You are on page 1of 15

TAJUK KAJIAN: KEGIATAN EKONOMI TRADISIONAL

PENANAMAN PISANG

{SENARAI KANDUNGAN}
PERKARA PENGHARGAAN OBJEKTIF KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN MUKA SURAT 3 4 5 6 11 12 13

{PENGHARGAAN}
Syukur Alhamdulillah kerana dengan izin Allah S.W.T. maka saya, Muhammad Nukman Hisham Bin Azmi telah diberi kesempatan untuk melengkapkan dan menyiapkan Kerja Kursus Sejarah sebagai sebahagian daripada syarat Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013. Di sini saya ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah iaitu Puan Rohani binti Saad kerana telah banyak memberikan tunjuk ajar dan bimbingan sehingga tugasan ini berjaya dilaksanakan. Kesabaran cikgu memberikan tunjuk ajar amat saya hargai. Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya iaitu Encik Azmi bin Saud dan Puan Zaleha binti Mustafa kerana sentiasa memberikan kata-kata semangat agar saya tabah melaksanakan setiap tugasan. Keikhlasan mereka memberikan bantuan sama ada dari segi masa, tenaga dan kewangan amat saya sanjungi. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ini juga saya ucapkan kepada Encik Ayub Bin Sahat, iaitu orang sumber yang telah sudi berkongsi ilmu dan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya kerana telah bekerjasama dan membantu menyiapkan tugasan ini. Sesungguhnya, pengalaman dan pengetahuan yang saya perolehi amat bermakna. Sekian, terima kasih. Yang benar, Muhammad Nukman Hisham Bin Azmi. 30hb Mei, 2013

{OBJEKTIF KAJIAN}
Dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah ini, terdapat beberapa objektif yang ingin saya capai. Di antara objektif tersebut adalah seperti untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia. Begitu juga, saya dapat mengetahui tentang kaedah penyediaan dan pemasaran kuih bahulu serta perkembangannya. Maklumat yang direkodkan membolehkan saya mengenali kegiatan ekonomi tradisinal tersebut dengan lebih mendalam lagi. Melalui kajian ini juga, saya mendapat pengetahuan dan pengalaman luas tentang caracara membuat kajian ilmiah. Saya akan menggunakan kemahiran dan kaedah yang dipelajari untuk melaksanakan sesuatu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat. Saya akan melalui sendiri pengalaman mencari, mengumpul fakta, merekod, menganalisis dan mensintesis maklumat dari pelbagai sumber yang sahih seperti buku ilmiah, akhbar, majalah, internet dan lain-lain lagi berkaitan dengan kegiatan ekonomi tradisional di Malaysia. Kajian ini juga secara tidak langsung akan dapat memupuk perasaan bangga menjadi rakyat Malaysia kerana negara ini mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi tradisional yang menjadi warisan dan identiti masyarakat Malaysia. Saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang keunikan ekonomi tradisional tersebut. Usaha perlu terus digembeling untuk mengekalkannya agar generasi akan datang berpeluang mewarisinya. Melalui kajian ini juga saya dapat menanamkan sikap sabar, bekerjasama dan bertoleransi ketika proses mengumpul dan mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Tugasan akan menjadi lebih mudah apabila ianya dilaksanakan secara berkumpulan dan mendapat bantuan daripada semua pihak terutamanya guru, ibu bapa dan rakan-rakan

{KAEDAH KAJIAN}
Saya menggunakan kaedah kajian seperti berikut dalam menyiapkan Kerja Kursus Sejarah PMR 2013 ini. 1. Kaedah temu bual Melalui kaedah temu ramah, saya telah menemu bual Encik Ayub Bin Sahat dari Kampung Pasir Hitam untuk mandapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang kajian ini.

2. Kaedah lawatan dan pemerhatian Saya telah melawat Kebun Pisang Encik Ayub untuk mengkaji bagaimana pengusaha tersebut memproses, dan memasarkan produk tempatan tersebut. Banyak maklumat berguna dapat diperolhi berdasarkan pemerhatian saya di sini.

3. Kaedah analisis dokumen Saya juga turut merujuk dokumen penting untuk memastikan kesahihan fakta yang ada. Dengan ini, penulisan kajian saya tidak akan diragui akan kebenarannya.

4. Kaedah penyelidikan perpustakaan Saya juga turut mengunjungi Perpustakaan Desa Kampung Padang Lalang untuk menjalankan penyelidikan sumber-sumber yang ada di situ. Dengan penyelidikan sumber yang pelbagai seperti buku ilmiah, akhbar, majalah dan sebagainya akan menguatkan lagi kajian saya.

