You are on page 1of 5

PERISTIWA PERLETAKAN HAJARUL ASWAD

Assalamualaikum pembuka bicara,


Rasa bersyukur berdiri di sini,
Hajarul Aswad punya cerita,
Banyak pengajaran hendak dikongsi.

Kawan-kawan, pernahkah anda mendengar cerita tentang Hajarul Aswad? Hajarul
Aswad adalah batu yang suci diturunkan dari syurga oleh Malaikat Jibril kepada Nabi
Ismail a.s.

- -


Dari Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu alaihi
wa sallam bersabda, Hajar aswad turun dari surga padahal batu tersebut begitu putih
lebih putih daripada susu. Dosa manusialah yang membuat batu tersebut menjadi
hitam.
( HR. Tirmidzi )
Beberapa tahun berlalu, ketika Nabi Muhammad s.a.w berusia 35 tahun, Kota Mekah
dilanda banjir besar. Ia telah menyebabkan sebahagian besar dinding Kaabah runtuh
dan batu Hajarul Aswad tertanggal.

Firman Allah s.w.t ;
W-O+^4E>4 O>4N )O^-
O4O^+--4 W 4 W-O+^4E> O>4N
^e"- p4;N^-4 ^g.

Maksudnya:
Tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan
tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran.
( Surah Al-Maidah: ayat 2)
Kawan-kawan, kita lihat apa yang berlaku di bumi Gaza. Penduduk di sana menderita
kerana kekejaman pihak Yahudi. Mereka bukan sahaja kehilangan harta malah ramai
ahli keluarga yang terkorban. Pihak kerajaan kita telah menghantar bantuan dan badan
sukarela untuk membantu penduduk di sana. Malahan Perdana Menteri kita juga
sanggup turun ke Gaza. Jadi kita perlu menanam sikap suka tolong-menolong dalam
diri kita.
Setelah Kaabah siap dibina, tahukah kawan-kawan apa yang terjadi?
Ketika itu, semua suku kaum Quraisy yang terdiri dari Bani Quraisy, Bani Auf, Bani Abdi
Ad-Dar dan Bani Makhzum berebut-rebut untuk meletakkan Hajarul Aswad.
Suku akulah yang paling suci. Jadi akulah yang layak meletakkan batu itu ke
tempatnya! kata salah seorang ketua suku kaum Quraisy tersebut.
Tak boleh! tingkah yang lain pula. Masing-masing berebut untuk meletakkan Hajarul
Aswad.
Peristiwa tersebut mengingatkan kita tentang perselisihan yang berlaku di bumi Palestin
di mana setiap puak berebut-rebut untuk mendapatkan kuasa.
Pat-pat siku lipat,
Sepakat membawa berkat,
Buat keputusan biarlah bermesyuarat,
Kerja cepat otak tak berat.

Akhirnya ketua-ketua kaum tersebut telah bersepakat untuk mencari jalan
penyelesaian. Tiba-tiba, bangunlah Abu Umaiyyah bin Al-Mughirah Al-Makhzumi dan
memberi cadangan,
Aku cadangkan supaya kita pilih seseorang. Orang itu akan memilih suku mana yang
layak untuk meletakkan Hajarul Aswad katanya.
Setelah berbincang mereka telah bersetuju untuk memilih sesiapa yang pertama masuk
ke Kaabah pada keesokkan harinya sebagai hakim. Pengajaran daripada perkara ini,
kita hendaklah berbincang bersama sebelum membuat keputusan. Firman Allah s.w.t;
. O4 =e47 E^O)UEN UU^-
W-OO_E^+ ;}g` ElgOEO W -;N gu+4N
Og^4-c-4 +O -OjE-4 O)
jO- W . ^)_
Maksudnya:
Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari
sekelilingmu. karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan
bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Dengan takdir Allah s.w.t, Nabi Muhammad s.a.w lah orang pertama yang masuk ke
Masjidil Haram melalui pintu Bani Syaibah pada keesokan harinya.
Eh, itu macam Muhammad! kata salah seorang ketua kaum tersebut.
Kita amat beruntung kerana yang kita nantikan adalah orang yang boleh dipercayai,
sahut yang lain.
Bagaimana pula dengan rakan-rakan? Kalau mengadapi masalah dalam pembelajaran,
maka kita perlulah merujuk kepada guru atau orang yang lebih arif.
Lantas Rasulullah s.a.w lalu membentangkan serban baginda. Baginda mengambil
Hajarul Aswad dan meletakkannya di atas serban. Semua ketua suku kaum diminta
memegang setiap penjuru serban baginda lalu mengangkatnya bersama-sama. Apabila
sampai di tempatnya, Rasulullah sendiri telah meletakkan Hajarul Aswad ditempat
asalnya.
Cara baginda sangat adil dan setiap suku kaum itu berpuas hati dan memuji-muji
kebijaksanaan baginda. Baginda Rasullah s.a.w berharap suku kaum Quraisy akan
terus berbaik-baik dan tidak bergaduh lagi. Sikap adil dan bijaksana perlu ada dalam
setiap diri seorang pemimpin. Sekiranya rakan-rakan telah dilantik sebagai ketua kelas
atau pengawas sekolah maka jalankan tugas anda dengan adil. Jangan
disalahgunakan jawatan rakan-rakan untuk membuli. Firman Allah;
Ep) -.- 7NON`4C p W-1E>
ge4L4`- -O) E_)Uu- -O)4
+;EO 4u-4 +EEL- p W-O7^4`
;E^)
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak
menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia
supaya kamu menetapkan dengan adil
( Surah Al-Anam:58 )
Kisah Hajarul Aswad berakhir sudah,
Ambil pengajaran jadikan teladan,
Bawa berbincang selesaikan masalah,
Bila sepakat bawa perpaduan.

Sekian sahaja cerita saya,
Terima kasih daun keladi,
Andai tersasul budi bicara,
Apa yang salah haraf dimaafi.

Sekian, Wabillahi Taufik Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like