You are on page 1of 50

Modul

01

Fiqh Solat
Mazhab Syafie
(based on Al-Fiqh Al-Muyassar)
Compiled by: Dr. Yue Qiu Wai (Ph.D Syariah)

|Muka

Solat
DEFINISI:
Dari segi bahasa solat bererti doa, berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Berdoalah untuk mereka." (Al-Taubah: 103) Dari segi syarak, solat ialah perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Dalil kepada wajibnya ialah al-kitab, al-sunnah dan ijmak. Maka orang yang mengingkari atau mempermain-mainkannya adalah kafir dan murtad daripada agamanya. Firman Allah swt: Maksudnya: "Dan dirikanlah sembahyang." (Al-Baqarah: 110) Hadis-hadis berkenaan dengan sembahyang amat banyak sekali. Di antaranya sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Allah memfardhukan kepada ummatku pada malam Israk lima puluh sembahyang. Aku sentiasa berulang-alik memohon keringanan sehinggalah Allah menjadikannya lima waktu sahaja bagi sehari semalam." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Sabda Rasulullah (s.a.w) kepada Mucaz semasa baginda mengutuskannya ke Yaman: Maksudnya: "Beritahu kepada mereka, bahawa Allah memfardhukan ke atas mereka lima waktu sembahyang sehari semalam." Dalil yang menunjukkan waktu-waktu tertentu bagi sembahyang lima waktu tersebut ialah firman Allah swt: Maksudnya: "Maka bertasbihlah kepada Allah semasa kamu berada pada waktu malam dan semasa kamu berada pada waktu subuh. Serta pujilah Allah yang berhak menerima segala puji di langit dan di bumi dan juga pada waktu petang dan semasa kamu berada pada waktu zuhur." (AlRum: 17-18) Ibnu cAbbas berkata: Yang dikehendaki dengan "semasa kamu berada pada waktu malam" ialah sembahyang maghrib, dengan "semasa kamu berada pada waktu subuh" ialah sembahyang subuh, dengan "pada waktu petang" ialah sembahyang asar dan dengan "pada waktu zuhur" ialah sembahyang zuhur.

WAKTU-WAKTU SEMBAHYANG:
Mengetahui waktu-waktu sembahyang adalah perkara terpenting daripada perkara-perkara yang berkaitan dengan sembahyang, kerana dengan sebab masuk waktu, sembahyang menjadi wajib dan dengan keluar waktunya, sembahyang menjadi luput. Dalil tentang penentuan waktu-waktu tertentu bagi setiap sembahyang adalah berdasarkan al-kitab, al-sunnah dan ijmak. Allah swt berfirman: Maksudnya: "Sesungguhnya sembahyang itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (Al-Nisa': 103)
|Muka

Sabda Rasulullah (s.a.w) yang maksudnya: "Jibril bersembahyang menjadi imam kepadaku di sisi kaabah sebanyak dua kali. Pada hari pertama dia mengimamiku bagi sembahyang Zuhur ketika matahari tergelincir. Pada masa itu panjang bayang sesuatu benda adalah selebar tali kasut. Kemudian dia mengimamiku bagi sembahyang Asar ketika bayang sesuatu sama panjang dengan benda asalnya. Kemudian dia mengimamiku bagi sembahyang Maghrib ketika orang yang berpuasa sedang berbuka. Kemudian dia mengimamiku bagi sembahyang Isyak sesudah warna kemerahan hilang daripada kaki langit. Kemudian dia mengimamiku bagi sembahyang Subuh ketika orang yang berpuasa tidak lagi boleh makan dan minum. Keesokannya, dia mengimamiku bagi sembahyang Zuhur ketika bayang sesuatu sama panjang dengan benda asalnya. Kemudian dia mengimamiku bagi sembahyang Asar ketika panjang bayang sesuatu dua kali ganda lebih panjang daripada benda asalnya. Kemudian dia mengimamiku bagi sembahyang Maghrib ketika orang yang berpuasa sedang berbuka. Kemudian dia mengimamiku bagi sembahyang Isyak pada satu pertiga malam. Kemudian dia mengimamiku bagi sembahyang Subuh ketika pagi telah cerah. Kemudian Jibril berpaling kepadaku dan berkata: "Wahai Muhammad, inilah waktu sembahyang bagi nabi-nabi sebelummu. Jarak waktu adalah di antara dua waktu ini." [Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi mensahihkannya, manakala Ibnu Khuzaimah dan Hakim menghasankannya] Al-Tarmizi berkata: Imam al-Bukhari berkata: Hadis ini adalah hadis yang paling sahih berkenaan dengan waktu sembahyang. Bayang pada waktu matahari tergelincir adalah tidak sama dengan sebab negeri yang berbeza. Bagi negerinegeri yang tidak menampakkan bayang ketika matahari sedang tergelincir (zawal) seperti Makkah dan Sanca di Yaman, maka waktu tergelincirnya ialah dengan semata-mata berlaku kegelinciran (zawal). Manakala di negeri yang menampakkan bayang ketika matahari sedang tergelincir, waktu gelincirnya dikira bermula setelah kelihatan sedikit bayang, yang dengannya dikira bermula waktu Zuhur. Apabila bayang sesuatu menjadi sama panjang dengan benda asalnya -tidak termasuk bayang gelincir ketika matahari berada di atas kepala- maka itu menunjukkan akhir waktu Zuhur dan permulaan waktu Asar, berdasarkan hadis di atas. Tetapi mestilah terdapat sedikit penambahan panjang bayang walaupun sedikit, kerana keluar waktu Zuhur tidak dapat diketahui melainkan dengan penambahan tersebut. Apabila bayang sesuatu menjadi dua kali ganda lebih panjang daripada benda asalnya, keluarlah waktu ikhtiar bagi sembahyang Asar. Dinamakan demikian (waktu ikhtiar) kerana Jibril yang memilihnya. Waktu harus bermula selepas waktu ikhtiar dan berakhir waktu harus dengan tenggelam matahari, berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Waktu Asar ialah selagi tidak tenggelam matahari." [Riwayat Muslim] Waktu Maghrib hanya satu iaitu dengan tenggelam matahari, berdasarkan kepada hadis yang telah disebutkan. Pada kedua-dua hari itu, Jibril mengimamkan Rasulullah (s.a.w) pada waktu yang sama. Para ulama berselisih pendapat tentang akhir waktu Maghrib kepada dua pendapat: Pertama: Pendapat yang lebih kuat iaitu waktu Maghrib berakhir setelah selesai melakukan taharah, menutup aurat, azan, iqamat dan melakukan lima rakaat sembahyang berdasarkan kepada zahir hadis (atau tujuh rakaat dalam satu pendapat berdasarkan kepada kesunatan dua rakaat sembahyang sunat sebelum sembahyang Maghrib dan inilah pendapat yang lebih kuat). Rakaat yang diambil kira ialah rakaat yang sederhana. Kedua: Waktu Maghrib hanya berakhir dengan hilangnya warna kemerahan pada kaki langit, berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Waktu Maghrib ialah apabila matahari tenggelam selagi tidak hilang warna kemerahan pada kaki langit." [Riwayat Muslim] Daripada Buraidah r.a. bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah (s.a.w) tentang waktu-waktu sembahyang. Lalu lelaki itu bersembahyang berimamkan baginda selama dua hari. Lelaki itu bersembahyang Maghrib dengan baginda pada hari pertama ketika matahari tenggelam. Kemudian pada hari kedua, sebelum hilangnya warna kemerahan pada kaki langit. Kemudian Rasulullah (s.a.w) bertanya: "Di manakah lelaki yang
|Muka

bertanya tentang waktu sembahyang itu?" Lelaki itu menjawab: "Saya, wahai Rasulullah." Lalu baginda bersabda: Maksudnya: "Waktu-waktu sembahyang kamu adalah di antara apa yang telah kamu lihat." [Riwayat Muslim] Hadis-hadis berkenaan dengan perkara ini amat banyak. Pendapat kedua mengenai akhir waktu Maghrib ini dipilih oleh Ibnu Khuzaimah, al-Khattabi, al-Baihaqi, alGhazali dan al-Baghawi. Imam al-Rafici berkata: Sekumpulan ulama mazhab Shafi'i memilih dan mentarjihkan pendapat ini. Imam al-Nawawi berkata: Hadis-hadis yang sahih telah menyokongnya (pendapat kedua). Waktu Isyak pula bermula setelah warna kemerahan di kaki langit hilang, berdasarkan hadis-hadis. Ia berakhir dengan berlalu sepertiga malam berdasarkan kepada hadis yang menceritakan tentang Jibril yang menjadi imam kepada Rasulullah (s.a.w) selama dua hari. Menurut satu pendapat lain, waktu Isyak berakhir setelah berlalu seperdua malam, berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Waktu Isyak ialah sehingga seperdua malam." Imam al-Nawawi berkata: Ini adalah hadis sahih. Di dalam satu riwayat lain, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Maksudnya: "Jika kerana tidak mahu menyusahkan ummatku, nescaya aku akan melewatakan sembahyang Isyak sehingga seperdua malam." [Disahihkan oleh al-Hakim berdasarkan syarat alBukhari dan Muslim] Waktu harus bagi sembahyang Isyak berpanjangan sehingga terbitnya fajar kedua, berdasarkan kepada sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Tidak dianggap orang yang tertidur sebagai cuai, tetapi kecuaian itu ialah apabila seseorang itu masih tidak menunaikan sembahyang setelah datangnya waktu sembahyang berikutnya." [Riwayat Muslim] Hadis ini menunjukkan bahawa waktu setiap sembahyang adalah berpanjangan sehingga masuk waktu sembahyang berikutnya, melainkan sembahyang Subuh, di mana waktunya tidak berpanjangan sehingga masuk waktu Zuhur, berdasarkan kepada ijmak yang mengatakan bahawa waktunya berakhir dengan terbit matahari, juga berdasarkan kepada zahir hadis Jibril mengimamkan Rasulullah (s.a.w) bersembahyang. Manakala di negeri-negeri yang warna kemerahan di kaki langit tidak hilang, maka waktu Isyaknya adalah sama dengan waktu Isyak negeri yang paling hampir di mana warna kemerahan di kaki langit menjadi hilang. Waktu sembahyang Subuh pula bermula daripada terbitnya fajar sadiq, iaitu fajar yang cahayanya kelihatan secara melintang di kaki langit. Waktu ikhtiar berlangsung sehingga keadaan menjadi cerah, berdasarkan keterangan yang diberikan oleh Jibril. Kemudian waktu harus berterusan sehingga terbit matahari berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Sesiapa yang sempat bersembahyang Subuh sebelum terbit matahari, maka dia dikira sempat mendapat Subuh." [Riwayat Muslim] Ketahuilah bahawa waktu harus tanpa makruh berlangsung sehingga terbitnya warna kemerahan. Setelah terbit, bermulalah waktu makruh sehingga terbit matahari, jika tidak ada sebarang keuzuran. Dimakruhkan tidur sebelum sembahyang Isyak. Begitu juga makruh berbual-bual selepas sembahyang Isyak, melainkan pada perkara kebaikan, berdasarkan kata-kata Abu Barzah al-Aslami r.a., bahawa Rasulullah (s.a.w) tidak suka tidur sebelum sembahyang Isyak dan tidak suka berbual-bual selepasnya." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim]

|Muka

SYARAT-SYARAT WAJIB SEMBAHYANG:


Syarat wajib sembahyang ialah Islam, baligh, berakal, suci daripada haidh dan nifas. Sembahyang tidak wajib kepada orang kafir asli. Bahkan ia tidak dituntut daripadanya semasa di dunia, kerana sembahyang tidak sah dilakukannya ketika masih kafir. Juga kerana sembahyang merupakan amal ibadat yang dia bukanlah layak untuk melaksanakannya. Begitulah juga keadaannya dengan lain-lain ibadat di dalam Islam. Manakala orang yang murtad pula, ulama sependapat mengatakan bahawa dia wajib bersembahyang. Kerana sebab keIslamannya, dia wajib beriltizam dengan sembahyang yang tidak gugur dengan sebab murtad. Ini adalah seperti seorang yang mengaku bahawa dia berhutang dengan seseorang, lalu dia murtad, maka hutang itu tidak gugur dengan sebab kemurtadannya. Manakala kanak-kanak dan orang yang hilang akal dengan sebab gila, sakit dan umpamanya, tidak diwajibkan sembahyang kepada mereka berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Diangkat kalam daripada tiga golongan; orang yang tidur sehingga dia terjaga, kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan orang gila sehingga dia sedar." [Riwayat Abu Daud] Al-Tarmizi berkata: Hadis hasan. Apabila seorang kanak-kanak telah mumayyiz dan mencapai umur tujuh tahun, wajib kepada penjaganya agar menyuruhnya sembahyang. Setelah berumur sepuluh tahun, jika kanak-kanak itu masih enggan sembahyang, penjaganya wajib memukulnya. Ini adalah berdasarkan kepada sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Perintahkanlah anak-anak kamu bersembahyang ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka jika mereka meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun, serta hendaklah kamu memisahkan di antara mereka (lelaki dan perempuan) ketika tidur." Adalah menjadi kewajipan kepada ibubapa untuk mengajar anak-anak mereka tentang hukum-hakam taharah dan sembahyang. Manakala kepada wanita yang didatangi haidh atau nifas adalah dilarang daripada menunaikan sembahyang, bahkan diharamkan kepada mereka. Ini berdasarkan kepada sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Apabila haidh datang, hendaklah engkau meninggalkan sembahyang." Wanita-wanita yang didatangi nifas sama dengan wanita-wanita yang didatangi haidh dari segi hukum.

SYARAT-SYARAT SAH SEMBAHYANG:


Sembahyang mempunyai syarat, rukun, sunat haiah dan sunat abcadh. Syarat dan rukun merupakan perkara yang mesti wujud untuk menjadikan sesuatu sembahyang itu sah. Perbezaan di antara syarat dan rukun ialah bahawa syarat ialah sesuatu yang di luar sembahyang seperti suci anggota badan daripada hadas dan najis, manakala rukun pula ialah sesuatu yang berada di dalam sembahyang seperti rukuk dan sujud.1 Syarat sah sembahyang ada lima: Pertama: Suci daripada hadas kecil dan besar, berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, maka basuhlah muka kamu dan kedua belah tangan kamu melputi siku serta sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah

Sila lihat al-Ihkam karangan al-Amidi (1/100) dan Tuhfat al-Muhtaj (2/2).

|Muka

kedua belah kaki kamu meliputi buku lali. Dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib." (Al-Ma'idah: 6) Juga sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Allah tidak menerima sesuatu sembahyang tanpa taharah (bersuci)." [Riwayat aljamacah*] Kedua: Suci daripada najis pada badan, pakaian dan tempat. Suci pada badan adalah berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Dan najis hendaklah engkau tinggalkan." (Al-Mudaththir: 5) Ayat ini menyuruh supaya najis itu ditinggalkan dan jangan dibiarkan ia berlumuran pada badan. Juga berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w) kepada cAisyah r.a.: Maksudnya: "Apabila haidh datang, hendaklah engkau meninggalkan sembahyang dan apabila ia pergi, hendaklah engkau membasuh darah itu daripadamu dan sembahyanglah." [Riwayat alBukhari dan Muslim] Manakala syarat suci pada pakaian pula, adalah berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Dan pakaian kamu, maka bersihkanlah." (Al-Mudaththir: 4) Juga berdasarkan hadis yang telah disebutkan sebelum ini tentang darah haidh yang menimpa pakaian, Rasulullah (s.a.w) bersabda: Maksudnya: "Hendaklah engkau membasuhnya dengan air." [Hadis sahih] Manakala syarat suci pada tempat pula, adalah berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w) -ketika seorang Arab Badwi kencing di dalam masjid-: Maksudnya: "Curahkan ke atas tempat kencingnya itu satu timba air." [Muttafaq calaih] Jika seseorang bersembahyang sedang padanya terdapat najis yang tidak diketahuinya, sama ada pada badan, pakaian atau tempat sembahyangnya, wajib dia mengqadhakan sembahyangnya itu. Ini adalah kerana bersuci adalah wajib dan kewajipannya tidak gugur dengan sebab jahil (tidak tahu). Ia adalah seperti bersuci daripada hadas yang juga tidak gugur dengan sebab jahil. Tetapi ada pendapat yang mengatakan bahawa tidak wajib qadha ke atasnya. Pendapat ini dipilih oleh Ibnu al-Munzir, begitu juga oleh Imam al-Nawawi di dalam Sharh alMuhazzab. Jika dia memang mengetahui tentang najis tersebut, kemudian dia lupa, wajib dia qadha, kerana kecuaiannya membasuh najis tersebut ketika dia mengingatinya. Ketiga: Menutup aurat dengan pakaian yang suci, walaupun menunaikan sembahyang dalam keadaan keseorangan atau kegelapan. Aurat di sini apa yang wajib ditutup ketika sembahyang, berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Pakailah pakaian kamu yang indah berhias (dengan menutup aurat) pada setiap kali kamu ke tempat ibadat (mengerjakan sembahyang)." (Al-Acraf: 31) Ayat ini bermaksud: Tutuplah aurat kamu ketika setiap kali mengerjakan sembahyang. Juga berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Allah tidak menerima sembahyang wanita yang sudah didatangi haidh (baligh) melainkan dengan memakai pakaian yang menutup auratnya." [Riwayat al-Tarmizi dan dihasankan oleh al-Hakim berdasarkan syarat Muslim] Ijmak juga telah berlaku pada mewajibkan penutupan aurat ketika sembahyang apabila mampu berbuat demikian. Jika seseorang tidak mampu menutup aurat, dia hendaklah bersembahyang dalam keadaan telanjang
|Muka

dan tidak diwajibkan mengulangi sembahyangnya semula. Ini adalah kerana ketidakmampuannya itu adalah keuzuran yang umum dan bahkan berterusan. Jika kita mewajibkan dia mengulangi sembahyangnya, ini akan mendatangkan kesusahan kepadanya. Pakaian yang digunakan untuk menutup aurat itu hendaklah menegah daripada memperlihatkan warna kulit. Maka tidak memadai jika ia terdiri daripada kain nipis yang tidak menyembunyikan aurat. Jika seseorang tidak mempunyai apa-apa untuk menutup auratnya, dia boleh melumurkan tanah pada auratnya. Wajib menutup aurat daripada bahagian atas dan tepi. Jika aurat masih dapat dilihat daripada atas dan tepi ketika rukuk dan sujud, maka ia masih tidak memadai. Maka wajib memasang butang pada bahagian tersebut atau mengikatnya. Daripada Salamah bin al-Akwac r.a., katanya: Aku berkata: "Wahai Rasulullah, bolehkah aku bersembahyang dengan memakai kemeja?" Baginda menjawab: Maksudnya: "Ya, hendaklah engkau meletakkan butang walaupun hanya dengan duri." [Riwayat alBukhari] Jika seseorang tidak mempunyai melainkan sehelai pakaian yang bernajis dan dia juga tidak mempunyai air untuk membasuhnya, maka dia hendaklah bersembahyang dengan pakaian itu tetapi dia hendaklah mengulangi sembahyangnya. Menurut pendapat yang lain, dia hendaklah bersembahyang dalam keadaan bertelanjang dan tidak perlu mengulangi. Begitu juga jika dia dikurung di suatu tempat yang bernajis dan dia tidak mempunyai melainkan pakaian yang tidak mencukupi untuk menutup seluruh auratnya atau untuk dijadikan lapik di atas lantai, maka dia hendaklah bersembahyang dalam keadaan telanjang dan tidak perlu mengulangi sembahyang itu. Dimakruhkan bagi seseorang wanita bersembahyang dengan menutup mukanya dengan purdah, kecuali jika dia bersembahyang di dalam masjid dan terdapat lelaki ajnabi yang tidak memelihara pandangan serta dia bimbang akan berlaku fitnah, maka wajib dia memakai purdah malah haram membukanya. Keempat: Mengetahui masuk waktu, kerana sembahyang tidak sah sebelum masuk waktu. Jika dia tidak pasti, wajib dia berijtihad kerana itulah yang diperintahkan kepadanya. Ijtihad itu berlaku sama ada dengan membaca beberapa ayat al-Quran, atau dengan mempelajari ilmu, atau dengan mendengar kokokan ayam, atau mendengar azan seseorang yang thiqah (dipercayai) pada hari yang terang. Jika pada hari gelap tidak boleh mengikut orang lain, kerana seorang yang mujtahid tidak boleh mengikut seorang mujtahid yang lain. Jika dia merasa hampir yakin bahawa waktu sembahyang telah masuk, lalu dia bersembahyang, maka jika selepas itu tidak diketahui keadaan sebenar, maka dia tidak dikenakan apa-apa. Jika selepas itu diketahui bahawa sembahyangnya itu berlaku di dalam waktunya atau selepas masuk waktunya, maka sembahyangnya adalah sah. Jika diketahui bahawa sembahyangnya berlaku sebelum waktunya, maka dia hendaklah menqadhanya. Jika seseorang ahli bintang mengetahui masuk waktu dengan hisab (perkiraan), dia boleh beramal dengan pengetahuannya itu. Ahli bintang di sini ialah orang yang mengetahui ilmu falak, kedudukan-kedudukan matahari, bulan dan bintang, yang mana dengan ilmunya ini dia dapat mengetahui tentang gerhana matahari, gerhana bulan, waktu-waktu sembahyang, bulan-bulan dan lain-lain lagi. Bukan yang dimaksudkan dengan ahli bintang (nujum) di sini orang yang mengadakan ramalan tentang perkara ghaib seperti orang yang melakukan tilik nasib dan seumpamanya, bahkan mereka adalah golongan fasiq dan zindiq. Telah sahih satu hadis berkenaan dengan mereka: Maksudnya: "Sesiapa yang mendatangi seorang tukang tilik, tidak akan diterima sembahyangnya selama empat puluh hari." Di dalam riwayat Muslim:
|Muka

