You are on page 1of 11

BAB 1

KONSEP ASAS HUBUNGAN ETNIK



Selepas mempelajari bab ini pelajar dapat:
1. Mendefinisikan konsep asas hubungan etnik
2. Menjelaskan peringkat-peringkat hubungan etnik.
3. Mengaplikasi konsep integrasi etnik dalam konteks kehidupan
masyarakat majmuk Malaysia.


1.1 Pendahuluan

Bab ini akan membincangkan beberapa konsep penting dan aplikasinya
dalam mewujudkan hubungan harmoni antara etnik di Malaysia. Antara
konsep penting termasuklah konsep etnik, masyarakat, budaya, integrasi dan
sebagainya.

Bab ini juga akan membincangkan peringkat-peringkat hubungan etnik yang
dikemukakan oleh para pengkaji masyarakat dan aplikasinya dalam konteks
negara kita Malaysia

1.2 Konsep etnik, budaya dan masyarakat.

1.2.1 Masyarakat

Kamus Dewan : Masyarakat (society) dapat didefinisikan sebagai kumpulan
individu yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara
tertentu.

Jaringan perhubungan antara individu dalam sesebuah masyarakat
khususnya melalui hubungan bersemuka yang berulangkali akan membina
kesepaduan masyarakat sebagai satu unit sosial.

Seterusnya perhubungan yang erat tersebut akan membentuk sistem sosial
seperti berkongsi kebudayaan, adat, nilai, undang-undang dan sebagainya,
contoh : budaya gotong royong, nilai ziarah menziarahi, sama-sama
merayakan hari kebesaran dan sebagainya.

Jelasnya, masyarakat adalah sekumpulan insan yang berkongsi budaya,
memduduki satu-satu kawasan dan kewujudan mereka adalah sebagai satu
entiti yang bersatu padu.
Dari keterangan di atas dapatlah dikatakan bahawa Malaysia adalah sebuah
negara yang mempunyai masyarakat berbilang bangsa atau masyarakat
majmuk.

Masyarakat Majmuk

Istilah masyarakat majmuk dipelopori oleh J.S Furnivall menerusi kajiannya
mengenai masyarakat Indonesia dan Myanmar.

Menurut beliau masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri dari
pelbagai etnik. Masing-masing mempunyai agama, kebudayaan, bahasa dan
adat resam. Walau pun mereka hidup di bawah satu sistem politik, namun
mereka menjalani kehidupan secara berasingan. Interaksi di antara mereka
adalah amat sedikit dan amat terbatas. Interaksi wujud hanya dalam bidang
ekonomi seumpama ketika proses jual beli di pasar sahaja. Seterusnya
pemisahan tersebut berlarutan sehingga di bidang pekerjaan, di mana bidang
pekerjaan adalah mengikut etnik atau kaum tertentu.

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk.
Penduduknya terdiri dari pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, Kadazan,
Bajau, Iban dan sebagainya. Pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia
adalah disebabkan oleh perkembangan industri bijih timah dan getah yang
pesat di sekitar abad ke 19.

Walau pun etnik ini tinggal di dalam sebuah negara dan di bawah satu sistem
politik (pemerintahan penjajah British), namun masing-masing tetap dengan
tradisi, identiti, adat resam, budaya, agama mereka. Senarion ini dapat dilihat
dalam sambutan hari kebesaran etnik masing-masing hari ini.

Ciri-Ciri Masyarakat

Berkelompok
Masyarakat tidak akan wujud tanpa kehidupan secara berkelompok. Adalah
mustahil seseorang individu mampu menyediakan keperluan hidupnya tanpa
bergantung pada individu lain. Oleh itu kehidupan berkelompok membolehkan
satu anggota masyarakat berinteraksi dengan anggota yang lain dan
bergantung hidup dengan anggota masyarakat yang lain.

Berbudaya
Interaksi antara anggota masyarakat akan melahirkan budaya, umpamanya
budaya makan dengan tangan bagi orang Melayu. Budaya ini akan
diperturunkan dari satu generasi kepada satu generasi.

