You are on page 1of 14

15. 3 Fungsi utama Bahan Bantu Mengajar adalah bagi memudahkan para pelajarmemahami isi pengajaran.

Bahan Bantu Mengajar yang berkesan haruslah dapatmembantu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru yang mempunyai dayakreativiti, bijak memilih bahan yang sesuai dan kaedah pengajaran yang terbaik agarianya berkesan. Walaupun pada masa-masa tertentu pelajar-pelajar memahamipengajaran guru, namun keperluan kepada Bahan Bantu Mengajar adalah pentingtidak kira sama ada bahan yang digunakan bahan elektronik atau bukan elektronik. .Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alat berkenaandapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. Keberkesanan Bahan BantuMengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh teknikpenggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145).Antara jenis-jenis BBM itu boleh dibahagikan kepada dua iaitu: 1. Peralatan elektronik seperti komputer, televisyen, radio dan sebarang alat audio video. 2. Peralatan bukan elektronik seperti peta, carta, surat khabar, bahan manipulatif, tangram, papan paku, bongkah kayu dan sebagainya. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dapat mengatasi masalah seperti disiplinpelajar, kekurangan masa, kawalan kelas, dan kurang minat pelajar

terhadappengajaran guru. Bahan Bantu Mengajar bukan sahaja dapat meningkatkan rasa ingintahu di kalangan pelajar, bahkan dapat menambahkan variasi kepada teknikpengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah, pelbagai Bahan Bantu Mengajardigunakan sebagai satu cara untuk menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yangmenarik dan berkesan (Yusup Hashim, 1997, m.s 16). Mok Soon Sang (1996, m.s 58),pula mengatakan bahawa penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam prosespengajaran adalah amat penting. Ini kerana ia dapat membantu guru

menyampaikanpengajaran dengan mudah, cepat serta menarik. Bahan Bantu Mengajar yangdisediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.Manakala isi kandungan haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendakdiajar. Pada amnya,cara menggunakan Bahan Bantu Mengajar hendaklah diuruskan

16. 4dengan betul dan cekap supaya pelajar dapat memahami dan mengekalkan konsepatau fakta matematik dalam ingatan mereka (Musa Daia, 1992, m.s 72). Selain sebagai bahan tambahan kepada penyampaian pengajaran secara lisanoleh guru,penggunaan Bahan Bantu Mengajar sebenarnya turut memberi peluangkepada pelajar memperolehi pengetahuan melalui penggunaan pelbagai deria, iaituderia penglihatan, deria sentuh, dan deria pendengaran (Mok Soon Sang, 1996,m.s.162). Senarai Bahan Bantu Mengajar yang dapat digunakan oleh guru matematiktidak terbatas. Ia hanya terhad oleh inisiatif dan kreativiti guru. Bahan Bantu Mengajarmatematik atau bahan manipulatif yang biasa digunakan dalam pembelajaranmatematik termasuklah: a. Bahan-bahan pembilang seperti manik-manik berwarna, blok-blok kayu pelbagai bentuk, penyedut minuman, butang, kayu aiskrim dan

sebagainya. b. Bahan berbentuk kertas seperti kad, carta, kertas graf dan sebarang kertas. c. Alat-alat pengukuran seperti cawan mainan, tin dan botol. d. Alat permainan dan teka teki matematik. e. Alat elektronik seperti computer, kalkulator dan internet f. Model-model pertalian geometri seperti papan paku atau geoboard, tangram, model geometri kayu ataupun plastik.1.2 Pernyataan MasalahMatematik penting dan berguna untuk kehidupan seharian dan kerjaya pada masadepan pelajar.Hampir semua pelajar menganggap Matematik adalah suatu sujek yangsukar dan abstrak. Para guru juga merasakan pengajaran Matematik sebagi suatucabaran besar. Mengapakah keadaan begini berlaku?

