You are on page 1of 32

MATA PELAJARAN YANG HENDAK DIAJAR

Mata pelajaran yang di pilih adalah Bahasa Melayu kerana Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran minor dalam Program Sarjana Muda Keguruan yang diikuti kerana besar kemungkinan akan menjadi guru bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah. Tema bagi pengajaran yang di pilih adalah Sudah Kuketahui dan tajuk yang di pilih adalah Buluh Pelbagai Guna yang dipetik daripada Buku Teks Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina/Tamil). Menurut Mashudi bin Bahari dan Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), terdapat 12 tema yang perlu diajar kepada pelajar Tahun 2 dan salah satunya adalah Sudah Kuketahui. Menurutnya, dalam tema tersebut terdapat beberapa tajuk dan tajuk yang di pilih adalah Buluh Pelbagai Guna. Menurut Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005) dalam huraian sukatan pelajaran, tajuk Buluh Pelbagai Guna ini terdapat beberapa aspek penekanan yang perlu ditekankan dalam sesi pengajaran. Oleh itu saya akan menekankan kepada dua fokus iaitu : Fokus Utama 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 i. Menyebut perkataan yang mengandungi diftong, vokal, berganding dan konsonan bergabung dengan betul. Fokus Sampingan 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 1 ii. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai. Merujuk kepada kedua-dua fokus ini saya telah membentuk isi pelajaran iaitu : 1. Kosa Kata - seruling, lemang, perabot, rakit, bubu, bakul. 1

2. 3

Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai. Melalui isi pengajaran yang dibentuk saya telah membuat objektif

pengajaran dimana pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : 1. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul. 3. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.

REKA BENTUK PENGAJARAN ASSURE DIYAKINI PALING SESUAI UNTUK MENCAPAI OBJEKTIF PENGAJARAN

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005) reka bentuk pengajaran adalah merangkumi seluruh proses pengajaran. Ianya perlu mengandungi enam perkara iaitu: 1. menentukan keperluan pelajar 2. menentukan matlamat dan objektif 3. membina prosedur penilaian 4. mereka bentuk dan membina strategi penyampaian 5. mencuba system pengajaran 6. menilai keseluruhan sistem Maka reka bentuk pengajaran adalah satu proses yang telah bermula dari menentukan keperluan pelajar sehingga menilai keseluruhan sistem dimana guru bukan hanya merancang pengajaran tetapi turut membuat penilaian ke atasnya. Oleh itu dapat di simpulkan bahawa reka bentuk pengajaran adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), reka bentuk pengajaran terbahagi kepada tiga jenis iaitu: 1. model yang berorientasikan bilik darjah 2. model berorientasikan produk 3. model berorientasikan sistem Maka model yang di pilih adalah model berorientasikan bilik darjah iaitu Model ASSURE yang bertumpu kepada satu masa pengajaran. Reka bentuk pengajaran ASSURE dipilih kerana model ini adalah untuk menyediakan panduan merancang dan mengendalikan pengajaran yang menggunakan media pengajaran yang khusus untuk pengajaran berskala kecil seperti bilik darjah. Maka Model ASSURE ini diyakini dapat mencapai objektif pengajaran saya. Menurut model ASSURE ini, terdapat enam langkah yang perlu di buat iaitu:

1. A analisis pelajar 2. S nyatakan objektif 3. S pilih kaedah , media dan bahan 4. U gunakan media dan bahan 5. R dorong penglibatan pelajar 6. E nilai dan semak Setiap langkah perlu diikuti untuk memastikan proses pengajaran berlaku dengan lacar dan mencapai objektif pengajaran. Pada langkah pertama iaitu analisis pelajar, terdapat tiga perkara yang akan dianalisis iaitu : 1. ciri-ciri umum dimana guru akan menganalisi asas pelajar seperti umur , tahap, dan latar belakang pelajar supaya guru dapat menjadikannya sebagai asas panduan untuk pemilihan media dan bahan. Di sini guru telah mengenal pasti umur pelajarnya adalah 8 tahun , pelajar Tahun 2 dan kebanyakan pelajar adalah pelajar kampung di mana mereka telah dibesarkan di kawasan kampung maka mereka lebih sesuai untuk di beri contoh yang berkaitan dengan benda-benda dalam kampung yang pernah dilihat seperti pokok buluh. 2. kompentasi peringkat masuk di mana guru akan menilai pengetahuan dan kemahiran sedia ada pelajar akan tajuk dan kandungan pengajaran. Di sini guru akan membuat penilaian dengan kemahiran sedia ada pelajar iaitu sejauh manakah pengetahuan mereka mengenai tajuk untuk memulakan pengajaran dari sana maka semasa set induksi pelajar didedahkan kepada apa itu buluh dan bertanya apa yang mereka tahu akan buluh. Guru tahu yang pelajar telah mengenali buluh semenjak kecil lagi dan pernah menggunakan alatan yang dibuat daripada buluh seperti perabot. 3. stail pembelajaran disini guru akan menganalisis pelajar dari segi cara mereka belajar sama ada mereka mudah belajar secara mendengar (auditori), melihat (visual) atau yang lain. Melalui ini guru dapat memilih media dan stail pengajaran yang paling sesuai. Dalam kes ini dimana terdapat pelajar-pelajar yang berbagai kebolehan di mana cara belajar

