You are on page 1of 14

REUNION 4 BETA

Langkah yang kemas diatur olehku. Melangkah dengan penuh debaran,


antara gagal dan lulus yang manakah bakal menjadi milikku. Sedikit demi sedikit memori lalu terimbas kembali. Kepenatan dan kelelahan mengerah tenaga demi mencapai kejayaan masih belum terhapus. Perasaan takut untuk mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) jelas terpancar diwajah rakan-rakanku. Jelaslah, bahawa aku tidak keseorangan. Mereka juga merasakan apa yang aku rasa. keputusan keluar bila pukul berapa?. Tanya Arfah seraya mematikan lamunanku yang panjang. Pukul 12.00 rasanya jawabku sambil memerhatikan jam berwarna biru depergelangan tanganku. Semoga tahun ini kami dapat membalas dendam terhadap Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Jengka (SMKSJ). Keputusan Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang lalu kurang membanggakan. Bukan apa, kami cuma ketinggalan daripada segi Gred Purata Sekolah (GPS) sahaja, jumlah pelajar yang mendapat kesemua A dalam mata pelajaran jauh lebih tinggi meninggalkan SMKSJ. Ah, apa-apa pun yang berlaku, aku pasti tahun ini kami akan berjaya!. Amin... Aku melirikkan ke arah Mini Copper yang berwarna putih. comel, siapalah yang mampu membeli kereta semahal ini?. Tiba-tiba pintu kereta terkuak. Eh, Danisyah kereta awak ke?. Hmm, haah kereta saya. Comel pujiku. Terima kasih. Eh, jomlah kita masuk dalam ajak Danisyah. Jom kataku sambil membetulkan tudung yang ditiup angin. Para pelajar diminta masuk ke dalam dewan sekarang juga, sebentar lagi keputusan SPM akan diumumkan kata Cikgu Rozi. Ada yang gembira dan ada yang sedih. Malah, ada juga yang telah mengalirkan air mata. Kelibat Umi, Farah dan Aina masih belum kelihatan. Takkanlah tak sampai lagi budak bertuah ini!. Semalam beria suruh orang datang awal!. Setitik demi setitik air mataku gugur. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana telah memberikan keputusan yang cemerlang buat diriku dan rakan-rakanku. Perhatian kepada semua pelajar Beta anda diminta berada di luar dewan sekarang

juga. Macam kenal jer suara tu, bukan Pok Chan ke?. Ya, Pok Chan lah tu, dah jomlah kita tunggu di luar dewan kata Amalina sambil menarik tanganku. Ish, terkejut aku Amalina! Nasib baik tak de lemah jantung. Kalau tak dah lama Innalillah. Gumam aku sendirian. Sampai sahaja di luar pintu dewan, langkah yang ku aturkan yang pada mulanya agak laju, semakin lama semakin aku perlahankan. Gembira, sedih dan rindu seolah-olah bercampur aduk dalam diriku.Ah, rindunya aku pada mereka. Baru beberapa bulan tidak bertemu sudah terasa berabad lamanya. Banyak perubahan yang berlaku pada diri mereka. Zahed yang dulunya suka berpolitik kini lebih matang pemikirannya. Farhan yang gila-gila pun sudah kelihatan lebih matang. Umair yang dulunya berbadan agak sihat juga sudah semakin susut badannya. Tampan!. Apad pula sudah semakin tinggi dan berisi. Farhana yang dulunya ganas pula sudah terserlah keayaunnya. Macam wanita melayu terkahir gitu!. Arfah pun tak garang macam Kak Ros. Adlan dan Muiz yang dulu pendiam pun kini dah pandai berceloteh. Rupanya, Adlan dan Muiz ni kelakar orangnya. Eh, kejap-kejap siapa tu?. Lah, Farah rupanya, asal nampak pendek?. Oh, aku yang semakin tinggi rupanya, hehe. So, korang dapat berapa?? kataku seraya mematikan perbualan rakan rakanku.10A+!! jerit mereka. What?? 10A+? budak kelas aku semua dapat 10A+? Aku membulatkan mataku sambil memerhatikan wajah rakan-rakanku yang aku rindui. Tiada tanda-tanda yang menipu. Alhamdulillah terima kasih Ya Allah kerana telah memberikan kejayaan kepada kami. Tahniah! kataku sambil melemparkan senyuman kepada mereka. Tahniah juga kata meraka. Suasana di Dewan Al-Falah kini hanya dipenuhi oleh gelak ketawa pelajar kelasku. Bagai isi dengan kuku itulah pepatah yang paling sesuai untuk aku gambarkan betapa yang paling rapatnya hubungan kami. Kami mengelilingi satu sekolah bagi melepaskan rindu terhadap SMKJP tercinta. Menemui guru-guru yang telah berjaya mendidik kami dari tingkatan satu hingga tingkatan lima. Juga, guruguru yang sanggup menempuhi segala kenakalan kami yang tahap gaban. Terima kasih cikgu kerana telah mendidik kami. Hanya doa yang mampu kami hadiahkan buat cikgu sekalian.

