You are on page 1of 4

JURNAL ( MINGGU 2 ) ( 7 FEB 11 FEB 2010 )

MASALAH

Minggu ini merupakan minggu kedua saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Tunku Raudzah. Saya mula dapat menyesuaikan diri serta berasa agak selesa untuk menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, wujud pula masalah lain sepanjang menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dimana saya perhatikan terdapat segelintir murid- murid yang kelihatan seolah- olah bosan dengan pengajaran yang saya jalankan dan sebahagian lagi seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri. Walaupun saya telah cuba mengoptimumkan aktiviti yang saya rancangkan, masih terdapat murid yang menunjukkan ekspresi muka dan perbuatan seperti aktiviti tersebut telalu mudah dan membosankan terutamanya pada waktu pengajaran sains kerana murid murid ini kebanyakkan berada didalam kelas pertengahan serta lemah. Ini sedikit menyukarkan saya didalam merancang rancangan pengajaran harian dimana saya terpaksa mereka satu bentuk pengajaran yang bersifat holistik dimana tidak begitu mementingkan pelajar yang pertengahan serta melupakan terus pelajar yang lemah. Kaedah yang saya gunakan seharusnya memenuhi keperluan kepelbagaian serta keupayan kognitif mereka

ANALISIS MASALAH

Punca- punca murid- murid bersikap sedemikian adalah mungkin kerana gaya pembelajaran murid yang pelbagai. Setiap murid mempunyai kekuatan tersendiri dan kebanyakkan daripada mereka mempunyai keinginan untuk belajar. Saya berkata sedemikian kerana sikap yang ditunjukkan murid ini selalunya berlaku semasa mengadakan aktiviti pengajaran secara formal yang tidak melibatkan eksperimen, permainan dan sebagainya. Mereka akan duduk diam tapi masih memberikan respon terhadap semua soalan dan arahan yang di

ajukan oleh guru. Namun, ekspresi muka mereka dan kadangkala perbuatan mereka menunjukkan seolaholah mereka kebosanan. Sepanjang

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas, pelbagai persoalan sering bermain di minda saya. Antaranya: adakah soalan atau aktiviti yang saya lakukan terlalu mudah kepada murid- murid adakah pendekatan pengajaran yang saya lakukan sesuai dengan murid- murid tersebut apa yang perlu saya lakukan agar semua murid berpuas hati dengan pengajaran dan pembelajaran yang dijalani. apa yang perlu saya lakukan untuk menghalang murid- murid daripada bersikap sedemikian.

CADANGAN

Saya mengakui masalah ini berlaku di atas kelemahan saya sendiri, saya terlalu lembut dengan murid. Saya perlu mengubah situasi ini bersikap lebih tegas agar murid mematuhi segala arahan yang diberikan dan tidak mempertikaikan pengjaran yang guru laksanakan. Selain itu, saya juga perlu belajar untuk mengenali personaliti muridmurid di dalam kelas saya. Ini kerana, setiap personaliti yang berbeza memerlukan pendekatan yang berbeza daripada guru. Contohnya; bagi mengajar murid-murid pemalu dan pendiam, guru perlu sentiasa memberi motivasi dan galakan supaya murid sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran. Mereka perlu sentiasa diberi peneguhan positif dan pujian agar timbul rasa keyakinan dalam diri. Contohnya apabila murid berjaya mengeja satu perkataan yang disoal dengan betul ucapkan; Tahniah Hakim, kamu berjaya mengeja dengan tepat! Namun, sekiranya mereka tidak dapat menjawab dengan betul katakan; Cuba lagi, kamu pasti boleh mengeja! Guru jangan sekali-kali merendahkan kemampuan murid dan mematahkan semangat dan minat murid

untuk belajar lagi. Selain itu, guru juga perlu memastikan murid-murid introvert ini sentiasa terlibat dalam aktiviti kumpulan. Murid-murid yang mempunyai kelakuan dan aktif pula perlu digalakkan untuk mengemukakan soalan supaya mereka dapat terus berfikir. Guru boleh melantik mereka membimbing murid sekelas atau sekumpulan yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan. Sekiranya mereka telah mengatasi

kemahiran murid yang lain, guru boleh memberi aktiviti pengayaan agar tidak mengganggu murid lain. Guru juga boleh menggunakan kaedah inkuiri-

penemuan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

TEMPOH PENYELESAIAN Sepanjang praktikum dari tarikh 31 Januari 2010 sehinnga 29 April 2010.

TINDAKAN SUSULAN

Seorang guru yang sensitif dan peka akan mengenal pasti personaliti seseorang murid melalui pemerhatian dan interaksi dengan murid-muridnya. Guru akan mengetahui mengenai personaliti murid-muridnya dengan memerhati gaya percakapan, cara bertindak, tingkah laku serta interaksi dan komunikasi murid di antara satu sama lain dalam bilik darjah. Oleh itu, satu peranan guru yang sangat penting ialah menolong membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.

KESIMPULAN

Sekolah diberi tugas untuk mendidik murid-murid supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia. Guru yang bersifat penyayang dan membimbing murid- murid dengan penuh dedikasi akan menjadi role model untuk membentuk personaliti mereka yang positif. Persepsi rakan sebaya dan individu yang diterima dalam kumpulannya akan menggalakkan pembentukan ciri personaliti yang berkeyakinan. Iklim sekolah yang kondusif serta penglibatan secara aktif dalam aktiviti kokurikulum pula mempengaruhi perkembangan personaliti yang positif. Oleh itu, sebagai seorang guru saya telah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti muridmurid tersebut. Sebagai contoh, saya selalu mengadakan aktiviti berkumpulan. Ini kerana, dalam setiap kumpulan terdapat pelbagai tahap murid. Oleh itu, murid yang lemah dapat dibantu oleh murid yang pandai. Ini kerana, saya menggunakan sistem pemarkahan mengikut kumpulan dan markah akan

direkodkan pada setiap kali aktiviti habis dijalankan. Oleh itu, setiap ahli dalam kumpulan tersebut akan saling menjaga prestasi antara ahli kumpulan masingmasing.

You might also like