You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KAMPUS ILMU KHAS, JALAN YAACOB LATIF, 56000 KUALA LUMPUR

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PISMP) SEMESTER 5, 2013

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

NAMA (NO K/P) KELAS PENSYARAH SUBJEK TARIKH HANTAR

MOHD AFDHAL HAFIZ BIN RODILAN MOHD FAQIH BIN BAHARUDDIN PISMP G5.2 P.KHAS (BM/PJ/BI) ENCIK HASIZAN BIN DAHALAL CIK ISNARIAH BINTI IDRIS BAHASA MELAYU 8 MAC 2013

Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMPIRAN

Teks Keluarga Bahagia. Setiap insan di dunia menginginkan keluarga yang bahagia dalam kehidupan mereka. Keluarga bahagia bermaksud setiap ahli keluarga yang terdapat dalam keluarga tersebut hidup dalam suasana yang ceria, gembira, bermakna dan juga akan berkongsi masalah dengan ahli keluarga jika mempunyai masalah dalam kehidupan. Nama saya ialah Akmal bin Jusoh. Ayah saya seorang petani. Ayah sering keluar kerja di awal pagi untuk melihat tanaman yang diusahakan. Ayah seorang yang penyayang kerana sangat menyayangi kami semua. Ayah telah membeli sebuah rumah yang selesa buat kami semua sebagai tempat perlindungan kami sekeluarga. Ibu saya pula ialah seorang suri rumah. Ibu saya bernama Rosnah binti Mat Aris. Ibu seorang yang penyabar dan sering membetulkan kesilapan yang kami lakukan. Ibu jarang marah walaupun kami melakukan kesalahan di rumah. Ibu tidak bekerja kerana ayah mampu untuk menyara kehidupan kami sekeluarga. Ibu tidak pernah mengabaikan kami semua walaupun ibu sering pergi membantu ayah mengerjakan sawah. Saya mempunyai lima orang adik beradik. Abang saya bernama Abu Bakar. Kakak saya pula bernama Atikah dan adik saya bernama Azizi. Saya sangat menyayangi mereka semua. Mereka sering membantu saya dalam pelajaran dan juga menggembirakan saya. Saya berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk membalas budi kedua ibu bapa saya. Saya sangat menyayangi keluarga saya. Saya sangat bersyukur kerana diberikan keluarga yang bahagia dan sering berdoa supaya kebahagiaan keluarga kami dipelihara.

Lirik lagu Keluarga Bahagia Oleh : Saujana

Sedamai taman firdausi Limpahan kasih sayang sejati Seharum semerbak kasturi Mengharumi hidup insani Indahnya damainya Keluarga yang bahagia Itulah idaman impian setiap insan Yang dahagakan belaian Serta kasih dan sayang Ketika insan lain berbahagia Bersama keluarga Namun kita masih meniti Titian rapuh perhubungan Mengapa kita terpisah daripada rahmat-Nya Mungkinkah kita sering kali melupakan-Nya Ayuhlah bina semula Keluarga diredhai Allah Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan Dan luahan hatiku yang dahaga kasih Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu Marilah kita bina bersama-sama Keluarga bahagia Ayah ibu Luangkanlah sedikit masa bersamaku Ku rindukan kemesraan Dan belaianmu

You might also like