You are on page 1of 40

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR 70990 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN

______________________________________________________________________

EDU3106 BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Nama Pelajar

: Azarudin bin Hassan (731007-08-5721) Selvaraja a/l Periasamy (710203-05-5295) Ismarizal bin Ismail (761125-06-5307)

Kumpulan Kelas Kod Nama Subjek Nama Pensyarah Tarikh Serahan

: PPG Ambilan Jun 2011 : Unit Sains 1 : EDU3106 : Budaya dan Pembelajaran : Pn. Zairinah binti Mohd Shukur : 01 September 2012

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR,

70990 SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS BIODATA NAMA JANTINA NO KAD PENGENALAN UMUR STATUS OPSYEN GRED/DG ALAMAT AZARUDIN BIN HASSAN LELAKI 731007-08-5721 39 TAHUN BERKAHWIN SAINS DGA 32 (KUP) 458A FELDA KERATONG 4, 26900 BANDAR TUN RAZAK, PAHANG 019-6054873 SK (LKTP) KERATONG 4, 09-4457807

NO TELEFON NAMA SEKOLAH TELEFON PEJABAT

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, 70990 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN BIODATA : NAMA JANTINA NO KAD PENGENALAN UMUR STATUS OPSYEN GRED/DG ALAMAT NO TELEFON NAMA SEKOLAH SELVARAJA A/L PERIASAMY LELAKI 710203-05-5295 42 TAHUN BERKAHWIN SAINS DGA 32 (KUP) No.72,BATU 11,JLN PANTAI, 71050 PORT DICKSON.N.S 012-6363245 SK PASIR PANJANG,71250 PASIR PANJANG.N.S 06-6619032 PUSPARANY A/P MURUGAYAH (ISTERI) 012-6363314

TELEFON PEJABAT WARIS TERDEKAT DAN NO TELEFON

IPG KAMPUS RAJA MELEWAR, 70990 SEREMBAN,

NEGERI SEMBILAN BIODATA : NAMA JANTINA NO KAD PENGENALAN UMUR STATUS OPSYEN GRED/DG ALAMAT NO TELEFON NAMA SEKOLAH TELEFON PEJABAT WARIS TERDEKAT DAN NO TELEFON ISMARIZAL BIN ISMAIL LELAKI 761125 06 5307 36 TAHUN BERKAHWIN SAINS DGA 32(KUP) 40 JALAN MUTIARA 3, TAMAN MUTIARA, 71200 RANTAU, N.SEMBILAN. 013 3305065 SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SERI PAGI, 70450 SEREMBAN, N.SEMBILAN. 06 6779348 014 2305386

BORANG MAKLUMBALAS

ISI

KANDUNGAN

BIL 1. 2. 3. 4. 5.

PERKARA Biodata Borang maklum balas Tugasan Kerja Kursus Pendek Pengenalan 1. Kesedaran tentang keunikan pelbagai sosio-budaya, adat resam dan nilai-nilai ini boleh membantu melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra budaya. 1.1 Bangsa 1.2 Struktur Masyarakat 1.3 Kepercayaan 1.4 Bahasa 1.5 Adat Resam 1.6 Jantina 2. Implikasi kepelbagaian sosio-budaya kepada sistem pendidikan di Malaysia. 2.1 Implikasi kepada guru 2.2 Implikasi kepada murid 2.3 Implikasi kepada sekolah 2.4 Implikasi kepada kurikulum tersirat 3. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) lengkap yang memperlihatkan satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan yang mesra budaya dan adat resam. 3.1 Rancangan Pengajaran Harian (RPH) 3.2 Teka silangkata 3.3 Roda kategori 3.4 Peta minda 3.5 Gambar-gambar pakaian tradisional

MUKA SURAT

6.

7.

8. 9. 10.

Rumusan Refleksi Rujukan

PENGENALAN Pengertian budaya mengikut Kamus Dewan edisi keempat (2005) adalah tamadun, peradaban, kemajuan fikiran dan akal budi. Budaya merupakan antara faktor yang melahirkan sesuatu masyarakat dan bangsa yang dinilai berdasarkan di atas kejayaan dan kekuatan tamadun yang dibangunkan.Budaya mempunyai dua peranan iaitu yang pertama membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian serta identiti dan yang kedua memupukkesedaran kebangsaan dan kenegaraan bercirikan kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental (Shamsul Amri Baharuddin,2007:14). Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan titik-tolak kepada pembentukan negara Malaysia yang mengambil kira kepelbagaian budaya dan bangsa di dalamnya. Peristiwa hitam itu ibarat bom jangka yang ditinggalkan oleh penjajah untuk meletus. Fius kepada bom jangka itu adalah perbezaan bangsa. Menyedari akan bahaya pergeseran berasaskan kaum dan bangsa, kerajaan Malaysia telah menggembeleng usaha yang berterusan supaya peristiwa berdarah itu tidak berulang dan hanya kekal dalam lipatan sejarah untuk menjadi sempadan generasi sekarang dan akan datang. Isu-isu yang melibatkan hubungan antara etnik perlu difahami dan dihayati oleh setiap rakyat Malaysia. Dalam konteks pendidikan, peranan guru adalah bagi membangkitkan kesedaran tersebut dalam kalangan pelajar, kerana pelajar merupakan sebahagian daripada anggota masyarakat dan akan membentuk komuniti mereka

sendiri pada masa akan datang. Kesedaran tentang sosio-budaya, adat resam di kalangan guru akan membantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan sesuai dengan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

1. Keunikan pelbagai sosio-budaya,adat resam dan nilai-nilai ini boleh

membantu anda melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam suasana bilik darjah yang mesra budaya.