5. Muat turun internet Saya turut menggunakan kemudahan ict yang terdapat dalam negara kita dengan melayari laman sesawang produkyang dikaji malah turut memuat turun bahan yang terdapat sebagai rujukan.

{HASIL KAJIAN}
5.1-Maklumat Asas. 5.1.1- Jenis Kegiatan Ekonomi Kegiatan ekonomi yang saya kaji ialah penanaman pisang oleh Encik Ayub Bin Sahat di Kampung Pasir Hitam, Langkawi, Kedah Darul Aman.

5.1.2- Sejarah Asal Usul Kegiatan Ekonomi. Penanaman pisang ini telah dimulakan oleh Encik Md Ayub dan Puan Salmi suami isteri mulai tahun 1998 . Oleh yang demikian beliau telah mengendalikan penanaman pisang ini hampir 15 tahun lamanya. Pada masa tersebut, beliau menanamnya untuk kegunaan sendiri seperti untuk masakan dan untuk dijual di kedai di kawasan perkampungannya. Beliau telah mengusahakan penanaman pokok pisang berdekatan rumahnya di Kampung Pasir Hitam sehingga beliau mendapat hasil . Pada masa sekarang kebun pisangnya ialah kira-kira 5hektar yang dimana 1hektar bersamaan 500 pokok pisang.

5.1.3- Lokasi/Tempat Kajian Lokasi di Kampung Pasir Hitam berkediaman No. 112 Jalan Ayer Hangat, Kampung Pasir Hitam, 07000 Langkawi, Kedah Darul Aman. Beliau yang berusia 53 tahun dan isterinya 50 tahun. Lokasi kediaman beliau terletak di luar Bandar. Bandar terdekat ialah Pekan Kuah. Jarak rumah beliau dengan Pekan Kuah ialah kira-kira 15km.

5.1.4-Pihak yang mengusahakan/individu/ kelompok masyarakat yang mengusahakan Penanaman pisang ini turut juga dijalankan oleh penduduk kampung ini di kawasan sekitar rumah mereka untuk tujuan yang sama seperti Encik Ali Bin Ahmad . Bagi tujuan kerja kursus ini saya memilih Encik Ali Bin Ahmad kerana beliu merupakan antara orang yang lama terlibat dengan penanaman pisang di perkampungan ini.

5.2- Latar Belakang 5.2.1- Tujuan dijalankan Encik Md Ayub b. Sahat pada mulanya menanam pisang untuk digunakan sebagai sumber makanan dan masakan sendiri. Kemudian, beliau menjual pisang tersebut ke kedaikedai di kawasan berdekatan Kampung Pasir Hitam seperti Ayer Hangat dan Ewa. Beliau menjual semua jenis pisang yang ditanam. Antara jenis pisang tersebut adalah pisang tanduk, pisang berangan, pisang nangka dan pisang nipah. Beliau menjual kira-kira 100kg pisang setiap kali penjualan dilakukan ke kedai dengan harga sekitar RM 1.30- 1.50 sekilogram kirakira dua kali sebulan.Oleh yang demikian kita boleh menganggap hasil atau pendapatan Encik Ayub ialah kira-kira RM260-300 sebulan.

5.2.2-Peralatan/kaedah yang digunakan Dalam bidang menanam pisang, beliau telah membeli sebuah kubotar yang berharga kira-kira RM 7000.00 untuk kemudahan beliau meneruskan penanaman pisang. Beliau menggunakan kubotar untuk mengembur tanah pada mula mengusaha dan setiap kali proses penanaman semula.Kubotar ini juga digunakan untuk meratakan kawasan kebun pisangnya. Selain itu peralatan lain yang digunakan olehnya ialah cangkul dan tajak terutama untuk menajak rumput dan membersihkan kawasan ladang.

5.2.3-Tempat Kawasan Encik Md Ayub mendapatkan kemudahan air dari rumahnya. Beliau berasa beruntung kerana jarak kebun dengan rumahnya adalah bersebelahan sahaja. Oleh yang demikian beliau tidak perlu membeli kalbat atau mengorek parit bagi mendapatkan bekalan air bagi kegunaan meracun rumput . Beliau juga telah memasang pagar berduri untuk menggelakkan daripada haiwan perosak. Justeru, beliau mengambil langkah drastik untuk memasang pagar berduri sebagai perlindung daripada serangan dan ancaman binatang perosak.Antara haiwan perosak yang sering mengganggu tanamannya ialah babi hutan, lembu , monyet dan kambing.