Masa yang berlalu sepantas kilat, hanya mampu mengubat secebis rasa rindu terhadap guru-guru dan rakan-rakanku. Wajah masing-masing dipenuhi dengan rasa sedih. Mungkin, tidak sanggup berpisah lagi. Namun apakan daya, zaman persekolahan harus ditinggalkan jua demi mencapai cita-cita masing-masing. korang tak nak buat reunion ke? kata Dayah tiba-tiba Semua mata tertumpu padanya. Mestilah nak!! jerit kami. Dekat mana? tanyanya lagi. Cameron Highland! cadang Ecah. Okey! kata kami serentak sambil menunjukkan tanda good. Enam tahun akan datang pastikan kita jumpa kataku. Mereka hanya mengangguk tanda setuju. Dewan Al-Falah menjadi saksi perpisahan kami. Perpisahan kami buat enam tahun. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun. Mengharungi hari-hari baru tanpa rakan-rakan yang aku sayangi agak menyeksakan. Pelbagai penemuan baru telah aku temui setelah meninggalkan alam persekolahan. Benarlah, apa orang kata selama ini bahawa alam persekolahan adalah alam yang sangat indah. Aku kini telah berjaya menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah di Universiti Malaya (UM). Alhamdulillah, berkat doa semua pihak aku berjaya mencapai cita-citaku yang dulu hanya sebuah angan-angan. Seperti yang kami janjikan, Cameron Highland akan menjadi saksi penemuan kami buat sekalian kalinya. Berkat kata sepakat semua pihak, kami telah memilih 21/12/2021 sebagai tarikh penemuan semula kami. Tidak sabar, itulah perasaan yang mampu aku gambarkan setelah tarikh penemuan semula disepakati. Agak sukar mencari tarikh yang sesuai kerana masing-masing sibuk. Malah, ada diantara kami masih belajar. Namun begitu, 21/12/2021 adalah tarikh yang paling sesuai. Aku memandu kereta Myvi pink milikku, menyusuri lebuhraya. Jam menunjukkan tetapt pukul 8.30 pagi. Aku telah berjanji untuk menemui rakan-rakan di perhentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh. Kata mereka, tepat pukul 9.15 pagi semua harus berkumpul disana. Sampai sahaja di perhentian rehat aku memakirkan keretaku di sebelah Suzuki Swift berwarna biru. Rasa macam kenal kereta ini. Kereta tersebut menurunkan cermin tingkap hadapannya. Hai, lama tak jumpa kata Dayah. Hai kataku. Kami berbalas senyuman lau bertukar khabar antara satu sama lain. Jam dipergelangan tanganku telah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami berjaya mengumpulkan sebahagian bekas pelajar kelas kami. Manakala, sebahagian