Menurut Mok Soon Sang (2002), guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata,tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dan mematuhi peraturan masyarakat. Bertepatan dengan itu, guru perlu bersedia dengan kepelbagaian sosio budaya murid yang datangnya daripada pelbagai kelas sosial dan kaum.Roland Meighan (1986) berpendapat kelas sosial menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Manakala menurut Kamus Dewan, kaum didefinisikan sebagai puak, suku bangsa ataupun jenis bangsa seseorang.Oleh hal demikian, guru perlu bijak bagi menangani murid yang berasal daripada kelas sosial dan kaum yang berlainan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perbezaan kelas sosial dan kaum ini perlu diketepikan dan semua murid perlu di layan dengan sama rata tanpa mengambil kira kelas sosial dan kaum mereka. Guru juga perlu peka terhadap pembentukan kumpulan agar tidak berlaku kumpulan yang berasaskan kelas sosial dan kaum. Ini kerana kumpulan yang mempunyai murid yang berlainan kelas sosial dan kaum akan menggalakan interaksi serta pergaulan yang sihat. Latar belakang serta budaya hidup mereka yang berbezaakan mempengaruhi pemikiran serta pandangan mereka. Maka, hasil daripada perbincangan dalam kumpulan akan menghasilkan sesuatu pandangan yang lebih unik dan kreatif kerana percampuran pengaruh budaya dan fahaman murid-murid.Lahir daripada latarbelakang dan

pengaruh persekitaran yang berbeza,pastinya mempengaruhi pemikiran serta fahaman murid pada sesuatu perkara 1.1 Bangsa

Kumpulan manusia yang sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya. Ditakrifkan juga sebagai kaum atau ras. Bangsa atau kaum utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.Bangsa dikaitkan dengan nasionaliti, rupa bangsa dan semangat patroitik.Sekumpulan orang yang mempunyai ciri-ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi yang sama. i. Bangsa Melayu Istilah "Melayu" ditakrifkan oleh UNESCO pada tahun 1972 sebagai suku bangsa Melayu di Semenanjung Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, dan Madagaskar. Menurut Perlembagaan Malaysia, istilah "Melayu" hanya merujuk seseorang yang berketurunan Melayu yang menganut agama Islam. Istilah "Melayu" untuk merujuk nama bangsa atau bahasa adalah suatu perkembangan yang agak baru dari segi sejarah, iaitu setelah adanya Kesultanan Melayu Melaka. ii. Bangsa Cina Orang Cina Malaysia ialah yang menjadi warganegara atau penduduk tetap diMalaysia. Kebanyakan mereka ialah keturunan yang datang dari China,tiba di Malaysia sekitar abad ke-15 hingga pertengahan abad ke-20. Kaum Cina di Malaysia mengekalkan identiti komuniti yang amat ketara bezanya dengan kaum lain serta jarang berkahwin campur dengan orang Melayu atas sebab agama dan budaya kerana batasan agama. Orang Cina Malaysia menganggap "kecinaan" mereka sebagai satu identiti etnik, budaya dan politik. iii. Bangsa India Orang India Malaysia ialah satu kaum di Malaysia yang berketurunan daripada mereka yang berhijrah dari India semasa pemerintahan British di Tanah Melayu.Orang-

orang India telah berhijrah ke Malaysia sejak 2,000 tahun yang lalu sebelum dan semasa Kesultanan Melaka, kemudian semasa pendudukan Melaka oleh orang Portugal dan Belanda seterusnya semasa penjajahan British. Pada tahun 2005, orang India merupakan lebih kurang 7% daripada jumlah penduduk di Malaysia (sekitar 1.8 juta).

1.2 Struktur masyarakat Sekelompok besar manusia yang saling berhubungan & bergantungan berasaskan satu budaya dan mempunyai matlamat yang sama.Struktur masyarakat ialah sebuah rangkaian hubungan antara orang yang membentuk sistem separuh tertutup dan berkongsi kebudayaan, adat-adat, nilai-nilai, undang-undang dan sebagainya. Sebuah masyarakat juga boleh merupakan sebuah komuniti yang saling bergantung antara golongan yang wujud bersama. Makna "masyarakat" ialah "segolongan orang yang tinggal bersama-sama di sebuah komuniti yang teratur". Perkembangan dalam masyarakat boleh dilihat dalam aspek kehidupan mereka seperti berikut:. Masyarakat Memburu dan Mengumpul . Masyarakat Menternak dan Bertani . Masyarakat Petani . Masyarakat Industrial . Masyarakat Pasca Industrial

