You are on page 1of 8

P E R AYAAN

KAUM
IBAN
Salah satu masyarakat yang agak ramai di Sarawak adalah masyarakat Iban.
Dalam masyarakat Iban , perayaan gawai merupakan salah satu perayaan yang penting
bagi mereka. Perayaan gawai ini terbahagi kepada beberapa jenis antaranya Gawai Antu,
Gawai Kenyalang dan Pesta menuai.

Perayaan Gawai ( Pesta Menuai ) merupakan perayaan utama bagi suku kaum

Iban. Jenis-jenis Hari Gawai adalah seperti Gawai Burung, Gawai Batu Kenyalang, dan

Gawai Antu yang meyembah benda-benda yang terdapat di alam semesta ini. Antaranya

sambutan Hari Gawai Dayak yang dijalankan antara hari pertama dan kedua pada bulan

Jun adalah terpenting. Biasanya, Tarian Ngajat ditarikan dalam sambutan Hari Gawai

sebagai tanda kesyukuran dalam kehasilan menuai padi sepanjang tahun ini. Tuai rumah

merupakan orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan sambutan yang penting

ini. Perayaan Gawai juga tidak akan lengkap, sekiranya Tuak tidak dihidangkan.

Minuman yang diperbuat daripada ragi dan beras boleh didapati di rumah panjang.

Tarian Ngajat sangat popular di kalangan orang Iban di Sarawak.

Ngajat bagi orang-orang Iban adalah tarian semasa menyambut Gawai orang-

orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu ia
ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung.

Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan

sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat dari kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi

tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini tarikan dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah,

penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah

bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan

untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil

membawa tengkorak musuh.

Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri

dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan

menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat

seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu

alat bertali seperti gitar.

Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut di Sarawak oleh kaum

bumiputera Sarawak, terutamanya Iban dan Dayak. Gawai Dayak merupakan hari menuai

dan mula disambut secara besar-besaran semenjak 25 September 1964, apabila Gawai

Dayak diisytiharkan sebagai hari perayaan rasmi. Sambutan Gawai Dayak pada peringkat

negeri adalah pada 1 Jun 1965.

Gawai Dayak mempunyai beberapa upacara yang dijalankan di bandar dan rumah

panjang. Persembahan pelbagai makanan dan tuan di persembahkan kepada dewa padi

untuk hasil yang baik. Penyair akan membaca mentera yang khusus untuk upacara ini dan
melumur darah ayam jantan pada bahan persembahan.

Selepas upacara ini, perayaan Gawai Dayak akan bermula secara rasmi. Sebatang

pokok yang dikenali sebagai 'ranyai' akan didirikan di tengah ruang dan dihiasi dengan

makanan dan minuman. Mereka juga akan melawat kaum keluarga dan sahabat handai

yang dikenali sebagai 'ngabang'. Pakaian tradisi akan dikenakan, dan perhiasan manik

orang ulu akan dikeluarkan untuk dipakai pada hari itu. Perawan Iban pula akan

mengenakan perhiasan perak tradisi. Pesta Gawai Dayak ditutup berakhir dengan

penurunan pokok ranyai tersebut.

Peralatan muzik tradsional masyarakt Iban adalah terdiri

daripada Tawak ( gong ), Bendai, gendang. Peralatan muzik

tersebut digunakan semasa melakukan tarian ngajat.

Disamping itu peralatan muzik itu juga turut digunakan

semasa melakukan beberapa upacara adat resam antaranya

ialah upacara perkahwinan, semasa pindah ke rumah

panjang yang baru dan semasa upacara menamakan anak.

Salah satu indentiti masyarakat Iban menjadi pelambangan mereka semua adalah

tarian ngajat. Keunikan dalam setiap persembahan tarian ngajat inilah menjadikan suku

kaum ini terlalu istimewa dan tersendiri. Keindahan tarian ngajat yang terdapat dalam

masyarakat ini adalah unik dan asli kerana ianya merupakan satu indentiti komuniti Iban

yang penuh dengan dunia mistik dan keajaiban serta membezakan kaumnya dari suku-

suku kaum pribumi lain di Sarawak.