lagi berjanji akan terus berjumpa di Cameron Highland. Kami memasang riben berwarna merah di kereta masing-masing. Dah rasa macam nak pergi meminang orang pula. Kini 10 buah kereta bergerak beriringan menuju ke Cameron Highland. Dihadapan sekali merupakan kereta Ferrari milik Umair. Manakala kereta Mini Copper, Danisyah membuntuti kereta Umair. Keretaku pula menyusuri kereta Danisyah. Seterusnya, kereta Suzuki Swift biru yang dinaiki Farhana dan Dayah diikuti Suzuki Swift merah milik Amalina yang ditumpangi oleh Aini Halim. Perut Myvi oren milik Farrazlin pula diisi oleh Nabilla. Camry milik Zul pula diisi oleh Muiz dan Adlan. Honda Accord pula dinaiki oleh Arfah dan Ecah. Manakala, Toyota Wish milik Qurratulaini pula dipenuhi oleh Aqilah, Sahira dan Sofea. Kerata Evo kuning milik Farhan pula dinaiki oleh Fahmi dan Apad. Sampai sahaja di Sweet Strawberry Hotel, kami meluru keluar. Tidak sabar untuk memasuki bilik masing-masing yang telah ditempah seminggu lebih awal. Kepala masing-masing sudah pening-pening lalat. Malah, dalam perjalanan tadi hampir kesemua isi perut aku telah berjaya dikeluarkan. Berjaya?? Sesuaikah perkataan itu dikaitakan? Macam tak jer. Gumam aku sendirian. Ah, peduli apa!. Kepala aku tengah pening ini. Setelah mendapat kunci bilik, aku kembali ke keretaku untukk mengambil sebahagian lagi barang yang tertinggal. Wah, cantiknya kereta BMW ini. Siapa punya?? Setahu aku kawan-kawan aku tiada yang menaiki kereta BMW tadi. Tiba-tiba ada suatu suara yang menegur aku dari belakang. Apa pandangpandang kereta kome ni?? katanya. Aik! Macam kenal je suara dia. Aku berpaling menghadapnya. Baju T-shirt Polo berwarna merah tersarung elok dibadannya. Mukanya belum dapat aku kenal pasti kerana terselindung di sebalik kaca mata hitam. Wei, ni kome la! Tak aok tak kenal kome kot katanya dalam loghat. Kome?? Pakai smart-smart bahasa diri kome jer bisik aku sendirian. Kejap-kejap. Pok Chan ke? Ni mesti Pok Chan. Ha, yelah mesti Pok Chan ni!. Siapa lagi yang reti berkome-kome dalam kelas kita kalau bukan Pok Chan. Ruang makan di Sweet Strawberry Hotel, dipenuhi oleh suara kami. Alhamdulillah, semuanya selamat tiba. Sambil makan kami mengupas dan menyelak memori lama yang tersimpan kemas dalam ingatan masing-masing. Ingat tak Farhan pernah dapat telur ayam waktu periksa addmath masa P1 form 4? kata Fahmi. Ingat-ingat kata kami sambil tergelak kecil. Alah, ko ingat result ko bagus

sangat ke waktu tu! Sama je dengan aku! sakat Farhan. Tapi, sekurang-kurangnya aku dapat markah juga. Ah, yang penting aku dapat A+ waktu SPM kata Farhan. Kami berkumpul di dalam ruangan khas yang telah disediakan oleh pihak hotel kepada kami. Kita nak buat apa malam ni? kata Umair seraya memecahkan kesunyian yang bertandang. Kita berkenalan nak? kata Qurratulaini. Berkenalan? tanya Aini Halim sambil menjongketkan keningnya. Ya, berkenalan! Memanglah kita dah kenal antara satu sama lain, tapi dah banyak perubahan yang berlaku pada diri masing-masing. Baiklah, mari kita berkenalan! kata Pok Chan. Sebagai ketua kelas yang berdedikasi kome akan mulakan dulu. Katanya dengan penuh keyakinan. Semua mata kini tertumpu kepadanya. Sesi perkenalan yang agak menarik. Ah, aku bencikan sesi perkenalan. Tangan aku pasti sejuk setiap kali sesi perkenalan bermula. Sesi perkenalan pun bermula. Nak tak nak semua orang harus memperkenalkan diri masing-masing. Rasa macam baru masuk tadika pula. Pelbagai perubahan jelas berlaku terhadap diri masing-masing. Pok Chan - Siapalah yang tak kenal dengan Pok Chan. Doktor Oftomologi termuda di Malaysia. Merupakan bekas mahasiswa Universiti Oxford. Pok Chan telah berkahwin dengan Doktor Surgery. Sudah mempunyai dua orang cahaya mata yang comel. Ecah - Merupakan mahasiswa lepasan Universiti Harvard dan kini menjawat jawatan sebagai engineer kimia. Dengar cerita, insyaallah akhir tahun depan Ecah akan melangsungkan majlis pertunangannya dengan ahli perniagaan. Farah - Farah tutut belajar di Universiti Harvard merupakan cikgu TESL. Para pelajarnya memanggilnya Miss Farah. Sebut sahaja Miss Farah pasti semua lari lintang pukang. Nak tahu kenapa? Sebab Farah ini garang seperti singa betina. Hihi. Garanggarang pun dah jadi tunang orang. Orang Jengka 13 juga rasanya. Danisyah - Merupakan mahasiswi lepasan Universiti of Ledern,Holland.Danisyah kini kembali berbakti di SMKJP