1.3

Kepercayaan

Akuan akan benarnya sesuatu perkara. Seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu perkara itu akan disertai oleh perasaan 'pasti' terhadap pekara berkenaan.Kepercayaan dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak (propositional attitude). Dalam konteks agama pula, kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Kepercayaan juga boleh dikenali sebagai akidah ataupun iman. Murid perlu didedahkan kepada kepercayaan masyarakat lain supaya tidak timbul salah faham ketika proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.Masarakat lama banyak meninggalkan pelbagai kepercayaan yang mana terdapat pelbagai pantang larang, tunjuk ajar dan nasihat yang berguna kepada anak cucunya yang masih mentah dalam kehidupan mereka seharian mereka.Kepercayaan dan pantang larang tersebut bertujuan untuk mendidik dengan cara halus supaya tidak menyinggung perasaan mereka yang ditegur. Malah melalui cara tersebut juga dapat memperkayakan adat dalam masyarakat. Antara kepercayaan dalam masyarakat Melayu adalah seperti kepercayaan terhadap Pawang dalam apa jua jenis situasi seperti waktu-waktu kecemasan.Kepercayaan tersebuat biasanya diamalkan di kawasan-kawasan kampung dan pedalaman. Bomoh sering menggunakan mentera atau jampi serapah.Mentera diambil daripada perkataan Sanskrit mantra atau manir yang merujuk kata-kata dalam kitab suci penganut Hindu, Veda.Masyarakat Melayu juga mengamalkan pantang larang menjahit pada waktu malam. Jika melakukannya dikatakan mata mereka akan jadi buta.Tujuan sebenar untuk melarang mereka adalah untuk menjaga mata supaya tidak menjadi kabur dan rosak atau jarum tercucuk tangan. Masyarakat Cina turut percaya bahawa alam semesta ini dikuasai oleh semangat yang kekuatannya luar biasa. Beberapa semangat ini berada dan hidup dalam fenomena-fenomena alam seperti langit, matahari, tanah, air, tumbuh-tumbuhan, gunung serta fenomena lain.Fenomena alam ini dikalsifikasikan kepada Yin dan Yang.Yin dalah satu prinsip seperti wanita, bulan, arah Utara, dingin, gelap (malam) dan segala yang bersifat pasif.Yang merupakan prinsip dasar untuk lelaki, matahari, arah Selatan, panasnya cahaya (Siang) dan segala yang termasuk

keaktifan.Masyarakat Cina juga percaya bahawa jade dapat memberi kekayaan dan keharmonian.Feng-Shui dikatakan akan memberi tuah dalam kehidupan. Kepercayaan dalam Masyarakat India pula dikaitkan dengan dewa-dewi, unsur alam, unsur jahat hantu, roh dan penunggu serta kesan-kesan negatif. Sebai contohnya, bersiul pada waktu malam akan mengundang ular masuk ke dalam rumah.Bagi yang makan di tempat gelap, mereka ditakutkan dengan cerita bahawa makanan mereka akan dikongsi bersama oleh hantu, roh atau penunggu. Kepercayaan Animisme atau kepercayaan kepada makhluk halus dan roh dipercayai merupakan asas kepercayaan agama yang mula-mula muncul dalam kalangan manusia primitif purba kala.Kepercayaan Animisme mempercayai bahawa setiap benda di bumi seperti gua, pokok, batu besar atau kawasan tertentu mempunyai semangat yang mesti dihormati agar semangat tersebut tidak mengganggu manusia, malah membantu mereka dari semangat roh jahat dan juga dalam kehidupan mereka seharian. Semangat ini juga dikenali sebagai jin, mambang, roh, datuk, tuan dan penunggu.

1.4

Bahasa Bahasa adalah satu set simbol-simbol dan aturcara-aturcara yang disusun

bersama dengan kaedah yang bermakna ditambah dengan sistem komunikasi yang kompleks; Cole 1998.Life is lived as a series of conversations Tannen 1990.Bahasa bersifat dinamik- bersesuaian dengan kelompok masyarakat dan peredaran masa.Untuk saling berkomunikasi dengan gunakan tulisan,lisan dan isyarat. Bahasa juga mengalami perubahan. Perubahan dalam bahasa berlaku akibat daripada pertembungan masyarakat dan Budaya, penjajahan, peperangan, perpindahan, perubahan populasi, kelas sosial, etnik, umur, seks, pekerjaan, penemuan baru, pendidikan, penghijrahan, perdagangan, agama, status ekonomi, dll.

Orang Melayu bertutur menggunakan Bahasa Melayu tetapi dialek antara negerinegeri yang terdapat di Malaysia ini berbeza. Orang India bertutur dalam bahasa Tamil berasal dari Tamil Nadu, India. Kebanyakan bahasa orang Cina dikenalpasti melalui kumpulan penutur mereka. Orang Cina yang menetap di Pulau Pinang serta Melaka bertutur dalam bahasa Hokkien.Mereka yang tinggal di Seremban, Ipoh dan Kuala Lumpur menggunakan bahasa Kantonis dan Hakka. Di Malaysia Timur, bahasa Hakka dan Mandarin laris ditutur, kecuali di Sibu yang cenderung kepada bahasa Foochow serta Sandakan dengan bahasa Kantonis.

1.5 Adat resam Sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat.Sesuatu perkara yang diwarisi secara turun temurun. Adat Resam adalah sesuatu cara yang telah ditentukan untuk melakukan sesuatu yang telah diakui oleh masyarakat. Adat juga adalah amalan yang piawai, iaitu adat dan kelaziman yang diharapkan daripada anggota masyarakat. Adat resam mempunyai isbat kepada pelaku sama ada positif atau negatif.Setiap kaum yang berbeza mempunyai adat yang berbeza.Adat Resam yang diamalkan ini masih releven dan dapat diterima oleh masyarakat umum dan generasi muda tidak berasa kekok untuk menerima dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Adat Resam Melayu (i) Melenggang Perut Adat ini merujuk kepada satu amalan yang dijalankan ke atas wanita yang telah genap 7 bulan hamil. (ii) Meminang dan Bertunang

Adat ini bertujuan untuk mengenali pasangan dengan lebih mendalam sebelum akad nikah. Adat Resam Cina (i) Kelahiran Semasa mengandung, ibu mertua bertanggungjawab menjaga wanita mengandung. Adat dalam masyarakat Cina mementingkan anak lelaki kerana mereka dapat melanjutkan keturunan melalui pewarisan nama nenek moyang. . Dalam memberikan nama kepada bayi, nama orang Cina terdiri dari 3 perkataan yang dimulai dengan nama keluarga. Patah ke-2 mewakili nama segenerasi dalam kalangan adik-beradik dan sanak-saudara. Nama ke-3 pula merupakan nama bagi panggilan diri sendiri. Adat Resam India (i) Sewaktu Mengandung Adat Valaikaapu adalah adat yang dilakukan ketika kandungan sulong wanita hamil menjangkau usia 7 hingga 9 bulan. .Wanita hamil dipakaikan sebentuk sebentuk gelang tangan baru yang dikenali sebagai Suulkaapu.