Maksudnya: "Sesiapa yang mendatangi tukang tilik lalu bertanyakannya tentang sesuatu, lalu dia membenarkannya..." Kelima: Mengadap kiblat bagi orang yang mampu, bukan ketika berada dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dan tidak juga pada sembahyang sunat ketika musafir yang diharuskan -sebagaimana yang akan diterangkan-. Ini adalah berdasarkan kepada firman Allah swt: Maksudnya: "Maka palingkan mukamu ke arah masjid al-Haram (kaabah) dan di mana sahaja kamu berada, maka hadapkanlah mukamu ke arahnya." (Al-Baqarah: 150) Mengadap ke arah kiblat tidak wajib pada selain sembahyang, maka sudah pasti perintah di atas adalah ditujukan kepada ibadat sembahyang. Juga berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Apabila engkau mahu mengerjakan sembahyang, hendaklah engkau menyempurnakan wudhuk kemudian hendaklah engkau mengadap kiblat." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Adalah diwajibkan bagi orang yang dekat dengan kaabah, mengadap zat kaabah, sementara orang yang jauh hanya mengadap kepada arahnya sahaja. Disyaratkan kepada orang yang mengerjakan sembahyang fardhu agar berkeadaan tetap tidak bergerak, kecuali jika dia berada di dalam kapal atau seumpamanya, maka tidak disyaratkan berkeadaan tetap, kerana sukar untuk keluar daripadanya atau tidak dapat keluar daripadanya sama sekali. Orang yang boleh mengetahui arah kiblat dengan tepat tidak boleh berijtihad untuk menentukan arahnya. Manakala orang yang tidak mampu mengetahui arah kiblat dengan tepat, jika ada orang yang boleh memberitahunya tentang arah kiblat berdasarkan ilmu, maka dia boleh berpegang dengan kata-kata orang itu jika orang itu adalah thiqah. Orang yang tidak mampu mengetahui arah kiblat itu tidak kira sama ada dia seorang lelaki atau wanita atau hamba. Orang yang memberitahunya tentang kiblat itu, boleh jadi dia memberitahunya dengan perkataan dan boleh jadi dia memberitahunya dengan isyarat. Jika tiada orang yang boleh memberitahunya tentang arah kiblat, tetapi dia boleh berijtihad, maka dia hendaklah berijtihad dan mengadap kepada arah yang disangkakannya sebagai kiblat. Syarat berijtihad ialah dia hendaklah mengetahui tanda-tanda kiblat. Jika dia tidak tahu tentang tanda-tanda kiblat, dia hendaklah mengikut seorang muslim yang adil dan mengetahui tandatanda kiblat. Di antara tanda yang boleh menunjukkan kepada arah kiblat ialah kompas. Harus Tidak Mengadap Kiblat Dalam Dua Keadaan: Pertama: Terlalu takut dan ketika pertempuran sengit sedang berlaku di dalam peperangan dengan pihak musuh. Maka tentera Islam hendaklah bersembahyang pada ketika itu sama ada dalam keadaan menunggang, berjalan, mengadap kiblat atau tidak. Ini berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Dan jika kamu takuti (sesuatu bahaya) maka sembahyanglah sambil berjalan atau berkenderaan." (Al-Baqarah: 239) Demikianlah sebagaimana yang ditafsirkan oleh Ibnu cUmar. Nafic berkata: "Aku berpendapat bahawa Ibnu c Umar tidak akan menafsirkan demikian melainkan beliau telah mendengarnya daripada Rasulullah s.a.w." [Riwayat Malik] Al-Mawardi berkata: "Ia juga telah diriwayatkan oleh al-Shafi'i dengan sanadnya daripada Ibnu cUmar daripada Rasulullah (s.a.w). Keadaan dharurat juga menyebabkan terpaksa menunaikan sembahyang dalam keadaan yang demikian.

|Muka

Tidak wajib mengadap kiblat itu adalah sama ada ketika takbiratul ihram dan lainnya sekalipun dalam keadaan berjalan -bukan menunggang kenderaan- sebagaimana yang dikatakan oleh al-Baghawi dan lainnya. Dia juga tidak dituntut mengulangi sembahyangnya itu. Dia juga tidak boleh melewatkan sembahyangnya daripada waktunya, berdasarkan ayat al-Quran yang menunjukkan bahawa sembahyang hendaklah ditunaikan di dalam waktunya, iaitu firman Allah swt: Maksudnya: "Sesungguhnya sembahyang itu adalah suatu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya." (Al-Nisa': 103) Tetapi wajiblah dia menjauhi daripada bertempik sama sekali kerana ia tidak diperlukan. Sembahyang seumpama ini, sebagaimana ianya harus ketika memerangi golongan kafir, ia juga harus ketika memerangi golongan bughah (penderhaka), perompak, ketika mempertahankan diri, kehormatan dan harta daripada dicerobohi sama ada oleh haiwan atau manusia. Juga ketika melarikan diri daripada banjir atau kebakaran yang tidak dapat dielakkan. Juga ketika melarikan diri daripada membayar hutang kerana keadaannya yang masih tidak mampu membayarnya sedang dia tidak mempunyai saksi yang menyaksikan ketidakmampuannya, atau ketika melarikan diri daripada dikenakan hukuman qisas yang masih ada peluang untuknya mendapat kemaafan. Kedua: Ketika menunaikan sembahyang sunat dalam musafir sama ada dengan menunggang atau berjalan kaki. Bagi yang menunggang, keharusan ini adalah berdasarkan kata-kata Ibnu cUmar r.a.: "Adalah Rasulullah (s.a.w) bersembahyang di atas kenderaan baginda ketika musafir dalam keadaan mengadap ke mana sahaja yang dihala oleh tunggangan baginda." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Di dalam satu riwayat al-Bukhari dinyatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) bersembahyang di atas belakang kenderaan baginda dalam keadaan mengadap ke mana sahaja yang dituju oleh binatang tunggangannya. Manakala apabila baginda ingin menunaikan sembahyang fardhu, baginda akan turun daripada kenderaan, berdasarkan hadis Jabir bahawa adalah Rasulullah (s.a.w) bersembahyang di atas kenderaannya ke mana sahaja yang ditujunya. Apabila baginda mahu menunaikan sembahyang fardhu, baginda akan turun dan mengadap ke arah kiblat. [Riwayat al-Bukhari] Jika simusafir juga diminta untuk mengadap ke arah kiblat, nescaya yang demikian akan menyebabkan sama ada dia akan meninggalkan sembahyang yang sunat atau meninggalkan keperluan kehidupan mereka. Keharusan tidak mengadap ke arah kiblat ini juga diberikan kepada musafir yang hanya berjalan (tidak berkenderaan) kerana kedapatan makna musafir pada kedua-duanya. Hukum ini sebenarnya adalah bagi orang yang tidak boleh mengadap ke arah kiblat. Jika dia boleh mengadap ke arah kiblat, maka dia wajib berbuat demikian, seperti dialah yang memegang tali kekang binatang tunggangannya dan binatang itu pula mudah untuk dikendalikan. Ini adalah berdasarkan kepada bahawa Rasulullah (s.a.w) apabila bermusafir dan apabila baginda mahu melakukan sembahyang sunat, baginda akan mengadap ke arah kiblat bersama dengan unta baginda, lalu bertakbir dan bersembahyang kepada arah yang dituju oleh kenderaan baginda. [Riwayat Abu Daud dengan sanad yang hasan] Arah yang dituju oleh kenderaan musafir itulah kiblatnya. Jika dia berpaling atau beralih daripada arah tersebut, maka sembahyangnya batal. Dia hendaklah menundukkan kepalanya untuk rukuk dan sujud. Keadaan sujudnya hendaklah lebih rendah daripada keadaan rukuknya untuk membezakan di antara kedua-duanya. Bagi musafir yang hanya berjalan kaki, hendaklah dia rukuk dan sujud di atas tanah, tetapi dia boleh menunaikan tasyahhud sambil berjalan, kerana tasyahhud adalah panjang sebagaimana qiyam. Bagi musafir yang menaiki kapal dan seumpamanya, tidak harus baginya menunaikan sembahyang sunat jika tidak mengadap ke arah kiblat kerana dia boleh berbuat demikian.
|Muka

RUKUN-RUKUN SEMBAHYANG:
Sebagaimana yang diketahui bahawa sembahyang yang diperakukan oleh syarak mengandungi rukun-rukun, syarat-syarat, sunat-sunat haiah dan sunat-sunat abcadh.2 Rukun-rukun sembahyang ialah: 1. Niat. Dari segi bahasa ia bererti tujuan. Dari segi syarak pula ia adalah tujuan melakukan sesuatu disertai dengan melakukannya. Tempatnya ialah di dalam hati. Melafazkan niat adalah tidak disyarakkan, maka tidak memadai jika hanya melafazkannya dengan lidah tetapi hati lalai. Syarat niat: (a) Mestilah memutuskan di dalam hati tentang perkara yang diniatkan. (b) Mengiringi takbiratul ihram. Dalilnya firman Allah swt: Maksudnya: "Dan mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya dan tetap teguh di atas ugama yang lurus." (Al-Bayyinah: 5) Al-Mawardi berkata: Mengikhlaskan ibadat di sini ialah dengan berniat. Juga berdalilkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Sesungguhnya segala amalan itu hendaklah dengan niat." Ummat Islam juga telah berijmak bahawa niat adalah diambil kira di dalam ibadat sembahyang. Jika seseorang mahu menunaikan sembahyang fardhu, wajiblah ke atasnya berniat mahu melakukan sembahyang supaya terbeza dengan amal ibadat yang lain. Wajib juga dia menentukan sembahyang fardhu yang tertentu supaya terbeza daripada sembahyang-sembahyang fardhu yang lain. Wajib juga dia berniat dengan menggunakan perkataan fardhu supaya sembahyang itu terbeza daripada yang sunat. Niat ini tidak wajib bagi kanak-kanak kerana sembahyang yang dilakukannya adalah menjadi sunat. 2. Berdiri tegak bagi yang berkuasa. Jika tidak seseorang itu boleh menggantikannya dengan yang lain seperti duduk atau berbaring. Ini berdasarkan kepada apa yang diriwayatkan daripada cImran bin Husain r.a. katanya: "Aku pernah mengalami penyakit buasir, lalu aku bertanyakan Rasulullah (s.a.w), maka baginda menjawab: Maksudnya: "Sembahyanglah dalam keadaan berdiri. Jika tidak mampu, dalam keadaan duduk. Jika tidak mampu juga, dalam keadaan berbaring di atas lambung." [Riwayat al-Bukhari] Imam al-Nasa'i menambah di dalam riwayatnya: Maksudnya: "Jika tidak mampu juga, dalam keadaan menelentang di atas belakangmu. Allah tidak mentaklifkan seseorang melainkan sesuatu yang mampu dilakukannya."

Rukun ialah sesuatu yang mesti ada untuk menjadikan sembahyang itu wujud dan ia berada di dalam sembahyang dan sebahagian daripadanya. Manakala syarat pula juga ialah sesuatu yang mesti ada untuk menjadikan sembahyang itu wujud tetapi ia tidak berada di dalam sembahyang bahkan ia mendahului sembahyang seperti wudhuk. Oleh kerana itu benda yang disyaratkan tidak mesti wujud jika syaratnya telah wujud, sekalipun ketika ketiadaan syarat, benda yang disyaratkan pasti tidak ada.
c c

Manakala sunat haiah dan sunat ab adh kedua-duanya adalah sunat, kecuali bezanya sunat ab adh boleh ditampung (jika ia tidak dilaksanakan) dengan sujud sahwi -seperti bacaan tasyahhud pada tahiyyat awal pada bukan sembahyang Subuh-. Sunat haiah pula tidak perlu ditampung dengan sujud sahwi ketika meninggalkannya seperti bacaan surah selepas al-Fatihah. Sembahyang diibaratkan seperti seorang manusia. Rukun adalah kepala, syarat adalah nyawa, sunat ab adh adalah anggotanya dan sunat haiah adalah rambutnya. Sila lihat Tuhfat al-Muhtaj (2/2/3), al-Ahkam karangan al-Amidi (1/100) dan al-Ghayah al-Quswa (1/29).
c

|Muka

10

Semasa berdiri (qiam) disyaratkan supaya dalam keadaan tegak. Jika seseorang itu boleh berdiri, tetapi tidak boleh untuk rukuk dan sujud kerana terdapat penyakit di atas belakangnya, dia wajib berdiri juga. Jika seseorang itu memerlukan sesuatu untuk dia bertongkat semasa berdiri (qiam), wajib dia mendapatkan benda itu. Bukanlah yang dimaksudkan dengan lemah di sini ialah tidak mampu sahaja, bahkan termasuk juga jika seseorang itu bimbang akan berlaku kemusnahan, atau penambahan kesakitan, atau bimbangkan akan menyebabkan kesusahan yang amat sangat, atau bimbang akan tenggelam, atau pening kepala -bagi yang menaiki kapal dan umpamanya. Imam al-Shafi'i berkata: Orang yang lemah itu ialah orang yang tidak mampu berdiri melainkan dengan kesukaran yang tidak tertanggung. Berbaring yang dimaksudkan ialah berbaring di atas lambung kanan dalam keadaan wajib mengadap ke arah kiblat. Jika seseorang tidak mampu bersembahyang dalam keadaan berbaring di atas lambung kanan, maka hendaklah dia bersembahyang dalam keadaan menelentang di atas belakangnya dengan mukanya dihadapkan ke arah kiblat. Jika dia tidak mampu rukuk dan sujud seperti biasa, dia hendaklah menundukkan kepalanya ke arah kiblat sebagai isyarat rukuk dan sujud, tetapi semasa sujud dia hendaklah tunduk lebih rendah daripada rukuknya. Jika dia tidak mampu untuk memberikan isyarat dengan menundukkan kepala, dia hendaklah memberikan isyarat dengan matanya, kerana itulah kadar kemampuannya. Jika itupun tidak mampu dilakukannya, dia hendaklah hanya menjalankan segala kerja-kerja sembahyang dengan hatinya sahaja. Tetapi dalam keadaan yang demikian, jika dia mampu berkata-kata mengucapkan takbir, bacaan al-fatihah, tasyahhud dan salam, dia hendaklah melakukannya. Jika tidak mampu juga, dia hendaklah mengucapkannya di dalam hatinya sahaja. Seseorang tidak boleh meninggalkan sembahyang selagi mana akalnya masih waras. Jika dia bersembahyang dalam keadaan yang dinyatakan di atas, dia tidak perlu mengulanginya. Al-Ghazali berhujjahkan dengan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Jika aku memerintahkan kamu melakukan sesuatu, maka hendaklah kamu melakukannya sekadar kemampuan kamu." Juga berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Dan sembahlah (beribadatlah kepada) Tuhanmu, sehingga datang kepadamu yang diyakini (maut)." (Al-Hijr: 99) Di antara ibadat yang paling penting ialah sembahyang, maka wajib ia dilaksanakan sehingga sampai ajal, selagimana seseorang itu masih lagi berakal waras. Orang yang disalib juga wajib bersembahyang sebagaimana yang dinyatakan oleh Imam al-Shafi'i. 3. Takbiratul ihram, berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Kunci sembahyang ialah wudhuk, pengharamannya (yang menjadikan haram melakukan perkara lain) ialah takbir dan yang menghalalkannya (membolehkan melakukan perkaran lain) ialah salam." [Riwayat Abu Daud dan lainnya dengan sanad yang sahih] Juga berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w) di dalam hadis berkenaan seorang lelaki yang tidak bersembahyang dengan sempurna: Maksudnya: "Apabila engkau bangun untuk mengerjakan sembahyang, maka hendaklah engkau menyempurnakan wudhuk, kemudian mengadaplah ke arah kiblat dan bertakbirlah." Lafaz takbir ialah: "Allahu Akbar." Ini kerana Rasulullah (s.a.w) apabila memulakan sembahyang, baginda akan mengadap kiblat, mengangkat kedua tangannya dan berkata: "Allahu Akbar." [Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban dan beliau mensahihkannya] Ucapan ini wajib diucap oleh orang yang mampu mengucapkan bahasa Arab. Bagi yang tidak mampu, dan dia juga tidak mampu untuk belajar, dia hendaklah menyebut terjemahannya. Tetapi jika dia mampu belajar, dia
|Muka

11

wajib belajar sekalipun terpaksa bermusafir ke tempat yang jauh, kerana bermusafir ke tempat yang jauh merupakan wasilah kepada yang wajib, maka ia turut menjadi wajib berdasarkan kaedah: Maksudnya: "Perkara wajib yang tidak sempurna melainkan dengan suatu yang lain, maka suatu yang lain itu turut menjadi wajib." 4. Membaca al-fatihah, kerana sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca al-fatihah." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Di dalam riwayat lain: Maksudnya: "Tidak memadai sembahyang seseorang lelaki (atau perempuan) yang tidak membaca al-fatihah padanya." [Riwayat al-Daruqutni dengan sanad yang sahih. Diriwayatkan juga oleh Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah di dalam kitab sahih mereka] Imam al-Shafi'i meriwayatkan dengan sanadnya pada hadis lelaki yang tidak menyempurnakan sembahyangnya, bahawa Rasulullah (s.a.w) bersabda: Maksudnya: "Maka hendaklah engkau bertakbir kemudian bacalah ummul kitab (al-fatihah)." Di dalam riwayat lain: Maksudnya: "Sesiapa yang mengerjakan sembahyang tetapi tidak membaca ummul kitab (alfatihah) maka sembahyangnya kurang tidak sempurna." Kemudian ada orang bertanya baginda: "Adakah begitu juga keadaan kami walaupun kami bersembahyang di belakang imam?" Baginda menjawab: Maksudnya: "Bacalah al-fatihah itu di dalam hati engkau." [Riwayat Muslim daripada Abu Hurairah] Bismillah al-Rahman al-Rahim adalah satu ayat pada awal al-fatihah. Ini berhujjahkan bahawa Rasulullah (s.a.w) membilang al-fatihah mengandungi tujuh ayat dan baginda membilang bismillah sebagai salah satu ayat daripadanya. [Disebutkan oleh al-Bukhari di dalam kitab Tarikhnya] Juga berhujjahkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Apabila kamu membaca al-hamd, hendaklah kamu membaca Bismillah al-Rahman alRahim. Ia adalah ummu al-Quran (ibu al-Quran), ummu al-kitab dan al-sabcu al-mathani (tujuh ayat yang sentiasa diulang-ulang) dan Bismillah al-Rahman al-Rahim adalah salah satu daripada ayatnya." [Riwayat al-Daruqutni, katanya: Semua perawinya adalah thiqah] Daripada Ummu Salamah r.a. bahawa Rasulullah (s.a.w) menghitung basmalah sebagai salah satu ayat daripada al-fatihah. [Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya] Abu Nasr al-Mu'addab berkata: "Para qari Kufah dan fuqahak Madinah telah sepakat pada mengatakan bahawa basmalah adalah satu ayat daripada al-fatihah. Jika ada orang yang berkata: Di dalam sahih Muslim daripada c Aisyah r.a. bahawa Rasulullah (s.a.w) memulakan sembahyang dengan takbir dan membaca al-hamdu lillah rabbi al-calamin (bukan dengan basmalah). Kita menjawab, bahawa yang dikehendaki ialah membaca surah yang dinamakan sebagai al-hamdu lillah rabbi al-calamin. Jika ada juga yang membantah dengan mengatakan bahawa ini adalah bertentangan dengan zahir, maka kita menjawab bahawa pertentangan dengan zahir ini adalah suatu yang mesti dilakukan kerana langkah untuk mengumpulkan di antara dalil-dalil yang bertentangan. Bacaan al-fatihah hendaklah dibaca ketika berdiri (qiyam) dan perbuatan lain yang menggantikannya. Semua wajib membacanya sama ada imam, makmum, orang yang bersembahyang seorang, di dalam sembahyang yang diperlahankan suara dan di dalam sembahyang yang dikuatkan suara. Tidak boleh membaca terjemahan surah al-fatihah ketika tidak mampu membacanya, kerana kemukjizatan surah al-fatihah tidak akan tercapai dengan membaca terjemahannya sahaja. Wajib membaca surah al-fatihah
|Muka

12

dengan menyempurnakan segala huruf-huruf dan tasydid-tasydidnya. Jika seseorang meninggalkan satu huruf atau meringankan tasydidnya, bacaannya tidak sah, begitu juga dengan sembahyangnya. Jika dia membaca dengan pelat sehingga mengubah makna, seperti dia membaca dengan baris hadapan atau bawah pada huruf ta', sedangkan yang sepatutnya dibaca ialah dengan baris atas, atau dia membaca dengan baris di bawah pada huruf kaf, sedangkan yang sepatutnya dibaca ialah dengan baris di atas, maka bacaannya tidak sah dan sembahyang turut batal, jika disengajakannya. Jika dia tidak sengaja dia wajib mengulangi bacaan itu. Semua hukum ini adalah bagi orang yang mampu membaca al-fatihah. Bagi yang tidak mampu untuk menghafal al-fatihah dengan baik, dia wajib mempelajarinya (sehingga dia hafal) atau membacanya daripada mashaf. Jika ini juga tidak mampu dilakukannya, dia hendaklah membaca tujuh ayat lain daripada al-Quran, berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Jika ada bersama engkau al-Quran, maka bacalah ia, jika tidak ucapkanlah al-hamdu lillah, la ilaha illa allah dan Allahu Akbar." Imam al-Nawawi berkata: Hadis hasan. Disyaratkan dia membaca tujuh ayat (ketika tidak mampu membaca al-fatihah) kerana tujuh ayat itu adalah ganti kepada al-fatihah. Jika dia tidak mampu juga untuk membaca tujuh ayat selain al-fatihah, maka dia hendaklah mengucapkan zikir sahaja berdasarkan hadis di atas, juga berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Ibnu Hibban di dalam sahihnya bahawa seorang lelaki datang kepada Rasulullah (s.a.w) lalu berkata: "Wahai Rasulullah, aku tidak mampu untuk mempelajari al-Quran. Ajarkanlah kepadaku sesuatu dari al-Quran yang boleh mengcukupiku." Lalu Rasulullah (s.a.w) bersabda: Maksudnya: "Katakanlah subhanallah, al-hamdu lillah, la ilaha illa allah, Allahu Akbar, la haula wa la quwwata illa billah al-caliyy al-cazim." Kelebihan Al-Fatihah: Daripada Abu Sacid al-Khudri r.a. katanya: Sedang aku bersembahyang, tiba-tiba Rasulullah (s.a.w) memanggilku, tetapi aku tidak menyahut panggilan baginda. Kemudian (setelah selesai sembahyang) aku datang kepada baginda seraya berkata: "Wahai Rasulullah, aku tadi sedang sembahyang." Lalu baginda bersabda: Maksudnya: "Bukankah Allah telah berkata: "Sahutlah seruan Allah dan seruan Rasul-Nya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna?" Kemudian baginda bersabda lagi: Maksudnya: "Mahukah engkau jika aku mengajarkan kepada engkau surah yang paling besar di dalam al-Quran sebelum engkau keluar dari masjid ini?" Setelah baginda mahu keluar dari masjid, aku berkata: "Wahai Rasulullah, engkau mengatakan bahawa engkau akan memberitahuku surah yang paling besar di dalam al-Quran." Lalu baginda berkata: Maksudnya: "Al-Hamdu lillahi rabbi al-calamin. Ia adalah tujuh ayat yang sentiasa diulang-ulangi yang dikurniakan kepadaku bersama al-Quran yang maha besar." [Riwayat al-Bukhari dan Abu Daud] Daripada Ubayy bin Kacab r.a. katanya: Rasulullah (s.a.w) bersabda: Maksudnya: "Aku amat berharap agar engkau mengetahui bahawa terdapat satu surah yang tidak ada sepertinya di dalam kitab Taurat, Injil dan juga surah yang lain di dalam al-Quran. Ia adalah tujuh ayat yang sentiasa diulang-ulangi, pembuka al-kitab." [Riwayat al-Hakim] 5. Rukuk, kerana ia sabit dengan al-kitab, al-sunnah dan ijmak. Firman Allah swt: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan sembahyang)." (Al-Hajj: 77) Sabda Rasulullah (s.a.w) kepada lelaki yang tidak menyempurnakan sembahyangnya:
|Muka

