You are on page 1of 45

1.

0 Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya dapat menyiapkan projek lampu tidur dan portfolio dengan jayanya pada tempoh yang telah ditetapkan. Sekalung budi dan penghargaan kami kepada Encik Abdul Sukur Bin Kamsir selaku pensyarah pembimbing yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan juga maklumat serta membantu dalam menyiapkan projek lampu tidur serta portfolio ini. Buat rakan-rakan yang banyak membantu dengan memberikan pandangan serta berkongsi maklumat sehinggalah projek lampu tidur ini berjaya disiapkan dengan jayanya. Tidak lupa juga diucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan juga penghargaan kepada semua pihak atas kesudian untuk membantu dalam memberikan kerjasama serta menyumbangkan tenaga dan idea, baik secara langsung mahupun tidak langsung sehingga berjaya menyiapkan tugasan projek ini. Akhir kata, semoga segala bentuk bantuan dan keperihatinan daripada semua mendapat balasan baik daripadaNya. Harapan agar tugasan ini mampu memenuhi setiap keperluan dalam system pemerkahan seterusnya dapat dijadikan sumber rujukan kepada generasi akan datang. Sekian, terima kasih.

2.0 Pendahuluan Kurukulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) memberikan penekanan utama dalam aspek perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani. Emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan Negara. Pembentukan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

merupakan perubahan besar dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan demi untuk mencapai matlamat pembangunan Negara secara keseluruhannya. Sehubungan dengan itu, pendidikan pada masa kini adalah berunsurkan kemahiran dan bidang teknikal dan vokasional telah diberi keutamaan dalam system pendidikan Negara. Melalui pendidikan seperti ini adalah diharapkan agar tenaga kerja yang berkebolehan, beketerampilan dapat dilahirkan. Sejajar dengan keperluan meningkatkan tenaga kerja dalam bidang teknilak, langkah telah diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan bilangan pelajar yang mempunyai asas kukuh dalam mata pelajaran teknikal dan vokasional. Ini adalah kerana system dan dasar teknikal dan vokasional telah membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk mendapatkan pekerjaan. Kursus, proses dan kaedah Reka Bentuk ini adalah salah satu daripada kandungan pelajaran dalam kurikulum Reka Bentuk dan Teknologi bagi pelajar Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan guru yang berfikiran kreatif dan kritis serta boleh menyesuaikan diri dengan perubahan dan perkembangan teknologi semasa melalui penghasilan sesuatu rekaan kea rah menjadi penyumbang kepada pembangunan Negara. Selain itu program ini diperkenalkan untuk melahirkan generasi yang berimaginatif, kreatif, inovatif dan inventif bagi menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga mempu merealisasikan Wawasan 2020.

3.0 Proses Reka Cipta/inovasi

PENGENALPASTIAN MASA

PENDOKUMENTASIAN

PEMILIHAN IDEA

PEMBINAAN PENGUJIAN PENGUBAHSUAIAN PEREKAAN PROJEK

PERANCANGAN PEMBINAAN

PEMILIHAN REKA BENTUK

Penghasilan sesuatu produk melalui beberapa proses reka ciptanya. Proses tersebut melalui prinsip mereka bentuk seterusnya membangunkan konsep serta sfesifikasi yang memenuhi fungsi, nilai, bentuk luaran sesuatu produk untuk kebaikan pengguna dan pengeluar. Produk yang dihasilkan perlu memenuhi keperluan pengguna disamping memudahkan pengguna menggunakan produk tersebut. Sebagai pereka bentuk, kita perlu menghasilkan sesuatu produk yang sesuai digunakan dan ergonomik.
3

3.1 Pengenalpastian Masalah Masalah yang dihadapi oleh pengguna perlu diambil perhatian oleh pereka agar dapat mereka bentuk sesuatu produk yang lebih baharu dan sesuai ataupun mengubahsuai produk kepada fungsi yang lebih mudah diguna pakai. Bagi penghasilan lampu tidur, masalah yang dikenal pasti adalah kesukaran memilih lampu tidur yang bersesuaian dengan konsep rumah. Selain itu harga yang ditawarkan dalam pasaran luar adalah tidak munasabah dengan bahan yang digunakan. Oleh itu, pembinaan lampu tidur dilihat dapat menyelesaikan masalah disamping dapat menceriakan suasana di sesuatu sudut dengan lebih menarik. Lampu tidur yang dibina perlu diambil kira dan perhatian dalam pelbagai aspek. Maklumat mengenai lampu tidur perlu dikumpul terlebih dahulu untuk mengkaji produk-produk yang sedia ada yang sama fungsinya dengan membuat perbandingan kelebihan dan kekurangan dengan lampu tidur yang dibina. Maklumat boleh merangkumi aspek reka bentuk, kefungsian, kos, saiz, warna dan bahan serta alatan yang digunakan. Maklumat boleh dikumpul melalui pengalaman, pemerhatian, internet, bimbingan, laatan, pembacaan dan sebagainya. Analisa maklumat mengenai teknik pembuatan, kebolehan dan kepakaran serta fungsi ketahanan akan membantu dalam pemilihan reka bentuk produk.