17. 5 Adakah isi kandungan matematik memang sukar dan abstrak sehinggadianggap hanya sesuai untuk segolongan pelajar yang berkebolehan tinggi sahaja?Atau adakah cara penyampaian dan pengajaran guru yang menyebabkan matematiksukar dan kurang diminati oleh kebanyakan pelajar? Pembelajaran matematik tidak sepatutnya menjadi suatu pengalaman yangberbentuk 3B, iaitu membosankan, membingungkan dan memberatkan pelajar kita.Pengajaran matematik juga bukanlah suatu tugas yang sukar dan berat kepada guru.Pendidikan matematik pada peringkat sekolah rendah dan menengah bercorakpendidikan asas. Walaupun terdapat beberapa konsep matematik yang abstrak, namunbegitu kebanyakkan konsep dan kemahiran yang diajar adalah asas dan diperlukandalam kehidupan harian kita. Oleh itu, pembelajaran matematik sepatutnya dijadikansebagai satu pengalaman yang seronok dan mencabar kepada semua pelajar. Di antara sebab mengapa tanggapan negatif terhadap matematik ini terjadi,mungkin disebabkan faktor pelajar kurang minat. Para guru sentiasa berusaha mencarirangsangan yang dapat menimbulkan perasaan atau kepuasan yang menyenangkandalam diri pelajar. Bagi tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik pengajaran danpembelajaran, serta latihan yang berperingkat-peringkat, bermakna dan sesuai dengankebolehan, pengalaman dan minat pelajar perlu diambil kira. Ini supaya minat pelajardapat dikekalkan selama yang diperlukan baginya untuk menguasai idea atau isipelajaran tertentu. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan ialah sejauh manakah alatberkenaan dapat memberi manfaat kepada guru dan pelajar-pelajar. KeberkesananBahan Bantu Mengajar bukan sahaja ditentukan oleh kualitinya tetapi juga oleh

teknikpenggunaannya dalam situasi bilik darjah (Rashidi Azizan et.al, 1996, m.s 145). Seseorang guru haruslah sedar bahawa pelajar-pelajar mempelajari sesuatudengan cara berlainan dan kadar kecekapan yang berbeza-beza (Habibah Alias danRahil Mahyuddin, 1990, m.s. 292). Oleh itu guru haruslah peka ketika memilih jenisBahan Bantu Mengajar dengan memastikan ia memenuhi ciri-ciri yang sepatutnya.

18. 6Manakala Bahan Bantu Mengajar yang baik dan sesuai sepatutnya memenuhi ciriciriberikut: a. Berkait dengan isi kandngan pelajaran yang diajar dan hasil yang diharapkan. b.

Menggunakan seberapa banyak deria yang mungkin. c. Tahan lama,,pengukuhan itu haruslah seimbang dengan kos yang diperlukan dalam penggunaannya. d. Dibuat dengan perincian yang tepat. e. Berkualiti tinggi supaya bahagiannya tidak mudah pecah ataupun hilang. f. Rupa bentuk dan warna yang menarik g. Mudah dijaga dan kos jagaannya munasabah h. Sesuai dengan kemudahan yang ada di sekolah. i. Mudah diubah alih dan dipasang semula. j. Fleksible dan pelbagai guna. k. Operasinya mudah l. Cukup besar supaya semua pelajar dapat melihatnya apabila digunakan semasa demonstrasi dalam kelas.Ini bagi memastikan minat pelajar dapat terus dikekalkan. Penggunaan Bahan BantuMengajar yang sesuai akan mendorong minat pelajar untuk melalui prosespembelajaran yang menyeronokan. Seterusnya dapat membantu pelajar mencapaiobjektif pembelajaran seperti yang telah dirancangkan. Minat boleh dianggap sebagaidaya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang,sesuatu benda atau kegiatan atau ianya boleh merupakan pengalaman yangberpengaruh dan telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri (Crow dan Crow, 1983,m.s. 90). Dalam konteks pengajaran Matematik, keberkesanannya akan diperolehidengan melibatkan keseluruhan pancaindera, iaitu deria lihat, dengar, sentuh, hidu danrasa. Penglibatan deria-deria tersebut hanya dapat berlaku secara serentak jikapelbagai Bahan Bantu Mengajar digunakan dalam pengajaran (Fatimah Ali,, 1980,m.s. 165).

19. 7 Kepentingan bantuan Bahan Bantu Mengajar dalam aktiviti pengajaran danpembelajaran sering diperkatakan . Selain itu, ia juga dikatakan mampumempelbagaikan teknik belajar yang lebih berkesan dan boleh membantu aktiviti-aktiviti pembelajaran agar tidak membebankan guru dan murid. (Abdul Rahman,1997, m.s. 254). Bahan Bantu Mengajar merupakan alat yang dapat membantu gurumeningkatkan proses pengajaran dan menyediakan sumber untuk pembelajaran. Jadiperanan Bahan Bantu Mengajar ialah untuk memenuhi kedua-dua proses ini bagimeningkatkan proses komunikasi, menyediakan pelbagai kaedah atau teknik mengajarbagi meningkatkan motivasi pelajar dan melahirkan masyarakat yang

