You are on page 1of 25

BAHAGIAN SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DASAR DAN PERLAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH-SEKOLAH

KK Sebahagian Kurikulum Kebangsaan Termasuk Kurikulum dan Kegiatan Kokurikulum PENGETAHUAN

KEPERCAYAAN

KEMAHIRAN

UNSUR BUDAYA

NORMA

NILAI (Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang diterbitkan sebagai PU(A) 531/97

DEFINASI KOKURIKULUM
Kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses p + p dalam bilik darjah yang memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mangamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Kurikulum Kebangsaan ) 1997. Seperti dalam Warta Kerajaan, PU (A) 531/97

Apakah Implikasinya?

Pelaksanaan kegiatan kokurikulum di semua sekolah adalah

WAJIB
Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Apakah Implikasinya? 2

Seksyen 135 Akta Pendidikan bawah Akta 550 1996 Penalti Am

Apakah Penalti Am?


Seksyen 135 Akta Pendidikan 1996: Penalti Am.
(2) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta 550 ini boleh, dalam hal suatu kesalahan yang berterusan, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda harian yang tidak melebihi lima ratus ringgit sebagai tambahan kepada apa-apa penalti lain yang boleh dikenakan kepadanya di bawah Akta 550 ini berkenaan dengan kesalahan itu, bagi setiap hari kesalahan itu terus dilakukan.

Penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum di sekolah adalah wajib

penyertaan setiap orang murid

KELAB PERSATUAN

SUKAN PERMAINAN

BADAN BERUNIFORM

.{Perkara 5.1 Surat Pekeliling ikhtisas Bil 1/1985 KP(BS)8591/Jld. II(29)}

Apakah Implikasinya?
Sekolah hendaklah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya kepada murid Menyertai kegiatan kokurikulum yang diminati

.{Untuk tujuan ini Pengetua/Guru Besar telah diperuntukkan kuasa untuk menubuhkan kelab/persatuan di sekolah seperti dalam Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 yang diterbitkan sebagai PU(A)196/98.}
PENGETUA / GURU BESAR SEBAGAI PENOLONG PENDAFTAR

Apakah Implikasinya?

Kehadiran, Penglibatan, Pencapaian dan Jawatan Murid Dalam Kokurikulum Hendaklah Direkod dan Diberi Penilaian.
{Hal ini ditegaskan dalam Perkara 8.2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 dan Perkara 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/1986)}

KEHADIRAN 50%

PENGLIBATAN 20%

PENCAPAIAN 20%

JAWATAN 10%

BONUS 10%

Apakah Implikasinya?

{Hal ini hendaklah dimaktubkan dalam Buku Undang-Undang dan Peraturan Sekolah dan perlu diketahui oleh murid-murid dan ibu bapa mereka}

Penyertaan semua guru sebagai penjawat atau pengkhidmat awam

mengurus

menyelia

mengelola

Penyertaan semua guru adalah dikehendaki bagi mempastikan keberkesanan pelaksanaan gerakerja kokurikulum di sekolah (Perkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985.)

Apakah Implikasinya? 2
Setiap orang guru di sekolah hendaklah, secara bertulis, diberi tugas dan tanggung jawab yang spesifik, terperinci, dan kuantitatif dalam bidang kokurikulum di sekolah, seperti yang dilakukan dalam bidang kurikulum.

Apakah implikasinya? 3
Keengganan guru melaksanakan tugas dan tanggung jawab yang telah diperuntukkan adalah suatu kesalahan daripada segi keperluan perkhidmatan atau kepatuhan dan kebertanggungjawaban penjawat awam atau pun moral dan wibawa keguruan yang boleh dikenakan tindakan disiplin
Perintah-perintah Am Pegawai Awam (Kelakuan dan tatatertib)(Bab D).

Kegiatan kokurikulum hendaklah merupakan apaapa kegiatan yang dirancang

memberikan murid-murid peluang


menambah mengukuh mengamalkan

kemahiran

pengetahuan

nilai-nilai

yang dipelajari di dalam bilik darjah.

{Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997}

Apakah Implikasinya? 1
Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah dirancang dengan maksud mempunyai matlamat, objektif, kaedah pelaksanaan dan kurikulum kegiatan serta skema penilaian yang pragmatis dan progresif. Setiap kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan hendaklah mengandungi elemen-elemen pengetahuan, pengalaman dan kemahiran baru serta nilai-nilai murni yang membantu membangunkan intelek, jasmani, emosi dan rohani murid secara seimbang.

Berasaskan prinsip penyertaan beramairamai tanpa ada unsur-unsur diskriminasi

Fokus kepada peningkatan perpaduan dan integrasi dalam kalangan murid-murid

bersifat merentas disiplin, bersepadu dan tidak bersifat eksklusif


(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/2000 bertarikh 16 November 2000).

DASAR-DASAR SOKONGAN
1 membuat kerja-kerja amal
Menggalakkan pelajar-pelajarnya mengambil bahagian dalam {Perkara 5.3 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985, P(BS)8591/Jld.((929)}

2 penglibatan dan penyertaan anggota masyarakat setempat.

