalaman sedia ada pada mereka. Contohnya pernah melihatnya dirumah, televisyen dan sebagainya. iii. Cuba melibatkan murid dan menambahkan minat untuk mengetahui / mempelajari pelajaran tersebut. iv. Menimbulkan rasa ingin tahu yang tinggi.

2. Kemahiran Memberi Penerangan Kemahiran menerang digunakan untuk menyampaikan maklumat, konsep atau isi kandungan pelajaran kepada pelajar, biasanya dalam peringkat perkembangan. Semasa menggunakan kemahiran menerang, guru memberi penerangan kepada pelajar tentang sesuatu isi pelajaran dengan menggunakan contoh, ilustrasi atau sumber pelajaran Objektif Menyampaikan maklumat atau menjelaskan isi pelajaran dengan jelas Memudahkan pelajar memahami konsep atau isi pelajaran dengan jelas. Menghuraikan sesuatu proses atau prosedur seperti langkah- langkah atau menyelesaikan masalah matematik Menjelaskan sebab- sebab berlakunya sesuatu peristiwa atau meramalkan kemungkinan berlakunya peristiwa tertentu menjalankan satu ujikaji

Komponen- Komponen Kemahiran Menerang i. ii. iii. iv. komponen aras permulaan , komponen kemahiran ilustrasi komponen penyusunan idea dan komponen penutup. 3. Kemahiran Menggunakan contoh i. Penyampaian lebih menarik jika penerangan dilakukan disertai dgn contoh yg sesuai. Contoh dlm btk cerita,ilustrasi @ bahan lain. ii. Contoh bermula dgn berbentuk konkrit kpd abstrak

4. Kemahiran Mengolah Isi Pelajaran i. Melibatkan kemahiran menyusun dan mengorganisasikan kandungan pelajaran agar disampaikan dgn baik. ii. iii. Isi perlu disampaikan secara berperingka-peringkat. Guru perlu merancang penggunaan bahan pengajaran dgn teratur dapat

5. Kemahiran Variasi ransangan i. Tujuannya utk membangkitkan perhatian pelajar dan memberikan fokus terhadap fakta penting pelajaran. ii. iii. Penggunaan ransangan yg pelbagai mengelakkan kebosanan pelajar. Aspek yg perlu dikuasaialah pergerakan,perubahan pertuturan,perubahan fokus deria,btk penglibatan lisan dan fizikal pelajar

6. Kemahiran Penyoalan i. ii. iii. iv. Penyoalan membantu pelajar berfikir Guru perlu faham tentang cara merancang dan mengemukakan soalan dalam kelas Memahami aspek domain soalan agar soalan yg dibina benar-benar menguji pelajar. Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan penilaian

7. Kemahiran Pengukuhan i. Galakkan pelajar menjawab soalan,mengemukakan cadangan dan melibatkan diri dalam perbincangan ii. Berikan peneguhan melalui pujian dl btk lisan,gred baik senyuman anggukan kepala.

8. Kemahiran Penutup i. Kemahiran merumus,megulang peneguhana dan membuat penilaian tentang sama ada objektif pengajaran yg disediakan tercapai atau tidak. ii. iii. Penutup perlu sesuai dgn obj dan aktiviti pengajaran Tujuan penutup menarik perhatian tentang perkara yg baru dipelajari,megukuhkan konsep dan kemahiran baru. iv. v. Terdapat dua penutup iaitu kognitif dan sosial Kognitif bertujuan mengukuhkan pelajaran dgn memeberikan perhatian terhadap fakta yg dipelajari. vi. Penutup sosial menekakan perasaan yg dialami semasa prosese P&P

Tajuk 1 : Komponen Pengajaran

Tajuk 1

Komponen Pengajaran Kemahiran Induksi Penerangan

Penyoalan Variasi Rangsangan

Sinopsis Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui tentang kemahiran dalam komponen pengajaran. Terdapat empat kemahiran yang dimuatkan dalam tajuk ini:

Kemahiran Induksi Kemahiran Penerangan Kemahiran Penyoalan Kemahiran Variasi Rangsangan

Hasil Pembelajaran 1. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang komponen pengajaran mikro-mikro, Teori Huraian Bahasa dan Teori Pemerolehan Bahasa dan mengaplikasikan di dalam bilik darjah.

