1.0LUKISAN1.1Pengenalan
Lukisan ialah salah satu aktiviti penghasilan karya dalam bidang senihalus. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasidalam pelbagai cara dan bidang. Biasanya lukisan menggunakanmedia kering untuk menghasilkan karya.Penghasilan lukisan bertujuanuntuk mengkaji struktur bentuk subjek atau imej yang dilukis secarateliti. Lukisan akan mengikatkan kita dengan emosi, keintelektualandan juga spiritual.Lukisan juga boleh menyatakan luahan emosi, intelektual dan spiritualmanusia. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dansemangat (spirit). Justeru, lukisan dilakukan sebagai satu caramenghargai penglihatan dan pemikiran manusia.Lukisan awal telah ditemui di dinding-dinding gua yang dihasilkan olehmanusia purba. Lukisan tersebut berkisar tentang aktiviti kehidupanseharian seperti perburuan dan pengembaraan. Di Malaysia lukisangua telah dijumpai di Gua Niah, Sarawak dan Gua tambun, Perak.Kebanyakan karya lukisan di dinding gua menggunakan gaya yangsama, iaitu imej binatang digambarkan dengan pelbagai kualiti garisanringkas dengan komposisi yang hampir sama, iaitu memanjang danberkumpulan serta menggambarkan pelbagai binatang yang mungkinmenjadi hasil buruan untuk makanan mereka pada zaman dulu.
Media
•
Media dominan ialah media kering seperti pensel dan arang untukmendapatkan kesan rupa dan bentuk ilusi pada sesuatu permukaan.
•
Penghasilan mestilah memperlihatkan struktur sesuatu benda. Lukisan juga boleh dihasilkan melalui campuran media kering dan mediabasah. Contohnya, warna pensel dan warna air.
•
Penggunaan media basah seperti warna air juga boleh digunakantetapi penggunaannya adalah secara terhad dan minimum.