13

Maksudnya: "Kemudian hendaklah engkau rukuk dan kemudiannya tuma'ninah." 6. Tuma'ninah ketika rukuk kerana hadis di atas. Sekurang-kurang rukuk ialah: Seorang yang mampu dan mempunyai kejadian tubuh badan yang sederhana hendaklah tunduk sehingga tapak tangannya sampai kepada dua lututnya. Jika dia tidak mampu, hendaklah memberikan isyarat dengan matanya. Rukuk yang paling sempurna ialah: Hendaklah dia tunduk sehingga tengkuk dan bahagian belakangnya menjadi sama. Bahagian belakangnya dipanjangkan sehingga menjadi seperti sekeping papan. Betisnya pula hendaklah diluruskan. Lututnya dipegang dengan tangannya, sementara jari-jarinya dibuka dihadapkan ke arah kiblat. Ini adalah kerana terdapat sunnah yang menerangkan demikian. Cara ini ialah bagi orang yang sembahyang berdiri. Bagi yang sembahyang sambil duduk pula, maka sekurangkurang rukuknya ialah: Bahawa dia tunduk sekadar mukanya selari dengan bahagian hadapan lututnya di atas lantai. Manakala rukuk yang paling sempurna baginya ialah: Dia tunduk sehingga dahinya selari dengan tempat sujudnya. Sekurang-kurang tuma'ninah ialah: Diam sebentar sehingga anggota-anggotanya tetap dalam keadaan rukuk dan perbuatan turunnya untuk rukuk kelihatan terpisah (tidak bersambung) daripada perbuatannya untuk bangkit semula. Jika setelah dia sampai kepada keadaan rukuk, kemudian terus dia bangkit semula daripada rukuknya dengan pergerakan yang bersambung, maka di situ tidak berlaku tuma'ninah, kerana hakikat tuma'ninah ialah diam sebentar selepas melakukan sesuatu perbuatan sekadar membaca subhana rabiya alc azim. 7. Ictidal setelah rukuk, berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w) kepada lelaki yang tidak menyempurnakan sembahyangnya: Maksudnya: "Kemudian hendaklah engkau bangun ictidal dan tuma'ninah." Ictidal yang wajib dilakukan ialah hendaklah dia kembali kepada keadaannya sebelum dia rukuk. Ketika dia melakukan ictidal disyaratkan dia tidak berniat selain daripada untuk melakukan ictidal. Jika dia ternampak seekor ular semasa rukuk, lalu dia terbangun kerana takut, maka bangunnya itu tidak dikira sebagai ictidal. 8. Tuma'ninah semasa ictidal kerana berdasarkan hadis tentang lelaki yang tidak menyempurnakan sembahyangnya. Anggota-anggota badannya hendaklah tetap diam semasa ictidal sebagaimana keadaannya sebelum daripada rukuk. 9. Sujud berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, rukuk serta sujudlah (mengerjakan sembahyang)." (Al-Hajj: 77) Juga berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w) kepada lelaki yang tidak bersembahyang dengan sempurna: Maksudnya: "Kemudian hendaklah engkau sujud serta tuma'ninah." 10. Tuma'ninah semasa sujud berdasarkan hadis di atas. Sekurang-kurang sujud ialah: Meletakkan sebahagian dahi di atas lantai. Mestilah semasa sujud itu orang yang bersembahyang menekan sedikit kepalanya ke lantai, sehingga jika terdapat kapas di atas lantai, kapas itu akan terkesan. Ini kerana Rasulullah (s.a.w) bersabda: Maksudnya: "Jika engkau sujud, hendaklah engkau menekankan dahi engkau ke lantai dan janganlah terlalu cepat bangun seperti burung yang mematuk makanan." [Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya] Tidak memadai jika dia sujud di atas dahi, hidung, serban atau lengan bajunya sahaja. Di dalam sahih Muslim para sahabat berkata: "Kami mengadu kesusahan kami kepada Rasulullah (s.a.w) kerana terpaksa sujud juga walaupun di tengah kepanasan tengahari yang terik, tetapi baginda tidak menghilangkan apa yang kami adukan itu."
|Muka

14

Al-Baihaqi menambah: "Pada dahi-dahi dan tapak-tapak tangan kami." Sanadnya adalah sahih. Terdapat perselisihan pendapat tentang meletak dua tangan, dua lutut, dua kaki dan dahi di atas lantai. Ada pendapat yang mengatakan ia tidak wajib, tetapi pendapat yang sahih ialah wajib, berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Aku diperintahkan agar sujud di atas tujuh tulang; dahi, dua tangan, dua lutut dan hujung jari jemari kaki." [Muttafaq calaih] Semasa sujud itu hendaklah meletakkan perut dua tapak tangan dan perut jari-jari dua kaki di atas lantai atau memadai meletakkan sebahagian daripadanya. Di dalam sujud juga disyaratkan agar bahagian bawah seseorang diangkat tinggi daripada bahagian atasnya, kerana al-Barra' bin cAzib mengangkat punggungnya dan berkata: "Beginilah yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) ketika sujud." [Riwayat Abu Daud, al-Nasa'i, Ibnu Hibban dan beliau mensahihkannya] Jika pada dahi orang yang bersembahyang terdapat luka yang dibalut dengan kain, lalu dia sujud di atas kain balutan itu, hukumnya adalah memadai, kerana jika orang yang sujud dengan menggunakan isyarat mata tidak dituntut untuk mengulangi sembahyangnya, maka orang yang sujud di atas kain balutan luka di dahinya lebihlebih lagi tidak dituntut untuk mengulangi sembahyangnya. Jika seseorang itu tidak mampu untuk melakukan sujud, dia hendaklah memberikan isyarat dengan kepalanya, dan jika itupun tidak mampu, maka hendaklah dia memberi isyarat dengan matanya, berdasarkan sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Jika aku memerintahkan kamu satu perkara, maka hendaklah kamu melakukannya sekadar kemampuan kamu." 11. Duduk di antara dua sujud kerana sabda Rasulullah (s.a.w) kepada lelaki yang mengerjakan sembahyang tidak sempurna: Maksudnya: "Kemudian hendaklah engkau bangun (daripada sujud) sehingga engkau tegak dalam keadaan duduk." Di dalam riwayat lain: Maksudnya: "Sehingga engkau duduk dengan tuma'ninah. Kemudian lakukan semua itu di dalam seluruh sembahyang engkau." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Di dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim juga: Apabila Rasulullah (s.a.w) mengangkat kepala, baginda tidak akan sujud semula sehingga baginda duduk dalam keadaan tegak. 12. Tuma'ninah ketika duduk di antara dua sujud, berdasarkan hadis di atas. 13, 14 dan 15. Duduk terakhir, tasyahhud di dalamnya dan selawat ke atas Rasulullah (s.a.w). Ketiga-tiga perkara ini adalah rukun sembahyang. Yang dimaksudkan dengan tasyahhud ialah al-tahiyyat. Daripada Ibnu Mascud r.a. katanya: Sebelum difardhukan kepada kami tasyahhud, kami berkata: "Salam sejahtera kepada Allah. Salam sejahtera kepada si fulan." Lalu Rasulullah (s.a.w) berkata: Maksudnya: "Ucapkanlah: Segala ucapan penghormatan adalah bagi Allah....." [Riwayat alDaruqutni dan al-Baihaqi dengan sanad yang sahih] Kata-kata Ibnu Mascud "Sebelum difardhukan" dan kata-kata Rasulullah (s.a.w) "Ucapkanlah" secara jelas menunjukkan tentang wajibnya tasyahhud. Di dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim juga terdapat perintah supaya bertasyahhud. Jika tasyahhud adalah wajib, maka begitu juga duduk untuknya adalah wajib.
|Muka

15

Berkenaan dengan lafaz tasyahhud terdapat dua riwayat yang sahih, iaitu riwayat Ibnu Mascud dan riwayat Ibnu c Abbas. Lafaz riwayat Ibnu Mascud ialah: Maksudnya: "Segala penghormatan, selawat dan kebaikan adalah bagi Allah. Selamat sejahtera, kerahmatan dan keberkatan Allah ke atasmu wahai Nabi. Selamat sejahtera juga ke atas kami dan ke atas hamba Allah yang salih. Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan aku menyaksikan juga bahawa Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Nya." Lafaz riwayat Ibnu cAbbas ialah: Maksudnya: "Adalah Rasulullah (s.a.w) mengajar kami tasyahhud sebagaimana baginda mengajar kami al-Quran. Baginda berkata: "Segala penghormatan, keberkatan, selawat dan kebaikan adalah bagi Allah. Selamat sejahtera, kerahmatan dan keberkatan ALlah ke atasmu wahai Nabi. Selamat sejahtera juga ke atas kami dan ke atas hamba Allah yang salih. Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan aku menyaksikan juga bahawa Muhammad itu adalah hamba dan rasul-Nya." [Riwayat al-Shafi'i, Muslim, Abu Daud dan al-Nasa'i]
c

Imam al-Shafi'i berkata: "Banyak hadis-hadis yang berbagai diriwayatkan mengenai tasyahhud. Riwayat ini (Ibnu Abbas) adalah riwayat yang paling aku sukai, kerana ia lebih sempurna."

Al-Hafiz berkata: "Imam al-Shafi'i ditanya kenapa beliau memilih riwayat Ibnu cAbbas, lalu beliau menjawab: "Kerana aku mendapati riwayatnya lebih luas dan aku mendengarnya daripada Ibnu cAbbas secara sahih. Di sisiku ada lagi riwayat-riwayat lain yang mempunyai lafaz yang lebih baik dan banyak, tetapi aku tetap menerima riwayat Ibnu cAbbas tanpa mengkritik orang yang mengambil riwayat lain yang sahih." Tasyahhud yang paling sempurna hendaklah ditambah lagi terhadap apa yang telah disebutkan: Maksudnya: Ya Allah, selawatkanlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah selawatkan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Berkatkanlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad sebagaimana Engkau telah berkatkan ke atas Ibrahim dan ke atas keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Terpuji Lagi Maha Mulia. Berselawat ke atas Rasulullah (s.a.w) adalah wajib berdasarkan kepada satu riwayat di mana baginda ditanya oleh seorang sahabat: Bagaimana kami berselawat ke atas engkau ketika kami sembahyang? Lalu Rasulullah (s.a.w) menjawab: Maksudnya: "Katakanlah: Ya Allah, selawatkanlah ke atas Muhammad dan ke atas keluarga Muhammad." [Riwayat Bukhari dan Muslim] Sesiapa yang tidak mampu membaca selawat (dalam bahasa Arab), hendaklah membaca terjemahannya sahaja. 16. Salam pertama, kerana sabda Rasulullah (s.a.w): Maksudnya: "Dan yang menghalalkannya (membolehkan melakukan perkara lain) ialah salam." Sekurang-kurang salam ialah mengucapkan: Imam Nawawi berkata: Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang mengatakan bahawa Rasulullah (s.a.w) mengucapkan: "Assalamu calaikum." Paling panjangpun baginda (s.a.w) berkata: "Assalamu calaikum warahmatullah." 17. Tertib, mengikut susunan bagi rukun-rukun yang telah disebutkan. Ini adalah mengikut apa yang telah dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w) ditambah lagi kerana terdapat perintah Rasulullah (s.a.w) yang berbunyi: Maksudnya: "Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersembahyang."
|Muka

16

Rasulullah (s.a.w) menunaikan sembahyang dalam keadaan tertib dan mengikut susunan. Manakala niat untuk keluar daripada sembahyang adalah tidak wajib mengikut pendapat yang sahih.

PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN SEBELUM MENUNAIKAN SEMBAHYANG:


Perkara yang sunat dilakukan sebelum menunaikan sembahyang ialah azan dan iqamat. Kedua-duanya bererti memberitahu. Dari segi syarak, azan dan iqamat ialah zikir tertentu yang disyariatkan sebagai memberitahu tentang sembahyang yang difardhukan. Kedua-duanya disyariatkan dengan al-kitab, al-sunnah dan ijmak. Firman Allah swt: Maksudnya: "Dan apabila kamu menyeru (mereka) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan." (Al-Ma'idah: 58) Firman Allah swt lagi: Maksudnya: "Apabila kamu diseru untuk menunaikan sembahyang..." (Al-Jumucah: 9) Sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Apabila tiba waktu sembahyang, hendaklah salah seorang kamu melaungkan azan dan orang yang paling tua di kalangan kamu menjadi imam." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Di dalam satu riwayat: Maksudnya: "Hendaklah kedua-dua kamu azan dan iqamat." Jika sembahyang fardhu itu akan ditunaikan oleh jamaah lelaki, azan adalah disunatkan. Jika hanya seorang sahaja, maka ada pendapat mengatakan tidak perlu azan kerana tidak perlu memberitahu kepada orang lain. Tetapi pendapat yang sahih mengatakan tetap dituntut azan, kerana Rasulullah s.a.w berkata kepada Abu Sacid al-Khudri: Maksudnya: "Aku melihat engkau suka tinggal di pedalaman dan tempat mengembala kambing. Jika engkau berada di sana, kemudian engkau melaungkan azan, hendaklah engkau mengangkat suara engkau setinggi-tingginya, kerana tiada jin, manusia dan sesuatupun yang mendengar suara engkau melainkan akan menjadi saksi kepada engkau pada hari kiamat." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Perkara yang disunatkan kepada orang yang melakukan azan dan iqamat: 1. Berdiri. 2. Mengadap ke arah kiblat. 3. Berada dalam keadaan suci (berwudhuk). 4. Mempunyai suara yang baik. 5. Berada di tempat yang tinggi atau di pintu masjid. 6. Berpaling ke kanan ketika berkata dan berpaling ke kiri ketika berkata . 7. Mengangkat suaranya dengan tinggi sekalipun hanya keseorangan, berdasarkan hadis yang telah disebutkan daripada Abu Sacid al-Khudri. Syarat-syarat azan: 1. Islam. 2. Mumayyiz. 3. Berakal. 4. Lelaki. Azan hanya terserah kepada muazzin tidak perlu kepada keizinan imam, manakala iqamat pula mestilah dengan keizinan imam.

|Muka

17

Sebab disyariatkan azan dan iqamat: Diriwayatkan daripada cAbdullah bin Zaid, katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya loceng dibunyikan untuk memberitahu orang ramai tentang masuk waktu sembahyang, aku bermimpi didatangi oleh seorang lelaki yang membawa loceng ditangannya, lalu aku berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah, adakah engkau menjual loceng itu?" Dia bertanya: "Apakah yang ingin engkau lakukan dengannya?" Aku menjawab: "Kami mahu mengajak orang ramai kepada sembahyang jamaah." Lelaki itu berkata: "Tidakkah engkau mahu jika aku tunjukkan sesuatu yang lebih baik daripada menggunakan loceng?" Aku menjawab: "Ya, sudah tentu." Lelaki itu berkata: "Engkau berkata: Kemudian lelaki itu berundur, kemudian berkata lagi: "Ketika hendak didirikan sembahyang hendaklah engkau berkata: Setelah waktu pagi, aku pergi menemui Rasulullah s.a.w dan memberitahu baginda tentang mimpi itu, lalu baginda berkata: Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah mimpi yang benar, insya Allah. Bangunlah dengan Bilal dan ajarkanlah apa yang telah engkau dengar di dalam mimpimu, supaya Bilal mengazankannya, kerana dia mempunyai suara yang lebih kuat daripadamu." Lalu aku pergi bersama Bilal untuk mengajarnya azan yang aku dengar, kemudian Bilal melaungkan azan dengan perkataan-perkataan yang aku ajarkan kepadanya. Suara azan Bilal itu didengar oleh cUmar yang ketika itu masih berada di rumahnya, lalu dia keluar menarik kain serbannya seraya berkata: "Demi Allah yang mengutuskanmu dengan kebenaran, sesungguhnya aku juga bermimpi sebagaimana dia bermimpi." Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Segala puji bagi Allah." [Riwayat Ahmad] Disunatkan supaya lafaz dua kalimah syahadah diulang secara perlahan dahulu (sebelum menyebutnya dengan kuat) kerana berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Mahzurah, bahawa Rasulullah s.a.w mengajarkan azan kepadanya sebanyak sembilan belas kalimah. [Riwayat khamsah*] Imam al-Tarmizi berkata: Hadis hasan sahih. Disunatkan tathwib pada azan sembahyang Subuh. Tathwib ialah mengucapkan . selepas dan

Abu Mahzurah berkata: Wahai Rasulullah, ajarkan kepadaku cara azan, lalu baginda mengajarnya dan berkata: Maksudnya: "Jika pada sembahyang Subuh, hendaklah engkau berkata: Sembahyang lebih baik daripada tidur. Sembahyang lebih baik daripada tidur. Allah Maha Besar. Allah Maha Besar. Tiada tuhan melainkan Allah." [Riwayat Ahmad dan Abu Daud] Disunatkan kepada sesiapa yang mendengar azan agar berkata sebagaimana dikatakan oleh muazzin, kecuali pada dan kerana di sini disunatkan berkata: Maksudnya: "Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah." Daripada cUmar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: "Apabila muazzin berkata Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, hendaklah kamu berkata Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Apabila dia berkata Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah, hendaklah kamu berkata Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah. Apabila dia berkata Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah, hendaklah kamu berkata Aku menyaksikan bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah. Apabila dia berkata Marilah sembahyang, hendaklah kamu berkata Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah. Apabila dia berkata Marilah menuju kejayaan, hendaklah kamu berkata Tiada daya dan upaya melainkan dengan Allah. Apabila dia berkata Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, hendaklah kamu berkata Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Apabila dia berkata Tiada tuhan melainkan Allah, hendaklah kamu berkata Tiada tuhan melainkan Allah, kerana sesiapa yang mengatakan demikian menerusi hatinya akan masuk syurga." [Riwayat Muslim]

|Muka

18

Menurut sunnah, hendaklah berhenti pada setiap takbir berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Jika engkau azan, hendaklah engkau melakukannya secara perlahan-lahan satu-satu." Muhammad bin cAbdul Rahman berkata di dalam Sharh al-Tarmizi: Hadis ini menunjukkan bahawa seorang muazzin hendaklah mengucapkan setiap kalimah azan dengan satu nafas. Al-Tarmizi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata kepada Bilal: Maksudnya: "Apabila engkau azan, hendaklah engkau melakukannya secara perlahan-lahan, dan apabila engkau iqamat, hendaklah engkau melakukannya dengan cepat." Selepas muazzin mengucapkan tathwib pada azan sembahyang Subuh, disunatkan berkata: Maksudnya: "Benar dan engkau telah melakukan kebajikan. Benar dan engkau telah melakukan kebajikan." Selepas azan, disunatkan mengucapkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan memohon daripada Allah agar mengurniakan wasilah (kedudukan yang tinggi) kepada baginda s.a.w. Ini kerana berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh cAbdullah bin cAmru bahawa beliau mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Apabila kamu mendengar muazzin melaungkan azan, hendaklah kamu mengucapkan sebagaimana yang diucapkan olehnya, kemudian berselawatlah ke atasku, kerana sesiapa yang berselawat ke atasku sebanyak satu selawat, Allah akan berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh selawat. Kemudian pohonlah dari Allah agar mengurniakan wasilah (kedudukan yang tinggi) bagiku. Ia adalah satu kedudukan di dalam syurga yang tidak berhak dimiliki melainkan oleh seorang hamba daripada hamba-hamba Allah, dan aku berharap hamba itu ialah aku. Sesiapa yang memohon daripada Allah agar mengurniakan kepadaku wasilah, dia akan mendapat syafacatku." [Riwayat Muslim] Daripada Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Sesiapa yang mendengar azan kemudian dia berkata: "Ya Allah, tuhan seruan yang sempurna ini dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kepada Nabi Muhammad s.a.w wasilah (kedudukan yang tinggi) dan kelebihan. Utuskanlah kepadanya kedudukan yang terpuji yang telah engkau janjikan", maka dia akan mendapat syafacatku pada hari kiamat." [Riwayat alBukhari] Disunatkan berdoa di antara azan dan iqamat, kerana sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Doa di antara azan dan iqamat tidak ditolak (akan dimaqbulkan)." [Riwayat Abu Daud, al-Nasa'i dan al-Tarmizi. Al-Tarmizi berkata: Hadis hasan sahih] Al-Tarmizi menambah: Mereka berkata: "Apakah yang patut kami ucapkan, wahai Rasulullah?" Baginda menjawab: Maksudnya: "Pohonkanlah keampunan dan kesejahteraan daripada Allah, di dunia dan di akhirat." Bagi yang mendengar iqamat, disunatkan mengucapkan sebagaimana yang diucapkan oleh orang yang mengucapkan iqamat itu, kecuali pada perkataan dan yang disunatkan mengucapkan: Pada perkataan yang bermaksud (Telah tiba waktu sembahyang, telah tiba waktu sembahyang), hendaklah dia berkata: Maksudnya: Semoga Allah mendirikannya dan mengekalkannya. Ini adalah kerana apabila Rasulullah s.a.w mendengar Bilal mengucapkan perkataan berkata demikian. baginda

PERKARA SUNAT KETIKA BERADA DI DALAM SEMBAHYANG:

|Muka

19

Dua perkara: Pertama: Tasyahhud (tahiyyat) awal, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh cAbdullah bin Malik bin Buhainah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bangun pada sembahyang Zuhur, tanpa duduk terlebih dahulu untuk tasyahhud awal. Selepas itu baginda menyempurnakan sembahyang dan baginda sujud sebanyak dua kali." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Jika tasyahhud awal adalah wajib, nescaya baginda akan kembali duduk dan tidak akan meninggalkannya. Apa yang dilakukan oleh baginda menunjukkan ia adalah sunat. Sebarang cara duduk ketika membaca tasyahhud adalah diharuskan, tetapi yang paling afdhal (baik) ialah duduk iftirasy, iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri, menegakkan kaki kanan dan meletakkan hujung jari-jari kaki kanan dalam keadaan mengadap ke arah kiblat. Kedua: Qunut di dalam sembahyang Subuh dan sembahyang witir pada separuh kedua bulan Ramadhan. Kesabitan qunut pada sembahyang Subuh adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w sentiasa berqunut pada sembahyang Subuh sehingga baginda meninggal dunia." [Riwayat Imam Ahmad dan lainnya] Ibnu al-Salah berkata: Ramai para huffaz menghukumkan hadis ini sebagai sahih. Di antara mereka ialah alHakim, al-Baihaqi dan al-Balkhi. Al-Baihaqi berkata: "Para khulafak yang empat telah beramal dengan kehendak hadis ini." Kenapa qunut ini dilakukan pada rakaat kedua adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya. Manakala tentang kenapa qunut ini dilakukan selepas bangun daripada rukuk pula adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w ketika melakukan qunut dalam kisah orang-orang yang terbunuh di dalam peristiwa perigi Macunah, baginda melakukannya selepas rukuk. Lalu kami mengqiaskan qunut Subuh dengan apa yang dilakukan oleh baginda itu. Tetapi terdapat riwayat di dalam kitab sahih mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w melakukan qunut sebelum rukuk. Al-Baihaqi berkata: Tetapi perawi yang meriwayatkan bahawa qunut dilakukan selepas rukuk adalah lebih banyak dan lebih kuat hafalan mereka, maka riwayat mereka lebih utama untuk diterima. Qunut sudah dikira terlaksana dengan sebarang lafaz doa dan pujian. Jika seseorang melakukan qunut dengan membaca satu ayat yang mengandungi doa dan pujian, dan dia meniatkannya sebagai qunut, maka itu sudah memadai. Tetapi berqunut dengan lafaz yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w adalah lebih afdhal. Di antara lafaz qunut yang diriwayatkan daripada baginda ialah: Maksudnya: Ya Allah, berilah petunjuk kepadaku di kalangan orang-orang yang Engkau berikan petunjuk. Berikan kesihatan kepadaku di kalangan orang-orang yang Engkau berikan kesihatan. Lantiklah aku di kalangan orang-orang yang Engkau lantik. Berkatkanlah terhadap apa yang Engkau kurniakan kepadaku. Peliharakanlah aku daripada kejahatan sesuatu yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menetapkan, dan Engkau tidak boleh ditetapkan (oleh orang lain). Sesungguhnya orang yang menjadikan Engkau sebagai wali tidak akan menjadi hina. Engkau Maha Berkat Lagi Maha Tinggi." [Riwayat Abu Daud, al-Tarmizi, al-Nasa'i dan lain-lain dengan sanad yang sahih] Al-Rafici berkata: Ulama menambah sebelum perkataan Maksudnya: "Orang yang memusuhi Engkau tidak akan mendapat kemuliaan." Di dalam riwayat al-Baihaqi terdapat perkataan: Maksudnya: BagiMu segala pujian terhadap apa yang Engkau putuskan. Aku memohon keampunan dan bertaubat kepada-Mu.
|Muka

