You are on page 1of 12

1

Pengajaran berpusatkan bahan Pengenalan


Menurut kajian pakar-pakar pendidikan, 75% daripada maklumat yang diperolehi manusia adalah melalui deria penglihatan, 13% melalui deria pendengarann dan pendengaran merupakan dua dan selebihnya melalui deria sentuh, rasa dan bau. Memandangkan hasil kajian di atas, deria penglihatan dan pendengaran merupakan dua saluran deria manusia yang penting sekali untuk memperolehi maklumat. (Mok Soon Sang 2010).

1.1 Definisi
Pengajaran berpusatkan bahan ialah pengajaran yang lebih menumpukan kepada penggunaan bahan pembelajaran oleh pelajar. Segala bahan yang digunakan dalam masa pengajaran perlu disediakan dan dikumpulkan secukupnya sebelum memulakan tugas mengajar. Bahan pengajaran boleh diambil daripada buku teks dan perlu mendapatkan petunjuk atau maklumat tambahan daripada sumber teks yang lain agar dapat mempelbagaikan isi pengajaran dalam orientasi kurikulum. Bahan bantu mengajar perlulah dipilih dengan teliti yang mana bahan tersebut boleh mununjukkan hubungan dengan mata pelajaran yang diajar secara menyeluruh dan berkesan terhadap pelajar. Bahan pengajaran perlu digunakan bagi merangsang pembelajaran, mengekalkan minat belajar di kalangan pelajar, menambah kepelbagaian dalam pelajaran dan menggambarkan hubungan kait antara subjek. (Mohamad Najib Abd Ghafar,1997) Bahan pelajaran yang digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran boleh diklasifikasikan kepada dua kategori iaitu bahan pengajaran dan bahan pembelajaran. Bahan pengajaran adalah bahan yang digunakan oleh guru seperti carta, graf, peta, spesimen, model, gambar, slaid, radio, perakam pita, video, televisyen dan projektor. Bahan pembelajaran adalah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran seperti buku teks, kad kerja, bahan bercetak, radas, alat ujikaji dan komputer. (Mok Soon Sang, 2008)

1.2 Kepentingan Menggunakan Alat Bantu Mengajar


Menurut Sharifah Alwiyah Alsagoff, 1984 alat bantu mengajar penting dalam proses pengajaran. Antaranya I. Membuat pengajaran lebih tersusun Mengikut pendekatan sistem, media adalah satu komponen dalam pembentukan pengajaran. Media dalam pengajaran perlu dirancangkan dengan sistematik terlebih dahulu supaya pengajaran lebih tersussun. Berdasarkan pendekatan sistem juga peranan media dikaji, dilaksanakan, dinilai dan kemudian dibaiki mengikut keplerluan penuntut dan objektif pembelajaran. II. Memperkayakan pengalaman Media seperti filem boleh memperkayakan pengalaman murid. Jika di negara ini murid tidak melihat salji, satu filem yang menunujukkan salji serta persekitarannya akan menambahkan pengalaman murid seolah-olah murid sendiri mengalami persekitaran itu. III. Memberi maklumat Berbagai media yang didapati dewasa ini dari segi pembelajaran memang memberi maklumat terutama media seperti tv pendidikan dan radio, filem, slaid, dan sebagainya. IV. Pengajaran lebih berindividu Jika pengajaran guru dirancangkan betul-betul dan diatur dengan rapi supaya pembelajarn murid mencapai tahap terbaik, guru tidak perlu berhadapan dengan semua murid pada setiap masa. Guru boleh menggunakan berbagai media untuk menyusun pengajaran dan semua murid tidak perlu mengusai pembelajaran mengikut satu cara sahaja. Dengan menggunakan media seperti pengajaran terancang, modul , buku kerja, filem khas, kit dan sebagainya pengajaran boleh diaturkan secara individu mengikut kadar kebolehan dan kecepatan murid itu sendiri untuk menyelesaikan sesuatu untuk pembelajaran. Cara belajar boleh dipilih oleh murid sendiri dan murid tidak perlu menanti guru untuk belajar.

3 V. Pembelajaran menjadi lebih dekat Sesuatu perkara yang perlu dipelajari tetapi berlaku diluar di luar bilik darjah boleh dirakamkan di dalam filem, gambar foto, televisyen dan pita audio atau dituliskan ceritanya dalam buku dan kemudian dibawa ke dalam bilik darjah. Perkara-perkara di luar bilik darjah menjadi lebih hampir kepada murid kerana perkara tersebut boleh dipindahkan ke dalam media dan dibawa masuk ke bilik darjah.

