You are on page 1of 18

Penilaian formatif dan sumatif BMM 3103

AYU FATIHA 90050903584 123439 SITI ZALINA

Penilaian Formatif

PENGENALAN
Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran,untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya. Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred

CIRI-CIRI PENILAIAN FORMATIF


Dijalankan bagi tujuan memperoleh

maklumat bagi memperbaiki kurikulum.

Dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Sepanjang masa dan maklumat yang


diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus

Bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input

akan masalah yang dihadapi murid


dalam mengikuti pembelajaran.

TUJUAN PENILAIAN SUMATIF


memperbaiki pengajaran pembelajaran. memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid. meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu

TUJUAN

pelajaran.

mengubah suai pengajaran seseorang guru

memperbaiki kualiti serta


dapat meramal pencapaian pelajar.

PROSEDUR PENILAIAN FORMATIF


1) Menentukan topik pembelajaran. 2) Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.

3) Menghubungkaitkan elemen-elemen yang


terdapat dalam setiap topik. 4) Membentuk soalan ujian. 5) Mencadangkan langkah susulan.

RUMUSAN PENILAIAN FORMATIF


Penilaian atau ujian formatif adalah suatu strategi dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bermanfaat dalam membantu pelajar dan guru. Maklum balas yang diperolehi dapat digunakan oleh guru dan murid-murid serta merta dalam memperbaiki kelemahan-kelemahan yang wujud. Ia memberikan motivasi kepada guru untuk terus berusaha dengan gigih bagi memastikan kecemerlangan pelajar. Manakala pada pihak murid-murid pula, ia memberikan harapan tinggi mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam pelajaran.

Penilaian SUMATIF

menentukan sejauh mana objektif-objektif sesuatu bidang mata pelajaran yang telah disampaikan oleh guru semasa pengajaran pembelajaran berlangsung di bilik darjah telah dicapai oleh murid-murid.

memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.
-membuat perbandingan - kesimpulan peringkat pencapaian pelajar lemah, sederhana dan cemerlang

menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

PENILAIAN SUMATIF

Contoh penilaian sumatif seperti penilaian pada akhir penggal, peperiksaan percubaan, UPSR, PMR dan sebagainya.

Bagi memastikan keberkesanan dalam pentadbiran penilaian sumatif, langkah-langkah berikut harus diberikan penekanan:
i. Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap
berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi

ii. Menggubal soalansoalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji

Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan

iii. Mengumpul item secara sistematik

Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang sama ( isi tempat kosong, esei ) susun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif ( aras tinggi dan aras rendah)

iv. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian

mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah muridmurid

v. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan.

Memudahkan murid memahami kehendak soalan

vi. Menguji item tersebut terlebih dahulu

ujian rintis kepada sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.

vii. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis

mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item, ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

TUJUAN PENILAIAN SUMATIF

menentukan pencapaian murid sebagai satu kumpulan dengan membezakan antara pencapaian pelajar berdasarkan gred yang telah ditentukan keputusan penilaian sumatif juga dapat memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar berdasarkan skor yang diperolehi

Tujuan Penilaian Sumatif

dapat dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan

Guru atau pendidik juga dapat membuat ramalan akan kejayaan murid dalam sesuatu mata pelajaran

Aspek-aspek penilaian sumatif

ASPEK-ASPEK PENILAIAN SUMATIF


ASPEK Konsep HURAIAN Ujian yang dijalankan secara formal bagi mengesan pencapaian murid dalam tempoh tertentu persekolahan. Mengenal pasti pencapaian pelajar untuk beberapa topik pembelajaran dan seterusnya memberikan skor dan gred pencapaian pelajar. Selepas beberapa topik pembelajaran atau pada pertengahan atau akhir penggal persekolahan. Dibuat secara formal ujian pensel-kertas, lisan. Dijalankan secara berkumpulan Menempatkan murid mengikut kumpulan pencapaian yang sesuai. Memberikan pengiktirafan sijil, hadiah dsb. Membaiki kurikulum / mata pelajaran

Tujuan

Waktu penilaian Kaedah Selepas penilaian dijalankan

Kesimpulan
Kesimpulannya, penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan telah lama dilaksanakan dalam dunia pendidikan dengan tujuan utama ialah untuk memberikan gred kepada pencapaian murid. Di samping itu, penilaian ini juga dapat digunakan secara menyeluruh dalam memperbaiki sesuatu kurikulum kerana keputusan yang diperolehi lebih menyeluruh.

RUJUKAN http://kumpulansiswazahguru.blogspot.com http://perjuanganpendidikan.blogspot.com http://zaraecha.blogspot.com

Terima kasih

You might also like