bermaklumatserta berfikiran kritis dan kreatif (Yusup Hashim, 1998, m.s, 287). .1.3 Soalan KajianDalam menyelesaikan masalah kajian ini, penyelidik akan cuba mengenalpastiperkaraperkara seperti yang disenaraikan di bawah ini. 1. Apakah hubungan antara penggunaan Bahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar tahun 5 terhadap matematik. 2. Apakah ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan Bantu Mengajar dapat mempengaruhi minat pelajar terhadap mata pelajaran Matematik1.4 Kesignifikan KajianKurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu SekolahMenengah (KBSM) menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkanpelajaran. Dalam konteks pelajaran matematik KBSR khasnya, penggunaan BahanBantu Mengajar memainkan peranan penting dalam aktiviti pengajaran

danpembelajaran. Guru merancang aktiviti yang menggunakan Bahan Bantu Mengajaruntuk menyampaikan konsep matematik dengan lebih berkesan. Hasil daripada kajianini diharapkan

dapat memberikan kesedaran kepada guru-guru matematik khususnyadan pihak-pihak lain agar memberikan perhatian dan mengambil tindakan sewajarnyaterhadap kepentingan Bahan Bahan Mengajar dalam pengajaran matematik.

20. 8 Menurut Omar Hamalik (1982,m.s.79 ) menjelaskan bahawa kemajuanteknologi moden sekaligus mengajak kita mengubah sikap dan menyedari akanpentingnya Bahan Bantu Mengajar sebagai memenuhi tuntutan kurikulum danpeningkatan kemampuan pelajar. Hasil dapatan daripada kajian ini diharapkandapat: a. membantu pengkaji memperbaiki kelemahan diri sendiri berhubung dengan penggunaan Bahan Bantu Mengajar untuk dimanfaatkan kepada pelajar yang dibimbing. b. Meningkatkan kesedaran dan pengetahuan guru-guru matematik tentang pentingnya penggunaan Bahan Bahan Mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu membentuk guru supaya lebih kritis dan kreatif dalam pembinaan dan pemulihan Bahan Bahan Mengajar yang sesuai dengan minat pelajar yang dibimbing. c. Memberi gambaran yang jelas tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar kepada pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negara dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu satu perancangan yang lebih teliti dapat dirangka seperti menganjurkan kursus yang bersistematik kepada para guru untuk menyalurkan pengetahuann tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar di kalangan guruguru matematik khasnya.1.5 Batasan KajianKajian ini hanyalah difokaskan kepada mata pelajaran Matematik Tahun Lima sahaja.Respondennya terdiri dari pelajar-pelajar Tahun Lima, 2003 yang sedang belajar diSekolah Kebangsaan Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan. Sekolah iniadalah merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak kira-kira 10 km dari bandarKota Bharu. Pelajarnya adalah terdiri dari anak-anak penduduk tempatan dan anak-anak tentera Batalion 8 Bridget. Pemilihan yang dibuat adalah secara rawak.Responden yang dijadikan sampel dalam kajian ini adalah memperolehi kemudahanasas yang sama. Memandangkan sekolah yang dipilih adalah terhad kepada sebuahsekolah sahaja maka segala kenyataan dan dapatan yang diperolehi hasil dari penyelidikan ini adalah hanya boleh digunapakai dalam kajian ini sahaja.

21. 9 BAB 2 TINJAUAN LITERATURDalam bab ini,akan dibincangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkajisebelum ini. Banyak kajian dan penulisan mengenai hubungan di antara penggunaanBahan Bantu Mengajar dengan minat pelajar. Minat yang mendalam dalam matapelajaran matematik memainkan peranan yang penting terhadap pencapaian dalambidang matematik Juga kajian-kajian mengenai ciri-ciri dan jenis-jenis Bahan BantuMengajar yang digunakan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran.2.1 Minat Pelajar Terhadap MatematikMinat boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalammatematik (Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat

terhadapmatematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yangsepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak

akanmenyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada didalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya. Dalam kajian yang dilakukan oleh pensyarah matematik Baharudin Omar,Kamarulzaman Kamaruddin dan Nordin Mamat dari Universiti Pendidikan Sultan

22. 10 Idris (tahun tidak dinyatakan, dalam Norazila Ariff & Norazlina Yusop, 2003,m.s. 12) , menunjukkan kurangnya minat pelajar terhadap mata pelajaran matematikadalah berpunca daripada anggapan mereka yang mengatakan bahawa matematik itususah. Persepsi negatif ini menyebabkan mereka tidak memberi peluang kepada diriuntuk menerima mata pelajaran itu sebagai suatu yang mudah untuk difahami. Adnan Khamis (1986, m.s. 22) juga menyokong kenyataan ini. Kajiannyamenunjukkan bahawa pelajar tidak suka belajar matematik kerana matematikmerupakan satu mata pelajaran yang sukar dan membosankan. Bagi