20

Imam hendaklah berqunut dengan menggunakan lafaz jamac (ramai), bahkan makruh jika dia hanya mengkhususkan doa untuk dirinya sahaja, kerana Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Janganlah seseorang itu menjadi imam kepada satu kumpulan, lalu dia hanya mengkhususkan doa untuk dirinya sahaja tanpa mereka. Jika dia melakukan demikian, maka dia sebenarnya telah mengkhianati mereka." [Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi, beliau berkata: Hadis hasan] Menurut sunnah, ketika berqunut, hendaklah mengangkat kedua-dua tangan ke atas dan tidak menyapu ke muka selepasnya, kerana perbuatan tersebut tidak sabit dilakukan oleh Rasulullah s.a.w, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Baihaqi. Tidak sunat juga menyapu dada tanpa sebarang khilaf, bahkan satu kumpulan mengatakan bahawa ia adalah makruh, seperti yang disebut di dalam kitab al-Raudhah. Kesabitan qunut di dalam sembahyang witir pada bulan Ramadhan pula adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi daripada cAli r.a. dan oleh Abu Daud daripada Ubayy bin Kacab. Sunat-sunat Haiah: Yang dimaksudkan dengan sunat haiah ialah yang tidak perlu ditampung dengan sujud sahwi jika ia ditinggalkan. 1. Mengangkat kedua-dua tangan ketika takbiratul ihram, ketika rukuk, ketika bangun daripada rukuk dan ketika bangkit daripada tasyahhud pertama. Caranya ialah dengan mengangkat kedua-dua tapak tangannya mengadap ke arah kiblat, dalam keadaan terbuka, jari yang diluruskan dan direnggangkan sedikit di antara satu sama lain. Tangannya itu hendaklah selari dengan bahunya, iaitu bahagian hujung jari-jari tangannya hendaklah selari dengan bahagian atas telinga, manakala kedua-dua tapak tangan pula hendaklah selari dengan bahu. Cara ini sama sahaja, tidak kira bagi yang bersembahyang berdiri, atau duduk, atau berbaring. Sama juga sama ada ia adalah sembahyang fardhu atau sunat, bagi lelaki, perempuan, imam dan makmum. Kesunatan mengangkat tangan ketika takbiratul ihram adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu c Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w mengangkat kedua-dua tangannya selari dengan dua bahu baginda ketika memulakan sembahyang." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Kesunatan mengangkat tangan ketika rukuk dan ketika bangun darinya adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu cUmar juga, katanya: Apabila bangun untuk bersembahyang, Rasulullah s.a.w akan mengangkat tangan sehingga selari dengan bahu, kemudian baginda bertakbir. Ketika hendak rukuk, baginda mengangkat kedua-dua tangan sebagaimana tadi dan ketika baginda mengangkat kepala daripada rukuk, baginda juga mengangkat tangan sebagaimana tadi seraya berkata: samica allhu liman hamidah, rabbana walaka al-hamd. (Allah mendengar orang yang memuji-Nya. Wahai Tuhan kami, dan bagi-Mu pujian). [Riwayat alBukhari, Muslim dan al-Baihaqi] Kesunatan mengangkat tangan ketika bangkit daripada duduk tasyahhud pertama adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Nafic daripada Ibnu cUmar: Bahawa apabila beliau bangkit selepas sembahyang dua rakaat, beliau mengangkat kedua-dua tangannya. Ibnu cUmar memarfuckan hadis ini kepada Rasulullah s.a.w. [Riwayat al-Bukhari, Abu Daud dan al-Nasa'i] 2. Meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri. Daripada Qubaisah bin Halb, daripada ayahnya, katanya: "Adalah Rasulullah s.a.w menjadi imam kepada kami lalu baginda memegang tangan kiri baginda dengan tangan kanan." [Riwayat al-Tarmizi] Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Di antara akhlak para nabi ialah meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri semasa sembahyang." [Riwayat al-Bukhari, Muslim, al-Nasa'i dan al-Hakim]
|Muka

21

Meletakkan kedua-dua tangan di bawah atau di atas pusat sama sahaja, kerana kedua-duanya diriwayatkan daripada para sahabat Rasulullah s.a.w. Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Abi Syaibah meriwayatkan daripada cAli r.a. bahawa mengikut sunnahnya ialah meletakkan tapak tangan di dalam sembahyang di bawah pusat. Al-Tarmizi berkata: "Sesetengah mereka berpendapat bahawa tangan hendaklah diletakkan di atas pusat. Kedua-duanya adalah sama di sisi mereka." Daripada Wa'il bin Hajar, katanya: "Aku bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w, lalu baginda meletakkan tangan kanan di atas tangan kiri di atas dada." [Riwayat Ibnu Khuzaimah di dalam sahihnya] Diriwayatkan juga oleh Abu Daud dan al-Nasa'i dengan lafaz: "Kemudian baginda meletakkan tangan kanan di atas belakang tangan kiri pada sendi antara lengan dan tapak tangan dan juga pada lengan baginda." 3. Tawajjuh selepas takbiratul ihram dengan berkata: Maksudnya: "Aku menghadapkan wajahku kepada tuhan yang menjadikan langit dan bumi, dalam keadaan lurus ikhlas (kepada kebenaran) dan menyerahkan diri, dan tidaklah aku terdiri daripada golongan musyrikin. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah kerana Allah tuhan sekalian alam. Tiada sekutu bagi-Nya, dan demikianlah aku diperintahkan, dan aku adalah dari kalangan muslimin." [Riwayat Muslim] Daripada riwayat cAli r.a. bahawa apabila memulakan sembahyang Rasulullah s.a.w bertakbir kemudian berkata: "Aku menghadapkan wajahku..." Jika doa tawajjuh ini ditinggalkan dan membaca tacawwuz (cazu billah), tidak boleh kembali kepada doa tawajjuh, sama ada ditinggalkan secara sengaja atau terlupa, kerana tempatnya telah terluput. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa setelah Rasulullah s.a.w bertakbir di dalam sembahyang, baginda akan diam sebentar sebelum membaca al-Fatihah, lalu aku bertanya: "Wahai Rasulullah, apakah yang engkau ucapkan di antara takbiratul ihram dan al-Fatihah ketika engkau diam itu?" Baginda menjawab: Maksudnya: "Aku berkata: "Ya Allah, jauhkanlah di antaraku dan dosa-dosaku sebagaimana engkau jauhkan di antara Timur dan Barat. Ya Allah, sucikanlah aku daripada dosa-dosaku sebagaimana engkau menyucikan baju putih daripada kekotoran. Ya Allah, bersihkanlah aku daripada dosa-dosaku dengan salji, air dan embun." [Riwayat al-Bukhari, Muslim dan ashab alsunan melainkan al-Tarmizi] Daripada cUmar r.a. bahawa dia berkata selepas takbiratul ihram: Maksudnya: "Maha suci Engkau, wahai Allah dengan segala kepujian. Maha berkat nama-Mu dan maha tinggi kedudukan-Mu, dan tuhan melainkan-Mu." [Riwayat Muslim dan al-Daruqutni] 4. Tacawwuz atau isticazah, iaitu mengucapkan: Ini adalah berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Oleh itu apabila kamu membaca al-Quran, maka hendaklah kamu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam." (Al-Nahl: 98) Daripada Jabir bin Mutcim r.a. bahawa apabila memulakan sembahyang, Rasulullah s.a.w berkata: Maksudnya: "Allah Yang Maha Besar. Segala pujian bagi Allah sebanyaknya. Mahasuci Allah pada waktu pagi dan petang, sebanyak tiga kali. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada syaitan yang direjam, daripada kegilaannya, ketakaburannya dan syairnya." [Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya] Imam al-Shafi'i berkata: Isticazah boleh terhasil dengan setiap lafaz yang mengandungi makna permohonan perlindungan. Tetapi yang lebih baik ialah lafaz: Maksudnya: "Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam."
|Muka

22

Ibnu al-Munzir berkata: Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w bahawa baginda berkata sebelum membaca alFatihah: Maksudnya: ""Aku memohon perlindungan dengan Allah daripada syaitan yang direjam." Disunatkan mengucapkan tacawwuz atau isticazah ini pada setiap rakacat, kerana terdapat pemisahan di antara setiap bacaan al-Fatihah dengan rukuk dan lainnya. Apa pendapat yang mengatakan bahawa tacawwuz hanya disunatkan pada rakaat pertama sahaja. 5. Mengeraskan dan merendahkan suara pada tempatnya masing-masing. Imam hendaklah mengeraskan suaranya ketika membaca di dalam sembahyang Subuh, Jumacat, dua hari raya, tarawih, witir Ramadhan, dan pada dua rakaat yang pertama daripada sembahyang Maghrib dan cIsyak berdasarkan ijmak. Orang yang bersembahyang seorang diri juga hendaklah mengeraskan suaranya kerana dia tidak diperintahkan untuk diam mendengar bacaan orang lain, maka keadaannya adalah sama dengan imam. Manakala makmum pula hendaklah membaca dengan suara perlahan di dalam sembahyang jahriyyah (yang dikuatkan suara) dan sirriyyah (yang diperlahankan suara), kerana dia dituntut mendengar bacaan imam. Disunatkan mengeraskan suara ketika membaca basmalah pada sembahyang jahriyyah, kerana ia diriwayatkan secara sahih daripada cAli, Ibnu cAbbas, Ibnu cUmar, Abu Hurairah dan cAisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w mengeraskan suaranya pada sembahyang yang tunai (tidak sembahyang qadha). Jika seseorang mengerjakan sembahyang qadha, jika dia mengqadhakan sembahyang malam pada malam hari, dia hendaklah membaca dengan kuat. Jika dia mengqadhakan sembahyang siang pada waktu siang, dia hendaklah membaca dengan perlahan. Manakala jika dia mengqadhakan sembahyang siang pada waktu malam atau sebaliknya, maka menurut pendapat yang lebih sahih, yang diambil kira ialah waktu diqadhakan sembahyang itu. Maka dia hendaklah membaca dengan perlahan pada sembahyang cIsyak jika diqadhakannya pada waktu siang, dan dia hendaklah menguatkan suaranya pada sembahyang Zuhur jika diqadhakannya pada waktu malam. 6. Mengucapkan amin, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Apabila imam berkata maka hendaklah kamu berkata (amin), kerana sesiapa yang aminnya bersamaan dengan amin para malaikat, akan diampunkan dosanya yang telah lalu." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Imam dan orang yang sembahyang sendirian hendaklah mengucapkannya dengan suara yang kuat pada sembahyang jahriyyah. Di dalam hadis dinyatakan bahawa apabila selesai membaca al-Fatihah, Rasulullah s.a.w mengangkat suara dengan berkata: amin. [Riwayat al-Daruqutni dengan sanad yang hasan dan disahihkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim] Al-Hakim berkata: Hadis ini mengikut syarat al-Bukhari dan Muslim. Makmum juga hendaklah mengucapkan amin dengan suara yang kuat. Imam al-Shafi'i berkata di dalam kitab alUmm: "Muslim bin Khalid telah memberitahu kami daripada Ibnu Juraij daripada cAta', katanya: Aku mendengar para imam -iaitu Ibnu al-Zubair dan yang datang selepasnya-mereka berkata amin dan orang orang-orang di belakang mereka berkata amin sehingga masjid itu dipenuhi dengan suara tersebut." Al-Bukhari menyebutkan riwayat ini daripada Ibnu al-Zubair secara tacliq. 7. Membaca surah selepas membaca al-Fatihah pada sembahyang Subuh, Jumacat dan dua rakaat pertama pada sembahyang-sembahyang yang lain kecuali sembahyang jenazah, yang tidak disunatkan membaca surah selepas membaca al-Fatihah.
|Muka

23

Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w membaca al-Fatihah dan dua surah pada dua rakaat pertama sembahyang Zuhur. Pada dua rakaat kedua baginda hanya membaca alFatihah sahaja dan kadang-kadang baginda memperdengarkan ayat yang dibaca. Baginda membaca lebih panjang pada rakaat pertama dibandingkan dengan rakaat kedua. Demikian juga yang dilakukan oleh baginda pada sembahyang Asar dan sembahyang Subuh. [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Apa-apa sahaja yang dibaca daripada al-Quran sudah memadai -sama ada satu surah atau sebahagiannya sahaja-. Diriwayatkan daripada Qatadah r.a. bahawa beliau berkata kepada orang yang membaca satu surah yang sama pada kedua-dua rakaat atau hanya mengulangi satu surah sahaja pada kedua-dua rakaat: "Semuanya adalah kitab Allah." Daripada cAbdullah bin al-Sa'ib r.a. bahawa Rasulullah s.a.w membaca surah al-Mu'minun pada sembahyang Subuh sehingga disebutkan tentang kisah Nabi Musa dan Harun atau Nabi Isa, baginda terbatuk, lalu baginda terus rukuk. Daripada seorang lelaki dari suku Juhainah, bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w membaca surah al-Zalzalah pada sembahyang Subuh pada kedua-dua rakaatnya. Lelaki itu berkata: "Aku tidak tahu, sama ada Rasulullah s.a.w berbuat demikian kerana terlupa atau memang disengajakan." [Riwayat Abu Daud dan al-Daruqutni dengan sanad yang kuat] Imam al-Rafici berkata: Tetapi membaca surah yang sempurna sekalipun pendek adalah lebih baik daripada hanya membaca sebahagian surah sekalipun panjang. Imam al-Nawawi pula berkata: Yang demikian itu adalah ketika sama panjang ayat-ayatnya. Manakala jika sebahagian surah itu ayatnya lebih panjang daripada satu surah yang sempurna, maka sebahagian surah itu lebih baik. Patut disyaratkan di sini, iaitu supaya sebahagian surah yang panjang itu hendaklah mengandungi pengertianpengertian yang sempurna dari permulaan hingga akhirnya. Pada ketika itu, tidak dapat dinafikan lagi tentang kelebihannya terhadap satu surah yang pendek ayatnya. Rasulullah s.a.w lebih memanjangkan rakaat pertama daripada rakaat kedua pada sembahyang Subuh dan setiap sembahyang yang lain. Rasulullah s.a.w berbuat demikian terutamanya pada sembahyang Subuh kerana bacaan pada waktu Subuh adalah disaksikan oleh Allah dan para malaikat-Nya, atau disaksikan oleh malaikat malam dan siang. Juga kerana sembahyang Subuh yang hanya mempunyai dua rakaat itu digantikan dengan memperpanjangkannya sebagai menampung kekurangan bilangan rakaatnya. Juga kerana sembahyang Subuh ini dilakukan selepas bangun daripada tidur, yang mana pada ketika itu manusia belum lagi sibuk dengan urusan kehidupan dan dunia. Juga kerana sembahyang Subuh adalah asas dan permulaan kepada pekerjaan hari itu, maka ia diberikan keutamaan dengan lebih diberikan perhatian dan dikerjakan lebih panjang daripada sembahyang-sembahyang yang lain. Oleh kerana itu, Rasulullah s.a.w membaca di antara enam puluh sehingga seratus ayat pada sembahyang Subuh. Rasulullah s.a.w pernah membaca surah Qaf, al-Rum, dan al-Takwir pada sembahyang Subuh. Pada masa musafir baginda membaca surah al-Falaq dan al-Nas. Apabila baginda mendengar suara kanak-kanak kecil menangis, baginda akan mempercepatkan sembahyang, kerana kasihankan kanak-kanak itu dan ibunya. Pada sembahyang Subuh hari Jumaat, baginda membaca surah al-Sajdah dan surah al-Insan keseluruhannya. Tidak pernah diriwayatkan bahawa baginda hanya membaca sebahagian daripadanya, sebagaimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang pada hari ini, yang bercanggah dengan sunnah petunjuk Rasulullah s.a.w. Hikmat kenapa dituntut membaca kedua-dua surah tersebut keseluruhannya, kerana kedua-duanya mengandungi cerita-cerita tentang permulaan kehidupan dan pengakhirannya, tentang penciptaan Adam, tentang masuk ke dalam syurga dan neraka, serta lain-lain perkara sebagai memberi peringatan dan pengajaran kepada ummat Islam tentang kejadian-kejadian yang berlaku pada hari kiamat.
|Muka

24

Pada sembahyang Zuhur pula, kadang-kadang Rasulullah s.a.w memanjangkannya dan kadang-kadang baginda mengerjakannya sederhana panjang sahaja. Abu Sacid berkata: Dahulu setelah muazzin iqamat untuk sembahyang Zuhur, seseorang masih sempat untuk membuang air di Baqic, kemudian dia kembali ke rumahnya untuk berwudhuk dan pergi ke masjid untuk mendapati Rasulullah s.a.w masih lagi berada dalam rakaat pertama lantaran baginda memanjangkannya. [Riwayat Muslim] Kadang-kadang Rasulullah s.a.w membaca surah al-Acla dan al-Lail pada sembahyang Zuhur dan kadang-kadang baginda membaca surah al-Buruj dan al-Tariq. Pada sembahyang Asar pula, kadar bacaannya adalah separuh daripada kadar yang dibaca pada sembahyang Zuhur pada kadarnya yang panjang, atau sama dengan kadar bacaan pada sembahyang Zuhur pada kadarnya yang pendek. Pada sembahyang Maghrib pula, Rasulullah s.a.w kadang-kadang memanjangkan bacaan padanya dan kadangkadang baginda tidak memanjangkannya. Telah sabit bahawa baginda pernah membaca surah al-Acraf bagi kedua-dua rakaatnya. Baginda juga pernah membaca surah-surah al-Tur, al-Mursalat, al-Acla, al-Tin, al-Falaq dan al-Nas. Semuanya merupakan riwayat yang masyhur. Pada sembahyang cIsyak pula, Rasulullah s.a.w membaca surah al-Tin. Baginda menentukan surah-surah alSyams, al-Acla dan al-Lail dan seumpamanya kepada Mucaz untuk dia membacanya pada sembahyang cIsyak. Baginda mengengkari apa yang dilakukan oleh Mucaz iaitu membaca surah al-Baqarah pada sembahyang cIsyak selepas dia bersembahyang dengan baginda yang membaca surah tersebut. Selepas itu Mucaz pergi kepada Bani c Amru lalu mengulangi membaca surah al-Baqarah di dalam sembahyang cIsyak setelah lewat malam. Oleh kerana itu baginda berkata: Maksudnya: "Alangkah besar fitnah yang dilakukan oleh engkau wahai Mucaz!" Pada sembahyang Jumaat, Rasulullah s.a.w membaca surah al-Jumucah dan al-Munafiqun, atau surah alJumucah dan al-Ghasyiah keseluruhannya, atau surah al-Acla dan al-Ghasyiah. Tidak pernah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w hanya membaca ayat-ayat terakhir daripada kedua-dua surah tersebut, bahkan ia adalah bercanggah dengan sunnah petunjuk baginda. Pada sembahyang Hari Raya pula, kadang-kadang Rasulullah s.a.w membaca surah Qaf dan al-Qamar keseluruhannya. Kadang-kadang baginda membaca surah al-Acla dan al-Ghasyiah. Inilah sunnah petunjuk yang dilakukan oleh baginda berterusan sehingga baginda wafat. Dan inilah juga yang di pegang oleh para khulafak arrasyidun dan para imam terbilang yang datang selepas baginda. Rasulullah s.a.w tidak menentukan surah-surah tertentu untuk sembahyang yang tertentu, melainkan pada sembahyang Jumaat, dua Hari Raya dan Subuh hari Jumaat. Abu Daud meriwayatkan di dalam hadis cAmru bin Shucaib, daripada ayahnya, daripada datuknya, katanya: Tidak ada surah yang pendek atau panjang melainkan aku mendengar Rasulullah s.a.w membacanya ketika menjadi imam pada sembahyang-sembahyang fardhu. Tidak ada riwayat bahawa baginda mengumpulkan dua surah di dalam satu rakaat melainkan pada sembahyang sunat. Pada sembahyang fardhu, tidak pernah diketahui baginda berbuat demikian. 8 dan 9. Takbir ketika turun untuk rukuk dan ketika bangun daripadanya dan berkata . Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Apabila Rasulullah s.a.w bangun untuk mengerjakan sembahyang, baginda bertakbir ketika berdiri, ketika rukuk dan baginda berkata ketika baginda bangun dan apabila telah berdiri tegak baginda berkata . Kemudian bertakbir lagi untuk turun sujud, bertakbir lagi ketika mengangkat kepalanya. Demikianlah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w di dalam seluruh sembahyang. Baginda juga bertakbir ketika bangun selepas duduk (tasyahhud awal) pada rakaat kedua." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] 10. Mengucapkan tasbih ketika rukuk dan sujud. Abu Daud meriwayatkan bahawa ketika diturunkan firman Allah:
|Muka

