Jauhkan tangan anda daripada mata pisau atau pemotong yangtajam seperti pahat atau alat-alat lain yang tajam.pastikan matatajamnya dihalakan kebawah ketika membawanya.
Susun perkakas diatas meja kerja, jangan sesekali takuk atau ketuk dengan alat-alat tajam pada muka meja
Jangan sesekali menjatuhkan atau membuang alat tidak tentu arahdan jangan cuba menangkap alat tajam yang hendak jatuh.
Jangan bermain –main atau bergurau dengan alat-alat yang tajam.
Jangan sesekali berlari dan bermain serta bergurau didalambengkel.
Selalu berhati-hati dengan kerja yang dianggap mudah sepertimenukul paku. Jika tidak berhati-hati tangan anda yang kena tukul
Apabila membawa kayu yang panjang hendaklah pastikan kedua-duabelah hujung tidak mengganggu atau terkena benda lain.
Jika didalam bengkel itu menggunakan garisan samada putih ataukuning, hendaklah digunakan bagi keselamatan.
Selalu berkerjasama diantara satu dengan lain terutama apabilamengangkat bahan-bahan yang berat serta mengangkat dengancara yang betul.
Jika hendak menggunakan jentera di bengkel,minta kebenaranterlebih dahulu daripada pengajar atau penjaga yang berkenaan.
Semua meja kerja mestilah cukup kuat terutama pada sambungan –sambungan juga perlu bersih sebelum dan sesudah digunakan.
Ragum meja hendaklah disapu minyak selepas kerja dan kuncidengan rapat agar tidak menggangu orang yang sedang berjalan.
Hanya alat-alat yang perlu digunakan sahaja dibawa keluar dari petialat dan disusun dengan betul.
Alat-alat yang telah digunakan hendaklah disimpan semula ditempatasalnya dengan baik dan bersih serta disapu minyak.
Semua kayu-kayu yang tidak diperlukan atau digunakan disimpansemula ditempat asalnya
Jangan tinggalkan alat-alat dan bahan-bahan bersepah diataslantai,tempat kerja luar dari bengkel,dikaki lima atau ditempat lain.
Leave a Comment