mengatasimasalah ini, pelajar mempelajari matematik secara hafalan. Akibatnya, ramai pelajarhilang minat untuk belajar matematik. Kesannya pencapaian terhadap

matematikkurang memuaskan. Sementara itu, Crow dan Crow (1986, dalam Ismail Abd. Hamid, 1999, m.s.18) pula menyatakan minat sebagai punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil daripenyertaan dalam kegiatan itu. Oleh itu minat yang sedia ada pada seseorang disertaidengan motivasi, akan meningkatkan daya usahanya untuk mempertingkatkan lagiminat dalam sesuatu perkara. Pendapat ini disokong oleh Russel (1968, dalam Norazila Ariff & NorazlinaYusop, 2003, m.s. 11) yang mengatakan bahawa minat berkembang daripada aktivitiyang memuaskan dan mereka berkecenderungan untuk merangsang daripada aktiviti-aktiviti seterusnya. Pembelajaran boleh diperolehi daripada pengalaman dan ini adalahdipengaruhi secara terus oleh minat seseorang di dalam proses ini. Minat yangbersungguh-sungguh dipercayai boleh memampasi kekurangan beberapa poin didalam kecerdasan. Perkara ini boleh dipertingkatkan dengan penyertaan dan doronganibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan di dalam proses pembelajaran. Kajian yang dijalankan oleh Dungan dan Thurlow (1989, dalam Ismail Abd.Hamid, 1999, m.s. 21) mendapati bahawa ada beberapa faktor yang menyebabkanpelajar meminati mata pelajaran matematik iaitu apabila mereka memahami matapelajaran itu, apabila mereka mendapat markah yang tinggi atau pengalaman berjaya menyelesaikan masalah dalam matematik, apabila mereka meminati guru yang

23. 11mengajar matematik dan apabila terdapat topik atau aktiviti yang baru, pelbagai,menarik dan menyeronokkan. Sementara itu, dalam satu kajian yang dijalankan oleh Adnan Khamis (1986,m.s. 43) pula berpendapat bahawa minat seseorang memainkan peranan

yang pentingdalam mempelajari matematik. Menurut beliau, matematik merupakan satu matapelajaran yang kompleks dan berturutan dari mudah kepada sukar. Pelajar perlumemberi tumpuan sepenuhnya dan berusaha dengan bersungguh-sungguh supayakonsep yang diajar dapat difahami dan digunakan dalam menyelesaikan masalah yangberkaitan. Biasanya pelajar yang memperolehi markah yang baik adalah mereka yangmemberikan tumpuan sepenuhnya dalam kelas dan berminat dalam mata pelajaran ini. Kegagalan pelajar membuktikan bahawa penguasaan mereka lemah dankurang meminati subjek tersebut. Menurut George (1990, dalam Ismail Abd. Hamid,1999, m.s. 23) minat yang tinggi dalam matematik memainkan peranan pentingterhadap pencapaian pelajar dalam matematik. Dapatan kajiannya menunjukkan 72%pelajar menunjukkan minat yang sangat sedikit dalam matematik dan dengan itukebolehan mereka dalam matematik sangat mengecewakan. Apabila pelajar hilangminat terhadap matematik, mereka mungkin secara automatik hilang kekuatan untukmenyelesaikan masalah yang diberi. Kekurangan minat akan mengarah

kepadakegagalan. Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuan untukmelihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalam matematik. Beliaumenggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sainslebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajianmenunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan

memperolehipencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yangmempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat

terhadapmatematik moden dengan pencapaian dalam matematik.

24. 122.2 Hubungan Minat Dengan Bahan Bantu MengajarSecara amnya, pelajar merasakan bahawa pengajaran guru lebih menarik jika guru itumenggunakan Bahan Bantu Mengajar. Melalui penggunaan Bahan Bantu Mengajar,seseorang guru itu lebih bersedia dan lebih kreatif untuk menyampaikan pelajarannyadengan baik (Kamal et.al, 1987, m.s. 227). Dale (1963, m.s. 218 ), telah menyatakantujuh nilai penting tentang penggunaan Bahan Bantu Mengajar : 1. merangsang minat yang tinggi di kalangan pelajar dan minat satu faktor yang penting dalam pembelajaran mereka. 2. Menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan oleh itu mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada pelajarnya. 3. Membekalkan satu dasar untuk perkembangan pembelajaran pelajarpelajar dan oleh itu menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. 4. Menyediakan pengalaman yang tidak dapat diperolehi dengan mudahnya melalui cara lain dan menolong menjadikan pembelajaran pelajar-pelajar lebih mendalam dan pelbagai. 5. Menolong dalam kefahaman, oleh itu mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. 6. Menawarkan pengalaman yang sebenar dan dengan demikian merangsangkan kegiatan seorang pelajar. 7. mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian menambahkan bacaan sukarela.