25

yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Maha Agung." (Al-Acraf: 96) Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Jadikanlah ia di dalam rukuk kamu." Apabila turun firman Allah swt: yang bermaksud: "Sucikanlah nama Tuhanmu Yang Paling Tinggi." (Al-Acla: 1) baginda bersabda: Maksudnya: "Jadikanlah ia di dalam sujud kamu." Muslim meriwayatkan daripada hadis Huzaifah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w berkata demikian (seperti di atas). Disunatkan agar tasbih ini diucapkan sebanyak tiga kali, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Apabila engkau rukuk, ucapkanlah "subhana rabiya l-cazim" sebanyak tiga kali paling kurang, dan apabila engkau sujud, ucapkanlah "subhana rabiya l-acla" sebanyak tiga kali paling kurang. Paling kurang di sini bermaksud kesempurnaan yang paling rendah. Manakala kesempurnaan yang paling tinggi ialah sebanyak sembilan kali sehingga sebelas kali. Al-Mawardi berkata: Hukum ini ialah jika dia menjadi imam. Orang yang sembahyang bersendirian boleh memanjangkan doa dan zikir mengikut kehendaknya, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Keadaan hamba yang paling hampir dengan tuhannya ialah ketika dia sujud. Maka hendaklah engkau memperbanyakkan doa padanya." [Hadis sahih] Imam juga boleh memanjangkan zikir dan doa ini jika diredhai oleh para makmum. Rasulullah s.a.w sentiasa memperbanyakkan doa dan zikir pada masa rukuk dan sujudnya. Daripada cAisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w memperbanyakkan ucapan (maha suci engkau, ya Allah, wahai tuhan kami, dan dengan kepujian Engkau ampunilah aku). [Riwayat al-Bukhari, Muslim, Ahmad dan lain-lain] Daripada cAisyah juga, bahawa Rasulullah s.a.w berkata di dalam rukuk dan sujud baginda: Maksudnya: "(Tuhan yang maha) mulia, tuhan segala malaikat dan ruh (Jibril)." Daripada cAli r.a. bahawa Rasulullah s.a.w berkata ketika rukuk: Maksudnya: "Ya Allah, aku rukuk kepada-Mu, aku beriman dengan-Mu dan aku menyerahkan diri kepada-Mu. Engkaulah tuhanku. Pendengaranku, penglihatanku, otakkku, tulangku, urat-uratku dan seluruh anggota yang bergantung pada kakiku adalah tunduk khusyuk kepada Allah tuhan sekalian alam." [Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan lain-lain] Daripada cAli r.a. bahawa Rasulullah s.a.w berkata ketika sujud: Maksudnya: "Ya Allah, aku sujud bagi-Mu, aku beriman dengan-Mu, aku menyerah diri kepada-Mu. Wajahku sujud kepada tuhan yang menciptakannya lalu membentuknya dengan sebaik-baik bentuk, memberikan pendengaran dan penglihatan. Maha berkata Allah tuhan pencipta yang paling baik." [Riwayat Muslim] 11. Meletakkan dua tangan di atas peha ketika duduk untuk tasyahhud pertama dan kedua. Tangan kiri hendaklah diluruskan, manakala tangan kanan pula digenggam jari kelingking, manis, hantu (tengah) dan ibu jari, sementara jari telunjuk hendaklah dilepaskan ke hadapan. Cara ini diriwayatkan oleh Ibnu cUmar r.a. daripada Rasulullah s.a.w. Disunatkan supaya jari telunjuk diangkat ketika menyebut perkataan (melainkan Allah) sebagai isyarat kepada tauhid dengan menghimpunkan perkataan dan perbuatan. Ketika mengangkatnya, disunatkan supaya ia dicondongkan sedikit. [Riwayat Ibnu Hibban di dalam sahihnya]

|Muka

26

Daripada al-Zubair r.a., katanya: "Apabila duduk ketika tasyahhud, Rasulullah s.a.w meletakkan tangan kanan di atas peha kanan dan tangan kiri di atas peha kiri. Baginda mengisyaratkan dengan jari telunjuk dan pandangan baginda tidak melebihi isyaratnya." [Riwayat Ahmad, Muslim dan al-Nasa'i] 12. Disunatkan duduk iftirasy pada semua tempat duduk di dalam sembahyang, iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri, sementara kaki kanan pula ditegakkan dan hujung jari-jarinya mengadap ke arah kiblat. Manakala ketika duduk terakhir, disunatkan duduk tawarruk, iaitu dengan dirapatkan tulang punggung (peha kiri) ke lantai, sementara kaki kiri dibawa ke kanan. Cara ini sabit di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim. Di dalam salah satu riwayat al-Bukhari dinyatakan bahawa pada dua rakaat yang pertama Rasulullah s.a.w duduk di atas kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya. Manakala pada rakaat yang terakhir baginda menghulurkan kaki kirinya dan menegakkan kaki kanannya, dengan baginda duduk di atas punggungnya. 13. Membaca doa di antara dua sujud, kerana Rasulullah s.a.w berkata di antara dua sujud: Maksudnya: "Wahai tuhanku, ampunkanlah aku. Wahai tuhanku, ampunkanlah aku." [Riwayat alNasa'i dan Ibnu Majah] Daripada Ibnu cAbbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w berkata di antara dua sujud: Maksudnya: "Ya Allah, ampunkanlah aku, rahmatilah aku, sihatkanlah aku, berilah petunjuk dan rezki kepadaku." [Riwayat Abu Daud] Di dalam satu riwayat al-Tarmizi, bahawa Rasulullah s.a.w berkata kekuranganku" ganti daripada perkataan (sihatkanlah aku). yang bermaksud "tampungkanlah

14. Jilsah al-istirahah iaitu duduk sebentar selepas selesai sujud kedua pada rakaat pertama dan selepas selesai daripada sujud kedua pada rakaat ketiga, kerana perbuatan demikian sabit daripada Rasulullah s.a.w, juga kerana merupakan salah satu riwayat daripada Imam Ahmad. 15. Berdoa selepas tasyahhud akhir kerana berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh cAbdullah bin Mascud bahawa Rasulullah s.a.w mengajar mereka tasyahhud, kemudian diakhirnya baginda bersabda: Maksudnya: "Kemudian dia hendaklah memilih apa sahaja doa yang dikehendakinya." [Riwayat Muslim] Daripada cAli r.a., katanya: Ketika mengerjakan sembahyang, Rasulullah s.a.w berkata di antara tasyahhud dan salam: Maksudnya: "Ya Allah, ampunkanlah terhadap dosa-dosaku yang terdahulu, yang kemudian, yang aku rahsiakan, yang aku lakukan terang-terangan, yang aku berlebih-lebihan dan yang Engkau tahu mengenainya daripada aku. Engkaulah tuhan yang mendahulukan dan yang mengkemudiankan. Tiada tuhan melainkan Engkau." [Riwayat Muslim] Daripada cAbdullah bin cAmru bahawa Abu Bakar berkata kepada Rasulullah s.a.w: "Ajarkanlah kepadaku satu doa untuk aku gunakannya di dalam sembahyang." Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Katakanlah: Ya Allah, sesungguhnya aku amat menzalimi diriku, sedangkan tiada tuhan yang mengampunkan dosa melainkan Engkau. Maka ampunkanlah dosaku dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau adalah tuhan yang maha pengampun lagi maha pengasih." [Muttafaq c alaih] Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Apabila seseorang kamu selesai daripada tasyahhud akhir, dia hendaklah meminta perlindungan dengan Allah daripada empat perkara dengan berkata: Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan Engkau daripada azab jahannam, azab kubur, fitnah kehidupan dan kematian, serta keburukan fitnah dajal." [Riwayat Muslim]

|Muka

27

16. Salam kedua kerana Rasulullah s.a.w memberikan salam ke kanan dan ke kirinya. [Riwayat Muslim daripada Ibnu Mascud]

SEMBAHYANG SUNAT YANG MENGIRINGI SEMBAHYANG FARDHU:


Sembahyang sunat yang mengiringi sembahyang fardhu ialah sebanyak sembilan belas rakaat; dua rakaat sebelum sembahyang Subuh, empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dua rakaat selepasnya, empat rakaat sebelum sembahyang Asar, dua rakaat sebelum sembahyang Maghrib, dua rakaat selepasnya dan tiga rakaat (satu rakaat daripadanya dilakukan secara witir) selepas sembahyang cIsyak. Yang mu'akkad di antaranya ialah sepuluh rakaat. Ia adalah sembahyang sunat yang sentiasa dilakukan dan tidak ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w, iaitu dua rakaat sebelum sembahyang Subuh, dua rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas sembahyang Maghrib dan dua rakaat selepas sembahyang cIsyak. Ini berhujjahkan hadis Ibnu cUmar r.a., katanya: "Aku bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w dua rakaat sebelum sembahyang Zuhur, dua rakaat selepasnya, dua rakaat selepas Maghrib dan dua rakaat selepas cIsyak. Hafsah binti cUmar memberitahuku bahawa Rasulullah s.a.w juga bersembahyang dua rakaat yang ringkas sebaik sahaja fajar menyingsing." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Pendapat yang menyebutkan ada empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur adalah berhujjahkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada cAisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah meninggalkan empat rakaat sebelum sembahyang Zuhur." Pendapat yang menyatakan ada empat rakaat sebelum sembahyang Asar adalah berhujjahkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi daripada cAli r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersembahyang empat rakaat yang dipisahkan di antaranya sebelum sembahyang Asar. Di dalam riwayat yang lain, Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Semoga Allah merahmati seorang yang bersembahyang empat rakaat sebelum menunaikan sembahyang Asar." [Al-Tarmizi berkata: hasan, sementara Ibnu Hibban mensahihkannya] Dua rakaat selepas sembahyang cIsyak pula diriwayatkan oleh Ibnu cUmar. Dua rakaat sebelum sembahyang Maghrib adalah berhujjahkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari: Maksudnya: "Sembahyanglah kamu sebelum sembahyang Maghrib. Sembahyanglah kamu sebelum sembahyang Maghrib." Pada kali ketiga baginda berkata: "Bagi sesiapa yang mahu." Di dalam riwayat Muslim: "Adalah para sahabat bersegera ke arah tiang-tiang masjid selepas diazankan fardhu Maghrib (untuk menunaikan sembahyang sunat dua rakaat) sehingga jika seseorang memasuki masjid ketika itu akan menyangka bahawa sembahyang Maghrib sudah selesai dikerjakan lantaran bilangan besar yang mengerjakan sembahyang sunat sebelum sembahyang Maghrib itu." Sembahyang-sembahyang Mu'akkad Daripada Sembahyang Sunat: Terdapat tiga sembahyang sunat yang mu'akkad (sangat dituntut); sembahyang malam, sembahyang dhuha dan sembahyang terawih. Tentang sembahyang malam, para imam telah ijmak mengatakan bahawa ia adalah disunatkan. Firman Allah swt: Maksudnya: "Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam, maka bersembahyang tahajjudlah padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu." (Al-Isra': 79)
|Muka

28

Firman Allah swt lagi: Maksudnya: "Mereka tidur hanya sedikit sekali di waktu malam." (Al-Zariyat: 17) Firman Allah swt lagi: Maksudnya: "Mereka merenggang diri dari tempat tidur (kerana mengerjakan ibadat), mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut dan harapan." (Al-Sajdah: 16) Sembahyang malam dulunya adalah wajib kemudian kewajipannya dinasakhkan. Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Hendaklah kamu mengerjakan qiyamullail, kerana ia adalah kebiasaan orang-orang salih yang terdahulu daripada kamu, ia adalah penghampir untuk kamu kepada tuhan kamu, penghapus kesalahan dan penegah daripada melakukan dosa." [Riwayat al-Hakim dan beliau berkata: Hadis ini mengikut syarat al-Bukhari] Sabda Rasulullah s.a.w lagi: Maksudnya: "Sesiapa yang bersembahyang pada satu malam dengan membaca seratus ayat, tidak akan ditulis dari kalangan orang-orang yang lalai. Sesiapa yang bersembahyang dengan membaca dua ratus ayat, dia akan ditulis sebagai terdiri daripada orang-orang yang beribadat, taat dan ikhlas kepada Allah." [Riwayat al-Hakim dan katanya: Hadis ini mengikut syarat Muslim] Pertengahan malam adalah lebih afdhal, kerana Rasulullah s.a.w bersabda -ketika ditanya: Selepas sembahyang fardhu, sembahyang manakah yang paling afdhal?-, baginda menjawab: Maksudnya: "Sembahyang dipertengahan malam." Pada pertengahan malam ini lebih afdhal juga kerana pada waktu tersebut, amat sukar untuk melakukan ibadat dan kebiasaannya kelalaian menguasai manusia pada ketika itu. Separuh malam yang kedua adalah lebih afdhal daripada separuh malam yang pertama, berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Dan di waktu sahur (akhir malam) mereka memohon keampunan (Allah)." (Al-Zariyat: 18) Pada waktu itu juga waktu turunnya qudrat Allah swt, bukan turun jisim-Nya, kerana: Maksudnya: "Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya dan Dialah Yang Maha Mendengar, Lagi Maha Melihat." (Al-Syura: 11) Makruh melakukan qiyam pada keseluruhan malam kerana ia boleh memudharatkan badan, sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis. Meninggalkan qiyam adalah makruh bagi sesiapa yang biasa melakukannya, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w kepada cAbdullah bin cAmru bin al-cAs: Maksudnya: "Wahai cAbdullah, janganlah engkau menjadi seperti si fulan. Dahulunya dia bangun mengerjakan qiyam al-lail tetapi sekarang dia meninggalkannya." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Sembahyang dhuha pula adalah berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Sesungguhnya Kami telah memudahkan gunung ganang bersamanya untuk bertasbih (memuji Kami) di waktu pagi dan petang." (Sad: 18) Ibnu cAbbas r.a. berkata: Pada waktu pagi ialah sembahyang dhuha. Di dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim, daripada Abu Zar r.a., katanya: "Kekasihku mewasiatkan kepadaku dengan tiga perkara; puasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat sembahyang dhuha dan witir sebelum tidur." Al-Bukhari menambah: "Aku tidak meninggalkannya."
|Muka

29

Paling kurang, sembahyang dhuha adalah dua rakaat, manakala paling banyak ialah dua belas rakaat, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Abu Zar r.a.: Maksudnya: "Jika engkau menunaikan sembahyang dhuha dua belas rakaat, Allah akan membina sebuah rumah bagi engkau di dalam syurga." [Riwayat al-Baihaqi dan beliau mendhacifkan hadis ini] Imam al-Nawawi berkata: Paling banyak, sembahyang dhuha ini ialah lapan rakaat. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama dan diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada hadis Ummu Hani. Waktu sembahyang dhuha ialah daripada terbit matahari sekadar satu galah sehingga waktu istiwa' (matahari tegak di atas kepala). Sembahyang terawih tidak diragukan tentang kesunatannya sebagaimana ditegaskan oleh ijmak. Ini dinyatakan oleh ramai ulama. Di dalam hadis sahih al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Sesiapa yang menunaikan qiyam pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan balasan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang telah lalu." Daripada cAisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w mengerjakannya beberapa malam, lalu baginda diikuti oleh para sahabat. Kemudian Rasulullah s.a.w mengerjakannya pada malam-malam berikutnya di rumah sahaja dan berkata: Maksudnya: "Sesungguhnya aku bimbang ia akan difardhukan ke atas kamu, lalu kamu tidak mampu melakukannya." Keadaan tersebut berterusan sehinggalah kewafatan baginda. Pada zaman Abu Bakar, beliau juga melakukan sebagaimana dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Begitu juga dengan cUmar pada permulaan zamannya. Kemudian beliau melihat orang ramai mengerjakannya secara sendirian di masjid, ada yang mengerjakannya berdua dan ada yang mengerjakannya bertiga, lalu beliau mengumpulkan mereka supaya mengerjakannya secara jamaah dengan berimamkan Ubayy bin Kacab r.a. Beliau menetapkan supaya mereka mengerjakannya sebanyak dua puluh rakaat. Sahabat yang ada pada masa itu menyetujuinya. Walau pun cUmar melakukan penetapan tersebut, ia tidak akan menjadi wajib, kerana zaman Rasulullah s.a.w sudah berlalu. Sembahyang terawih adalah sunat dilakukan oleh lelaki dan wanita. Daripada cArfajah, katanya: cAli memerintahkan supaya melakukan qiyam Ramadhan. Beliau melantik seorang imam untuk orang lelaki dan seorang imam lain untuk orang perempuan. Aku adalah imam bagi orang perempuan. Ia didirikan selepas sembahyang cIsyak dan sebelum sembahyang witir. Ia dilakukan dua rakaat, dua rakaat. Waktu untuk mengerjakannya berpanjangan sehingga akhir malam. Yang lebih afdhal ialah menunaikan sembahyang terawih ini sebanyak lapan rakaat kerana mengikut Rasulullah s.a.w. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban meriwayatkan di dalam kitab sahih kedua-duanya, daripada Jabir, bahawa Rasulullah s.a.w bersembahyang terawih dengan mereka sebanyak lapan rakaat dan juga witir. Kemudian mereka menunggu baginda pada keesokan malamnya, tetapi baginda tidak keluar. Abu Yacla dan al-Tabarani meriwayatkan dengan sanad yang hasan, katanya: Ubayy bin Kacab datang kepada Rasulullah s.a.w dan berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya telah berlaku sesuatu kepadaku malam tadi." Rasulullah s.a.w bertanya: "Apakah yang berlaku itu, wahai Ubayy?" Ubayy menjawab: "Beberapa orang perempuan di dalam rumahku berkata: "Kami tidak tahu membaca al-Quran, bolehkah engkau bersembahyang, lalu kami bersembahyang bersama engkau?" Lalu aku bersembahyang menjadi imam kepada mereka. Aku mengerjakan lapan rakaat dan kemudian berwitir." Rasulullah s.a.w tidak berkata apa-apa, seolah-olah meredhainya. Kejadian ini menunjukkan bahawa lapan rakaat itu adalah disyariatkan, secara perbuatan (dilakukan oleh Rasulullah) dan juga taqrir (persetujuan dengan cara mendiamkan diri).
|Muka

30

Daripada cAisyah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w tidak pernah bersembahyang lebih daripada sebelas rakaat, tidak pada bulan Ramadhan dan tidak juga pada bulan-bulan selainnya. [Riwayat Jamacah] Tidak ada penentuan tentang kadar bilangan ayat-ayat al-Quran yang patut dibaca pada sembahyang terawih ini. Tetapi yang dituntut ialah bersederhana. Maka si imam janganlah membaca terlalu panjang sehingga menyusahkan para makmum, terutamanya pada malam-malam yang waktunya adalah pendek (pada musim panas), melainkan jika mereka redha, maka imam boleh membaca ayat-ayat yang panjang. Abu Zar berkata: "Kami bersembahyang qiyam (Ramadhan) dengan Rasulullah s.a.w, sehingga kami bimbang tidak sempat untuk bersahur." Yang afdhal, janganlah kurang daripada sekali khatam pada keseluruhan bulan Ramadhan, supaya orang ramai dapat mendengar keseluruhan al-Quran, dan jangan lebih daripada sekali khatam supaya tidak menimbulkan kesulitan kepada mereka.

ZIKIR SELEPAS SEMBAHYANG:


1. Disunatkan bagi seseorang yang bersembahyang agar menyapu dahinya kemudian berkata: Maksudnya: Aku menyaksikan bahawa tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, hilangkanlah dariku perasaan gundah gelana dan dukacita. Atau menyapu kepala kemudian berkata: Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, hilangkanlah dariku gundah gelana dan dukacita. Sekalipun doa ini sabit melalui jalan yang dhacif, tetapi ia boleh digunakan pada bab kelebihan amal. 2. Kemudian berkata sebanyak tiga kali: Maksudnya: "Aku memohon keampunan daripada Allah." Kemudiannya berkata: Maksudnya: "Ya Allah, Engkau tuhan yang bersifat sejahtera, dari-Mu datangnya sejahtera, maha berkat Engkau wahai tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan." [Riwayat Jamacah* kecuali al-Bukhari] 3. Kemudian berkata: Maksudnya: Ya Allah, berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan melakukan ibadat yang baik kepada-Mu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Aku memberikan wasiat kepadamu wahai Mucaz, supaya jangan engkau tinggalkan untuk mengucapkan pada setiap kali selepas sembahyang: Ya Allah, berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu..." [Riwayat Abu Daud, al-Nasa'i, Ibnu Khuzaimah dan al-Hakim, katanya: Hadis sahih] 4. Kemudian berkata: Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah yang maha esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia amat berkuasa di atas segala sesuatu. Ya Allah, tiada yang dapat menegah pemberian-Mu, tiada yang dapat memberi kepada sesiapa yang Engkau tegah.* Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Mughirah bin Syu'bah bahawa Rasulullah s.a.w berkata pada setiap kali selepas sembahyang fardhu:
|Muka

31

Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah yang maha esa. Tiada sekutu bagi-Nya... [Riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim] 5. Kemudian dibaca surah al-Falaq dan surah al-Nas, berdasarkan kata-kata cUqbah bin cAmir: Rasulullah s.a.w memerintahkan aku supaya aku membaca al-mucawwizatain (surah al-Falaq dan al-Nas) setiap kali selepas sembahyang. Lafaz riwayat Ahmad dan Abu Daud: "Al-Mucawwizat (surah al-Ikhlas, al-Falaq dan al-Nas). [Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tarmizi dan al-Nasa'i] 6. Boleh juga membaca ayat Kursi, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas sembahyang fardhu, tiada yang dapat menegahnya masuk syurga kecuali kematian." [Riwayat al-Nasa'i dan Ibnu Hibban] 7. Kemudian bertasbih (mengucapkan subhanallah) sebanyak tiga puluh tiga kali, tahmid (al-hamdu lillah) sebanyak tiga puluh tiga kali dan takbir (Allahu akbar) sebanyak tiga puluh tiga kali. Untuk mencukupkan bilangan seratus, hendaklah berkata: Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia amat berkuasa di atas segala sesuatu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Sesiapa yang bertasbih selepas setiap kali sembahyang sebanyak tiga puluh tiga kali, bertahmid sebanyak tiga puluh tiga kali dan bertakbir sebanyak tiga puluh tiga kali -yang jumlahnya sembilan puluh sembilan-, kemudian dia berkata -sebagai mengcukupkan bilangan seratus-: "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala pujian, dan Dia amat berkuasa di atas segala sesuatu", akan diampunkan dosadosanya sekalipun terlalu banyak seperti buih di lautan." [Riwayat Abu Daud, al-Bukhari dan Muslim] Atau boleh juga bertasbih sebanyak sepuluh kali, bertahmid sebanyak sepuluh kali dan bertakbir sebanyak sepuluh kali, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Dua sifat yang sesiapa memelihara kedua-duanya akan masuk syurga. Kedua-duanya adalah mudah, tetapi jarang orang yang beramal dengannya." Para sahabat bertanya: "Apakah dua sifat itu, wahai Rasulullah?" Rasulullah s.a.w berkata: Maksudnya: "Engkau bertahmid, bertakbir dan bertasbih setiap kali selepas sembahyang fardhu sebanyak sepuluh kali sepuluh kali. Kemudian apabila engkau mendatangi tempat tidurmu, hendaklah engkau bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebanyak seratus kali. Jumlah semuanya menjadi dua ratus lima puluh dengan lidah, tetapi menjadi dua ribu lima ratus pada timbangan mizan (neraca amalan). Siapakah di kalangan kamu yang melakukan dua ribu kima ratus kejahatan?" Para sahabat bertanya baginda tentang kenapakah orang yang beramal dengannya sedikit sahaja? Rasulullah s.a.w menjawab: Maksudnya: "Syaitan akan datang kepada salah seorang daripada kamu semasa sembahyangnya, lalu mengingatkannya tentang keperluannya yang belum selesai, lalu dia tidak melakukannya. Syaitan juga datang kepadanya semasa hampir tidur, lalu syaitan menidurkannya sehingga dia tidak melakukannya." [Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi, katanya: Hadis ini hasan sahih] Disunatkan berkata selepas sembahyang Subuh dan Maghrib sebanyak sepuluh kali: Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Pada tangan-Nya segala kebaikan. Dia menghidup dan mematikan. Dia amat berkuasa di atas segala sesuatu. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:
|Muka

