You are on page 1of 18

BAHASA MELAYU UPSR

KERTAS 2
(BAHAGIAN A DAN C)
&
KERTAS 1
( KESALAHAN AYAT )

OLEH:
PENULISAN – ( BAHAGIAN A )
MEMAHAMI DAN MEMINDAH
MAKLUMAT
(Mentafsir Bahan Grafik)

PENGENALAN
5. Dalam bahagian ini, calon akan diberi
samada sekeping gambar tunggal,
gambar bersiri , jadual atau sebagainya.
6. Pada setiap gambar terdapat arahan
tertentu yang mesti calon fahami.
7. Calon diminta membina lima ayat yang
lengkap.
8. Jumlah markah – 10
Contoh-contoh Arahan
Bahagian A

1. Tulis lima ayat yang lengkap


tentang gambar.
2. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang aktiviti-aktiviti yang
terdapat dalam gambar.
3. Tulis lima ayat yang lengkap
tentang situasi yang terdapat
dalam gambar.
4. Tuliskan amalan gaya hidup sihat
Teknik Menjawab Bahagian A
n Ayat yang dibina mestilah mengenai apa yang
terdapat dalam gambar dan tersurat.
( Ayat yang
tersirat boleh dijadikan sebagai pelengkap ayat
sahaja )
n Tulis kata kunci berdasarkan gambar. ( Kata kunci
tidak boleh berulang )
n Ayat perlu dinomborkan : 1 – 5.
n Ayat yang dibina mestilah seimbang mengikut
jumlah gambar. ( Ada nisbah )
n Ayat yang dibina perlulah gramatis / betul dari segi
tatabahasanya.
n Elakkan menulis ayat tentang perkara yang tidak
terdapat dalam gambar.
n Ayat yang ditulis perlu dikembangkan dengan
sempurna menggunakan kata hubung atau penanda
wacana.
n Boleh berikan watak pada gambar / diri sendiri.
n Jangan menulis lebih daripada 5 ayat.
n Jangan memberi pandangan peribadi tentang
gambar.
n
Arahan : Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar di bawah.
Arahan : Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar di bawah.
Contoh Jawapan
1. Hakim dan Saiful sedang mengubahsuai
meja di perpustakaan sekolah mereka
semasa gotong-royong diadakan.
2. Syahira mengelap cermin tingkap
perpustakaan menggunakan sehelai
kain.
3. Iqbal dan Yasma menyapu sampah
supaya lantai perpustakaan menjadi
bersih.
4. Zulaikha mengangkat buku untuk
diberikan kepada Cikgu Ehsan yang
Arahan : Tulis lima ayat lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar di bawah.
Contoh Jawapan
1.Murid-murid Sekolah Kebangsaan Tanjung
melawat Balai Bomba Tampin menaiki sebuah bas.

2.Setibanya di sana mereka disambut oleh seorang


pegawai bomba yang bertugas.

3.Mereka dibawa ke bilik pameran yang


mempamerkan alat-alat pemadam api.

4.Mereka mendengar penerangan daripada pegawai


bomba tentang penggunaan alat pemadam api .

5.Sebelum pulang,mereka menikmati jamuan yang


disediakan.
PENULISAN – ( BAHAGIAN C )
MEMBUAT ULASAN / MERUMUS

PENGENALAN
4. Dalam bahagian ini calon akan diberi
samada sebuah petikan berupa fakta,
cerita, dialog ataupun puisi.
5. Calon dikehendaki membuat ulasan
tentang petikan yang diberi
berdasarkan arahan-arahan tertentu.
6. Jawapan hendaklah dibuat dalam satu
perenggan sahaja.
Teknik Menjawab Bahagian C
1. Kenal pasti arahan
…pengajaran, nilai murni, amalan baik. – Apa bezanya?

2. Kenal pasti tema petikan supaya lebih mudah untuk mengulas.

3. Baca ayat demi ayat untuk mencari pengajaran / nilai murni / amalan baik.

4. Senaraikan idea dan huraian secara ringkas sebelum menulis di kertas


soalan.

5. Mulakan ulasan dengan :


Pengajaran/Nilai murni/Amalan baik yang terdapat dalam petikan
ialah kita ……………………………………………….

6. Gunakan kata ganti nama ‘ kita ’ dalam ayat.

7. Masukkan kata-kata positif.

8. Gunakan penanda wacana / kata hubung ketika menyambung ayat.

9. Pastikan jumlah perkataan sesuai dengan kehendak soalan.


Contoh Jawapan
Nilai yang terdapat dalam petikan ialah
kita hendaklah mempunyai sifat rajin,
contohnya seperti ‘aku’ dalam petikan yang
rajin menghadiri latihan sukan. Seterusnya
kita hendaklah mendengar nasihat ibu
bapa supaya hidup kita selamat. Selain itu,
kita haruslah berfikiran rasional semasa
membuat keputusan. Di samping itu, kita
haruslah menghargai pertolongan orang
lain. Akhir sekali, kita mestilah
mengamalkan nilai baik hati dalam
kehidupan kita.
Contoh Jawapan

Pengajaran yang terdapat dalam petikan


ialah kita hendaklah bergaul dengan orang lain
supaya mendapat ramai kawan.Seterusnya kita
mestilah berbudi-bahasa terhadap orang lain.
Selain itu kita perlulah bantu-membantu antara
satu sama lain kerana ia merupakan amalan
mulia. Di samping itu kita haruslah bersikap
merendah diri supaya disenangi rakan-rakan. Di
samping itu, kita perlulah menjadi anak yang taat
dan mendengar kata ibu bapa.

(60 patah
perkataan)

You might also like