Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
163Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Pendidikan Khas Prasekolah 11

Pendidikan Khas Prasekolah 11

Ratings:

5.0

(1)
|Views: 11,142|Likes:
Published by zulkiply yaakob

More info:

Published by: zulkiply yaakob on May 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOCX, TXT or read online from Scribd
See More
See less

06/02/2013

pdf

text

original

 
KONSEP-KONSEP ASAS DALAM PENGAJARAN KANAKKANAK KHAS
Pengajaran adalah satu aktiviti yang dilakukan oleh seorang guru bertujuan untuk memahirkanatau bagi memahamkan mereka yang diajar. Sesuatu sesi pengajaran dikatakan berkesanapabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut telah menguasai isi kandungan pengajaranyang disampaikan, atau apabila pelajar yang mengikuti pengajaran tersebut berjayamemperolehi kemahiran yang diajar. Bagi mencapai tujuan tersebut ia itu untuk menghasilkansatu sesi pengajaran yang berkesan seorang guru itu perlu meneliti dan memberi perhatianterhadap strategi pengajaran, kaedah serta teknikteknik pengajaran.
Strategi dan Pendekatan Pengajaran
Setiap pendekatan pengajaran disandarkan kepada model teoritikal tentang pendidikankhas. Justeru setiap model mempunyai pendekatan, strategi, kaedah serta teknik pengajaranyang berbeza bergantung kepada model teoritikal yang dirujuk. Pendekatan pengajaranmerujuk kepada bagaimana seseorang guru menyediakan perancangan mengajar, memulakandan mengakhiri pengajarannya. Ia amat bergantung kepada Apabila andadipertanggungjawabkan untuk mengajar kanak-kanak khas,bagaimanakah reaksi anda?Adakah anda merasakan bahawa anda sudah bersedia dengan ilmu pengetahuan sertakemahiran untuk melaksanakan tanggungjawab ini? Anda seharusnya berupaya merancangpengajaran untuk kanak-kanak tersebut. Bagaimana pula cara pengajaran yang harusdilakukan? Disamping itu anda juga ingin mengetahui teknik-teknik khusus dalam sesipengajaran kanak-kanak khas. Pernahkah anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaranyang sangat bermakna bagi anda? Pengajaran tersebut telah membuatkan anda faham tentangsesuatu konsep baru. Pernahkan anda berpengalaman mengikuti satu sesi pengajaran yangtelah Berjaya menerapkan kemahiran baru pada diri anda? Pernahkah anda terfikir bagaimanakah pengajar berkenaan merancang pengajarannya sehingga ia amat berkesanpada diri anda? Sebaliknya pernahkah anda berpengalaman mengikuti sesi pengajaran yangtidak berkesan pada diri anda? Ini berlaku kerana ia dilakukan tanpa pendekatan dan strategipengajaran yang baik. pandangan serta pegangan guru berkenaan terhadap konsep tentangpelajar berkeperluan khas yang dikaitkan dengan cadangan intervensi pengajaran untukpelajarpelajar tersebut.
Kaedah Pengajaran
Kaedah pengajaran merujuk kepada perancangan pengajaran yang telah diterima pakai.Kaedah ini dirumus dari teori dan prinsip yang digunakan untuk mengurus amalan dalam bilikdarjah. Perancangan merujuk kepada kawalan guru terhadap urutan pelaksanaan prosespengajaran yang akan dilaksanakan. Kaedah pengajaran memberi perhatian khusus terhadaplangkah-langkah pada prosedur yang diperlukan dalam aktiviti pengajaran.
Strategi Pengajaran
Strategi pengajaran merupakan cabang kepada kaedah pengajaran. Ia merujuk kepadaperancangan operasi pengajaran yang khusus dan digunapakai oleh guru. Strategimencorakkan aktiviti pengajaran guru dalam bilik darjah. Strategi pengajaran merupakanperancangan-perancangan kecil yang dilakukan untuk mencapai objektif pengajaran. Contohstrategi: Pelajar di bawa ke dalam bilik sensori dan perancangan pengajaran berkisar di sekitar penggunaan kemudahan dalam bilik ini.
Teknik Pengajaran
 
