You are on page 1of 2

::HAID WAJIB DIKETAHUI WANITA DAN LAKI YANG NAK KAHWIN:: PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID : Penjelasan

terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid : 1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib kira-kira sempat dia solat Asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat Zohor dan Asar. 2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat Maghrib dan Isya'. "Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam al-Ghazali) tak faham?? 1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor? Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat Asar (selepas mandi hadas). 2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama? Kerana didalam hukum menjama (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama dan diqasarkan bersama solat Zohor. - Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat (menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

::::PERIHAL DARAH HAID::::: CONTOH KEADAAN 1: (masa dtg haid) Waktu zohor pkul 1.30 p.m, si isteri niatkan dalam hati nak smbahyang pukul 2,sebab tengah buat kerja (goreng ikan),nanti suami balik nk makan nasi tengah hari. jadi si isteri berazam nak buat zohor pukul 2.00 p.m TETAPI,tup2 KELUAR HAID SEBELUM PUKUL 2.00 p.m JAWABNYA :

Slepas suci daripada haid,mandi2..si isteri kene QADHA ZUHUR INI.sebab si isteri telah MENDAPAT wktu ZOHOR tadi DALAM KEADAAN SUCI (SEBAB ramai perempuan yang dia INGAT HANGUS BEGITU SAHAJA zohor yang tadi tu,sedangkan WAJIB DIA QADHA sebab dia telah dapat waktu zohor dalam KEADAAN SUCI) -----------------------------------------------------------------------------------CONTOH KEADAAN 2 : (yang kering di waktu zuhur.) Waktu asar pukul 4.30 p.m, si isteri kering darah sebelum asar, pada pukul 4.15 p.m (DALAM WAKTU ZUHUR), si isteri pun ambil tuala mandi2,dan siap pada pukul 4.45 p.m, lepas pada itu,dia pakai baju smbahyang,dan tunaikan ASAR SAHAJA, JAWABNYA: kene ingat??awak kering DALAM WAKTU ZUHUR dan WAJIB kene qadha zuhur itu tadi. (suami WAJIB kene bagitahu hal ini,sebab itu SUAMI WAJIB MARI MENGAJI (fardhu ain) BAB TAHARAH dan semua bab wayang wajib ain kita belajar,sebab dia berkait degan sah batal AMAL IBADAT ISTERI.)

You might also like