Tarian ngajat dibahagikan kepada pelbagai jenis tarian ngajat iaitu ialah Ngajat

Lesong, Ngajat Bunuh, Ngajat Induk, Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ),
Ngajat Pua Kumbu dan Ngajat Kuta ( persembahan ngajat Tradisional ). Tarian biasanya

di persembahkan semasa meraikan kejayaan atau menyambut kepulangan pahlawan-

pahlawan Iban yang baru balik dari medan perang dan juga meraikan kejayaan hasil dari

cucuk tanam mereka yang merujuk kepada tanaman padi.

Ngajat berbunuh yang di persembahkan oleh kaum lelaki dari masyarakat

berkenaan, tarian ini merupakan satu peniruan atau pengulangan yang di lakukan oleh

mereka sebagaimana yang yang mereka lakukan semasa menghadapi musuh-musuh

ketika mereka mengadakan aktiviti harian seperti memburu.

Ngajat Induk pula merupakan persembahan yang

di persembahkan oleh golongan wanita yang

memaparkan kelembutan dan kehalusan seni

budaya serta adat istiadat masyarakat pribumi

itu sendiri. Gerak tari yang di persembahkan

mempunyai maksud yang tersirat serta

menggambarkan aktiviti harian masayarakat Iban.

Tarian yang di persembahkan adalah seperti

membuat kraftangan tradisional iaitu menenun

pua kumbu. Selain itu kreatif menghasilkan

kraftangan yang berasaskan manik.

Kita boleh melihat pakaian tradisional bagi masyarakat Iban khususnya kaum wanita

yang kaya dengan keindahan dan kehalusan seni kraftangan tradisi mereka. Sebagai

contoh Marik Empang yang digunakan oleh penari wanita masyarakat Iban.
Tarian Ngajat Lesong merupakan tarian yang di persembahkan oleh golongan

lelaki sahaja. Persembahan ngajat jenis ini hanya di benarkan untuk di tarikan oleh kaum

lelaki kerana ianya memerlukan penari lelakinya untuk menari sambil menggigit lesong.

Kekuatan dan kegagahan yang di tunjukkan dalam persembahan tarian ngajat jenis ini

hanya sesuai di persembahkan oleh golongan lelaki sahaja.

Ngajat Ngalu Temuai ( menyambut tetamu ) dipersembahkan bagi tujuan

menyambut kedatangan tetamu khas yang datang. Biasanya tarian ini di persembahan

ketika upacara perasmian atau pembukaan sesuatu majlis rasmi yang di hadiri oleh

banyak tetamu-tetamu terhormat dan orang ramai.

Ngajat Kuta pula merupakan jenis tarian persembahan ngajat yang

menggabungkan penari lelaki dan perempuan. Biasanya diadakan bagi upacara sambutan

seperti perasmian sesebuah persembahan kebudayaan dan sebagainya. Tarian ini berbeza

daripada tarian Ngajat Pua Kumbu yang merupakan salah satu daripada jenis

persembahan yang terdapat dalam tarian ngajat. Persembahan ngajat jenis ini lazimnya di

persembahkan oleh golongan wanita. Memandangkan nama tarian ini ialah Pua Kumbu

jadi sudah pasti para penarinya akan menari tarian ngajat sambil membawa kain pua

kumbu sebagai props dalam persembahan mereka.


Dari segi kostum dan aksesori yang di gunakan ialah hiasan kepala (kerapu perak)

headgear yang di perbuat daripada tembaga yang bewarna perak di hiasi dengan bulu

burung kenyalang, bulu burung Tajai dan bulu burung Ruai dan mengandungi ukiran

flora di sekeliling hiasan kepala. Gagong merupakan nama sejenis pakaian pahlawan atau

penari lelaki yang di perbuat daripada kulit binatang yang masih terdapat bulu dari kulit

itu tadi. Biasanya kulit itu diperolehi daripada binatang buruan mereka seperti beruang.

Baju tenung ( wawan attire ) pula merupakan baju

burung yang bermotifkan hiasan atau ukiran

burung, baju sampang , baju buri ( yang di hiasi

kulit tiram yang besar). Sirat merupakan sejenis

kala cawat yang berukuran lebih kurang 30 kaki dan

berwarna merah, hitam, biru tua, putih, coklat dan

di hiasi dengan bintik-bintik pada kain tersebut.

You might also like