5.2.4-Kos Pengendalilan Benih pokok pisang diambil dari pokok-pokok pisang yang telah matang dan mampu menghasilkan anak-anak pokok pisang . Racun dan baja dibeli sendiri dan proses penjagaan seperti memangkas pelepah yang rosak, membungkus pisang dilakukan bagi mengekalkan kualiti. Kadang kala beliau menggunakan baja kimia tertentu untuk mengemukkan pokok pisang.

5.3-Sumbagan/Pengaruh kepada keluarga atau masyarakat. 5.3.1- Sumber pendapatan utama dan sampingan Dengan penanaman pisang ini, pekebun memperoleh kira-kira RM300 sebulan sebagai pendapatan sampingan. Pekebun hanya mengedar dan menjual hasil kebunnya kepada penjual buah-buahan di Ayer Hangat dan Ewa.

5.3.2- Memenuhi Permintaan. Dengan menanam pisang, beliau dapat memenuhi permintaan segelintir masyarkat setempat terutama pada musim perayaan, kenduri-kendara atau majlis perkahwinan. Oleh hal demikian, ia telah memudahkan penduduk kampng untuk memperoleh buah pisang dan dapt menghasilkan produk seperti :-

Kek Pisang

Pisang Goreng

Kerepek Pisang

5.3.3-Penerusan Tradisi Keluarga Penanaman pokok pisang ini adalah penerusan turun-temurun tradisi keluarga. Pengusaha mewarisi pengurusan tersebut daripada bapanya.

5.3.4-Peluang Perkerjaan Dengan menubuhkan sebuah kebun penanaman pisang, penduduk kampung terutama sekali kepada penganggur boleh mendapat peluang perkerjaan di kebun pisang tersebut. Antara perkerjaaan yang boleh didapati di kebun pisang adalah menanam semula anak-anak pokok, membaja dan sebagainya. Oleh itu, penduduk yang menganggur dapat memenuhi masa yang terluang dengan perkara yang boleh mendatangankan manfaat.

5.4- Prospek 5.4.1-Cabaran/ kekangan yang dihadapi. Antara cabaran yang dihadapi bagi pengusaha pisang adalah haiwan-haiwan perosak yang boleh memberi impak yang negatif seperti memakan hasil penanaman dan merosakkan hasil penanaman. Antara haiwan perosak adalah :-

Monyet

Ulat Gulung Daun

Lembu , Kumbang & Lalat Buah

Selain daripada haiwan perosak, pekebun juga memperoleh masalah penyakit pisang:-

Tisu Vaskular menjadi perang atau kehitaman

Buah hitam dan repuh

5.4.2-Penglibatan Pihak Luar/Galakan kerajaan swasta. Pihak kerajaan memberi bantuan kepada pengusaha kebun pisang dalam bentuk subsidi, kewangan dan sebagainya. Pihak kerajaan juga telah memberi ruang dan peluang kepada pengusaha untuk melakukan aktiviti pertanian agar dapat mengurangkan tahap pengangguran.

5.4.3-Reaksi/ Penerimaan Masyarakat. Masyarakat di kampung ini menanam pisang untuk keperluan sendiri terutama untuk masakan harian dan pembuatan kuih muih bagi hidangan keluarga sahaja. Kadangkala, ada juga ia menghasilkan produk seperti kerepek pisang, kek pisang dan sebagainya yang dihantar ke kedaikedai di Ayer Hangat, Pasir Hitam, Ewa dan juga di Pekan Kuah.

5.4.4- Saranan dan harapan. Encik Md Ayub berharap agar dapat memperluaskan lagi kawasan tanaman pisang tersebut. Selain daripada itu, dapat menambahkan kuantiti pokok pisangnya. Selanjutnya, beliau juga berusaha menjaga penanaman tersebut agar dapat diteruskan oleh anak-anak beliau dan tidak dibiarkan begitu sahaja dan berharap agar masalh-masalah yang pernah dihadapinya dapat dikurangkan.

10

{RUMUSAN}
Kajian yang dilakukan selama kira-kira 2 bulan ini memberikan saya pelbagai pengalaman baru dan menarik. Tugasan ini menggerakkan saya untuk mempelajari tentang tatacara bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja kursus ini. Melalui kajian ini, saya menyedari bahawa kita haruslah berbangga sebagai rakyat Malaysia dan berasa bersyukur kerana hidup dalam sebuah negara yang aman dan damai seperti Malaysia. Melalui pemerhatian secara tidak langsung, salah satu faktor yang membawa kepada kemajuan pesat ekonomi negara kita dalam pelbagai bidang adalah natijah daripada kepimpinan negara yang mengambil berat terhadap nasib dan masa depan bidang pertanian di negara ini. Di pihak pengurusan kejayaan beliau ialah hasil daripada kotmitmen yang jitu terhadap bidang tugasnya selama ini. Secara tuntasnya, kajian kerja kursus ini telah menyedarkan saya tentang pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah, cekal dan prihatin . Pada masa yang sama, saya sedar bahawa banyak perkara sebenarnya mampu menyumbang kepada kemajuan negara.

