You are on page 1of 3

Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Apin-Apin Keningau 2013 Tajuk: Kertas kerja permohonan peruntukan pengurusan dan

pentadbiran Psikometrik

Pengenalan
Psikometrik Ialah pentaksiran yang dilaksanakan di peringkat sekolah atau pusat untuk mengukur kebolehan semulajadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid. Pentaksiran Psikometrik adalah pentaksiran yang direkabentuk untuk mendapatkan maklumat secara kualitatif dan kuantitatif tentang keupayaan seseorang untuk bertindak balas dalam suatu cara tertentu. Pentaksiran ini boleh mengukur kebolehan semula jadi (innate ability) dan kebolehan yang diperoleh(acquired ability ) daripada pengalaman dan persekitaran dan tidak berasaskan kurikulum dan proses pengajaran dan pembelajaran. Matlamat Menyediakan one stop centere pengurusan psikometrik yang sistematik Objektif 1. 2. 3. Menyediakan fail psikometrik setiap pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua supaya mudah diakses oleh guru-guru dan para pelajar. Kemudahan dan ruang yang selesa untuk penyimpanan fail dan maklumat berbentuk diskripsi. Menyediakan satu mekanisma ciri-ciri keselamatan untuk mengelakkan kerosakan, kehilangan dan kebocoran maklumat sulit pelajar berdasarkan akta kerahsiaan. Memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan amnya dan khasnya PBS menyediakan kelengkapan dan dan ruang untuk pentadbiran Psikometrik.

4. Sasaran

Semua pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua tahun 2013 akan mendapat fail peribadi psikometrik. Metodologi 1. 2. Menyediakan fail individu setiap pelajar tingkatan satu dan tingkatan dua. Mengadakan sesi taklimat kepada semua pelajar tentang psikometrik. 1

3. 4.

Mentadbir ujian Menginterpretasi ujian psikometrik setiap pelajar dan membuat pelaporan dalam bentuk diskripsi kemudiannya disimpan dalam fail individu.

Pelaksanaan 1. 2. 3. 4. Sepanjang tahun 2013 apabila mendapat surat kuasa dan instrumen daripada Lembaga peperiksaan (KPM). Dapatan Ujian akan di analisis dan kemudiannya di laporkan kepada pihak pentadbir. Intervensi akan dilaksanakan sekiranya perlu. Pelajar akan dijemput menghadiri sesi untuk mengetahui keputusan ujian.

AJK Psikometrik Pengerusi T.Pengerusi Penyelaras Setiausaha 1 Setiausaha 2 : : : : : Pengetua Cemerlang PK Kanan 1 dan Pentadbiran Puan Dorren Pius Encik Kennedy Alip Puan Aimah Yahya.

AJK Pengurusan dan pentadbiran : Encik Kennedy Alip

Anggaran Perbelanjaan Perkara Harga seunit Fail Individu RM 5.50 Fail Pentadbiran RM 7.90 Rak RM 200 Jumlah keseluruhan perbelanjaan

Bilangan perlu 220 6 6

Jumlah RM 1210.00 RM 35.40 RM 1200.00 RM 2445.40

Penutupan Kesediaan pihak pengurusan sekolah menyediakan kelengkapan ini akan dapat meningkatkan kualiti pengurusan pendidikan terutamanaya yang berkaitan dengan pengurusan inventori pelajar dan akan mendokong kearah visi dan misi sekolah yang berhasrat menjadi antara sekolah yang berada di sukuan teratas di negeri sabah dalam kecemerlangan akademik.

Disediakan oleh :

Encik Kennedy Alip Kaunselor Pelajar

You might also like