1.3 Ciri-ciri strategi pemusatan bahan pelajaran


Menurut Mok Soon Sang, 2008, ciri-ciri pengajaran berpusatkan bahan adalah seperti berikut I. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran memainkan peranan yang penting. Guru atau murid perlu bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. II. III. IV. Komunikasi dan interaksi memang berlaku antara guru dengan bahan pengajaran atau antara murid dengan bahan pembelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani, sosial dan emosi. Penggunaan alat bantu mengajar dapat membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas. Melalui latihan penggunaan bahan pembelajaran, murid dapat membina kemahiran mereka dengan penggunaan bahan pelajaran yang canggih. Di samping itu mereka dapat memupuk semangat berdikari dengan menjalankan aktiviti pembelajaran tanpa kehadiran atau pertolongan guru. V. VI. Pengajaran guru adalah ditumpukan kepada pengajaran yang bermakna, menarik serta berkesan. Peluang interaksi antara murid adalah banyak. Sifat-sifat sosial yang positif dapat dipupuk melalui kaedah kumpulan yang melibatkan penggunaan bahan pelajaran untuk menghasilkan sesuatu projek atau menjalankan sesuatu ujikaji. VII. Strategi pemusatan bahan pelajaran juga mementingkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui pengalaman secara langsung. Dengan adanya bahan pelajaran, ilmu yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.

1.4 Langkah-langkah perlaksanaan pengajaran berpusatkan bahan


Berikut merupakan langkah-langkah perlaksanaan pengajaran berpusatkan bahan (Mook Soon Sang, 2008) Langkah 1- pemilihan bahan a) Memilih bahan pelajaran yang sesuai digunakan untuk aktiviti pengajaran b) Menentukan kesesuaian jenis bahan pelajaran yng dapat diterima oleh pancaindera murid c) Menentukan bagaimana murid menggunakan bahan pelajaran untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Langkah II - pengurusan bahan a) Menyusun bahan pelajaran mengikut proses pengajaran dan pembelajaran. b) Meggunakan bahan pelajaran dengan cara yang bermakna dan berkesan. c) Mengaitkan bahan pelajaran dengan kaedah mengajar yang sesuai. Langkah III - penilaian a) Menilai pencapaian murid yang menggunakan bahan pelajaran b) Menilai pencapaian guru yang menggunakan bahan pelajaran dalam pengajaran.

1.5 Jenis-jenis bahan bantu mengajar


Bagi menyediakan pengajaran yang berkesan mengikut pendekatan sistem, seoran guru hendaklah i. ii. iii. iv. v. vi. Memilih topik pengajaran Menyediakan matlamat Mengambilkira keperluan dan kebolehan penuntut Menyediakan objektif-objektif Memilih isi kandungan dengan teliti dengan tujuan mencapai objektif-objektif Menganalisa dan merancang pengajaran

5 1.5.1 Media paparan Alat paparan atau papan pengajaran merupakan slah satu media pengajaran yang paling awal digunakan dalam bilik darjah. Contohnya papan kapur atu papan hitam terdapat dalam hampir kesemua bilik darjah, bilik kuliah, bilik tutorial, dewan seminar dan makmal sains. Alat ini sangat mudah dan lebih murah untuk digunakan semasa mengajar. Ia tidak perlu perlukan peralatan tambahan atau lain-lain alat sokongan untuk menggunakannya. Alat paparan terdiri daripada papan kapur, papan flanel, papan berit, papan magnet, papan elektrik dan papan pepaku (Yusup Hashim. 1996) 1.5.1.1 Papan kapur Papan kapur atau dahulunya dikenali sebagai papan hitam merupakan media pengajaran yang terdapat dalam semua kelas. Sebuah kelas tidak akan lengkap dan sempurna jika tidak mempunyai alatan ini. Ia penting dalam membantu guru dalam pengajaran terutama dalam kecemasan jika media pengajaran lain tidak dapat digunakan. 1.5.1.2 Objektif penggunaan a. Untuk menjelaskan semua fakta, konsep atau idea yang abstrak. b. Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah khasnya matematik dengan cara bersistematik. c. Untuk memberi peluang kepada murid-murid mencatat nota dari papan kapur. d. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkara-perkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. 1.5.1.3 Penggunaan papan kapur a. Jika banyak maklumat yang hendak ditulis atau lukisan yang rumit hendak ditulis sediakan maklumat atau lukisan ini terlebih awal. Tutup sehingga ia diperlukan. Sebagai contoh sediakan kain langsir atau kertas untuk menutup papan kapur