adalah berlainan maka media pengajaran yang dipilih perlu merangkumi kesemua aspek iaitu visual, auditori , ulangan , berkumpulan dan latihan dalam langkah-langkah pengajaran. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) guru perlu mengetahui stail pengajaran pelajar supaya aktiviti yang dijalankan dalam proses pengajaran dapat dimanfaatkan secara sepenuhnya oleh murid. Pada langkah kedua adalah nyatakan objektif, di mana guru akan merancang tahap minimum yang harus di capai oleh pelajar selepas sesi pengajaran dari segi pengetahuan , kemahiran , dan sikap baru. Menurut Ee Ah Meng (1997) dalam menyatakan objektif terdapat banyak aspek yang perlu diberi penekanan dan objektif tersebut mestilah mengikut garis panduan yang telah disediakan dalam sukatan pengajaran oleh Kementerian Pendidikan. Dalam merancang objektif pengajaran, saya telah mengikut perkara yang dicadangkan oleh Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005) dalam huraian sukatan pelajaran, tajuk Buluh Pelbagai Guna dengan menekankan kepada dua fokus iaitu : Fokus Utama 5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Aras 1 ii. Menyebut perkataan yang mengandungi diftong, vokal, berganding dan konsonan bergabung dengan betul. Fokus Sampingan 1.2 Bertanya dan menjawab tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. Aras 1 iii. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai. Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), terdapat tiga elemen yang perlu ada dalam sebuah objektif pengajaran yang lengkap iaitu: 1. Tingkah laku atau kebolehan pelajar pada akhir pengajaran

2. Situasi dimana sesuatu tingkah laku akan dijalankan 3. Kriteria atau piawaian yang menerangkan paras pencapaian pelajar dalam mencapai objektif Maka pada objektif akhir pengajaran dan pembelajaran yang dibentuk adalah, murid-murid dapat : 4. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 5. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul. 6. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar. Selain itu pelajar juga mempelajari dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti menghargai dalam menghargai kegunaan buluh yang pelbagai guna dan bekerjasama dalam bekerjasama dalam kumpulan semasa menjawab soalan semasa proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat diamalkan selalu. Kesemua ini telah menunjukkan objektif pengajaran yang di rancang dalam rancangan pengajaran saya mengandungi ke semua elemen yang perlu ada dalam objektif pengajaran yang berkesan. Pada langkah ketiga adalah pilih kaedah, media dan bahan, terdapat tiga aspek yang perlu ditekankan iaitu : 1. memilih kaedah saya telah memilih beberapa kaedah yang akan digunakan dalam proses pengajaran iaitu dalam set induksi menggunakan kaedah stimulasi untuk menarik minat pelajar dengan teka-teki buluh, diikuti dengan kaedah demostrasi membaca kosa kata dengan intonansi yang betul, latihan dan latih tubi untuk pelajar seperti dalam rancangan pengajaran. 2. memilih media saya telah memilih media tayang kaku iaitu LCD gambargambar Power Point dimana pelajar dapat melihat gambar benda yang dibuat daripada buluh dan ejaan suku katanya, media audio iaitu wisel untuk mengawal pelajar, dan media cetak iaitu lembaran kerja latihan sebagai penilaian dan pengukuhan.

3. mereka bentuk media oleh kerana saya memilih media tayang kaku dimana saya tidak dapat mencari gambar-gambar yang diperlukan untuk dipamerkan maka saya menyediakannya sendiri dengan membuat gambar dan perkataan dalam Power Point dengan mengambil kira objektif, pelajar, kos, kepakaran teknikal, peralatan, fasiliti, dan masa. Menurut Morry van Ments (1994), memilih kaedah stimulasi bermain seperti tekateki dapat merangsangkan minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Pada langkah keempat adalah gunakan media dan bahan, dimana penggunaan media terbahagi kepada lima langkah yang penting bagi penggunaan media yang berkesan iaitu: 1. pribu bahan 2. sediakan bahan 3. sediakan persekitaran 4. sediakan pelajar 5. sediakan pengalaman pembelajaran Menurut Paul R.Burden (2000), penggunaan media secara berkesan dapat mengatasi masalah dalam proses pengajaran kerana pelajar lebih mudah memahami apa yang diajar jika media pengajaran yang digunakan adalah sesuai. Guru akan menyediakan kesemua bahan yang diperlukan untuk pengajaran seperti memastikan media tayangan kaku berfungsi, memastikan pelajar berada dalam keadaan bersedia semasa sesi pengajaran, dan banyak lagi. Pada langkah kelima adalah libatkan pelajar, dimana guru perlu memastikan pelajar turut terlibat dalam aktiviti pengajarannya iaitu perbincangan dan membuat latihan. Menurut Paul R.Burden (2000), proses pengajaran perlu melibatkan pelajar kerana pelajar sukar belajar secara dengan hanya memerhati tetapi mereka lebih mudah belajar jika turut serta dalam aktiviti. Oleh itu, pelajar perlu diberi latihan untuk memudahkan mereka mempelajarinya. Guru akan menyuruh pelajar menjawab soalan tayangan gambar kaku secara berkumpulan dan membuat latihan yang diedarkan.