Fikirkan: Fahami aktiviti yang sesuai dengan kemahiran yang digunakan dalam P&P serta berkaitan antara Teori Huraian dan Pemerolehan Bahasa.

Komponen Pengajaran

Mengapa kemahiran dalam komponen pengajaran penting? Bagaimana kemahiran ini dapat difahami? Apakah hubungan kemahiran ini dengan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah?

Paling penting langkah dan aktiviti P&P yang dijalankan perlu sesuai dengan kemahiran yang digunakan.

Pemahaman guru tentang kemahiran dalam komponen pengajaran membolehkan seseorang guru memilih dan menentukan strategi, pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Terdapat empat kemahiran dalam tajuk ini, iaitu: Kemahiran Induksi Kemahiran Penerangan Kemahiran Penyoalan Kemahiran Variasi Rangsangan

1.1

Kemahiran Induksi

Konsep Cara guru memulakan pelajaran Guru perlu menimbulkan minat serta menggerakkan murid supaya bersedia dan berfikir

Prinsip-prinsip Induksi Bermakna kepada murid Berkaitan isi dan objektif pelajaran Berkaitan dengan pengetahuan sedia ada

Kemahiran Induksi (Permulaan)

1.

Menarik perhatian murid Dengan suara, gerak geri dan kontak mata Dengan ABM Dengan corak interaksi guru-murid

2.

Mewujudkan motivasi

Dengan semangat, kemesraan, merangsang nalauri ingin tahu, menggunakan unsur menghairankan, cerita dan aktiviti yang menarik.

3.

Menstruktur

Dengan mengehadkan tugasan, menyatakan tujuan tugas, mencadangkan cara menjalankan tugas, menggunakan soalan yang berkaitan

4.

Membuat perkaitan

Membanding/ membeza dengan perkara biasa, menyatakan tujuan tugas atau peristiwa semasa yang diminati murid

1.2

Kemahiran Penerangan

Definisi Satu proses untuk memberikan kefahaman kepada orang lain. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh guruguru kerana ilmu atau perkara yang hendak disampaikan kepada murid mestilah dapat difahami oleh murid dengan berkesan.

Objektif: Untuk menjelaskan sesuatu perkara, makna ayat, kata, ungkapan dan lain-lain

Untuk menghuraikan sesuatu proses, prosedur, langkah, peraturan dll. 3. Untuk menaakul sesuatu sebab, kejadian, peristiwa dan meramalkan kemungkinan sesuatu peristiwa , kejadian, atau tindakan

Bentuk-bentuk Penerangan Takrif: Menjelaskan sesuatu isu atau perkara dengan memberikan pengertiannya.

Huraian: Menerangkan sesuatu proses. Taakul: Menerangkan dengan memberi alasan atau sebab-musabab.

Panduan Penerangan bagi memastikan penerangannya jelas dan menarik Penggunaan bahasa yang sesuai dengan tahap umur dan kebolehan murid Sesuai dengan kandungan dan objektif pelajaran Mendapatkan respons murid supaya tahu sama ada murid jelas atau kurang jelas dengan penerangan yang diberikan

Komponen Penerangan

1.

Komponen Struktur Penggunaan tanda saran Penggunaan contoh-contoh Penyimpulan atau rumusan

2.

Komponen Penyampaian

kejelasan pelbagai penekanan

memberi petunjuk membuat perkaitan dan keutamaan mengelakkan kekaburan turutan maklum balas

Prinsip Kemahiran Penerangan Taakulan perlu jelas supaya mudah difahami, menarik perhatian dan minat murid. Penekanan intonasi, nada suara, sebutan, jeda, dan sebagainya.

Urutan/Penyusunan Idea dan Pemikiran diperingkat, disusun, dikembangkan secara kemas, sistematik dan teratur. Ilustrasi penerangan akan lebih menarik jika disokong dengan ilustrasi dan bahan-bahan visual yang lain. Maklum balas bersedia menerima pandangan dan pendapat murid.

