You are on page 1of 4

WASIAT ORANG BANGSAWAN

Watak Perwatakan Kemalawati -puteri bangsawan berketurunan raja-raja dari istana Deli Tua 1. Patuh pada perintah orang tua Contoh: Dia sanggup memutuskan percintaan dengan Anuar semata menurut kehendak keluarga yang mementingkan harta dan kedudukan. 2. Berfikiran matang Contoh: Dia sangat-sangat mencintai Anuar dan ingin mengahwininya tetapi membatalkan hasrat kerana bimbang tindakannya akan menjatuhkan maruah keluarga dan menyebabkan perpecahan keluarga. 3. Setia pada cinta pertama Contoh: Menolak pinangan orang lain kerana setia dan masih sayang akan Anuar, cinta pertamanya. 4. Berserah pada takdir Contoh: Bertawakal kepada Tuhan dan menyerahkan nasibnya pada takdir. 5. Seorang yang insaf Contoh: Dia insaf akan perbuatan dan kata-kata kasarnya yang telah menyingung dan menghiris dan menghiris hati Anuar 6 tahun yang lepas. 6. Seorang yang pandai memujuk Contoh: Dia memujuk Anuar berjumpa dengan bapanya yang sedang di rumah sakit.

Ini Chow Kid Road, Sudilah Mampir!


1. Berdasarkan cerpen ini dapat di gambarkan bahawa terdapat dalam kalangan wanita yang tidak ..?. Sebagai contoh, sejak dahulu lagi longkang-longkang di Chow Kid Road serinh kali tersumbat gara-gara sampah sarap yang di buang ke dalamnya termasuklah tuala-tuala wanita yang menjadi milik peribadi kaum Hawa. Hal ini dapat dibuktikan melalui petikan berikut lampin-lampin wanita tersangkut di longkang m/s 57 2. Wanita juga di gambarkam sebagai kaum yang lemah dan memerlukan perlindungan daripada kaum Adam. Contohnya , Heryanti berasa selamat apabila berjalan-jalan di seekitar Jalan Chow Kid Road bersama mat indon. Contoh petikannya ialah Kalau mas yang bawa saya mutar-mutar di sini, saya rasa selamat.Orang kenal dia. Mau motret pun tak genter m/s63 3. Selaim itu, terdapat juga imej wanita yang tidak bermaruah dan menjual kehormatan diri demi meneruskan kelansungan hidup. Buktinya , para sundal di dalam cerpen ini menawarkan perkhidmatan seks secara terbuka. Ada juga yang menanti pelanggan di muka-muka pintu rumah tumpangan kecil yang biasanya di tandai sebiji mentol berwarna merah. m/s65 4. Imej wanita berpendidikan tinggi juga ada di selitkan dalam cerpen hasil karya Malim Ghozali PK ini. Buktinya , watak Heryanti digambarkan sebagai seorang mahasiswa jurusan kewartawanan berasal dari Indonesia merupakan pelajar tahun akhir di salah sebuah kolej swasta. m/s 63

5. Wanita juga digambarkan sebagai masyarakat gelandangan yang hidup merempat. Hal ini terbukti apabila watak Sutinah mewakili masyarakat gelandangan yang tinggal di tepitepi longkang yang menjijikan dengan membina rumah sebagai tempat berteduh. m/s 59

Imej Wanita: Nilai Cinta Kami Watak Cik ( Isteri Pakcen )


1. Berdasarkan cerpen ini nilai watak yang dapat kita ialah seorang isteri yang di sayangi oleh suaminya. Sebagai contoh Cik sentiasa dipimpin oleh suaminya, Pakcen ketika berjalan besama-sama. (m/s 98) 2. Selain itu, sebagai seorang wanita atau pun isteri yang sentiasa prihatin serta mengambil berat terhadap suaminya. Contohnya Cik selalu ambil berat tentang kesihatan suaminya. (m/s 99) 3. Di samping itu, Cik juga di gambarkan memiliki sifat yang terpuji iaitu sabar dan tidak suka mengambil kesempatan. Contohnya walaupun sudah tua tetapi dia sanggup menunggu giliran seperti orang lain ketika di klinik. 4. Cerpen ini juga menceritakan tentang watak Cik yang taat kepada perintah tuhan. Contohnya Cik menjalankan tangungjawabnya sebagai wanita islam dengan menutup auratnya demi menjaga keharmonian dan maruah seorang wanita islam itu. 5. Akhir sekali, di perlihatkan watak Cik sebagai isteri yang taat kepada suaminya dimana kita dapat melihat Cik tidak pernah membantah kata-kata suaminya.

You might also like