Pada langkah keenam iaitu nilai dan semak, proses ini merupakan langkah reakhir dalam model ASSURE dimana penilaian dibuat sepanjang proses pengajaran iaitu sebelum, semasa dan selepas pengajaran. Penilaian dibuat merujuk kepada pencapaian pelajar, pembelajaran yang dihasilkan, media dan kaedah, kualiti media, penggunaan guru, dan penggunaan murid. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) penilaian adalah penting untuk memberitahu guru akan keberkesanan rancangan pengajarannya keatas pelajar. Keadaan ini penting supaya guru tersebut dapat memperbaiki kesilapan dan membuat perubahan terhadap rancangan pengajarannya pada masa depan untuk mengajar dengan lebih baik. Guru akan menilai sama ada pelajar dapat mengikuti pengajaran dengan menggunakan media tayangan kaku yang disediakan atau tidak. Guru akan menilai sama ada pelajar dapat menyebut suku kata dengan intonansi yang betul sebelum, semasa dan selepas pengajarannya dengan meminta mereka menyebutnya. Guru akan menilai pembelajaran yang dihasilkan adalah berkesan atau tidak dengan merujuk kepada pencapaian pelajar berpandukan objektif yang telah dirancang.

PENDEKATAN PENGAJARAN YANG TERBAIK UNTUK MENGAJAR MURID-MURID YANG BERBEZA KEBOLEHAN

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (1999), pendekatan pengajaran yang berkesan akan membawa pelajar-pelajar terlibat secara aktif dan terkawal dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan in berlaku kerana pendekatan pengajaran yang berkesan akan mendorong pembelajaran, memberi minat dan sikap pelajar lalu mengurangkan banyak masalah yang tidak dikehendaki dalam sesi pengajaran. Pendekatan pengajaran yang berkesan juga akan memberi motivasi secara langsung kepada pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh serta memastikan objektif pengajaran dapat dicapai. Guru akan mengajar daripada memberi contoh yang mudah dan diikuti dengan yang susah atau konkrit kepada abstrak iaitu pada mulanya mewarnakan imbuhan perkataan dengan warna yang berbeza supaya pelajar dapat menyebut dengan senang pada mulanya dan diikuti dengan tidak membezakan warna imbuhan perkataan yang akan disebut diikuti dengan tidak diberi perkataan tetapi gambar sahaja dan pelajar perlu menyebut berdasarkan ingatan mereka (media tayangan kaku Power Point). Ini adalah cara pelajar dapat melihat perkataan dengan perbezaan imbuhan terlebih dahulu diikuti dengan perkataan sahaja tanpa membezakan imbuhan dan akhir sekali gambar sahaja dimana pelajar perlu mengingat kembali suku kata perkataan. Dari segi soalan yang diberikan juga dari senang kepada susah iaitu dengan membaca sahaja suku kata dengan melihat perkataan yang di tayangkan diikuti dengan memadankan gambar dengan namanya. Ini akan memberi pelajar masa yang cukup untuk menguasai pengajaran yang diberikan. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan Puan Ramlah Jantan (2006), pendekatan pengajaran koperatif adalah

penggunaan kumpulan-kumpulan kecil dalam pembelajaran supaya pelajar bekerjasama untuk memaksimumkan pembelajaran sendiri dan rakan-rakan lain. Pelajar diberi dua tanggungjawab iaitu mempelajari bahan yang diberikan dan membantu rakan mempelajari bahan tersebut. Pelajar akan membantu satu sama lain dalam kumpulannya. Guru akan membahagikan pelajar kedalam 3 kumpulan yang mempunyai pelajar yang berbeza kebolehan dimana pelajar yang cekap dapat menolong pelajar yang kurang cekap. Pelajar akan belajar dalam bentuk kumpulan dengan menyebut, mengeja dan menjawab soalan dalam kumpulan. Aktiviti kumpulan ini dapat membantu pelajar yang kurang cekap dengan mendapat bimbingan daripada pelajar yang cekap. Pada masa yang sama guru memberi motivasi dan peneguhan positif kepada pelajar dengan memuji dan memberi ganjaran kepada kumpulan pelajar yang berjaya. Menurut Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986), guru perlu membahagikan pelajar mengikut aras kebolehan masing-masing untuk menjawab latihan yang diberikan dimana guru perlu menyediakan latihan berdasarkan aras kebolehan pelajar. Akhir sekali guru akan membentuk kumpulan pelajar mengikut aras kebolehan pelajar untuk membuat latihan peneguhan. Di sini pelajar akan dimasukkan kedalam kumpulan berdasarkan tahap kebolehan mereka dan menyelesaikan soalan yang sesuai dengan mereka. Kumpulan pelajar yang cekap akan mendapat soalan yang mencabar iaitu menulis perkataan , kumpulan sederhana akan memadankan gambar dan kosa kata manakala kumpulan kurang cekap akan melengkapkan perkataan dengan mengisi huruf yang hilang. Keadaan ini dapat memastikan pelajar yang berbeza kebolehan dapat mencapai objektif pengajaran bersama. Guru pada masa yang sama akan membimbing pelajar. Menurut Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan Puan Ramlah Jantan (2006), pendekatan pengajaran langsung sesuai sekiranya setiap pelajar perlu menguasai maklumat dan kemahiran tertentu. Pada mulanya guru akan meminta pelajar untuk meneka teka-teki buluh untuk menarik pelajar dan secara tidak langsung mengaitkannya dengan pengajaran. Guru akan mendemotrasi dan meminta pelajar mengikutnya iaitu guru menyebut suku kata dengan intonansi yang betul dan pelajar akan mengikutnya. Ini akan