6 b. Kekalkan konteks bola mata dengan pelajar. Jangan bercakap semasa menulis di papan kapur c. Tulisan hendaklah sekurang2nya 1 inci tinggi bagi kelas biasa (30x25 kaki0 dan lebih besar darpda itu jika menggunakan makmal sains atau dewan seminar d. Tulisan atau lukisan hendaklah jelas dan tebal iaitu sekurang2nya inci tebal e. Jika ada perkara yang tertulis atau bahan-bahan dilekatkan di papan kapur jangan lindungi penglihatan pelajar sewaktu mengajar. Berdiri di sebelah kiri atau kanan papan kapur. f. Barisan hendaklah lurus iaitu mendatar dan selari. Gunakan sisi atau bingkai atas papan kapur sebagai panduan untuk mendapatkan tulisan yang lurus dan selari. g. Gunakan kapur berwarna untuk penegasan. Jangan gunakan warna biru. Gunakan warna yang kontras dengan latar papan kapur . h. Gunakan penggaris, kompas, dan jejangka uutk menpercepatkan kerja. i. Pastikan permukaan papan itu jelas dilihat dari beberapa sudut. Jika berkilau kerana pancaran matahari, ubah kedudukan papan hitam (jika mudah alih) atau tutup tingkap atau turunkan jendela. j. Bersihkan papan kapur setelah dugunakan. 1.5.1.4 Kelebihan papan kapur a. Penggunan papan kapur adalah lebih mudah dan murah jika dibandingkan dengan media pengajaran elektronik seperti projektor slaid, komputer dan sebagainya b. Oleh kerana ia selalu digunakan, pelajar telah terbiasa dengan kaedah pengunanya c. Sesuai untuk pengajaran kumpulan kecil dan kumpulan besar d. Boleh dipadam serta merta dam maklumat boleh ditulis dengan cepat e. Tindak balas secara bertulis boleh diperolehi serta merta dengan disaksikan oleh pelajar lain. Ujian secara lisan dan bertulis boleh diadakan di atas papan kapur f. Ia boeh menjadi alat sokongan pengajaran yang berkesan jika digabungkan dengan media pengajaran yang lain seperti carta, projektor overhed, perakam video dan sebagainya.

7 1.5.1.5 Batasan menggunakan papan kapur a. Tidak sesuai bagi kumpulan yang terlalu besar kerana tulisan kecil b. Ia hanya sesuai untuk pengajaran yang bertumpukan kepada simbol bahasa c. Tidak mempunyai atribut media yang lain seperti realisme, gerak dan animasi d. Masa yang lama jika banyak maklumat dan ilustrasi e. Membosankan 1.5.2 Pengajaran berasaskan komputer Era perkembangan teknologi masa kini mempengaruhi setiap bidang kehidupan. Aspek teknologi telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mewujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ). Pengajaran berasaskan komputer merupakan aplikasi teknologi komputer dalam pendidikan dan latihan. Komputer digunakan sebagai alat untuk membantu dan memudahkan proses pengajaran dan pembelajran. Selain sebagai alat sokongan mengajar, komputer juga boleh mengendalikan seluruh proses tanpa bantuan guru atau jurulatih(Yusup Hashim, 1986) Criswell(1989) mendefinisikan pengajaran bersasakan komputer sebagai penggunaan komputer dalam menyampaikan bahan pengajaran dengan melibatkan pelajar secara aktif. Menurut Gagne dan Briggs (Wang dan Sleeman 1994) kemasyhuran komputer menjadi popular sebagi media pembelejaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh

8 media pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Di antara keistimewaan tersebut adalah: a. b. Hubungan interaktif : Komputer membolehkan wujudnya hubungan di antara rangsangan dengan jawapan. Bahkan menurut Dublin (1984,1996) komputer dapat menumbuhkan inspirasi dan meningkatkan minat. Pengulangan : Komputer membolehkan pengguna mengulangi apabila perlu untuk memperkuatkan lagi pembelajaran dan memperbaiki lagi ingatan. Dalam pengulangan amat diperlukan kebebasan dan kreativiti daripada para pelajar (Clements, 1994) Maklumbalas dan peneguhan : Media komputer membolehkan pelajar memperoleh maklum balas terhadap pelajaran serta merta dan boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan.

c.

