You are on page 1of 3

TUGASAN PSS 3109 2013

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BAHAN BERCETAK Penggunaan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran dalam Pengajian Sosial telah diperkenalkan oleh Robert M Gagne. Bahan bercetak diklasifikasikan kepada dua jenis iaiatu bahan bergambar dan bahan tidak bergambar. Contoh bahan bergambar ialah suar khabat, brosur, poster dan gambar manakala contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf. Penggunaan bahan bercetak dikenalpasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Antara kelebihan bahan bercetak ialah bahan tersebut mudah didapati. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan-bahan terpakai yang tidak digunakan lagi seperti majalah, surat khabar serta buku-buku lama yang sudah tidak diguna pakai. Melalui penggunaan bahan-bahan terpakai, sebenarnya guru boleh menerapkan nilai berjimat sepanjang aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P). Hal ini kerana dunia kini memperlihatkan kepincangan kekurangan sumber mentah seperti kepupusan kayu balak bagi penghasilan buku. Seterusnya, bahan bercetak juga senang dibawa kerana bahan jenis ini yang ringan dan mudah disisipkan ke dalam fail. Bahan bercetak juga tidak memerlukan kos penyediaan serta perbelanjaan yang tinggi Guru boleh mendapatkan bahan daripada surat khabar yang dilanggani pada setiap hari atau ketika pameran di sekolah. Meskipun kadang-kala kita memandang isu perbelanjaan sebagai suatu senario yang remeh temeh, tetapi sebenarnya setiap guru perlu bijak menguruskan perbelanjaan penyediaan bahan bantu mengajar ke arah yang paling minimum. Selain itu, penggunaan bahan bercetak tidak memerlukan seseorang guru untuk berkemahiran dalam menggunakannya. Tidak seperti bahan bantu mengajar yang lain seperti bahan multimedia interaktif yang memerlukan kecekapan seorang guru dalam penghasilan bahan tersebut. Guru hanya perlu bijak dalam mempelbagaikan kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan hanya menggunakan satu bahan bercetak sahaja seperti peta. Peta daerah boleh digunakan dalam mengajar taburan penduduk, bentuk muka bumi dan penghasilan karangan berpandu.

TUGASAN PSS 3109 2013

Bahan bercetak juga mudah untuk dijaga dan tahan lama. Paling utama ialah guru itu sendiri hendaklah mahir dalam memastikan kaedah penyimpanan bahan bercetak itu berkesan. Sebagai contoh sekiranya guru menggunaakan poster, guru perlu menggulung poster tersebut dan menyimpannya di tempat yang elok. Guru tidak seharusnya melipat dan menghempap poster dengan sebarang objek berat.

Penggunaan bahan bergambar seperti buku membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman. Rangasangan luaran seperti gambar mampu membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan jangka pendek atau jangka panjang. Bahan tidak bergambar seperti pula mendedahkan murid dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti membuat graf atau melukis dan memberi peluang kepada murid untuk meluaskan penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang sesuatu laporan. Walaupun terdapat banyak kelebihan yang disenaraikan mengenai bahan bercetak ini, namun bahan jenis ini mempunyai beberapa kelemahan dalam penggunaannya. Antaranya ialah bahan bercetak tidak dapat disunting seperti bahan multimedia interaktif. Sebarang kesilapan dalam aspek kesalahan tanda baca, ejaan perkataan dan struktur serta nahu ayat tidak boleh dipadam atau diedit setelah dicetak. Oleh itu, murid akan terpengaruh dengan kesalahan tersebut seandainya guru tidak membetulkan kesalahan yang terdapat pada sumber bahan bercetak. Sebagai contoh, sekiranya di dalam brosur terdapat ayat Gempabumi merupakan suatu fenomena alam, murid cenderung untuk menulis frasa gempabumi dalam penulisan

karangannya. Selain itu bahan ini mudah rosak sekiranya tidak disimpan dengan baik seperti dimakan anai-anai dan kulat. Sukar untuk kita dapati terdapat bilik kedap udara yang boleh memuatkan kapasiti bahan bercetak bagi tujuan pengurusan mahupun penggunaan P&P. Malahan lebih relevan jika dikatakan tiada langsung bilik kedap udara yang wujud dalam mana-mana institusi pendidikan. Kehadiran udara terkempap
2

TUGASAN PSS 3109 2013

dalam bilik penyimpanan bahan bercetak tidak kira di dalam kelas atau rumah sebenarnya menyumbang ke arah pembiakan kulat. Serangga-serangga kecil pula turut membiak. Serangga dan kulat mampu merosakkan struktur bahan bercetak seperti majalah dan buku. Bahan-bahan juga mengandungi info-info serta maklumat yang telah lapuk. Contohnya maklumat-maklumat seperti yang terdapat di dalam buku-buku sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa dan berubah. Sebagai contoh, isi kandungan buku teks akan dirombak semula selang beberapa tahun bagi menambahbaik kurikulum sedia ada. Hal ini memberi impak negatif terhadap guru kerana guru terpaksa membiasakan diri dengan isi kandungan yang baru dan merangka ramalan kepincangan yang dihadapi murid. Bahan ini juga kurang mempunyai unsur-unsur interaktif seperti bahan lain yang mampu merangsang minat murid. Bahan yang terlalu banyak teks membuatkan murid berasa bosan dan jemu untuk memberi tumpuan kepada pengajaran guru. Kita seharusnya sedar pada peringkat murid sekolah rendah, mereka lebih tertarik dengan imej bergerak dan gabungan penghasilan audiovisual dalam pembelajaran. Hal ini menjadi titik tolak kepada penghasilan banyak bahan bantu mengajar yang lebih interaktif seperti video interaktif. Bukan itu sahaja, malah terdapat bahan bercetak yang mempunyai aras kognitif yang tidak setara dengan tahap pemikiran murid. Murid mungkin tidak memahami isi pelajaran sedang dipelajari. Tidak semua guru faham tentang sasaran pembaca yang disasarkan oleh penulis buku. Oleh itu, guru bersikap ringkas dengan menggunakan apa jua bahan bercetak sebagai bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bercetak juga dianggap sebagai bahan hafalan. Oleh itu, murid kurang dilatih dalam mengaplikasikan kemahiran berfikir. Mereka hanya diminta untuk menghafal maklumat sehingga menjadikan bahan bantu mengajar itu sendiri sebagai bahan bantu beban. Intihanya, penggunaan bahan bercetak mempunyai kelebihan dan kekurangan dalam segenap aspek. Terpulang kepada guru untuk bijak menggunakan bahan jenis ini dengan kaedah dan strategi tersendiri.
3

You might also like