sebagai cikgu Bahasa Inggeris.Apabila disoal pasal kahwin kepada Danisyah,pasti dia jawab biarlah masa dan takdir yang tentukan bila saya perlu berkahwin. Zahed - Merupakan mahsiswa lepasan Universiti Malaya (UM). Zahed kini merupakan salah seorang usahawan yang tersohor di Malaysia. Zahed juga telah menikah dengan anak wakil rakyat. Malah, Zahed telah dikurniakan seorang cahaya mata yang comel. Dengar cerita, mungkin suatu hari nanti Zahed akan mengambil alih tempat bapa mertuanya. Farhan - Merupakan mahasiswa lepasan Universiti Al-Azhar. Merupakan cikgu addmath di SMKJP. Siapa sangka cikgu addmath berjaya memiliki trofi Maharaja Lawak Mega musim ke-10. Kini satu malaysia heboh dengan berita cikgu addmath jadi Maha Raja Lawak. Farhan masih belum berkahwin. Katanya tiada seorang pun nak masuk meminang lagi. Arfah - Pernah belajar di AUSSI Girl. Menjawat jawatan sebagai seorang pensyarah di Limkokwing dan kini menetapi di Kuala Lumpur. Baru bertunang 3 bulan yang lepas. Dayah - Merupakan cikgu sejarah. Siapa sangka, Dayah yang suka tersengguk dan terlentok sewaktu cikgu sejarah mula berbicara kini menjadi cikgu sejarah. Malah, dia salah seorang cikgu sejarah kegemaran para pelajarnya. Dayah masih belum berkahwin mahupun bertunang. Tetapi, dia sering digosipkan dengan salah seorang cikgu yang kacak di sekolah dia mengajar. Nasrul - Pernah bercita-cita tinggi iaitu menjadi seorang engineer. Namun begitu, makanan kegemarannya lebih mempengaruhi mindannya. Jadi, nasrul telah membuka sabuah kilang Nata De Coco. Nasrul telah berkahwin dengan orang Pulau Pinang. Dengar cerita, isterinya 3 tahun lebih tua berbanding kami. Apaapa pun umur tidak langsung mempengaruhinya. Nasrul tetap bahagia bersama ahli keluarganya.

Farrazlin

- Mahasiswi lepasa Universiti Oxford. Pernah bercita-cita menjadi seorang engineer. Namun, apakan daya, kita hanya mampu merangcang tapi Tuhan yang menentukannya. Farrazlin kini telah membuka satu lagi cawangan kedai basikal di Kuala Lumpur. Alahamdulillah, perniagaannya sangat maju. Insyaallah pada awal tahun 2022 Farrazlin akan menamatkan zaman bujangnnya.

Aini Halim - Juga merupakan mahasiswi lepasan Universiti Oxford. Pendek kata, ramai jugalah pelajar kelas aku ini lepas ke United Kingdom (UK). Berjaya menjawat jawatan sebagai doktor sakit puan. Baru bertunang dua minggu yang lepas. Fahmi - Siapalah yang tak kenal Fahmi. Merupakan pemain badminton Malaysia. Fahmi merupakan pengganti dan anak didik Lee Chong Wei. Alhamdulillah, Malaysia telah berjaya menemui perganti Lee Chong Wei. Walaupun agak sukar untuk mencari pada mulanya. Dengar cerita Fahmi kini telah bertunang dengan cikgu tadika. Comel orangnya!. Qurratulaini - Merupakan mahasiswi lepasan Universiti Oxford. Seperti yang dia impikan sebelum ini, alhamdulillah berkat usaha dan doa yang tidak putus-putus. Akhirnya Aini telah berjaya menjadi arkitek. Dengar cerita lagi, katanya Aini telah bertunang, kalau tak salah dengan orang Jengka 14. Erm, siapalah ya?. Umair - Satu-satunya budak kelas aku yang lepas ke Ireland. Pelik? Itulah perasaan yang bersarang di lubuk hatiku saat mendengar Umair sudah selamat tiba di Ireland. Sangkaku. Keesokan harinya Umair akan bergegas pulang ke Malaysia. Rupanya tidak. Alhamdulillah, Umair kini sudah tidak semanja dahulu. Malah, dia sekarang seorang doktor tumor otak. Sahira - Pernah bercita-cita belajar di Jepun dan menjadi seorang akauntan. Tapi, nasib tidak menyebelahinya. Sahira tekah mendapat tawaran daripada Universiti Al-Azhar. Dengan senang hatinya Sahira menerima tawaran tersebut. Malah, Sahira kini