Teknik pengajaran
merujuk kepada sistem atau mekanisma penyampaian ilmu dankemahiran dari seorang guru kepada muridnya (Wood2002). Ia merujuk kepada prosedur-prosedur khusus pada skala yang kecil. Satu strategi boleh mengandungi beberapa teknik.Contoh teknik: Teknik secara sentuhan atau penggunaan deria sentuh. Pelajar dibimbing,dilatih dan diajar mengenali sesuatu huruf dengan teknik sentuhan pada huruf-huruf yangdibina dari bahan fabrik yang kasar atau yang licin. Anda pernah melalui satu sesi pembelajaranyang sangat berkesan. Sila kenalpasti apakah strategi pengajaran yang digunapakai danapakah teknikteknik pengajaran yang telah dilaksanakan.
MODEL-MODEL TEORIKAL DALAM PENDIDIKAN KHAS
Terdapat beberapa model teoritikal yang membincangkan tentang pendidikan khas. Teorisaintifik mengutamakan ramalan, serta penerangan bagi sesuatu perkara yang dijadikanasas bagi sesuatu amalan. Kaedah pengajaran pendidikan khas dibina berasaskankepada model-model teoritikal yang dipilih. Setiap model mempunyai pandangan yangtersendiri tentang pendidikan khas. Antara model-model tersebut ialah; model perubatan,model perkembangan, model behavioris, model kognitif, model humanistik dan modelekologikal.
Model Perubatan
Sekiranya anda mempunyai pandangan seperti apa yang tercatat di atas, anda sebenarnyamempunyai pandangan yang selari dengan model perubatan. Model perubatan mengandaikanbahawa semua masalah pembelajaran dan semua masalah tingkahlaku tidak normal adalah disebabkan oleh masalah organik atau penyakit. Faktor alam sekitar yang boleh mengancamsistem biologi manusia dikatakan turut menyumbang kepada masalah yang dihadapi.Model perubatan berpendapat bahawa adalah penting untuk melakukan diagnosis secarakomprehensif sebelum melakukan sebarang intervensi pendidikan keatas seorang kanakkanakkhas. Diagnosis perlu untuk memahami keadaan biologikal serta keadaan fizikal yang turutmerangkumi keadaan neurologikal kanak-kanak terbabit. Mereka yang mengambil model iniakan menggunakan kaedah latihan proses atau ”process trainning” sebagai aktiviti pengajarandan pembelajaran bagi kanak-kanak khas. Latihan proses memberikan tumpuan utama kepadalatihan khusus untuk memupuk rangsangan sensori dan untuk meningkatkan kecekapanpengurusan pengamatan. Kajian terkini mendapati penyumbang kepada masalah pembelajarantidak terhad kepada faktor biologikal sahaja. Namun interaksi antara faktor biologikal denganfactor persekitaran telah menyumbang kepada masalah pembelajaran di kalangan kanak-kanakkhas. Model perubatan seolah-olah mengandaikan bahawa kanak-kanak khas itu mempunyaimasalah pada jasad meraka, justeru mereka perlu diubati untuk mengatasi masalah ataukecacatan yang dialami. Pandangan sedemikian boleh membantutkan perkembanganpendidikan kanak-kanak khas terbabit. Ini kerana mereka dianggap mempunyai kekurangankerana bermasalah secara biologikal, neurologikal atau fizikal. Apabila anda melihat seorangkanak-kanak khas adakah anda tertanya-tanya bagaimanakah kanak-kanak tersebut bolehmenjadi sedemikian? Anda mungkin tertanya-tanya apakah ada ubat yang boleh enyembuhkankanakkanak ini.Adakah anda berpendapat bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakitdan boleh disembuhkan secara perubatan? Sekiranya punca masalah kanak-kanak khasbersifat biologikal, apakah pendekatanpendekatan pengajaran yang sesuai dan berkesan bagikanak-kanak tersebut?Masalah-masalah tersebut bukan sahaja sukar untuk dihilangkan dari diri kanak-kanakterbabit, ia juga menghadkan perkembangan mereka.
 