10

memudahkan pelajar belajar membaca dengan intonansi kosa kata yang betul. Guru juga akan menyoal pelajar untuk mendapat maklum balas daripada pelajar dengan meminta mereka membaca perkataan yang dipaparkan dan terus membetulkan kesilapan. Guru akan meminta mereka mengulangi cara menyebut untuk memastikan mereka dapat menyebut dengan betul dan pada masa yang sama dapat mengeja dan tahu akan apa yang mereka pelajari. Guru akan membantu pelajar yang lemah dengan membimbing mereka untuk menyebut , mengeja dan menjelaskan benda tersebut. Akhir sekali guru akan memberi latihan untuk melakukan pengukuhan. Guru akan mendemonstrasikan cara membaca dengan intonansi yang betul supaya pelajar dapat meniru atau membaca dengan cara yang betul dengan merujuk kepada cara guru membaca dengan betul melalui mendengar. Maka pelajar dapat tahu intonansi yang betul dan dapat mengaplikasikannya dalam membaca dengan betul iaitu dari mudah kepada yang susah iaitu mengulang apa yang disebut oleh guru dan menghafalnya lalu tahu cara membaca dengan intonansi yang betul. Kemudian guru akan memberi pelajar peluang untuk membaca dalam kumpulan iaitu yang susah iaitu guru tidak membimbing mereka membaca tetapi mereka perlu membaca sendiri dalam kumpulan dengan intonansi yang betul.

11

MEDIA PENGAJARAN YANG DIGUNAKAN

Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005) media pengajaran adalah segala sesuatu yang digunakan untuk menyalurkan pesanan daripada pengirim kepada penerima sehingga dapat merangsangkan fikiran, perasaan, minat, serta perhatian pelajar dan seterusnya terjadinya proses pembelajaran. Media pengajaran yang digunakan adalah media tayang kaku (visual) iaitu LCD gambar-gambar Power Point dimana pelajar dapat melihat gambar benda yang dibuat daripada buluh dan ejaan suku katanya, media cetak iaitu lembaran kerja latihan sebagai penilaian dan pengukuhan, dan media audio iaitu wisel untuk mengawal pelajar. Media tayangan kaku iaitu LCD gambar-gambar Power Point dipilih kerana dapat menunjukkan gambar barang yang dibuat daripada buluh dengan jelas kepada pelajar supaya mereka dapat melihatnya. Selain itu, perkataan ejaan suku kata buluh juga dapat ditunjukkan dengan jelas dengan warnanya yang membezakan imbuhan untuk menyenangkan pelajar mempelajari sebutan kosa kata dengan intonansi yang betul. Guru pada masa yang sama akan mendemostrasikan cara sebutan suku kata dengan intonansi yang betul berpandukan perkataan yang ditunjukkan dalam LCD dan pelajar akan mengikutnya. Menurut Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), gambar pegunyang ditunjukkan dalam LCD dapat membantu pelajar mengenal pasti visual dengan mencapai objektif pengajaran pada tahap yang tinggi berbanding dengan media lain. Pelajar dapat melihat apa benda yang diperbuat daripada buluh dan nama benda tersebut dengan suku kata yang betul. Ini secara langsung akan memudahkan pelajar mengenali benda dengan melihat kepada gambar dan mempelajari nama benda tersebut dengan melihat terus kepada perkataan yang tertera di bawahnya. 12

Mereka juga mudah mengeja dan mengingati kosa kata kerana perkataan tersebut dipaparkan dengan warna yang berbeza dari segi imbuhan untuk memudahkan pelajar menyebut dan mengeja. Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984) penggunaan media tayang kaku LCD gambar-gambar Power Point dapat meningkatkan pemahaman pelajar keatas daya ingatan objek yang dipamerkan. Ini secara langgsung akan memudahkan pelajar mengenali benda yang diperbuat daripada buluh dan cara menyebutnya kerana telah ditunjukkan ejaan kosa kata buluh dengan warna yang berbeza dari segi imbuhan. Ini akan memudahkan pelajar menyebut kosa kata dengan intonansi yang betul berpandukan demostrasi guru dalam membaca dan melihat warna imbuhan dengan menyebut berpandukan warna imbuhan. Penggunaan LCD ini boleh mengawal kelajuan gambar yang dipaparkan dan mengulang dengan senang berdasarkan kepada kelajuan pelajar mempelajarinya. Media cetak iaitu lembaran kerja latihan kepada pelajar dimana pelajar perlu membuat latihan pengukuhan secara individu untuk mengukuhkan pengetahuan mereka mengenai apa yang diajar dengan menulis semula nama benda yang di buat daripada buluh, memadankan gambar dengan nama serta mengisi huruf perkataan yang telah hilang. Kesemua ini akan menigkatkan daya ingatan pelajar. Media audio yang digunakan adalah wisel dimana digunakan untuk mengawal perlakuan pelajar dalam kelas. Wisel akan dibunyikan apabila pelajar membuat bising untuk mensenyapkan pelajar, masa untuk aktiviti seterusnya, dan menukar kumpulan. Ini akan memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.

