You are on page 1of 15

Nama:Shamsyul Iqram B.

Rosli Kelas:4 Bestari No IC:970705-02-6129

Bil. Isi Kandungan

Muka Surat

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Penghargaan Pendahuluan Riwayat Hidup Tokoh Sifat Peribadi Tokoh Pendidikan Sumbangan Pengaruh Penutup Soalan

PENDAHULUAN
Saya Shamsyul Iqram B.Rosli dengan nombor kad pengenalan 970705-02-6129 dari kelas 4 Bestari menjalankan sebuah kajian untuk kerja kursus Pendidikan Agama Islam yang bertajuk Tokoh-tokoh Islam. Kajian ini telah diberikan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya, __________________. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah supaya tidak lari daripada tuntutan kajian yang asal. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 2 minggu.

PENGHARGAAN

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Saya Shamsyul Iqram B.Rosli dari kelas 4 Bestari bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat menyiapkan folio yang ditugaskan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya, ________________________. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Pendidikan Agama Islam saya, _______________________ kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Encik Rosli B. Mansorserta Puan Roslena Bt. Abdullah Sani kerana telah membantu saya dari segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal . Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya dari kelas 4 Bestari kerana telah menolong dan menyokong saya sepanjang menyiapkan folio ini.

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.

Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis. Beliau juga berpesan : Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti

NOTE: ( Ramai yang tidak mencatatkan nama mursyid tarbiah ruhani bagi Imam As-Syafie kerana nak menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu fiqah dgn tasauf, guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi. Untuk ma'aluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid punyai mursyid dlm ilmu tarbiah ruhani.

Imam Abu Hanifah gurunya Imam Jaafar Shodiq. Imam Malik pula gurunya Imam Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki manakala bagi Imam Ahmad pula gurunya ialah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua Imam-imam agung dari ke empat mazhab ada guru khusus mereka dalam tasawuf...hanya orang orang yg bodoh sahaja menganggap Tasawuf & Tarbiah Ruhani berasal dari Hindu-Buddha. ALLAHU ALIM! )

Antara pujian atau pandangan ulamak-ulamak lain kepada Imam Syafie ialah:

Imam Malik bekas gurunya pernah berkata:

Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam Syafie

Imam Ahmad Bin Hambal berkata:

Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh.

Beliau juga berkata:

Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie .

Kata Imam Ahmad lagi:

setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie

Imam Muhammad al-Hakam berkata:

Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie.

Beliau berkata lagi:

Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul Fiqah selain dari Imam Syafie

Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali.Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi. Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya sendiri. Ibunya mengajar beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal Al-Quran.

Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun.Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya.Apabila Imam Ismail ada urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar disitu!

Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah berguru dengan Masab bin Zubair seorang penyair terkenal.Dalam masa 3 bulan saja, Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail. Pernah suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan kawan-kawannya, lalu mengalahkan gurunya Mas'ab pula.

Imam Syafie berguru pula dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya.

Selepas itu Imam Syafie berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji dalam bidang Feqah pula.Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan dibenarkan mengajar serta memberikan fatwa pula.Namun Imam Syafie masih merasakan kurang ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula.

Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera.Selepas itu Imam Syafie terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.

Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah.Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.

Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Hanafi iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof.Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Hanafi dalam masa 3 hari

saja telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana biasanya murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.

Imam Syafie juga belajar ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman beliau berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.

Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun arRashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai .Mereka juga dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.

Walau bagaimanapun dengan izin Allah swt Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal. Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie, yang membuatkan hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah Firman ALLAH swt dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud :

Hai orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita,periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu

Itulah diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat beliau belajar yang tidak dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu. Pernah suatu masa Imam Malik memuji beliau dengan berkata :

Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya!

sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata:

Sesiapa

yang

mempelajari

Quran,

besar

harga

dirinya.Siapa

yang

mempelajari

hadis,

tinggi

martabatnya.Siapa yang mempelajari bahasa,lembut hatinya.Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya.

Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya.

Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zaharah.

Semasa Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri Iraq, beliau telah mengarahkan ketua tentera Mesir Badr bin Abdullah menggali dan memindahkan kubur Imam Syafie ke Baghdad. Setelah digali mereka menemui batu bata yang tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka memecahkan batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat harum dari dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang pengsan. Bila perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu, maka beliau pun membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada tahun 608 Hijrah, sebuah Kubah telah dibina .Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama hebat ini terus dikunjungi orang ramai hingga kini.

Antara kata-kata menarik Imam Syafie:

1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh.

2.Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

3.Hati adalah Raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebathilan.

