You are on page 1of 40

PERANAN KERAJAAN, MASYARAKAT SERTA NGO DALAM MEMBANTU MENGUKUHKAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

NOR SHUHADA BINTI CHE OSMAN SITI NURBAITI BINTI HAMZAH

PENGENALAN
Proses pemupukan perpaduan dan hubungan etnik yang mantap dalam kalangan rakyat di Malaysia umunya bersifat top-down, iaitu usaha ini dipelopori oleh kerajaan untuk memastikan kestabilan politik dan keadilan sosioekonomi serta keamanan. Malaysia sering menjadi contoh kepada negara lain dalam hal hubungan etnik kerana berjaya mewujudkan keharmonian dalam kalangan pelbagai golongna etnik.

Sebahagian besar kejayaan ini merupakan hasil usaha yang dilaksanakan oleh pelbagai pihak sama ada sektor swasta, Badan-badan bukan kerajaan (NGO) mahupun rakyat itu sendiri.

PERANAN KERAJAAN
Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional

Program Latihan Khidmat Negara

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan

Sekolah Wawasan

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional


Berikutan peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan.Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada 23 Februari 1971.

Tanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini terus diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Intergrasi Nasional 2005-2010, telah merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan intergrasi nasional, iaitu:-

Strategi politik:
persefahaman

Strategi ekonomi

Strategi pendidikan

Strategi penggunaan bahasa kebangsaan

Strategi agama

Strategi kebudayaan

Strategi integrasi wilayah

Strategi keselamatan

pembangunan kawasan

Strategi

Strategi penggunaan tenaga manusia

Strategi media massa

Strategi kesukanan

Strategi pemasyarakatan perpaduan

Strategi penubuhan sukarela

Strategi penyelidikan dan penerbitian bahan bacaan

Strategi pemantauan isu-isu semasa dan konflik

Strategi penubuhan panel penasihat perpaduan negara (PANEL) dan jawatankuasa penasihat perpaduan peringkat negeri (JKPPN)

Strategi program dan aktiviti perpaduan

Strategi-strategi lain

Strategi Politik: Persefahaman


Persetujuan yang termaktub dalam perlembagaan mengenai bentuk dan lambang-lambang negara, hak setiap kaum serta kuasa kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan menjadi asas dan kerangka bagi segala usaha dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan kaum dan keturunan serta intergrasi wilayah. Apabila kesedaran kewujudan satu bangsa Malaysia menjadi mantap, maka dengan sendirinya pertubuhan kebangsaan yang mempunyai keahlian merentasi batasan-batasan kaum dan wilayah akan muncul. Langkah-langkah keselamatan dan undang-undang memainkan peranan penting dalam mengawal dan mencegah pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan satu-satu kaum atau agama dari kegiatan yang boleh menjejaskan keharmonian dan menggugat kestabilan negara.

Strategi Ekonomi
Pengimbangan taraf sosioekonomi antara kaum dan wilayah dalam konteks ekonomi yang sedang berkembang perlu diusahakan tanpa merugikan mana-mana pihak. Program untuk mengurang dan membasmi kemiskinan dilaksanakan tanpa mengira kaum. Sektor swasta akan terus digalakkan memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara kaum dan usaha mengurangkan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi tertentu.

Strategi Pendidikan
Menggalakkan wujudnya satu sistem persekolahan dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat universiti yang menggunakan satu bahasa perantaraan (BM), kurikulum dan kokurikulum yang seragam.
Penyediaan kemudahan P&P bahasa kaum utama di negara ini sebagai satu mata pelajaran pilihan oleh semua pelajar. Sekolah Jenis Kebangsaan, sekolah agama atau sekolah kebangsaan di kawasan yang penduduknya satu kaum sahaja perlu melakukan beberapa langkah tertentu seperti penyertaan acara sukan, acara sosial dll.

Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah memberi tumpuan kepada mata pelajarn sejarah negara , budaya adat resam kaum di Malaysia dan unsur penting agama dan kepercayaan utama.

Pendidikan dan aktiviti kokurikulum yang menerapkan sikap dan nilai. Pendidikan sepanjang hayat, iaitu pendidikan yang dijalankan oleh pelbagai agensi dan pihak di luar pendidikab formal.

Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan


Penggunaan satu bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu yang merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Membolehkan semua kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna.

Strategi Agama
Rakyat Malaysia bebas untuk menganut agama kepercayaan masing-masing selaras dengan Perlembagaan dan Rukun Negara. Tetapi, pengembanngan sesuatu agama dalam kalangan penganut agama lain tertakluk kepada peruntukan dalam Perlembagaan dan undang-undang.

Strategi Kebudayaan
3 prinsip yang ditentukan di dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan, iaitu: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Strategi Integrasi Wilayah


Penambahbaikan sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan, perluasan sistem radio dan televisyen nasional kepada Sabah dan Sarawak terutamanya, penubuhan pelbagai agensi Kerajaan Persekutuan di keduadua negeri dan program lawatan pemimpin masyarakat. penekanan tetap diberikan dari aspek interaksi dan pergaulan yang lebih luas antara rakyat kedua wilayah, pengetahuan mengenai adat resam dll. Selain integrasi antara negeri, penumpuan turut diberikan kepada pengintegrasian antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.

Strategi Keselamatan
Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi 2 aspek iaitu pencegahan dan pemulihan.
Pencegahan usaha mencegah daripada berlakunya ancaman keselamatan negara ataupun ketenteraman awam yang terbit daripada ketegangan ataupun konflik antara kaum, agama dan perhubungan antara persekutuan dan negeri. Pemulihan - usaha menenteramkan keadaan setelah berlakunya sesuatu konflik.

Strategi Pembangunan Kawasan


Pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan perlu mengambil kira aspek perpaduan dalam memajukan sesuatu kawasan. Sesuatu kawasan perumahan juga perlu mengandungi pembangunan bercampur sepert fasa perumahan kos rendah, sederhana dan juga mewah.

Strategi Penggunaan Tenaga Manusia


Majikan sama ada dari pihak kerajaan atau swasta perlu memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan kepada faktor kaum, agama dan budaya.
Majikan juga perlu memainkan peranan dalam menerapkan unsur-unsur perpaduan dalam kalangan pekerja melalui pelaksanaan dasar syarikat dan program serta aktiviti yang dianjurkan. Interaksi antara pekerja pelbagai kaum perlu digalakkan.

Strategi Media Massa


Perkembangan media elektronik telah mampu menghubungkan hampir semua rakyat di negara kita termasuk kawasan pendalaman, jadi syarikat swasta yang mengendalikan televisyen, akhbar dan majalah digalakkan memberi sumbangan kepada usaha memantapkan perpaduan negara. Akta Cetak dan Mesin Cetak dan Akta Hasutan akan terus dipakai bagi memastikan kegiatan dan laporan media cetak tidak menjejas dan menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Strategi Kesukanan

Acara sukan mewujudkan peluang dan persekitaran bagi pergaulan dan interaksi sosial dan melahirkan suasana yang sangat sesuai bagi memupuk semangat persaudaraan tanpa mengira kaum dan keturunan.
Acara sukan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa juga membantu menaikkan semangat patriotisme.

Strategi Pemasyarakatan Perpaduan


Konsep pemasyarakatan perpaduan yang diperkenalkan pada tahun 1998 iaitu satu strategi kejaraan kearah menerapkan ciri-ciri identiti nasional bagi membangunkan bangsa Malaysia berasaskan semangat persaudaraan dan semangat kewarganegaraan. Proses penerapan nilai murni mengenai perpaduan dalam kalangan semua lapisan masyarakat dengan menggunakan segala saluran dan prasarana yang sedia ada yang sesuai.