32

Maksudnya: "Sesiapa yang berkata sebelum dia melipatkan kakinya dan beredar daripada sembahyang Maghrib dan Subuh: "Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Pada tangan-Nya segala kebaikan. Dia menghidup dan mematikan. Dia amat berkuasa di atas segala sesuatu", sebanyak sepuluh kali, akan dituliskan sepuluh kebaikan baginya bagi setiap kali, dihapuskan baginya sepuluh kejahatan, diangkatkan setinggi sepuluh darjat, menjadi pelindung baginya daripada sebarang perkara yang tidak diingini, menjadi pelindung baginya daripada syaitan yang direjam dan tidak akan berlaku dosa yang memusnahkannya melainkan syirik. Dia adalah orang yang paling baik amalannya melainkan seorang lelaki yang mengucapkan lebih afdhal daripada yang diucapkannya." [Riwayat Ahmad] Al-Tarmizi meriwayatkan seumpama hadis di atas tanpa menyebut perkataan (biyadikal khair) yang bermaksud "pada tangan-Nya segala kebaikan". Selepas sembahyang Subuh disunatkan juga berkata: Maksudnya: Ya Allah, selamatkanlah aku daripada api neraka, sebanyak tujuh kali. Selepas sembahyang Maghrib disunatkan berkata: Maksudnya: Ya Allah, sesungguhnya aku memohon syurga daripada-Mu. Ya Allah selamatkanlah aku daripada api neraka, sebanyak tujuh kali. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Apabila engkau mengerjakan sembahyang Subuh, maka hendaklah engkau berkata sebelum engkau berbicara dengan manusia-: "Ya Allah, selamatkanlah aku daripada api neraka", sebanyak tujuh kali. Jika engkau mati pada hari itu, Allah swt akan menuliskan bagimu keselamatan daripada api neraka. Apabila engkau mengerjakan sembahyang Maghrib, hendaklah engkau berkata -sebelum engkau berbicara dengan manusia-: "Ya Allah, aku memohon syurga daripadaMu. Ya Allah, selamatkanlah aku daripada api neraka", sebanyak tujuh kali, Allah swt akan menuliskan bagimu keselamatan daripada api neraka." [Riwayat Ahmad dan Abu Daud] Abu Hatim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w berkata ketika beredar daripada sembahyangnya: Maksudnya: "Ya Allah, perelokkanlah agamaku yang menjadi paksi segala urusanku. Perelokkanlah duniaku yang Engkau jadikan kehidupanku padanya. Ya Allah, aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaan-Mu. Aku berlindung dengan keampunan-Mu daripada laknat-Mu. Aku berlindung dengan Engkau dan daripada Engkau. Tiada yang dapat menghalang pemberian-Mu. Tiada yang dapat memberi apabila Engkau menghalang. *"

PERBEZAAN WANITA DAN LELAKI PADA BEBERAPA PERKARA:


Disunatkan ketika seseorang itu rukuk, agar memanjangkan (meluruskan) belakang dan tengkuknya, kerana Rasulullah s.a.w memanjangkan belakang dan tengkuknya, sehingga jika dicurahkan air di atas belakangnya, air itu tidak dapat mengalir. Imam al-Shafi'i berkata: Hendaklah dia menjadikan kepala dan tengkuknya ke arah belakangnya, dan jangan dia menjadikan belakangnya bengkuk. Dia juga hendaklah menegakkan kedua-dua betisnya dan janganlah dia mengangguk-anggukkan kepalanya kerana itu menyerupai cara keldai berjalan ketika menanggung bebanan yang berat, sebagaimana terdapat di dalam hadis. Ini adalah cara yang dikongsi bersama di antara lelaki dan wanita. Manakala perkara yang berlaku perbezaan di antara lelaki dan wanita ialah: Pertama: Ketika melakukan rukuk, disunatkan bagi lelaki agar menjauhkan kedua sikunya daripada badan, kerana Rasulullah s.a.w melakukan demikian, sebagaimana yang diriwayatkan oleh cAisyah r.a. Sedangkan
|Muka

33

wanita hendaklah merapatkan kedua sikunya ke badan, kerana perbuatan demikian lebih baik untuk menutup bentuk tubuhnya. Kedua: Ketika melakukan sujud, disunatkan bagi lelaki agar menjauhkan kedua sikunya daripada badan, kerana Rasulullah s.a.w melakukannya, sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim bahawa apabila sujud, Rasulullah s.a.w merenggangkan di antara kedua tangannya sehingga kelihatan putih ketiaknya. Manakala wanita pula hendaklah merapatkan kedua siku dengan badannya. Ketiga: Ketika sujud juga, orang lelaki disunatkan menjauhkan perut daripada kedua peha kerana ketika sujud, Rasulullah s.a.w merenggangkan di antara perut dan peha. [Riwayat Muslim] Di dalam satu riwayat Abu Daud, bahawa ketika Rasulullah s.a.w sujud, ruang di antara perut dan peha baginda boleh dilalui oleh anak kambing yang kecil. Manakala wanita pula hendaklah merapatkan perut kepada pehanya, kerana itu lebih sopan baginya. Keempat: Orang lelaki hendaklah meninggikan suaranya pada tempat-tempat yang disunatkan supaya suara ditinggikan, sebagaimana yang telah diterangkan. Manakala orang perempuan, jika dia menjadi imam kepada wanita-wanita lain atau dia bersembahyang bersendirian, maka dia menguatkan suaranya -jika tiada lelaki ajnabi berhampiran-, tetapi tidaklah setinggi suara lelaki. Jika kedapatan lelaki ajnabi berhampiran dengannya, maka orang perempuan sama sekali tidak boleh meninggikan suaranya. Kelima: Apabila orang lelaki yang sedang bersembahyang ditimpa sesuatu, seperti dia ingin memberi peringatan kepada imamnya, atau orang buta, maka dia hendaklah bertasbih, sementara orang perempuan hendaklah menepuk tangannya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Sesiapa yang ditimpa sesuatu di dalam sembahyangnya hendaklah dia bertasbih, kerana jika dia bertasbih orang akan memberikan perhatian kepadanya. Bertepuk tangan hanya untuk perempuan." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Di dalam salah satu riwayat al-Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Maksudnya: "Sesiapa yang ditimpa sesuatu di dalam sembahyangnya, dia hendaklah berkata: Subhanallah." Ketika bertasbih, dia hendaklah meniatkannya sebagai tasbih dan untuk memberitahu. Cara tepuk tangan bagi wanita, ialah dengan dia memukulkan perut tangan kanannya kepada belakang tangan kirinya. Tidak mengapa mengulangi tepukan jika sebabnya berulang. Begitu juga dengan ucapan tasbih. Aurat Lelaki Dan Wanita: Aurat lelaki, sama ada merdeka atau hamba ialah apa yang terdapat di antara pusat dan lutut. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Apabila salah seorang daripada kamu mengahwinkan hamba perempuannya dengan hamba lelakinya atau orang upahannya, maka janganlah hamba perempuannya itu melihat kepada auratnya (tuannya). Aurat ialah apa yang terdapat di antara pusat dan lutut." [Riwayat al-Baihaqi] Hukum ini juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Jarhad: Maksudnya: "Tutuplah peha engkau, kerana peha adalah aurat." [Riwayat al-Tarmizi] Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w kepada cAli r.a.:

|Muka

34

Maksudnya: "Janganlah engkau menampakkan peha dan janganlah engkau memandang kepada peha orang lain, sama ada yang masih hidup atau yang telah mati." [Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan al-Hakim] Ketahuilah bahawa pusat dan lutut bukanlah aurat, sekalipun menutup sebahagian daripadanya adalah wajib, kerana berdasarkan kaedah: Maksudnya: "Suatu perkara wajib yang tidak sempurna melainkan dengan suatu perkara lain, maka perkara lain itu menjadi wajib." Aurat perempuan yang merdeka di dalam sembahyang, tawaf dan ihram ialah seluruh badan, melainkan muka dan dua tapak tangan. Ini adalah berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu, serta perempuanperempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal, maka dengan itu mereka tidak diganggu." (Al-Ahzab: 59) Ada pendapat yang mengatakan bahawa muka dan kedua tapak tangan itu bukanlah aurat sama sekali sekalipun melihat kepadanya adalah haram-, berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: "Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (Al-Nur: 31) Para mufassir, Ibnu cAbbas dan cAisyah berkata: "Yang zahir daripadanya" ialah muka dan kedua tapak tangan. Kewajipan menutup aurat bagi perempuan ini juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Asma' binti Abu Bakar yang memakai pakaian yang nipis: Maksudnya: "Wahai Asma', apabila seseorang wanita sudah mencapai umur baligh, maka tidak halal dilihat daripadanya sesuatu melainkan ini dan ini." Baginda mengisyaratkan kepada muka dan kedua-dua tangannya. Manakala hamba perempuan pula, terdapat dua pendapat tentang auratnya: Pertama: Pendapat yang lebih sahih mengatakan bahawa auratnya adalah sama seperti aurat lelaki, kerana kepalanya bukanlah aurat menurut ijmak. cUmar r.a. pernah memukul seorang hamba perempuan kepunyaan keluarga Anas kerana beliau melihatnya menutup kepala seraya beliau berkata: "Adakah engkau mahu menyerupai perempuan-perempuan merdeka?" Sesiapa yang kepalanya bukan aurat, maka auratnya adalah apa yang terdapat di antara pusat dan lutut, seperti lelaki. Kedua: Anggota badan yang terlihat semasa bekerja seperti kepala, tengkuk, lengan dan hujung betis, tidak dianggap sebagai aurat, kerana ianya perlu dibuka dan sukar untuk ditutup. Selain daripada itu adalah aurat.

PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG:


Sembahyang terbatal dengan tiga belas perkara: 1. Percakapan sengaja yang boleh digunakan untuk percakapan sesama manusia, sama ada percakapan itu bersangkutan dengan kepentingan sembahyang itu sendiri, seperti seseorang itu berkata "jangan bangun atau duduklah", atau tidak bersangkutan dengan kepentingan sembahyang. Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Zaid bin Arqam, katanya: Kami dahulunya bercakap di dalam sembahyang. Seorang lelaki bercakap dengan teman sebelahnya, kemudian kami diperintahkan supaya diam dan dilarang bercakap setelah diturunkan ayat: Maksudnya: "Dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan khusyuk." (Al-Baqarah: 238)

|Muka

35

Juga berdasarkan hadis yang diriwayatakan oleh al-Bukhari, Muslim dan lain-lain daripada Ibnu Mascud, katanya: "Sesungguhnya pada sembahyang itu terdapat kesibukan." Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w kepada Mucawiyah bin al-Hakam al-Salami -yang telah mendoakan kepada seorang yang bersin-: Maksudnya: "Sesungguhnya sembahyang ini tidak sesuai diucapkan percakapan manusia padanya. Ia hanyalah untuk tasbih, takbir dan bacaan al-Quran." [Riwayat Muslim] Jika seseorang bercakap di dalam sembahyang dalam keadaan terlupa, atau tidak mengetahui tentang keharamannya kerana baru memeluk Islam, atau percakapannya itu berlaku tanpa disengajakan, atau tidak dapat menahan ketawa, maka sembahyangnya tidak batal kerana ia berlaku bukan dengan kecuaiannya. Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Diangkatkan daripada ummatku (tidak dikira dosa) sesuatu yang dilakukan dengan tersalah, atau terlupa, atau dipaksa." [Riwayat al-Tabarabi di dalam al-Kabir] Juga berdasarkan hadis Mucawiyah di atas, kerana beliau telah bercakap dalam keadaan tidak mengetahui keharamannya, tetapi Rasulullah s.a.w tidak memerintahkan beliau mengulangi sembahyangnya. Jika seseorang itu terbersin atau terbatuk yang menyebabkan terzahir dua huruf, sembahyangnya tidak batal kerana ia berlaku bukan dengan sengaja dan bukan dengan kecuaiannya. Berdehem-dehem untuk membolehkan penerusan rukun qauli -seperti al-fatihah dan tasyahhudd- adalah dibenarkan. Tetapi berdehem untuk menguatkan suara tidak dibenarkan, kerana menguatkan suara hanya sunat. Begitu juga pada perkaraperkara sunat yang lain, seperti membaca surah, qunut dan takbir perpindahan rukun, maka berdehem tidak dibenarkan kerana dianggap tiada keperluan kepadanya. 2. Melakukan perbuatan berturut-turut yang banyak, seperti melakukan tiga langkah yang berturut-turut, begitu juga memukul, kerana yang demikian boleh membatalkan sembahyang. Dalil kepada perkara ini ialah ijmak, juga kerana perbuatan yang banyak ini boleh mengubah peraturan sembahyang. Tetapi jika perbuatan-perbuatan itu tidak berturut-turut, seperti seseorang itu melangkah, kemudian dia diam sekadar satu tuma'ninah, kemudian barulah dia melangkah lagi dan begitulah seterusnya, maka sembahyangnya tidak batal. Begitu juga jika perbuatan yang dilakukan hanya sedikit, kerana ia dianggap sebagai keperluan. Ia (perbuatan sedikit ini) juga dibenarkan kerana untuk tetap berada di dalam satu keadaan adalah amat sukar, berbeza dengan percakapan, ia tidak sukar. Oleh sebab itu, sembahyang seseorang boleh terbatal dengan mengucapkan satu perkataan sahaja, tetapi tidak terbatal dengan melakukan satu langkah. Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang menyentuh batu-batu kecil (ketika sembahyang), lalu baginda menjawab: Maksudnya: "Jika engkau melakukannya, maka cukuplah sekali sahaja." [Riwayat Muslim] Di antara dalil yang menunjukkan bahawa perbuatan yang sedikit tidak membatalkan ialah: (a) Perintah Rasulullah s.a.w supaya seseorang yang sembahyang menolak sesiapa yang lalu di hadapannya. (b) Perintah Rasulullah s.a.w agar membunuh ular dan kala jengking. (c) Ibnu cAbbas mengalihkan makmum yang mengikutnya di sebelah kirinya ke sebelah kanannya. (d) Seorang lelaki mengenyitkan matanya kepada cAisyah ketika sujud. (e) Rasulullah s.a.w memberikan isyarat kepada Jabir ketika sembahyang. Semua ini terdapat di dalam hadis-hadis sahih. Tetapi perbuatan sedikit yang tidak membatalkan sembahyang itu hendaklah tidak terlalu ketara, jika ia terlalu ketara, seperti melakukan satu lompatan yang jauh, maka ia tetap membatalkan kerana ia bertentangan dengan sembahyang yang dilakukan. Pergerakan-pergerakan yang ringan, seperti mengerak-gerakkan jari untuk menggaru, tidak membatalkan sembahyang sekalipun banyak dan berturut-turut, kerana ia tidak bertentangan dengan peraturan sembahyang
|Muka

36

dan kekhusyukannya. Tetapi jika seseorang itu menggaru dengan tangannya sebanyak tiga kali di bahagian badannya, maka sembahyangnya terbatal, kecuali jika di badannya terdapat kurap yang tidak dapat ditahan melainkan dengan menggarunya, maka dia diberikan kelonggaran. 3. Hadas, sama ada sengaja atau tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Apabila seseorang kamu keluar angin (terkentut) di dalam sembahyangnya, maka hendaklah dia beredar, berwudhuk dan mengulangi sembahyangnya." [Riwayat Abu Daud] Al-Tarmizi berkata: Hadis ini hasan. Sembahyang juga terbatal jika hadas berlaku dengan tidak sengaja, kerana ijmak menetapkan demikian. 4. Terkena najis, sama ada pada pakaian, badan atau tempat sembahyang, kerana suci pada pakaian, badan dan tempat sembahyang adalah wajib sebagaimana yang telah diterangkan. Jika seseorang itu membuang dengan segera najis yang jatuh ke atasnya ketika sembahyang, maka sembahyangnya tidak batal. Membuat tanda tatoo pada badan adalah haram, kerana terdapat tegahan daripada berbuat demikian. Oleh kerana itu wajib menghilangkannya bagi yang telah membuatnya, jika tidak dibimbangi akan berlaku kemudharatan yang boleh menyebabkan boleh bertayammum. Jika dibimbangi, tidak wajib menghilangkannya, bahkan sembahyangnya adalah sah, begitu juga jika dia menjadi imam. Jika seseorang mengubati penyakitnya dengan ubat yang bernajis, atau menjahit lukanya dengan benang yang bernajis, atau dia membelah satu tempat daripada badannya dan meletakkan darah padanya, seperti dia menggunakan tulang yang bernajis untuk memperelokkan tulangnya yang patah, tidak wajib dia mencabutnya dan sembahyangnya adalah sah. 5. Terbuka aurat, kerana menutup aurat adalah wajib ketika sembahyang sebagaimana yang telah diterangkan. Jika seseorang membuka aurat dengan sengaja, sembahyangnya batal. Jika auratnya dibuka oleh angin, lalu dia menutupnya kembali dengan segera, sembahyangnya tidak batal. Begitu juga jika ikatan kain atau butang bajunya tertanggal, lalu dia membetulkannya dengan segera, sembahyangnya tidak batal. 6. Mengubah niat, seperti dia berniat keluar daripada sembahyang, kerana di antara syarat-syarat niat hendaklah niat itu berkekalan sehingga selesai sembahyang. Tetapi dengan mengubah niat, niat itu tidak lagi wujud dan menyebabkan terbatalnya sembahyang. Batal sembahyang juga jika dia menukarkan niat, seperti daripada niat sembahyang fardhu kepada sembahyang fardhu yang lain. Tetapi jika dia menukarkan daripada niat sembahyang fardhu kepada sembahyang sunat mutlak, kerana ketika dia sedang sembahyang fardhu secara sendirian, dia mendapati ada satu kumpulan akan mengerjakan sembahyang yang sama secara berjemaah, lalu setelah menunaikan dua rakaat, dia memberikan salam, untuk menyertai jamaah tersebut, itu adalah sah. Tetapi jika dia menukarkan niat sembahyang fardhu kepada sembahyang sunat yang tertentu, seperti sembahyang sunat dua rakaat dhuha, penukaran itu tidak sah, kerana ia memerlukan penentuan (tacyin). Tidak sah juga jika dia berniat mahu memutuskan sembahyang, maka sembahyangnya batal pada ketika itu juga, kerana di antara syarat niat -sebagaimana yang dinyatakan di atas- hendaklah ia berkekalan sehingga selesai sembahyang. Tidak sah juga sembahyangnya jika dia syak sama ada dia telah memutuskan sembahyangnya atau tidak. Tetapi jika dia didatangi oleh perasaan ragu-ragu di dalam hatinya -sebagaimana yang berlaku kepada orang yang sentiasa was-was- maka sembahyangnya tidak batal.

|Muka

37

7. Membelakangi kiblat atau berpaling ke arah lain dengan sebahagian dadanya tanpa keuzuran. Kerana benda yang disyaratkan kerananya (iaitu sembahyang) akan tiada dengan ketiadaan syarat (mengadap kiblat). Sedangkan mengadap kiblat adalah syarat kepada sembahyang. 8 dan 9. Makan dan minum, kerana apabila makan dan minum boleh membatalkan puasa, maka lebih-lebih lagi ia boleh membatalkan sembahyang. Juga dengan perbuatan makan itu, dia dianggap berpaling daripada sembahyang, kerana maksud ibadat yang dilakukan oleh badan ialah untuk memperbaharui iman, berbicara dengan hati tentang macrifat dan untuk kembali kepada Allah. Kesemua ini adalah bertentangan sama sekali dengan perbuatan makan dan minum. Jika dia makan atau minum secara terlupa atau tidak mengetahui tentang keharamannya kerana baru memeluk Islam atau seumpamanya, seperti dia hidup jauh di pedalaman, maka sembahyangnya tidak batal, jika hanya sedikit sahaja. Tetapi jika banyak, sembahyangnya tetap batal sekalipun terlupa atau jahil, kerana ibadat sembahyang mempunyai perbuatan-perbuatan tertentu yang tersusun. Jika dia melakukan perbuatan lain dengan banyak, maka itu akan memutuskan susunan perbuatan-perbuatan sembahyang. Keadaannya berbeza dengan puasa. Jadi perbuatan makan dan minum ketika sembahyang, membatalkan sembahyang, sekalipun dia makan atau minum kerana dipaksa, kerana paksaan dalam perkara ini jarang berlaku. 10. Ketawa berdekah-dekah. Jika dia sengaja melakukannya, sembahyangnya batal, kerana ia bertentangan dengan ibadat, kecuali jika dia tidak dapat menahannya. Ketawa yang membatalkan ialah yang menzahirkan dua huruf, jika tidak, maka sembahyangnya tidak batal, kerana ia tidak dianggap sebagai percakapan. 11. Murtad, iaitu memutuskan ikatan Islam, sama ada dengan perbuatan, seperti sujud kepada berhala, atau perkataan seperti dia mengucapkan konsep triniti, atau iktiqad (pegangan) seperti dia berpegang bahawa Allah itu tiada. Sesiapa yang melakukan demikian, dia menjadi kafir pada ketika itu juga dan sembahyangnya adalah batal. 12. Ketahuilah, di antara perkara yang membatalkan sembahyang ialah terkemudian daripada imam dengan dua rukun ficli (perbuatan) secara sengaja. Seperti dia tertinggal daripada imam dengan rukuk dan bangun daripadanya. Iaitu dia masih berdiri (untuk bacaan al-Fatihah) sedangkan imam sudah bangun daripada rukuk. Batal juga sembahyangnya jika dia mendahului imam dengan dua rukun ficli secara sengaja. Ini adalah kerana perbuatan tersebut menampakkan percanggahan yang ketara. 13. Batal juga sembahyang dengan sebab menelan kahak yang datang daripada kepalanya jika dia boleh meludahnya, tetapi dia tidak melakukannya.