3.2 Pemilihan Idea Pencetusan idea yang baik dapat dihasilkan sekiranya proses berfikir dilaksanakan dengan baik. Persepsi yang luas dituruti dengan kemahiran berfikir akan menghasilkan idea yang bernas. Senarai idea direkodkan akan dianalisis untuk dipilih yang paling sesuai dan kukuh.

Pemilihan idea bergantung pada faktor: Reka Bentuk (kuku, selamat dan tahan) Pengetahuan dan kemahiran ( mencukupi dalam proses pembinaan ) Keupayaan Kendiri (kemampuan fizikal dan kos pembinaan) Kepentingan produk (menyelesaikan masalah, memenuhi keperluan pengguna dan memberikan keselesaan) Kaedah Pembuatan (berkualiti dan selamat) Mesra Alam (tidak mencemarkan alam sekitar) Bahan dan Komponen yang digunakan

3.3 Perekaan Projek Idea dalam penyelesaian masala dilakar dalam bentuk 3 dimensi seberapa banyak yang diperoleh. Idea yang diperoleh diterjemahkan dalam lakaran dan dilabelkan kefungsian bahagian-bahagian tertentu. 3.4 Pemilihan Reka Bentuk Semua lakaran yang dilukis akan dianalisis dalam perbincangan untuk menentukan pilihan satu idea yang terbaik. Pemilihan reka bentuk akan dipilih berdasarkan faktor reka bentuk utama. Pilihan idea haruslah mudah dibina, senang diproses dan memenuhi cita rasa serta keperluan pengguna. Idea yang dipilih perlu diterjemahkan ke dalam lukisan kerja dengan mengikut dimensi serta ukuran yang tepat dan jelas. Idea dilukis dengan menggunakan perisian lukisan berbantukan komputer. Lukisan dilukis dalam bentuk isometric, ortografik, keratin, ceraian dan terurai. Perincian yang dinyatakan akan

memudahkan proses pengukuran, pemotongan serta panduan dalam pembinaan agar lampu tidur yang dibina memiliki ketahanan.

3.5 Perancangan Pembinaan Proses perancangan amat penting bagi melancarkan proses pembinaan lampu tidur. Beberapa perkara yang perlu difikirkan ialah menentukan kaedah pembuatan, menentukan bahan dan kaedah kemasan, memilih alatan, membuat jadual kerja dan mengira anggaran kos. 3.6 Pembinaan, pengujian dan pengubahsuaian Pembinaan projek melibatkan proses : i. ii. iii. Mengukur dan menanda Memotong Membina dan mencantum

Pengujian memerlukan pemeriksaan dalam menguji ketepatan dan kekukuhan sambungan bahagian yang telah dipasang. Pengujian juga bertujuan untuk menilai lampu tidur tersebut berfungsi dan berkesan disamping dapat menyelesaikan masalah. Bahagian yang dikenalpasti mempunyai masalah perlu dibuat pengubahsuaian agar dapat diperbaiki kekukuhan produk dalam menjamin keselamatan dan keselesaan. Kemasan perlu dibuat dengan pemilihan pelarut yang sesuai agar dapat menarik minat dan menambah nilai pada produk tersebut. Selain itu, kemasan berfungsi bagi melicinkan permukaan kayu, melindungi objek, mudah dibersihkan dan selamat. 3.7 Pendokumentasian Sesuatu projek yang dihasilkan hendaklah mempunyai suatu pendokumentasian yang lengkap, memperincikan hasil ciptaan dan bahan bukti. Portfolio haruslah kemas dan teratur serta lengkap dengan maklumat yang dikehendaki. Maklumat dibantu dengan menggunakan jadual atau carta alir. Bahan bukti disertakan dalam bentuk gambar pembinaan projek. Dokumen yang dihasilkan ini dapat dijadikan rujukan pada masa akan datang dan juga memudahkan pereka cipta memohon paten.
6