menjadi ustazah dan pendidik di SMKSJ. Sahira juga telah bertunang dengan salah seorang peserta Imam Muda. Kacak orangnya!. Sofea - Satu-satunya pelajar kelas aku yang lepas ke Kanada. Tak tahulah apa yang menarik minatnnya untuk kesana. Sofea kini telah menjadi seorang doktor gigi. Malah, di telah pun bertunang pada dua tahun lepas. Tetapi, Sofea masih belum bersedia menamatkan zaman bujangnya. Apad - Alhamdullilah, cita-cita Apad untuk belajar di Jepun tercapai juga. Apad telah berjaya mencapai cita-cita untuk menjadi komputer programmer! patutlah dia ambil ICT dulu. Apad akan berkahwin dua minggu akan datang. Tahniah Apad!. Bujang - Juga mahasiswa lepasan Universiti Oxford. Malah, kini, dia telah bergelar doktor. Dia juga telah memiliki klinik yang diberi nama Klinik Bujang. Belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. Katanya dia lebih selesa bujang bergini. Adlan - Mahasiswa lepasan UiTM Jengka. Kenapa dia pilih Jengka sahaja sebagai tempat belajar?. Sedangkan dia mendapat tawaran ke luar negara. Persoalan itulah sering berlegar di pemikiran kami. Kata Adlan, belajar di mana-mana pun sama. Tetap boleh berjaya. Adlan kembali berbakti di UiTM sebagai pensyarah. Zul - Mahasiswa Universiti Hokaido, Jepun. Satu-satunya pelajar kelas kami yang belum tamat belajar, bercita-cita menjadi seorang juruterbang. Namun begitu, sambil dia belajar dia juga telah membuka cawangan Emas Keri di sana. Alhamdulillah, sambutan di sana amat menggalakkan. Dengar cerita, Zul akan menamatkan zaman bujangnya dengan seorang wanita jepun. Amalina - Juga mahasiswi lepas Universiti Harvard. Amalina berjaya menjawat jawatan sebagai seorang doktor di hospital swasta. Masih belum bersedia menamatkan zaman bujangnya. Kata

Amalina dia masih belum puas gembira bersama rakan-rakan dan ahli keluarga. Nabilla - Telah berjaya menjadi seorang doktor. Malah, dia juga sudah berkahwin pada tahun lepas. Dengar cerita, suaminya merupakan seorang arkitek. Nabilla bertemu suaminya sewaktu belajar di Australia. Aqilah - Mahasiswi lepasan Universiti Oxford. Ah, ramainy budak kelas aku yang lepas ke Oxford. Aqilah berjaya mencapai cita-citanya sebagai seorang engineer. Malah, Aqilah turut membuka kedai kek. Makanan kegemarannya itu berjaya menarik minatnya untuk membuka sebuah kedai. Aqilah masih belum bertemu jodohnya. Syafiqah - Merupakan mahasiswi lepasan Universiti Harvad. Syafiqah mempunyai dua cita-cita iaitu menjadi seorang doktor dan direktor. Namun begitu, menjadi direktor lebih dekat dengan jiwanya. Syafiqah telah berkahwin tiga tahun yang lalu bersama cikgu kemahiran hidup. Sejak bergelar seorang direktor ini Syafiqah sudah semakin bergaya dan cantik mengalahkan model pula!. Muiz - Dulunya seorang yang pemalu dan pendiam. Tapi, kini dialah yang paling banyak bercakap. Sudah terhapus dengan sendiri agaknya rasa malu itu. Muiz juga merupakan pensyarah di UiTM Jengka. Nampaknya, Muiz dengan Adlan ini tak dapat berpisah dah macam belangkas. Muiz merancang untuk berkahwin pada hujung tahun hadapan. Jangan lupa jemput ya! Fana - Terbalik pula dengan Muiz, Fana yang dulunya riuh rendah dan banyak cakap kini agak pendiam. Biasalah gadis melayu terakhir. Tak gitu?? Fana juga mengajar subjek inggeris fana masih belum bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. Katanya, dia masih mahu enjoy. Alissa - Hmm, dah lame kami tak jumpa dia. Alhamdulillah, nampaknya Alissa sihat-sihat sahaja. Macam mana dekat Sekolah