Para pendidik perlu berubah daripada cara pengajaran tradisional yang masihdiamalkan oleh sesetengah guru dalam aspek pengajaran pembelajaran perlu dikajisemula dan diubahsuai jika perlu. Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yangdiperolehi adalah melalui deria.Menurut Kamaruddin yang (1986, m.s.214), oleh Bahan guru Bantu untuk Mengajar merupakan dalam

segalakelengkapan

digunakan

membantunya

menyampaikanpengajaran di bilik darjah. Alatan mengajar ini tidak terhad kepada bukubukuteks,papan tulis dan gambar-gambar sahaja tetapi juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran dan sebagainya.

25. 13 Hasil dari kajian Mohd Sharif Abdul Manaf (1994, dalam Omar Drahman,1997 m.s. 18 ), mendapati penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajarandapat menimbulkan kesan positif seperti; 1. Proses pengajaran menjadi lebih baik dengan penggunaan media pengajaran. 2. Pembelajaran berkesan dalam masa yang singkat. 3. Membantu mencapai objektif pengajaran. 4. Pelajar lebih berminat dengan pengajaran dan pengajar. Ini diikuti dengan kajian Naim Ahmad (1989, m.s. 64), merumuskan hasilkajiannya tentang keberkesanan media pengajaran kepada pengajar dalam prosespengajaran dan pembelajaran. a. Media pengajaran dapat membantu meningkatkan keupayaan ingatan semasa

menyampaikan pelajaran. b. Dapat membantu pengajar mengubah teknik dan kaedah pengajaran. c. Dapat menjelaskan konsep pelajaran dengan berkesan. d. Mempelbagaikan media pengajaran boleh menimbulkan minat yang berterusan kepada pelajar. e. Menjimatkan masa pengajar. f. Media pengajaran mendorong daya kreativiti pengajar dengan pelajar. Mengikut kajian yang telah dilakukan oleh Rulon dan Arnspinger (1983,dalam Mohamad Lebai Ishak, 1998, m.s. 20), mendapati bahawa penggunaan BahanBantu Mengajar boleh merangsangkan pemikiran dan pemahaman serta lebih banyakisi pelajaran yang boleh diterima oleh seorang pelajar.2.3 Ciri-ciri Bahan Bantu MengajarProses untuk menyediakan atau memilih Bahan Bantu Mengajar yang bersesuaiantidak sepatutnya diabaikan. Ini bagi memastikan segala Bahan Bantu Mengajar yangdigunakan oleh guru mahupun pelajar mesti membawa manfaat kepada kedua-duapihak. Beberapa kajian telah turut dijalankan dalam memastikan ciri-ciri yang sesuai.Di sini diturunkan beberapoa kajian yang berkaitan dengan ciri-ciri bahan yang akan digunakan sewaktu pengajaran pembelajaran.

26. 14 Sebagai panduan am, Abdul Rahim ( 1989, dalam Zaiton Zainal, 1991,m.s. 12), telah menyenaraikan beberpa ciri penting dalam membuat pemilihan mediapengajaran. Menurut beliau kesesuaian dari segi tajuk, bahasa, kandungan danpengalaman pelajar itu sendiri adalah penting. Begitu juga fakta yang dikemukakanharuslah kemas kini, tepat, tidak berat sebelah dan logik. Teknik seperti bunyi yangjelas, saiz penglihatan dan warna harus juga diambil kira. Beliau turut menekankanciri fizikal seperti selamat digunakan, mudah digunakan dan

