You are on page 1of 20

BAB 1:

KESELAMATAN DAN KESIHATAN KOMPUTER


1.1 Keselamatan Fizikal 1.2 Peraturan Penggunaan Peralatan Komputer 1.3 Risiko Berkaitan Komputer

KESELAMATAN FIZIKAL
1.1.1 Aspek- aspek Keselamatan dan Kesihatan Definisi Keselamatan Komputer - Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer sama ada dari segi sistem dan perisian data mahupun perkakasan. - Keselamatan fizikal komputer merujuk kepada kesediaan infrastruktur dan peralatan untuk menjaga keselamatan pengguna, mencegah kehilangan atau kerosakan alat seperti gril, kawalan kunci, kestabilan elektrik, dan alat pemadam api.

KESELAMATAN FIZIKAL
1.1.1 Aspek- aspek Keselamatan dan Kesihatan Aspek-aspek Keselamatan Komputer Antara aspek keselamatan komputer yang perlu dititikberatkan ialah: a) Suhu di dalam makmal komputer mestilah tidak lebih daripada 400C. Penggunaan alat pendingin udara adalah digalakkan. b) Komputer perlu menggunakan alat pelaras arus elektrik seperti AVR dan UPS supaya voltan elektrik ke komputer sentiasa terkawal dan stabil. Elakkan dari terlalu banyak menggunakan socket extention. c) Jika perlu memindahkan komputer, elakkan dari terhantuk, tergegar dengan kuat atau terjatuh. d) Jangan biarkan unit sistem terdedah terlalu lama tanpa casing.

KESELAMATAN FIZIKAL
e) Gunakan peralatan can-air untuk kerja-kerja membersihkan habuk di bahagian dalam unit sistem. f) Tanggalkan palam 3-pin dari soket pada dinding setelah selesai menggunakan komputer. g) Shut down unit sistem dahulu sebelum menyambung sebarang peranti ke komputer. g) Elakkan papan kekunci daripada terkena air dan terdedah kepada habuk. h) Penyambungan kabel-kabel ke unit sistem perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya pin kabel tidak terliuk, terpatah atau termasuk ke dalam.

KESELAMATAN FIZIKAL
1.1.1 Aspek- aspek Keselamatan dan Kesihatan Komputer Dan Kesihatan - Peningkatan penggunaan komputer di kalangan masyarakat samada untuk tujuan kerja, pembelajaran mahupun bagi tujuan- tujuan lain seperti permainan komputer, melayari internet atau pencarian maklumat telah menimbulkan kebimbangan akan tentang kesannya terhadap fungsi penglihatan secara khususnya, serta kesihatan umum secara amnya.

KESELAMATAN FIZIKAL
1.1.2 Penjimatan Tenaga Komputer Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan untuk menjimatkan tenaga komputer:
a)

b)

c)

d)

Jika sedang download, monitor perlu dimatikan. Gunakan bekalan kuasa yang rendah untuk dekstop. Banyakkan hibernate komputer jika meninggalkan sebentar komputer. Matikan dan cabut plug selepas habis menggunakan komputer.

KESELAMATAN FIZIKAL
1.1.3 Keperluan Manual dan Storan Definasi storan komputer

- Storan adalah ruang simpanan data bagi sistem komputer pada saat pemprosesan. - Segala maklumat dan dokumen disimpan di dalam storan komputer, oleh itu maklumat mudah diperolehi apabila diperlukan. - Storan komputer merupakan pemegang data dalam bentuk elektromagnetik untuk di akses oleh pemproses komputer. - Saiz storan diukur dalam skala Bit, Bait, Kilobait, Megabait , Gigabait dan Terabait

KESELAMATAN FIZIKAL
1.1.3 Keperluan Manual dan Storan Fungsi storan komputer - Storan komputer adalah penting untuk membantu pengguna menyimpan segala program dan maklumat yang akan digunakan pada masa akan datang. - Ia juga sangat berguna untuk menyimpan data semasa sementara diproses oleh pemprosesor sehingga maklumat tersebut selamat disimpan ke dalam storan media seperti cakera keras (hard disk) dan juga pen pemacu ( pen drive)

PERALATAN KOMPUTER
1.2.4 Susunatur Makmal Komputer
a. Pemilihan material untuk pembuatan ruang dianjurkan memenuhi ketentuan ketahanan terhadap api mengikut standard yang dibenarkan. b. Dinding makmal mampu menyerap suara yang ditimbulkan dalam ruang, dan menahan suara serta panas dari luar ruangan. c. Jauh dari kawasan panas dan asap. d. Jauh dari kawasan mesin yang menimbulkan sumber getaran. e. Tidak diletakkan di kawasan lantai yang banyak kandungan air atau kegiatan yang menggunakan banyak air.

f. Tidak diletakkan di kawasan lantai yang airnya tidak boleh dikawal dengan baik.
g. Jauh dari kawasan yang ada sumber medan magnet dan elektrik. h. Jauh dari kawasan yang menjalankan kegiatan proses kimia, seperti pembuatan printed dengan proses etching.

RISIKO UTAMA KOMPUTER


1.3.1 Risiko utama berkaitan komputer: kesihatan Gejala dan Tanda - Diantara simptom-simptom yang biasa dialami oleh pengguna komputer tegar ialah: a) Sengal-sengal mata (eyestrain) b) Kabur penglihatan c) Mata kering (dry eyes) d) Ketidakselesaan penglihatan e) Sakit kepala. f) Simptom-simptom lain yang turut disebabkan oleh penggunaan komputer seperti sakit dibahagian tengkuk dan juga belakang badan (back and neck pain).