Berasrama Penuh (SBP) dulu? Ok? Mestilah ok kan! Alissa juga menuntut di Universti Al-Azhar. Dia kini telah berjaya menjadi doktor. Nampaknya, hampir separuh budak kelas aku jadi doktor. Bulan tiga tahun hadapan Alissa akan mengadakan majlis pertunangan. Katanya, semua dijemput hadir. Roies - Walaupun dulu jarang datang sekolah. Alhamdulillah, dia tetap dapat 9A+. Mungkin, sudah rezeki dia. Kanal nak diikutkan, memang ramailah yang cemburu dengan dia. Tapi, nak buat macam mana rezeki masing-masing. Walaupun sekejap sahaja Roies dalam kelas Beta. Tapi, semua ahli kelas kami tetap berasa denagn kehilangannya. Roies kini telah menjadi wartawan dan fotografer yang terkenal. Aku - Pensyaah di Universti Malaya. Aku berjaya melanjutkan pelajaran di Australia. Kenapa Australia mejadi pilihan aku?. Ah, mungkin aku terlalu terpengaruh dengan novel. Cakapk pasal novel, aku teringin sangat nak menerbitkan novel akan tercapai. Amin! Hmm, kahwin?? Nampaknya jawapan aku pun lebih kurang dengan Farhan sahaja. Tak ada orang masuk meminang lagi.

Itulah sedikit sebanyak perubahan yang berlaku pada diri kami. Pelik dan tak masuk akal bila difikirkan semula. Ah, apa-apa pun itulah rezeki. Tiada yang mustahil di dunia inikan? Nampaknya, mata masing-masing sudah layu. Keesokan harinya, kami akan bersiar-siar di Cameron Highland pula. Jadi, selamat malam!. Suasana pagi di Cameron Highland sunggup sejuk. Kami mengenakan T-shirt berwarna merah yang ditaja oleh Zahed. Kami telah memutuskan unutk mengambil sarapan di Ladang Teh Boh. Kami berbual kosong sambil menikmati sarapan. Ternyata seuasana di Cameron Highland sangat menenangkan. Ciptaan Allah sesungguhnya sangat sempurana di mata kami. Lepas nie kita nak pergi mana? tanya Nabilla sambil menyuapkan sepotong kek keju.= kedalam mulutnya. Kita pergi melawat ladang strawberry nak? cadang Farah. Boleh jep kata Sofea sambil mencicip teh panas. Nampaknya, hari ini Farah akan menjadi pemandu pelancong