disimpan,tahan lasak,ringkas dan sentiasa kemas kini. Bahan-bahan ini adalah lebih baik jika bolehdikaitkan dengan mata pelajaran lain. Kesemua aspek ini amat berguna kepada guruguru kerana beliau banyak menekankan cara pemilihan yang tepat. Kepentingan ciri Bahan Bantu Mengajar ini juga dijelaskan oleh Razali (1990,dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s.15) mengariskan beberapa kriteria pemilihan bahanseperti berikut: 1. tepat dengan tajuk 2. tahan lama dan ekonomi 3. saiz yang mudah dilihat serta menarik perhatian pelajar 4. mudah disimpan 5. kepelbagaian penggunaan. Kajian berkaitan penggunaan warna di dalam penyediaan Bahan BantuMengajar juga telah dijalankan oleh Barry ( 1976, dalam Suzita Mohd Resad, 2002,m.s. 21). Kajian Barry ialah tentang keberkesanan arahan dan gambar berwarna yangrealistik dan bukan realistik. Di mana dalam kajian ini, beliau telah menguji dua teoriyang berlainan tentang kepentingan warna dalam pembelajaran dengan alat pandang.Hasil kajian beliau mendapati warna memberi suatu demensi untuk pemahaman yanglebih, iaitu pelajar dapat sesuatu gambaran yang lebih tepat akan sesuatu bahan atauperkara dan menyenangkan lagi penyimpanan maklumat. Manakala Fungsi warna pulaadalah sebagai kod yang menyenangkan ingatan dan mengingat kembali sesuatu imej. Seterusnya, Noraziah (1981, dalam Zaiton Zainal, 1991, m.s. 13 ) memberibeberapa ciri pemilihan bahan yang boleh diambil kira oleh seseorang guru iaitu bahan tersebut tidak semestinya mahal, boleh dibuat oleh guru sahaja atau bersama

27. 15pelajar dengan bimbingan guru. Bahan itu perlulah sederhana dan mudah didapati,boleh digunakan lebih dari satu mata pelajaran. Ia juga mudah di bawa, ringan danmudah diganti, mudah disimpan dan tidak merbahaya.2.4 Jenis-jenis Bahan Bantu MengajarKaedah pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komputer dapatmeningkatkan motivasi dan minat pelajar untuk belajar. Menurut kajian yang telahdijalankan oleh Jonassen (1996, dalam Lim Chap Sam dan Fatimah Salleh, 2003,m.s. 75), para pelajarnya yang mendapat bahan pengajaran melalui komputermempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. Terdapat banyak perisian pendidikanmatematik yang mempunyai unsur-unsur multimedia interaktif. Unsur-unsur tersebutseperti teks, bunyi dan gambar bertujuan membolehkan pengguna berinteraksidengan komputer serta menerima maklum balas daripadanya. http://www.slideshare.net/hudaliciouss/hubungan-di-antara-penggunaan-bahan-bantumengajar-dengan-minat-pelajar-tahun-lima-di-sekolah-kebangsaan-kem-pengkalan-chepakelantan

1.0

PENGENALAN

Bagi kanak-kanak adalah amat sukar bagi memahami konsep penolakan dalam matematik. Dalam matapelajaran Matematik, selain dari mengenal nombor kanak-kanak perlu diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional, dan kefahaman logik. Bloom (1989) telah menyeraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu terjemahan, pentaksiran, dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus memahami kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan. Kanak-kanak perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan dengan menghafal sesuatu konsep. Bagi kanak-kanak yang hanya menghafal akan melakukan kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh beza nilai 3 dan 5, kanak-kanak yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakan 3-5 sedangkan kanakkanak yang memahami konsep penolakan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat menolak nilai yang besar. Terdapat juga murid yang keliru dengan konsep tukar tertib iatu 5 + 2 = 2 + 5 dianggap 5 2 juga adalam 2 5 . Dalam mengajar operasi tolak dalam Matematik, terdapat banyak teknik. Startegi dan pendekatan yang dapat menarik minat murid dalam menguasai konsep penolakan. Dalam tugasan ini saya menjelaskan 3 teknik yang dapat membantu murid dalam menguasai kemahiran penolakaan. Antara 3 teknik yang saya ketengahkan ialah;

Penolakan menggunakan gambar rajah. Penolakan secara manipulatif Penolakan menggunakan garis nombor dan pengiraan menurun.

2.0

ARTIKAL 1. Artikal pertama adalah hasil dapatan kaji selidik oleh Norlemi bt Amir Sharifah Norul

dan Akmar bt Syed Zamri dari Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Malaysia. Artikal ini adalah kajian tentang tafsiran kanak-kanak terhadap ilustrasipiktorial bagi operasi penambahan dan penolakan. Tujuan kajian mereka adalah untuk melihat dan mengkaji tafsiran kanak-kanak terhadap gambar yang digunakan dalam pengajaran dan

pembelajara. Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah teori konstruktivisme yang diketengahkan oleh Von Glasersfeld (1990). Dalam kajian mereka dua persoalan kajian yang dijadikan asas iaitu; 1. Adakah kanak-kanak prasekolah dapat mentafsir gambar bersiri dan tunggal yang mewakili operasi tambah dan tolak?

2. Apakah peringkat interpretasi gambar oleh kanak-kanak berasaskan respon yang diberi? Hasil daripada kajian kes mereka dapati kanak-kanak lebih mudah mengenal pasti atau menterjemahkan operasi matematik dalam gambar bersiri berbanding gambar tunggal.