13

CARA-CARA MENGURUSKAN PERLAKUAN PELAJAR YANG MENIMBULKAN MASALAH

Cara menguruskan perlakuan perlakuan pelajar yang menimbulkan masalah adalah dengan mempraktikkan unsur-unsur motifikasi behaviourisme dalam sesi pengajaran. Menurut Edwards, C. H. (2000) motifikasi behaviourisme dalam kelas boleh dijalankan secara positif ataupun negatif. Cara positif seperti memberi galakan akan membina sistem peneguhan kepada pelajar untuk mengulangi perbuatan mereka manakala cara negatif seperti merotan akan menyebabkan pelajar mengelak dari mengulangi perbuatan mereka. Di sini guru menggunakan cara motifikasi behaviourisme positif iaitu memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar yang baik dan menjawab dengan betul. Keadaan ini akan membina peneguhan positif ke atas pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak menimbulkan masalah untuk membolehkan mereka mendapat pujian dan ganjaran daripada guru. Dalam proses pengajaran guru akan memberi pujian dan ganjaran kepada pelajar yang dapat menjawab dengan betul dan pelajar yang menimbulkan masalah tidak akan mendapatnya. Ini akan menimbulkan rasa ingin mendapatkan ganjaran di kalangan mereka maka mereka akan hentikan perlakuan mereka yang bermasalah untuk mendapatkan ganjaran dan pujian daripada guru. Guru akan menasihati pelajar yang menimbulkan masalah dengan cara positif iaitu mengatakan jika mereka tidak mengulangi perbuatan negatif tersebut mereka akan diberi ganjaran. Keadaan ini akan menyebabkan mereka berhenti daripada mengulangi masalah mereka kerana mereka ingin mendapat ganjaran daripada guru. Selain itu, guru juga akan menggunakan wisel untuk mengawal keadaan kelas seperti bising. Semasa bising, guru akan membunyikan wisel untuk

14

menarik perhatian pelajar kembali kerana bunyi wisel yang nyaring akan menarik perhatian seluruh kelas. Cara ini akan menyebabkan kelas menjadi senyap dan pelajar yang menimbulkan masalah bising akan berhenti dan merasa malu lalu tidak akan mengulangi perlakuan bermasalah mereka lagi. Guru akan menggunakan media pengajaran yang menarik iaitu tayangan gambar kaku yang dapat menarik minat pelajar untuk mengikuti pengajarannya. Pelajar yang menimbulkan masalah akan cenderung untuk menghentikan tingkah laku negatif mereka kerana mereka tertarik dengan media pengajaran yang digunakan. Guru akan mengajar menggunakan prinsip pengajaran dan pembelajaran Gagne dengan memulakan pengajaran dari yang mudah kepada yang susah (Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan Puan Ramlah Jantan (2006) ). Guru akan mewarnakan kosa kata yang disebutkan dengan warna yang berbeza mengikut imbuhan pada awalnya supaya pelajar dapat membaca dengan senang dan kemudian kepada satu warna sahaja untuk pelajar membaca perkataan itu tanpa membezakan warna imbuhan yang akan disebut. Ini akan menyenangkan pelajar belajar dan dapat mengelakkan pelajar melakukan tindakkan yang tidak diingini kerana mereka dapat mengikuti pengajaran yang disampaikan. Guru memberi perhatian dan bimbingan kepada semua pelajar dalam kelas tanpa mengabaikan pelajar yang lemah ataupun yang cerdik supaya pelajar dapat mendapat apa yang diajar supaya pelajar tidak berasa bosan atau ketinggalan dalam pengajaran maka tidak timbul pelajar yang mendatangkan masalah kerana mereka dapat mengikut pengajaran yang diberikan. Menurut Ee Ah Meng (1997) dengan memberi perhatian kepada semua pelajar, pelajar akan dapat mengikuti pelajaran yang dijalankan dan tidak akan tertinggal dan menimbulkan masalah dalam kelas.