1.6

Jantina

Menurut Butler dan Mannning (1998), The term gender describes masculinity and femininity-the thoughts, feelings, and behaviour that identify one as either male or female.Jantina ialah perbezaan biologi dan gender ialah perbezaan berdasarkan hubungan social dan budaya.Walaupun ada persamaan antara lelaki dan perempuan, terdapat juga perbezaan yang ketara antara mereka.Perempuan biasanya adalah lebih bersopan dan cepat matang.Manakala lelaki pula biasanya lebih agresif,lambat matang tetapi pada tahap umur tertentuakan sama tahap kematangannya dengan perempuan. Justeru, guru harus mengenal pasti dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan jantina.

2.

Implikasi kepelbagaian sosio-budaya kepada system pendidikan di

Malaysia. Komposisi kaum dan etnik warga sekolah menggambarkan kepelbagaian sosial budaya dalam masyarakat. Pelbagai aspek yang menjadi amalan keluarga dan kaum etnik akan dibawa masuk ke dalam sekolah dan mempengaruhi sosio-budaya sekolah, justeru sekolah merupakan tempat yang sesuai untuk membajai kepelbagaian itu supaya subur dan bersatu. Kepelbagaian sosio-budaya di sekolah memberi implikasi secara langsung terhadap sistem pendidikan di Malaysia secara keseluruhannya. Implikasi ini boleh dipecahkan kepada empat golongan iaitu implikasi kepada guru, implikasi kepada murid, implikasi kepada sekolah, dan implikasi kepada kurikulum tersirat.

2.1

Implikasi kepada Guru Setiap pelajar mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya

menjadi

rakyat

Malaysia

yang

berilmu

pengetahuan,

berakhlak

mulia,

bertanggungjawab, berketrampilan dan mampu memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan negara. Tanggungjawab dan amanah ini dipikul oleh guru sebagai individu yang paling hampir dengan mereka. Guru perlu berkemahiran

menangani masalah yang diakibatkan oleh kepelbagaian sosio-budaya di kalangan pelajar mereka. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru perkara-perkara asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan perlu diambil perhatian. Guru haruslah peka dengan kepelbagaian sosio-budaya pelajar-pelajarnya. Pendekatan yang bijak harus digunakan dengan tidak membezakan kelas sosial mereka. Murid hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira pangkat atau darjat. Layanan yang adil perlu diberikan kepada semua pelajar mengikut keperluan mereka. Tahap kecerdasan pelajar juga harus dititik beratkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran. Guru harus mempelbagaikan kaedah pengajaran yang bersesuaian. Perkara ini perlu untuk mengelakkan murid-murid merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Isu sensitif berkaitan dengan agama dan kaum hendaklah dielakkan sama sekali. Guru tidak seharusnya mempertikaikan kepercayaan pelajar. Setiap kepercayaan dan nilai haruslah diterima seadanya oleh setiap guru. Aktiviti pembelajaran yang dirancang hendaklah menjurus kepada penglibatan semua pelajar tanpa mengira kaum, adat budaya dan pegangan agama mereka. Strategi dan kaedah yang sesuai perlu dipraktikkan untuk mendekati kelompok yang berbeza-beza itu. Selain daripada itu, bahasa yang dituturkan oleh guru perlulah menggunakan bahasa yang standard supaya tidak menyebabkan salah faham dan menyinggung mana-mana individu atau golongan. Pendekatan penyayang dan komunikasi yang berkesan akan mudah diterima oleh semua golongan. Ini memudahkan guru menyemai

dan memupuk suasana yang mesra budaya. Guru juga harus cekap dalam mengambil langkah pencegahan terhadap krisis yang timbul akibat perselisihan antara budaya. Secara ringkasnya dapat disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

2.2

Implikasi kepada Murid Hak untuk murid-murid untuk mendapat pendidikan telah termaktub dalam

Perlembagaan Persekutuan. Perkara 12 iaitu bahagian yang berkaitan dengan pendidikan telah menjelaskan bahawa tidak boleh ada diskriminasi terhadap manamana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir. Ia terpakai dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran. Perkara 12 ini juga terpakai dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan . . Murid harus diberi peluang berinteraksi tanpa mengira kelas sosial supaya mereka dapat membuang sikap prajudis terhadap bangsa lain. Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikaikan. Aktiviti yang dijalankan haruslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Dalam berkomunikasi, bahasa standard harus diamalkan dan digalakkan penggunaannya kepada murid. Unsur-unsur dialek mengikut kaum perlu dikurangkan sedapatnya. Penggunaan laras bahasa yang tepat mestilah diamalkan dalam situasi

yang sesuai. Ia boleh dijayakan dengan mengadakan aktiviti yang bercorak ke arah peningkatan bahasa. Perbendaharaan kata yang tepat akan dapat membantu murid mencapai kematangan sosial yang sepatutnya.

Murid juga perlu digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina di samping memelihara batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina seperti yang disuruh oleh agama dan kebanyakan budaya timur. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasa keceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas. Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka. Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, di samping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid. Oleh itu guru mesti membentuk program program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan dan arahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negatif. Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran akan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepada setiap murid. Sosio-budaya setiap murid seharusnya dikenali dan difahami agar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid. Selain itu ketegasan aspek displin juga penting dipraktikkan dalam suasana sosio-budayai yang pelbagai di sekolah.