kami. Mamandangkan, Farah menetap di Cameron Highland bagi mengajar di sini. Maka, dialah yang kami pilih bagi menentukan arah tuju kami sepanjang perjalanan kami ketika di Cameron Highland. Kami menikmai strawberry bersalut coklat, rasanya sangat enak. Pukul berapa kita nak bertolak pergi ke Lata Iskandar? kata Nasrul sambil mej=njilat bibirnya yang dilelehi coklat. Pukul empat kata Zahed sambil menghirup coklat panas. Baiklah, tepat pukul dua kita boleh berpecah kata Farah. Kenapa nak berpecah?? tanya Alissa yang masih tidak faham dengan situasi. Untuk membeli ole-ole kepada rakan-rakan dan keluargalah kata Sahira dengan nada yang gembira. Kami berpecah dan berjanji akan bertemu di Sweet Strawberry Hotel pada pukul tiga. Tepat pukul Tiga, semua ahli kelas kami berjaya dikumpulkan. Kta nakbuat apa pergi Lata Iskandar? tanya Apad kehairanan. Rahsia!! kata Pok Chan sambil meletakkan jari telunjuk di bibirnya. Kni, kereta BMW milik Pok Chan mengetuai perjalanan kami. Pelbagai persoalan kini mula bermain di minda masing-masing. Setahu aku Lata Iskandar tiada dalam perancangan kami. Tiba-tiba sahaja Pok Chan mengusuklan cadangan unutk ke Lata Iskandar pagi tadi. Malah, petang esok akan terus erangkat pulangdari Lata Iskandar. Sampai sahaja di Lata Iskandar sepuluh buah khemah sudah siap dipasang elok. Malah, ada satu banner yang mengandungi gambar kami dan kata-kata SAHABAT SEJATI SELAMANYA tergantung elok pada satu pohon yang besar. Benarkah Pok Chan yang menyediakan semua ini??. Terharu, itulah perasaan yang jelas terpancar pada wajah masing-masing. Malah, kelengkapan dan tapak BBQ juga telah disediakan oleh Pok Chan. Terima kasih Pok Chan! kata kami serentak sambil meluru ke arahnya. Terbaek lah Pok Chan! kata Farhan sambil menepuk -nepuk bahu Pok Chan. Nak Bodek lah tu Farhan tu, macam tak tahu!. Ish, apalah Pok Chan Pok Chan pula nie! Bukan, Doktor Syazwan Syafiq ke? kata Umair sambil mengenyitkan mata kepada kami. Amboi Umair ini, kenyit mata bagai. Nak kena korek gamaknya mata dia itu. Ops! Silap doktor Syazwan Syafiq kata kami sambil tergelak kecil. Kami mengemaskan barang-barang kami di dalam khemah. Aku dan Farah ditempatkan di dalam khemah yang sama. Nampaknya, akan bergosip sakanlah

kami. Nak pula, dah lama tak jumpa. Hmm, seronoknya!. Sementara itu, Arfah, Amalina, Danisyah, Ecah dan Qurratulaini sedang menyibukkan diri di ruangan memasak. Manakala, aku dan yang lain-lain sibuk memajangkan diri dekat air terjun. Amboi anak-anak dara nie tak reti-reti nak tolong ke?? marah Danisyah persis seorang ibu. Nak tolonglah nie kata Farrazlin sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Hmm, itulah padahnya kalai curi tulang. Tak pasal-pasal kena ceramah percuma. Tak patut!. Kami mengerjakan solat margrib di dalam khemah masing-masing. Meskipun suasana berkhemah ini agak leceh tetapi rasanya sangat seronik. Umair, Fahmi, Pok Chan dan Zul ditugaskan untuk memanggang apa yang patut. Roeis dan Farhan pula menghiburkan kami dengan bakat mereka yang sedia ada. Manakala, yang lainlain sibuk menghabiskan dan melantak makanan tak henti-henti. Hmm, nak buat macam mana sedap sangat tak boleh berhenti pula rasa. Farhan bukan sahaja pandai berjenaka malah suaranya juga boleh dikategirikan merdu. Unggun api yang dibina oleh Apad dan Muiz menceriakan lagi suasana. Farhan mengalunkan lagu sahabat yang dinyanyikan oleh Najwa latif. Suasana kini, hanya diisi dengan suara merdu Farhan. Merdu, tak merdu mana pun. 1% lebih merdu daripada katak. Bolehlah tu kan? Daripada takde. Mendengar Farhan menyanyikan lagu sahabat mengingatkan kami akan seseorang. Ya! Fana. Lupa pula yang dia juga mempunyai bakat yang setanding dengan Farhan dan Roeis. Pada mulanya, dia enggan. Tetapi setelah dipaksa dia akur. Setelah menikmati makan malam yang lazat. Kami mengambil keputusan untuk bermain True or dare. Kami membentuk satu bulatan, lalu memutarkan botol air gas. Putaran yag pertama mengena pada Farhan. Soalan yang pelik-pelik pantas sahaj meluncur laju dari mulut masing-masing. Namun begitu, Farhan pantas sahaja menepis segala persoalan itu. Tiba-tiba idea jahat mula meluncur laju daripada benakku. Farhan! panggilku. Ya!jawabnya degan yakin. Pernah suka sesiapa tak dalam kelas kita?. Pernah! jawabnya tanpa berfikir panjang. Siapa?? tanya Fana sambil tersenyum nakal. Erk.... Siapa?? tanya kami serentak sambil tersenyum. Farhan buat muka comel meminta simpati. Ah, habisla gwiyomi lah tu. Ish! yelah yelah, aku pilih dare!!. Yeah! sorak kami kegirangan. Farhan didenda untuk berkubang di dalam air terjun sehingga kami tamat bermain true or dare. Kesian Farhan, sorry ya!!.