11

{LAMPIRAN}

Kebun Pisang Encik Ayub Bin Sahat

Hasil Pisang Dari Kebun Pisang Ayub bin Sahat 12

{RUJUKAN}

1 Internet http://www.scribd.com/ http://cikgurazak.blogspot.com/search/label/KERJA%20KURSUS%20SEJARAH%20 PMR%202013 http://www.bumigemilang.com/?p=20603 Wikipedia Google 2 BUKU TEKS : . Buku Teks Tingkatan 1: Zulkifli Bin Mohd Salleh, Zainal Bin Abdul Rahim, Tuslah Binti Abdan, 2003, Buku Teks Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1, Selangor, Cerdik Publications Sdn. Bhd.

13

Soalan: Kegiatan ekonomi tradisional penting dalam memperkukuh semangat nasionalisme bangsa Malaysia. Berikan pendapat anda. Sejarah ekonomi tradisional negara kita melalui pelbagai fasa yang menarik kerana sejarah Malaysia banyak dikaitkan dengan faktor penjajahan yang mencorakkan sistem ekonominya. Sistem ekonomi sebelum kedatangan penjajah Inggeris ialah sistem ekonomi tradisional. Kedatangan Inggeris banyak berdasarkan faktor mencari keuntungan ekonomi untuk negara dibawa dan memakmurkan negara mereka. Sistem ekonomi semasa penjajahan Inggeris ialah dengan memperkenalkan penanaman tanaman baru bagi menggantikan tanaman tradisional yang diamalkan oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak. Kedatangan kaum imigran yang bekerja di ladang getah lombong telah menyebabkan kegiatan ekonomi terbahagi kepada dua iaitu bercorak tradisional dan bersifat komersial. Kegiatan eknomi tradisonal seperti penanaman gambir, kelapa, padi, menangkap ikan dan sebagainya terus memberi sumbangan walau dalam masa yang sama arus ekonomi bersifat moden mula dilaksanakan. Dengan sistem eknomi yang dilaksanakan oleh Inggeris maka lahirlah masyarakat berbilang kaum di negara kita pada masa itu. Masyarakat dan rakyat negara ini pada masa tersebut dapat hidup dalam keadaan aman dan harmoni dengan masing-masing menyumbang tenaga ke arah memakmurkan ekonomi negara ini dan salingberganding bahu membangunkan negara dalam bidang ekonomi. Menjelang akhir abad ke 20 , negara kita telah dilanda dengan kemelesetan ekonomi. Ini menyebabkan harga komoditi atau hasil bahan mentah negara kita seperti minyak sawit, getah dan bijih timah terpaksa menerima bahang dan percaturan sistem ekonomi dunia tetapi rakyat negara ini masih tabah menghadapi cabaran dan dugaan .Ianya ialah hasil daripada semangat juang yang tinggi rakyat negara ini terhadap usaha memajukan diri dan di pihak kerajaan pula ianya disebabkan oleh komitmen membantu rakyat negara ini daripada cengkaman kemiskinan dan kemunduran. Warisan sejarah yang membentuk persekitaran ekonomi pada masa kini telah cuba diubah oleh pihak kerajaan dan kepimpinan negara ini. Kita memiliki kepimpinan yang peka kepada masalah dan isu tentang bangsa dan negara dan sedia membangunkan ekonomi tradisonal kepada ekonomi yang bersifat komersial melalui pendekatan dan pembaharuan . Hasil kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan seperti FAMA, RISDA, FELDA, FELCRA , MARDI , Jabatan Perikanan, Pertanian, Jabatan Haiwan dan Penternakan dan beberapa kementerian sedia bergabung tenaga bagi memakmurkan ekonomi negara ini dan demi kesejahteraan rakyatnya. Tegasnya pelbagai program, insentif dan inisiatif dilakukan bagi menjana dan membantu para petani,pekebun , nelayan dan penternak di negara ini bagi memakmurkan ekonomi mereka. Natijahnya melalui pendekatan ini , kita dapat meningkatkan pendapatan petani dan menggalakkan kerjaya dalam bidang ini yang menjanjikan pulangan yang menguntungkan.

14

Kesimpulannya kita wajar bersyukur sebagai warganegara negara ini kerana kegiatan ekonomi negara ini berada di landasan yang betul dalam usaha mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini dan menjanjikan hasil yang berpanjangan jika terlibat dalam bidang pertanian

15

You might also like