You are on page 1of 11

Sejarah Dan tujuan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia

PENGENALAN

Palang Merah telah wujud di Persekutuan Tanah Melayu di bawah penjajahan British a branch of the British Red Cross. Akibat perang dunia kedua beberapa kawasan di dalam negara kita musnah dan rakyatnya hidup dalam kemiskinan dan penderitaan. Laporan tahunan Persatuan Palang Merah British bagi 1945 mencatatkan: Borneo Utara kawasan yang teruk dilanda kemusnahan.

KRONOLOGI PENUBUHAN
April 1948 Cawangan pertama ditubuhkan di Sabah

Terdapat dua divisyen: Pantai Timur (Sandakan) Pantai Barat (Jesselton Kota Kinabalu) April/Mei 1948 Cawangan di Sarawak pula ditubuhkan. Aktiviti: Pemberian darah, kejururawatan dan pertolongan cemas serta mengendalikan perkhidmatan ambulans.

1950 Unit Palang Merah pertama

di Semenanjung Malaysia

ditubuhkan di Pulau Pinang. 1951 Cawangan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordan dan Miss Johnson serta dua orang pegawai medan Palang Merah British. Hujung 1951 Palang Merah British pula ditubuhkan di Melaka, Johor dan Pahang. Oktober 1957 Lady Limerick (Naib Pengerusi Palang Merah British) menghadiri satu upacara penyerahan panji-panji kepada Persatuan Palang Merah Persekutuan Tanah Melayu yang baru.

1962

- Federation of Malaya Red Cross Society diluluskan dan dikuatkuasakan pada 16 April 1962 . 1963 Persatuan mendapat pengiktirafan Persatuan Palang Merah Antarabangsa & ahli badan antarabangsa itu. 1965 Persatuan Palang Merah Tanah Melayu Cawangan Sabah, Sarawak dan Singapura diserapkan di bawah nama Persatuan Palang Merah Malaysia. 1975 Pertukaran nama diluluskan iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

MATLAMAT PENUBUHAN

Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar mengenai bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin. Melalui PBSM, pelajar akan didedahkan tentang cara-cara memberi bantuan dan menjalankan rawatan ke atas seorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas.

MISI:

Berkhidmat kepada yang memerlukan dengan berkesan.

MOTTO

"Inter arma carita" (di dalam peperangan ada kebajikan) dan "Per Humanitatem ad pacem" (melalui kemanusiaan menuju keamanan).

Objektif/Tujuan :

Memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancang.Ini akan membawa keseronokan dan memberi peluang kepada pelajar untuk bergaul dan memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Menanam nilai kesihatan dan kecergasan dalam diri pelajar Pengajaran dan pembelajaran ilmu pertolongan cemas akan membolehkan pelajar berkemahiran untuk menolong diri dan orang lain.

Menanam semangat berkerjasama, tanggungjawab, taat setia dan cintakan sekolah dan negara. Mencungkil dan memupuk bakat kepimpinan di kalangan pelajar dalam pengurusan unit dalam pertubuhan di sekolah. Memupuk tali persahabatan di antara ahli-ahli. Melalui latihan kawad dan pertandingan, pelajar dapat mematuhi peraturan, undang-undang dan displin.

Sekian terima kasih.

You might also like