Penutup kemas, bermakna, membuat rumusan dan kesimpulan kepada perkara yang diterangkan.

1.3

Kemahiran Penyoalan

Pengenalan Guru cenderung menggunakan soalan aras rendah sahaja

Kemahiran penyoalan membantu guru mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan mampu meningkatkan pencapaian murid. Kemahiran yang rumit, mesti dikuasai oleh guru.

Prinsip-prinsip: Ditujukan kepada semua murid Murid diberi masa berfikir

Sesuai dengan kebolehan murid Soalan dirancang daripada mudah kepada rumit, aras rendah ke aras tinggi Penyampaian soalan jelas Melayan tindak balas murid dengan baik

Objektif penyoalan; Untuk melibatkan murid secara aktif dalam P&P Menimbulkan minat dan ingin tahu murid Membantu murid dalam perkembangan daya fikir Menggalakkan murid menyoal Membantu murid melahirkan idea

Komponen Kemahiran Penyoalan Soalan yang berfokus, sama ada fokus tunggal atau fokus pelbagai. Soalan yang boleh dialih dan disebarkan supaya ramai murid berpeluang menjawab soalan. Berhenti seketika selepas mengemukakan soalan bagi memberi peluang kepada murid berfikir Membantu dengan memberi petunjuk atau klu untuk memudahkan murid memberi jawapan Melayan murid dengan adil Soalan bertujuan mencungkil pengetahuan murid berdasarkan aras tertentu. Soalan yang jelas dan ringkas

Aras Kemahiran Penyoalan (Domain Kognitif Taksonomi: Benjamin S. Bloom)

PENILAIAN

SINTESIS

ANALISIS

APLIKASI

KEFAHAMAN

PENGETAHUAN

PENILAIAN Hujah, idea, alasan, sebab-sebab yang menyokong pertimbangan.

SINTESIS Kebolehan menyusun idea, membentuk idea atau corak baru, menyediakan sesuatu rancangan atau set operasi, mengelas, dan menerangkan sesuatu data.

ANALISIS Mengkaji bukti, mentafsir, menghurai, mencerakin, menciri, mengatur, melahirkan pemikiran.

APLIKASI Soalan yang membolehkan murid mengaplikasi atau mencuba ilmu yang dipelajari kepada sesuatu situasi yang baru.

KEFAHAMAN Soalan yang menguji pemahaman murid, mentafsir dan membuat huraian berdasarkan pemahaman.

PENGETAHUAN Mengingat, menyatakan kembali fakta yang telah dipelajari.

Teknik Penyoalan

Mencungkil pemikiran murid

Jelas, tepat, dan padat

Memastikan murid yakin dan setuju dengan jawapan mereka

Mendapatkan contoh supaya jawapan lebih jelas

Jenis-jenis penyoalan 1. Soalan Bertumpu (Tertutup) Bentuk convergent atau tertutup Aras rendah - Pengetahuan, Kefahaman Lebih bersifat objektif Jawapan atau respon terhad

Bertujuan menguji daya ingatan atau mengetahui sama ada memahami maklumat atau pengetahuan yang disampaikan

2. Soalan Bercapah (Terbuka) Bentuk divergen atau terbuka Aras tinggi - Aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian Lebih bersifat subjektif Jawapan atau respon luas atau terbuka

Bertujuan menguji penaakulan, penafsiran, atau memberi peluang dan menggalakkan pelajar membuat spekulasi, mengaplikasi dan merumuskan maklumat atau pengetahuan yang diperoleh.

1.4

Kemahiran Variasi Rangsangan

Konsep: Pelbagai rangsangan yang diwujudkan oleh guru dalam proses P&P untuk menjadikan pengajaran mereka diminati dan berkesan.