Strategi Penubuhan Sukarela

Rukun Tetangga dan persatuan penduduk digunakan sebanyak mungkin sebagai saluran untuk menerapkan nilai murni, perpaduan dan integrasi nasional melalui aktiviti kemasyarakatan yang terancang.

Strategi Penyelidikan Dan Penerbitian Bahan Bacaan


Memperbanyak penyelidikan mengenai perpaduan negara dan integrasi nasional.

Hasil kajian dapat digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan dan dapat mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan.
Pengesahan ini dapat diperkukuh dengan adanya penerbitan bahan bacaan mengenai perpaduan dan integrasi dan adat resam masyarakat.

Strategi Pemantauan Isu-isu Semasa Dan Konflik


Mewujudkan mekanisme pemantauan tahap perpaduan dan integrasi nasional secar berterusan dan sistematik merupakan langkah pengesahan awal. Pengesanan perhubungan sosial perlu ditingkatkab lagi melalui sistem online kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan segera tetapi dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain mengambil tindakan pencegahan awal.

Strategi-strategi Lain
Mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya Mewujudkan pengauditan dasar-dasar kerajaan Menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat malaysia. Penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaumkaum di Malaysia.

Strategi Program Dan Aktiviti Perpaduan


Satu proses meningkatkan kesedaran dan penghayatan kumpulan sasaran tertentu termasuk kanak-kanak prasekolah hingga ke peringkat pengajian tinggi, pekerja kerajaan dan swasta serta anggota komuniti. Sekolah aktiviti yang dicadangkan berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh diintegrasika dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum. Tempat kerja aktiviti yang dicadangkan ialah menganai pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerja Komuniti aktiviti pengembangan yang boleh membawa perubahan serta pembangunan masyarakat setempat.

Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (Panel) Dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (Jkppn)
Badan ini akan bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab untuk menasihat, melapor dan mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri dan Parlimen mengenai apa-apa juga isu yang berkaitan.

Memperkasakan Sekolah Kebangsaan


Sekolah kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum.

Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan SK sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran akan dipertingkatkan dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010.

Semangat perpaduan bukan sahaja perlu dipupuk oleh pihak sekolah tetapi juga IPT. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah:
1. Tidak mengenepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil. 2. Memberi kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. 3. Mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik. 4. Mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran interaksi dengan golongan etnik lain.

Sekolah Wawasan
Diperkenalkan sebagai salah satu pendekatan untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan intergrasi nasional.
Melalui pembinaan 2 atau 3 jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas.

Sekolah ini juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul tanpa menjejaskan status dan perkembangan Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada.

Program Latihan Khidmat Negara


Dilaksanakan pada tahun 2004, kursus wajib selama 3 bulan dan untuk pelajar lepasan SPM. Dilaksanakn berteraskan Rukun Negara dan Mempunyai kurikulum multidisiplin yang merangkumi 4 modul iaitu modul fizikal, modul kenegaraan, modul pembinaan karakter dan modul khidmat komuniti. Jabatan Latihan Khidmat Negara menyatakan PLKN bertujuan untuk: Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda. Memupuk perpaduan kaum serta intergrasi nasional Membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni Menyemarakkan semangat kesukarelaan Melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan penuh keyakinan.

PERANAN MASYARAKAT

Tetangga

Rukun

Terbuka

Rumah

Penerimaan Budaya

Program di IPT

Rukun Tetangga
Diperkenalkan pada tahun 1975 sebagai satu langkah membolehkan rakyat sendiri mengawal dan menjaga keselamatan kawasan kediaman mereka. Diperbaharui dengan menekankan konsep kejiranan dengan falsafah bahawa kesejahteraan kawasan sejiran akan menjamin kesejahteraan negara. Sekarang, ia diperluaskan lagi dengan pendekatan pembangunan komuniti bagi memastikan perpaduan dan keharmonian hubungan dalam masyarakat akan terus berkekalan dan berterusan.