SUJUD SAHWI DAN SEBAB-SEBABNYA:


Sahwi dari segi bahasa bererti lupa dan lalai daripada sesuatu. Dari segi istilah pula, ia adalah lalai daripada sesuatu di dalam sembahyang. Sujud sahwi disyariatkan adalah bagi menampung kecatatan yang berlaku di dalamnya, sama ada yang tercacat itu adalah perkara fardhu atau sunat, menurut pendapat yang muctamad. Sujud sahwi dilakukan sama ada kerana melakukan sesuatu yang dilarang di dalam sembahyang, seperti menambah qiyam, rukuk, sujud, atau duduk bukan pada tempatnya yang semuanya dilakukan dalam keadaan terlupa. Atau kerana meninggalkan sesuatu yang diperintahkan, seperti meninggalkan rukuk, sujud, qiyam, duduk yang wajib, atau meninggalkan bacaan yang wajib atau tasyahhud yang wajib yang sudah terlepas tempatnya. Seseorang yang melakukan demikian, hendaklah sujud sahwi selepas dia mendatangkan apa-apa yang ditinggalkannya itu.

|Muka

38

Jika dia teringat semasa masih berada di dalam sembahyang, maka dia hendaklah melakukan perbuatan yang ditinggalkannya itu, setelah dia melakukannya, sembahyangnya telah sempurna. Jika dia teringat selepas memberi salam, tetapi dalam masa yang singkat, dia hendaklah melakukan perbuatan yang ditinggalkannya itu dan sujud sahwi. Jika jarak masanya adalah lama, dia hendaklah memulakan sembahyang semula daripada awal. Pada menentukan sesuatu jarak masa itu panjang atau pendek, terdapat dua qaul berkenaan dengannya. Pertama, hendaklah mengikut uruf kebiasaan. Kedua, jarak masa yang panjang ialah yang menyamai satu rakaat sembahyang. Seseorang itu masih boleh menambah kekurangan sembahyangnya walaupun setelah sembahyang dia sudahpun bercakap, keluar dari masjid dan membelakangi kiblat. Hukum ini bagi seseorang yang meyakini bahawa dia telah meninggalkan sesuatu perbuatan di dalam sembahyang. Manakala jika dia hanya ragu-ragu, selepas memberi salam, adakah dia tertinggal satu rukun atau rakaat, maka dia tidak perlu melakukan apa-apa dan sembahyangnya dianggap telah sah. Hukum ini adalah bersalahan jika ragu-ragu itu datang ketika dia menunaikan sembahyang, maka pada ketika itu dia hendaklah meneruskan sembahyangnya berdasarkan keyakinannya. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Apabila seseorang kamu merasa syak di dalam sembahyangnya, berapa rakaatkah yang telah dilakukannya -empat atau tiga- hendaklah dia membuang keraguan itu dengan mengambil apa yang diyakini (iaitu tiga rakacat), kemudian dia hendaklah sujud dua kali sebelum memberi salam. Jika dia sembahyang sebanyak lima rakaat, maka ia menyempurnakan sembahyangnya. Dan jika dia memang hanya sembahyang sebanyak empat rakacat sahaja, maka itu merupakan penghinaan kepada syaitan." [Riwayat Muslim] Hukum ini adalah bagi imam dan orang yang bersembahyang sendirian. Jika dia seorang makmum, janganlah dia sujud ketika dia terlalai ketika berada di belakang imamnya, kerana kelalaian itu akan ditanggung oleh imamnya. Jika seorang makmum meyakini semasa berada di dalam tasyahhud bahawa dia telah meninggalkan rukuk atau al-Fatihah umpamanya pada satu rakaat dengan terlupa atau dia ragu-ragu pada perkara itu, maka apabila imam memberi salam, dia hendaklah melakukan satu rakaat lagi, tetapi tidak perlu dia melakukan sujud sahwi, kerana keraguannya itu berlaku ketika dia menjadi makmum kepada imamnya, maka ia ditanggung oleh imamnya. Manakala sunat-sunat abcadh, iaitu perkara sunat yang tidak menjadi tulang belakang sembahyang, seperti tasyahhud awal, selawat ke atas Rasulullah s.a.w dan qunut di dalam sembahyang Subuh dan sembahyang witir pada separuh kedua pada bulan Ramadhan, maka jika ia ditinggalkan kerana terlupa, ia hendaklah ditampung dengan melakukan sujud sahwi. Ini adalah kerana berlaku kekurangan dengan sebab peninggalan perkaraperkara tersebut. Dalil yang menunjukkan bahawa sesiapa yang meninggalkan tasyahhud awal dikehendaki melakukan sujud sahwi ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, daripada hadis cAbdullah bin Buhainah, bahawa Rasulullah s.a.w pernah meninggalkan tasyahhud awal, lalu baginda sujud sebelum memberi salam. Diqiaskan perkara-perkara lain juga kepadanya. Al-Ghazali berkata tentang kebolehan qias: Kerana ia (tasyahhud) adalah di antara syicar-syicar yang zahir kepada sembahyang. Jika seseorang yang sembahyang meninggalkan salah satu daripada perkara sunat abcadh ini, dan telah masuk kepada perkara fardhu berikutnya, maka tidak harus baginya untuk kembali kepada sunat abcadh itu. Jika dia tetap kembali kepadanya, maka sembahyangnya batal, jika itu dilakukan dengan sengaja dan dia mengetahui tentang pengharamannya.

|Muka

39

Contohnya, jika seseorang itu tertinggal tasyahhud awal kerana terlupa lalu dia qiyam (berdiri), atau keadaannya sekarang lebih hampir kepada qiyam, maka tidak harus baginya untuk duduk kembali, bahkan dia hendaklah melakukan sujud sahwi. Jika keadaannya selepas terbangun daripada mengerjakan tasyahhud awal itu lebih hampir kepada keadaan duduk, maka dia boleh duduk dan kemudian melakukan sujud sahwi. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: . Maksudnya: "Jika salah seorang daripada kamu terbangun (ketika sembahyang) pada rakacat kedua, tetapi dia belum bangun dengan sempurna, hendaklah dia duduk. Tetapi jika dia telah bangun dengan sempurna, maka janganlah dia duduk, dan hendaklah dia sujud sahwi sebanyak dua kali." [Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah daripada al-Mughirah bin Syucbah] Jika seseorang meninggalkan qunut dan telah duduk, maka janganlah dia kembali semula kepada qunutnya, jika dia kembali juga, sembahyangnya batal jika dia melakukannya dengan sengaja dan mengetahui tentang pengharamannya. Kemudian dia hendaklah melakukan sujud sahwi. Hukum ini adalah bagi bacaan qunut pada sembahyang Subuh dan sembahyang sunat witir pada separuh kedua daripada bulan Ramadhan. Manakala bagi qunut nawazil pula, tidak perlu melakukan sujud sahwi, sama ada ia ditinggalkan dengan sengaja atau tidak. Manakala sunat-sunat hai'ah pula, seperti tasbih, takbir perpindahan rukun, membaca isticazah, doa istiftah dan lain-lainnya, maka tidak perlu melakukan sujud sahwi sama sekali dengan sebab meninggalkannya. Alasannya ialah kerana sujud sahwi adalah tambahan kepada sembahyang, maka ia tidak boleh dilakukan melainkan jika terdapat pernyataan sama ada dengan perkataan atau perbuatan daripada Rasulullah s.a.w. Sujud sahwi ini telah terdapat pernyataan mengenainya pada sebahagian sunat abcadh, seperti pada tasyahhud, lalu sunat abcadh yang lain diqiaskan kepadanya, kerana sunat tersebut amat dituntut. Manakala sunat yang lain tetap kekal di atas keadaan asalnya. Tempat melakukan sujud sahwi ialah sebelum memberi salam dan selepas tasyahhud. Ini berdasarkan hadishadis yang telah disebutkan sebelum ini, yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syihab, katanya: "Di antara dua perkara yang terakhir daripada Rasulullah s.a.w ialah sujud sebelum salam." Hukum sujud sahwi adalah sunat, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Rakacat dan dua sujud itu adalah sunat."

|Muka

40

WAKTU MAKRUH SEMBAHYANG:


Terdapat lima waktu dimakruhkan menunaikan sembahyang yang tidak mempunyai sebab; tiga daripadanya berkaitan dengan masa, iaitu: 1. Ketika terbit matahari sehingga ia naik sekadar satu galah. 2. Ketika istiwa' (matahari berada tegak di atas kepala) sehingga ia tergelincir. 3. Ketika matahari kekuningan sehingga ia tenggelam. Ini adalah berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Muslim daripada cUqbah bin cAmir r.a: Terdapat tiga waktu, Rasulullah s.a.w menegah kami daripada bersembahyang padanya atau mengebumikan orang yang mati di kalangan kami; ketika matahari mula terbit sehingga ia naik, ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia tergelincir, dan ketika matahari melencung untuk tergelincir. Sebab dimakruhkan sembahyang pada waktu-waktu berikut ialah sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Sesungguhnya matahari terbit dan bersamanya ada tanduk syaitan. Apabila matahari naik, tanduk syaitan itu akan berpisah daripadanya. Apabila matahari itu tegak di atas kepala, tanduk syaitan itu akan mengiringinya kembali. Apabila matahari tergelincir, tanduk syaitan itu akan berpisah semula. Apabila diazankan untuk waktu Maghrib, tanduk syaitan itu akan mengiringinya semula dan apabila matahari tenggelam, tanduk syaitan itu akan berpisah semula." [Riwayat Imam al-Shafici] Yang dimaksudkan dengan tanduk syaitan di sini ialah kaumnya iaitu mereka yang menyembah dan sujud kepada matahari pada waktu-waktu ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa syaitan mendekatkan kepalanya kepada matahari pada waktu-waktu ini, supaya orang-orang yang sujud kepada matahari, menjadi sujud kepadanya. Manakala dua waktu lagi, ia berkaitan dengan perbuatan. Waktu itu ialah selepas sembahyang cAsar sehingga tenggelam matahari dan selepas sembahyang Subuh sehingga terbit matahari. Hujjah kepada perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w melarang daripada menunaikan sembahyang selepas cAsar sehingga matahari tenggelam, dan selepas Subuh sehingga matahari terbit. Tetapi waktu istiwa' pada hari Jumaat dikecualikan daripada hukum di atas. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud tetapi ia adalah hadis mursal. Ketidakmakruhan pada hari Jumaat ini adalah disebabkan kerana kebiasaannya, waktu ini adalah waktu mengantuk. Lalu perasaan ini boleh dihilangkan dengan melakukan sembahyang sunat, kerana jika perasaan mengantuk ini dibiarkan, ia boleh menyebabkan wudhuk terbatal. Apabila wudhuk terbatal, akan menyebabkan terpaksa mengambilnya semula dan terpaksa melangkah tengkuk ahli-ahli jamaah yang berada di belakangnya. Sebagaimana dikecualikan juga daripada hukum makruh di atas kepada Makkah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Wahai Bani cAbdu Manaf, sesiapa yang dilantik (sebagai ketua) di kalangan kamu untuk menguruskan sebarang urusan manusia, maka janganlah dia melarang sesiapapun untuk melakukan tawaf di kaabah dan bersembahyang pada mana-mana waktu, siang atau malam." [Riwayat al-Tarmizi dan lainnya] Hukum ini juga beralasankan bahawa bersembahyang di masjidil haram di Makkah mempunyai kelebihan yang berganda-ganda. Tetapi ia adalah khilaf aula, kerana keluar daripada khilaf Imam Malik dan Abu Hanifah yang tetap memakruhkannya juga.

|Muka

41

Manakala sembahyang yang mempunyai sebab yang mendahului sembahyang itu, maka tidak makruh mengerjakannya pada waktu-waktu ini, seperti mengqadha sembahyang yang terluput sama ada yang wajib atau sunat yang menjadi kebiasaan seseorang. Ini adalah kerana Rasulullah s.a.w pernah bersembahyang dua rakaat selepas sembahyang Asar, lalu baginda berkata: Maksudnya: "Dua rakaat yang aku lakukan ini adalah dua rakaat yang sebelum sembahyang Zuhur." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Tidak makruh juga sembahyang yang mempunyai sebab yang mengiringi sembahyang itu, seperti sembahyang jenazah, sujud tilawah, sujud syukur, sembahyang gerhana bulan atau matahari dan sembahyang minta hujan. Manakala sembahyang yang mempunyai sebab yang datang kemudian, maka ia makruh dilakukan pada waktuwaktu ini, seperti sembahyang istikharah dan sembahyang sunat ihram.

SEMBAHYANG JAMAAH:
Dalil kepada pensyariatan sembahyang jamaah ialah al-kitab, al-sunnah dan ijmak. Allah swt berfirman: Maksudnya: "Dan apabila kamu (wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu kamu mendirikan sembahyang dengan mereka, maka hendaklah sepuak dari mereka berdiri (mengerjakan sembahyang) bersama-samamu..." (Al-Nisa': 102) Di dalam ayat di atas, Allah swt memerintahkan supaya didirikan sembahyang secara berjamaah walaupun pada masa perang, maka mendirikannya secara berjamaah pada masa aman adalah lebih dituntut lagi. Berjamaah pada sembahyang Jumaat adalah fardhu ain. Manakala berjamaah pada sembahyang-sembahyang lain terdapat khilaf tentang hukumnya. Pendapat yang sahih mengatakan bahawa ia adalah sunat muakkad, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Sembahyang berjamaah adalah lebih afdhal daripada sembahyang sendirian, dengan dua puluh tujuh darjat." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Di dalam riwayat al-Bukhari yang lain: Maksudnya: "... dengan dua puluh lima darjat."3 Jadi sabda Rasulullah s.a.w di dalam hadis di atas "lebih afdhal" menunjukkan bahawa sembahyang secara berjamaah dan seorang diri adalah harus, kerana inilah yang difahami daripada perkataan baginda "lebih afdhal". Jika salah satu daripadanya ditegah dan dilarang, sudah tentu baginda tidak menggunakan perkataan tersebut. Sesetengah ulama berpendapat bahawa sembahyang berjamaah adalah fardhu kifayah, berdalilkan dengan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Tidak ada tiga buah kampung atau desa yang tidak didirikan pada mereka sembahyang berjamaah, melainkan mereka akan dikuasai oleh syaitan. Oleh itu hendaklah kamu mengerjakan sembahyang jamaah, kerana sesungguhnya, serigala hanya akan memakan kambing yang bersendirian jauh daripada kumpulannya." [Riwayat Abu Daud, Imam Ahmad, al-Nasa'i, Ibnu Hibban dan al-Hakim] Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa sembahyang jamaah adalah wajib, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Aku amat bercita-cita, kalau boleh aku memerintahkan supaya sembahyang didirikan, lalu aku memerintahkan seorang lelaki untuk menjadi imam, sedang aku bersama dengan beberapa orang lelaki lagi yang

Tiada pertentangan di antara kedua-dua hadis di atas, kerana sebutan bilangan tidak menunjukkan sesuatu bilangan dengan tepat, tetapi semata-mata untuk menunjukkan banyak.

|Muka

42

bersama mereka ada berkas-berkas kayu api, lalu kami pergi kepada kaum yang tidak datang sembahyang, lalu kami membakar rumah-rumah mereka." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Ada dinyatakan bahawa hadis ini adalah ditujukan kepada kaum munafiq. Rasulullah s.a.w juga tidak pernah membakar rumah orang yang tidak menghadiri sembahyang jamaah. Apa yang berlaku ialah baginda hanya bercita-cita sahaja. Ketahuilah bahawa kadang-kadang sembahyang berjamaah itu menjadi wajib kerana sesuatu perkara. Seperti seseorang mendapati seseorang yang lain sedang berada dalam keadaan rukuk, dan dia mengetahui jika dia mengikut orang yang kedua itu, dia akan mendapat satu rakaat di dalam waktu, maka tidak boleh dia sembahyang sendirian. Kadang-kadang sembahyang berjamaah itu menjadi haram, jika seseorang mendapati bahawa seorang imam sedang duduk untuk tasyahhud akhir, dan dia mengetahui jika dia mengikut imam itu, dia tidak sempat untuk mendapat satu rakaat di dalam waktu, tetapi jika dia sembahyang sendirian dia akan sempat mendapat satu rakaat di dalam waktu, maka haram dia mengikut imam itu. Sembahyang berjamaah terhasil dengan seorang lelaki bersembahyang dengan isterinya di rumah, tetapi sembahyang di masjid adalah lebih afdhal. Di masjid yang mempunyai bilangan ahli jamaah lebih banyak adalah lebih afdhal daripada masjid yang kurang ahli jamaahnya. Jika berhampiran rumahnya terdapat masjid yang sedikit bilangan ahli jamaahnya, dan terdapat sebuah lagi masjid yang lebih jauh tetapi ahli jamaahnya lebih ramai, maka bersembahyang di masjid yang jauh itu adalah lebih afdhal, melainkan dalam dua keadaan: 1. Jika dia pergi ke masjid yang jauh, sembahyang jamaah di masjid yang dekat tidak dapat dijalankan. 2. Jika imam di masjid yang lebih jauh itu seorang yang melakukan bidcah, atau seorang fasiq. Jika seseorang makmum sempat melakukan takbiratul ihram sebelum imam memberi salam, dia dianggap mendapat fadhilat berjamaah. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Apabila seseorang daripada kamu datang untuk sembahyang, ketika kami sedang sujud, maka hendaklah kamu sujud dan janganlah menganggapnya sebagai satu (rakaat). Sesiapa yang sempat rukuk bersama imam, maka dia mendapat rakaat itu." [Riwayat Abu Daud] Di dalam hadis di atas, Rasulullah s.a.w hanya menyebut sujud, jadi termasuk juga sujud terakhir. Seseorang makmum tidak dianggap mendapat rakaat, melainkan jika dia sempat tuma'ninah di dalam rukuknya bersama imam, kerana rukuk tanpa tuma'ninah tidak dikira. Jika tuma'ninah tidak ada, rukuk juga dianggap tidak berlaku. Jadi seseorang makmum yang masbuq itu hendaklah sempat tuma'ninah ketika rukuknya sebelum imam bangun daripada keadaan rukuk yang paling kurang. Tuma'ninah itu ialah diam sebentar selepas pergerakan sekadar menyebut perkataan 'subhana rabiya al-azim'. Syarat untuk seseorang itu mendapat kelebihan berjamaah, ialah makmum hendaklah berniat mengikut imam ketika melakukan takbiratul ihram, kerana 'pengikutan' adalah perbuatan, maka ia perlu kepada niat. Ia termasuk di dalam keumuman sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Segala amalan itu hendaklah dengan niat." Seorang lelaki yang merdeka dan baligh boleh berimamkan hamba dan kanak-kanak. Keharusan berimamkan hamba adalah berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Bukhari bahawa cAishah r.a. pernah berimamkan hambanya yang bernama Zakwan. Manakala keharusan berimamkan kanak-kanak adalah kerana cAmru bin Salamah r.a. menjadi imam kepada kaumnya pada zaman Rasulullah s.a.w sedang umurnya ketika itu baru mencapai enam atau tujuh tahun. [Riwayat al-Bukhari] Lelaki tidak boleh berimamkan perempuan, berdasarkan firman Allah:
|Muka

43

Maksudnya: "Kaum lelaki itu adalah pemimpin terhadap kaum perempuan." (Al-Nisa': 34) Juga berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Akhirkanlah mereka di mana mereka diakhirkan oleh Allah." Juga sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Ketahuilah, janganlah seseorang perempuan mengimamkan lelaki." [Riwayat Ibnu Majah] Sesetengah mereka berhujjahkan dengan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik wanita sebagai ketua mereka." [Riwayat alBukhari, al-Nasa'i, al-Tarmizi dan Imam Ahmad daripada Abu Bakrah] Juga beralasankan kerana wanita adalah aurat, jika dia menjadi imam kepada lelaki akan menimbulkan fitnah. Sesiapa yang berimamkan wanita, dia dianggap melantiknya sebagai ketua kepada urusan sembahyangnya. Terdapat dua pendapat tentang masalah seorang qari (seorang yang baik bacaan al-Fatihahnya) berimamkan seorang ummi (seorang yang tidak menghafal al-Fatihah). Pendapat yang lebih jelas mengatakan bahawa ia tidak sah, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Sesuatu kaum itu hendaklah diimamkan oleh orang yang paling baik bacaannya di kalangan mereka." Juga kerana imam adalah dianggap menanggung bacaan makmumnya jika makmum datang ketika imam sedang rukuk, sedang seorang yang ummi tidak boleh menanggung bacaan orang lain. Tetapi jika seseorang itu berimamkan seorang yang ummi pada sembahyang yang sirriyyah, sembahyangnya adalah sah dan tidak wajib memeriksa keadaannya. Jika seorang yang ummi berimamkan seorang ummi yang lain, sembahyangnya adalah sah, seperti juga seorang wanita berimamkan seorang wanita yang lain. Syarat sah mengikut imam ialah mengetahui tentang sembahyang imamnya, sama ada dengan melihat atau mendengar suara imamnya atau suara muballighnya.4 Di antara syaratnya lagi ialah, hendaklah kedudukan makmum tidak berada lebih ke hadapan daripada imam, kerana para sahabat yang berimamkan Rasulullah s.a.w, tidak pernah diriwayatkan bahawa mereka berada lebih ke hadapan daripada baginda s.a.w, begitu juga dengan mereka yang berimamkan para khulafak al-rasyidin. Kedudukan yang sama atau selari dengan imam tidak membatalkan sembahyang, tetapi ia adalah makruh. Hukum ini adalah bagi sesiapa yang bersembahyang pada selain kaabah. Jika bersembahyang di kaabah, tidak mengapa kedudukan makmum lebih hampir kepada kiblat jika makmum itu berada pada selain penjuru imam. Ketahuiah bahawa keadaan imam dengan makmumnya terbahagi kepada tiga: Pertama: Kedua-duanya berada di dalam masjid. Kedua: Imam di dalam masjid dan makmum di luar masjid. Ketiga: Kedua-duanya berada di luar masjid. Bagi keadaan pertama, apa saja keadaan imam dan makmum adalah sah, sama ada terdapat barisan saf yang terputus di antara keduanya atau tidak, sama ada di antara keduanya terdapat penghalang atau tidak, dan sama ada mereka berada pada satu tempat atau tidak sehingga jika imam berada di menara masjid dan makmumnya berada di perigi (tempat mengambil wudhuk) atau sebaliknya, maka sembahyang jamaah mereka adalah sah. Ini adalah kerana keseluruhan masjid itu dianggap sebagai tempat yang satu dan ia dibina untuk mengerjakan sembahyang.

Muballigh di sini ialah orang yang mengulangi apa yang disebut oleh imam dengan kuat supaya didengar oleh makmum lain. (pent)

|Muka

44

Bagi keadaan kedua pula, iaitu imam berada di dalam masjid dan makmum berada di luar masjid, sembahyang jamaah itu adalah sah dengan syarat jarak di antara imam dan makmum tidak melebihi tiga ratus hasta lebih kurang. Yang dimaksudkan dengan jarak di antara imam dan makmum di sini ialah di antara akhir masjid dengan makmum. Disyaratkan juga makmum mengetahui perpindahan imam daripada satu rukun kepada rukun yang lain sebagaimana yang diterangkan. Bagi keadaan ketiga pula, iaitu kedua-duanya berada di luar masjid, jika mereka berada di tanah lapang, maka harus mereka berjamaah dengan syarat jarak di antara mereka tidak melebihi tiga ratus hasta lebih kurang, mengikut pendapat yang lebih sahih. Ini adalah kerana dua orang yang berdiri di tanah lapang dikira pada adatnya sedang berkumpul. Juga kerana suara imam jika dikuatkan dengan kadar yang biasa, akan dapat didengar oleh makmum pada jarak tersebut. Tetapi jika kedua-duanya tidak berada di tanah lapang, seperti imam berada di dalam sebuah rumah sedang makmum berada di dalam rumah yang lain, disyaratkan supaya ada persambungan di antara kedua-dua buah rumah itu, dan berlaku perhubungan di antara imam dan makmum. Ini adalah kerana berlainan bangunan bermakna perpecahan (tidak berkumpul), lalu kita mensyaratkan supaya rumah itu bersambung dan tidak ada yang menghalang percantuman.

