You are on page 1of 3

RAINBOW CAKE Rujukan : Zuraini Alias 3 cwn tepung gandum 4 sdk baking powder 1/2 sdk garam 1 cwn

butter ~ suhu bilik 2 cwn gula castor ~ kurangkan sebab manis 5 biji putih telor ~ suhu bilik 2 sdk esen vanila 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter Panaskan oven pada suhu 170C Ayakkan tepung, baking pwder dan garam ~ ketepikan Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih . Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan Masukkan esen vanila Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik. *Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung Kemudian bahagikan adunan sama banyak dalam 6 bekas berasingan *timbang setiap adunan supaya dia sama tebal bila dah siap di bakar Letakkan pewarna dalam setia bekas dan gaul rata Masukkan dalam loyang Bakar adunan tadi satu persatu dalam oven pada suhu 170C letrak pada rak bawah menggunakan api atas dan bawah dan bakar selama 15 ~ 20 minit atau sehingga kek benar-benar masak. Bila dah masak letak atas redai Tunggu dia sejuk sekejap dan kemudian terbalikkan Kemudia boleh lah teruskan membakar pada adunan yang lain satu persatu hingga siap 6 lapisan Jangan tindih2 kan kek bersama kerana kek mudah melekat dan nanti kek nampak comot dan tak cantik bila dia bertindih dan melekat antara satu sama lain. Bila kek dah sejuk ita potong lapisan atas kek yang keras supaya bila kita susun kek nampak rata dan sekata. Ita gunakan kaedah checkered untuk kek ni yang asalnya hanya lapisan selapi2 aje..

15359867 Picture Window template. Powered by Blogger.

RESEPI KEK RED VELVET MOIST resepi olahan oleh : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

*2 cawan tepung kek/superfine *2 sudu besar serbuk koko *1 sudu kecil baking powder *1 sudu kecil soda bicarbonat *1 sudu kecil garam 1 cawan buttermilk - resepi di bawah 1 cawan gula halus 1 sudu besar pewarna merah 1 cawan minyak masak 1/2 cawan air panas - hana tambah 2 sudu besar lagi 2 biji telur A esen vanila

Topping

250g cream cheese @ satu ketul 1/2 cawan whipping cream 1/2 cawan gula - hana letak 1/4cwn+1sb jer 1 sudu besar jus perahan lemon

Cara-cara

Sediakan buttermilk - Campurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka apple cider atau

cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit. Boleh juga guna yogurt sukatannya ialah 3/4cawan yogurt plain/original + 1/4 susu segar.

Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk. Ketepikan. Mangkuk lain, satukan gula, minyak dan juga telur. Pukul hingga kembang. Masukkan buttermilk, pewarna

merah dan esen vanila. Pukul lagi. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.

Lengserkan loyang dengan butter dan tepung, tuang adunan dan bakar 45minit. Kek ini boleh juga dikukus.

Sementara menunggu kek masak, sediakan topping. Putar semua bahan sehingga sebati kemudian sapu

pada kek. Sejukkan dahulu baru potong dan hidang.

You might also like