You are on page 1of 2

Laporan Ajk Peralatan Bina Insan Guru (BIG) Fasa 1 2013 Tarikh BIG: April 2013 Kumpulan pengajian

n PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah Kumpulan 3 (PIPR3) sepertimana yang telah termaktub didalam aktiviti rasmi yang wajib dilalui oleh setiap guru pelatih IPG telah mengadakan Program Bina Insan Guru buat siri yang ketiga. Program ini adalah kesinambungan kepada dua program BIG yang telah lalu. Bertemakan slogan Ukhuwwah Mahabbah BIG kami kali ini menjengah ke Rumah Anak-Anak Yatim Kompleks Kebajikan Hamidah bagi rencana utama program kami bagi BIG semester tiga iaitu aktiviti khidmat kemasyarakatan. Melalui pemilihan ahli jawatankuasa, saya dengan dibantu sahabat saya Mohamad Zulkanain bin Sedi telah ditugaskan bagi memikul tanggungjawab sebagai Ahli Jawatankuasa Peralatan. Kesemua barangan dan peralatan yang diperlukan sepanjang program terletak di bahu kami untuk mendapatkannya. Kami telah berkerjasama dengan AJK Protokol mengenai peralatan dan barangan yang diperlukan agar kami memperolehinya lebih awal sebelum menjelangnya tarikh program. Kerjasama yang diberikan oleh semua pihak sangat lancar dan ia tidak menimbulkan banyak masalah dari segi masa dan bajet kewangan. Kami membuat pemesanan keatas air mineral dan plak IPG Kampus Sarawak dari pihak stor Institut. Beberapa halangan terpaksa dilalui seperti permintaan kami dikurangkan dan dicatu sehingga bekalan air mineral yang diperoleh hanya separuh dari pesanan. Melalui kerjasama dan nasihat rakan yang membantu saya memujuk penjaga stor untuk meluluskan permintaan kami, akhirnya permohonan tersebut telah diluluskan dengan jayanya.

Pada hari BIG pula, kami telah berkumpul di depan blok pentadbiran sementara menunggu bas untuk bertolak. Setelah itu, apabila bas telah sampai kami memunggah barang-barang ke dalam bas dan setelah semua siap kami terus bertolak ke destinasi sebelum jam 8.00 pagi kerana memandangkan destinasi yang dituju kali ini agak jauh. Barangan-barangan yang akan digunakan sepanjang aktiviti kini kami serahkan kepada AJK program dan aktiviti yang lebih arif dalam pembahagian dan pelaksanaannya. Sepanjang program dijalankan tiada sebarang masalah yang besar dilalui kami dan saya bersyukur kerana aktiviti BIG kali ini berjalan dengan jayanya. Akhir sekali, saya selaku AJK Peralatan BIG kali ini ingin memohon maaf diatas segala kekurangan dan kekhilafan yang ada sepanjang berjalannnya program ini. Harapan saya agar PISMP PIPR3 akan dapat membina kualiti dan menganjurkan aktiviti BIG yang lebih cemerlang lagi dimasa yang akan datang.

Disediakan oleh, .. (FAID BIN KEMI) AJK PEERALATAN, BIG KEMASYARAKATAN FASA 2 PRPI33.

You might also like