DI ANTARA SYARAT SAH SEMBAHYANG JAMAAH IALAH:


1. Peraturan sembahyang imam hendaklah sama dengan peraturan sembahyang makmum. Jika tidak sama, sembahyang jamaah itu tidak sah. Maka sah jamaah di antara seorang makmum yang sembahyang tunai dengan imam yang sembahyang qadha atau sebaliknya. Begitu juga sah jamaah di antara seorang makmum yang sembahyang fardhu dengan imam yang sembahyang sunat. Makmum yang sembahyang Zuhur berimamkan imam yang sembahyang Subuh atau Maghrib adalah dianggap seperti seorang masbuq, maka dia hendaklah menyempurnakan sembahyangnya selepas imam memberi salam. 2. Hendaklah takbiratul ihramnya terkemudian sedikit daripada takbiratul ihram imamnya. 3. Janganlah makmum mendahului imamnya dengan dua rukun ficli (perbuatan). 4. Jangan terkemudian daripada imamnya dengan dua rukun ficli tanpa uzur, sedang dia mengetahui tentang pengharamannya. Jika berlaku juga, maka sembahyangnya adalah batal, kerana perbezaan yang amat ketara di antaranya dan imam. Jika dia jahil atau terlupa, sembahyangnya tidak batal, tetapi rakaat itu tidak dikira, maka dia mesti menambah satu rakaat selepas imam memberi salam. Disunatkan supaya seorang makmum lelaki -sekalipun kanak-kanak-berdiri di sebelah kanan imam dan terkebelakang sedikit daripadanya. Ini kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan juga sesuai dengan adab yang baik. Jika datang seorang lagi makmum lelaki, dia hendaklah bertakbiratul ihram di sebelah kiri imam, kemudian imam hendaklah bergerak ke hadapan atau kedua-dua makmum itu bergerak ke belakang dalam keadaan qiyam. Kedua-dua makmum lelaki itu hendaklah berbaris di belakang imam, sebagaimana jika yang menjadi makmum adalah seorang wanita atau lebih. Disunatkan supaya makmum-makmum lelaki berdiri di saf belakang imam kerana kelebihan yang mereka miliki. Kemudian diikuti dengan saf kanak-kanak jika saf makmum-makmum lelaki telah penuh. Jika tidak penuh, saf itu hendaklah dipenuhkan dengan kanak-kanak. Kemudian diikuti pula oleh saf golongan khunsa kerana berkemungkinan mereka adalah wanita, kemudian barulah saf golongan wanita. Ini adalah kerana mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Disunatkan kepada imam wanita berdiri di tengah-tengah makmum-makmum wanita, selari dengan mereka. Tetapi jika yang menjadi imam kepada mereka seorang lelaki, maka dia hendaklah berdiri di hadapan mereka. Adalah dimakruhkan bagi seseorang makmum berdiri keseorangan di dalam saf, bahkan dia hendaklah cuba mencelah masuk ke dalam saf di hadapannya jika ada tempat lapang. Jika tiada, dia hendaklah menarik salah

|Muka

45

seorang makmum yang berada di dalam saf di hadapannya selepas takbiratul ihram, dan disunatkan bagi orang yang ditarik itu agar bergerak ke belakang untuk berada di dalam saf yang sama. Harus bagi seorang yang bersuci dengan berwudhuk untuk berimamkan seorang yang bersuci dengan cara tayammum yang tidak perlu diulangi sembahyangnya dan berimamkan seorang yang menyapu khufnya. Harus bagi seorang yang mampu berdiri berimamkan seorang yang tidak mampu berdiri (duduk), kerana Rasulullah s.a.w bersembahyang ketika sakit dalam keadaan duduk, sedang Abu Bakar dan orang ramai bersembahyang dalam keadaan berdiri. Boleh bagi seorang muslim yang adil berimamkan seorang muslim merdeka yang fasiq, tetapi ia adalah makruh. Ia adalah sah berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim, bahawa Ibnu cUmar berimamkan al-Hajjaj. Imam al-Shafici berkata: "Memang dia (Hajjaj) seorang yang fasiq."

MEMENDEKKAN (MENGQASARKAN) SEMBAHYANG EMPAT RAKAAT


Permusafiran kebiasaannya adalah cara untuk mengelakkan daripada kesusahan atau untuk mencapai sesuatu yang dituntut. Permusafiran adalah perkara yang kebiasaannya terdapat kesukaran. Sedangkan dalam syariat, sesuatu kesukaran itu menyebabkan peringanan. Oleh kerana itu syarak mengurangkan sembahyang yang empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja. Al-Kitab, al-sunnah dan ijmak menunjukkan bahawa memendekkan sembahyang pada pemusafiran panjang yang harus adalah dibenarkan. Firman Allah swt: Maksudnya: "Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan sembahyang, jika kamu takut diserang oleh orang-orang yang kafir." (Al-Nisa': 101) Syarat yang dinyatakan di atas adalah tidak digunakan, kerana diriwayatkan daripada Yacla bin Umayyah, katanya: "Aku berkata kepada cUmar bin al-Khattab, Allah swt berfirman: Maksudnya: "Dan apabila kamu bermusafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan sembahyang, jika kamu takut diserang oleh orang-orang yang kafir." (Al-Nisa': 101) Lalu cUmar berkata: "Aku dahulupun merasa hairan sebagaimana yang dirasai oleh engkau sekarang, lalu aku menyatakannya kepada Rasulullah s.a.w. Bagindapun bersabda: Maksudnya: "Ini adalah sedekah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, maka kamu hendaklah menerimanya." [Riwayat Muslim] Di antara sunnah yang menunjukkan keharusan menqasarkan sembahyang ialah kata-kata Ibnu Mascud r.a.: "Aku bersembahyang bersama Rasulullah s.a.w sebanyak dua rakaat, dua rakaat. Begitu juga dengan Abu Bakar dan cUmar." [Riwayat al-Bukhari dan Muslim] Daripada Ibnu cUmar: Aku bermusafir bersama Rasulullah s.a.w, Abu Bakar dan cUmar. Mereka semuanya bersembahyang Zuhur dan Asar sebanyak dua rakaat, dua rakaat. Qasar hanya berlaku kepada sembahyang empat rakaat sahaja, tidak pada sembahyang lain seperti Maghrib dan Subuh, yang tidak boleh diqasarkan lagi. Syarat Perjalanan: 1. Hendaklah perjalanan itu bukan untuk perkara maksiat. Maka termasuk di dalamnya perjalanan yang wajib, seperti perjalanan untuk mengerjakan haji yang wajib atau untuk membayar hutang dan seumpamanya. Termasuk juga perjalanan yang sunat, seperti perjalanan untuk menunaikan haji yang sunat dan perjalanan
|Muka

46

kerana ingin menyambungkan silaturrahim. Termasuk juga perjalanan yang harus, seperti perjalanan untuk urusan perniagaan dan untuk bersiar-siar. Termasuk juga perjalanan yang makruh, seperti perjalanan yang dilakukan seorang diri tanpa berteman. Manakala perjalanan yang bertujuan maksiat, seperti untuk melakukan rompakan, mengambil arak, ganja, perjalanan seorang wanita tanpa mendapat keizinan suaminya, perjalanan seorang berhutang yang mampu membayar hutangnya tanpa izin pemberi hutangnya, maka mereka yang orang-orang yang seumpama dengan mereka tidak dibenarkan qasar sembahyang. Ini kerana qasar adalah suatu rukhsah (kelonggaran), sedangkan sesuatu rukhsah itu tidak boleh dicapai dengan maksiat. Sebagaimana seseorang yang melakukan maksiat dengan perjalanannya tidak dibenarkan qasar sembahyang, dia juga tidak dibenarkan untuk menghimpunkan (jamak) di antara dua sembahyang, tidak dibenarkan melakukan sembahyang sunat di atas kenderaan, tidak dibenarkan menyapu di atas khuf selama tiga hari dan tidak dibenarkan memakan bangkai ketika terpaksa. Sufyan al-Thauri berkata: Jika ditemui seorang zalim di padang pasir, tidak boleh diberi minum dan makan sekalipun akan membawa kematiannya, supaya seluruh manusia, binatang dan tanaman dapat menyelamatkan diri daripadanya. 2. Hendaklah perjalanan itu jauh, iaitu perjalanan dua hari dengan perjalanan yang sederhana, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Tidak boleh diqasarkan sembahyang pada perjalanan yang kurang daripada empat barid,5 di antara Makkah dan cAsfan." Asfan terletak sejauh perjalanan dua hari dari Makkah. Jika dikira dalam kilometer, ia adalah sejauh 84 kilometer lebih kurang. Hendaklah diketahui bahawa seseorang musafir mestilah menghubungkan sembahyang qasarnya dengan suatu tempat yang diketahui. Maka seorang yang berjalan tanpa tujuan tidak boleh qasar, sekalipun jauh perjalanannya. 3. Hendaklah sembahyang yang hendak diqasar itu sembahyang yang tunai, bukan sembahyang qadha. Jika sesuatu sembahyang itu terluput pada masa muqim, dan dia mahu mengqadhakannya pada masa musafir, wajib dia menyempurnakan bilangan empat rakaat, kerana itulah yang terletak dalam tanggungannya. Jika sembahyang itu terluput pada masa musafir dan dia mahu menqadhakannya dalam masa musafir juga, dia boleh menqasarkannya, dan jika dia mahu mengqadhakannya dalam masa muqim, dia hendaklah menyempurnakan bilangan empat rakaat. Jika dia ragu-ragu, adakah sesuatu sembahyang itu terluput pada waktu musafir atau muqim, maka dia tidak boleh qasar, kerana itulah yang asal kepada sembahyangnya. Syarat-syarat Qasar: 1. Niat, kerana asal kepada sembahyang ialah sempurna empat rakaat. Jika dia tidak berniat untuk qasar, maka sembahyangnya mesti disempurnakan. 2. Hendaklah dia berada di dalam keadaan musafir daripada mula dia bersembahyang sehingga akhir sembahyangnya, berdasarkan firman Allah swt: Maksudnya: ""Dan apabila kamu bermusafir..." (Al-Nisa': 101) Jadi sesiapa yang tidak bermusafir, tidak boleh qasar. 3. Dia hendaklah mengetahui tentang keharusan qasar sembahyang. Orang yang tidak mengetahui tentangnya tidak boleh mengqasarkan sembahyang, berdasarkan firman Allah swt:
c

Barid ialah suatu jarak perjalanan yang dilakukan oleh Rasulullah (s.a.w). Satu barid bersamaan 22.176 kilometer. (Al-Fiqh al-Islamiyy wa adillatuhu, jil. 1, hlm. 74)

|Muka

47

Maksudnya: "Maka tanyalah (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (Al-Nahl: 43) 4. Janganlah dia berimamkan seorang yang muqim atau seorang yang sembahyang sempurna. Jika dia berimamkan dengan orang seperti itu, dia hendaklah menyempurnakan sembahyangnya, kerana mengikut imam itu adalah wajib. Ibnu cAbbas r.a. ditanya: Kenapakah seorang musafir bersembahyang dua rakaat jika dia sembahyang sendirian dan apabila dia berimamkan seorang yang muqim dia menyempurnakan sembahyangnya? Ibnu cAbbas menjawab: "Itu adalah sunnah." [Riwayat Ahmad] 5. Hendaklah sembahyang yang diqasarkan itu mempunyai empat rakaat, maka tidak boleh mengqasarkan sembahyang yang lain seperti Subuh dan Maghrib, kerana tidak sabit bahawa ia juga diqasarkan. Bilakah Seorang Musafir Boleh Melakukan Qasar? Seseorang musafir tidak boleh melakukan qasar melainkan setelah dia terpisah daripada bangunan-bangunan bandar yang ditinggalkannya. Ibnu al-Munzir berkata: "Aku tidak mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w melakukan qasar dalam pemusafirannya melainkan setelah baginda keluar daripada Madinah." Seseorang itu boleh melakukan qasar selagimana dia dalam keadaan musafir. Jika dia menetap pada suatu tempat kerana sesuatu keperluan yang ditunggunya, dia hanya boleh melakukan qasar selama empat hari, kemudian dia menyempurnakan sembahyangnya, sama ada keperluannya itu sudah dicapai atau belum. Sabit di dalam hadis al-Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah s.a.w datang ke Makkah pada waktu pagi hari keempat bulan Zulhijjah, kemudian baginda menetap pada hari keempat, kelima, keenam dan ketujuh, kemudian pada hari kelapan baginda sembahyang Subuh terus keluar ke Mina. Ketika baginda menetap di Makkah selama empat hari, baginda melakukan qasar sedangkan baginda memang berazam untuk menetap sebelum baginda melakukan kerja-kerja haji. Ini menunjukkan bahawa orang yang berazam untuk menetap di suatu tempat pada tempoh masa tertentu boleh melakukan qasar selama empat hari. Selepas itu dia hendaklah menyempurnakan sembahyangnya. Kita wajib berpada dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. Di dalam salah satu qaul Imam al-Shafici, bahawa seseorang musafir boleh melakukan qasar selama sembilan belas hari atau lapan belas hari. Di dalam sahih al-Bukhari daripada Ibnu cAbbas, katanya: "Rasulullah s.a.w pernah menetap pada satu tempat ketika salah satu pemusafiran baginda selama sembilan belas hari, baginda terus sembahyang hanya dua rakaat sahaja. Lalu jika kami menetap di suatu tempat dalam satu perjalanan selama sembilan belas hari, kami hanya sembahyang dua rakaat sahaja. Apabila lebih dari itu, kami akan sembahyang sempurna." Di dalam riwayat lain, bahawa Rasulullah s.a.w menetap di Makkah selama lapan belas hari pada hari pembukaan Makkah, kerana ketika itu baginda mahu menyerang Hunain pula. Jadi baginda dianggap tidak bermuqim di Makkah.

MENGHIMPUNKAN (JAMAK) DI ANTARA DUA SEMBAHYANG:


Harus bagi seorang musafir untuk menjamakkan di antara sembahyang Zuhur dan Asar dan di antara sembahyang Maghrib dan Isyak, sama ada jamak taqdim pada waktu sembahyang pertama atau jamak ta'khir pada waktu sembahyang kedua. Dalil kepada keharusan ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Mucaz bin Jabal r.a., katanya: "Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w di dalam peperangan Tabuk. Baginda melakukan jamak di antara Zuhur dengan Asar dan di antara Maghrib dengan Isyak. Pada suatu hari baginda melewatkan sembahyang, kemudian baginda keluar, lalu baginda mengerjakan sembahyang Zuhur dan Asar secara jamak. Kemudian baginda masuk dan keluar lagi, lalu baginda mengerjakan sembahyang Maghrib dan Isyak secara jamak. Syarat-syarat Jamak Taqdim:

|Muka

48

1. Hendaklah memulakan sembahyang yang pertama dengan dia mengerjakan sembahyang Zuhur terlebih dahulu sebelum mengerjakan sembahyang Asar, sembahyang Maghrib terlebih dahulu sebelum sembahyang Isyak. Ini kerana waktu itu adalah bagi sembahyang yang pertama dan sembahyang yang kedua hanya mengikutnya sahaja. Sesuatu yang mengikut tidak boleh mendahului yang diikutnya. 2. Niat jamak ketika mengerjakan sembahyang yang pertama. Ini adalah kerana pada asal jamak tidak ada, maka ia memerlukan kepada niat. 3. Berturut-turut di antara sembahyang yang pertama dan kedua, kerana sembahyang yang kedua adalah mengikut, jadi yang mengikut tidak boleh terpisah daripada yang diikutnya. Oleh kerana itu sembahyang sunat rawatib yang berada di antara sembahyang yang pertama dan kedua hendaklah ditinggalkan. Telah sabit bahawa Rasulullah s.a.w memerintahkan supaya iqamat dilakukan di antara sembahyang yang pertama dan kedua, ketika baginda menjamakkan sembahyang di antara sembahyang Zuhur dan Asar di Nimrah. Manakala pada sembahyang jamak ta'khir, maka hanya disyaratkan niat untuk mengerjakan jamak ta'khir pada waktu sembahyang pertama. Ini kerana waktu sesuatu sembahyang mesti dipenuhi sama ada dengan perbuatan sembahyang atau niatnya. Jadi sama ada dia mengerjakan sembahyang pada waktu itu atau dia berazam akan melakukannya. Jika dia tidak mengerjakan di dalam waktunya, maka dia hendaklah berazam akan mengerjakannya pada waktu sembahyang kedua. Harus bagi seorang muqim untuk menghimpunkan sembahyang Zuhur dengan Asar atau Maghrib dengan Isyak, di dalam waktu sembahyang pertama kerana hujan bagi mengelakkan kesulitan. Juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Ibnu cAbbas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersembahyang di Madinah lapan rakaat secara jamak dan tujuh rakaat secara jamak; Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak. Di dalam riwayat Muslim terdapat tambahan: Bukan dalam keadaan takut dan tidak juga musafir. Pada masalah jamak ketika muqim ini disyaratkan segala syarat yang telah ditetapkan pada masalah jamak taqdim ketika musafir, di samping hendaklah benar-benar berlaku hujan pada permulaan waktu sembahyang pertama dan permulaan waktu sembahyang kedua. Juga disyaratkan bahawa sembahyang itu didirikan pada tempat yang jika dia pergi kepadanya akan menyebabkan dia akan ditimpa hujan dan pakaiannya akan basah. Sekumpulan ulama mazhab al-Shafici dan lainnya berpendapat bahawa harus jamak kerana sakit. Di antara mereka ialah al-qadhi Husain, al-Mutawalli, al-Rawayani, al-Khitabi, Imam Ahmad dan lainnya. Begitu juga dilakukan oleh Ibnu cAbbas. Seorang lelaki daripada Bani Tamim mengingkari apa yang dilakukan oleh Ibnu c Abbas itu, lalu Ibnu cAbbas berkata kepadanya: "Adakah engkau mahu mengajarkan kepadaku tentang sunnah?" Kemudian Ibnu cAbbas menyebut bahawa Rasulullah s.a.w juga melakukan demikian. Ibnu Syaqiq berkata: "Lalu aku merasa sesuatu (tidak puas hati) terhadap perkataannya (Ibnu cAbbas), lalu aku pergi menemui Abu Hurairah r.a. bertanyakannya tentang kata-kata Ibnu cAbbas itu. Abu Hurairah membenarkan kata-katanya. Kisah Ibnu cAbbas dan pertanyaan Ibnu Syaqiq sabit di dalam Muslim. Imam al-Nawawi berkata: "Pendapat yang mengharuskan jamak dengan sebab sakit adalah satu pendapat yang nyata dan terpilih." Telah sabit di dalam sahih Muslim, bahawa Rasulullah s.a.w melakukan jamak di Madinah bukan kerana takut dan bukan kerana hujan. Al-Isna'i berkata: Pendapat yang dipilih oleh Imam al-Nawawi adalah dinaskan oleh Imam al-Shafici di dalam Mukhtasar al-Muzani. Pendapat ini juga disokong dengan alasan bahawa sakit mengharuskan berbuka puasa, seperti juga musafir, maka jamak kerana sakit lebih utama diharuskan. Bahkan sesetengah kumpulan ulama berpendapat bahawa harus jamak ketika muqim kerana keperluan, bagi sesiapa yang tidak menjadikannya sebagai adat kebiasaan.
|Muka

49

Pendapat ini dipegang oleh Abu Ishaq al-Maruzi, dinaqalkan oleh al-Qaffal, diceritakan oleh al-Khitabi daripada sekumpulan ahli hadis, dipilih oleh Ibnu al-Munzir, dipegang oleh Asyhab dari kalangan ulama mazhab Malik dan ia adalah juga pendapat Ibnu Sirin. Pendapat ini juga disaksikan oleh kata-kata Ibnu cAbbas bahawa Rasulullah s.a.w melakukan demikian kerana tidak mahu menyusahkan ummatnya, ketika beliau menyebut bahawa Rasulullah s.a.w melakukan jamak di antara sembahyang Zuhur dengan Asar dan Maghrib dengan Isyak bukan kerana takut dan bukan juga kerana hujan. Sacid bin Jubair berkata: "Kenapakah baginda melakukan demikian?" Ibnu cAbbas menjawab: "Kerana baginda tidak mahu menyusahkan ummatnya." Beliau tidak memberikan alasan sakit dan lainnya.

TINGGAL SOLAT DAN QADHA


Meninggalkan sembahyang berlaku sama ada dengan uzur atau tidak dengan uzur. Sesiapa yang meninggalkan sembahyang bukan kerana uzur telah melakukan maksiat kepada Allah swt dan melakukan salah satu dosa besar. Dia wajib bertaubat kepada Allah dan mengqadhakan sembahyang yang ditinggalkan itu dengan segera. Jika dia melakukan yang demikian, maka itu memang menjadi kewajipannya. Jika dia tidak melakukan yang demikian, maka menjadi kewajipan kepada pemerintah agar membunuhnya. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Aku diperintahkan supaya memerangi manusia sehingga mereka berkata "Tiada tuhan melainkan Allah", mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, mengerjakan haji dan berpuasa Ramadhan. Sesiapa yang melakukan yang demikian, sesungguhnya dia telah menjaga darah dan hartanya, melainkan dengan haknya." Orang yang meninggalkan sembahyang, jika telah bertaubat dan insaf, maka wajib kita membebaskannya, berdasarkan firman Allah: Maksudnya: "Kemudian jika mereka bertaubat dan mendirikan sembahyang serta memberikan zakat, maka biarkanlah mereka (jangan diganggu)." Al-Taubah: 5) Dia mesti dibunuh jika tidak bertaubat. Jika dia meninggalkan sembahyang kerana uzur, seperti tertidur, terlalai atau terlupa, maka dia tidak berdosa. Wajib juga dia mengqadhakannya tetapi bukan mesti dengan segera. Ada pendapat mengatakan bahawa dia hendaklah mengerjakannya secara tunai (bukan qadha) dan waktu sembahyang yang ditinggalkan dengan uzur itu ialah sebaik sahaja uzur itu telah hilang. Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w: Maksudnya: "Sesiapa yang tertidur daripada salah satu sembahyang atau terlalai daripada menunaikannya, maka waktunya ialah ketika dia mengingatinya." Ketika mengqadha, disunatkan tertib di antara sembahyang-sembahyang yang terluput, juga di antara sembahyang yang terluput dengan sembahyang tunai yang tidak sempit waktunya dan tidak dibimbangkan keluputannya dengan tidak mendapat satu rakaat di dalam waktunya. Jika dia sudah mula mengerjakan sembahyang qadha sebelum menunaikan sembahyang tunai, hendaklah dia melihat, jika dia menyudahkan sembahyang qadha itu, dia tidak akan sempat mendapat satu rakaat untuk sembahyang tunainya, maka dia boleh memberhentikan sembahyang qadhanya itu, atau menukarkannya menjadi sembahyang sunat, kemudian dia mengerjakan sembahyang tunai.

|Muka

50

You might also like