2.1

PENGUBAHSUAIAN Pada pendapat saya, penggunaan gambar dalam mengajar penolakan dalam Matematik

adalah sesuatu yang sangat berkesan dalam menggambarkan konsep operasi penolakan. Sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri, kedua-duanya mempunyai kekuatan dalam menterjemahkan konsep penolakaan kepada kanak-kanak. Ini kerana guru perlu memainkan peranan sebagai pembimbing minda kanak-kanak ke arah pembinaan konsep penolakan. Seperti dalam kajian tersebut kanak-kanak diminta bercerita tentang gambar secara bebas tanpa ada sebarang bimbingan kearah pembentukan konsep matematik. Maksud saya, guru haruslah membimbing murid dengan soalan-soalan yang kearah pembentukan konsep penolakan. Contohnya;

1. 2. 3. 4. 5.

Berapakah kek yang dibawa oleh budak lelaki itu? Dimanakan budak lelaki itu meletakkan kek? Berapakah kek yang tinggal di atas meja? Berapa banyakkan kek yang berkurangan? Kemanakah kek yang kekurangan itu? ( Murid akan menjawab hilang, terjatuh, atau dimakan oleh budak lelaki itu)

6. 7. 8.

Berapakah kek yang dimakan oleh budak lelaki itu? Apakah jawapan bagi 3-1? Apakah jawapan bagi 3-2?

Begitu juga dengan gambar bersiri, sekiranya guru memainkan peranan dengan membimbing murid dengan soalan-soalan yang menjurus kearah konsep matematik, adalah tidak menjadi masalah sama ada gambar tunggal atau gambar bersiri yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik.

3.0

ARTIKAL

Artikal 2 adalah yang diambil dari laman http://www.ehow.com/how_2301353_teach-firstgrade-math-subtraction.html. Dalam artikal ini ia mencadangkan agar menggunakan kaedah manipulative. Dalam kaedah ini, ia menggunakan benda maujud seperti, biji kacang, lidi, biji saga, anak patung dan sebagainya. Terdapat juga unsur-unsur pendekatan masteri, di mana, murid diajar pengurangan nilai 1 terlebih dahulu seperti 10-1, 8-1, 5-1 dan sebagainya. Apabila mereka telah mahir dengan pengurangan nilai 1, baru lah diajar pengurangan 2 seperti, 10-2, 8-2, 5-2 dan sebagainya. Melalui kaedah ini pelajar akan dibiasakan dengan pola-pola nombor untuk mencari jawapan dan ia juga mendedahkan murid dengan hubungan nombor dalam sesuatu persamaan untuk menunjukkan fakta bahawa operasi penolakkan adalah pembalikkan operasi penambahan contohnya 6,3, dan9 adalah persamaan seperti berikut, 6 + 3 = 9, 9 3 = 6 dan 3.1 PENGUBAHSUAIAN. 9 6 =3.

Pada pendapat saya, pengiraan manipulative dengan menggunakan bahan maujud adalah sesuatu kaedah yang baik. Menurut Mok Soon Sang (2001) Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan . Dikukuhkan pula dengan pendapat Thomas & Swartout (1963), yang diambil

darihttp://www.ipbl.edu.my/BM/penyelidikan/seminarpapers/2005/leeMPRM.pdf hanya ABM yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap social, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Berbalik pada kaedah pengiraan manipulatif, tentang penggunaan bahan maujud amatlah saya setuju dalam membentuk konsep penolakan dalam Matematik. Walaubagaimanapun untuk mengajar murid tentang hubungan nombor dengan pola atau hukum operasi penambahan adalah pembalikan operasi penolakan adalah tidak sesuai bagi murid prasekolah dan tahun 1. Akan tetapi saya bersetuju jika ia digunakan hanya untuk pendedahan awal pada murid-murid. Ini kerana bagi murid seawall umur 5 tahun hingga 7 tahun adalah sukar bagi mereka untuk mengecam pola-pola yang dipamirkan yang boleh dianggap terlalu abstrak. Disokong dengan teori Jean Piaget (1869-1980) dimana pada tahap praoperasi (4-7 tahun), kanak-kanak belum lagi dapat membezakan dan memahami dua atau lebih dimensi pada masa yang sama belum dapat menyusun penerngan yang ada dalam pemikirannya. Dalam penggunaan bahan maujud perlu ditambah baiki, di mana dalam artikal menjelaskan guru menggunakan bahan tersebut. Pada pendapat saya, bahan tersebut perlulah dilakukan sendiri oleh murid-murid bagi memberi pengalaman pada mereka untuk menyelesaikan operasi tolak. Sebagai contoh murid-murid diberi biji saga masing dalam bilangan tertentu mengikut keperluang skop isi pelajaran. Bagi mengajar penolakan dalam lingkungan 10, murid-murid perlulah diberi masing-masing 10 biji saga dan mengikut langkah-langkah yang diarahkan oleh guru. i. ii. iii. iv. v. Guru memberi 10 biji saga kepada setiap murid. Guru mempamirkan soalan kepada murid iaitu 5 1 = Guru meminta murid memasukkan 5 biji saga ke dalam sesuatu bekas. Guru meminta murid mengeluarkan 1 biji saga, Murid diminta menyatakan bilangan biji saga yang tinggal di dalam bekas.

vi. vii.