Komponen Kemahiran

Perubahan tingkah laku guru

Perubahan Pertuturan / Suara

Kepelbagaian Saluran Deria KOMPONEN KEMAHIRAN Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar Kepelbagaian Interaksi

Komponen Kemahiran Variasi Rangsangan 1. Perubahan tingkah laku guru Pergerakan : tidak statik, lincah, aktif Raut wajah /mimik muka : Ceria, senyum,mesra, tegas bertempat Tubuh badan: pergerakan tangan, jari jemari, dan lain-lain anggota badan yang sesuai.

2.

Perubahan Pertuturan (Suara) Nada suara, kelantangan, intonasi dan kepantasan pertuturan yang bervariasi.

Suara yang mendatar, terlalu perlahan dan kurang bertenaga / tidak bermaya akan menyebabkan murid berasa bosan.

3.

Kepelbagaian Saluran Deria

Bermaksud kepelbagaian aktiviti yang melibatkan deria murid misalnya peralihan daripada bertutur kepada membaca, daripada membaca kepada bertutur dan sebagainya.

4.

Kepelbagaian Interaksi Interaksi guru-murid, murid - murid, individu kumpulan, kumpulan kumpulan dan sebagainya.

Melibatkan pelbagai aktiviti seperti soal-jawab, perbincangan, bercerita, laporan, berita, berlakon dan sebagainya. Memberi peluang kepada murid melahirkan idea, pendapat atau pandangan

5.

Kepelbagaian Media dan Bahan Bantu Belajar Penggunaan pelbagai jenis media dan bahan bantu akan menarik minat murid. Bahan-bahan yang berbentuk multimedia dan interaktif amat digalakkan

6.

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik Mengajar

Kaedah dan teknik merpakan saluran penting guru memindahkan kemahiran dan pengetahuan kepada murid. Semakin kerap guru menukar kaedah dan teknik P&P, semakin menarik sesi pelajaran, dan semakin seronok murid belajar.

Arahan:

Sila baca dan fahami tentang kemahiran dalam komponen pengajaran.

Setelah anda menguasai keempat-empat kemahiran, bincangkan ciri-ciri setiap kemahiran yang dipelajari.

3.0 KOMPONEN-KOMPONEN PENGAJARAN MAKRO 3.1 Kemahiran Set Induksi Kemahiran set induksi merupakan sesi permulaan sesuatu proses pengajran. Tujuan utama mengadakan set induksi ini adalah menarik perhatian dan menimbulkan minat murid-murid supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang hendak disampaikan. Caracara memulakan set induksi ini seperti menggunakan alat-alat bantuan, menyoal, ulangkaji topik lepas, membuat ingatan kembali dan sebagainya. Masa peruntukan dalam pelaksanaan set induki ini harus ringkas dan biasanya kurang 5 minit dalam awal sesuatu pelajaran. 3.11Prinsip-prinsip kemahiran set induksi Aktiviti ini hendaklah dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampakan seterusnya. Aktiviti ini dikaitkan dengan pengetahuan sedia murid ada. Aktiviti-aktiviti set induksi harus boleh menarik minat dan perhatian murid. Aktiviti set induksi hendaklah sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan umur murid. Aktiviti-aktiviti harus disampaikan dan mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat.

3.12Objektif-objektif set induksi Mengaitkan pengetahuan atau pengalaman lepas murid dengan isi pelajaran baru yang hendak disampaikan.

Membina aliran pemikiran murid supaya mereka bersdia mempelajari sesuatu yang baru berkaitan dengan yang lepas. Menyatakan had tugas yang akan dijalankan dalam aktiviti pembelajaran murid.

Menarik perhatian dan tumpuan murid terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akan dijalankan. Memotivasikan murid-murid supaya bersedia untuk belajar. Mencadangkan cara-cara melaksanakan sesuatu aktivit, tugas atau projek. Membantu murid mengikuti pengajaran guru dengan lebih mudah dan bermakna.