2.3

Implikasi terhadap Sekolah Sosio-budaya yang pelbagai juga mewujudkan implikasi terhadap institusi

pendidikan atau sekolah itu sendiri. Terdapat pelbagai jenis sekolah yang wujud hasil daripada kepelbagaian sosio-budaya dan bangsa sejak dari zaman sebelum merdeka lagi. Hari ini di Malaysia terdapat sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sekolah pondok, dan lain-lain lagi. Jenis-jenis sekolah yang mempunyai fokus yang berbeza turut mengamalkan budaya yang berbeza. Warga sekolah yang terdiri daripada guru atau pelajar juga mempunyai latar belakang berbeza. Sosiobudaya yang mempengaruhi amalan budaya di sekolah juga terbatas kepada etnik majority dan budaya mikro sub-etnik daripada aspek bahasa dan adat resam. Terkini, beberapa model sekolah yang baru telah diperkenalkan khusus untuk menjaga keharmonian dan perpaduan yang dilihat semakin perlu dimantapkan. Pengenalan Sekolah Wawasan, Sekolah Model Khas, Sekolah Amanah, Program Integrasi Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan contoh yang boleh dilihat. Sekolah Wawasan,misalnya, diperkenalkan dengan matlamat untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid pelbagai bangsa, memupuk semangat integrasi dan mempunyai semangat toleransi yang tinggi. Ia juga bertujuan memaksimumkan interaksi antara semua warga sekolah melalui perkongsian aktiviti dan kemudahan sekolah.

2.4

Implikasi terhadap Kurikulum Tersirat Pendidikan di sekolah bukanlah setakat kandungan yang tercatat dalam sukatan pelajaran,

tetapi merangkumi kesemua pengalaman pembelajaran yang diperolehi penuntut semasa belajar. (Margolis, 2001; Cahfel, 1997; Eisner, 1994). Konsep inilah yang dikenali sebagai Kurikulum Tersirat yang diperkenalkan oleh Jackson (1968) dalam bukunya Life in Classrooms. Kurikulum ini tidak dinyatakan di dalam kurikulum rasmi, tetapi dipelajari secara tidak langsung melalui pelbagai program peringkat sekolah.

Kurikulum tersirat boleh dilaksanakan melalui aktiviti ko-kurikulum seperti aktiviti berpersatuan, kegiatan panitia dan aktiviti unit ko-kurikulum. Kurikulum Tersirat dapat dipelajari menerusi dua aspek iaitu struktur organisasi sekolah seperti jadual waktu, ko-kurikulum dan program khas yang dirancang. Aspek kedua ialah budaya sekolah yang merangkumi peraturan, keceriaan, dan adat resam yang diamalkan.

Kurikulum tersirat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri. Ciri pertama ialah ia melibatkan semua pengalaman pembelajaran di sekolah menerusi program-program yang dianjur seperti program RIMUP, sambutan kemerdekaan dan sebagainya. Kebiasaanya kurikulum tersirat mempunyai objektif tetapi ianya tidak dapat diukur. Contoh objektif dalam kurikulum tersirat ialah menanam semangat toleransi di antara kaum. Ia adalah berbeza mengikut institusi, latar belakang sosio-budaya, tahap pembelajaran dan matlamat kurikulum.

3. Rancangan Pengajaran Harian (RPH) lengkap yang memperlihatkan bagaimana dapat mengimplementasi satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berkesan yang mesra budaya / adat resam.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh

: 1.9.2012

Masa

: 8.00 9.00 pagi

Tahun

: 4 Bestari

Bil. Murid

: 25 orang

Mata Pelajaran

: Kajian Tempatan

Tajuk

: Kejiranan

Pengetahuan sedia ada

: 1. Murid telah didedahkan dengan pelbagai kaum dan amalan harian orang Melayu, Cina, India dan kaum yang lain.

Objektif pengajaran

: 1. Melalui pengalaman pembelajaran pelajar dapat mengenalpasti serta menjelaskan jenis-jenis pakaian yang dipakai oleh jiran. 2. Menyenaraikan sekurang-kurangnya 5 jenis pakaian yang dipakai oleh jiran dengan dengan betul dalam tugasan mereka.

Nilai-nilai murni

: 1. Mencintai Negara Malaysia. 2. Bersyukur kerana terdapat pelbagai kebudayaan dan keseniaan di Malaysia. 3. Bekerjasama dan saling membantu dalam kumpulan.

Bahan-bahan bantu mengajar

: Buku teks, gambar-gambar, slaid MS Power Point, Dokumen berkenaan jenis pakaian, laluan internet, komputer dan projektor LCD.

Kemahiran berfikir

: 1. Kemahiran kreatif dalam membina dan menyediakan data menggunakan pengurusan grafik.

2. Kemahiran menyenaraikan dan menghurai. 3. Bersoal jawab dan sumbangsaran.

LANGKAH Set Induksi ( 5 minit )

ISI PELAJARAN Permainan Teka Silang Kata

AKTIVITI GURU DAN MURID Guru. 1. menyediakan teka silang kata paparan LCD. Murid. 1. murid secara rawak, diminta kehadapan meja guru bagi mengambil satu sampul soalan bagi menjawab soalan pertama teka silang kata. 2. diminta menyatakan dan menaip jawapan di ruang disediakan.

CATATAN BBM -komputer -LCD

3. pilihan murid secara rawak diteruskan.

Langkah 1 (15 minit)

Jenis-jenis pakaian. -baju melayu -baju kurung -cheongsam -samfu -sari -dhoti

Guru. 1. membina 5 kumpulan berlima. 2. menyediakan Roda Kategori Pakaian untuk digunakan dalam setiap kumpulan.

