You are on page 1of 2

Lasagna

March 6, 2008

1)Sebelum itu panaskan ketuhar dengan kepanasan 200C. Selepas itu, sapu rata kesemua permukaan loyang bakar dengan sedikit marjerin. Kemudian masukkan sos Bchamel sehingga meliputi permukaan loyang bakar tadi. Klik link sos Bchamel untuk mendapatkan resipinya.

2)Sekarang, letakkan kepingan pasta lasagna di atas sos Bchamel tadi.

3)Masukkan sos bolognese dan diikuti dengan sos Bchamel di atas kepingan pasta lasagna tadi. Lepas itu taburkan parmesan cheese ataupun cheddar cheese.. ikut suka anda . Untuk resipi sos

bolognese

4)Lepas itu, ulang proses tadi, letakkan kepingan pasta lasagna menutup permukaan sos-sos tadi.

5)Akhir sekali, masukkan sos Bchamel sehingga menutup kesemua permukaan pasta dan taburkan cheese ke atasnya. Kemudian bakar di dalam ketuhar dengan kepanasan 200C selama 20-30 minit.

You might also like