Kegiatan kokurikulum di sekolah boleh dilaksanakan dengan {Rujuk Subperkara 4.2.1 dan Subperkara 5.2 dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1985 KP. 8591-11(32) bertajuk Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat}

3 dalam kegiatan Pasukan Pakaian Seragam yang berdaftar.


(Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 24/1998).

Kementerian Pendidikan amat menggalakkan murid-murid bergiat

4 pendidikan murid semasa waktu persekolahan secara terancang serta


penglibatan ibu bapa yang berminat untuk menyertai lawatan-lawatan tersebut. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 12/2000).

Membenarkan pihak sekolah menganjurkan program lawatan

DASAR-DASAR SOKONGAN
5 potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 18/2000). Sekolah hendaklah memberi penghargaan kepada guru-guru dan Murid-murid di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan

6 pelajar-pelajar atau orang perseorangan tidak hanya terbatas kepada


kejayaan/kemenangan semata-mata, tetapi hendaklah juga diberi kepada pelajar-pelajar yang mempunyai sifat disiplin yang baik. (Subperkara 8.2.4 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985).

7 Sekolah mewujudkan peluang kepada murid-murid mengembangkan

bakat dan potensi diri masing-masing dalam bidang-bidang kokurikulum yang mereka minati ke peringkat yang lebih tinggi sehinggalah ke peringkat antara bangsa. Murid-murid juga sebaik-baiknya diberi peluang memperagakan bakat dan kecemerlangan masing-masing kepada masyarakat awam.

PENUNJUK PELAKSANAAN
1. 2. Visi dan misi tertera di tempat-tempat yang strategik. Tertera juga slogan-slogan kepentingan kokurikulum.

3. Sekolah mempunyai blue-print 4. Sekolah mempunyai organisasi pengurusan kokurikulum

5.
6. 7.

Sekolah terbukti berusaha menyediakan prasarana


Sekolah terbukti berusaha memperolehi sumber Berusaha untuk melahirkan guru-guru yang terlatih dalam bidang kokurikulum.

8. Jadual Kegiatan Kokurikulum Tahunan disebarkan pada guru-guru, pelajar dan ibu bapa

PENUNJUK PELAKSANAAN
9. Guru terima secara bertulis tugas dan tanggung jawab 10. Sekolah menubuhkan persatuan/kelab, persatuan/kelab sukan dan permainan, dan badan beruniform sepadan dengan jumlah enrolmen dan kepelbagaian murid. 11. Sekolah menubuhkan Jawatankuasa

12. Fail-fail penubuhan dan pengurusan aktif dan kemas kini.


13. Setiap murid sertai kegiatan kokurikulum seperti ditetapkan dan masing-masing mempunyai rekod

14. Setiap murid diberi penilaian prestasi tahunan berdasarkan Skema Penilaian yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
15. Kemaskinikan pangkalan data pencapaian sekolah dan murid-murid dalam bidang kokurikulum setiap tahun.

PENUNJUK PELAKSANAAN
16. Sekolah menyediakan insentif atau skema galakan 17. Sekolah berjaya realisasikan konsep SekolahBerwatak. 18. Wujud peningkatan pencapaian sekolah dalam bidang kokurikulum berdasarkan kaedah penilaian STKP. 19. Terdapat sepasukan/individu murid capai kejayaan cemerlang di peringkat tinggi. 20. Sekolah meriah dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan.

21. Kadar kemenjadian murid meningkat kes disipil kurang, kehadiran naik, murid cerdas, budi pekerti meningkat, pergaduhan etnik turun, prestasi akademik naik.

PENUNJUK PELAKSANAAN
22. Wujud kerjasama antara sekolah dengan masyarakat, dan pihak luar

23. Sekolah disayangi oleh murid-murid, guru-guru,ibu bapa dan anggota masyarakat yang lain.
24. Guru-guru dan murid-murid berpadangan dan bersikap positif terhadap kegiatan kokurikulum. 25. Sokongan dan sambutan ibu bapa terhadap kegiatan kokurikulum yang dianjurkan ; pertandingan, perkhemahan dan gotong-royong memberangsangkan.

CABARAN
1. 2. 3. 4. 5. 6. Silap tafsir tentang kokurikulum Bidang kegiatan kokurikulum yang luas Kandungan kokurikulum Sumber kewangan yang terhad Kemudahan dan kepakaran Pertambahan tanggungjawab dan tugas

PENUTUP
1. Dasar-Dasar Utama dan Dasar-Dasar Sokongan Pelaksanaan Kokurikulum Di Sekolah perlulah direalisasikan dalam kerangka Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Lebih banyak penunjuk yang kuantitatif perlu dirumuskan untuk menghasilkan suatu penanda aras (benchmarking) bagi menentukan prestasi pelaksanaan kokurikulum yang lebih objektif dan komprehensif.

2.

You might also like