You are on page 1of 2

Kisah Nabi Muhammad saw Di Gua Hira Bismillahirrahmanirrahim.. Asalamualaikum warahmatulahi wabarakatuh... Terima kasih tuan pengerusi majlis.

Yang dihormati dan disegani barisan para hakim yang arif lagibijaksana, barisan guru-guru, sahabat-sahabat dan para hadirin yang dihormati sekalian.Berdirinya saya di hadapan ini adalah sematamata untuk menyampaikan sebuah kisah al-quraniaitu Kisah Nabi Muhammad saw Di Gua Hira . Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Nabi dan rasul terakhir yang diutus oleh Allah Swt. adalah Nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullahpada usia 40 tahun. Ia menyampaikan perintah Allah swt kepada kaumnya selama 22 tahun 2 bulandan 22 hari. Nabi Muhammad dilahirkan di Mekah. Datuknya, Abdul Muttalib, menamainyaMuhammad (orang terpuji), sebuah nama yang belum pernah digunakan dan dikenal sebelumnya.Ketika lahir, Muhammad telah menjadi anak yatim.Pada saat Nabi Muhammad SAW hampir berusia 40 tahun kesukaannya mengasingkan diri denganberbekal roti dan pergi keGua Hira di Jabal Nur. Rasulullah di Gua Hira beribadah dan memikirkan keagungan Pencipta alam ini.

Apa saja nikmat yang kamu peroleh adalah dari Allah, dan apa saja bencana yang menimpamu, Maka dari(kesalahan) dirimu sendiri. kami mengutusmu menjadi Rasul kepada segenap manusia. dan cukuplah Allahmenjadi saksi. Surah an Nisa ayat 79. Gua kecil ini terletak di puncak gunung Jabal Nur, di bahagian utara Mekah, sekitar 5 km dariMasjidil-Haram, di sebelah kiri perjalanan menuju Arafah. Tinggi puncak Jabal Nur adalah sekitar200 m. Disekelilingnya terdapat sejumlah gunung, bukit batu dan jurang.Kawan-kawan semua, Nabi kita ikhlas dalam beribadah kepada Allah swt, rajin dan bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu dan berpendirian teguh. Oleh itu kita perlu mengikuti sifat nabi ini. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Nabi Muhammad saw menguzlahkan diri di Gua Hira kerana baginda ingin menghindar daripada kehidupan masyarakat arab jahiliyah yang sesat. Nabi Muhammad saw pernah bermimpi supaya mendekatkan diri dengan Allah swt. Dengan itu ia dapat mempertahankan iman nabi Muhammad saw.

Dan dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu dia memberikan petunjuk. Surah Ad Dhuha ayat 7. Kawan-kawan semua, sekarang ini kita dipaparkan dengan jenayah yang semakin dahsyat seperti MatRempit, ragut, pembunuhan dan sebagainya dalam masyarakat kita. Semua ini adalah amalan semasa arab jahiliyah dahulu. Umat Islam seharusnya mengikut sunnah Nabi Muhammad saw seperti sifat sabar,berhijrah demi kebaikkan , berhikmah dalam berdakwah dan berhati-hati dalam pergaulan seharian. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Nabi Muhammad saw sentiasa berulang-alik dari rumahnya ke gua Hira seorang diri. Isteri tercinta, Siti Khadijah sering menghantar makanan untuk Rasulullah di gua Hira. Satu peristiwa penting berlakumenjelang 17 Ramadhan 610 Masihi, Malaikat Jibril datang menyampaikan wahyu pertama kepadaRasulullah saw iaitu surah Al-Alaq ayat 1 hingga 5.

1. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang Menciptakan, 2. Dia Telah menciptakan manusiadari segumpal darah. 3. Bacalah, dan Tuhanmulah yang Maha pemurah, 4. Yang mengajar (manusia)dengan perantaran kalam 5. Dia mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. Surah Al-Alaqayat 1-5.. Rasulullah saw dipeluk oleh Malaikat Jibril sebanyak 3 kali dan barulah Rasululah saw dapat membacanya.Kawankawan semua, kerajaan kita telah banyak membelanjakan wang membina sekolah dan perpustakaan supaya kita menjadi manusia yang berilmu dan berguna. Oleh itu, kita perlu banyak membaca buku supayamendapat ilmu dan menjadi pandai. Umat yang berjaya adalah kerana mereka berilmu dan mengamalkan ilmunya. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Setelah Rasulullah saw mengalami keadaan yang mengerunkan di Gua Hira, Rasulullah saw bergegas balik ke rumahnya dan isterinya Siti Khadijah menenangkannya. Selepas itu dia membawa Rasulullah sawbertemu dengan Waraqah Bin Naufal, seorang pendeta Nasrani. Setelah diceritakan peristiwa tersebutkepadanya, tahulah Waraqah bahawa itu merupakan tanda bahawa Rasulullah saw telah dipilih oleh Allahswt sebagai seorang Nabi dan Rasul bagi menyampaikan agama Islam kepada seluruh manusia dan jin.

Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Telah kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti mereka mengenal anak-anaknya sendiri. dan Sesungguhnya sebahagian diantara merekamenyembunyikan kebenaran, padahal mereka Mengetahui. Surah Al Baqarah ayat 146 Kawan-kawan semua, anak-anak remaja kini segelintirnya mengalami masalah keruntuhan akhlak. Merekaseharusnya diberikan nasihat supaya mereka hidup berpandukan ajaran Islam yang membawa ke jalan yangbenar. Sebagai penganut ajaran Islam , kita harus berikir sebelum melakukan sesuatu perkara. Kita perlumeminta nasihat daripada mereka yang lebih pandai dari kita agar kita berjaya menjadi manusia berguna. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam. ( Surah Al- Anbiya ayat 107 ) Allah swt telah mengutuskan Nabi Muhammad saw sebagai nabi dan Rasul terakhir mengajar manusia dan jin ke jalan yang lurus dan pembawa rahmat iaitu Islam.Namun, kawan-kawan semua, terdapat juga mereka yang tidak beriman kepada Allah swt pada masa kini.Ada juga yang murtad iaitu keluar daripada agama Islam kerena disesatkan oleh Syaitan. Kita wajib yakinsepenuh hati bahawa Rasulullah saw adalah nabi akhir zaman. Kita bersyukur kerana negara kitamenjadikan agama Islam sebagai agama rasmi.Untuk mengakhiri cerita saya ini, marilah kita sama-sama beriman kepada Allah swt dan mengamalkanajaran Islam dan meninggalkan segala larangan Allah swt. Moga kita menjadi insan yang masuk ke dalamsyurga Allah swt kelak.Wasalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh

You might also like