Berinteraksi
Syarat utama wujudnya sesebuah masyarakat ialah terdapatnya
perhubungan, interaksi dan bekerjasama di antara anggota masyarakat.
Perhubungan, interaksi dan bekerjasama ini boleh berlaku secara lisan atau
tidak lisan.
Mengalami perubahan
Sesebuah masyarakat adalah tidak statik dan pasti mengalami perubahan.
Perubahan tersebut belaku disebabkan faktor-faktor yang berasal dari
masyarakat itu sendiri. Sebagai contoh penemuan ubat-ubatan moden kini
telah merubah kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu dari perubatan
tradisional kepada perubatan moden.

Mempunyai kepimpinan
Setiap masyarakat mesti wujud sistem politik dan kepimpinan. Ia wujud di
pelbagai peringkat sama ada kepimpinan peringkat rendah, sederhana
mahupun tinggi. Sebagai contoh bapa adalah pemimpin keluarga, penghulu
adalah pemimpin kampung dan Perdana Menteri pemimpin negara.

Mempunyai aturan sosial
Setiap masyarakat mesti mempunyai aturan sosial yang berupa peraturan dan
undang-undang. Ia berfungsi menunjuk ajar dan mengawal pergerakan
anggota masyarakat.

1.2.2 Budaya
Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang
merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti
atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal
manusia. Di dalam pengertian yang luas pula bermaksud segala sesuatu yang
dibawa atau dikerjakan oleh manusia, berlawanan dengan "perkara semula
jadi"' yang bukan diciptakan atau boleh diubah oleh manusia.

Kamus Dewan (2005) Budaya adalah kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya (Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005).

Menurut Edward B. Taylor, budaya adalah satu konsep menyeluruh yang
mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-
undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi
oleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Jelasnya di sini budaya adalah suatu cara hidup yang diamalkan oleh satu-
satu kumpulan insan. Ia merangkumi sistem politik, ekonomi, sosial,
kepercayaan, adat, nilai dan sebagainya.

Ciri-ciri budaya:

Boleh dipelajari
Ia tidak lahir dengan sendiri, oleh itu mesti dipelajari. Ibu bapa mengajar
anaknya bagaimana cara makan, minum, berkomunikasi dengan orang yang
lebih tua dan sebagainya.

Boleh diwarisi
Ia boleh diperturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi. Budaya
rakyat Malaysia (Melayu, Cina dan India) hari ini merupakan warisan dari
nenek moyang mereka dahulu.

Boleh dikongsi
Ia bukan dihadkan kepada satu-satu etnik sahaja, tetapi boleh diamalkan juga
oleh etnik lain. Umpamanya makan nasi lemak, roti canai, nasi ayam yang
sudah menjadi budaya rakyat Malaysia.

Boleh berubah-ubah
Budaya adalah tidak statik, tetapi berubah-ubah mengikut kesesuaian zaman,
masa dan tempat. Sebagai contoh sebelum merdeka kebanyakan rumah
beratap nipah, dan berubah kepada atap genting dewasa ini. Dulu ekonomi
masyarakat Malaysia kebanyakannya berteras ekonomi sara diri dan telah
berubah kepada ekonomi kapitalis.

Bersifat sejagat
Ia wujud dalam semua kelompok manusia, umpamanya budaya menghormati
alam sekitar. Walau bagaimana pun budaya ini berbeza antara satu etnik
dengan etnik lain disebabkan oleh nilai setempat, pengaruh luar, agama dan
sebagainya

Mempunyai unsur simbolik
Unsur-unsur berupa imej (bendera, warna, logo, lambang dan sebagainya),
bunyi (siulan, bunyian alat muzik ), isyarat, ( isyarat tangan, muka dan
sebagainya) mempunyai makna tertentu kepada anggota masyarakatnya.

1.2.3 Etnik

Etnik : kelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam.
Ini termasuk adat resam, kegiatan ekonomi, bahasa dan pakaian.

Ras : ras adalah merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai ciri
persamaan dari segi fizikal seperti warna kulit dan sifat-sifat biologi.

Pengkaji barat, Carl von Linne mengkategorikan manusia kepada:
a) Caucasoid (putih)
b) Negroid (hitam)
c) American (merah)
d) Mongoloid (kuning)
1.2.4 Bangsa

Bangsa : Merujuk kepada kelompok manusia yang mempunyai asal usul atau
keturunan yang sama.
Biasanya konsep bangsa digunakan untuk menggambarkan bilangan anggota
etnik yang besar dalam satu-satu kelompok. i.e. bangsa Cina, Melayu, India
dan lain-lain.

