/  18
 
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan saya kepada guru Geografisaya, Puan Maznah Saat kerana telah sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalammenjalankan projek Kerja Kursus Geografi. Saya juga ingin mengucapkan terima kasihkepada pengetua sekolah, Puan Hasnah Hamid yang telah memberikan kebenaran untuk saya menjalankan kajian ini.Ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan juga kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan bantuan serta tunjuk ajar kepadasaya ketika menjalankan kajian ini.Akhir sekali, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan yangturut membantu saya iaitu, Radha, Sharmein, Xiao Fang dan Afiqah kerana sudi berkongsi maklumat yang berkaitan dengan Bukit Jalil dan juga yang telah sudi menjadirespondan saya dalam kajian ini.
 
Saya memilih tajuk, “Petempatan dan Perkembangannya di Bukit Jalil dan Dibandingkandengan Singapura” untuk projek Kerja Kursus Geografi. Saya memilih kawasan BukitJalil ini kerana menepati tajuk kajian dan kawasan ini juga berhampiran dengan rumahdan sekolah saya. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kajian ini ialah selama lapanminggu. Negara yang dibandingkan dengan kawasan Bukit Jalil ialah Singapura. Sayamemilih Singapura sebagai negara bandingan kerana negara tersebut terletak  berhampiran dengan Malaysia, iaitu di hujung selatan Semenanjung Malaysia. Singapuraadalah sebuah negara yang pesat membangun dengan pelbagai jenis kegiatan ekonomidan juga merupakan sebuah negara yang berkeluasan kecil.
 
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-
Mengkaji jenis dan pola petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan denganSingapura.
Menghuraikan faktor yang mempengaruhi petempatan di Bukit Jalil dandibandingkan dengan Singapura.
Menjelaskan fungsi petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan denganSingapura.
Menghuraikan masalah petempatan di Bukit Jalil dan dibandingkan denganSingapura.
Mengenal pasti langkah-langkah untuk mengurangkan masalah petempatan diBukit Jalil dan dibandingkan dengan Singapura.
Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap Bukit Jalil.

Share & Embed

More from this user

Recent Readcasters

Add a Comment

Characters: ...

Abdul Hadileft a comment

tq soooooooo much <3

vipertanleft a comment

tajuk apa??

yeung0531left a comment

Yes!!! Best of the best...

Kyoushinroleft a comment

Thnxx... \

YEAP12345left a comment

Thank you! You help me a lot!...