RISIKO UTAMA KOMPUTER


- Semua simptom-simptom ini boleh digolongkan sebagai tanda-tanda klasik bagi sindrom penglihatan penggunaan komputer (computer vision syndrome). - Bagi mengatasi dan menyelesaikan masalahmasalah yang dihadapi oleh pengguna komputer ini, peranan optometrist sebagai pengamal jagarawatan mata primer untuk penglihatan adalah amat penting.

RISIKO UTAMA KOMPUTER


1.3.1 Risiko utama berkaitan komputer: Kaedah Pencegahan dan Rawatan i) Pemeriksaan penglihatan

- Pemeriksaan penglihatan khususnya oleh optometrist secara menyeluruh dan komprehensif mampu memberikan jalan penyelesaian bagi mereka yang menghadapi simptomsimptom yang berkaitan dengan penggunaan komputer. - Namun begitu, tidak dinafikan bahawa selain pendekatan optometrik, sindrom penglihatan komputer memerlukan pendekatan multidisiplin yang bukan sahaja melibatkan terapi secara ocular malahan juga beberapa perubahan ergonomik khususnya dari segi pengubahsuaian tempat kerja supaya dapat mengurangkan, jika tidak melenyapkan, simptomsimptom yang berkaitan dengan penggunaan komputer.

RISIKO UTAMA KOMPUTER


1.3.1 Risiko utama berkaitan komputer: Kaedah Pencegahan dan Rawatan ii) Pencahayaan - Pencahayaan adalah amat penting di dalam menentukan keselesaan penggunaan komputer. - Pencahayaan yang sesuai dapat membolehkan pengguna komputer meningkatkan tahap keselesaan serta prestasi dan juga meminimumkan gangguan serta keletihan visual (visual fatigue).

Mempunyai tahap kecerahan yang sekata pada keseluruhan medan penglihatan pengguna komputer adalah diperlukan. Lampu kalimantang (fluorescence lighting) yang terlalu terang perlu dikurangkan kecerahannya dengan mengurangkan penggunaan jumlah tiub lampu.

RISIKO UTAMA KOMPUTER

Sumber cahaya yang berlebihan yang datang dari tingkap perlu dikurangkan dengan penggunaan langsir atau menggelapkan tingkap terbabit. Sekiranya sumber-sumber cahaya yang berlebihan berkenaan tidak dapat dielakkan, pengubahsuaian terhadap tempat kerja komputer perlu dibuat. Penggunaan penapis anti-silau juga dapat membantu mengurangkan silau dan meningkatkan kontras paparan komputer, yang berpunca daripada sumber cahaya yang berlebihan.

Pencahayaan yang betul

RISIKO UTAMA KOMPUTER


1.3.1 Risiko utama berkaitan komputer: Kaedah Pencegahan dan Rawatan iii) Ergonomik - Suailetak paparan komputer juga memainkan peranan dalam memberikan keselesaan terhadap penggunaan komputer. - Prinsip asas seperti berikut boleh diamalkan : Jarak skrin paparan daripada mata supaya berada di antara 16 hingga 30 inci.

RISIKO UTAMA KOMPUTER


1.3.1 Risiko utama berkaitan komputer: Masalah dan Penyelesaian i) Penglihatan Lesu (Visual Fatigue) - Memandang objek-objek jauh dua kali setiap jam selama satu hingga dua minit sebelum meneruskan tugasan komputer. ii) Sindrom Mata Kering (Dry Eye Syndrome) - Penggunaan titisan lubrikasi seperti titisan air mata tiruan (artificial tears) yang boleh didapati di farmasifarmasi serta prakris-praktis optometri yang berhampiran. iii) Rabun Penglihatan - Memakai cermin mata khusus bagi penggunaan komputer (computer glasses). Di antaranya ialah cermin mata jenis bifokal, multifocal, trifoxal dan juga progresif.

RISIKO UTAMA KOMPUTER


1.3.1 Risiko utama berkaitan komputer: keselamatan Ancaman keselamatan pada sistem komputer boleh mengakibatkan pelbagai masalah serius seperti: i) Risiko Keselamatan Data ii) Risiko Kehilangan Data iii) Merugikan Kos, Masa dan Tenaga iv) Kesesakan Sistem Rangkaian v) Mengurangkan Produktiviti dan Daya Saing

RISIKO UTAMA KOMPUTER


1.3.1 Risiko utama berkaitan komputer: keselamatan Tanda-tanda berlakunya Serangan Komputer prestasi komputer menjadi perlahan muncul pop-up message dengan sendiri di luar kawalan pengguna muncul pop-up browser secara tiba-tiba ke laman web tertentu task manager menunjukkan penggunaan CPU yang luar biasa tinggi restart sendiri secara tiba-tiba dan berulangulang perisian anti virus memaparkan alert berkaitan virus yang berjaya dikesan Ikon-ikon pelik muncul atas desktop

RISIKO UTAMA KOMPUTER


1.3.1 Risiko utama berkaitan komputer: keselamatan
Teknik-teknik

Mencegah Serangan

Komputer

backup data secara berkala update windows sekurang-kurangnya sekali seminggu install Perisian Antivirus imbas, aktifkan auto protect, buat live update install Pengimbas Adware/Spyware Laksanakan langkah-langkah tambahan dalam penggunaan email, browser, dan komputer.

THE END
THANKS FOR YOUR ATTENTION

You might also like