3.13Komponen-komponen Kemahiran Set Induksi Kemahiran set induksi boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu menarik perhatian, mewujudkan motivasi, membuat perkaitan dan menstrukturkan pengajran. Cara-cara melaksanakan set induksi ini adalah dengan merancang satu aktiviti pengajran yang berdasarkan empat bahagiaan tersebut. Alat bantuan mengajar harus disediakan dengan tujuan menambahkan kesan penyampaian set induksi. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam set induksi ialah: Aktiviti menarik perhatian

- menggunakan nada suara - menggunakan alat bantu mengajar - menggunakan gerakan, isyarat, kontak mata - menunjukkan suatu aktiviti yang luar biasa Aktiviti mewujudkan motivasi

- membangkitkan rasa ingin tahu - menggunakan teknik bercerita - menunjukkan suatu aktiviti yang berguna - menggunakan soalan mencabar Aktiviti membuat perkaitan

- menyatakan had tugas yang akan dijalankan - menggunakan satu siri soalan yang berkaitan - menyatakan cara melaksanakan tugas

- menyatakan aktiviti tugas atau projek Aktiviti menstrukturkan pengajaran

- mengaitkan pengetahuan lepas murid - mengaitkan isi pelajaran baru - mengaitkan peristiwa semasa - mengaitkan minat dan pengalaman murid 3.2Kemahiran Menyoal Kemahiran menyoal merupakan teknik yang penting dalam aktiviti pengajaran guru.Kemahiran ini digunakan untuk menolong murid mengingatkan kembali ilmu pengetahuan lepas. Guru perlu menguasai kemahiran ini untuk mencapai kejayaan dalam aktiviti pengajarannya. 3.21 Prinsip-prinsip kemahiran penyoalan 3.21.1 Soalan-soalan yang dikemukakan : aras soalan adalah sesuai dengan umur, kebolehan dan pengalaman murid. Guru perlu merancang soalan-soalan pengajaran. Bahasa, perkataan, istilah adalah mudah dan dipelajari oleh murid. Soalan perlu diubah-ubah untuk menarik perhatian murid Soalan-soalan yang mendorong pemikiran murid.

3.21.2 Teknik mengemukakan soalan : Guru kemukakan soalan dahulu supaya murid dapat faham, berfikir dan membuat keputusan menjawab soalan guru(berhenti sekejap) kemudian panggil nama pelajar jika tiada respon. Soalan-soalan yang dikemukan harus itu harus ditujukan kepada seluruh kelas kecuali mengawal disiplin dengan memanggil nama murid tertentu dan kemudiaan mengemukakan soalan. 3.21.3 Penerimaan jawapan murid Pujian perlu diberi kepada murid yang dapet menjawab soalan guru Elak daripada mengulang jjawapan murid oleh guru supaya murid dapat.

Jika jawapan salah, maka guru boleh meminta rakan lain untuk membantu membetulkan jawapan itu.

3.22 Komponen-komponen kemahiran penyoalan Mempunyai 8 bahagiaan kemahiran iaitu : Cara membentuk soalan Pengfokusan soalan Pelbagai hala fokus soalan Sebaran soalan secara serata Hentian selepas kemukakan soalan Melayan jawapan Memberi nasihat Mengcungkilkan jawapan.

3.3Kemahiran Variasi Rangsangan Kemahiran variasi ransangan ialah teknik mempelbagaikan kaedah dan teknik penyampaian guru untuk menarik perhatian dan minat pelajar terhadap aktiviti pengajaran. Variasi rangsangan meliputi perubahan tingkah laku guru, mempelbagaikan aktiviti pengalihan deria murid, menukar corak interaksi guru-murid dan mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran.

3.31 Prinsip Penggunaan Variasi Rangsangan Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru harus dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran.

Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian. Penggunaan BBM untuk mempelbagaikan pengalihan deria harus dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan. Setiap langkah harus mengandungi aktiviti pengajarn yang berbeza Mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas daripada murid-murid

3.32 Objektif Penggunaan Variasi Rangsangan Memusatkan perhatian murid Mengekalkan minat murid terhadap pengajaran guru

Melibatkan murid secara aktif dalam pelbagai aktiviti pengajaran Menggunakan pelbagai saluran deria Merangsang naluri ingin tahu Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik

3.33 Komponen Variasi Rangsangan 3.33.1 Perubahan pergerakan tingkah laku guru kiri --- kanan Depan ---belakang

3.33.2Perubahan pergerakan anggota guru tangan --- kepala tangan --- hentian

3.33.3 Perubahan nada suara mendatar ---- lantang lantang ---- senyap

3.33.4 Perubahan fokus deria murid mendengar --- menonton melihat ----merasa

3.33.5 Perubahan bentuk lisan murid menyoal --- menjawab bercerita --- membaca berbincang .. berpidato

3.33.6 Perubahan kedudukan fizikal murid menulis --- melukis duduk ---- berdiri demonstrasi ------lakonan

3.4Kemahiran Pengurusan Papan Tulis Kemahiran pengurusan papan hijau ialah kecekapan guru merancang penggunaan ruang papan hijau dan menyusun tulisan, nota dan gambarajah di ruang papan hijau yang paling berkesan.Kemahiran ini dapat membantu murid-murid membaca catatan guru dan memahami tulisan guru semasa penerangan guru. 3.41 Prinsip-prinsip Kemahiran Pengurusan Papan Hijau Guru merancang terlebih dahulu penggunaan papan hijau seperti tempat menggantung gambarajah, ruang menulis isi pengajaran dan ruang kerja-kerja tulis. Guru perlu melatih kemahiran menulis dan melukis di papan hijau. Tulisan guru perlulah cukup besar, jelas dan boleh dibaca oleh murid. Kapur warna boleh digunakan untuk membezakan bahan atau idea

penerangan. Penggunaan papan hijau harus berkembang sejajar dengan proses pengajaran dan merupakan salah satu alat bantuan mengajar. Murid-murid boleh diberi peluang menggunakan papan hijau semasa aktiviti latihan atau pengukuhan pengajaran. 3.42 Objektif-objektif Penggunaan Kemahiran Pengurusan Papan Hijau Guru dapat menggunakan papan hijau dengan kemas dan berkesan semasa menerangkan idea, konsep dan fakta dengan lebih berkesan. Menulis di papan hijau dapat menarik perlihatan murid dan menekankan kepentingan isi atau fakta pengajaran. Salah satu cara mevariasikan ransangan pengajaran Menjadi salah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran

3.43 Komponen Kemahiran Pengurusan Papan Tulis 3.43.1 Kejelasan tulisan/lukisan saiz tulisan, tepat tulisan Kemas dan boleh dibaca Gambarajah jelas, mudah dan ringkas

3.43.2 Susunan kerja ruang tulisan, kedudukan gambarajah dan kerja-kerja lain adalah seimbang. Kedudukan tulisan dapat dilihat oleh seluruh kelas khususnya murid-murid belakang kelas. Nota-nota dirancang dengan sistematik.

3.43.3Penonjolan dan penekanan guna lorekkan, kapur warna dan bentuk lakar yang menarik murid. Fakta penting perlu diketengahkan supaya jelas kepentingannya.

3.43.4 Teknik persembahan Boleh membentuk konsep dengan jelas dan mudah difahami. Dapat memudahkan kefahaman konsep dan idea. Dapat melibatkan murid-murid dalam aktiviti kelas. Menggunakan papan hijau dalam masa-masa tertentu.

3.5 Kemahiran Pengukuhan Kemahiran pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik motivasi kepada murid-murid yang berjaya menjawab soalan guru atau menunjukkan prestasi yang baik.Peneguhan ini boleh diberi secara vebal atau non-vebal.Tingkah laku vebal merupakan pujian secara lisan seperti baik, bagus manakala tingkah laku non-verbal pula merupakan gerak geri positif seperti senyuman, angguk kepala dan sebagainya.

3.51 Prinsip-prinsip Kemahiran Pengukuhan Bentuk pengukuhan harus berubah-ubah supaya lebih berkesan dan menarik. Pengukuhan diberi sebaik sahaja selepas aktiviti positif. Pengukuhan negatif harus dielakkan. Jenis pengukuhan dan bentuk pengukuhan harus sepadan dengan sumbangan. Cara memberi pengukuhan harus serius, ikhlas dan jujur.