Latihan tersebut diulang dengan 6 1 , 7 1 , hingga 10 1 Apabila pelajar telah mahir, ditambahkan aras kesukaran operasi tolak iaitu 6 2 , 6 3, 6 4 , dan seterusnya.

4.0

ARTIKAL 3

Artikal 3 diambil dari laman web http://www.abc123kidz.com/subtraction_strategies.html. Dalam artikan ini, ia menceritakan tentang kaedah penolakan dengan menggunakan garis nombor. Teknik pengiraan yang digunakan adalah dengan cara pengiraan menurun. Terdapat 5 langkah dalam pengiraan penolakan yang diketengahkan. Antara langkah-langkah pengiraannya adalah seperti berikut.

Bagi pengurangan yang melebihi 10 pula, ia menggunakan garisan lompatan besar dan lompatan kecil. Contohnya adalah seperti berikut. 35 23 = 4.1 PENGUBAHSUAIAN Pada pendapat saya kaedah yang diterangkan dalam artikal 3 sangat menarik. Walaubagaimanapun adalah tidak sesuai bagi kanak-kanak seawall umur 5 tahun hingga 7 tahun terutama pada pengurangan yang melebihi 10. Ini adalah kerana ruang pemikiran mereka sangat terbatas. Mereka tidak mampu melakukan proses transformasi iaitu pengurangan 23 diterjemahkan kepada pengurangan 20 dan 3. Selain dari itu kanak-kanak perlu menguasai kemahiraan mengira secara menurun dalam gandaan 10 dan 1. Mungkin berkesan bagi murid-muird di tahun 1 kerana dalam sukatan pelajaran tahun 1 terdapat penggiraan menurun dan menaik, tatapi bukan bagi pelajar prasekolah.

Walaubagaimanapun kaedah yang menarik ini boleh digunakan untuk kanak-kanak prasekolah untuk pengurangan yang tidak melebihi 10. Bagi pengurangan yang melebih 10 adalah lebih baik jika kita hanya memperkenalkan pengurangan dari gandaan 10 seperti 20 15, 30 24 , 50 33 dan sebagainya. Ini kerana mengira secara menurun dalam gandaan 10 seperti 100, 90,80,70,60,50,40,30,20, dan10 adalah lebih mudah berbanding

95,85,75,65,55,45,35,25 dan 15. Biarlah mereka mahir dengan kemahiran tersebut barulah diajar kemahiran yang lebih susah apabila mereka berada di Tahun 2. Berikut adalah kaedah yang saya ubahsuai untuk pelajar prasekolah dan Tahun 1; Penolakan 9 2 , Kaedahnya adalah sama seperti yang terdapat dalam artikal iaitu;

Kaedah ini diulang-ulang dengan nilai penolakkan yang lain seperti 8 4, 6 5 , 9 7 dan sebagainya sehinggalah mereka benar-benar mahir. Apabila mereka telah mahir barulah kita memperkenalkan penolakkan dalam gandaan 10 dengan nombor 1 digit. Walaubagaimanapun, perlulah diingat gandaannya mestilah genap 10. Contohnya 20 2 , 30 2, 40 5 , atau 70 3. Disini saya tunjukkan contoh kaedah pengiraan bagi 20 3. Kaedah ini diulang-ulang dengan nilai penolakkan yang lain seperti 20 2 , 30 2, 40 5 , atau 70 3 sehinggalah mereka benar-benar mahir. Apabila mereka telah mahir barulah kita memperkenalkan penolakkan dalam gandaan 10 dengan nombor 2 digit seperti 20 12 , 30 22, 40 35 dan sebagainya. Walaubagaimanapun, perlulah diingat gandaannya mestilah tetap genap 10. Disini saya tunjukkan contoh kaedah pengiraan bagi 20 13. Kemahiran ini diulang dengan soalan yang lain seperti 30 13, 40 23, dan 50 38.
http://math-primary.blogspot.com/2011/03/konsep-operasi-tolak-bagi-murid-tahun-1.html

You might also like