You are on page 1of 4

Pertolongan Cemas Pertolongan cemas mempunyai pengertian yang amat mendalam.

Ia adalah pertolongan pertama dilakukan oleh seseorang dalam usaha merawat mangsa kemalangan. Pertolongan cemas juga merupakan suatau ilmu yang penting kepada umum bagi melengkapkan diri untuk menghadapi suatu kemungkinan yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak dijangka. Oleh itu, sekiranya individu mempelajari ilmu pertolongan cemas, maka dia dapat bertindak segera apabila terserempak dengan kemalangan. Hanya individu yang mahir sahaja wajar memberikan pertolongan cemas kepada mangsa kejadian sebelum dihantar untuk rawatan di hospital.Ini kerana rawatan awal yang diberikan dapat melegakan kesakitan yang dihadapi oleh mangsa dan boleh menyelamatkan nyawa mangsa. Peraturan-peraturan pertolongan cemas Terdapat empat langkah yang utama dan diperlukan dengan segera 1.Menghadapi keadaan 2.Menetukan apa yang berlaku kepada mangsa 3.Memberikan rawatan segera 4.Mengatur kemana mangsa harus dibawa sama ada kepada doktot, hospital, klinik atau rumah.Ini bergantung kepada kecederaan yang dialami oleh mangsa. Apabila suatu rawatan atau pertolongan hendak diberikan, perkara yang paling penting adalah kita mesti mengetahui punca penyakit. Pastikan kesan-kesan dan tanda yang ada pada mangsa. Kita juga boleh bertanya pada orang ramai bagaimana kemalangan terjadi atau boleh bertanya mangsa jika dia sedar. Selepas mengetahui duduk perkara dan kondusi mangsa sebenar, berfikirlah dan bertindak dengan cara melihat, mendengar, merasa dan menghidu.Pertolongan mestilah dilakukan dengan tertib dan segara tanpa rasa was-was mahupun gugup. Kemudian selain memberikan pertolongan cemasm kita juga harus mengawasi keselamatan mangsa, diri sendiri dan juga oran sekitar. Kita juga

boleh menberika kepercayaan kepada mangsa untuk bercakap tetapi elak dari bercakap banyak. Kita perlu mengawasi dan menenangkan perasaan mangsa agar tidak terkejut dan mula panik. Kita juga boleh memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada mangsa agar sentiasa sedar dan tidak mudah putus asa. Selepas itu,kita juga perlu mendapatkan bantuan daripada orang lain. Menelefon pihak berkuasa seperti bomba,hospital dan polis. Ini penting bagi memngawasi tempat kejadian dan mangsa yang memerlukan rawatan lanjutan dan spesifik. Sifat-sifat yang perlu ada PPK sewaktu memberikan pertolongan cemas a) Tajam perhatian b) Pantas ikhtiar c) Tidak kasar d) Berakal berbudi c) Memberi pertolongan apa yang tahu sahaja Nampak segala tanda-tanda dan gejala kecederaan. Hendaklah menggunakan apa yang sesuai yang terdapat disekeliling kita. Jangan menyakiti dan menyakitkan orang yang cedera. Berbudi tinggi dan tidak berlaku kasar. Lakukan setakat kemampuan sahaja.

Peralatan-peralatan pertolongan cemas Peti Pertolonagn Cemas (PPC) Reka Bentuk


Peti Pertolongan Cemas (PPC) hendaklah dibuat daripada bahan yang kukuh dan mudah alih bagi membolehkannya dibawa ke tempat kemalangan. Peti tersebut hendaklah juga dilabelkan dengan lambang bulan sabit (crescent) atau palang (cross) yang berwarna hijau dan berlatar belakang warna putih.

Lokasi
o Setiap PPC hendaklah ditempatkan di lokasi yang ditanda dengan terang, mempunyai pencahayaan yang cukup dan mudah dicapai.

Bilangan PPC hendaklah mencukupi dengan kawasan kerja dan bilangan pekerja/penghuni. Sila rujuk LAMPIRAN 1.

o PPC hendaklah sentiasa dikunci, dan anak kuncinya disimpan oleh seseorang yang dipertanggungjawab oleh Ketua PTJ serta boleh diperolehi sepanjang masa apabila diperlukan. o Pekerja-pekerja/pengguna hendaklah dimaklumkan tentang lokasi PPC ditempatkan.

Kandungan di dalam peti pertolongan cemas 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. cecair antiseptik savlon/dettol blue lottion smelling salt kapas palster krim antiseptik krim anti lecur ubat mata pil penahan sakit kain pembalut anduh tiga segi gunting pisau plaster luka segera pil sakit perut pil penahan ulser krim mulut bonjela kapas dressing

Jenis-jenis kemalangan 1. Kemalangan yang berpunca daripada kecuaian manusia Sikap cuai semasa mengendalikan peralatan di dalam bengkel boleh menyebabkan berlalunya kemalangan. Antara kecuaian yang biasa berlaku ialah:1. Sikap tidak bertanggungjawab. 2. Menyalahgunakan peralatan dengan tujuan untuk bergurau senda. Contohnya, mengemburkan udara termampat ke arah kawan boleh menyebabkan kecederaan jika terkena mata. 3. Tidak mematuhi tanda-tanda amaran umpamanya tanda larangan merokok di tempat tempat yang mudah terbakar dan sebagainya.

2. kemalangan yang berpunca daripada keadaan alat, mesin dan keadaan kerja Selain daripada kecuaian dari sendiri, kemalangan juga boleh berlaku akibat daripada keadaan peralatan, mesin serta keadaan kerja yang dilakukan. Antaranya ialah:1. Logam yang keras dan mempunyai tepi yang tajam boleh memyebabkan luka. 2. Serpihan logam atau tatal yang panas dan tajam daripada operasi memesin, kerja-kerja mengimpal, relau tindakan haba dan daripada kerjakerja menempa boleh mengakibatkan kebakaran atau melecut pada bahagian anggota. 3. Bahagian-bahagian mesin yang bergerak seperti gear, takal dan tali sawat boleh menyebabkan tangan atau pakaian terperangkap. Akibatnya boleh kehilangan pancaindera. 4. Logam dan peralatan-peralatan lain yang berat boleh mendatangkan kemalangan apabila peralatan tersebut terjatuh dan menimpa mana-mana bahagian anggota ketika mengangkatnya. 5. Kerosakan peralatan elektrik atau litar elektrik boleh menyebabkan kebakaran atau kejutan elektrik. 6. Lantai yang licin kerana tumpahan minyak dan gris boleh mengakibatkan terjatuh ataupun terlanggar benda-benda yang keras. Ini boleh mengakibatkan kemalangan dan kecederaan di bahagian kepala.

You might also like