Model Perkembangan
Model perkembangan berpendirian bahawa pertumbuhan secara biologikal merupakanfaktor utama yang mengawal perkembangan kognitif dan perkembangan sosial kanakkanakserta remaja. Hampir setiap kanak-kanak atau remaja akan melalui tahap perkembangantertentu sehingga matang. Faktor biologikal menyumbang kepada pertumbuhan kanak-kanakdisamping faktor persekitaran. Model ini mengandaikan bahawa kanak-kanak berkeperluankhas turut melalui tahap-tahap perkembangan seperti kanak-kanak lain, namun pada kadar yang perlahan berbanding kanak-kanak lain. Turut dipaparkan ialah kanak-kanak yangmempunyai ketidakupayaan yang berbeza mendapat kesan yang berbeza dari perkembanganyang tidak normal ini. Justeru tugas pendidik ialah untuk mengenalpasti tahap perkembanganpelajar-pelajarnya dalam aspek intelektual, fizikal, sosial dan emosional. Guru seterusnyamembina kaedah pengajaran bagi menyesuaikan kaedah tersebut dengan tahap-tahapperkembangan pelajar dalam aspek-aspek yang telah dikenalpasti. Penyokong model ini kurangyakin terhadap intervensi pendidikan yang dikatakan mampu mengubah corak perkembangankanakkanak. Ini kerana bagi mereka pengalaman secara semulajadi dalam persekitaran yangceria dan kondusif adalah lebih penting dan berguna. Model ini berteraskan fahamandevelopmentalis yang amat mementingkan intervensi dalam bentuk rawatan pendidikan dalampersekitaran semula jadi yang selamat dari gangguan yang bersifat intrusif. Kritikan diberikepada pendidik yang cuba melatih pelajar mencapai tahap yang lebih tinggi dari tahapperkembangan pelajar terbabit. Pendidik yang berpegang kepada model ini amatmementingkan pendekatan pengajaran secara bertahap. Pelajar diajar dan dilatih dengankemahiran asas sebelum boleh diberi pengajaran yang lebih tinggi. Pelajar yang bermasalahdan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran di dalam bilik darjah, perlu diasingkandari pelajar-pelajar lain. Mereka dicadangkan agar diletakkan di dalam persekitaran lain yanglebih natural agar Pernahkah anda menyaksikan seorang kanak-kanak pada awal usianya tidakseperti kawan-kawannya yang jauh lebih kehadapan dalam perkembangan, namun setelahmasa berlalu, kanak-kanak terbabit berkembang menjadi seperti kanak-kanak lain? Adakahanda percaya bahawa kanak-kanak khas sebenarnya berfungsi pada tahap perkembanganyang jauh lebih muda dari umurnya yang sebenar? Bagaimana pandangan anda tentang kanak-kanak yang sangat berbakat dalam sesuatu bidang sehingga dia seperti individu yang lebihmatang dari usianya yang sebenar? boleh membantu pelajar terbabit berkembang secaraoptimal dan seterusnya mampu menyesuaikan diri dengan baik. Kanak-kanak khas diberilatihan pemprosesan kognitif yang selari dengan teori-teori psikologikal. Pengkritik kepadamodel ini menyatakan bahawa adalah tidak sesuai untuk menurunkan tahap pembelajaranseseorang pelajar itu ke tahap yang begitu rendah dan tidak berkaitan langsung dengankeperluan pembelajarannya masa kini. Model ini juga dikhuatiri menghadkan perkembanganpotensi seseorang individu apabila dia dikehendaki mencapai ke satu tahap yang telahditetapkan sebelum boleh berpindah ke tahap yang lebih tinggi lagi. Justeru bagi kanak-kanakkhas adalah penting dipastikan agar ekspektasi terhadap perkembangan mereka diletakkansecara realistik dan tidak terlalu tinggi.
Model Behavioris
Pengajaran yang mengambil pendekatan seperti yang dipaparkan di atas merujuk kepadapendekatan pengajaran berasaskan kepada model behavioris. Model ini berpendirian bahawabagi pengajaran kanak-kanak khas adalah penting untuk dianalisis tingkahlaku kanak-kanaktersebut terlebih dahulu sebelum pengajaran dijalankan. Tingkahlaku yang dimaksudkanmerujuk kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan serta boleh diukur. Guru bertindakmencaturkan peristiwa-peristiwa pada persekitaran pelajar. Ini termasuk usaha merubahpersekitaran sebelum tingkahlaku berlaku atau disebut sebagai ”antecedent”. Selain itu terdapatusaha untuk merubah persekitaran selepas tingkahlaku atau disebut sebagai ”consequence”.

Activity (163)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Gyanne Paul liked this
rozanaayu liked this
Saihung Jee liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->