4.0 Lampu Tidur

5.0 Lakaran Lampu Tidur Lakaran 1

Lakaran 2

10

Lakaran 3

11

6.0 Pemilihan Reka Bentuk Lampu Tidur

12

7.0 Carta Gantt Bil 1 Perkara/minggu Mencari maklumat - Reka bentuk lampu tidur - Bahan yang digunakan 2 Membuat dan memilih lakaran idea 3 Memilih reka bentuk projek 4 Perancangan projek: -Memilih bahan -Pengiraan kos 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

Pelaksanaan projek -Pengukuran -Pemotongan -Pemasangan -Kemasan

13

Pengujian, penilaian dan penambahbaikan

Pendokumentasian

14

8.0 Alatan Tangan dan Bahan

Gergaji Besi Digunakan untuk kerja memotong. Bahan yang sesuai dipotong menggunakan gergaji besi ialah Keluli lembut, besi galvani, PVC dan Poli.

Tolok Pembaris Digunakan untuk kerja mengukur dan menanda. Bahan yang sesuai diukur dan ditanda dengan tolok pembaris ialah kayu, papan, papan lapis

Gandin Bulat Digunakan untuk kerja mengetuk dan membentuk


15

Gergaji Tangan

Gandin Kayu Digunakan untuk kerja mengetuk dan membentuk

Sesiku L Digunakan untuk kerja menanda dan menggaris.

16

Tolok Serong Digunakan untuk kerja menanda dan menggaris.

Ketam Kayu Digunakan untuk kerja penyediaan dan pengemasan.

Sesiku L Besi Digunakan untuk kerja mengukur dan menanda.


17

Gerudi Engkol Digunakan untuk kerja membuat lubang pada permukaan kayu dan papan

Gandin Getah Untuk mengetuk permukaan logam tanpa meninggalkan bekas.

Kikir Rata Untuk membentuk dan melicinkan permuaan logam

Mata Gerudi Benam

18

Penebuk Pusat

Pisau Pemotong Perspek

Tukul Kuku Kambing

Tukul Warington

19

Riveter

Penggarit

BAHAN Satu daripada aspek penciptaan ialah mengenal pasti sifat-sifat bahan asli atau bahan gantian atau tiruan untuk digunakan dalam idea reka cipta.

Logam
o o o o o o o

Keluli lembut Besi galvani Aluminium Loyang Zink Timah Tembaga

20

Kayu
o

Papan

Papan lapis

Kayu bergergaji MDF

Simen konkrit Plastik Kaca Fiberglas


21

Sutera Getah Karbon Komposit Gentian Tiruan

9.0 Proses Langkah Kerja Empat peringkat langkah kerja : Pengukuran

Pemotongan

Pemasangan

Kemasan

22

10.0

Penilaian

Dalam menilai sesuatu reka bentuk, terdapat tiga proses iaitu pengujian, penilaian dan penambahbaikan. Pengujian adalah proses untuk memeriksa ketepatan atau mengukuhkan sambungan reka bentuk. Ianya dapat disemak melalui lukisan kerja. Penilaian pula adalah untuk menilai kefungsian produk iaitu memalui laporan kerja, hasil projek dan bahan-bahan yang digunakan. Penambahbaikan pula ialah proses untuk mengubah suai keselamatan dan keselesaan sepaya lebih menarik.

Selain itu kriteria-kriteria yang digunakan untuk menilai sesuatu reka bentuk ialah pertama fungsi iaitu sama ada produk tersebut dapat berfungsi dengan baik atau sebaliknya. Kedua adalah rupa bentuk iaitu menarik dan mempunyai saiz yang sesuai. Ketiga adalah kesesuaian bahan sama ada sesuai, mudah diperolehi dan murah. Keempat pula ialah penggunaan iaitu sesuai dan mudah. Karteria kelima ialah ketahanan iaitu kuat, stabil serta tidak mudah rosak. Keenam ialah kos produk iaitu tidak terlalu tinggi dan ketujuh ialah kemasan perlu menarik dan sesuai. Kriteria kelapan ialah factor keselamatan sama ada produk tersebut selamat digunakan, mesra alam dan selesa. Kesembilan yang dinilai ialah nilai komersial iaitu produk tersebut berpotensi untuk dipasakan.

Kriteria seterusnya ialah kemahiran pembinaan serta kreativiti iaitu sama ada produk tersebut menarik dari segi reka bentuk, cantik, kemas dan seimbang. Kriteria yang terakhir ialah kaedah pembuatan iaitu sama ada berkualiti atau tidak.

23

11.0

Refleksi

Alhamdulillah, bersyukur saya kehadrat Allah SWT kerana atas limpah kurnia dan rahmatnya dapat juga saya menyiapkan tugasan projek lampu tidur ini dalam tempoh yang ditetapkan. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Encik Abdul Sukur bin Kamsir selaku pensyarah bagi kursus RBT3118 Reka Bentuk Teknologi telah banyak membantu. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan dalam dalam perbincangan bagi menghasilkan projek ini.