Pagi itu suasana kelihatan sangat sunyi. Kami sudah tidak banyak bergurau senda mahupun bertegur sapa. Masing-masing sibuk mengemaskan barangbarang. Sarapan telah siap disediakan sewaktu kami solat subuh. Tidak tahulah siapa yang menyediakan makanan. Mungkin, Pok Chan yang menyediakan. Maksud aku, Pok Chan menyuruh seseorang yang dia kenal untuk menyediakan sarapan buat kami. Sebelum hari berganjak ke waktu zohor kami berbual-bual kosong di tepi air terjun. Azan zohor sayup-sayup kedengaran. Kami bergegas menuju ke surau yang disediakan. Buat pertama kali dan mungkin buat kali terakhirnya kami solat berjemaah. Roeis mengimamkan kami. Usia sahaja mengerjakan solat zohor kami menikmati hidangan tengah hari bersama. Pelbagai makanan yang enak telah disediakan buat kami. Namun begitu, makanan-makanan tersebut langsung tidak menarik minat kami. Masing-masing kelihatan tidak selera. Segala yang dimakan terasa terlalu tawar. Nanti jangan lupa aku, ya! kata Umair seraya memecahkan kesunyian. Aku pun! kata Arfah. Aku dan yang lain hanya mampu mengangguk. Tidak tahu untuk membalas apa-apa. Setitik demi setitik air mataku berderai. Tidak betah lagi mengawal emosi. Kedegaran esakan tangis daripada rakan-rakanku. Nampaknya, empangan mata mereka juga sudah pecah. Ah, berigulah kehidupan. Sudah menjadi lumrah, setiap yang bermula pasti berakhir dan setiap yang berjumpa pasti akan berpisah. Semua orang ada kehidupan masing-masing untuk mencorakkan begitu juga dengan kami. Mana mungkin, selamanya kami bersama. Nak tak nak hakikatnya itu harus diterima oleh kami. Walaupun berat rasanya berpisah dengan rakan-rakan. Aku bersalam-salaman sambil mencium pipi rakan-raka perempuanku. Mata,hidung dan muka masing-masing jelas kemerah-merahan. Manakala, rakanrakan yang lelaki cukuplah sekadar mereka bersalam-salaman dan menepuk bahu antara satu sama lain. Ganjil rasanya jika melihat lelaki salong bercium pipi. Silapsialp boleh dikategorikan gay. Aku mengatur langkah yang longlai menuju ke kereta Myvi pink milikku. Lia! laung Farah. Aku berpaling menghadapnya. Ya! sahutku. Jangan lupa melawat aku!. Okey! kataku sambil menyeka air mata yang berlinangan. Wey, kejap-kejap jangan balik lagi!. Jerit Dayah. 29 pasang mata kini tertumpu padanya. Tak nak buat reunion lagi ke? tanyanya. Nak la! balas kami

keriangan. Dekat mana? tanyanya lagi. Dewan Al-Falah jawab Farhan selamba. Tak nak!! jerit kami. Itulah, sedikit sebanyal cerita yang mampu saya reka. Semoga suatu hari nanti segala-galanya bakal menjadi kenyataan. Amin!. Mohon maaf andai ada yang terasa hati dan tidak puas hati. Maklumlah, kita tak mampu nak [uaskan hati semua pihak walaupun sudah cuba yang terbaik. Sesungguhnya, setiap hamba Allah di muka bumi ini tidak terlepas dalam melakukan sebarang kesilapan. Niat di hati ingin menambah baikkan hubungan. Bak kata pepatah, carilah kawan walau seribu, kerana seribu itu terlalu sedikit dan hindarilah mushu walau seorang kerana seorang itu terlalu ramai. Setiap yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu datang daripada diri saya sendiri.

-TamatCreated by : Norazliana Anuar Edited by : Zahed Zuhud


www.fb.me/zahedzuhud

You might also like