1.5.2.1 Penggunaan Multimedia Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan integrasi dan manipulasi video, audio, teks, grafik dan animasi. Multimedia berasaskan komputer boleh menjadikan proses pendidikan suatu pengalaman yang menyeronokkan dan menarik di samping membantu pelajar memahami sesuatu konsep dengan cepat dan mudah ( Brown & Bush, 1992; Toh & Ng, 1994; Rio & Kasiran, 1994; Baharuddin & Mohd, 1995 ). Menurut kajian pengajaran dan pembelajran menggunakan multimedia sering dikatakan amat berkesan berbanding kaedah tradisional (Bagui 1998, Fletcher 2003 ; Mayer 2002). Kajian dalam dan luar negara juga menunjukkkan bahawa penggunaan multimedia seperti perisian multimediamampu meningkatkan minat dan pencapaian pelajar dalam bidang akademik ( Jamaludian dan Zaidatun2003 ; Macaulay 2002 ; Al-Mikhlafi 2006). Penggunaan multimedia mempunyai peranan penting dalam pendidikan matematik. Antaranya ialah multimedia boleh; a. Memberi peluang kepada pelajar untuk belajar sendiri berdasarkan kemampuan masingmasing. b. Memudah dan mempercepatkan kefahaman sesuatu konsep matematik. c. Menjadikan aktiviti pembelajaran menarik dan menyeronokkan d. Membekalkan lebih banyak maklumat dan pengetahuan kepada pelajar e. Membantu pelajar mengulangi sesuatu isi pelajaran berulang kali

9 Sistem kognitif manusia mengandungi dua saluran berbeza untuk mewakili dan memanipulasi penegetahuan iaitu saluran visual-bergambar dan saluran lisan-pendengaran. Berdasarkan model saluran duaan pembelajaran multemedia, Mayer dan Sim (1994) menyatakan bahawa gambar memasuki sistem kognitif melalui deria mata berkemungkinan akan diproses sebagai perwakilan visual dalam saluran visual-bergambar manakala percakapan perkataan pula memasuki sistem kognitif melalui telinga dan berkemungkinan akan diproses sebagai perwakilan lisan dalam saluran lisan-pendengaran. Justeru penggunaan akan dapat mengekalkan daya ingatan dalam tempoh lama dan seterusnya dapat meningkat prestasi seseorang individu. (lihat rajah 1)

Ingatan Ingatan kerja kerja

Persembahan lisan

Sistem perwakilan mental lisan Prestasi Sistem perwakilan mental visual

Persembahan visual

Ingatan jangka panjang

RAJAH 1. Model Saluran Duaan Pembelajaran Multimedia (sumber : Mayer dan Sim 1994)

10 1.5.2.2 Penggunaan Internet Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama, termasuklah tentang matematik. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Bagi guru matematik, terdapat beberapa kumpulan diskusi eletronik yang dapat disertai secara percuma. Antaranya; IMSE-L dan MATHEDCC. Selain daripada diskusi eletronik, WWW (World Wide Web) juga menyediakan berbagai sumber pengajaran dan pembelajaran , khususnya dalam bidang matematik ( Zoraini, 1995; Lee, 1996 )

1.6 Kriteria-kriteria pemilihan sumber bahan bantu mengajar


Menurut Mook Soon Sang, untuk memilih alat bahan bantu mengajar yang baik dan berkesan guru haruslah mematuhi kriteria-kriteria yang berikut 1. Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. 2. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea-idea dan rekabentuk yang asli dan tersendiri.

11 3. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid-murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataaan lain guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat dengan adanya alat bantu mengajar. 4. Rekabentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Bagi menarik perhatian dan menimbulkan minat pelajar, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna. 5. Alat bant mengajar disediakan dalam saiz dan berat yang sesuai supaya mudah dibawa, digunan dan disimpan. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan menggangu kelancaran penyampaian guru atau penggunaan murid. 6. Sumber pengajaran haruslah mengandungi nilai-nilai murni seperti kerjasama, kasih sayang, hormat menghormati, berdikari, semangat bermasyarakat, kejujuran dan sebagainya.

12 Rujukan

Alsagoff. S. A. (1984) Teknologi Pengajaran, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Abd Ghafar M. N. (1997), Pembinaan Analisis dan Ujian Bilik Darjah. Kuala lumpur. Universiti Teknologi Malaysia. Hashim Y.(1997) Media Pengajaran untuk Pendidikan dan Latihan. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. Shah Alam Hj. Husin K, Hj Abdul Aziz S. H. (2003), Pedagogi untuk Asas Pendidikan. Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Kuala Lumpur Ishak A., Kasa Z., Selamat M.H., Abu Samah B. Jurnal perbandingan pengajaran. http://journalarticle.ukm.my/3510/1/1.pdf. 31 0ctober 2012

Multimedia dalam Pendidikan. http://ihashimi.aurasolution.com/aplikasi_multimedia_dalam_pendidikan.htm. 31 October 2012 Prof. Madya Dr. Lim C. S., Prof. Madya Dr. Salleh F., Dr. Ghazali M. (2003) Alat Bantu Mengajar Matematik. Pts Publication, Bentong Pahang Tengku Zainal T. Z.. Peranan Komputer dalam Pendidikan Matematik. http://josie653.tripod.com/kdp.htm. 18 October 2012.

You might also like