BBM -roda kategori pakaian -kertas lukisan -borang kategori Kemahiran berfikir. -menjana idea -banding beza

Langkah 2 (18 minit)

1. melayari internet dengan URL yang diberikan


. http://bcaa.freeservers.com/ Borneo.html . http://thestar.com.my/lifestyle /story.asp? file=/2005/1/27/features/9847 063&sec=features . http://www.fashionandclothin g.info/fashion/malaysiantraditional-dress/

Murid. 1. Dalam kumpulan yang sama secara bergilir-gilir menyatakan kategori pakaian yang ditunjukkan oleh roda tersebut dan mencatatkannya dalam borang kategori yang diedarkan. 2. murid secara rawak diminta memberi contoh pakaian mengikut kategori yang ditunjukkan oleh roda. 3. murid dalam kumpulan yang sama diminta membuat lakaran bentuk pakaian yang terdapat dalam borang kategori dengan menggunakan kertas lukisan. Guru. 1. membimbing murid meneroka URL untuk mendapat mencari maklumat ciriciri pakaian dan kaum yang memakai pakaian tersebut. 2. menyediakan peta minda kosong untuk diisi oleh kumpulan dalam bentuk powerpoint. Murid. 1. dalam kumpulan yang sama menghasilkan Peta Minda mengenai jenis pakaian dan kaum. 2. wakil setiap kumpulan membuat pembentangan dihadapan kelas sambil melakukan proses pemurnian maklumat. Guru. 1. mengedarkan kit pembelajaran dan menerangkan apa yang perlu dilakukan. Murid. 1. dalam kumpulan murid membuat rujukkan melalui kit pembelajaran sambil mencatat jenis pakaian yang

BBM. -komputer -URL yang disediakan

Langkah 3 (18 minit)

1. Kit pembelajaran borang soalan dan jawapan. _ gambar-gambar pakaian mewakili kaum.

BBM. .kit pembelajaran -borang soalan -kad gambar pakaian.

Penutup (4 minit)

Rumusan. 1. pakaian yang dipakai menunjukkan kaum-kaum di Malaysia. 2. pakaian-pakaian ada yang dipakai setiap hari dan ada yang dipakai pada hari-hari perayaan. 3. semua kaum boleh memakai pakaian kaum lain yang sesuai.

perlu disediakan. 2. wakil murid menerangkan jenis pakaian dan memberi jawapan tugasan yang diberi. 3. lakaran pakaian yang telah dilakarkan dan pemurnian yang telah dibuat dari langkah 1 dan 2 dipamerkan.dan lakaran yang terbaik mengikut pandangan murid-murid. Guru. 1. menyoal murid menggunakan kad gambar pakaian kaum yang memakai pakaian tersebut. Murid. 1. menamakan kaum yang memakai pakaian berdasarkan gambar. 2. menyatakan bahawa pakaian melambangkan kaum dan etnik-etnik di Malaysia.

BBM -kad gambar

K U 3.1 TEKA I H B S A Y U L B A J A N SILANG KATA - paparan LCD. U R P E C A L N D I A

Soalan-soalan teka silang kata.

1. 2. 3. 4.

Apakah nama etnik di Sabah ? Kuih yang sinonim dengan orang cina. Sari. Makanan tradisi orang jawa.

3.2 RODA KATEGORI.

Baju melayu

Cheong sam

Dhoti

Baju kurung

Sari

Kebaya

//

3.3 PETA MINDA

KAUM

MAKANA

PAKAIAN

TEMPAT AGAM

3.5 GAMBAR-GAMBAR PAKAIAN TRADISIONAL

Rumusan. Guru seharusnya mengurus tingkahlaku murid berdasarkan matlamat untuk menghapus atau merapatkan jurang kepelbagaian sosio-budaya di kalangan muridagar prinsip keadilan kesaksamaan dapat dipraktikkan.Antara perkara yang boleh dijadikan panduan dalam mengurus tingkahlaku murid ialahmenyenaraikan maklumat yang perlu murid ketahui tentang peraturan yang wajib mereka patuhisepanjang masa pengajaran dan pembelajaran. Murid harus bersosial dalam melakukan aktivitipembelajaran. Murid harus berinteraksi tanpa mengira kelas sosial dan perlu membuang sikapprajudis terhadap bangsa lain.Kepercayaan dan amalan agama yang dianuti tidak harus dipertikan dan aktiviti yang dijalankanharuslah berupaya menyemai semangat saling percaya dan mempercayai ke dalam jiwa murid.Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supayaproses pembentukan kendiri murid dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduandapat dijalinkan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang tolerankea rah memacu pembangunan Negara.Dalam berkomunikasi, penggunaan bahasa standard iaitu Bahasa Melayu harus diamalkan olehmurid. Unsur unsur dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan, penggunaan laras bahasa yangtepat mestilah diamalkan dalam situasi yang sesuai, aktiviti yang bercorak kea rah peningkatanbahasa perlu disertai supaya tahap penguasaan bahasa murid sentiasa bertambah.Perbendaharaan kata yang tepat akan membantu murid mencapai kematangan sosial yangsepatutnya.Murid juga digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan mereka yang berlainan jantina. Mereka juga perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi yang berlainan jantina.Dalam pengurusan bilik darjah, setiap murid haruslah diberikan peranan dan tanggungjawabtertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cintakan kelas mereka. Ahli Jawatan Kuasakeceriaan kelas perlu diwujudkan disamping jawatan ketua kelas dan penolong ketua kelas.Dengan ini setiap murid dapat merasakan diri mereka tidak dipinggirkan di dalam kelas mereka.Guru sebagai role model kepada murid -murid. Murid biasanya akan terpengaruh kepadatindakan guru yang menunjukkan teladan sebagai seorang profesional. Oleh itu guru mestimembentuk program-program yang bertujuan membangunkan murid, dengan peraturan danarahan yang jelas bagi mengurangkan segala tingkahlaku negative.Budaya belajar yang ceria, menyeronokkan, menyentuh emosi, disamping meningkatkankecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat boleh menarik minat murid.Pengurusan yang cekap dalam merancang dan melaksanakan sesi pengajaran dan