15

JENIS-JENIS SOALAN BERASASKAN DOMAIN KOGNITIF BLOOM

Menurut Taksonomi Kognitif : Gaya Konkrit Rambang (23 Julai 1999) menyatakan bahawa terdapat enam peringkat pembelajaran kognitif iaitu: 1. pengetahuan 2. kefahaman 3. aplikasi 4. analisis 5. sintesis 6. penilaian Setiap peringkat ini akan menunjukkan perbezaan tahap kesukaran soalan yang perlu dijawab oleh seseorang pelajar. Soalan yang berasaskan kepada peringkat pengetahuan adalah soalan yang memerlukan pelajar mengingat kembali fakta definisi atau perkara yang telah di pelajari. Pada mulanya, guru memberi pelajar-pelajar soalan untuk dijawab dalam kumpulan dimana pelajar perlu bersama-sama menjawab soalan yang diberikan kepada kumpulan mereka. Soalan yang diberikan adalah mengeja dan menyebut suku kata perkataan benda yang dibuat daripada buluh dengan intonansi yang betul. Ini adalah soalan tahap pengetahuan dalam taksonomi bloom dimana pelajar akan mengingat kembali cara mengeja dan sebutan dengan intonansi yang betul. Kemudian guru memasukkan pelajar ke dalam kumpulan untuk menjawab soalan dengan memadankan gambar dengan nama bahan yang diperbuat daripada buluh dengan sebutan kosa kata dengan intonansi yang betul. Di sini pelajar dalam kumpulan akan bersama-sama mengingat kembali nama gambar alat yang di perbuat daripada buluh. Ini adalah soalan tahap pengetahuan bagi

16

domain kognitif bloom yang hanya memerlukan pelajar mengingat kembali apa yang telah dipelajari tetapi lebih mencabar berbanding dengan yang pertama kerana pelajar perlu mengecam bahan dan namanya. Seterusnya pelajar akan diberi soalan berdasarkan aras pencapaian pelajar tersebut dalam pembelajaran. Pelajar cekap perlu menulis semula perkataan dengan hanya melihat gambar sahaja. Pelajar sederhana pula akan memadankan gambar dengan nama benda tersebut melalui gariskannya. Pelajar kurang cekap pula perlu mengisi huruf yang tertinggal dalam perkataan dengan merujuk kepada gambar. Pelajar dibekalkan dengan latihan yang berlainan tahap kesukaran supaya pelajar cekap tidak berasa bosan dan pelajar kurang cekap boleh menjawab. Tetapi ketiga-tiga latihan ini adalah menjurus kepada objektif yang sama. Ketiga-tiga soalan ini adalah soalan tahap pengetahuan dalam taksonomi bloom tetapi dalam aras kesukaran yang berbeza untuk mengingat semula ejaan benda yang dibuat daripada buluh.

17

Rancangan Pengajaran
Tarikh Masa Tahun Bilangan Pelajar Mata Pelajaran : 07 Julai 2006 ( Jumaat ) : 0730-0830 ( 60 minit ) : 2 Putih : 45 orang : Bahasa Melayu

Tajuk Pengajaran : Buluh Pelbagai Guna Pengetahuan Sedia Ada : 1. Murid-murid pernah melihat dan tahu serba sedikit mengenai buluh. 2. Murid-murid pernah menggunakan alat yang dibuat oleh buluh. Objektif Pengajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : 1. Membaca sekurang-kurangnya empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Mengeja sekurang-kurangnya tiga kosa kata dengan betul. 3. Mengisi sekurang-kurangnya tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar. Isi Pelajaran 1. 2. 3 Kosa Kata - seruling, lemang, perabot, rakit, bubu, bakul. Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca. Menjawab soalan secara bertatasusila dengan menggunakan ungkapan yang sesuai. Nilai-nilai murni: 1. menghargai

18

2. kerjasama Alat Bantu Belajar : 1. -wisel 2. LCD Gambar-gambar (lampiran I) 3. Petikan isi tempat kosong (Power Point) 4. kosa kata (Power Point) 5. lembaran kerja Bahan Rujukan 1. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU TEKS. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 2. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU LATIHAN DAN AKTIVITI. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Langkah Keselamatan 1. Menggunakan wisel untuk mengawal keadaan murid dalam kelas seperti membunyikan visel sebagai tanda masa sudah sampai maka murid perlu diam dan beri perhatian. Mengelak murid membuat bising dan mengikut arahan. 2. Murid-murid dikehendaki menjalankan aktiviti secara teratur. Elakan daripada berebut-rebut supaya aktiviti berjalan dengan lancar dan teratur. Induksi Set Pengenalan Tajuk : Buluh Pelbagai Guna Masa : 4 minit (0730-0734) Strategi :

19

1. Guru memasang Power Point yang disediakan dan meminta murid-murid membaca teka-teki (buluh) dalam paparan secara beramai-ramai dengan sebutan dan intonasi yang betul serta menarik. 2. Murid-murid di minta untuk meneka jawapan teka-teki. 3. Kemudian guru akan memaparkan jawapan teka-teki yang tepat dengan slaid gambar dan mengaitkannya dengan isi pelajaran. Kaedah: membaca intensif , dan mendengar dengan berkesan Aktiviti : Menjawab teka-teki Penggunaan Media : Microsoft Power Point LCD(Gambar-gambar )

Langkah penyampaian

Langkah Langkah 1 (12 Minit) 0734-0746

Isi Pelajaran Mengeja dan menyebut perkataan dengan intonasi yang betul : Kosa Kata 1. bakul 2. rakit 3. bubu 4. lemang 5. seruling 6. perabot Strategi :