Pada peringkat lebih tinggi dalam konteks Malaysia, bangsa menggambarkan
anggota etnik yang lebih besar yang mana di bawahnya terdapat kelompok
etnik. i.e Melayu, Cina, India dsb.

Sistem Nilai Yang Lahir Dari Konsep Asas Hubungan Etnik

Etnisiti : Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik. Sejarah, nilai, sikap dan
tingkah laku yang sama yang menyatukan mereka.

Etnosentrisme : Kepercayaan dan kebanggaan yang wujud di kalangan
anggota sesebuah kelompok bahawa kehebatan cara hidup, budaya warisan
serta etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dari kelompok lain.

Kepercayaan begini akan membawa beberapa implikasi:
a) Menolak apa-apa yang baik yang terdapat dalam budaya lain
b) Mencetuskan persengketaan senyap kerana budaya etnik lain dianggap
mengganggu dan meruntuhkan martabat manusia
c) Sukar untuk mewujudkan persefahaman antara etnik kerana sikap ego
dan kebanggaan yang melulu
d) Menjadikan cara hidup dan kebudayaan sendiri sebagai piawai untuk
mengukur cara hidup dan budaya etnik lain
e) Enggan mengetahui cara hidup dan budaya etnik lain sehingga
menjadikan mereka seperti katak di bawah tempurung.

Rasisme : Pandangan pemikiran dan kepercayaan negatif sesuatu kelompok
terhadap kelompok lain berdasarkan fizikal atau biologi.

Diskriminasi : Perbuatan membezakan seseorang individu atau kelompok
berasaskan ciri-ciri etnik.

Prejudis : Pandangan negatif terhadap kelompok lain. Ianya dibuat
berdasarkan generalisasi dan prasangka sahaja.

Dalam konteks hubungan etnik ianya berlaku apabila satu etnik memandang
rendah terhadap etnik lain. Kesan prejudis dapat dilihat bilamana satu etnik
berlumba untuk mendapat sesuatu yang terhad baik dari segi politik, ekonomi,
sosial dan sebagainya.

Streotaip : Ia terbentuk daripada sikap prejudis terhadap etnik-etnik lain.
Walau pun sesuatu perlakuan itu dilakukan oleh sekumpulan kecil etnik, tetapi
kerana sikap prejudisnya maka ia dianggap seluruh etnik tersebut mempunyai
perlakuan yang sama.

Oleh itu stereotaip bolehlah didefinisikan sebagai gambaran berlebih-lebihan
tentang perlakuan samada ianya positif mahupun negatif terhadap satu-satu
kumpulan.

Contohnya penulis barat mengatakan: kekayaan yang dimiliki oleh orang
Cina kerana kerjas keras mereka, manakala kemiskinan orang Melayu adalah
kerana sikap malas dan boros mereka. Pandangan streotaip orang Melayu
terhadap orang Cina: Orang Cina adalah pengotor,

1.2 Konsep perpaduan dan integrasi.

Definisi integrasi: Satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional di
kalangan kumpulan-kumpulan yang terpisah dari segi kebudayaan, sosial,
ekonomi dan petempatan dalam sesebuah unit politik.

Integrasi sosial adalah proses menyatu padukan berbagai kelompok dalam
masyarakat melalui satu identiti bersama dengan menghapuskan perbezaan
identiti masing-masing.

Jelasnya bahawa integrasi akan wujud dalam sesebuah masyarakat apabila
ahlinya menerima ciri ahli yang lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal
usul ras mereka. Ianya akan melenyapkan sikap prasangka, diskriminasi
terhadap satu sama lain.

Istilah integrasi sosial ini adalah cetusan idea seorang ahli sosiologi British
David Lockwood di dekad 1950an dalam usaha beliau mencari formula
keamanan dan keharmonian bagi sesebuah masyarakat yang berbilang etnik.