pembelajaranakan membantu mengurangkan ketidakseimbangan di dalam penyampaian pelajaran kepadasetiap murid. Seharusnya seseorang guru mengenali dan memahami sosio-budaya setiap muridnyaagar sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan mesra murid

REFLEKSI :-

Sepanjang menyiapkan tugasan ini banyak pengetahuan yang sedia ada pada saya dapat direfreshkan. Tugasan ini banyak berkaitan dengan sejarah pembentukan Malaysia yang telah dipelajari sebelum ini semasa di sekolah menengah. Di samping itu saya juga mendapat pengetahuan baru iaitu bagaimana kepelbagaian sosio-budaya yang telah wujud sejak sebelum merdeka itu memberi kesan kepada system pendidikan di Malaysia. Namun begitu, ia bukanlah jaminan kerja kursus ini menjadi mudah dan boleh dibuat secara sambil lewa. Ini kerana kerja kursus ini memerlukan kematangan hujah untuk mengolah sesuatu isi dan fakta. Ia juga lebih memfokuskan kepada hubungan etnik dan kestabilan hubungan antara kaum. Saya banyak mengamalkan kolaborasi terutama dengan rakan-rakan sekelas dan rakan dari kelas lain dengan berbincang dan berkongsi bahan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan ini. Berdasarkan pengalaman, tanpa kerjasama atau kolaborasi amat sukar untuk menyiapkan tugasan akibat kekangan tugas dan masa. Pembacaan dan penerokaan di internet juga memudahkan saya memulakan tugasan ini dan seterusnya menyiapkannya. Pada awalnya saya agak keliru dengan subjek ini kerana ia mempunyai persamaan dengan satu lagi subjek iaitu Hubungan Etnik. Kekeliruan itu menjadi kesukaran untuk saya memahami dan mengaitkannya dengan aspek pendidikan. Walau bagaimanapun, setelah mebuat pembacaan dan kajian, ia sebenarnya memberi satu kelebihan kerana saya dapat menguasai kefahaman tentang kedua-dua subjek ini dalam satu masa. Hasil daripada kerja kursus ini, saya dapat menambahkan pengetahuan dan kefahaman saya mengenai sejarah Malaysia, selain kaitannya dengan aspek pendidikan dan tanggungjawab guru dalam menyemai semangat toleransi dan rasa kekitaan. Saya dapat memahami beberapa terutamanya kurikulum tersirat yang belum pernah saya dengar. Sebenarnya sekolah-sekolah di Malaysia telah lama

mengamalkan konsep ini dalam semua program yang dianjur. Buktinya kebiasaannya ia dinyatakan dalam kertas kerja atau brosur sesebuah program itu. Pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi ini cukup berguna untuk memantapkan diri saya sebagai seorang pendidik. Sebagai seorang guru, bukan sahaja penguasaan ilmu yag perlu diberi perhatian. Perkara yang sama pentingnya ialah bagaimana untuk menerapkan semangat perpaduan tanpa mengira kaum di kalangan pelajar. Melalui tugasan ini, saya menyedari guru sebenarnya adalah antara agen yang akan menentukan kesinambungan survival bangsa Malaysia yang kaya dengan kekuatan dan kepelbagaian.

Disediakan oleh, AZARUDIN BIN HASSAN 731007-08-5721 UNIT SAINS 1

REFLEKSI KENDIRI PENGALAMAN MENGIKUTI KURSUS. Saya telah diberi tugasan berkumpulan Kerja Kursus EDU 3106 Budaya dan Pembelajaran . Setelah berbincang bersama rakan kumpulan saya yang terdiri daripada Encik Azarudin dan Encik Selva. Secara kasarnya, saya melihat tajuk yang diberikan begitu rumit dan sukar untuk difahami. Namun bergitu selepas merujuk kepada pensyarah pembimbing, saya telah mendapat gambaran awal mengenai tugasan ini. Bermula pada taklimat tugasan yang diberikan oleh Puan Zairinah binti Mohd Shukur , saya telah merangka jalan kerja yang ingin dilakukan. Saya bersama-sama rakan cuba mencari bahan-bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Bagi mendapatkan bahan-bahan rujukan tersebut saya telah mengunjungi pusat sumber dan saya juga mendapatkan maklumat dari internet. Saya dan kawan-kawan telah membahagikan tugasan tersebut bersama-sama dan kami telah mula menjalankan kerja masingmasing. Dalam menjayakan tugasan kursus ini. Saya telah merancang perjalanan kerja bagi memudahkan saya menyelesaikan tugasan ini. Saya memulakan tugas dengan mengumpul maklumat tentang isi kandungan kerja kursus, merangka isi-isi bagi membina Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bagi digabungkan dengan pencarian isi-isi kerja kursus yang telah disediakan oleh rakan kumpulan Ilmu yang dikumpul melalui pencarian sumber yang ada serta buku panduan Modul Hubungan Etnik tulisan Encik Shamsul Amri Baharuddin banyak membantu dan telah memurnikan lagi kaedah saya yang sedia ada. Dari titik ini, saya juga menambah kefahaman di mana guru bukan sahaja mengajar tetapi perlu membimbing dengan menggunakan ABM dan menggalakkan murid mengembangkan potensi diri dan pengetahuan sedia ada mereka seterusnya mengaplikasikan pengetahuan tersebut. Saya juga lebih memahami faktor faktor sosio-budaya,adat resam dan pengalaman yang perlu ada pada mereka semasa proses pembelajaran di dalam bilik darjah.