Kaedah Penyampaian 1. Guru meminta murid-murid menyebut perkataan 2. Guru dengan berpandukan dan mengeja gambar dalam paparan LCD. menyebut perkataan dengan intonansi yang betul (pembetulan dan mendemostrasikan). 3. Murid-murid akan mengeja dan mengulang sebutan perkataan dengan intonasi yang betul beramai-ramai. 4. Guru memberikan makna perkataan sambil membina ayat pendek sebagai contoh. 5. Guru memberi bimbingan. Kaedah: membaca intensif , mendengar dengan 20

berkesan Aktiviti : menyebut , mengeja dan membaca. Penggunaan Media : Microsoft Power Point LCD(Gambar-gambar ) Langkah 2 (12 Minit) 0746-0758 Mengeja dan menyebut perkataan dengan intonasi yang betul : Kosa Kata 1. bakul 2. rakit 3. bubu 4. lemang 5. seruling 6. perabot Strategi : 1. Guru membahagikan murid-murid ke dalam 3 kumpulan iaitu 15 orang dalam satu kumpulan. 2. Guru persatu memaparkan dan gambar satu meminta murid-murid

menjawab mengikut kumpulan. 3. Guru meminta murid-murid tersebut menyebut , mengeja dan membaca perkataan yang dipaparkan secara beramai-ramai mengikut kumpulan. 4. Kumpulan yang mengeja perkataan dengan betul akan diberikan pujian dan ganjaran. 5. Guru memberi bimbingan. Kaedah: membaca intensif , menjana idea dan menghubungkait Aktiviti : menyebut , mengeja dan membaca.

21

Penggunaan Media : Microsoft Power Point LCD(Gambar-gambar ) Langkah 3 (10 Minit) 0758-0808 Mengisi kosong gambar : Kosa Kata 1. bakul 2. rakit 3. bubu 4. lemang 5. seruling 6. perabot tempat Strategi : berpandukan 1. Guru meminta murid-murid mengikut kumpulan memerhatikan setiap gambar yang dipaparkan. 2. Guru mengulaskan tentang kosa kata secara ringkas. 3. Guru meminta murid-murid memberi jawapan yang betul berpandukan gambar mengikut kumpulan. 4. Guru mengulaskan jawapan muridmurid. 5. Kumpulan yang menjawab perkataan dengan betul akan diberikan pujian dan ganjaran. 6. Guru memberi bimbingan. Kaedah: menjawab berpandukan gambar Aktiviti : menjawab berpandukan gambar Penggunaan Media : Microsoft Power Point LCD(Gambar-gambar ) Langkah 4 (14 Minit) 0808-0822 Membuat latihan mengikut aras kebolehan murid. Aras kumpulan: 1. Guru mengulaskan isi pelajaran hari ini. 2. Guru membahagikan setiap murid 22 Strategi :

1. singa (murid cekap) 2. harimau ( murid sederhana) 3. gajah (murid kurang cekap)

mengikut

aras

kebolehan

masing-

masing dalam kumpulan. Aras kumpulan: singa ( murid cekap) harimau (murid sederhana) gajah (murid kurang cekap)

3. Guru memberi latihan yang berbeza kepada murid mengikut kumpulan aras masing-masing. Murid-murid singa sendiri dalam kumpulan perlu di (murid kerana dalam cekap) hanya

menulis jawapan gambar itu bekalkan gambar sahaja. Murid-murid kumpulan harimau (murid sederhana) akan mengisi jawapan berdasarkan pilihan bekalkan gambar. Murid-murid gajah (murid dalam kumpulan cekap) hilang kurang yang jawapan bersama yang di dengan

akan melengkapkan huruf-huruf perkataan berdasarkan gambar. 4. Murid menyiapkan latihan dalam lembaran kerja. Kaedah: menyiapkan latihan dalam lembaran kerja.

23

Aktiviti : membuat latihan Penggunaan Media : latihan lembaran kerja Kesimpulan Guru mengulas perkara yang penting. Masa : 8 minit (0822-0830) Strategi : 1. Guru memasang Power Point yang disediakan dan meminta murid-murid mengeja dan membaca paparan slaid gambar secara beramai-ramai dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Guru menggunakan Power Point dengan memaparkan gambar dan meminta murid-murid mengingat semula dengan menyebut ke semua 6 barang yang di buat daripada buluh yang telah di pelajari. Kaedah: membaca paparan slaid Power Point dan menyatakan tanpa melihat Perkataan dengan mengingat kembali. Aktiviti : mengingat kembali. Penggunaan Media : Microsoft Power Point LCD(Gambar-gambar ) Penilaian Guru melakukan penilaian formatif. Strategi : 1. Langkah 1, guru meminta murid-murid menyebut perkataan dengan berpandukan gambar dalam paparan LCD tanpa mendemotrasi terlebih dahulu, guru mendapati kebanyakan murid tidak menyebut dengan kosa kata yang betul dari segi intonasinya. 2. Langkah 2, guru meminta murid-murid tersebut menyebut , mengeja dan membaca perkataan yang dipaparkan secara beramai-ramai mengikut