[Artikel diatas saya sunting dari buku : Imam Syafie Pejuang Kebenaran; ditulis oleh Abdul latip Talib]

Dibawah ini saya siarkan 10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama :

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqadakan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada ALLAH s.w.t., sabar menerima bala dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU." ~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w. h Khairan, (Semuga Allah SWT memberi balasan yang baik kepadamu)

Al Imam as Syafie Rahimahullah


RIWAYAT HIDUP i. Muhammad b Idris b Usman al Abbas b Usman Syafi b as Saib ii. Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib. iii. Keturunan Quraisy, berhubungan dengan Rasulullah, ibu bapa berasal dari Mekah iv. Lahir: Ghazah, Palestin, 150H, bapanya sudah meninggal dunia v. Digelar as Syafie sempena nama moyangnya vi. Meninggal dunia: 204H, Mesir, 54 tahun Masihi ketika berusia 54 tahun vii. Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "MazhabSyafie". SIFAT PERIBADI i. Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi. ii. Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan. iii. Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan. iv. Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung. v. Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya. vi. Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manfaat. vii. Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang. viii. Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan. PENDIDIKAN i. Imam as-Syafie rahimahullah mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun,beliau hafazAl-Quran. ii. Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun. iii. Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan. iv. Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram. v. Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran. vi. Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: i.1/3 malam untuk berehat. ii.1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan. iii.1/3 malam untuk beribadat. vii. Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam. SUMBANGAN i. Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran, hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah. ii. Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum. Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur

termasuklah bidang dalam usulfikah; kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hokum daripada Al-Quran dan hadis.Kitab-kitab tersebut ialah: a.Abtal Al-Istihsan. b.Ahkam Al-Quran. c.Ar-Risalah. d.Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab tersebut ialah; i.Al-MukhtasaAl-Kabir. ii.Al-Mukhtasar as-Saghir. iii.Al-Farid. iv.Al-Umm. e.Dalam bidang hadis; beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis- hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah; i.Al-Masnad. ii.Al-Amali. iii.Ikhtilaf Al-Hadis. f.Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang member sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam. g.Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

PENDAHULUAN
Saya _________________________ dengan nombor kad pengenalan ___________________dari kelas ___________________ menjalankan sebuah kajian untuk kerja kursus Pendidikan Agama Islam yang bertajuk Tokoh-tokoh Islam. Kajian ini telah diberikan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya, _________________________. Kajian ini juga dilakukan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah supaya tidak lari daripada tuntutan kajian yang asal. Tempoh masa yang diberikan adalah selama 2 minggu.

PENGHARGAAN
Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, Saya ____________________ dari kelas __________ bersyukur ke hadrat Ilahi akhirnya dengan berkat dan nikmat-Nya saya dapat menyiapkan folio yang ditugaskan oleh guru Pendidikan Agama Islam saya, ________________________. Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru Pendidikan Agama Islam saya, _______________________ kerana telah memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Encik __________________ serta Puan ____________________ kerana telah membantu saya dari segi kewangan serta sokongan mental dan fizikal . Akhir sekali, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya dari kelas ___________ kerana telah menolong dan menyokong saya sepanjang menyiapkan folio ini. Semoga Allah s.w.t membalas jasa baik anda semua.

KAEDAH KAJIAN
Internet Saya telah menggunakan kaedah melayari laman sesawang untuk mencari dapatan kajian. Kaedah ini ternyata berkesan kerana ianya mudah untuk didapati dan disalin semula. Buku Teks Saya telah menggunakan buku teks Pendidikan Agama Islam Tingkatan 4 sebagai bahan rujukan. Kaedah ini dilakukan bertujuan supaya segala isi kandungan tokoh tidak lari daripada yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

OBJEKTIF KAJIAN
Menghuraikan riwayat hidup tokoh semenjak kelahirannya sehingga kematian. Menjelaskan sifat-sifat peribadi, ketokohan dan pendirian tokoh. Menyatakan pendidikan tokoh-tokoh yang dikaji. Menyatakan sumbangan tokoh dalam pemikiran,mazhab dan penulisan.

RUMUSAN
Melalui kerja kursus Pendidikan Agama Islam ini, saya telah banyak mempelajari tentang tokoh-tokoh Islam sepanjang masa kajian ini dijalankan. Saya ____________________ telah mendapat banyak bantuan daripada pelbagai pihak untuk melaksanakan kerja kursus Pendidikan Agama islam ini. Selain itu, melalui kajian ini saya lebih mengenali tokoh-tokoh yang saya kaji seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Al-Bukhari, dan Imam Al-Ghazali melalui riwayat hidup mereka. Bukan itu sahaja, saya dapat mengetahui pendidikan tokoh-tokoh Islam yang telah saya kaji dan barulah saya sedar bahawasanya bukan mudah untuk manusia pada zaman dahulu untuk mempelajari sesuatu ilmu. Di samping itu, saya juga dapat mengetahui sifat peribadi, ketokohan serta pendirian mereka sebagai insan yang menggemari ilmu. Oleh itu, secara tidak langsung saya akan mempraktiskan segala sifat positif mereka. Akhir sekali, saya juga lebih menghayati sumbangan mereka terhadap dunia Islam daripada dulu hingga kini dan selamanya melalui pemikiran, mazhab dan penulisan.

You might also like