Proses penyelesaian tugasan ini juga membuat saya lebih terdedah kepada konsep konstruktivisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran sains. Kaedah konstruktivisme adalah di antara kaedah popular dalam proses pembelajaran sains kerana ianya melibatkan pembelajaran proaktif kepada murid murid di samping membantu guru guru menarik minat murid murid dengan lebih mudah. Penggunaan kaedah konstruktivisme ini yang lebih berpusatkan murid akan menggalakkan perkembangan dalaman murid murid. Penerokaan atau penyiasatan yang dijalankan oleh murid murid melalui kaedah inkuiri penemuan seperti eksperimen atau kajian lapangan banyak membantu murid murid memahami isi kandungan pelajaran. Memandangkan saya pada masa sama perlu membahagikan masa untuk membuat tugasan serta menjalankan kewajipan sebagai seorang guru dan ketua keluarga. Masalah yang dihadapi adalah kekangan masa di mana saya perlu membuat pembahagian masa dengan baik. Namun bergitu agak sukar juga untuk memberi sepenuh tumpuan kepada tugasan dan kerja wajib sebagai seorang pendidik. Di samping rakan kumpulan yang berada agak jauh. Jarak yang jauh ini menyukarkan bagi setiap ahli kumpulan mengadakan pertemuan dan perbincangan ditambah lagi setiap ahli kumpulan juga mempunyai komitmen masing masing terhadap tugas dan keluarga. Pertemuan dengan pensyarah pembimbing yang agak kurang juga sedikit sebanyak menyumbangkan lagi tekanan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Pada pandangan saya bagi mengatasi beberapa kelemahan yang terdapat sepanjang menyiapkan tugasan ini adalah seperti membuat pembahagian masa dengan lebih tersusun dan sistematik di antara memenuhi keperluan kerjaya, pengurusan keluarga dan juga kewajipan sebagai seorang pelajar. Dalam mengatasi masalah sedia ada ini, saya juga perlu melihat dari aspek pengaruh dalaman dan luaran. Di mana ada masalah yang melibatkan kemampuan saya untuk mengatasinya adalah lebih mudah dikendalikan. Namum bergitu terdapat juga masalah yang luar kemampuan saya untuk mengatasinya. Akan tetapi saya tidak melihat perkara ini sebagai perkara pokok dalam menyiapkan tugasan ini. Saya akan memperhalusinya dan memberi penekanan kepada kekuatan yang ada pada diri saya.

Saya mengharapkan apa yang telah saya hasil ini memenuhi kehendak kursus serta memberi manfaat kepada diri saya dan juga orang lain. Pada kesempatan ini saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan rakan, pensyarah pembimbing serta pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam saya menyiapkan kerja kursus saya ini. Sesungguhnya apa yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.

Disediakan Oleh : Ismarizal bin Ismail PPG Ambilan Jun 2011.

REFLEKSI KENDIRI

Satu kelebihan bagi saya kerana guru besar sekolah saya memberi kebenaran bagi saya untuk menggunakan kemudahan internet dan bahan bacaan dari pusat sumber untuk saya menyiapkan kerja kursus saya demi kemajuan murid murid sekolah saya.Guru guru di sekolah saya juga telah banyak memberi tunjuk ajar.Rakan rakan sekuliah saya dari Program PPG ini juga banyak membantu dari segi perkongsian maklumat. Saya mengadapi sedikit masalah dari segi pencarian maklumat di dalam internet kerana saya masih kurang mahir dalam mengaplikasikan teknologi maklumat dan komunikasi dalam kerja kursus ini.Saya juga mengadapi sedikit tekanan dalam pembahagian masa untuk program di sekolah dan untuk menyiapkan KKBI ini lebihlebih lagi sekarang ada banyak Program UPSR menjelang UPSR. Masa kuliah yang sangat singkat dan padat menyukarkan saya untuk berinteraksi dengan rakan sekuliah dan pensyarah saya untuk membincangkan tentang tugasan saya ini. Adalah sukar untuk mengadakan perjumpaan dan perbincangan kerana tempat tinggal rakan rakan yang jauh. Saya sedikit sebanyak telah membaiki kelemahan kelemahan saya dari masa kesemasa.Saya juga telah mengaplikasikan kemahiran yang saya perolehi dari kerja kursus ini didalam kelas sains saya di sekolah.Kemahiran menggunakan komputer dan internet juga semakin kerap dan mantap.Saya juga telah cuba mengagihkan masa untuk program disekolah dan masa untuk tugasan kursus saya ini.

Melalui penyediaan KKBI ini saya telah mendapat banyak maklumat dan pengetahuan tentang strategic pengajaran dan pembelajaran yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah saya yang terdiri daripada berbagai kelompok etnik .Semasa carian saya untuk melengkapkan KKBI ini,saya juga telah menjumpai banyak BBM dan bahan yang boleh saya gunakan dalam kelas sains saya nanti. Sebagai kesimpulan,tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru sains saya harus terus belajar dan mengatasi segala kekurangan yang ada pada diri sendiri demi kemajuan anak murid saya.

(SELVARAJA A/L PERIASANY) 710203055295 PPG Ambilan Jun 2011

You might also like