Menurut Shamsul Amri integrasi etnik dapat diklasifikasikan kepada beberapa
Jenis, antaranya:
a) Integrasi wilayah : Mengurangkan jurang perbezaan antara wilayah
dalam konteks ekonomi, politik, sosial dsb.
b) Integrasi ekonomi : Mengurangkan jurang ekonomi antara kumpulan etnik
c) Integrasi kebudayaan : Usaha menyatukan budaya pelbagai etnik
sehingga menjadi budaya kebangsaan.
d) Integrasi sosial : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-
program sosial.
e) Integrasi pendidikan : Usaha menyatupadukan rakyat melalui program-
program pendidikan.
f) Integrasi politik : Usaha menyatupadukan rakyat melalui kerjasama politik
dan melalui konsep pembahagian kuasa.
g) Perpaduan : Satu proses menyatupadukan seluruh anggota masyarakat
dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga
akan tanah air.
Jelasnya perpaduan adalah melibatkan penyatuan masyarakat dalam semua
aspek kehidupan baik fizikal, ekonomi, politik dan sosial.

Perpaduan adalah penting bagi mewujudkan kestabilan politik yang mana
akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan pembangunan negara.

1.3 Kepelbagaian etnik di Malaysia.
1.3.1 Pendahuluan
Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi
bersama dan berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan
geografi tersendiri, bersepadu sebagai satu kelompok dan melihat diri mereka
berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat saling berinteraksi dan
berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang sama.
Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi
Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India.

1.3.2 Masyarakat Pribumi (Melayu, Sabah dan Sarawak)
Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naif/naive
(setia) kepada wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah
negara. Konsep pribumi secara khusus pula merujuk kepada penduduk asal
Malaysia yang terdiri daripada orang melayu dan orang asli di Semenanjung
Malaysia serta kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak. Pada tahun
2000, penduduk Pribumi meliputi 65 peratus daripada jumlah penduduk
Malaysia dan dianggarkan sebanyak 14.35 juta mengikut komposisi penduduk
Malaysia. Pada tahun 2005, jumlah penduduk Pribumi telah bertambah
kepada 65.9 peratus daripada jumlah penduduk Malaysia dan dianggarkan
sebanyak 16.06 juta.

1.3.3 Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia
Masyarakat Pribumi di Semenanjung Malaysia meliputi orang Melayu dan
orang asli. Orang asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito,
Senoi dan Melayu Asli atau Melayu-Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada
suku bangsa Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai, Mendrig dan Bateq. Kumpulan
Senoi terdiri daripada suku bangsa Temiar, Semai, Semoq Beri, Che Wong,
Jah Hut dan Mahmeri. Kumpulan Melayu Asli dan Melayu-Proto terdiri
daripada suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala,
Orang Seletar dan Orang Laut.

1.3.4 Masyarakat Pribumi di Sabah
Masyarakat di Sabah terdiri daripada empat kelompok utama seperti Kadazan
Dusun mewakili 24.8 peratus daripada jumlah populasi masyarakat Sabah
diikuti kategori pribumi lain sebanyak 20.6 peratus, Bajau 18.5 peratus dan
Melayu 18.5 peratus. Masyarakat Pribumi di Sabah dikatakan berasal
daripada Tanah Besar Asia yang bertutur dalam kelompok bahasa
Austronesia. Masyarakat Pribumi di Sabah adalah Kadazan / Dusun, Murut,
Lun Dayeh, Bisaya, Bajau, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun
dan Suluk.

1.3.5 Masyarakat Pribumi di Sarawak
Di Sarawak etnik Dayak, Melayu dan Melanau berjumlah 73.2 peratus
daripada 2.181 juta orang penduduk Sarawak. Etnik Dayak mewakili 44.3
peratus daripada jumlah penduduk diikut oleh etnik Melayu sebanyak 23.2
peratus dan Melanau sebanyak 5.7 peratus. Masyarakat Pribumi di Sarawak
adalah Bidayuh, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit, Murut dan Lun
Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah.

1.3.6 Masyarakat Cina
Menurut sejarah, Masyarakat Cina mula bertapak di Malaysia pada zaman
Keagungan kerajaan kerajaan Melayu Melaka. Petempatan awal orang Cina
adalah di Melaka. Pada tahun 1403, Laksamana Yin Ching mengetuai
rombongan di Melaka membawa permintaan Parameswara kepada Maharaja
China memohon untuk bernaung di bawah perlindungan negara China. Pada
tahun 1405, utusan dari China diketuai Laksamana Cheng Ho membawa
perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka
oleh maharaja China. Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan
yang masyhur.