Sehingga Mei 2006, 3228 kawasan rukun tetangga telah ditubuhkan


Jawatankuasa Rukun Tetangga telah menganjurkan pelbagai aktiviti dalam komuniti mereka. Januari hingga Mei 2006, mereka telah melaksanakan 36,029 aktiviti. Aktiviti ini bertujuan untuk membolehkan penduduk setempat berkenalan, bantu-membantu dalam menghadapi masalah bersama, berinteraksi dan merapatkan hubungan pada peringkat akar umbi antara pemimpin dengan rakyat dan antara rakyat pebagai keturunan, adat dan budaya (Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional)

Rumah Terbuka
Diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan kunjung-mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik.
Etnik Cina Menyediakan makanan halal kepada etnik Melayu pada Tahun Baru Cina.

Etnik Melayu Tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India pada Raya aidilfitri.

Amalan ini membuktikan intergrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi walaupun berlainan agama, bangsa dan budaya.

Penerimaan Budaya
Masyarakat bukan Melayu menerima budaya orang Melayu (pakaian dan makanan).

Orang Melayu pula menerima masakan Cina dan India, serta pemberian duit raya menggunakan sampul atau angpau (Cina).
Di taman perumahan, terdapat penempatan yang sama untuk semua etnik. Keadaan ini menggalakkan hubungan etnik melalui aktiviti setempat.

Program di IPT
Bahagian HEP melalui persatuan atau kelab hendaklah menggalakkan aktiviti dan program yang menjurus kepada perpaduan kaum di kalangan mahasiswa (aktiviti Pesta Tanglung dan MPP dianggotai oleh pelbagai kaum). Kandungan kursus di semua institut pendidikan harus menitikberatkan aspek pendidikan yang harmonis dalam sebuah masyarakat pelbagai kaum. Mewujudkan kelab perpaduan atau kelab Rukun Negara di IPT. Mengadakan aktiviti kokurikulum (sukan , kelab, persatuan, ceramah dll) Aktiviti berpersatuan dan khidmat masyarakat menggalakkan penyertaan dan pengalaman bersama antara kaum. Para pensyarah juga perlu diterap dan didedahkan dengan sikap perpaduan antara kaum yang positif.

PERANAN SWASTA (NGO)


Terdapat pertubuhan induk pada peringkat kebangsaan yang menaungi pertubuhan berasaskan etnik seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Malaysia dll dapat mempercepat lagi proses hubungan etnik melalui peranan yang dimainkan oleh NGO. Aspek kepimpinan pada peringkat negara atau persatuan, barisan pemimpin disertai oleh pemimpin pelbagai kaum.

Peranan sains dan teknologi juga amat diperlukan kerana pembangunan ekonomi di Malaysia berasaskan bidang tersebut termasuklah sektor perindustrian dan pembangunan bioteknologi.

Peranan pihak swasta dan kerajaan diperlukan dalam menyumbangkan dana bagi meningkatkan penyelidikab dan pembangunan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara. (Intensive Research Priority Areas (IRPA), MSC dan Akademi Sains Negara). Apabila pembangunan ekonomi negara berkembag pesat di samping kestabilan politik, akan mampu menarik lebih ramai pelabur dalam dan luar negara. Hal ini, memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat tanpa mengira golongan etnik.

KESIMPULAN
Merujuk kepada hubungan etnik di Malaysia, setiap golongan etnik itu mempunyai jati diri yang tertentu dan diamalkan mengikut kaum masing-masing Kepelbagaian jati diri ini merupakan satu keunikan yang tersendiri yang tidak sewajarnya dicerobohi. Usaha-usaha ke arah meraikan kepelbagaian yang sedia ada perlu disusun dan difahami demi mewujudkan keharmonian dalam hubungan etnik. Keharmonian ini akan mantap sekiranya setiap golongan etnik bersikap menghormati hak-hak yang menjadi jari diri etnik lain.

Terima kasih

You might also like