You are on page 1of 2

SK PUSAT CHABANG TIGA 21000 KUALA TERENGGANU MINIT MESYUARAT JAWATANKUASA BBM KALI PERTAMA 2013 TARIKH HARI

MASA TEMPAT KEHADIRAN : 30 JANUARI 2013 : RABU : 1.15 PTG- 2.30 PTG : BILIK GERAKAN : 1. Pn. Hjh. Wan Puziah bt. Hj. Wan Awang 2. Pn. Rohana bt Md. Yusof 3. Pn. Hjh Norhaizam bt. Abdul Jalil 4. Pn. Khazatulsima bt. Khalid 5. Pn. Norlida bt. Mohamad Yahaya 6. Pn. Zarah bt. Yasin

1.0 Ucapan Penyelaras 1.1 Dimulai dengan bacaan al-Fatihah bagi memberkati mesyuarat kali ini. 1.2 Mengucapkan terima kasih kerana sudi hadir ke mesyuarat kali pertama ini. 1.3 Berharap agar gerak kerja dan komitmen berterusan dalam menguruskan BBM di sekolah. 1.4 Berharap agar segala program dan perancangan 2013 dapat dilaksanakan dengan baik dan sempurna. Tindakan : Makluman 2.0 Pengagihan Tugas 2013 2.1 Tugas diagihkan mengikut tugasan masing-masing, dan direkod dalam buku rekod yang disediakan. 2.2 Keluar masuk barangan BBM hendaklah dikemaskini rekodnya dari aspek peminjaman dan pemulangan. 2.3 Stok barangan baru juga hendaklah dikemaskini sekira terdapat barangan yang baru dibeli dan disimpan resitnya. Tindakan : Semua AJK 3.0 Gotong-royong 3.1 Mencadangkan agar diadakan gotong-royong menyusun atur barangan agar lebih teratur dan tersusun. 3.2 Cadangan gotong-royong sebanyak 2 kali setahun. Tindakan : Semua AJK

4.0 Bengkel dan latihan 4.1 Mencadangkan satu bengkel mengurus BBM dan susun atur bahan-bahan bantu diadakan kepada setiap AJK.

5.0 Hal-hal lain 5.1 Pn. Khazatulsima bt. Khalid mencadangkan agar tugasan yang diberikan dapat dilaksanakan dengan baik berdasarkan agihan yang telah ditetapkan. 5.2 Pn. Zarah bt. Yasin mencadangkan agar dapat memperbanyakkan lagi BBM dengan menambah bahan BBM yang baru. 5.3 Pn. Norhaizam mencadangkan peralatan dan bahan yang lama atau yang sudah rosak dihapus kira. Mesyuarat ditangguhkan dengan bacaan tasbih kaffah dan surah al-Asr pada pukul 2.30 ptg.

Disediakan oleh,

(PN. ROHANA BT. MD. YUSOF) Setiausaha, Jawatankuasa BBM, SK Pusat Chabang Tiga.

Disemak oleh,

. (PN. HJH. WAN PUZIAH BT HJ. WAN AWANG) Penyelaras, Jawatankuasa BBM, SK Pusat Chabang Tiga.

You might also like