Kegemilangan Melaka menyebabkan maharaja China menghantar puterinya
iaitu Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan sultan Melaka iaitu Sultan
Mansur Syah. Puteri Hang Li Po bersama pengikutnya kira-kira 500 orang
telah disambut baik oleh sultan Melaka dan kesemuanya memeluk agama
Islam. Dipercayai Puteri Hang Li Po dan pengikutnya menetap di suatu tempat
dalam daerah Melaka yang dihadiahkan oleh sultan. Kawasan petempatan
dinamakan Bukit Cina. Perkahwinan sekufu dan silang budaya masyarakat
Cina telah meningkatkan hubungan diplomatik di antara negara China dengan
Melaka serta mewujudkan masyarakat Cina terawal di Melaka khasnya dan di
negara ini amnya.

Mengikut catatan sejarah, masyarakat Cina di Malaysia berasal dari China
Selatan iaitu dari wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Kelompok utama
etnik Cina adalah Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam.
Kemasukan etnik Cina di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang
diperkenalkan sejak tahun 1848 hingga 1914. Selepas tahun 1914, majoriti
kemasukan orang-orang Cina adalah secara persendirian. Etnik Cina aktif
sebagai pekerja lombong (di kawasan Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Ampang,
Seremban dan lain-lain) dan membuka kedai runcit.

1.3.7 Masyarakat India
Mengikut catatan sejarah, masyarakat India di Malaysia berasal dari India
Selatan (Tamil Nadu). Kelompok utama etnik India adalah Tamil, Malayani,
Telugu dan Sikh. Kemasukan etnik India di Malaysia dipercayai melalui sistem
Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1880an hingga 1910. Pada tahun
1891, terdapat 75,000 orang India di Tanah Melayu dan jumlah ini telah
meningkat kepada 471,536 orang pada tahun 1921. Etnik India aktif sebagai
buruh ladang getah dan pekerja kemudahan asas (buruh pembinaan) seperti
membina jalanraya dan keretapi.
1.4 Pluraliti menurut perspektif Islam.

Menurut Islam, manusia walaupun berlainan bangsa, kulit, bahasa dan agama
adalah berasal dari keturunan yang sama iaitu Adam a.s. Ini dinyatakan oleh
Allah swt:
?o.O ,=v).+o- Bie0s( 2e9 t?v4 u(o=(Zu~O(
#-9:vq_7t~Me BieC uu.+o~N u#-9.7to(c #-9.9qe e
uuHu=(+o~N| 'u#Ht /t_ .+B.+o- u9o)o(
Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan
Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-
baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebih-lebihnya atas banyak
makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan. (al Isra:70)

Dalam Islam, Islam juga tidak membezakan antara seseorang dengan
seseorang yang lain berdasarkan warna kulit, etnik dan sebagainya. Sabda
Rasulullah saw:

Tidak ada kelebihan bangsa Arab ke atas bangsa Ajam dan tidak ada
kelebihan bangsa Ajam ke atas bangsa Arab.

Sehubungan dengan itu Rasulullah pernah memarahi Abu Zarr apabila Abu
Zarr menghina Bilal dengan mengatakan wahai anak hitam. Sabda
Rasulullah saw Apakah engkau menghinanya kerana ibunya?,
sesungguhnya pada diri mu itu terdapat sifat-sifat jahiliyah (Sahih Bukhari)

Seterusnya Islam menganjurkan supaya umat Islam mewujudkan hubungan
yang mesra antara umat manusia sepertimana firman Allah: Hujurat : 13
c_ ,7e t=eA #-!v )e| 4 &?.)o93'N| #-! e+
&2}tBt3'/| )e| 4 9eIt\-u(\u)#( uo7t-!_~ v'\u/-
u\=(+o~3'N| u&Po4 o.9 Bie ,=v).+o~3'/ )eP+- #-9Z-
t~+kt-
Terjemahan: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai
bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah
mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di
sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi
Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Surah
Hujurat : 13).

You might also like