3.52 Objektif Kemahiran Pengukuhan

Memotivasikan murid dalam pembelajaran. Memperkukuh sesuatu konsep, idea dan fakta pengajaran dan pembelajaran Memupuk semangat keyakinan murid-murid dalam pembelajaran Mengawal disiplin kelas dan membina sifat dan tingkah laku murid Menarik murid-murid lain turut serta dalam aktiviti kerana pujian guru.

3.53 Komponen Kemahiran Pengukuhan 3.53.1 Lisan Positif guru menggunkan lisan seperti baik, betul bagi memotivasikan murid guru meminta murid lain mengulang jawapan yang betul

3.53.2 Gerakan isyarat positif guru menunjukkan senyuman, anggukan kepala, tepuk tangan dan lain-lain guru menarik nafas dan mimik muka

3.53.3 Sentuhan guru guru pergi dan berdiri ditepi murid dengan sentuhan bahu ke bahu guru menyentuh kepala murid, bahu guru memasuki kumpulan dan duduk berbual dengan murid

3.53.4 Dampingan guru mendampingi murid dan bertanya khabar berdiri sebelah murid dan beri nasihat kepada rakn lain duduk disisi murid atau kumpulannya.

3.53.5 Lisan negatif mengeluarkan kata-kata yang negative seperti buruk, bukan, salah dan lain-lain. Memberi alasan seperti kurang jelas, tidak lengkap dll

3.53.6 Gerak isyarat negatif muka yang marah atau menyindir

menggeleng-geleng kepala mengangkat bahu dan membuka tangan menggoyang-goyangkan tangan

3.6Kemahiran Penutup Kemahiran penutup merupakan satu teknik mengakhiri satu sesi pelajaran.Ia merupakan bahagiaan terakhir pengajaran dan pembelajaran guru. Ia boleh ditutup dengan aktiviti penilaian, pengukuhan atau ulasan mudah skop pengajaran pada hari itu. Penutup boleh dilakukan dengan cara: Membuat rumusan isi pengajaran dan menyalin cacatan isi pelajaran di papan hijau. Memberi kerja bertulis sama ada dalam buku latihan atau soalan-soalan di papan hijau. Memberi latihan pengayaan kepada murid-murid. Menyoal murid-murid tentang isi pelajaran lepas atau pengajaran tadi. Pujian kepd murid-murid yang berkelakuan yang baik. Memberitahu berita semasa yang ada kaitan dengan pengajaran Memberi motivasi kepada murid-murid untuk terus belajar.

3.61 Prinsip-Prinsip Kemahiran Penutup Aktiviti-aktiviti harus berkaitan dan susulan dari isi pelajaran, objektif pengajaran dan kemahiran murid-murid. Semua aktiviti penutup perlu memberi kesan kepada murid-murid sama ada penutup soasial atau penutup kognitif. Aktiviti penilaian dalam penutup pengajaran adalah lebih merupakan penilaian pencapaian objektif pengajaran pembelajran. 3.62 Objektif-Objektif Penggunaan Kemahiran Penutup Memberi gambaran secara mudah tentang pembelajaran baru sesi itu. Mengukuhkan idea, konsep dan kemahiran yang baru dipelajari Melahirkan perasaan kejayaan dan pencapaian dalam sesi pembelajaran itu. Guru dapat mengetahui tahap pencapaian objektif pengajaran.

3.63 Komponen-Komponen Kemahiran Penutup

Penutupan Pengajaran yang berkaitan kognitif.

- membuat rumusan isi pelajaran. - Mengulang fakta-fakta penting pembelajaran. - Membuat penilaian atas apa yang di ajar. - Menjalankan aktiviti pengukuhan. Penutupan Pengajaran yang bekaitan dengan sosial

- menimbulkan perasaan kejayaan dan pencapaian. - Mewujudkan perasaan ingin tahu. - Memberi motivasi kepada murid-murd. - Mengaitkan kefahaman ini dengan pelajaran yang akan datang.

You might also like