Tugasan Projek ini merupakan satu cabaran baru kepada saya kerana tidak pernah mengajar mata pelajaran RBT ini. Walau bagaimanapun saya cuba merealisasikan projek yang diberikan. Rujukan melalui internet adalah perlu bagi mencari info berkaitan projek ini. Walaupun nampak mudah nilai kreativitinya adalah amat tingggi.

Melalui pencarian bahan di internet, saya dapati amat mudah untuk mendapatkan gambar alatan tangan tetapi sukar untuk mendapatkan lakaran gambar sebenar lampu tidur. Menggunakan kreativiti sendiri adalah perlu bagi membina lakaran sebuah lampu tidur.

Terlalu banyak kekangan yang terpaksa saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya adalah lambakan kerja-kerja di sekolah yang terpaksa dibereskan dalam jangka waktu yang telah ditetapkan. Tetapi semua kekangan itu berjaya diatasi dengan penyusunan jadual yang teliti walaupun padat.

Dengan siapnya tugasan ini telah memberikan saya dimensi baru mengenai mata pelajaran RBT 3118 ini. Ianya menjadikan saya seorang yang lebih teliti dalam melaksanakan sesuatu kerja. Saya juga amat berharap agar ilmu yang diperolehi ini akan dapat diaplikasikan dalam melaksanakan tugas sebagai seorang guru dan juga dalam keperluan saya.

24

Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah pembimbing, rakan-rakan kumpulan yang begitu banyak membantu. Tidak lupa juga kepada mereka yang terlibat secara langsung dan tidak secara langsung dalam pelaksanaan tugasan ini.

25

12.0

Rujukan

Abd Aziz B Samat, Subari B Abu Kasim, Mohd Syukri B Yasin,(2005) Teknologi Binaan, Tingkatan 4 dan 5 (Modul Pembelajaran Aliran Vokasional) DBP

Asnul Dahan,(2005) Teknlogi Kayu, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, Fakulti UTM, Kuala Lumpur.

Ibrahim Che Muda, (2000) Teknologi Bengkel Mesin, DBP KL

Iskandar Abd Rashid, Autocad 2002, Langkah Demi Langkah, Venton Publishing, KL

Nigel Lofthouse, (2003) Pocket Guide To Wood Finishes, North Light Book, London

Tan Boon Tong, (1993). Teknologi Binaan Bangunan, Kem. Pend. Malaysia, DBP KL

26

13.0

LAMPIRAN

BAHAN YANG DIGUNAKAN

27

ALATAN YANG DIGUNAKAN

BAHAN YANG DIGUNAKAN

28

PERALAAN YANG DIGUNAKAN

KERJA PENGUKURAN

29

MENANDA UKURAN SEBELUM DIPOTONG

MENGERGAJI TEMPAT YANG DITANDA

MENANDA KAYU-KAYU LAIN

30

MENGERGAJI KAYU YANG DITANDAKAN

BONGKAH-BONGKAH KAYU YANG TELAH DIPOTONG


31

TANGGAM YANG DIBUAT

PECANTUMAN SEMENTARA

32

PECANTUMAN SEMANTARA DARI SUDUT LAIN

MEMASTIKAN UKURAN YANG TEPAT

33

MEMASTIKAN TANGGAM YANG DIBUAT TEPAT

CANTUMAN YANG KEKAL

34

KERJA-KERJA CANTUMAN

MEMASTIKAN CANTUMAN KUKUH

35

CANTUMAN YANG LENGKAP

CUBAAN MENCANTUMKAN BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH

36

BAHAGIAN BAWAH (TAPAK)

BAHAGIAN ATAS

37

BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH

PANDANGAN ATAS

38

BAHAGIAN BAWAH YANG DIMURNIKAN

BENTUK BAHAGIAN BAWAH

39

BAHAGIAN BAWAH YANG TELAH DIMURNIKAN

CUBAAN MENGHIAS BAHAGIAN ATAS


40

KERJA-KERJA MENGHIAS BAHAGIAN ATAS

SEPARUH MEMURNIKAN BAHAGIAN ATAS SELESAI

41

MENCUBA MEMASUKAN BAHAGIAN ATAS DAN BAWAH

KERJA MENGHIAS BAHAGIAN AAS DAN BAWAH SELESAI

42

LAMPU TIDUR YANG TELAH LENGKAP

TELAH LENGKAP SEPENUHNYA

43

CANTIK DILETAKKAN DI SUDUT RUMAH

SELESAI

44

45

You might also like