Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
405Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
cabaran & peranan hubungan etnik

cabaran & peranan hubungan etnik

Ratings:

4.73

(11)
|Views: 36,201 |Likes:
Published by nadia burn
tugasan hbgn etnik PISMP IPGM SEM 3. tentang cabaran, peranan kerajaan & msyrkt dlm HET
tugasan hbgn etnik PISMP IPGM SEM 3. tentang cabaran, peranan kerajaan & msyrkt dlm HET

More info:

Published by: nadia burn on May 08, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/30/2014

pdf

text

original

 
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dankemajuan pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasamamasyarakat Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkarayang mudah. Ini adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripadapelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempattinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan ataukekitaan di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ‘ ....
the road to a cohesive and proggressivesociety is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of “ onak danduri”.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yangperlu kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapatpelbagai cabaran yang di antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu dimana cabaran kepentingan etnik dari
aspek sosial
. Aspek sosial ini dapat lihat melaluiempat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut
pemisahan fizikal, sistem pendidikanyang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial
. Dari sudutpemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibatdaripada kesan dasar “pecah dan perintahyang diamalkan oleh British sejurusmennjajah Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripadasegi lokasi tempat tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza.Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atauberpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka khususnyamereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahanfizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah olehLaut China Selatan.
Implikasi
nya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaandari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalampemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagiperasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yangmelihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebeginihanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalamkalangan ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contohyang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysiadalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari
 
aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akanberlaku jika semua etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendirisahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebihmaju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari aruspemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di siniadalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasaperantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan jugamenggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala, pelajar Indiamenuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yangmemisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkanperanan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalanganpelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnikyang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yangnegatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasaibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalahmereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajaribahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiapsekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impakyang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikanyang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolahitu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu harikelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudahpasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yangterdiri daripada etnik yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupukmasyarakat yang majmuk jika cabaran ini dianggap enteng oleh pihak yang berwajib.Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagiterdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkatsekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajiantinggi swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proseshubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuksemangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan berkesankerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini,
 
masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anakmereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak merekake Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolahtersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untukkita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kitahormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek
ekonomi
.Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaanekonomi
dan
perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
. Pertama,penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaumMelayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusiadan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebihmaju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden. Manakala,kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa sawit.Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negaraMalaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi iniuntuk berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaanekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkanketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu,
implikasi
nya mengakibatkanketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalamsektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akanmenghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaumIndia yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaanekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari peluang-peluangkeemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah.Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubangperniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentutimbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selamaini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakanperkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak. Selain itu, dalam RancanganMalaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa

Activity (405)

You've already reviewed this. Edit your review.
Aznal Arief Ramli added this note
tq bnyk2.. nota anda sngt bnyk mmbntu.. :)
Zainab Rahmat liked this
Honey Nurul Zaty liked this
nur_rosli_31 liked this
Zainab Rahmat liked this
Nazri Hussein liked this
Farhana Ramli liked this
sloppeh liked this
sloppeh liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->