24

kumpulan, guru mendapati jumlah murid yang dapat menyebut dengan intonansi yang betul telah bertambah. 3. Langkah 3, guru meminta murid-murid memberi jawapan yang betul berpandukan gambar mengikut kumpulan, guru mendapati murid-murid menolong satu sama lain dan menjawab dengan betul. 4. Langkah 4, guru memberi latihan yang berbeza kepada murid mengikut kumpulan aras masing-masing, guru mendapati kesemua latihan yang di berikan bersesuaian kerana murid dapat menjawab tanpa di bimbing. 5. Akhir sekali sebagai penutup guru memasang Power Point dan meminta murid-murid mengingat semula dengan menyebut ke semua 6 barang yang di buat daripada buluh yang telah di pelajari dan mendapati muridmurid dapat : a. Membaca empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. b. Mengeja tiga kosa kata dengan betul. c. Mengisi tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar. Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : a. Membaca empat daripada enam perkataan dengan sebutan dan intonasi yang betul. b. Mengeja tiga kosa kata dengan betul. c. Mengisi tiga tempat kosong dengan perkataan yang sesuai berpandukan gambar.

Tugasan 1. Murid secara berkumpulan dalam menjawab jawapan untuk gambargambar yang di paparkan pada LCD. 2. Murid membuat latihan lembaran kerja mengikut aras kebolehan mereka.

25

Ulasan diri 1. Induksi set sangat berkesan kerana murid-murid memberi pelbagai jawapan dan memberi mereka minat untuk meneruskan pembelajaran. 2. Aktiviti berkumpulan menampakkan murid menjadi bising maka saya mengawal mereka dengan membunyikan wisel untuk menandakan isyarat diam dan di buktikan ini dapat mengawal murid daripada membuat bising. 3. Memberi pujian dan ganjaran jelas dapat menarik minat murid untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menjawab. Ulasan Penyelia

BENTUK SLAID POWER POINT

26

Bila kecil kepala tajam, tajam, Bila besar rambut mengembang; mengembang; Sewaktu kecil boleh di makan, makan, Sewaktu dewasa banyak gunanya. gunanya. Tahukah adik apa bendanya itu? itu?

Seru ling Seruling


Buluh

Pera bot Perabot

Bakul Bakul

Lemang Lemang

BAKUL

PERABOT

SERULING

LEMANG

Bubu Bubu

Rakit Rakit

BUBU

RAKIT

Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai


PERABOT
BUBU

BAKUL

PERABOT

LEMANG

RAKIT

SERULING

LEMANG

SERULING

BAKUL

BUBU

RAKIT

Lembaran kerja :

27

1. Kumpulan singa Menulis benda yang dibuat daripada buluh berpandukan gambar 1.

2.

3.

4.

5.

28

6.

2. Kumpulan harimau Padankan gambar benda yang dibuat daripada buluh dengan namanya.

1.

Seruling

2.

Lemang

3.

Bakul

4.

Bubu

29

5.

Perabot

6.

Rakit

3. Kumpulan gajah Lengkapkan huruf-huruf perkataan yang hilang berpandukan gambar

1.

P_r_bu_

2.

B__u_

3.

S_r_l__g

30

4.

L__an_

5.

B__u

6.

R_k__

RUJUKAN

1. Abd. Rahim Abd. Rashid (1999). PROFESIONALISME MOTIVASI PENGURUSAN BILIK DARJAH. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. 2. Dr. Sharifah Maimunah binti Syed Zin (2005). HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH SJKTAHUN 2 BAHASA MELAYU. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Kendidikan Malaysia. 3. Edwards, C. H. (2000). Classroom disipline and management (3rd ed) . New York: John Wiley & Sons. 4. Ee Ah Meng (1997). PEDAGOGO I Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II). Selangor: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

31

5. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU TEKS. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 6. Mashudi bin Bahari, Nurfarah Lo binti Abdullah (2003), BAHASA MELAYU TAHUN 2 SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (CINA/TAMIL) BUKU LATIHAN DAN AKTIVITI. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 7. Menurut Paul R.Burden (2000). POWERFUL CLASSROOM MANAGEMENT STRATEGIES. United Kingdom: Corwin Press Inc. 8. Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee (1986). KURIKULUM BARU SEKOLAH RENDAH TAHAP 1. Selangor: Heinemann Educational Books Ltd. 9. Morry van Ments (1994). THE EFFERCTIVE USE OF ROLE PLAY . London: Kogan Page Limited. 10. Prof. Dr. Khadijah Rohani Mohd Yunus, Puan Mahani Razali dan Puan Ramlah Jantan (2006). HBET2103 Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. 11. Prof. Madya Dr. Wan Abdul Kader Wan Ahmad, Prof. Dr. Ramlah Hamzah, Dr. Rosini Abu (2005), HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Open Universiti Malaysia. 12. Sharifah Alwiah Alsagoff (1984). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 13. Taksonomi Kognitif : Gaya Konkrit Rambang (23 Julai 1999). Didapati pada 28 Februari2006 daripada http://www.teachersrock.net/Taks_k_r.htm

32

You might also like